Schedule
Jadual Pertama, Bahagian III, Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234]. Hasil siasatan saya juga mendapati bahawa Pemohon yang merupakan sebahagian dari sekumpulan besar orang telah mengendalikan aktiviti pengedaran dadah berbahaya dengan menjual dadah jenis Syabu yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine dalam bentuk peket (anggaran berat 0.5 gram) dengan harga RM50.00 sepeket. Selanjutnya, Pemohon yang merupakan sebahagian dari sekumpulan besar orang didapati telah membeli bekalan dadah jenis Syabu yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine dalam bentuk peket (anggaran berat 5.0 gram) berharga RM250.00 sepeket dan membuat pembungkusan semula ke dalam bentuk peket kecil bagi tujuan pengedaran. Saya sesungguhnya menyatakan bahawa berdasarkan siasatan tersebut, saya juga telah berpuas hati bahawa Pemohon tidak bertindak secara bersendirian dalam aktiviti pengedaran dadah berbahaya. Peranan serta kegiatan Pemohon tersebut telah menunjukkan penglibatan Pemohon dengan sekumpulan S/N RbFuegg9h0mA98pyByq91A besar orang dalam menjalankan aktiviti pengedaran dadah berbahaya seperti yang diperuntukan oleh Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dan Mukadimah Akta tersebut.” [13] Mohd Syahrun Nizam Bin Mohd Misan yang merupakan Pegawai Inkuiri yang dilantik di bawah seksyen 5 Akta 316 mengatakan seperti berikut: “Setelah meneliti hasil siasatan yang telah dijalankan terhadap Pemohon serta meneliti dan mempertimbangkan keterangan Pemohon dan saksi-saksi dalam laporan lengkap penyiasatan di bawah Seksyen 393) Akta tersebut yang dikemukakan oleh INSPEKTOR POLIS ARJIT BIN AB GHANI berkaitan dengan aktiviti-aktiviti Pemohon yang berhubungan dengan atau yang melibatkan pengedaran dadah berbahaya, saya kemudiannya telah menyediakan satu laporan bertulis terhadap Pemohon untuk dikemukakan kepada Menteri Dalam Negeri di bawah Seksyen 5(4) Akta tersebut. Saya telah berpuas hati bahawa terdapat alasan-alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa Pemohon bersama sekumpulan besar orang pernah ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan atau yang melibatkan dengan pengedaran dadah berbahaya seperti yang ditakrifkan di bawah Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] iaitu mengedar dadah jenis Syabu yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine seperti yang tersenarai di bawah Jadual Pertama, Bahagian III, Akta S/N RbFuegg9h0mA98pyByq91A Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234]. Berdasarkan siasatan yang telah saya jalankan ke atas Pemohon, saya telah berpuas hati bahawa Pemohon yang merupakan sebahagian dari sekumpulan besar orang telah mengendalikan aktiviti pengedaran dadah berbahaya dengan menjual dadah jenis Syabu yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine dalam bentuk peket (anggaran berat 0.5 gram) dengan harga RM50.00 sepeket. Selanjutnya, pemohon yang merupakan sebahagian dari sekumpulan besar orang didapati telah membeli bekalan dadah jenis Syabu yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine dalam bentuk peket (anggaran berat 5.0 gram) berharga RM250.00 sepeket dan membuat pembungkusan semula ke dalam bentuk peket kecil bagi tujuan pengedaran. Peranan serta kegiatan Pemohon tersebut telah menunjukkan penglibatan Pemohon dengan sekumpulan besar orang dalam menjalankan aktiviti pengedaran dadah berbahaya seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dan Mukadimah Akta tersebut”. [14] Seterusnya TMDN menegaskan seperti berikut: “Setelah meneliti dan mempertimbangkan kedua-dua laporan tersebut saya telah berpuas hati bahawa terdapat alasan-alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa Pemohon bersama sekumpulan besar orang pernah ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang S/N RbFuegg9h0mA98pyByq91A berhubungan dengan atau yang melibatkan dengan pengedaran dadah berbahaya seperti yang ditakrifkan di bawah Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] iaitu