Content
AB-83D-1589-09/2022 1 / 50 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET TAIPING DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN KES JENAYAH NO.: AB-83D-1589-09/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA
AB-83D-1589-09/2022
Magistrates Court of Malaysia3 May 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“s competency to give expert evidence arises. The law seems clear that opinions of experts are under certain conditions admissible in evidence. Our law of expert evidence is to be found in s 45 of the Evidence Act which explains who experts are. (see also ss 46-51).”. [31] Mahkamah ini juga turut merujuk kepada satu lag”
“r a criminal case is decided on the basis of the truth of the prosecution’s case as against the falsity of the defence story, a trial judge must in accordance with the principle laid down in Mat v PP [1963] MLJ 263 go one step further before convicting the accused by giving due consideration as to why the defence story”
“panduan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal AB-83D-1589-09/2022 40 / 50 berikut dalam kes Pendakwa Raya v Mohan Singh A/L Lachman Singh [1999] MLJU 218: “Even if there is nothing to prevent the police from planting evidence, and even assuming it is possible”
“ed to verify the originality of this document via eFILING portal AB-83D-1589-09/2022 16 / 50 [42] Mahkamah merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Henry Chan Kok Loon v Public Prosecutor [2017] MLJU 1191 yang telah merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Muhammed Hassan v PP [1998] 2 MLJ dan”
“adi terlalu longgar atau ketat sehingga tidak boleh dipakai oleh tertuduh yang mana tidak berlaku dalam kes ini (rujuk keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Karamat Masih (W/Pakistan) lwn Pendakwa Raya [2019] MLJU 656).”
“o have possession, and as he is deemed to have possession, he is also deemed to have knowledge.”. (Penekanan ditambah). [45] Mahkamah Tinggi dalam kes Pendakwa Raya lwn Mohammad Mahmud bin A Ibrahim [2021] MLJU 1213 telah memutuskan seperti berikut: “[21] Adalah jelas bahawa untuk satu anggapan terpakai di bawah seksye”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
AB-83D-1589-09/2022 1 / 50 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET TAIPING DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN KES JENAYAH NO.: AB-83D-1589-09/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
Pendakwaan ini melibatkan satu pertuduhan ke atas tertuduh bernama Livaneswaran a/l Palanyvello (‘tertuduh’) kerana memiliki dadah berbahaya iaitu 20.35 gram Methamphetamine yang merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (‘ADB’) dan boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) ADB.
2
Pertuduhan terhadap tertuduh adalah seperti berikut: “Pertuduhan Bahawa kamu pada 14/04/2022 jam lebih kurang 0130 hrs di tepi bahu jalan, Lorong DTS 2, Taman Tekkah Permai, Aulong, Taiping dalam Daerah Larut Matang di Negeri Perak, telah ada dalam milikan kamu 20.35 gram bahan yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine. Dengan itu kamu telah melakukan kesalahan dibawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah seksyen 39A(1) akta yang sama.”.
3
Tertuduh mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan tersebut dan telah dibicarakan.
4
Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya mengemukakan keterangan-keterangan yang berwibawa (credible evidence) bagi membuktikan setiap satu elemen kesalahan bagi pertuduhan tersebut. Mahkamah juga telah menggunakan anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB di akhir kes pendakwaan. Tertuduh kemudiannya telah dipanggil untuk membela diri.
5
Di akhir kes pembelaan, Mahkamah mendapati tertuduh gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan dan gagal untuk mematahkan anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB di tahap imbangan kebarangkalian. Mahkamah kemudian memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan tertuduh didapati bersalah dan disabitkan di bawah seksyen 12(2) ADB yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A (1) ADB.
6
Untuk hukuman, setelah mendengar hujahan-hujahan mitigasi dan pemberatan daripada pihak-pihak, Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara ke atas tertuduh selama 2 tahun 6 bulan dari tarikh sabitan dan tertuduh juga dijatuhkan hukuman sebatan sebanyak 3 kali sebatan.
7
Terkilan, tertuduh melalui peguamnya telah merayu ke atas keseluruhan keputusan Mahkamah; sabitan dan hukuman. Tiada sebarang rayuan difailkan oleh pihak pendakwaan.
8
Penghakiman bertulis ini mengandungi keseluruhan analisis dan sebab-sebab keputusan dalam kes ini.
9
Inti pati kes pendakwaan berkenaan pertuduhan yang dihadapi oleh tertuduh adalah seperti yang dinyatakan oleh saksi-saksi pendakwaan dalam keterangan mereka [lima (5) saksi kesemuanya] dan juga berdasarkan ekshibit-ekshibit yang dikemukakan kepada Mahkamah ini sebagai keterangan [sembilan belas (19) ekshibit kesemuanya termasuk dua (2) ekshibit pihak pembelaan]. Keterangan-keterangan ini adalah secara ringkasnya adalah seperti yang dijelaskan di bawah. Ada juga fakta kes yang akan dirujuk dalam analisis Mahkamah ini di bahagian kemudian penghakiman ini.
10
Pada 14.04.2022 jam lebih kurang 1.30 pagi, Inspektor Kamarul Ariffin bin Kamaruzaman (‘SP1’) bersama-sama dengan Sarjan Yusri bin Hashim (‘SP2’), Sarjan Amir Faruk bin Bapoo (‘SP4’), dan empat lagi anggota serbuan lain telah nampak tertuduh berada di atas motorsikal jenis Honda EX5 AGC5394 dalam keadaan mencurigakan di tepi bahu jalan Lorong DTS 2, Taman Tekkah Permai, Aulong, Taiping (‘tempat kejadian’).
11
SP1 dan pasukannya kebetulan sedang melalui tempat kejadian dengan menaiki motorsikal masing-masing sebelum ternampak tertuduh sedang duduk di atas motorsikal di mana motorsikal tersebut dalam keadaaan enjinnya telah dimatikan. Seterusnya SP1 bersama-sama dengan anggota serbuan hentikan motorsikal yang dinaiki masing-masing dan menahan tertuduh yang sedang duduk di atas motorsikal.
12
Semasa SP1 memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis, tertuduh telah bertindak untuk melarikan diri namun berjaya ditahan dan seterusnya SP1 memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis sekali lagi dengan menunjukkan kad kuasa polisnya dan melakukan pemeriksaan fizikal terhadap tertuduh. Semasa pemeriksaan dibuat, SP1 telah menjumpai satu paket plastik lut sinar berisi bahan disyaki dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan anggaran berat 50 gram (ekshibit P6) (‘barang kes’) dari dalam poket hadapan sebelah kanan seluar jeans warna hitam jenama H&M (ekshibit P9) (‘seluar jeans H&M’) yang dipakai oleh tertuduh. Sepanjang proses ini, SP2 dan SP4 juga berada di samping SP1 dan tertuduh.
13
Seterusnya SP1 telah membuat pemeriksaan lanjut di tempat tertuduh ditahan dan tidak menjumpai apa-apa barang lain yang menyalahi di sisi undang-undang. SP1 kemudian rampas dan simpan barang kes di dalam beg sandang kepunyaannya dan bawa tertuduh ke Pejabat Bahagian Narkotik IPD Taiping.
14
Di Pejabat Bahagian Narkotik IPD Taiping, SP1 telah melakukan ujian saringan air kencing terhadap tertuduh, merampas seluar jeans H&M yang dipakai oleh tertuduh, menyediakan borang bongkar (ekshibit P2), menyediakan borang serah menyerah (ekshibit P11), menimbang, dan menandakan barang kes.
15
Setelah selesai semua proses tersebut, SP1 telah membuat laporan polis seperti mana dalam ekshibit P10. Kemudian SP1 telah serahkan tertuduh bersama-sama dengan semua barang kes termasuk dokumen-dokumen yang disediakan kepada pengawai penyiasat iaitu Inspektor Tayalan a/l Muthirulandi Servai (‘SP5’).
16
Barang kes yang dirampas oleh SP1 daripada tertuduh kemudian telah dihantar untuk tindakan analisis ke Jabatan Kimia Malaysia (Cawangan Ipoh). Barang kes telah dianalisis oleh Puan Faznur Azilah binti Mahmud (‘SP3’) iaitu seorang Ahli Kimia dan mendapati berat bersih barang kes ialah 20.35 gram yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine. Dapatan SP3 ini terdapat dalam Laporan Kimia yang disediakannya (ekshibit P14). Ini membentuk inti pati (subject matter) kepada pertuduhan yang dihadapi oleh tertuduh.
17
Pihak pembelaan menghujahkan bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan satu kes prima facie terhadap pertuduhan yang dihadapi tertuduh. Berdasarkan soalan pemeriksaan balas pihak pembelaan terhadap saksi-saksi pendakwaan dan sebagaimana yang dinyatakan dalam hujahan-hujahan pembelaan di akhir kes pendakwaan, pembelaan yang dibangkitkan oleh tertuduh terhadap pertuduhan terhadapnya boleh diringkaskan kepada beberapa isu utama seperti berikut:
i
Seluar jeans warna hitam jenama H&M (ekshibit P9) yang dirampas daripada tertuduh adalah bukan kepunyaan tertuduh. Sebaliknya pihak pembelaan menghujahkan bahawa seluar jeans yang dipakai oleh tertuduh pada hari kejadian adalah ‘brand DIOR’ (‘isu identiti seluar jeans yang dirampas daripada tertuduh’).
II
(ii) SP5 gagal untuk menghantar seluar jeans H&M (P9) kepada jabatan forensik untuk fingerprint dusting atau AB-83D-1589-09/2022 6 / 50 timbulan cap jari untuk memastikan seluar jeans (P9) benar-benar dipakai oleh tertuduh ketika tangkapan dan ini telah menjejaskan kes pendakwaan (‘isu kegagalan melakukan fingerprint dusting terhadap seluar jeans H&M’).
III
(iii) Terdapat kemungkinan barang kes telah diusik (tempered with) kerana tertuduh telah dituduh di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB kerana mengedar dadah berbahaya Methamphetamine sejumlah 50 gram sebelum laporan kimia diperolehi (‘isu barang kes telah diusik’).
IV
(iv) Keraguan berkenaan poket mana barang kes dijumpai kerana tiada penjelasan daripada SP1 dan SP5 tentang kewujudan 2 poket yang ada di hadapan sebelah kanan seluar jeans H&M (poket hadapan kecil dan poket hadapan besar) (‘isu kewujudan 2 poket di hadapan sebelah kanan seluar jeans H&M’).
v
Tidak ada sebarang dadah berbahaya dirampas daripada tertuduh dan barang kes yang dikemukakan di Mahkamah bukan milik tertuduh (‘isu pemilikan barang kes’).
