Content
1
BA-83-1759-06/2026
Magistrates Court of Malaysia22 Jun 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“OKT di peringkat awal [19] Asasnya pengakuan salah (Sau Soo Kim v. PP [1975] CLJU 158; [1975] 1 LNS 158; PP v. Kammoon Wannga & Anor [2008] 9 CLJ 479; [2008] 1 LNS 443; Melvani v. Public Prosecutor [1971] CLJU 78; [1971] 1 LNS 78) dan ketiadaan rekod sabitan lampau (PP v. Khafasliza Shafii [2018] 6 CLJ 98; [2017] 1 LNS”
“KT di dalam kes ini tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan ini adalah kali pertama dirinya dihadapkan dengan pertuduhan jenayah. Sebagaimana dahuluan dalam kes Chan Sit Hoong v. Public Prosecutor [1974] CLJU 19; [1974] 1 LNS 19; [1975] 1 MLJ 261 Mahkamah menyatakan: " With respect, I associate myself fully with the”
“sewaktu Jurubahasa membacakan pertuduhan ke atasny dan dapat menjawab dengan baik berkenaan mitigasinya. HUKUMAN Pengakuan salah OKT di peringkat awal [19] Asasnya pengakuan salah (Sau Soo Kim v. PP [1975] CLJU 158; [1975] 1 LNS 158; PP v. Kammoon Wannga & Anor [2008] 9 CLJ 479; [2008] 1 LNS 443; Melvani v. Public Pros”
“tion dapat diaplikasikan dengan berkesan sekaligus memastikan hukuman yang wajar dijatuhkan terhadap OKT. [22] Pemakaian prinsip yang sama dapat dilihat dalam kes Public Prosecutor v. Loo Choon Fatt [1976] CLJU 102; [1976] 1 LNS 102; [1976] 2 MLJ 256 apabila Mahkamah menyatakan: “In respect of sentencing there can be o”
“sewajarnya dikenakan terhadap pesalah, Mahkamah bertanggungjawab untuk menilai keseluruhan fakta kes sebagaimana dinyatakan oleh Hashim Yeop A Sani J dalam kes Raja Izzuddin Shah v. Public Prosecutor [1978] CLJU 165; [1978] 1 LNS 165; [1978] 1 MLRH 248 yang menganjurkan agar Mahkamah meneliti dan mempertimbangkan semua”
“emberi hukuman yang ringan. Rujukan kes Kasavan Baskaran v. PP [2008] 6 CLJ 390 dan PP v. Tia Ah Leng [2000] 5 CLJ 614. [26] Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Public Prosecutor v. Ravindran & Ors. [1992] CLJU 47; [1992] 1 LNS 47; [1993] 1 MLJ 45 yang menyatakan: "It is an accepted rule of practice that an accused sh”
“an diberi juga adalah sejajar dengan arah aliran semasa (current trend) atau hukuman-hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah lain. Sebagai contoh, Mahkamah Tinggi dalam kes Abdul Gani Husin v. PP [2007] CLJU 672; [2007] 1 LNS 672 mengekalkan hukuman penjara dan sebatan yang dikenakan oleh Mahkamah Rendah bagi kesal”
“r dan juga mengambil kira rayuan mitigasi, aggravasi serta fakta kes khusus bagi setiap kes. [11] Mahkamah ini juga merujuk kepada kes PP v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] CLJU 864; [2017] MLJU 958; [2017] AMEJ 0782 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 yang”
“ahan di bawah Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (lihat juga hukuman bagi Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 yang dipetik oleh Mahkamah dalam kes Wan Mohd Zaid Wan Ismail lwn. Pendakwa Raya [2017] CLJU 1769; [2017] 1 LNS 1769; [2017] MLRHU 1215). **Note : Serial number will be used to verify the originality o”
“lu mempertimbangkan pelbagai faktor dan juga mengambil kira rayuan mitigasi, aggravasi serta fakta kes khusus bagi setiap kes. [11] Mahkamah ini juga merujuk kepada kes PP v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] CLJU 864; [2017] MLJU 958; [2017] AMEJ 0782 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this”
“an pelbagai faktor dan juga mengambil kira rayuan mitigasi, aggravasi serta fakta kes khusus bagi setiap kes. [11] Mahkamah ini juga merujuk kepada kes PP v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] CLJU 864; [2017] MLJU 958; [2017] AMEJ 0782 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFIL”