mengedar dadah jenis Syabu yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine seperti yang tersenarai di bawah Jadual Pertama, Bahagian III, Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234]. Berdasarkan siasatan yang telah saya jalankan ke atas Pemohon, saya telah berpuas hati bahawa Pemohon yang merupakan sebahagian dari sekumpulan besar orang telah mengendalikan aktiviti pengedaran dadah berbahaya dengan menjual dadah jenis Syabu yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine dalam bentuk peket (anggaran berat 0.5 gram) dengan harga RM50.00 sepeket. Selanjutnya, pemohon yang merupakan sebahagian dari sekumpulan besar orang didapati telah membeli bekalan dadah jenis Syabu yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine dalam bentuk peket (anggaran berat 5.0 gram) berharga RM250.00 sepeket dan membuat pembungkusan semula ke dalam bentuk peket kecil bagi tujuan pengedaran. Peranan serta kegiatan Pemohon tersebut telah menunjukkan penglibatan Pemohon dengan sekumpulan besar orang dalam menjalankan aktiviti pengedaran dadah berbahaya seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dan Mukadimah Akta tersebut. Sehubungan dengan itu, saya telah berpuas hati bahawa penglibatan Pemohon ini sesungguhnya telah S/N RbFuegg9h0mA98pyByq91A memudaratkan ketenteraman awam dan tindakan di bawah Akta tersebut perlu diambil ke atas Pemohon.” [15] Selanjutnya, Mahkamah ini merujuk kepada keputusan kes terkini Mahkamah Persekutuan dalam kes Peter Chang Nyuk Ming v. Timbalan Menteri Dalam Negeri & Ors [2023] 7 CLJ 521 secara khususnya di perenggan 29, muka surat 13 seperti berikut:- “[29] There are no specifications of the presence of a substantial body of persons, be it in the detention order or the grounds of detention, as is required under the terms of art. 149 of the Federal Constitution under which Act 316 was enacted. The stark absence of this requisite renders the detention of the appellant invalid.” [Penekanan diberikan] [16] Mahkamah ini berpandangan adalah wajar dibentangkan Alasan-Alasan Yang Atasnya Perintah Itu Dibuat dan Pengataan-Pengataan Fakta seperti berikut: AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985 NAMA ORANG TAHANAN : LINGESWARAN A/L RAJANDRAN NO. KAD PENGENALAN : 940626-10-5539 ALASAN-ALASAN YANG ATASNYA PERINTAH ITU DIBUAT: Bahawa kamu bersama sekumpulan besar orang pernah ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan atau yang melibatkan dengan pengedaran dadah berbahaya seperti yang ditakrifkan di bawah Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) iaitu mengedar dadah jenis Syabu yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine seperti yang tersenarai dibawah Jadual Pertama, Bahagian III, Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234). Oleh itu, tindakan kamu telah memudaratkan S/N RbFuegg9h0mA98pyByq91A ketenteraman awam dan tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 perlu diambil ke atas kamu. PENGATAAN-PENGATAAN FAKTA YANG ATASNYA PERINTAH ITU DIASASKAN: 1. Bahawa kamu didapati terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah jenis Syabu yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine sejak awal tahun 2010 sehingga 2 Mac 2022 secara tidak berterusan di sekitar kawasan rumah beralamat No. 1, Jalan Meranti 3A/19, Bandar Baru, Batangk Kali, Selangor, di kawasan tepi jalan, berhampiran Padang Bola Sepak Liga Mas, Bandar Baru Batang Kali, Selangor dan di sekitar kawasan belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali, Selangor. 2. Bahawa kamu didapati menjual dadah jenis Syabu yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine dalam bentuk peket (anggaran berat 0.5 gram) dengan harga RM50.00 sepaket. 