VI
(vi) Rantaian barang kes (P6) telah terputus kerana dalam gambar barang kes (P3C) tidak menunjukkan sebarang tandaan yang dibuat oleh SP1 (sebagai pegawai yang membuat rampasan barang kes) dan hanya terdapat tandaan yang dibuat oleh SP5 (pegawai penyiasat) sahaja (‘isu rantaian jagaan barang kes terputus’). AB-83D-1589-09/2022 7 / 50
VII
(vii) Siasatan SP5 adalah tidak rapi dan tidak teratur walaupun kertas siasatan telah dibuka (dan kemudian dituduh) di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB (‘isu siasatan tidak rapi’). [18] Isu-isu ini akan dikupas secara lebih mendalam selepas ini dalam penilaian mahkamah secara maksimum terhadap keterangan-keterangan yang boleh dipercayai dan bersifat berwibawa (credible) yang telah dikemukakan di Mahkamah ini. PENILAIAN DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN Penilaian maksimum dan prima facie [19] Tugas utama Mahkamah di akhir kes pendakwaan telah diperuntukkan dalam seksyen 173(f) dan seksyen 173(h) Kanun Tatacara Jenayah. Di peringkat ini, Mahkamah ini mesti membuat keputusan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh bagi pertuduhan yang dituduh ke atasnya. [20] Dalam menentukan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie, Mahkamah ini harus melakukan penilaian maksimum terhadap kesemua keterangan pihak pendakwaan termasuk menilai kredibiliti keterangan saksi-saksi pendakwaan dalam menentukan sama ada elemen pertuduhan berjaya dibuktikan atau sebaliknya. Sekiranya lebih daripada satu inferens atau kesimpulan yang timbul daripada hasil penilaian ini, inferens yang memberi manfaat kepada tertuduh yang patut diterima oleh Mahkamah ini (lihat keputusan terkini Mahkamah Persekutuan dalam kes Ketheeswaran a/l AB-83D-1589-09/2022 8 / 50 Kanagaratnam & Anor v Public Prosecutor [2024] 1 MLJ 851 dan Abdullah bin Atan v PP & Anor Appeal [2020] 9 CLJ 151). Peruntukan undang-undang berkaitan [21] Seksyen 12(2) ADB memperuntukkan seperti berikut:
12
“Restriction on import and export of certain dangerous drugs
1
…
2
No person shall have in his possession, custody or control any dangerous drug to which this Part applies unless he is authorized to be in possession, custody or control of such drug or is deemed to be so authorized under this Act or the regulations made thereunder.”. [22] Seksyen 37(d) ADB memperuntukkan: “Presumptions
37
In all proceedings under this Act or any regulation made thereunder— ...
d
any person who is found to have had in his custody or under his control anything whatsoever containing any dangerous drug shall, until the contrary is proved, be deemed to have been in possession of such drug and shall, until the contrary is proved, be deemed to have known the nature of such drug; …”. [23] Seksyen 39A(1) ADB memperuntukkan: “Increased penalty where the subject matter is the prescribed amount of certain dangerous drugs
39A
(1) Every person found guilty of an offence against this Act where the subject matter of the offence is— …
r
5 grammes or more but less than 30 grammes in weight of Methamphetamine; … shall, instead of being liable to the punishment provided for that offence under the section under which the person has been so found guilty, be punished with imprisonment for a term which shall not be less than two years but shall not exceed five years, and he shall also be punished with whipping of not less than three strokes but not more than nine strokes.”. Elemen pertuduhan [24] Terdapat tiga elemen bagi kesalahan di bawah seksyen 12(2) ADB yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) ADB yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Elemen-elemen tersebut adalah seperti berikut (dalam konteks kes semasa):
i
Barang kes yang dirampas oleh SP1 daripada tertuduh adalah 20.35 gram dadah berbahaya jenis Methampethamine seperti mana dalam Bahagian III Jadual
II
(ii) Barang kes adalah dalam milikan tertuduh; dan
III
(iii) Tertuduh tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memiliki barang kes pada masa kejadian. [25] Perincian lebih lanjut ke atas kesemua elemen kesalahan ini adalah seperti berikut. AB-83D-1589-09/2022 10 / 50
i
Barang kes yang dirampas oleh SP1 daripada tertuduh adalah 20.35 gram dadah berbahaya jenis Methampethamine seperti mana dalam Bahagian III Jadual Pertama ADB. [26] Ini adalah isu pertama yang mesti dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Elemen ini adalah berkenaan identiti dan berat barang kes yang menjadi subject matter kepada pertuduhan terhadap tertuduh. [27] Identiti adalah penting untuk membuktikan bahawa barang kes yang dirampas oleh SP1 daripada tertuduh adalah dadah berbahaya seperti mana dalam Jadual Pertama ADB. Manakala berat barang kes adalah material kerana pertuduhan terhadap tertuduh adalah di bawah seksyen 12(2) ADB yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) ADB di mana seksyen 39A(1) adalah salah satu aggravated form of drug possession bagi kesalahan pemilikan dadah berbahaya di bawah seksyen 12(2) ADB yang menetapkan hukuman yang lebih berat jika dibuktikan bersalah. [28] Setelah meneliti semua keterangan secara menyeluruh, Mahkamah ini berpuas hati bahawa barang kes yang telah dianalisis adalah dadah berbahaya jenis Methampethamine seperti mana dalam
Part
Bahagian III Jadual Pertama ADB dengan berat 20.35 gram. Pihak pendakwaan telah memanggil Ahli Kimia iaitu Puan Faznur Azilah binti
Content
Mahmud (SP3) yang bertugas di Seksyen Narkotik, Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan Negeri Perak Darul Ridzuan sebagai saksi untuk memberikan keterangan bagi membuktikan elemen ini. SP3 dalam keterangannya telah mengesahkan hasil analisisnya bahawa barang kes mempunyai berat bersih 49.89 gram yang mengandungi 20.35 gram Methamphetamine. Bagi tujuan ini juga, SP3 telah merekodkan AB-83D-1589-09/2022 11 / 50 hasil analisisnya dalam Laporan Kimia bernombor makmal 22-FR-A- 02621 (ekshibit P14).
29
Berdasarkan kepada kelulusan, pengalaman, dan kepakaran SP3, tiada sebab munasabah untuk Mahkamah ini tidak mempercayai keterangannya. Oleh yang demikian, Mahkamah ini menerima keterangan SP3 sebagai seorang Ahli Kimia yang berkelayakan untuk menjalankan analisis ke atas barang kes. Mahkamah menerima keputusan analisis yang dibuat oleh SP3 berkaitan dengan identiti dan berat barang kes seperti mana dalam pertuduhan.
30
Bagi tujuan ini juga, Mahkamah merujuk kepada kes Khoo Hi Chiang v Public Prosecutor and another appeal [1994] 1 MLJ 265 dimana YAA Abdul Hamid bin Omar KHN (pada ketika itu) ada menyentuh berkenaan kedudukan keterangan Ahli Kimia seperti berikut: “It is appropriate at the outset to determine whether the evidence of a chemist on the identity of a drug constitutes evidence of fact or opinion and to consider the attendant issue governing the admissibility of such evidence. If the chemist’s evidence is factual, then it follows that he is competent to give evidence like any other witness and by the same token the law on the admissibility of such evidence would apply. If the chemist’s evidence constitutes an opinion, then his evidence would come under the category of expertise evidence. In that case the question of his competency to give expert evidence arises. The law seems clear that opinions of experts are under certain conditions admissible in evidence. Our law of expert evidence is to be found in s 45 of the Evidence Act which explains who experts are. (see also ss 46-51).”.
31
Mahkamah ini juga turut merujuk kepada satu lagi kes Mahkamah Persekutuan iaitu Chu Tak Fai v Public Prosecutor [2007] 1 MLJ 201 yang telah memutuskan seperti berikut: AB-83D-1589-09/2022 12 / 50 “[20] On the sufficiency of the evidence of the chemist, we wish to reiterate that the court is entitled to accept the evidence of the chemist on its face value without the necessity for him to go into details of what he did in the laboratory step by step unless the evidence is so inherently incredible that no reasonable person can believe it to be true or the defence calls evidence in rebuttal by another expert (see Balachandran v Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301; [2005] 1 CLJ 85 and Khoo Hi Chiang v Public Prosecutor and another appeal [1994] 1 MLJ 265; [1994] 2 CLJ 151).”.
32
Justeru Mahkamah ini menerima keterangan yang telah diberikan oleh SP3 yang mendapati barang kes mengandungi 20.35 gram dadah berbahaya jenis Methamphetamine. Methamphetamine adalah dadah berbahaya seperti mana disenaraikan dalam Bahagian III Jadual Pertama ADB.
33
Mahkamah ini juga mendapati bahawa rantaian keterangan dan jagaan barang kes bagi kes ini tidak terputus. Dalam isu rantaian keterangan barang kes, apa yang penting ialah barang kes dalam kes ini iaitu satu paket plastik lut sinar berisi bahan disyaki dadah jenis Methamphetamine (ekshibit P6) yang dirampas oleh SP1 daripada tertuduh dan kemudian diserahkan kepada Pegawai Penyiasat (SP5) dan sehinggalah dianalisis oleh SP3 merupakan barang kes yang sama (rujuk kes Yeap Teong Tean v Public Prosecutor [1987] 1 MLJ 220).
34
Dalam kes semasa ini, SP3 di mahkamah terbuka telah mengesahkan dan mengecamkan barang kes iaitu satu paket plastik lut sinar berisi bahan disyaki dadah jenis Methamphetamine (ekshibit P6) yang berada dalam sampul surat bertanda ‘TV1’ yang mempunyai meterai ‘POLIS DIRAJA MALAYSIA 538’ (ekshibit P4) merupakan barang kes yang diserahkan oleh SP5 kepadanya. Perkara ini juga dibuktikan melalui Resit Rasmi Jabatan Kimia Malaysia (ekshibit P13) yang mengesahkan SP3 telah menerima barang kes daripada SP5. Malah keterangan SP3 AB-83D-1589-09/2022 13 / 50 juga konsisten dengan tandaan yang dibuat oleh SP1 (sebagai pegawai tangkapan/serbuan) dan SP5 (sebagai pegawai penyiasat). Pengeceman oleh semua saksi ke atas gambar barang kes (ekshibit P3C) juga adalah positif. Justeru rantaian keterangan barang kes tidak terputus.
35
Oleh yang demikian, pihak pendakwaan berjaya membuktikan elemen pertama.