“migresen 1959/63 (lihat juga hukuman bagi Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 yang dipetik oleh Mahkamah dalam kes Wan Mohd Zaid Wan Ismail lwn. Pendakwa Raya [2017] CLJU 1769; [2017] 1 LNS 1769; [2017] MLRHU 1215). **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 16”
“n ruang lingkup hukuman bagi kesalahan yang dilakukan oleh OKT. [13] Mahkamah ini juga merujuk kepada prinsip yang digariskan di dalam kes Mahkamah Tinggi, Mohd Sulaiman Bin Miskon v. Pendakwa Raya [2020] CLJU 1915; [2020] 1 LNS 1915; [2020] MLJU 1222 di mana telah diputuskan sepertimana berikut:- Once convicted, a tri”
“n yang dilakukan oleh OKT. [13] Mahkamah ini juga merujuk kepada prinsip yang digariskan di dalam kes Mahkamah Tinggi, Mohd Sulaiman Bin Miskon v. Pendakwa Raya [2020] CLJU 1915; [2020] 1 LNS 1915; [2020] MLJU 1222 di mana telah diputuskan sepertimana berikut:- Once convicted, a trial court must start with the maximum”
“r peringanan hukuman oleh OKT. [20] Pun begitu, pada pandangan Mahkamah, pengakuan salah OKT tidak secara ipso facto menjamin hukuman yang ringan dikenakan terhadap tertuduh. Dalam kes PP lwn. Azuan [2021] CLJU 1670; [2021] 1 LNS 1670, Awg Armadajaya Awg Mahmud PK memetik penghakiman oleh Augustine Paul JC dalam kes Pu”
“if kemasukan warga asing ke Malaysia secara salah, adalah wajar sekiranya perbuatan jenayah ini dibendung dari terus berleluasa bagi menjamin kepentingan rakyat Malaysia. Dalam kes PP v. Othman Latip [2022] CLJU 33; [2022] 1 LNS 33, Mahkamah dipetik sebagai menyatakan: "The paramount principle in sentencing is public i”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1
1
Litan Hawlader merupakan seorang warganegara Bangladesh iaitu Orang Kena Tuduh (OKT) dalam kes ini telah dituduh dengan satu pertuduhan di bawah seksyen 6(1) (C) Akta Imigresen.
2
Pertuduhan terhadap OKT adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 04/06/2026 jam lebih kurang 2300 hrs bertempat di Lot 2701 Jalan Batu 8 Bukit Kemuning, Seksyen 25, 40400 Shah Alam, Di Dalam Daerah Petaling,di dalam Negeri Selangor Malaysia sebagai seorang rakyat bangladesh telah dapati masuk ke malaysia tanpa sebarang dukumen yang sah yang di keluarkan di bawah Seksyen 10 Akta Imigeresen 1959/1963 dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Sek 6(1)(C) Akta Imigeresen 1959/1963 ( Pindaan 2002 ) yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6 (3) Akta yang sama. Hukuman: Denda tidak lebih RM 10,000.00 atau penjara bagi tempoh tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga di pertanggungkan dengan sebatan tidak lebih 6 sebatan.
3
Pertuduhan telah dibacakan dan diterangkan dalam Bahasa Melayu dan OKT telah mengaku bersalah dan faham akan sifat dan akibat pengakuan salahnya. Pengakuan salah OKT telah diterima dan OKT disabitkan salah. Mahkamah berpuashati pengakuan salah OKT tidak bersyarat dan telah menerimanya. Ekshibit Pendakwaan [4] Dokumen yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan telah ditanda sebagaimana berikut: Fakta Kes sebagaimana pertuduhan a. P1 Laporan Polis b. P2 Pengesahan dari Jabatan Imigresen Fakta Kes Pendakwaan [5] Berdasarkan pertuduhan sebagaimana yang dikemukakan sebagai fakta kes, pada 04/06/2026 jam lebih kurang 2300 hrs bertempat di Lot 2701 Jalan Batu 8 Bukit Kemuning, Seksyen 25, 40400 Shah Alam, di dalam Daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Malaysia sebagai seorang rakyat Bangladesh telah didapati masuk ke Malaysia tanpa sebarang dokumen yang sah yang dikeluarkan di bawah Seksyen 10 Akta Imigeresen 1959/1963. [6] Mahkamah telah menerima pengakuan salah OKT berdasarkan kepada ke semua ekshibit yang dikemukakan oleh pendakwaan dan seterusnya OKT didapati bersalah dan disabitkan menurut Sek 6(1)(C) Akta Imigeresen 1959/1963 (Pindaan 2002) yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6 (3) Akta yang sama.
