The Sessions Court had allowed the plaintiff’s claim as follows – a) Defendan dikehendaki membayar Gantirugi Am sejumlah sebanyak RM500,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Ribu Sahaja) dan Gantirugi Teruk sejumlah sebanyak RM50,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu Sahaja) kepada Plaintif; b) Suatu injunksi terhadap Defendan daripada menyiarkan atau mengepos sebarang Kenyataan Bersifat Fitnah, pengeposan, komen atau perkataan yang memberi kesan serupa dengan Kenyataan Bersifat Fitnah tersebut di Lembaran akaun Facebooknya, sebarang lembaran akaun Facebook awam, sebarang forum online, Google Review atau penerbitan lain dalam apa jua cara sama sekali terhadap Plaintif; c) Defendan dikehendaki mengeluarkan dan memadam Kenyataan Bersifat Fitnah tersebut serta merta, termasuk penyiaran, komen atau perkataan yang membawa kesan yang serupa dengan Kenyataan Bersifat Fitnah tersebut daripada Lembaran akaun Facebooknya dan penerbitan lain dalam apa jua cara sama sekali yang diakibatkan olehnya terhadap Plaintif; d) Defendan dikehendaki menerbit dan/atau diakibatkan untuk menerbit dalam cara yang menonjol, suatu penarikan balik awam dan pemohonan maaf yang jelas kepada Plaintif dalam terma yang diluluskan oleh Plaintif di Lembaran akaun Facebook Defendan, forum awam Facebook dan di dua (2) suratkhabar kebangsaan dalam Bahasa Inggeris dan Cina pilihan Plaintif pada tarikh, saiz, dan mukasurat yang dikehendaki oleh Plaintif; e) Defendan dikehendaki membayar kos sejumlah sebanyak RM40,000.00 (Ringgit Malaysia Empat Puluh Ribu Sahaja) kepada Plaintif; dan f) Faedah pada kadar 5% setahun atas semua awad yang diberikan oleh Mahkamah yang Mulia ini dari tarikh penghakiman sehingga keseluruhan jumlah tersebut dan faedah dibayar oleh Defendan kepada Plaintif.