II
(ii) Barang kes adalah dalam milikan tertuduh [36] Terdapat pelbagai nas undang-undang yang telah membincangkan berkenaan elemen pemilikan ini. Berdasarkan nas-nas ini, bagi membuktikan elemen pemilikan, pihak pendakwaan perlu membuktikan tertuduh mempunyai kawalan atau jagaan ke atas barang kes dan mempunyai pengetahuan akan kewujudan dadah tersebut (rujuk Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] 1 MLJ 237 dan Leow Nghee Lim v Reg [1956] 1 MLJ 28). Kawalan dan jagaan merujuk kepada keadaan dimana seseorang itu mempunyai kuasa untuk berurusan dengan sesuatu barang itu sebagai kepunyaannya sendiri dan bukan orang lain (rujuk PP v Denish Madhavan [2009] 2 CLJ 209). Kebiasaanya bukti pengetahuan merupakan suatu perkara inferens yang boleh disimpulkan berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan kepada Mahkamah (rujuk Parlan bin Dadeh v Public Prosecutor [2008] 6 MLJ 19). [37] Selain itu bagi membuktikan elemen kawalan atau jagaan ke atas barang kes, Mahkamah Rayuan dalam kes Arumugam Periasamy v PP [2005] 3 CLJ 685 dan Mahkamah Tinggi dalam kes PP v Mahendaran Kandaiah [2020] 1 LNS 234 telah memutuskan bahawa kedekatan atau AB-83D-1589-09/2022 14 / 50 proximity tertuduh dengan barang kes yang mengandungi dadah berbahaya tersebut boleh menimbulkan inferens bahawa tertuduh mempunyai jagaan dan kawalan terhadap barang kes dadah tersebut. Namun ianya juga perlu dinilai berdasarkan fakta kes dan keterangan sesuatu kes kerana terdapat keadaan di mana kedekatan tertuduh dengan barang kes semata-mata adalah tidak mencukupi membuktikan jagaan dan kawalan. Ianya sedikit sebanyak bergantung kepada keterangan di mana barang kes dadah tersebut dijumpai. Misalnya dalam kes Roslan Hanapi v PP [2015] 6 CLJ 464, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa kedekatan tertuduh dengan barang kes dadah tidak menunjukkan kawalan dan jagaan kerana kedudukan barang kes dadah di bawah meja di dalam garaj dan garaj tersebut boleh diakses oleh sesiapa. Selain itu rujukan juga boleh dibuat kepada keputusan Mahkamah Tinggi dalam PP v Karuma Hasan Ansao [2021] 1 LNS 741 di mana Mahkamah memutuskan bahawa kedekatan tertuduh dengan barang kes dadah tidak dapat membantu pihak pendakwaan kerana terdapat percanggahan dalam keterangan saksi-saksi pendakwaan tentang tempat barang kes dijumpai dan terdapat kotak-kotak lain ditepi tertuduh selain barang kes dadah tersebut. [38] Setelah menilai semua keterangan secara maksimum dan meneliti prinsip undang-undang, Mahkamah mendapati tertuduh telah mempunyai kawalan dan jagaan ke atas barang kes dalam kes ini iaitu satu paket plastik lut sinar berisi bahan disyaki dadah jenis Methamphetamine (P6). Oleh sebab barang kes dijumpai di dalam poket hadapan sebelah kanan seluar jenama H&M (P9) yang dipakai oleh tertuduh sendiri, maka sudah tentu tertuduh mempunyai jagaan dan kawalan ke atas barang kes pada masa material. AB-83D-1589-09/2022 15 / 50 [39] Dalam erti kata lain, barang kes yang dirampas daripada tertuduh (P6) adalah dalam jagaan dan kawalan tertuduh secara fizikal. Hanya tertuduh yang mempunyai kuasa untuk berurusan dengan barang kes sebagai kepunyaannya sendiri dan bukan orang lain. Malah ketika tangkapan, hanya tertuduh sahaja berseorangan di tempat kejadian dan tidak ada orang lain yang ada bersama-sama dengan tertuduh yang mempunyai akses kepada barang kes (P6). [40] Selain itu, Mahkamah juga berpandangan bahawa perbuatan tertuduh yang cuba melarikan diri semasa tangkapan dilakukan boleh disiratkan sebagai mempunyai pengetahuan ke atas barang kes dadah yang berada dalam poket hadapan sebelah kanan seluar jeans H&M yang dipakai oleh tertuduh. Kelakuan tertuduh ini adalah satu keterangan relevan dan boleh diterima masuk di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950 (rujuk kes Mahkamah Persekutuan dalam kes Samundee Devan Muthu Kerishnan v PP [2010] 3 CLJ 269). Lagipun adalah tidak logik tertuduh tidak mengetahui tentang barang yang berada dalam poket seluar yang dipakainya sendiri. [41] Walau bagaimanapun, bagi kesalahan pemilikan dadah berbahaya undang-undang adalah mantap bahawa sebaik kawalan dan jagaan dapat dibuktikan oleh pihak pendakwaan, anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB akan berbangkit (triggered) yang menganggap bahawa tertuduh mempunyai milikan dan pengetahuan ke atas barang kes dadah dan jenisnya (deemed to have been in possession of such drug and shall, until the contrary is proved, be deemed to have known the nature of such drug). AB-83D-1589-09/2022 16 / 50 [42] Mahkamah merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Henry Chan Kok Loon v Public Prosecutor [2017] MLJU 1191 yang telah merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Muhammed Hassan v PP [1998] 2 MLJ dan memutuskan seperti berikut: “[57] Section 37 (d) of the DDA, already provided a “deemed state of affairs” (i.e. deemed possession and deemed knowledge). There is no longer the necessity for the prosecution to prove how these possession or knowledge were derived at. So long as there is already a finding of custody and control, the presumption is triggered. Since the learned Judge had already made a finding of custody and control of P66 and its contents, the Accused is deemed to have possession and knowledge. This has been illuminated by Chong Siew Fai CJ (Sabah and Sarawak) in Muhammed Hassan v P.P. [1998] 2 MLJ at page 273, delivering the judgment of the Federal Court: “The ‘deemed state of affairs in s. 37 (d) (i.e. deemed possession and deemed knowledge) is by operation of law and there is no necessities to prove how the particular state of affairs is arrived at. There need only be established the basic or primary facts necessary to give rise to that state of affairs i.e. the finding of custody or control. Such presumptions as under s. 37 (d) (and, for that matter, the one under s. 37 (da) are sometimes described as “compelling presumptions” in that upon proof of custody or control in s. 37 (d) by the prosecution), the court must in law draw a presumption in its favour (i.e. presumptions of possession and knowledge) unless the other party proves the contrary. Such a presumption has the compelling force of law. It is a deduction which the law requires the trial court to make.”. (Penekanan ditambah). [43] Mahkamah Rayuan dalam kes Surentheran Selvarajah v PP [2005] 2 CLJ 264 telah memutuskan seperti berikut: “Even if the proven circumstances were insufficient as proof of knowledge, we would apply the presumption of s. 37(d). When we mooted the idea during the hearing of the appeal, Encik Karpal Singh was not able to argue convincingly against it. We are satisfied that the appellant had in his custody or in his control the bag and the packets containing the drugs. The presumption is a mandatory although rebuttable presumption. It has to be AB-83D-1589-09/2022 17 / 50 applied where the facts on which to base it are established, except in a capital charge of trafficking. … ”. (Penekanan ditambah). [44] Panduan juga boleh diperolehi dalam penghakiman Hakim Visu Sinnadurai (pada ketika itu) dalam kes Public Prosecutor v Tan Tuan Seng [1993] 2 CLJ 557 yang telah memutuskan seperti berikut: “Section 37(d) is applicable whenever a person is found to have in his custody or control anything containing dangerous drugs. This section envisages by the use of the word "anything" that the drugs were contained in a container or receptacle. Once it is established by the prosecution that the accused had in his custody or control the container containing the drugs, the accused is deemed to be in possession of the drugs. In such a case, there is no need for the prosecution to go any further to prove knowledge of the drugs on the part of the accused. Though knowledge is an essential ingredient of the offence of possession, the need to establish knowledge as a separate ingredient is dispensed with by the fact that the prosecution by establishing custody or control has activated the presumption of possession. Implicit in the accused having possession, is that the element of knowledge of the drugs by the accused is also presumed, for without knowledge (presumed) there cannot be possession. In other words, once the presumption has been activated, the accused is deemed to have possession, and as he is deemed to have possession, he is also deemed to have knowledge.”. (Penekanan ditambah). [45] Mahkamah Tinggi dalam kes Pendakwa Raya lwn Mohammad Mahmud bin A Ibrahim [2021] MLJU 1213 telah memutuskan seperti berikut: “[21] Adalah jelas bahawa untuk satu anggapan terpakai di bawah seksyen 37(d) ADB, pihak Pendakwaan tidak perlu membuktikan tertuduh mengetahui tentang dadah itu. Apa yang perlu dibuktikan adalah sama ada tertuduh mempunyai jagaan atau kawalan ke atas apa-apa benda yang mengandungi dadah itu. Maka, perhatian dan penekanan peruntukkan ini adalah terhadap jagaan atau kawalan benda yang mengandungi dadah itu. Apabila jagaan atau kawalan itu terbukti maka tertuduh dianggap mempunyai milikan dan pengetahuan ke atas dadah itu.”. (Penekanan ditambah). AB-83D-1589-09/2022 18 / 50 [46] Memandangkan Mahkamah mendapati tertuduh telah mempunyai kawalan dan jagaan ke atas barang kes dalam kes ini iaitu satu paket plastik lut sinar berisi bahan disyaki dadah jenis Methamphetamine (P6), maka Mahkamah ini berpendapat anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB terpakai di mana tertuduh dianggap mempunyai milikan dan pengetahuan ke atas barang kes dan jenis dadah berbahaya yang terkandung dalam ekshibit P6 sekali gus memenuhi elemen kedua bagi kesalahan ini.