7
OKT dijatuhi hukuman penjara 2 bulan dari tarikh sabitan iaitu 22.6.2026.OKT tidak berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhkan terhadapnya dan kini merayu terhadap hukuman tersebut ke Mahkamah Tinggi. PROSES MITIGASI DAN HUKUMAN Mitigasi OKT [8] OKT tidak diwakili oleh mana-mana Peguambela. Pada mulanya OKT diam ketika pertuduhan dibacakan kepadanya dan apabila pertuduhan dibacakan semula oleh Jurubahasa dan ditanya, OKT menganggukkan kepalanya tanda faham dan mengaku salah terhadap pertuduhan tersebut. Beliau faham sifat dan akibat pengakuannya itu. Mitigasi hukuman diperolehi berdasarkan pertanyaan Jurubahasa Mahkamah Majistret kepadanya dan OKT menjawab dengan jelas dengan menyatakan seperti berikut: OKT berusia 51 tahun, bekerja di kedai besi buruk, gaji harian berjumlah RM75 sehari, telah berkahwin, menanggung isteri dan mempunyai seorang anak. Hujahan pemberatan pihak pendakwaan [9] Pihak pendakwaan memohon agar hukuman setimpal dikenakan ke atas OKT sebagai pengajaran kepada OKT. Penilaian Mahkamah [10] Semasa menjatuhkan hukuman dalam satu kes jenayah, ia hendaklah dilakukan mengikut undang-undang. Mahkamah perlu mempertimbangkan pelbagai faktor dan juga mengambil kira rayuan mitigasi, aggravasi serta fakta kes khusus bagi setiap kes.
11
Mahkamah ini juga merujuk kepada kes PP v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] CLJU 864; [2017] MLJU 958; [2017] AMEJ 0782 4 yang menggariskan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah sebelum menjatuhkan hukuman dalam sesuatu kes, seperti berikut: "[5] It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows:
a
the gravity or severity of the facts constituting the offence; (b) the circumstances in which it was committed; (c) the rampancy of such offence in the area; (d) the offender's previous record; (e) the offender's contribution and support to his family members; (f) the offenders means;
g
the effect of conviction and sentence on his job opportunities; (h) the age and health of the accused; (i) whether it is his first offence; (j) whether the accused had cooperated with the police after the commission of the offence; (k) whether the accused had pleaded guilty; (i) status of the accused; (m) whether there was violence during the crime; (n) public interest, etc..." (penekanan ditambah) [12] Maka dalam menjatuhkan hukuman, selain mengambil kira faktor peringanan dan pemberatan hukuman, Mahkamah perlu mematuhi prinsip hukuman dan ruang lingkup hukuman bagi kesalahan yang dilakukan oleh OKT. [13] Mahkamah ini juga merujuk kepada prinsip yang digariskan di dalam kes Mahkamah Tinggi, Mohd Sulaiman Bin Miskon v. Pendakwa Raya [2020] CLJU 1915; [2020] 1 LNS 1915; [2020] MLJU 1222 di mana telah diputuskan sepertimana berikut:- Once convicted, a trial court must start with the maximum sentence allowed by law. It must then consider the facts and circumstances of the case, giving "discounts" for less than the most serious manner of commission. [14] Ini bermaksud apabila seseorang OKT itu disabitkan, samada perbicaraan penuh ataupun mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan, hukuman yang wajar diberikan kepada OKT adalah hukuman yang paling maksimum sekali diperuntukkan bagi kesalahan tersebut di bawah undang-undang. Kemudian barulah diberikan pengurangan atau diskaun kepada hukuman tersebut setelah mengambilkira faktor-faktor mitigasi yang dikemukakan OKT semasa rayuannya terhadap hukuman. [15] Berbalik kepada kes ke atas OKT, di bawah pertuduhan ini, hukuman maksimum yang diperuntukan undang-undang adalah OKT boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM 10,000.00 atau penjara bagi tempoh tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya dan bolehlah juga di pertanggungkan dengan sebatan tidak lebih 6 sebatan. DAPATAN SALAH & SABITAN [16] Sehubungan itu, setiap fakta dalam kes ini dan setiap hujahan perlu diperhalusi oleh Mahkamah sebelum menjatuhkan hukuman terhadap OKT bagi memastikan keadilan kepada semua pihak adalah terjamin. Dengan meletakkan perkara ini dalam fikiran, berikut adalah faktor-faktor yang diambil kira oleh Mahkamah dalam memerintahkan hukuman penjara terhadap OKT berdasarkan kepada faktor-faktor seperti dapatan sebagaimana di bawah ini. [17] Mengambil kira bahawa pengakuan salah OKT dibuat mengikut peruntukan