3. Bahawa kamu didapati menjual dadah jenis Syabu yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine dalam bentuk peket (anggaran berat 5.0 gram) berharga RM250.00 sepeket daripada rakan sejenayah dan membuat pembungkusan semula ke dalam bentuk peket kecil bagi tujuan pengedaran. Dengan Arahan, Timbalan Menteri Dalam Negeri (AZIZ BIN ABDUL NASIR) Penolong Setiausaha (ADB – 4/2/7933) Kementerian Dalam Negeri [17] Mahkamah mendapati bahawa di bahagian Alasan-Alasan Yang Atasnya Perintah Itu Dibuat, tindakan pengedaran dadah oleh Pemohon adalah dijalankan oleh Pemohon bersama-sama dengan sekumpulan besar orang. Malah, bagi menyokong alasan tersebut, jelas dalam Pengataan-Pengataan Fakta menyatakan bahawa Pemohon ini terlibat dengan aktiviti dadah berbahaya sejak awal tahun 2019 hingga 2 Mac 2022 (tempoh sekitar tiga (3) tahun). Pemohon didapati berperanan dalam menjual dadah berbahaya dan dalam masa yang sama, Pemohon ini juga berperanan dalam membeli bekalan dadah berbahaya daripada rakan sejenayah dan membungkus semula dalam bentuk paket bagi S/N RbFuegg9h0mA98pyByq91A tujuan pengedaran. Berdasarkan pembacaan Alasan yang terang lagi jelas mempunyai perkataan “kamu bersama sekumpulan besar orang” serta Pengataan-Pengataan Fakta ini telah jelas menunjukkan sekumpulan besar orang bersama-sama Pemohon iaitu penglibatan individu lain yang merupakan rakan sejenayah (“accomplice”) dan sekaligus membawa maksud bahawa Pemohon tidak bertindak secara bersendirian. [18] Mahkamah bersetuju dengan pendirian pihak Responden bahawa rantaian tindakan dan kegiatan Pemohon dengan rakan sejenayah ini telah menunjukkan penglibatan Pemohon adalah dengan sekumpulan orang yang menjalankan kegiatan pengedaran dadah dan tindakan perlu diambil di bawah Akta 316 kerana telah memudaratkan ketenteraman awam. Alasan dan Pengataan Fakta Pemohon jelas menunjukkan Pemohon tidak bertindak berseorangan kerana sekiranya Pemohon ditarik keluar daripada memainkan peranan Pemohon, ianya sudah tentu akan melumpuhkan rantaian tersebut. Justeru, elemen kedua tersebut juga telah dipenuhi. Selanjutnya, Alasan dan Pengataan Fakta kes Selva Vinayagam (supra) tersebut boleh dibezakan dengan kes semasa di mana adalah jelas Alasan dan Pengataan Fakta kes Selva Vinayagam (supra) tersebut langsung tidak menunjukkan penglibatan Pemohon bersama-sama sekumpulan besar orang. [19] Berdasarkan alasan penghakiman kes Peter Chang (supra) tersebut, adalah jelas bahawa Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa terdapat ketidakpatuhan prosedur apabila perkataan “sekumpulan besar orang” tidak dinyatakan sama ada di Perintah Tahanan itu sendiri (di muka surat pertama Perintah Tahanan) ataupun di Alasan-Alasan Yang Atasnya Perintah Itu Dibuat. Hal ini boleh S/N RbFuegg9h0mA98pyByq91A dibezakan dengan kes semasa kerana dalam kes semasa ini, di bahagian Alasan-Alasan yang atasnya Perintah itu dibuat telah dengan jelas dan khusus mengandungi perkataan “sekumpulan besar orang”. [20] Oleh yang demikian, memandangkan ketiga-tiga elemen telahpun dipatuhi dengan ketat oleh pihak Responden-Respnden maka Mahkamah ini berpendapat bahawa Perintah Tahanan Pemohon telah mematuhi kehendak Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama-sama dengan Mukadimah Akta tersebut. Isu (b): Perintah Tahanan bertarikh 22.04.2022 adalah bercanggah dengan Akta Fungsi-fungsi Menteri 1969; dan [20] Berkenaan isu ini, pihak Pemohon berhujah bahawa Perintah tersebut bertarikh 22-4-2022 menunjukkan bahawa ianya ditandatangani oleh TImbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia iaitu Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said. Sehubungan dengan itu, Perintah tersebut tidak ditandatangani berdasarkan gelaran dan jawatan yang diberikan kepada Timbalan Menteri berdasarkan kepada seksyen 2 Akta Fungsi-Fungsi Menteri yang berbunyi seperti berikut: “(1) The yang Di-Pertuan Agong may be order notify in the Gazette- (a) that the Minister has been conferred with any functions or has been charged with any responsibility in respect of a particular department or subject or that S/N RbFuegg9h0mA98pyByq91A any transfer, to any other Minister, of any of the functions or responsibility referred to has been made; (b) that any style or title has been assigned