III
(iii) Tertuduh tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memiliki barang kes pada masa kejadian [47] Bagi elemen ini, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa tertuduh tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memiliki barang kes pada masa kejadian. Berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan kepada Mahkamah, tidak ada sebarang keterangan yang membuktikan tertuduh mempunyai sebarang kuasa untuk memiliki barang kes pada masa kejadian. Pada pandangan Mahkamah, ini sahaja cukup untuk membuktikan elemen ini dengan mengambil kira keterangan-keterangan dan pembuktian pihak pendakwaan bagi elemen pertama dan kedua. [48] Harus diingat walaupun pihak pendakwaan mempunyai beban untuk membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah, namun apa yang pihak pendakwaan perlu buktikan bagi elemen ini ialah sesuatu yang bukan dalam pengetahuannya dan satu fakta negatif (negative fact). Dalam erti kata lain, pihak pendakwaan perlu membuktikan tertuduh tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memiliki dadah berbahaya tersebut pada masa kejadian. AB-83D-1589-09/2022 19 / 50 [49] Ianya agak mustahil bagi pihak pendakwaan untuk membuktikan sesuatu yang tidak wujud/tidak ada. Justeru, tertuduh yang perlu kemukakan keterangan bahawa dirinya mempunyai kuasa untuk memiliki barang kes pada masa kejadian. Prinsip dan pandangan ini selaras dengan seksyen 36 ADB, seksyen 103 Akta Keterangan 1950, keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Rosliza bt Ibrahim v Kerajaan Negeri Selangor & Anor [2021] 2 MLJ 181 dan yang terkini dalam keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Nursyafawati bt Kasim lwn Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam [2023] 1 MLJ 378. ISU BERBANGKIT DI AKHIR KES PENDAKWAAN
i
Isu identiti seluar jeans yang dirampas daripada tertuduh [50] Isu ini merupakan pembelaan utama tertuduh. Secara ringkasnya pihak pembelaan menghujahkan bahawa seluar jeans warna hitam jenama H&M (P9) yang dirampas daripada tertuduh adalah bukan kepunyaan tertuduh. Sebaliknya pihak pembelaan menghujahkan bahawa seluar jeans yang dipakai oleh tertuduh pada hari kejadian adalah seluar jeans ‘brand DIOR’. Berkait dengan isu identiti seluar jeans (P9) juga, pihak pembelaan menghujahkan bahawa tidak ada gambar yang menunjukkan tertuduh memakai seluar jeans (P9) dengan barang kes (P6) di dalam poket hadapan seperti mana keterangan SP1. Gambar dalam eskhibit P3A dan P3B hanya menunjukkan gambar seluar jeans (P9) tanpa barang kes (P6) tidak diselitkan di poket hadapan kanan di mana barang kes (P6) disyaki djumpai. Pihak pembelaan juga menghujahkan gambar-gambar uji pakai iaitu eskhibit P15(A-E) hanya menunjukkan tertuduh memakai seluar jeans (P9) tetapi tidak ada dalam AB-83D-1589-09/2022 20 / 50 mana-mana gambar tersebut barang kes (P6) diambil bersama-sama dengan seluar jeans (P9) yang dipakai oleh tertuduh. [51] Mahkamah telah meneliti hujahan ini dan dengan hormatnya kepada pihak pembelaan, Mahkamah berpandangan isu yang dibangkitkan ini adalah tidak bermerit atas alasan berikut. Pertamanya, tidak timbul isu berkenaan identiti seluar jeans (P9) yang dirampas daripada tertuduh kerana seluar jeans tersebut telah ditandakan oleh SP1 iaitu pegawai yang membuat rampasan seluar jeans tersebut dan SP1 telah camkan seluar jeans tersebut di Mahkamah sebagai seluar jeans yang dirampasnya daripada tertuduh. Pihak pembelaan juga gagal mencabar keterangan dan pengecaman SP1 berkenaan seluar jeans H&M (P9) tersebut. [52] Pihak pembelaan menghujahkan bahawa seluar jeans (P9) adalah bukan milik tertuduh. Namun keterangan-keterangan yang dikemukakan kepada Mahkamah adalah saling konsisten yang menunjukkan bahawa seluar jeans H&M (P9) adalah seluar yang dipakai oleh tertuduh ketika tangkapan dibuat SP1 dan merupakan ‘tempat’ barang kes (P6) dijumpai. Keterangan-keterangan tersebut adalah borang bongkar (P2), gambar barang kes (P3A dan P3B), laporan polis yang dibuat oleh SP1 (P10), borang serah menyerah (P11), gambar uji pakai seluar jeans H&M (P15 (A-E)), dan akuan serah/terima barang kes (P16(A-B)). [53] Malah Mahkamah juga telah meneliti gambar uji pakai seluar jeans H&M terhadap tertuduh (P15 (A-E)) dan keterangan daripada SP5 yang menjalankan uji pakai seluar jeans tersebut pada hari yang sama tertuduh ditangkap. Mahkamah mendapati bahawa uji pakai seluar jeans AB-83D-1589-09/2022 21 / 50 H&M (P9) adalah berpadanan dengan tertuduh dan ini mematahkan terus hujahan pihak pembelaan bahawa seluar jeans (P9) adalah bukan milik tertuduh. Mahkamah ini mendapati keraguan hanya dapat berjaya ditimbulkan sekiranya dalam keadaan saiz seluar jeans (P9) menjadi terlalu longgar atau ketat sehingga tidak boleh dipakai oleh tertuduh yang mana tidak berlaku dalam kes ini (rujuk keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Karamat Masih (W/Pakistan) lwn Pendakwa Raya [2019] MLJU 656).
II
(ii) Isu kegagalan melakukan fingerprint dusting terhadap seluar jeans H&M’ [54] Pihak pembelaan juga menghujahkan bahawa SP5 gagal untuk menghantar seluar jeans H&M (P9) kepada jabatan forensik untuk fingerprint dusting atau timbulan cap jari untuk memastikan seluar jeans (P9) benar-benar dipakai oleh tertuduh ketika tangkapan menjejaskan kes pendakwaan. [55] Tujuan untuk menimbulkan cap jari pada sesuatu ekshibit adalah untuk menentukan identiti pesalah atau orang yang pernah mengendalikan sesuatu ekshibit dan nilai keterangan cap jari ini hanya sekadar untuk membantu kes pendakwaan bagi mengaitkan sesuatu ekshibit dengan tertuduh (rujuk keputusan Mahkamah Rayuan dalam Ifeanyi Okafor v PP [2015] 1 LNS 409 dan Wong Kok Chun lwn Pendakwa Raya [2012] 3 MLJ 593). [56] Dalam kes ini, Mahkamah berpendapat kegagalan SP5 melakukan fingerprint dusting terhadap seluar jeans H&M yang dirampas daripada tertuduh tidak menjejaskan kes pendakwaan memandangkan AB-83D-1589-09/2022 22 / 50 wujud keterangan terus daripada saksi pendakwaan untuk membuktikan bahawa seluar jeans H&M (P9) adalah seluar yang dipakai oleh tertuduh ketika tangkapan dibuat SP1 dan merupakan ‘tempat’ barang kes (P6) dijumpai. Malah seperti mana dapatan Mahkamah sebelum ini, pihak pendakwaan telah membuktikan tertuduh mempunyai kawalan dan jagaan ke atas barang kes (P6) dan seterusnya tertuduh dianggap mempunyai milikan dan pengetahuan ke atas barang kes (P6) dan jenis dadah berbahaya yang terkandung dalam barang kes (P6) di bawah seksyen 37 (d) ADB.
III
(iii) Isu barang kes telah diusik [57] Isu ini berbangkit kerana tertuduh pada awalnya telah dituduh di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB kerana mengedar dadah berbahaya iaitu Methamphetamine sejumlah 50 gram. Pihak pembelaan telah mengemukakan kertas pertuduhan bagi pertuduhan tersebut dan ditandakan sebagai ekshibit D19. Pihak pembelaan menyoalkan bagaimana pegawai penyiasat (SP5) boleh membuat keputusan berkenaan jenis dadah berbahaya yang dirampas daripada tertuduh adalah Methamphetamine walhal laporan kimia masih belum diperolehi ketika tertuduh dituduh bagi pertuduhan tersebut. Oleh yang demikian, pihak pembelaan menghujahkan bahawa besar kemungkinan barang kes (P6) telah diusik (tempered with). [58] Berhubung isu ini, Mahkamah mengulangi semula dapatan Mahkamah di perenggan [33] dan [34] alasan penghakiman ini berkenaan rantaian keterangan dan jagaan barang kes (P6). Mahkamah berpuas hati bahawa rantaian keterangan dan jagaan barang kes bagi kes ini (P6) tidak terputus bermula daripada barang kes (P6) dirampas oleh SP1 daripada AB-83D-1589-09/2022 23 / 50 tertuduh dan kemudian diserahkan kepada SP5 dan sehinggalah dianalisis oleh SP3 malahan sehingga dikemukakan ke Mahkamah ini ketika bicara. SP1 telah membuat tandaan (KK1) pada barang kes (P6) pada hari yang sama barang kes dirampas berserta dengan tandatangannya dan tarikh. SP5 juga telah membuat tandaannya (T2) ke atas barang kes (P6) yang diterima daripada SP1 pada hari yang sama berserta dengan tandatangannya dan tarikh. Ahli Kimia (SP3), SP1 dan SP5 telah mengecamkan barang kes (P6) ini dengan tandaan dibuat masing-masing semasa perbicaraan. [59] Malah sementara barang kes (P6) diserahkan kepada SP3 untuk dianalisis, barang kes (P6) telah berada dalam kawalan SP5 di mana barang kes (P6) telah disimpan oleh SP5 dalam peti besi berkunci sehingga diserahkan kepada SP3. SP5 telah memberikan keterangan bahawa hanya dirinya sahaja mempunyai akses ke atas kunci peti besi tersebut. Perkara yang sama juga dilakukan oleh SP3 setelah barang kes (P6) diserahkan kepadanya oleh SP5 sementara menunggu analisis dilakukan. SP3 telah simpan barang kes (P6) di dalam kabinet berkunci kepunyaannya di bilik kebal di mana hanya SP3 yang mempunyai akses ke atas kunci kabinetnya. [60] Berkenaan tertuduh dituduh di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB pada awalnya, Mahkamah berpandangan bahawa ianya lazim bagi pihak pendakwaan untuk menuduh tertuduh dengan pertuduhan tentatif bagi kesalahan pemilikan, pengedaran atau apa-apa kesalahan narkotik lain sementara menunggu laporan kimia disiapkan. Pertuduhan tersebut hanyalah satu pertuduhan tentatif yang dituduh sementara menunggu analisis kimia selesai dijalankan ke atas barang kes. Bagi pertuduhan tentatif, berat dadah berbahaya yang ditimbang oleh pihak polis (berat AB-83D-1589-09/2022 24 / 50 kasar) akan menjadi asas kepada jenis pertuduhan tentatif yang akan dipertuduhkan ke atas seseorang tertuduh. Dalam kes ini, memadangkan berat kasar barang kes iaitu Methamphetamine sejumlah 50 gram, maka tertuduh telah dituduh secara tentatif di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB. Oleh yang demikian, Mahkamah tidak bersetuju dengan pihak pembelaan bahawa barang kes (P6) telah diusik (tempered with) hanya kerana tertuduh telah dituduh secara tentatif di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB sebelum laporan kimia diperolehi.