seksyen 173 Kanun Tatacara Jenayah dan adalah teratur mengikut peruntukan undang-undang sebagaimana dinyatakan dalam kes Pham Van Thoung & Yang Lain lwn. PP (supra), Seah Ah Chiew v. PP [2006] 8 CLJ 585, Lee Weng Tuck & Anor v. PP [1989] 2 CLJ 120 dan Mohammad Hassan v. Public Prosecutor [1997] 1 CLJ SUPP 485, Mahkamah menerima pengakuan salah OKT bagi kesalahan yang dipertuduhkan terhadapnya. [18] OKT tidak diwakili oleh mana-mana Peguambela. Pada mulanya OKT diam ketika pertuduhan dibacakan kepadanya dan apabila pertuduhan dibacakan semula oleh Jurubahasa dan ditanya, OKT menganggukkan kepalanya tanda faham dan mengaku salah terhadap pertuduhan tersebut. Beliau faham sifat dan akibat pengakuannya malahan mitigasi hukuman diperolehi berdasarkan pertanyaan Jurubahasa Mahkamah Majistret kepadanya dan OKT menjawab dengan jelas. Mahkamah ini mendapati bahawa OKT faham bahasa melayu dan menjawabnya dengan baik ketika pertuduhan dibacakan kepadanya. Setelah berpuashati bahawa OKT memahami sifat akibat pengakuan salahnya, pertuduhan dalam bahasa Melayu dan setelah diakui oleh OKT akan ekshibit yang dikemukakan, OKT disabitkan dengan kesalahan.OKT membuat pengakuan yang bersih (unqualified/unequivocal plea) tanpa memberikan apa-apa pembelaan tersirat seperti mendakwa ada pas yang sah tetapi tertinggal dan sebagaimanya. Dalam kes Lim Seer Hao v Public Prosecutor (2022) MLJU 1953 Walaupun kes ini melibatkan warga tempatan, prinsip yang digariskan oleh Mahkamah Tinggi di sini terpakai untuk situasi warga asing yang mendakwa faham atau tidak faham bahasa Melayu di Mahkamah. Mahkamah menegaskan bahawa apabila sesuatu pertuduhan dibacakan dan diterangkan dalam bahasa Melayu dan OKT menjawab bahawa dia faham sifat serta akibat pengakuan tersebut, mahkamah berhak menerima pengakuan salah itu sekiranya ia dibuat tanpa sebarang sekatan atau keraguan. Jika seorang warga asing (atau sesiapa sahaja) secara sukarela menjawab pertuduhan dalam bahasa Melayu dengan jelas, tidak meminta jurubahasa lain, dan mengaku salah secara mutlak tanpa menambah sebarang alasan mitigasi yang menafikan elemen jenayah, maka pengakuan salah itu adalah sah dan muktamad. Mahkamah ini memutuskan bahawa pengakuan salah OKT dalam kes ini adalah sah dan tidak bersyarat dan tidak memprejudiskan OKT. Ini adalah kerana OKT faham akan sifat dan akibat pengakuannya sewaktu Jurubahasa membacakan pertuduhan ke atasny dan dapat menjawab dengan baik berkenaan mitigasinya. HUKUMAN Pengakuan salah OKT di peringkat awal [19] Asasnya pengakuan salah (Sau Soo Kim v. PP [1975] CLJU 158; [1975] 1 LNS 158; PP v. Kammoon Wannga & Anor [2008] 9 CLJ 479; [2008] 1 LNS 443; Melvani v. Public Prosecutor [1971] CLJU 78; [1971] 1 LNS 78) dan ketiadaan rekod sabitan lampau (PP v. Khafasliza Shafii [2018] 6 CLJ 98; [2017] 1 LNS 1138; Gan Kim Hua v. Public Prosecutor [1983] CLJ Rep 552) sering digunakan sebagai faktor peringanan hukuman oleh OKT. [20] Pun begitu, pada pandangan Mahkamah, pengakuan salah OKT tidak secara ipso facto menjamin hukuman yang ringan dikenakan terhadap tertuduh. Dalam kes PP lwn. Azuan [2021] CLJU 1670; [2021] 1 LNS 1670, Awg Armadajaya Awg Mahmud PK memetik penghakiman oleh Augustine Paul JC dalam kes Public Prosecutor v. Govindnan A/L Chinden Nair [1998] 2 CLJ 370; [1988] 2 MLJ 181 yang menyatakan: "...there can be no automatic rule that a guilty plea on its own entitles an accused to a lesser punishment". [21] Justeru, dalam menentukan hukuman yang sewajarnya dikenakan terhadap pesalah, Mahkamah bertanggungjawab untuk menilai keseluruhan fakta kes sebagaimana dinyatakan oleh Hashim Yeop A Sani J dalam kes Raja Izzuddin Shah v. Public Prosecutor [1978] CLJU 165; [1978] 1 LNS 165; [1978] 1 MLRH 248 yang menganjurkan agar Mahkamah meneliti dan mempertimbangkan semua fakta yang dikemukakan sebelum menjatuhkan hukuman. Ini adalah penting bagi memastikan empat prinsip asas hukuman i.e. retribution, deterrence, prevention dan rehabilitation dapat diaplikasikan dengan berkesan sekaligus memastikan hukuman yang wajar dijatuhkan terhadap OKT. [22] Pemakaian prinsip yang sama dapat dilihat dalam kes Public Prosecutor v. Loo Choon Fatt [1976] CLJU 102; [1976] 1 LNS 102; [1976] 2 MLJ 256 apabila Mahkamah menyatakan: “In respect of sentencing there can be only general guidelines. No two cases can have