to any Minister (except the Prime Minister) or that any change in any style and title referred to has been made. (2) An order made by the Yang di-Pertuan Agong under this section- (a) may provide for the transfer of any property, rights or liabilities held, enjoyed or incurred by any Minister in connection with any functions conferred or transferred; and (b) may contain such other provisions as may be necessary or expedient for the purpose of giving effect to the order.” (penekanan diberikan) [22] Gelaran dan jawatan yang diberikan kepada Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri I dan bukannya sekadar Timbalan Menteri Dalam Negeri. Sehubungan dengan itu, ianya bercangah dengan Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969 dan mengakibatkan Perintah tersebut cacat dan tidak dapat dipulihkan. S/N RbFuegg9h0mA98pyByq91A [23] Manakala Peguam Pesekutuan bagi pihak Responden-Responden berhujah bahawa untuk suatu permohonan “Habeas Corpus”, Pemohon hanya boleh mencabar terhadap isu ketidakpatuhan prosedur sahaja sebagaimana yang digariskan di bawah Seksyen 11C Akta 316 dan apabila isu yang dibangkitkan bukanlah sebahagian daripada kehendak prosedur, ianya tidak boleh dicabar sebagaimana yang diputuskan di dalam kes Lee Kew Sang v. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors [2005] 3 CLJ 914 [24] Selanjutnya, pihak Responden menegaskan bahawa orang yang menandatangani Perintah Tahanan Pemohon adalah Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said yang memegang jawatan sebagai TMDN pada masa material dan bukannya merujuk kepada orang lain. [25] Berkaitan dengan isu ini, Mahkamah merujuk kepada Perintah Tahanan terhadap Pemohon, kehendak prosedur Akta 316 yang mana menurut Seksyen 6(1) Akta tersebut telah menggariskan prosedur untuk TMDN menimbangkan kedua-dua laporan yang diterima di bawah Seksyen 3(3) dan Seksyen 5(4) Akta 316 sebelum mengeluarkan Perintah tersebut ke atas Pemohon. Segala kehendak prosedur telahpun dipatuhi oleh pihak Responden dengan ketat apabila TMDN telah menimbangkan kedua-dua laporan di bawah Akta 316 dan seterusnya berpuas hati bahawa Pemohon adalah terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah bersama sekumpulan besar orang dan telah memudaratkan ketenteraman awam, maka tindakan penahanan diambil terhadap Pemohon. [26] Pemerhatian Mahkamah adalah selari dengan pendirian pihak Responden-Responden bahawa tidak timbul isu ketidakpatuhan terhadap S/N RbFuegg9h0mA98pyByq91A Seksyen 2 Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969 berasaskan kepada dua (2) alasan seperti yang berikut: a) Orang yang menandatangani perintah-perintah tersebut adalah Dato’ Sri Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said yang memegang jawatan sebagai TMDN pada masa material dan bukannya merujuk kepada orang lain; dan b) Perintah Tahanan yang dikenakan ke atas Pemohon bukanlah suatu borang statutori. [27] Dato’ Sri Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said selaku orang yang memegang jawatan TMDN pada masa yang material juga telah menjelaskan bahawa beliau merupakan TMDN pada masa yang material (rujukan dibuat terhadap perenggan 2 di muka surat 2 dan perenggan 4 di muka surat 2 dan 3 dalam Kand. 8). Selain daripada itu, Pemohon hanya boleh dikatakan telah diprejudiskan sekiranya orang yang menandatangani Perintah Tahanan Pemohon merupakan individu lain selain daripada orang yang memegang jawatan TMDN pada masa yang material dengan merujuk kepada Seksyen 4 Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969 di mana dalam kes Pemohon ini, Perintah Tahanan Pemohon sememangnya telah ditandantangani oleh Dato’ Sri Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said setelah beliau berpuas hati untuk mengeluarkan Perintah Tahanan ke atas Pemohon sebagaimana yang diperuntukkan menurut kehendak Akta 316. [28] Isu yang dibangkitkan oleh peguam Pemohon ini adalah rentetan daripada ketiadaan perkataan “I” di Perintah Tahanan selepas perkataan