IV
(iv) Isu kewujudan 2 poket di hadapan sebelah kanan seluar jeans H&M (P9) [61] Ketika seluar jeans H&M (P9) dikemukakan secara fizikal kepada Mahkamah, peguam bela telah memeriksa seluar jeans H&M (P9) dan telah menyoal SP1 berkenaan tentang kewujudan 2 poket yang ada di hadapan sebelah kanan jeans H&M (poket hadapan kecil dan poket hadapan besar). SP1 telah setuju dengan soalan pemeriksaan balas oleh pihak pembelaan bahawa terdapat 2 poket (kecil dan besar) di hadapan sebelah kanan seluar jeans H&M (P9). [62] Pihak pembelaan menyatakan perkara ini menimbulkan keraguan kepada kes pendakwaan kerana SP1 dan SP5 tidak pernah mendedahkan berkenaan kewujudan dua poket tersebut di sebelah kanan bahagian hadapan seluar jeans H&M (P9) sebelum ini (iaitu dalam keterangan SP1 dan SP5 ketika pemeriksaan utama, dalam borang bongkar (P2), gambar barang kes (P3A dan P3B), dan laporan polis yang dibuat oleh SP1 (P10)) seolah-olah hanya ada satu poket sahaja di sebelah kanan bahagian hadapan seluar jeans H&M (P9). AB-83D-1589-09/2022 25 / 50 [63] Dengan hormatnya kepada pihak pembelaan, Mahkamah berpendapat hujahan ini tidak bermerit. Pertama sekali dan untuk rekod, pihak pembelaan tidak pernah mengajukan soalan berkenaan isu ini kepada SP5 dalam pemeriksaan balas mereka terhadap SP5 dan oleh itu adalah kurang tepat untuk pihak pembelaan menyatakan bahawa SP5 tidak menjelaskan berkenaan isu ini. [64] Kedua memang tidak dinafikan bahawa secara fizikalnya terdapat dua poket di sebelah kanan bahagian hadapan seluar jeans H&M (P9); satu poket yang kecil di atas dan satu poket besar. Namun SP1 telah memberikan penjelasan ketika pemeriksaan semula bahawa semua keterangannya hanya menjurus kepada poket sama tempat barang kes dijumpai iaitu di sebelah kanan bahagian hadapan seluar jeans H&M (P9) iaitu poket besar tersebut dan bukannya poket kecil. [65] Mahkamah bersetuju dan menerima penjelasan yang diberikan oleh SP1. Malah tiada sebarang keraguan berkenaan tempat barang kes dijumpai kerana SP5 telah merakam gambar (P3B) yang dengan jelasnya menunjukkan tempat barang kes (P6) dijumpai di dalam poket sebelah kanan bahagian hadapan. P3B menunjukkan barang kes (P6) diselitkan di dalam poket sebelah kanan bahagian hadapan (tidak sepenuhnya untuk pastikan tandaan pada barang kes (P6) masih kelihatan) yang menunjukkan barang kes (P6) muat sepenuhnya dalam poket tersebut. SP5 juga telah menandakan bahagian poket barang kes dijumpai sebagai T1 bersama-sama dengan tarikh dan tandatangannya. Jadi tidak timbul isu berkenaan tempat barang kes dijumpai. AB-83D-1589-09/2022 26 / 50
v
Isu pemilikan barang kes [66] Pihak pembelaan telah menghujahkan bahawa tidak ada sebarang dadah berbahaya dirampas daripada tertuduh dan barang kes (P6) yang dikemukakan di Mahkamah bukan milik tertuduh. Pihak Pembelaan telah mencadangkan kepada saksi-saksi pendakwaan bahawa barang kes (P6) tidak diambil dari seluar jeans yang dipakai oleh tertuduh. Namun cadangan pihak pembelaan berkenaan rampasan barang kes (P6) dalam seluar jeans H&M (P9) kepada saksi-saksi pendakwaan terutamanya kepada SP1, SP2 dan SP4 berhenti setakat itu sahaja dan pihak pembelaan tidak menyoal lanjut atau mencadangkan bagaimana barang kes boleh dirampas daripada poket seluar tertuduh atau dari mana datangnya barang kes (P6) ke dalam poket seluar jeans yang dipakai oleh tertuduh (P9). [67] Prinsipnya adalah pihak pembelaan perlu mengemukakan cadangan atau cabaran yang material kepada pembelaan tertuduh hendaklah dilakukan semasa pemeriksaan balas saksi pendakwaan walaupun tidak secara terperinci (rujuk kes Wong Swee Chin v Public Prosecutor [1981] 1 MLJ 212 dan Public Prosecutor v Amrizal Bin Abdullah [2016] 1 LNS 191). [68] Dalam keadaan ini dan dengan hormatnya kepada pihak pembelaan, Mahkamah berpandangan hujahan pihak pembelaan bahawa tidak ada sebarang dadah berbahaya dirampas daripada tertuduh hanyalah one line defence tanpa apa-apa keterangan yang menyokong dakwaan tersebut. Berpandukan kepada soalan-soalan pemeriksaan balas kepada saksi-saksi pendakwaan terutamanya berkenaan rampasan barang kes (P6) dari dalam poket kanan hadapan AB-83D-1589-09/2022 27 / 50 seluar jeans H&M (P9) yang dipakai oleh tertuduh, Mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal membuat cadangan yang jelas semasa menyoal balas saksi-saksi pendakwaan mengenai apakah sebenarnya teras pembelaan tertuduh berkenaan barang kes ini. [69] Berkenaan cadangan pihak pembelaan kepada saksi-saksi pendakwaan terutamanya kepada SP1, SP2 dan SP4 bahawa barang kes (P6) tidak diambil dari seluar jeans yang dipakai oleh tertuduh, cadangan tersebut tidak dipersetujui oleh ketiga-tiga saksi tersebut. Maka ianya kekal sebagai satu cadangan sahaja dan bukan lagi sebagai satu keterangan pada peringkat ini (merujuk kepada kes kes PP V Dato’ Seri Anwar Ibrahim (No 3) [1999] 2 CLJ 215). [70] Mahkamah ini juga mendapati bahawa SP1, SP2 dan SP4 adalah saksi yang berwibawa dan kredibel serta menerima keterangan mereka berkenaan rampasan barang kes (P6) dari dalam poket kanan hadapan seluar jeans H&M (P9) yang dipakai oleh tertuduh. Oleh itu, seperti mana dapatan Mahkamah sebelum ini, pihak pendakwaan telah membuktikan tertuduh mempunyai kawalan dan jagaan ke atas barang kes (P6) dan seterusnya tertuduh dianggap mempunyai milikan dan pengetahuan ke atas barang kes (P6) dan jenis dadah berbahaya yang terkandung dalam barang kes (P6) di bawah seksyen 37(d) ADB.
VI
(vi) Isu rantaian jagaan barang kes (P6) terputus [71] Pihak pembelaan juga dalam hujahan bertulis menghujahkan bahawa rantaian jagaan barang kes (P6) telah terputus kerana dalam gambar barang kes (P3C) tidak menunjukkan sebarang tandaan yang dibuat oleh SP1 (sebagai pegawai yang membuat rampasan barang kes) AB-83D-1589-09/2022 28 / 50 dan hanya terdapat tandaan yang dibuat oleh SP5 (pegawai penyiasat) sahaja. Bagi menyokong dakwaan ini, pihak pembelaan telah kemukakan satu gambar yang telah ditandakan sebagai ekshibit D18 iaitu gambar dusting barang kes. [72] Isu ini adalah secara tidak langsung berkait juga dengan isu (iii) yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan iaitu berkenaan isu barang kes telah diusik sungguhpun bagi alasan yang berbeza. Oleh itu, Mahkamah mengulangi semula dapatan Mahkamah di perenggan [33]-[34] dan [58]- [60] alasan penghakiman ini berkenaan rantaian keterangan dan jagaan barang kes (P6). [73] Berkenaan isu ketiadaan tandaan barang kes oleh SP1 dalam gambar barang kes (P3C) dan gambar dusting barang kes (D18), Mahkamah berpandangan tandaan SP1 hanya tidak kelihatan dengan jelas sahaja dalam kedua-dua gambar tersebut dan bukannya SP1 langsung tidak membuat sebarang tandaan pada barang kes (P6). SP1 telah memberikan keterangan langsung bahawa SP1 telah membuat tandaan (KK1) pada barang kes (P6) pada hari yang sama barang kes dirampas berserta dengan tandatangannya dan tarikh. SP1 juga telah mengecamkan barang kes (P6) ini dengan tandaan yang dibuatnya semasa perbicaraan. [74] Malah pihak pembelaan juga tidak pernah menyoal balas SP1 berkenaan isu ini dan hanya menyoal balas SP5 berkenaan ketiadaan tandaan yang dibuat oleh SP1 dalam P3C dan D18. SP5 telah memberikan penjelasan bahawa barang kes (P6) adalah satu paket plastik lut sinar yang mempunyai 2 bahagian. Satu bahagian telah diisi oleh SP1 dengan tandaannya (KK1) berserta dengan tandatangannya. AB-83D-1589-09/2022 29 / 50 Memandangkan tiada ruang lagi untuk SP5 isi dalam bahagian yang sama, SP5 telah membuat tandaannya (T2) berserta dengan tandatangannya dan tarikh pada bahagian yang satu lagi (belakang). Apabila SP5 mengambil gambar P3C dan D18, SP5 hanya mengambil gambar ke atas bahagian yang mempunyai tandaannya sahaja dan oleh sebab itu tandaan SP1 tidak kelihatan pada kedua-dua gambar tersebut. Mahkamah menerima penjelasan yang diberikan oleh SP5 berkaitan isu ini.