exactly the same facts to the minutest detail. Facts do differ from each case to case and ultimately each case has to be decided on its own merits. In practice sentences do differ not only from case to case but also from court to court. All things being equal these variations are inevitable if only because of the human element involved. But, of course, there must be limits to permissible variations.” [23] Hukuman diberikan oleh Mahkamah berada dalam ruang lingkup yang diperuntukkan di bawah Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang didapati bersalah atas suatu kesalahan di bawah seksyen 6 (1) Akta Imigresen akan dihukum dengan hukuman denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau penjara bagi tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, dan hendaklah juga bertanggungan kepada sebatan tidak lebih daripada enam sebatan (terjemahan Bahasa Inggeris: shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding ten thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both, and shall also be liable to whipping of not more than six strokes). [24] OKT telah mengaku salah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di Mahkamah ini, dan ianya telah dipertimbangkan Mahkamah ini sebagai suatu faktor mitigasi di dalam menjatuhkan hukuman. Ini selaras dengan prinsip didasarkan kepada kes Mahkamah Persekutuan, Sau Soo Kim v. Public Prosecutor [1975] CLJU 158; [1975] 1 LNS 158; [1975] 2 MLJ 134 yang menyatakan bahawa:- Whether a person is a hardened criminal or not, I feel that a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the country a great expense of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses. (penekanan ditambah) [25] Pengakuan bersalah OKT bukanlah alasan untuk memberi hukuman yang ringan. Rujukan kes Kasavan Baskaran v. PP [2008] 6 CLJ 390 dan PP v. Tia Ah Leng [2000] 5 CLJ 614. [26] Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Public Prosecutor v. Ravindran & Ors. [1992] CLJU 47; [1992] 1 LNS 47; [1993] 1 MLJ 45 yang menyatakan: "It is an accepted rule of practice that an accused should be given credit or discount for pleading guilty. This is because public time and money will be spared if an accused admits his guilt. The credit or discount to be given to an accused person is not on the maximum sentence imposed by law but rather on a sentence which would have been imposed on the accused if he had claimed trial and been found guilty. " (penekanan ditambah) [27] Selain itu, Mahkamah ini juga berpandukan kepada kes Bachik Abdul Rahman v. PP [2004] 2 CLJ 572, dalam kes ini Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa pengakuan salah OKT harus diberi kredit atau diskaun. Kebiasaanya, diskaun yang diberikan adalah pengurangan hukuman kira-kira satu pertiga daripada apa yang sepatutnya dikenakan. [28] Berdasarkan dapatan kes terdahulu di atas, adalah prinsip undang-undang yang mantap bahawa pengakuan salah OKT adalah satu faktor mitigasi yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah dalam menentukan hukuman yang setimpal dan adil. Atas sebab di atas, Mahkamah ini telah mengambilkira faktor pengakuan salah di peringkat awal oleh OKT sebagai salah satu faktor yang wajar dipertimbangkan sebelum menjatuhkan hukuman penjara. Mahkamah ini juga menyimpulkan bahawa pengakuan salah OKT di awal pertuduhan dibacakan terhadap OKT telah menjimatkan masa dan kos semua pihak. Kepentingan awam mengatasi kepentingan OKT [29] Selain itu juga telah dipertimbangkan bahawa ini adalah kesalahan pertama OKT di dalam kesalahan jenayah seumpama ini. Namun adalah menjadi pertimbangan Mahkamah juga dalam menjatuhkan hukuman yang dirasakan wajar kepada OKT di dalam kes ini untuk memastikan kepentingan awam tidak terjejas dan dalam masa yang sama memberi peluang kedua kepada OKT untuk berubah demi kepentingan dirinya dan keluarganya. Hukuman ini diharap dapat memberikan pengajaran bukan sahaja kepada OKT bahkan supaya sampai mesejnya kepada masyarakat setempat untuk tidak sesekali terjebak dengan jenayah. [30] Mahkamah ini percaya bahawa kepentingan awam adalah perkara penting yang perlu dipertimbangkan sebelum menjatuhkan sesuatu hukuman. Perkara berikut telah diputuskan dalam PP v. Loo Choon Fatt [1976] CLJU 102; [1976] 2 MLJ 25: "One of the main considerations in the assessment of sentence