TMDN. Mahkamah berpandangan bahawa ketiadaan perkataan “I” S/N RbFuegg9h0mA98pyByq91A selepas perkataan TMDN dalam Perintah Tahanan Pemohon tidak terjumlah sebagai suatu tindakan yang menyebabkan Perintah Tahanan sebagai tidak sah memandangkan Perintah Tahanan bukanlah suatu borang statutori dan ketiadaan perkataan “I” tersebut tidak mengubah intipati (substance) dan objektif pengeluaran Perintah Tahanan Pemohon. [29] Rujukan dibuat kepada Seksyen 62 Akta Tafsiran 1947 & 1958 yang memperuntukkan seperti yang berikut: “Section 62 Deviation from forms Any written law prescribing a form shall be deemed to provide that an instrument or other document purporting to be in that form shall not be invalidated by reason of any deviation from the form if the deviation has no substantial effect and is not calculated to mislead.”. (penekanan diberikan) [30] Berpaksikan kepada seksyen 62 Akta Tafsiran 1947 & 1958, Mahkamah berpendirian bahawa ketiadaan perkataan “I” selepas perkatan “TMDN” dalam Perintah Tahanan Pemohon tidak menyebabkan pelencongan intipati dan objektif pengeluaran Perintah Tahanan Pemohon. [31] Berdasarkan kepada kes Pemohon ini, Perintah Tahanan Pemohon bukanlah suatu “prescribed form”, sebaliknya hanya suatu notis pemakluman. Sekiranya terdapat ketinggalan perkatan tersebut S/N RbFuegg9h0mA98pyByq91A dikatakan sebagai suatu pelencongan, pelencongan tersebut tidak menyebabkan ia terpesong daripada tujuan pengeluaran Perintah Tahanan kepada Pemohon. Pemohon tidak dalam apa keadaan sekalipun terkeliru dangan maklumat-maklumat yang terkandung dalam Perintah Tahanan Pemohon yang boleh mengakibatkan Perintah Tahanan Pemohon menjadi tidak sah ataupun cacat walaupun terdapat ketiadaan perkataan “I” selepas perkataan “TMDN”. [32] Maka jelas kepada Mahkamah bahawa Perintah Tahanan Pemohon sememangnya ditandatangani oleh TMDN dan bukannya Timbalan Menteri yang lain selain daripada Dato’ Sri Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said yang merupakan TMDN. [33] Sehubungan dengan itu, Mahkamah berpendapat tiada sebarang isu ketidakpatuhan prosedur dan tidak timbul isu percanggahan terhadap Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969. Justeru, isu kedua yang dibangkitkan oleh Pemohon ini adalah tidak bermerit dan sewajarnya ditolak (rujuk kes yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Anor v Awang Sari bin Lasikan [05(HC)-69- 04/2021(B)]). Isu (c) Kegagalan pihak Lembaga Penasihat untuk mengemukakan Nota Prosiding. [34] Berasaskan kepada isu di atas, Peguam Pemohon mengatakan bahawa tiada Pengataan-Pengataan Fakta dibacakan kepada Pemohon dan Pemohon tidak membuat sebarang pengakuan ketika persidangan representasi di hadapan Lembaga Penasihat (selepas ini dirujuk sebagai “LP”). Pemohon telah mengatakan bahawa beliau tidak dimaklumkan S/N RbFuegg9h0mA98pyByq91A akan prosedur yang membolehkan beliau memanggil Pegawai Penyiasat sebagai saksi dan menyangka bahawa Pegawai Penyisat akan hadir sendiri untuk memberi keterangan. Pemohon juga mengatakan bahawa bahawa proses representasi di hadapan LP amat singkat di mana seorang anggota polis berbangsa India yang berpakaian biasa telah menyuruh Pemohon membuat rayuan dan Pemohon perlu memohon maaf dan mengaku ke atas segala tuduhan. Seterusnya, Pemohon mengatakan bahawa Responden bertanggungjawab untuk membuktikan bahawa segala hak asasi Pemohon terutamanya pendengaran representasi yang adil dan saksama perlu diberikan kepada Pemohon. [35] Peguam Pemohon berhujah bahawa Pengerusi LP telah menafikan segala kenyataan Pemohon di atas, maka untuk memastikan kebenaran Pemohon atau Pengerusi LP maka Nota Prosiding representasi Pemohon perlu dibekalkan kepada Pemohon apabila Peguam Pemohon membuat permohonan ke atas Nota Prosiding representasi tersebut. Seksyen 14 Akta 316 secara nyata tidak mengklasifikasikan Nota Prosiding tersebut sebagai rahsia atau sulit. Kegagalan Responden membekalkan Nota Prosiding representasi telah menyebabkan satu penafian hak asasi Pemohon