VII
(vii) Isu siasatan tidak rapi [75] Akhir sekali, pihak pembelaan menghujahkan bahawa siasatan SP5 adalah tidak rapi dan tidak teratur walaupun kertas siasatan bagi kes ini telah dibuka (dan kemudian dituduh) di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB mengakibatkan tertuduh telah kehilangan peluang untuk mendapatkan keadilan. [76] Mahkamah mendapati isu ini tidak bermerit dan ditolak kerana SP5 telah menjalankan siasatan dengan adil dan bebas. Perkara-perkara penting yang melibatkan perkara pokok kesalahan telah disiasat oleh SP5 dan ini dapat dilihat kepada keterangan-keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan dalam kes ini. Secara keseluruhannnya Mahkamah berpandangan bahawa kehendak siasatan bagi kes ini telah dijalankan dengan lengkap oleh SP5. [77] Mahkamah sedar bahawa aduan utama pihak pembelaan adalah SP5 tidak menghantar seluar jeans H&M (P9) kepada jabatan forensik untuk fingerprint dusting. Namun Mahkamah berpandangan ketiadaan laporan fingerprint dusting terhadap seluar jeans H&M (P9) adalah tidak AB-83D-1589-09/2022 30 / 50 material kepada kes pendakwaan kerana terdapat keterangan lain yang mengaitkan tertuduh dengan seluar jeans H&M (P9). KEPUTUSAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN [78] Persoalan penting di akhir kes pendakwaan ialah sama ada terdapat cukup keterangan untuk mensabitkan tertuduh sekiranya dia membuat pilihan untuk berdiam diri. Sekiranya jawapannya benar, kes prima facie telah berjaya dibuktikan. Sekiranya jawapannya tidak, maka tiada kes prima facie dan tertuduh mesti dibebaskan di akhir kes pendakwaan. Dalam penilaian tersebut Mahkamah juga perlu meneliti sekiranya ada inferens munasabah yang perlu diambil kira dan mesti memilih inferens yang menyebelahi tertuduh sekiranya terdapat inferens yang bertentangan dalam sesuatu keterangan. [79] Dalam kes ini, Mahkamah telah mempertimbangkan secara maksimum keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan dan ekshibit-ekshibit yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan juga setelah meneliti dan menghalusi sedalam-dalamnya semua keterangan dan hujahan-hujahan pihak-pihak, Mahkamah ini berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya mengemukakan keterangan-keterangan yang berwibawa (credible evidence) bagi membuktikan setiap satu elemen kesalahan di bawah seksyen 12(2) ADB yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) ADB. Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie ke atas tertuduh. [80] Mahkamah juga ketika menyampaikan keputusan di akhir kes pendakwaan telah menyatakan kepada pihak pembelaan dan tertuduh AB-83D-1589-09/2022 31 / 50 bahawa Mahkamah ini juga menggunakan anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB di akhir kes pendakwaan. [81] Seterusnya Mahkamah memerintahkan tertuduh untuk membela dirinya bagi pertuduhan yang dihadapinya. Mahkamah telah menjelaskan tiga pilihan yang ada kepada tertuduh. Kemudian tertuduh melalui peguam bela terpelajar memaklumkan kepada Mahkamah bahawa tertuduh memilih untuk memberikan keterangan bersumpah di kandang saksi. KES PEMBELAAN Tanggungjawab mahkamah di akhir bicara [82] Tugas Mahkamah ini di akhir kes pembelaan dan pada akhir perbicaraan telah dijelaskan dalam seksyen 173(m) Kanun Tatacara Jenayah di mana Mahkamah ini perlu menimbangkan serta menilai semua keterangan dihadapannya dan perlu menentukan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan satu kes melampaui keraguan yang munasabah. [83] Dalam menilai keterangan pihak pembelaan, Mahkamah merujuk kepada kes Public Prosecutor v Datuk Hai Harun bin Haji Idris & Ors [1977] 1 MLJ 180 yang menerangkan keraguan munasabah seperti berikut: “It cannot be a fanciful of whimsical or imaginary doubt, and in considering the question as to whether a reasonable doubt has been raised, the evidence adduced by and the case for the defence must be viewed in at AB-83D-1589-09/2022 32 / 50 least some amount of light, not necessarily bright sunlight, but certainly not against the dark shadows of the night.”. [84] Ianya adalah undang-undang yang mantap bahawa pembelaan yang berbentuk penafian semata-mata (bare denial) ialah satu penafian yang mudah terhadap penglibatan tertuduh dalam mana-mana kes. Pembelaan bare denial ini tidak mempunyai sebarang penjelasan atau bukti untuk menolak keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan. [85] Sebaliknya pembelaan yang berbentuk pemikiran kemudian (afterthought) merupakan pembelaan yang direka dan diwujudkan semata-mata untuk menimbulkan satu pembelaan. la hanya ditimbulkan semasa perbicaraan kes pembelaan tetapi tertuduh tidak pernah kemukakan pembelaan tersebut kepada pegawai penyiasat semasa siasatan dijalankan dan tidak pernah dikemukakan dalam kes pendakwaan semasa saksi-saksi pendakwaan di soal balas. [86] Justeru, adalah penting untuk Mahkamah ini sebagai mahkamah bicara untuk mempertimbangkan pembelaan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan melalui saksi-saksinya, tidak kira betapa lemah atau tidak munasabahnya pembelaan yang dikemukakan, ia tetap perlu diberi pertimbangan dan dihargai dari segi kehakiman dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Inti pati pembelaan tertuduh [87] Tertuduh telah memberikan keterangan bersumpah dan kemudian telah memanggil dua orang saksi lagi sebagai saksi pihak AB-83D-1589-09/2022 33 / 50 pembelaan. Dua orang saksi ini adalah saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan kepada pihak pembelaan di akhir kes pendakwaan. Keterangan tertuduh (SD1) [88] Keterangan utama tertuduh adalah secara ringkasnya seperti berikut. Pada masa material 14.04.2022, tertuduh berkerja sebagai Pemandu Foodpanda dan tugasnya adalah untuk menghantar makanan kepada pelanggan mengikut pesanan yang diterimanya daripada aplikasi Foodpanda. Mengikut tertuduh pada 14.04.2022 sekitar pukul 1.30 pagi, tertuduh telah berada di tempat kejadian menantikan pesanan Foodpanda daripada pelanggan setelah menghantar satu pesanan yang berdekatan dengan kawasan tempat kejadian. Mengikut tertuduh, tempat kejadian adalah tempat lepak pemandu-pemandu Foodpanda sementara menanti pesanan untuk menghantar makanan. [89] Ketika tertuduh mahu bergerak pulang dari tempat kejadian, tiba-tiba ada dua buah kereta dan lebih kurang tiga buah motorsikal datang ke arah tertuduh seolah-olah mahu “menyerang” tertuduh dengan kapasiti orang dalam lingkungan 10 ke 12 orang. Tertuduh telah melarikan diri kerana tertuduh beranggapan bahawa mereka hendak menyamunnya. Namun tertuduh telah berhenti apabila salah seorang daripada mereka menjerit kepada tertuduh bahawa mereka adalah pihak polis. Kemudian tertuduh telah memberikan kerjasama kepada pihak polis untuk pihak polis membuat pemeriksaan fizikal ke atas badannya termasuk poket-poket seluarnya dan tidak menjumpai apa-apa barang salah. [90] Namun begitu tertuduh menyatakan bahawa salah seorang daripada anggota polis tesebut yang dikenali sebagai Encik Khairul atau AB-83D-1589-09/2022 34 / 50 Encik Zakuan telah keluarkan “satu barang” di mana tertuduh tidak pasti apa “satu barang” tersebut dan minta tertuduh mengaku “satu barang” tersebut sebagai barang kepunyaan tertuduh. Tertuduh tidak mahu mengaku “satu barang” tersebut adalah barang kepunyaannya. Namun tiba-tiba tertuduh telah digari dan dibawa ke IPD Taiping dengan menaiki kereta. Tertuduh juga menyatakan ketika tertuduh berada di IPD Taiping, tertuduh telah diminta menurunkan tandatangan pada dokumen-dokumen tertentu tanpa dijelaskan isi kandungannya kepada tertuduh dan memberikan peluang kepada tertuduh untuk membaca dokumen-dokumen tersebut. [91] Tertuduh juga dalam keterangannya menafikan bahawa seluar jeans H&M (P9) adalah kepunyaannya kerana tertuduh memakai seluar jeans jenama “DIOR” dan bukannya jenama “H&M” seperti yang diekshibitkan di Mahkamah. Secara spesifiknya, tertuduh menyatakan begitu pasti jenama jeans yang dipakainya adalah “DIOR” kerana tertuduh baru sahaja membeli seluar jeans tersebut pada hari yang sama tertuduh ditangkap. Selain itu tertuduh juga menyatakan bahawa seluar jeans yang dipakainya adalah jenis slimfit yang mempunyai lebar pergelangan kaki yang ketat. Keterangan SD2 [92] SD2 adalah anggota polis yang turut berada di tempat kejadian. SD2 adalah salah satu saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan kepada pihak pembelaan. Mengikut SD2 pada waktu dan tempat kejadian, SP1 telah menahan tertuduh dan tertuduh telah cuba untuk melarikan diri. SD2 menyatakan bahawa dia telah bergelut dengan tertuduh sebelum tangkapan berjaya dilakukan. Menurut SD2, SP1 telah AB-83D-1589-09/2022 35 / 50 ambil “sesuatu” daripada raga motorsikal tertuduh dan poket seluar jeans tertuduh. [93] Ketika diperiksa balas oleh pihak pendakwaan, SD2 nyatakan bahawa dia tidak pasti barang apa yang diambil dari raga motorsikal manakala barang yang dijumpai di poket seluar jeans tertuduh adalah “barang salah disyaki dadah” (‘versi pertama SD2’). [94] Namun ketika pemeriksaan semula oleh peguam bela terpelajar, SD2 nyatakan sebaliknya bahawa barang kes dadah dijumpai di raga motorsikal tertuduh dan barang kes dadah yang sama diambil dari poket seluar jeans tertuduh. SD2 nyatakan bahawa “saya nampak Tuan Kamarul keluarkan benda yang sama yang dikeluarkan dari bakul motorsikal tersebut” (‘versi kedua SD2’). [95] Ketika Mahkamah meminta penjelasan/klarifikasi berkenaan jawapan SD2 berkenaan perkara ini, SD2 menukar semula jawapan dan memberikan versi ketiga bahawa “saya berfikiran barang dadah itu ada dua. Macam itu. Maksudnya di dalam bakul pun ada di dalam poket pun ada” (‘versi ketiga SD2’). [96] Kemudian Mahkamah telah memberikan peluang untuk pihak pendakwaan menyoal balas SD2 dan pihak pembelaan memeriksa semula SD2 terhadap jawapan-jawapan yang diberikan oleh SD2 kepada soalan-soalan yang diajukan oleh Mahkamah. SD2 sekali lagi memberikan keterangan yang tidak konsisten di mana ketika ditanya oleh pihak pendakwaan, SD2 menjawab apa-apa yang diberitahu oleh SD2 kepada Mahkamah berkenaan tempat barang kes dirampas hanyalah anggapan beliau sahaja dan SD2 setuju bahawa keterangannya tidak AB-83D-1589-09/2022 36 / 50 konsisten di Mahkamah dan paling penting sekali SD2 setuju bahawa SD2 tidak nampak ketika SP1 membuat pemeriksaan pada raga motorsikal tertuduh dan poket seluar jeans tertuduh. Namun ketika disoal semula oleh peguam bela terpelajar, SD2 nyatakan sebaliknya bahawa beliau nampak pemeriksaan yang dilakukan oleh SP1. Keterangan SD3 [97] SD3 juga adalah anggota polis yang turut berada di tempat kejadian dan merupakan salah satu saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan kepada pihak pembelaan. Keterangan SD3 adalah straightforward. SD3 menyatakan bahawa tangkapan telah dibuat ke atas tertuduh yang duduk berseorangan dia atas motorsikal dalam keadaan mencurigakan bersama-sama dengan barang kes (P6). SD3 menyatakan dia tidak nampak dengan jelas dari mana barang kes (P6) dirampas kerana beliau berada jauh sikit di belakang dan tidak nampak ketika SP1 membuat pemeriksaan pada raga motorsikal tertuduh dan poket seluar jeans tertuduh. Rumusan dan dapatan [98] Tertuduh secara keseluruhannya menafikan bahawa barang kes dadah tersebut adalah kepunyaanya. Boleh disimpulkan bahawa pembelaan tertuduh di peringkat pembelaan adalah barang kes (P6) adalah “police planted evidence”. Tertuduh juga dalam keterangannya menafikan bahawa eksbit P9 adalah kepunyaannya kerana tertuduh memakai jeans jenama “DIOR” dan bukan jenama “H&M” seperti yang AB-83D-1589-09/2022 37 / 50 diekshibitkan di mahkamah. Pihak pembelaan juga bergantung kepada keterangan SD2 untuk menyokong keterangan tertuduh. [99] Persoalan utama yang timbul di akhir kes pembelaan adalah sama ada keterangan SD2 ini sebenar-benarnya menyokong keterangan tertuduh dan kedua adakah keterangan yang diberikan SD2 menimbulkan keraguan kepada keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan mematahkan anggapan pemilikan di bawah seksyen 37(d) ADB. [100] Bagi tujuan ini, Mahkamah ini telah meneliti pembelaan tertuduh bersama-sama dengan saksi pembelaan lain, di samping juga menyemak kembali kes pendakwaan. Hasil penelitian tersebut, Mahkamah ini berpuas hati bahawa pembelaan tertuduh tersebut sesuatu yang sukar untuk dipercayai khususnya kepada perkara-perkara berikut. [101] Mahkamah berpandangan bahawa keterangan yang diberikan oleh tertuduh adalah keterangan yang “diada-adakan” oleh tertuduh untuk elakkan sabitan dan hukuman. Ianya adalah undang-undang yang mantap bahawa pembelaan yang berbentuk penafian semata-mata (bare denial) ialah satu penafian yang mudah terhadap penglibatan tertuduh dalam mana-mana kes. Pembelaan bare denial ini tidak mempunyai sebarang penjelasan atau bukti untuk menolak keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan. [102] Dalam kes ini tertuduh telah menyatakan bahawa tertuduh pada ketka masa material adalah seorang pemandu Foodpanda atau penghantar makanan. Tertuduh telah memberikan keterangan bahawa tertuduh berada di tempat kejadian pada masa material selepas selesai menghantar makanan dan sementara menunggu pesanan seterusnya. AB-83D-1589-09/2022 38 / 50 Namun tertuduh tidak membawa sebarang keterangan seperti bukti pesanan untuk membuktikan dakwaan tertuduh ini. [103] Malah jawapan yang diberikan oleh tertuduh ketika disoal balas oleh pihak pendakwaan adalah tidak menyakinkan kepada Mahkamah kerana tertuduh menyatakan bahawa bukti-bukti pesanan pada hari kejadian tidak boleh didapatkan semula kerana telefonnya telah dirampas oleh polis walaupun tertuduh mengakui bahawa bahawa rekod penghantaran pesanan oleh tertuduh sebagai pemandu Foodpanda ada dalam aplikasi Foodpanda. Dalam era digital pada masa sekarang apa-apa maklumat dan rekod boleh didapatkan semula (retrieved) dengan mudah. Malah tiada sebarang indikasi boleh dilihat dalam motorsikal tertuduh (lihat ekshibit P17(A-D)) yang menunjukkan bahawa tertuduh adalah seorang penghantar makanan Foodpanda. Oleh yang demikian timbul persoalan bahawa apakah yang dilakukan oleh tertuduh pada pukul 1.30 pagi di tempat kejadian dengan barang kes? Tertuduh gagal menjelaskan persoalan ini melalui keterangannya mahupun melalui keterangan-keterangan SD2 dan SD3. [104] Berhubung penafian tertuduh bahawa seluar jeans H&M (P9) adalah kepunyaannya kerana tertuduh memakai seluar jeans jenama “DIOR” dan bukannya jenama “H&M”, Mahkamah mendapati ini adalah satu lagi penafian kosong daripada tertuduh tanpa sebarang bukti resit atau sebarang keterangan lain yang menyatakan bahawa tertuduh sememangnya mempunyai seluar jeans berjenama “DIOR” jenis slimfit yang mempunyai 2 poket sahaja. [105] Pihak pembelaan menyatakan dalam hujahan mereka bahawa keterangan SD2 menyokong keterangan tertuduh. Namun dengan AB-83D-1589-09/2022 39 / 50 hormatnya kepada pihak pembelaan, apabila Mahkamah ini meneliti keterangan SD2 dan tertuduh sedalam-dalamnya, Mahkamah ini mendapati bahawa keterangan SD2 langsung tidak membantu pembelaan tertuduh dan naratif penceritaan yang dibawa oleh tertuduh. Harus diingat bahawa keterangan tertuduh adalah dia langsung tidak memiliki barang kes dadah tersebut (P6) sama ada dalam poket seluarnya mahupun dalam raga motorsikalnya. Tertuduh menyatakan bahawa barang kes dadah tersebut yang tidak diketahui dari mana telah diminta oleh seorang anggota polis supaya tertuduh mengakui barang kes tersebut adalah kepunyaan tertuduh. Dalam erti kata lain, versi tertuduh adalah barang kes dadah tersebut adalah “police planted evidence” terhadap tertuduh. [106] Sepanjang kes pendakwaan, keterangan adalah jelas bahawa SP1 yang membuat pemeriksaan dan merampas barang kes (SP6) daripada poket hadapan kanan seluar jeans H&M yang dipakai oleh tertuduh. Jadi apakah motif SP1 atau anggota polis lain untuk mengenakan tertuduh? Berkenaan perkara ini, Mahkamah ini mendapati tiada sebarang penjelasan diberikan oleh pembelaan mengapa SP1 atau anggota polis lain harus berbuat demikian untuk mengenakan tertuduh. Tiada sebarang motif atau niat jahat SP1 (sebagai pegawai polis yang membuat rampasan barang kes) dikemukakan kepada Mahkamah. [107] Selain itu dan paling penting sekali versi tertuduh bahawa barang kes (P6) adalah “police planted evidence” adalah tidak pernah diletakkan kepada mana-mana saksi pendakwaan terutamanya kepada SP1, SP2 dan SP3 dan versi ini hanya muncul buat kali pertama apabila tertuduh memberikan keterangan di Mahkamah. Dalam keadaan ini Mahkamah ini mengambil panduan AB-83D-1589-09/2022 40 / 50 berikut dalam kes Pendakwa Raya v Mohan Singh A/L Lachman Singh [1999] MLJU 218: “Even if there is nothing to prevent the police from planting evidence, and even assuming it is possible the police might plant evidence, the failure to assert the possibility when opportunity exists to do so in cross-examination, and in the absence of any suggestion why the police might want to do so, must keep this suggestion in the realms of fancy, so improbable that not only it cannot be believed, but cannot and does not raise any reasonable doubt. It falls squarely within the description of Denning J in Miller v Minister of Pensions, that while of course it is possible, but it is not, given the evidence in this case, in the least probable. As such it cannot be a reasonable doubt.”. [108] Malah seperti mana Mahkamah ini nyatakan dalam perenggan [67] dan [68] alasan penghakiman ini, pihak pembelaan perlu mengemukakan cadangan atau cabaran yang material kepada pembelaan tertuduh hendaklah dilakukan semasa pemeriksaan balas saksi pendakwaan walaupun tidak secara terperinci. Terdapat banyak kes yang telah membincangkan berkenaan tatacara bagaimana pihak pembelaan harus meletakkan pembelaan mereka kepada saksi-saksi pendakwaan melalui soalan-soalan pemeriksaan balas. Hal ini penting kerana pembelaan-pembelaan penting ini kemudiannya akan dizahirkan menjadi satu keterangan sekiranya tertuduh dipanggil untuk membela diri di mana ianya melalui proses ‘crystallised into evidence’. [109] Dalam kes ini tiada sebarang soalan daripada pihak pembelaan mengenai perincian pembelaan tertuduh terutamanya berkenaan dakwaan tertuduh bahawanya dirinya diminta mengaku barang kes dadah (P6) sebagai barang kepunyaan tertuduh walaupun tiada sebarang barang salah dijumpai dalam poket seluar jeans yang dipakai oleh tertuduh. Oleh yang demikian, keterangan tertuduh berkenaan perkara ini AB-83D-1589-09/2022 41 / 50 tidak patut dirumuskan sebagai pembelaan. Ini adalah satu pemikiran terkemudian. [110] Berkenaan keterangan SD2, Mahkamah mendapati bahawa SD2 telah memberikan keterangan tidak konsisten, tidak tetap (selalu bertukar-tukar), berdolak-dalik memberikan versi keterangan yang berbeza-beza mengenai perkara yang sama iaitu tempat barang kes dijumpai. Disebabkan alasan-alasan ini, Mahkamah membuat dapatan bahawa SD2 adalah saksi yang tidak boleh dipercayai dan kesannya keterangan SD2 tidak boleh diterima. Mahkamah merujuk kepada kata-kata berikut dalam kes Mohamed Kasdi v PP [1968] 1 LNS 78: “The question necessarily turned on whether he was a truthful witness as to the fact that he was deceived. No hard and fast rule can be laid down for determining the credibility or otherwise of a witness, but when a witness gives or makes two statements which differ in material particulars there must necessarily be ground for believing that he is not a truthful witness.”. (Penekanan ditambah). [111] Persoalan timbul adakah dapatan Mahkamah tersebut dan keterangan yang diberikan oleh SD2 memudaratkan kes pendakwaan atau kes pembelaan memadangkan SD2 adalah saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan kepada pihak pembelaan? [112] Mahkamah berpandangan bahawa keterangan SD2 ini tidak memudaratkan kes pendakwaan kerana setelah saksi-saksi ditawarkan oleh pihak pendakwaan kepada pihak pendakwaan, maka saksi-saksi tersebut menjadi saksi pembelaan dan bukannya sebagai saksi pendakwaan lagi (rujuk kes Siti Aisyah v Public Prosecutor [2019] 4 MLJ 46). Jadi apabila SD2 ditawarkan kepada pihak pembelaan, SD2 bukan lagi saksi pendakwaan dan adalah saksi pembelaan. AB-83D-1589-09/2022 42 / 50 [113] Persoalan seterusnya adalah sama ada keterangan SD2 jika diterima sepenuhnya sekalipun membantu pembelaan tertuduh? Mahkamah berpandangan keterangan SD2 jika diterima sepenuhnya pun hanya membuktikan setakat bahawa barang kes dadah tersebut (P6) diambil dari raga motorsikal tertuduh. Ini tidak membantu naratif penceritaan tertuduh kerana SD2 tidak memberikan keterangan yang serupa dengan tertuduh yang barang kes dadah tersebut yang tidak diketahui diambil di mana telah diberikan kepada tertuduh oleh anggota polis dan seterusnya meminta tertuduh untuk mengakui barang kes dadah tersebut adalah milik tertuduh. [114] Keterangan saksi-saksi pembelaan tidak konsisten antara satu sama lain terutamanya kepada perkara-perkara yang menyentuh kepada inti pati pertuduhan dan fakta-fakta yang mustahak dalam kes ini. Dalam keadaan ini, mahkamah ini memetik keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Rames a/l Arumugam v Public Prosecutor and another appeal [2023] 4 MLJ 497 yang memutuskan bahawa: “[35] In the final determination of issues, it is incumbent on the trial court to decide, having regard to the probabilities of the case and based on contemporaneous facts and documents, whether the witnesses or set of witnesses are speaking the truth on matters of central importance.”