is of course the question of public interest. On this point I need only quote a passage from the judgment of Hilbery J in Rex v. Kenneth John Ball as follows: In deciding the appropriate sentence, a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest." (penekanan ditambah) [31] Adalah menjadi harapan Mahkamah ini, agar OKT benar-benar insaf dan berubah untuk hidup secara jujur dengan hukuman yang dijatuhkan disamping kepentingan awam diberi pembelaan. Mahkamah Tinggi Ipoh, dalam kes Public Prosecutor v. Loo Choon Fatt [1976] CLJU 102; [1976] 1 LNS 102, telah mengingatkan kita sepertimana berikut:- One of the main considerations in the assessment of sentence is of course the question of public interest. On this point I need only quote a passage from the judgment of Hilbery J in Rex v. Kenneth John Ball 35 Cr. App. R 164 as follows: "In deciding the appropriate sentence, a Court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living” (penekanan ditambah) [32] Di dalam kes Letitia Bosman v PP [2020] 8 CLJ 147, Mahkamah Persekutuan telah menyatakan bahawa:- In passing sentence, the court takes into consideration the mitigating and aggravating factors in order to ensure that the sentence is in accordance with the law. Passing a sentence according to law means the sentence imposed must not only be within the ambit of the sentence period stipulated but also assessed and passed according to established judicial principle. (penekanan ditambah) [33] Ini bermakna, dalam menjatuhkan hukuman, Mahkamah ini hendaklah mengambil kira faktor mitigasi dan faktor pemberatan bagi memastikan hukuman tersebut adalah selaras dengan undang-undang. Menjatuhkan hukuman menurut undang-undang bermaksud hukuman yang dikenakan bukan sahaja berada dalam lingkungan tempoh hukuman yang diperuntukkan, malah dinilai dan dijatuhkan berdasarkan prinsip penghukuman yang telah mantap. [34] Mahkamah turut mengambil kira bahawa OKT merupakan seorang warganegara Bangladesh dan tidak mempunyai ikatan tetap di negara ini dari segi kediaman atau pekerjaan tetap yang dibuktikan di hadapan Mahkamah. [35] Dalam keadaan sedemikian, Mahkamah ini berpandangan bahawa hukuman denda semata-mata tidak memadai untuk mencapai objektif penghukuman, khususnya dari sudut pencegahan dan pelaksanaan. Mahkamah turut mengambil maklum bahawa kesalahan seperti ini, sekiranya tidak ditangani secara tegas, berpotensi menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah serta menjejaskan ketenteraman awam. [36] Mahkamah ini berpandangan bahawa kes membabitkan warga asing yang berada di Malaysia tanpa memiliki pas yang sah harus dipandang serius memandangkan keberadaan mereka di Malaysia telah diklasifikasikan sebagai punca yang menyumbang kepada peningkatan masalah sosial dan jenayah di Malaysia.
Preamble
Menurut Pengarah Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Datuk Dr Abdul Rahman Aziz, kebanjiran warga asing di Malaysia lebih banyak menimbulkan masalah sosial dan budaya (Mohd Anwar Patho Rohman (2015, Januari 8). Sekat Kebanjiran Pendatang Haram. Berita Harian). Justeru, kemasukan warga asing secara salah ke Malaysia secara tidak langsung mengancam keselamatan negara dan ini sekaligus memberi kesan kepada rakyat Malaysia dari pelbagai aspek (Jami'ah Shukri (2010, 19 Mac). Lambakan Warga Asing Kian Meresahkan Rakyat Tempatan Selain Soal Kebimbangan Terhadap Ancaman Serta Membebankan Negara. Berita Harian). [37] Sehubungan dengan banyaknya implikasi negatif kemasukan warga asing ke Malaysia secara salah, adalah wajar sekiranya perbuatan jenayah ini dibendung dari terus berleluasa bagi menjamin kepentingan rakyat Malaysia. Dalam kes PP v. Othman Latip [2022] CLJU 33; [2022] 1 LNS 33, Mahkamah dipetik sebagai menyatakan: "The paramount principle in sentencing is public interest. Hence, while courts have been given a wide discretion in imposing a sentence, the courts are guided by sentencing principles when meting out the sentence". [38] Dato' Wan Ahmad Farid bin Dato' Wan Salleh semasa perbahasan Dewan Rakyat dalam Senarai Penyata Rasmi (Hansard) Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Parlimen Kedua Belas (2008) Bil. 30 10 Julai 2008 menyatakan kawalan kemasukan warga asing ke Malaysia adalah perlu demi melindungi keselamatan negara kerana kedaulatan negara perlu