dan boleh menyebabkan Perintah Tahanan cacat. [36] Kegagalan dan keengganan pihak Responden mengemukaan Nota Prosiding tersebut telah menyebabkan keterpakaian seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 ke atas Responden kerana Nota Prosiding tersebut merupakan bukti dokumentari penting yang dapat membuktikan sama ada Pengerusi LP telah menjalankan persidangan representasi yang S/N RbFuegg9h0mA98pyByq91A lengkap dan terperinci ke atas kes Pemohon atau tidak. Malah, keengganan Responden mengemukakan Nota Prosiding tersebut membuktikan dokumen tersebut sekiranya dikemukakan kepada Mahkamah akan memihak kepada pihak Pemohon dan akan meruntuhkan kes pihak Responden dengan merujuk kepada kes Mohammad Azanul Haqimi Tuan Ahmad Azahari v. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors [2019] 8 CLJ 465 [37] Peguam Persekutuan yang mewakili pihak Responden-Responden menegaskan bahawa kesemua kehendak prosedur yang melibatkan sesi representasi Pemohon telahpun dipatuhi dengan ketat apabila Afidavit Jawapan pihak Responden-Responden dibaca secara keseluruhan. Pemohon sememangnya telah hadir ke sesi representasi Pemohon, diberikan hak untuk diwakili peguam dan telah memanggil saksi serta tidak memohon apa-apa penangguhan (rujukan dibuat terhadap perenggan 7, muka surat 5 dan 6 dalam Kand. 4). Oleh yang demikian, tiada sebarang ketidakpatuhan prosedur. [38] LP telah memberikan syor dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong berkenaan representasi Pemohon tersebut iaitu Perintah Tahanan diteruskan dengan merujuk kepada peruntukan subseksyen 10(2) dan seksyen 11C(1) Akta 316 berkaitan isu pengemukaan Nota Prosiding LP yang dibangkitkan oleh Peguam Pemohon. Peruntukan kedua-dua seksyen tersebut dinyatakan semula seperti yang berikut: “Report of Advisory Board 10. (1) … S/N RbFuegg9h0mA98pyByq91A (2) Upon considering the recommendations of the Advisory Board under this section, the Yang di-Pertuan Agong may give the Minister such directions, if any, as he shall think fit regarding the order made by the Minister and every decision of the Yang di-Pertuan Agong shall, subject to section 11, be final and shall not be called into question in any court. “Judicial review of act or decision of Yang di-Pertuan Agong and Minister 11C. (1) There shall be no judicial review in any court of, and no court shall have or exercise any jurisdiction in respect of, any act done or finding or decision made by the Yang di-Pertuan Agong or the Minister in the exercise of their discretionary power in accordance with this Act, save in regard to any question on compliance with any procedural requirement in this Act governing such act or decision.” [39] Berlandaskan kepada hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah berpendirian adalah wajar untuk diteliti dan diperhalusi afidavit-afidavit yang difailkan oleh deponent-deponen Responden terutamanya afidavit Pengerusi LP antara lain beliau telah menyatakan bahawa beliau tidak dapat mengemukakan Nota Prosiding kerana beliau berpendapat sekiranya dikemukakan ia boleh menjejaskan kepentingan Negara sepertimana diperuntukkan di bawah seksyen 14 Akta 316 serta Perkara 151 (3) Perlembagaan Persekutuan dan beliau memohon perlindungan kedua-dua peruntukan tersebut. [40] Mahkamah merujuk kepada Seksyen 9 Akta 316 dibaca bersama-sama Perkara 151 Perlembagaan Persekutuan, yang mana kehendak prosedur Akta tersebut bagi tujuan representasi adalah seperti yang berikut:- S/N RbFuegg9h0mA98pyByq91A a) Pemohon hendaklah diberikan hak untuk membuat representasi dalam tempoh tiga (3) bulan; b) Pemohon hendaklah diberikan hak untuk diwakili peguam ketika sesi representasi Pemohon; dan c) Pemohon hendaklah diberikan hak untuk memanggil saksi ketika sesi representasi Pemohon. [41] Semua afidavit deponen-deponen telah di teliti dan diperhalusi terutamanya afidavit yang difailkan oleh Pengerusi LP di mana kehendak-kehendak prosedur yang dinyatakan di atas telah dipatuhi dengan ketat. Mahkamah