. [115] Keterangan yang tidak konsisten pembelaan ini secara lansungnya gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Selain itu harus diingat bahawa tugas pembelaan bukan hanya terhenti setakat menimbulkan keraguan munasabah kerana pihak pendakwaan berjaya membangkitkan anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB di akhir kes pendakwaan iaitu tertuduh mengetahui dadah berbahaya yang dimilikinya. AB-83D-1589-09/2022 43 / 50 [116] Dalam keadaaan anggapan ini dibangkitkan, adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa beban pembuktian tertuduh terhadap sesuatu anggapan undang-undang seperti anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB adalah untuk mematahkan atau mengakas anggapan itu di atas imbangan kebarangkalian (rujuk kes Yuvaraj v PP [1962] 2 MLJ 89). [117] Beban untuk mematahkan anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB di tahap imbangan kebarangkalian adalah lebih berat daripada sekadar menimbulkan keraguan munasabah. Dalam mematahkan anggapan tersebut, tertuduh mestilah berupaya memberikan penjelasan yang jujur supaya Mahkamah dapat menimbangkan atas imbangan kebarangkalian bahawa bahawa penjelasan jujur yang dikemukakan tertuduh berkemungkinan benar. Mahkamah Persekutuan dalam kes Thavanathan Balasubramaniam v PP [1997] 3 CLJ 150 menyatakan seperti berikut: “In any event, in the instant case, once it is proved that the money RM15,000 had been given to or received by the accused the presumption under s. 14 of the Act arose that the money had been given and received corruptly as an inducement or reward to acquit and discharge PW2 of the offence in the criminal case. It was then for the accused to give an innocent explanation which the Court considered more likely than not that it was true, ie on a balance of probabilities, the test applied in civil proceedings: PP v. Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89 (PC)”. (Penekanan ditambah). [118] Dalam kes ini, Mahkamah mendapati bahawa tertuduh semasa membela diri tidak memberikan penjelasan yang jujur kepada mahkamah. Pembelaan tertuduh adalah bersifat pemikiran terkemudian, tidak konsisten, dan hanyalah penafian tanpa sokongan yang berasas atau yang boleh dipercayai. Oleh itu, keterangan pembelaan tidak menimbulkan sebarang keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan, AB-83D-1589-09/2022 44 / 50 jauh sekali berjaya mematahkan anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB di tahap imbangan kebarangkalian. KEPUTUSAN MAHKAMAH DI AKHIR KES [119] Persoalan sekarang adalah adakah keterangan daripada saksi-saksi pembelaan ini benar-benar dapat meyakinkan Mahkamah untuk mengenepikan dapatan Mahkamah ini di akhir kes pendakwaan yang diputuskan prima facie? Mahkamah Agung di dalam kes Mohamed Radhi bin Yaakob v PP [1991] 3 MLJ 169 yang menerima pakai prinsip kes-kes Mat v PP [1963] 29 MLJ 263 tentang kesahihan cerita pembelaan memutuskan bahawa: “We are of the view that whenever a criminal case is decided on the basis of the truth of the prosecution’s case as against the falsity of the defence story, a trial judge must in accordance with the principle laid down in Mat v PP [1963] MLJ 263 go one step further before convicting the accused by giving due consideration as to why the defence story, though could not be believed, did not raise a reasonable doubt in the prosecution case. Thus, even though a judge does not accept or believe the accuse’'s explanation, the accused must not be convicted until the court is satisfied for sufficient reason that such explanation does not cast a reasonable doubt in the prosecution case.”. (Penekanan ditambah). [120] Berdasarkan kepada panduan ini dan secara keseluruhannya apabila Mahkamah meneliti semula semua keterangan di hadapan Mahkamah ini, atas alasan-alasan yang dinyatakan di atas Mahkamah mendapati tertuduh gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. Pihak pembelaan juga telah gagal mematahkan anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB di tahap imbangan kebarangkalian dan dengan itu pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. AB-83D-1589-09/2022 45 / 50 Tertuduh didapati bersalah dan disabitkan dibawah seksyen 12(2) ADB yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) ADB. PROSES MITIGASI DAN HUKUMAN Hujahan mitigasi peguam tertuduh [121] Peguam bela terpelajar telah kemukakan hujahan-hujahan mitigasi seperti berikut. Tertuduh berumur 22 tahun, tertuduh berkerja sebagai pemandu Foodpanda di Kuala Lumpur, tertuduh berpendapatan anggaran dalam RM 1500 - RM 2000 sebulan. Tertuduh adalah pesalah muda ketika ditangkap. Kini tertuduh telah berusia 22 tahun. Tertuduh masih bujang namun mempunyai seorang ibu yang berusia 68 tahun untuk dijaga. Selain itu, tertuduh juga telah memberikan kerjasama sepanjang bicara selama lebih 2 tahun. Ini adalah sabitan pertama tertuduh. Tertuduh tidak mempunyai apa-apa sabitan jenayah sebelum ini. Kesalahan tertuduh bukan kesalahan serius. Oleh itu tertuduh merayu untuk hukuman yang paling ringan. Hujahan pemberatan pihak pendakwaan [122] Pihak pendakwaan mohon hukuman setimpal diberikan ke atas tertuduh sebagai pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh malahan kepada orang awam juga. Walaupun tertuduh pesalah muda pada ketika kesalahan dilakukan dan ini merupakan sabitan jenayah yang pertama atas nama tertuduh, pihak pendakwaan mohon Mahkamah ambil kira kesalahan narkotik yang semakin berleluasa terutamanya di Daerah Taiping. Pihak pendakwaan juga mohon Mahkamah menimbangkan impak kesalahan ini kepada kepentingan awam. AB-83D-1589-09/2022 46 / 50 Penilaian Mahkamah [123] Ruang lingkup hukuman bagi sabitan kesalahan di bawah seksyen 12(2) ADB dan dihukum di bawah seksyen 39A(1) ADB adalah hukuman penjara untuk suatu tempoh tidak kurang daripada dua tahun tetapi tidak lebih daripada lima tahun, dan tertuduh juga dikenakan hukuman sebat tidak kurang daripada tiga sebatan tetapi tidak lebih daripada sembilan sebatan. Hukuman penjara dan sebatan adalah mandotori. [124] Secara prinsipnya, Mahkamah mempunyai budi bicara yang luas untuk menentukan hukuman yang sewajarnya untuk dijatuhkan terhadap pesalah mengikut ruang lingkup peruntukan hukuman bagi kesalahan ini (rujuk kes Letitia Bosman v PP & Other Appeals [2020] 8 CLJ 147). Budi bicara ini perlu dijalankan dengan mengambil kira (antara lainnya) kepentingan awam, faktor peringanan dan faktor pemberatan yang dihujahkan kepada Mahkamah (rujuk kes PP v Jafa Daud [1981] 1 LNS 28 dan Raja Izzuddin Shah v PP [1979] 1 MLJ270). [125] Dalam menjatuhkan hukuman, selain mengambil kira faktor peringanan dan pemberatan hukuman, prinsip hukuman, dan ruang lingkup hukuman bagi kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh, mahkamah juga telah memberikan pertimbangan kepada perkara-perkara berikut:
i
Walaupun kesalahan seksyen 39A(1) ADB ini tidak dikategorikan sebagai kesalahan serius mengikut takrifan seksyen 52B Kanun Keseksaan, terdapat kes-kes yang telah memutuskan bahawa kesalahan berkaitan dadah/narkotik merupakan kesalahan yang serius seperti AB-83D-1589-09/2022 47 / 50 keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Pendakwa Raya v Abdul Halim Ishak & Satu Lagi [2013] 9 CLJ 559.
II
(ii) Mahkamah bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa kes kesalahan narkotik semakin berleluasa dan sukar dibendung ibarat tiada penghujung serta impak buruk kesalahan penyalahgunaan dadah ini bukan sahaja kepada diri tertuduh sendiri, malah kepada keluarganya, masyarakat dan negara.
III
(iii) Berdasarkan laporan kimia yang disediakan oleh SP3 iaitu P14, berat dadah dalam milikan tertuduh ialah 20.35 gram Methamphetamine. Berat Methamphetamine tersebut agak material kerana ianya jauh melepasi berat minimum bagi hukuman di bawah seksyen 39A(1) ADB iaitu 5 gram bagi dadah berbahaya jenis Methampetamine. Dalam erti kata lain, 20.35 gram dadah berbahaya jenis Methamphetamine yang berada dalam milikan tertuduh jauh melepasi garis sempadan yang memisahkan antara hukuman di bawah seksyen 12(3) dengan hukuman di bawah seksyen 39A(1) ADB. Mahkamah juga telah mengambil kira faktor ini dalam memutuskan hukuman yang sesuai dan setimpal kepada tertuduh.
IV
(iv) Mahkamah juga telah mangambil kira faktor umur tertuduh yang masih muda iaitu baru berusia 22 tahun, mempunyai keluarga, dan pekerjaan. Dalam keadaan ini, Mahkamah berpendapat umur tertuduh tidak sepatutnya disia-siakan di dalam penjara bagi tempoh masa lama. AB-83D-1589-09/2022 48 / 50
v
Mahkamah juga mengambil maklum bahawa pada awalnya, tertuduh telah dituduh secara tentatif di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB dan tidak dijamin. Oleh sebab itu, tertuduh telah direman selama 6 bulan sementara menantikan laporan kimia disiapkan (rujuk nombor kes AB-81-26- 04/2022). Mahkamah mengambil kira juga tempoh masa reman tersebut dalam menjatuhkan hukuman yang sesuai.
VI
(vi) Mahkamah juga menimbangkan faktor bahawa tertuduh tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau. Ini bermakna tertuduh adalah pesalah pertama dan oleh itu hukuman penjara yang lama adalah tidak bersesuaian kepada tertuduh memandangkan tempoh penjara yang panjang tidak akan mencapai objektif menginsafkan tertuduh tetapi akan mengubah tertuduh daripada seorang pesalah pertama kepada menjadi pesalah tegar (rujuk kes Lisa Christina A/P Balan v PP [2020] 1 LNS 349). Keputusan hukuman [126] Dengan itu, setelah mengambil kira semua pertimbangan tersebut bagi mencapai tujuan hukuman yang secara relatifnya memenuhi prinsip-prinsip dan objektif penjatuhan hukuman, dalam penghakiman mahkamah, penentuan seimbang yang mencerminkan hukuman yang paling sekadar (proportionate), saksama (fair) dan berpatutan adalah hukuman penjara selama 2 tahun 6 bulan dari tarikh sabitan dan tertuduh juga dijatuhkan hukuman sebatan sebanyak 3 kali sebatan. AB-83D-1589-09/2022 49 / 50 PENANGGUHAN PERLAKSANAAN HUKUMAN [127] Pihak pembelaan kemudiannya memaklumkan kepada Mahkamah bahawa tertuduh akan membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi, Taiping dan memohon untuk menangguhkan perlaksanaan hukuman penjara dan sebatan yang dijatuhkan oleh Mahkamah ini. Permohonan ini dibantah oleh pihak Pendakwaan. [128] Setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah membenarkan permohonan tersebut setelah berpuas hati tertuduh berjaya menunjukkan kewujudan keadaan khas yang memberi justifikasi kepada penangguhan kepada perlaksanaan kedua-dua hukuman yang dijatuhkan keatasnya. Mahkamah selanjutnya memerintahkan jaminan tertuduh dinaikkan daripada RM 3000.00 kepada RM 4500.00 dengan 1 orang penjamin. Tertuduh juga diarahkan untuk melaporkan diri di balai polis yang berdekatan dengan rumahnya setiap 1 hari bulan sehingga kes ini selesai proses rayuan di Mahkamah Tinggi Taiping, Perak. Bertarikh: 27.06.2024 t.t. (PRABAKARAN RAJOO) Majistret Mahkamah Majistret Taiping Perak Darul Ridzuan AB-83D-1589-09/2022 50 / 50 PIHAK-PIHAK: Bagi pihak pendakwaan: Puan Nor Arfahanim Azureen binti Arfanuddin Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Taiping Lido Business Center, No 10/21 & 12/21 Tingkat Atas, Jalan Manecksha, 34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan. Bagi pihak pembelaan: Encik Singaravadivel a/l V. Singaram Tetuan Liew Julia Tun & Hari No 191, Tingkat 1, Jalan Pasar, 34000 Taiping Perak Darul Ridzuan.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.