dipertahankan. Mengambil maklum niat Parlimen dalam penggubalan Rang Undang-Undang berkaitan Akta Imigresen yang bertujuan untuk melindungi kedaulatan negara dan mengelakkan ancaman dari luar, Mahkamah berpendapat hukuman denda adalah tidak bersesuaian dengan kesalahan dilakukan. [39] Pandangan sama turut didukung oleh Mahkamah dalam kes PP lwn. Azuan [2021] CLJU 1670; [2021] 1 LNS 1670 yang memberi penekanan kepada konsep kepentingan awam dan ketenteraman negara dalam menilai hukuman terhadap warga asing yang melanggar undang-undang negara. Dalam kes tersebut, Mahkamah menyatakan sebagaimana berikut: Terdapat berapa peringkat dalam konsep kepentingan awam. Yang paling utama ialah keselamatan negara. Tanpa jaminan terhadap keselamatan negara kesemua perkara seperti "kedaulatan undang-undang", "hak asasi manusia", "pemerintahan yang adil dan saksama" serta "pengaturan kendiri oleh masyarakat dan norma am yang diterma" adalah impian indah semata-mata...Jika berlaku pertembungan di antara kepentingan awam dan hak individu, kepentingan awam hendaklah mengatasi segalanya. Ini tidak bermakna penafian hak individu tetapi kewujudan individu dalam dunia bertamaddun bergantung kepada kewujudan masyarakat dan dunia secara keseluruhan. Bukan sebarang dunia tetapi dunia yang mendaulatkan undang-undang, melaksanakan keadilan, mempertahankan hak warganya dari diceroboh, pentadbiran urusan manusia secara teratur dan pemerkasaan jiwa kemanusiaan dalam setiap insan yang ada...Keduanya adalah ketenteraman awam dimana kedaulatan undang-undang, prosedur yang betul dipatuhi dan tidak dibimbangi berlakunya keadaan di mana seseorang tidak terkeliru dengan keadaan huru-hara yang menyerupai undang-undang rimba...Undang-undang Imigresen melarang warga asing yang tidak ada kebenaran untuk berada di Malaysia. Jumlah warga asing tanpa izin adalah satu pencabulan kedaulatan undang-undang Malaysia dan mengundang hukuman berat. [40] Secara amnya, setiap orang tidak kira sama ada warganegara atau warga asing, hendaklah patuh kepada undang-undang yang ditetapkan dalam sesebuah negara. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan, semua pihak termasuk warga asing yang berada di negara ini perlu mematuhi undang-undang yang sudah diperuntukkan (Sofian Baharom (2022, April 20). Semua Pihak Termasuk Warga Asing Perlu Patuh Undang-Undang. Utusan Malaysia). Pemerkasaan undang-undang berkaitan kemasukan warga asing ke Malaysia ini dapat dilihat dalam kes Subramaniyam Subakaran v. PP [2007] 1 CLJ 470 apabila Mohd Sofian Abd Razak JC menyatakan: ...every refugee has duties to the country in which he finds himself, which require in particular that he conform to its laws and regulations as well as to measures taken for the maintenance of public order. It follows that the applicant herein must obey the laws and regulations passed by Parliament failing which shall be liable to be prosecuted and punished like any other citizens of the country. [41] Sehubungan itu, Mahkamah berpendapat hukuman pemenjaraan dan sebatan adalah lebih wajar dikenakan terhadap tertuduh. Malah, hukuman diberi juga adalah sejajar dengan arah aliran semasa (current trend) atau hukuman-hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah lain. Sebagai contoh, Mahkamah Tinggi dalam kes Abdul Gani Husin v. PP [2007] CLJU 672; [2007] 1 LNS 672 mengekalkan hukuman penjara dan sebatan yang dikenakan oleh Mahkamah Rendah bagi kesalahan di bawah Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (lihat juga hukuman bagi Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 yang dipetik oleh Mahkamah dalam kes Wan Mohd Zaid Wan Ismail lwn. Pendakwa Raya [2017] CLJU 1769; [2017] 1 LNS 1769; [2017] MLRHU 1215). [42] Hukuman sebatan tidak dikenakan kepada OKT selaras dengan seksyen 289 Kanun Prosedur Jenayah dengan beliau di dalam mitigasinya menyatakan bahawa berumur 51 tahun. Seksyen 289 Kanun Prosedur Jenayah memperuntukkan bahawa "Hukuman sebat tidak boleh dikenakan ke atas mana-mana orang yang berikut, iaitu—
a
perempuan;
b
lelaki yang dijatuhi hukuman mati;
c