juga mendapati bahawa semua afidavit deponen-deponen Responden adalah konsisten dan tidak terdapat percanggahan antara satu sama lain. Mahkamah berpendapat adalah wajar diperturunkan bahagian penting kenyataan Pengerusi LP di dalam afidavit beliau seperti berikut: “Sebelum persidangan representasi Pemohon dimulakan, saya menyatakan bahawa Pemohon telah dimaklumkan, diberikan dan diterangkan berhubung hak saksi-saksi Pemohon serta tatacara untuk memanggil saksi-saksi Pemohon yang Pemohon berkehendak untuk memanggil bagi tujuan persidangan representasi Pemohon di hadapan Lembaga Penasihat. Lembaga Penasihat juga telah mengarahkan SARJAN VIMALAN A/L SEKERAN untuk bertindak sebagai Jurubahasa Tamil untuk S/N RbFuegg9h0mA98pyByq91A menterjemahkan kepada Pemohon berkenaan dengan hak Pemohon serta tatacara prosiding representasi tersebut ke dalam Bahasa Tamil dan untuk membantu Pemohon sepanjang persidangan representasi pemohon tersebut berlangsung serta untuk menterjemahkan semula apa-apa prosiding representasi yang tidak difahami oleh Pemohon. Seterusnya alasan-alasan penahanan dan pengataan-pengataan fakta kepada Perintah Tahanan Pemohon (“Pengataan-Pengataan Fakta tersebut”) telah dibacakan dan diterangkan kepada Pemohon dalam Bahasa Tamil oleh SARJAN VIMALAN A/L SEKERAN. Pemohon mengakui faham dan alasan-alasan penahanan dan pengataan-pengataan fakta yang telah dibacakan dan diterjemahkan kepada Pemohon. Semasa persidangan tersebut, Pemohon tidak mengaku salah terhadap semua Pengataan-Pengataan Fakta tersebut. Saya sesungguhnya menyatakan bahawa Pemohon telah diberikan hak untuk membuat representasi di hadapan Lembaga Penasihat. Peluang reprsentasi tersebut juga telah digunakan sepenuhnya oleh Pemohon serta telah dijalankan dengan sempurna pada 22.06.2022. Saya juga mengesahkan bahawa Lembaga Penasihat telah menimbangkan representasi Pemohon dan telah membuat syor berkenaan reprsentasi Pemohon tersebut. Seterusnya pada 05.07.2022, Lembaga Penasihat telah mengemukakan syor kepada Yang di-Pertuan Agong pada 06.07.2022. Saya tidak dapat menzahirkan dokumen berkaitan syor tersebut kerana dokumen tersebut S/N RbFuegg9h0mA98pyByq91A diklasifikasikan sebagai “Rahsia” dan tidak boleh didedahkan sewenang-wenangnya disebabkan penzahirannya boleh menjejaskan kepentingan negara sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 14 Akta tersebut dan Perkara 151(3) Perlembagaan Persekutuan. Oleh yang demikian, saya menuntut keistimewaan dan perlindungan di bawah peruntukkan undang-undang tersebut. ……………… saya mengulangi semula keseluruhan perenggan di atas dan menegaskan bahawa saya tidak dapat mengemukakan dan menzahirkan Nota Prosiding, laporan-laporan dan dokumen-dokumen dalam fail kes yang berkaitan dengan Pemohon kerana saya berpendapat penzahiran dan pengemukaan dokumen-dokumen tersebut boleh menjejaskan kepentingan negara sepertimana diperuntukkan di bawah Seksyen 14 Akta tersebut dan Perkara 151(3) Perlembagaan Persekutuan. Saya percaya bahawa tiada keperluan prosedur untuk Nota Prosiding Lembaga Penasihat dikemukakan dan sekali lagi menegaskan bahawa Nota Prosiding bukanlah dokumen yang boleh dikemukakan atas sebab yang telah dijelaskan di atas. Saya menegaskan bahawa prosiding pendengaran representasi Pemohon telah diberi pertimbangan secara adil dan saksama berdasarkan undang-undang dan tiada tanggapan negative di bawah undang-undang yang boleh digunapakai akibat ketidakupayaan Lembaga Penasihat untuk menzahirkan Nota Prosiding di dalam Permohonan ini. Semua dakwaan S/N RbFuegg9h0mA98pyByq91A Pemohon telah disangkal dan dijelaskan oleh pihak Lembaga Penasihat secara konsistent dan benar. Justeru, segala dakwaan Pemohon adalah tidak benar dan tidak berasas. [42] Sehubungan dengan itu, Mahkamah ini berpendirian bahawa rujukan Pemohon terhadap kes Azanul Haqimi (supra) tersebut adalah tidak bertepatan dengan fakta permohonan ini memandangkan fakta kes semasa boleh dibezakan dengan kes Azanul Haqimi (supra). Dalam kes Azanul Haqimi (supra), isu kegagalan pengemukaan Nota Prosiding telah berbangkit dan diputuskan bermerit kerana terdapat percanggahan diantara afidavit yang difailkan oleh deponen-deponen Responden-Responden sendiri berhubung hak Pemohon diwakili peguam. [43] Berbeza dengan kes semasa ini, langsung tidak timbul percanggahan afidavit di antara afidavit deponen-deponen Responden-Responden sendiri. Namun, apa yang berlaku berdasarkan afidavit Pemohon adalah Pemohon mendakwa bahawa terdapatnya penafian hak-hak Pemohon yang diperuntukkan di bawah Akta 316 tanpa sebarang percanggahan afidavit-afidavit Responden-Responden sendiri dan oleh yang demikian, dikatakan Nota Prosiding perlu dikemukakan. Mahkamah merujuk kepada kes Mohd Rosli Ani V. Pengerusi, Lembaga Pencegahan Jenayah & Ors [2021] 1 LNS 676 yang telah membincangkan soal percanggahan diantara afidavit Pemohon dan afidavit Responden seperti yang berikut:- “[42] It is natural that there will always be a conflict of evidence between an applicant who seeks to secure his release from detention and the detaining authority in S/N RbFuegg9h0mA98pyByq91A respect of material facts. See Su Yu Min v. Ketua Polis Negara & Ors [2005] 3 CLJ 875. [43] In Mohammad Azanul Haqimi, the contradiction stemmed from the afidavit of the respondent itself and unless the notes of proceedings are produced for inspection, that conflict cannot be resolved. Since the notes of proceedings were not produced, the Federal Court held that the adverse presumption should apply against the respondent. [44] I therefore find that the case of Mohammad Azanul Haqimi Tuan Ahmad Azahari v. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors (supra) does not apply to the instant case on the facts and that no adverse presumption is invoked against the Respondents for failure to supply the notes of proceedings. [45] Consequently, there was no procedural non-compliance for failure to supply the notes of proceedings of the Advisory Board.” [Penekanan diberikan] [44] Sekiranya terdapat percanggahan sekalipun, percanggahan yang berlaku adalah diantara afidavit Pemohon dengan dakwaan Pemohon sendiri dan afidavit deponen-deponen Responden-Responden. Dalam hal yang sedemikian. Mahkamah berpendapat bahawa keterangan pihak Responden yang hanya menjalankan amanah yang S/N RbFuegg9h0mA98pyByq91A dipertanggungjawabkan kepada dirinya dan tidak mempunyai sebarang kepentingan terhadap kes Pemohon wajarnya dipercayai. [45] Sehubungan dengan itu, Mahkamah berpendapat tidak timbul sebarang ketidakpatuhan prosedur dan percanggahan keterangan afidavit deponen-deponen Responden sehingga menyebabkan Nota Prosiding perlu dikemukakan. Oleh itu isu ketiga ini ditolak. Kesimpulan [46] Permohonan “Habeas Corpus” Pemohon adalah tidak bermerit kerana Pemohon telah gagal menunjukkan berlakunya ketidakpatuhan prosedur (non-compliance) oleh pihak Responden-Responden dalam kes ini seperti diperuntukkan dalam seksyen 11C(1) Akta 316 dan kesemua isu yang diketengahkan tidak terjumlah kepada ketidakpatuhan prosedur (rujuk kes Lee Kew Sang v. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors [2005] 3 clj 914 dan kes Chua Kian Voon v. Menteri Dalam Negeri Malaysia & Ors [2020] 1 CLJ 747]. Oleh yang demikian, permohonan Pemohon melalui Lampiran 1 ditolak. Tarikh: 28.11.2023 t.t (ABDUL WAHAB BIN MOHAMED) S/N RbFuegg9h0mA98pyByq91A HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA IPOH, PERAK S/N RbFuegg9h0mA98pyByq91A Pihak-pihak Tetuan M. Thanakumaran & Shan bagi pihak Perayu. Peguamcara dan Peguambela Laguna Merbok Business Park, No. 9A, Lorong BLM 1/6, Bandar Laguna Merbuok 08000 Sungai Petani Kedah Tel: 04.4400914 Faks: 04.4400633 Emel: shan.midas@gmail.com Peguamcara: Encik Surendran a/l Arunagiri Peguam Persekutuan bagi pihak Responden Pejabat Penasihat Undang-Undang Kementerian Dalam Negeri Aras 5, Setia Perkasa 1, Kompleks Setia Perkasa Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62546 Wilayah Persekutuan, Putrajaya S/N RbFuegg9h0mA98pyByq91A