lelaki yang berumur lebih daripada lima puluh tahun, melainkan jika orang itu dijatuhi hukuman sebat di bawah Seksyen 376, 377C, 377CA atau 377E Kanun Keseksaan." Golongan warga emas (atas 50 tahun) dianggap mempunyai keadaan fizikal yang lebih lemah untuk menahan kesan kecederaan daripada rotan. OKT tiada sebarang rekod jenayah terdahulu [43] OKT di dalam kes ini tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan ini adalah kali pertama dirinya dihadapkan dengan pertuduhan jenayah. Sebagaimana dahuluan dalam kes Chan Sit Hoong v. Public Prosecutor [1974] CLJU 19; [1974] 1 LNS 19; [1975] 1 MLJ 261 Mahkamah menyatakan: " With respect, I associate myself fully with the humane views of the learned professor and his sense of compassion and decency in the approach to the problem of punishing first offenders. A first offender, be he on a drug charge or some other criminal charge, should be dealt with by the imposition of a fine or by placing him under bond or probation, but he should be kept away from prison unless there are, in the public interest, strong reasons for ordering a term of imprisonment, such as the gravity of the offence itself and the manner in which it is committed, or as a deterrent when the prevalence of a particular type of offence has truly reached a stage that a sentence of imprisonment alone may deter others from committing that type of offence. " [44] Hukuman penjara ini boleh memberi impak terhadap OKT untuk tidak terlibat dengan kes sebegini lagi. Mahkamah ini berpandangan bahawa hukuman penjara tersebut adalah adil dan setimpal setelah mengambil kira rayuan mitigasi OKT dan hujahan pemberatan Timbalan Pendakwaraya. [45] Dalam keadaan sedemikian, hukuman denda tidak wajar diperintahkan terhadap OKT. Sebaliknya, hukuman penjara adalah lebih sesuai kerana ia menepati tujuan hukuman iaitu memberi pengajaran kepadanya. Dengan itu, setelah mengambil kira semua pertimbangan tersebut bagi mencapai tujuan hukuman yang secara relatifnya memenuhi prinsip-prinsip dan objektif penjatuhan hukuman, dalam penghakiman mahkamah, penentuan seimbang yang mencerminkan hukuman yang paling berkadar (proportionate), saksama (fair) dan berpatutan adalah hukuman penjara 2 bulan dari tarikh sabitan. Hukuman pemenjaraan lebih sesuai dikenakan terhadap OKT [46] Hukuman pemenjaraan adalah lebih sesuai dalam keadaan ini bagi memastikan hukuman yang dijatuhkan mempunyai kesan sebenar. Pertimbangan ini bukanlah berasaskan kewarganegaraan semata-mata, tetapi berasaskan faktor praktikal penguatkuasaan serta kepentingan awam dalam memastikan keberkesanan hukuman. [47] Prinsip asas yang tidak boleh diketepikan ialah bahawa mana-mana individu yang memasuki negara ini, tanpa mengira kewarganegaraan, adalah tertakluk sepenuhnya kepada undang-undang Malaysia dan berkewajipan untuk mematuhinya. Kehadirannya di negara ini datang bersama tanggungjawab untuk menghormati kedaulatan undang- undang serta ketenteraman awam. [48] Hukuman yang dikenakan hendaklah mencerminkan keseriusan kesalahan dan berfungsi sebagai pencegahan yang berkesan agar ia tidak menjadi faktor yang mendorong peningkatan jenayah seumpamanya pada masa hadapan. [49] Dalam konteks pelaksanaan hukuman, Mahkamah perlu mempertimbangkan keberkesanan dan kebolehkuatkuasaan hukuman tersebut. Dalam keadaan di mana seseorang tertuduh tidak mempunyai kediaman tetap atau akar umbi yang kukuh dalam negara ini, hukuman denda semata-mata tidak memadai bagi menjamin pematuhan dan pelaksanaan yang berkesan. [50] Yang paling utama, hukuman yang dijatuhkan adalah dalam ruang lingkup tempoh hukuman yang diperuntukkan di bawah seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen dan ianya tidak sama sekali bertentangan dengan peruntukan sedia ada. [51] Setelah mempertimbangkan sewajarnya, daripada OKT sepatutnya dikenakan hukuman maksimum, Mahkamah ini telah memberikan keringanan atas fakta-fakta mitigasi yang dikemukakan pembelaan dan memberikan diskaun sewajarnya. Natijahnya, hukuman yang dijatuhkan adalah OKT dihukum penjara 2 bulan dari tarikh sabitan. Sehubungan itu, Mahkamah berpendapat bahawa hukuman penjara adalah lebih wajar berbanding hukuman denda dalam fakta kes ini selaras dengan objektif penghukuman iaitu pencegahan, kebertanggungjawaban dan pemeliharaan ketenteraman awam. KESIMPULAN [52] Setelah mempertimbangkan faktor-faktor di atas, Mahkamah memerintahkan tertuduh dihukum dengan hukuman penjara selama 2 bulan dari tarikh sabitan i.e. 22 Jun 2026. Bertarikh: 6 Julai 2026 (WAN NOORA NISA BINTI NGADIRIN)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.