Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: BA-22NCC-106-08/2023 ANTARA LKY INDUSTRIAL SUPPLY SDN. BHD. (NO. SYARIKAT: 201301036989/1066818-H) − PLAINTIF
BA-22NCC-106-08/2023
High Court of Malaysia27 Sept 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“153; [l997] 3 MLJ 61, iaitu − S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 12 “Sections 101, 102, 103 and 106 of the Evidence Act 1950 deal with the burden of proof under s. 101, it is provided that whoever desires any court to give judgmen”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: BA-22NCC-106-08/2023 ANTARA LKY INDUSTRIAL SUPPLY SDN. BHD. (NO. SYARIKAT: 201301036989/1066818-H) − PLAINTIF
1
Plaintif (LKY Industrial Supply Sdn Bhd) ialah sebuah syarikat pembekal mesin, tangki dan peralatan membuat sarung tangan getah. Defendan (Encompass Industries Sdn Bhd) ialah pengilang sarung tangan perubatan jenis pemeriksaan (examination gloves).
2
Defendan telah membuat pesanan pembelian barang/mesin & tangki yang berikut dan permintaan Defendan ialah untuk Plaintif “fabricate, install, test and commissioning”: • glove collector come with conveyor and press system. S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 • beading machine. • coagulant tank, jacketed. • latex 1 dipping tank, jacketed. • latex 2 dipping tank, jacketed.
3
Plaintif memfailkan guaman ini kerana Defendan gagal untuk membayar jumlah tertunggak sebanyak RM840,510.00 kepada Plaintif bagi tangki yang telah dibekalkan oleh Plaintif ke kilang Defendan dan juga bagi kerja yang telah dimulakan oleh Plaintif.
4
Dalam pembelaan dan tuntutan balas Defendan, Defendan membela dirinya dan memplidkan bahawa akibat daripada perlanggaran perjanjian oleh Plaintif, Defendan telah mengalami kerugian di mana proses pengilangan sarung tangan getah terganggu dan tidak dapat berjalan dengan sepenuhnya. Defendan telah mengalami kerugian yang teruk, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian untuk mengganti bahan mentah (replacement of raw materials), kos buruh (labour costs) dan kelewatan menyiapkan pesanan pelanggan-pelanggan Defendan. Kerugian ini adalah tidak merangkumi kehilangan keuntungan, kehilangan reputasi atau nama baik, dan/atau kerugian lain yang dialami oleh Defendan. Secara kolektif, jumlah kerugian Defendan berjumlah RM1,434,481.84.
5
Pada 23-3-2023, menurut Perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam, guaman ini dipindahkan dari Mahkamah Sesyen Petaling Jaya ke Mahkamah Tinggi Shah Alam. S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3
6
Pada 4-12-2017, Plaintif menghantar sebutharga melalui e-mel bertarikh 4-12-2017 untuk harga seperti yang berikut:
a
RM1,696,000.00.
b
RM1,580,672.00.
c
RM4,752,522.72 [7] Defendan membuat Pesanan Pembelian/Purchase Order (PO) dan mengemaskinikan PO melalui e-mel kepada Plaintif iaitu −
a
PO No.: EISB-PO-20171214-0080 bertarikh 18-12-2017 untuk jumlah sebanyak RM790,336.00 (disebut sebagai PO 80).
b
PO No.: EISB-PO-20171214-0081 bertarikh 18-12-2017 untuk jumlah sebanyak RM1,696.000.00 (disebut sebagai PO 81).
c
PO No.: EISB-PO-20171214-0082 bertarikh 20-12-2017 & 21- 12-2017 untuk jumlah sebanyak RM3,563,762.40 (disebut sebagai PO 82). [8] Plaintif bersetuju untuk membekalkan dan memasang barang tersebut di kilang Defendan di Kemaman, Terengganu. S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow [9] Terma yang berikut ada dinyatakan dalam PO iaitu −
a
cara pembayaran (Payment Terms): 30% bayaran muka (down payment) selepas menerima invois; 60% selepas pemasangan lengkap (upon complete installation), pentauliahan dan uijian (commissioning and testing); 10% 6 bulan selepas pentauliahan (commissioning).
b
jadual penghantaran: 3 ke 4 bulan selepas menerima pesanan rasmi dan bayaran muka.
c
jaminan: setahun tidak termasuk barang pakai dan koyak (wear and tear parts). [10] Kedua-dua pihak bersetuju dengan terma pesanan pembelian (Purchase Order/PO) dan juga pesanan pembelian yang disemak (Revised Purchase Order/Revised PO). Plaintif memplidkan bahawa dari tahun 2018 hingga 2020, Plaintif telah memenuhi janji dengan membekalkan dan memasang Mesin dan Tangki di kilang Defendan. Tetapi, terdapat tunggakan bayaran oleh Defendan iaitu sebanyak RM840,510.00. Plaintif menuntut terhadap Defendan bagi baki bayaran yang tertunggak, faedah, ganti rugi am dan kos. [11] Defendan mempunyai tuntutan balas terhadap Plaintif di mana kerugian yang dialami oleh Defendan ialah sebanyak RM1,434,481.84, bayaran deposit bagi barisan 6 & 7 sebanyak RM175,920.00, faedah, ganti rugi am dan kos. S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow Apa yang diplidkan oleh Plaintif? [12] Invois-invois telah dihantar oleh Plaintif kepada Degendan bagi pembekalan dan pemasangan barang/mesin & tangki sebagaimana pesanan/permintaan Defendan tetapi Defendan gagal membayarnya. Akibat daripada kegagalan dan/atau keengganan Defendan membayar jumlah bayaran tertunggak sebanyak RM840,510.00 itu, Plaintif mengalami kerugian. Apa yang diplidkan oleh Defendan? [13] Defendan memplidkan bahawa − • PO yang disediakan oleh Defendan adalah mengikut nasihat Plaintif dan/atau selepas berbincang dengan Plaintif dan/atau bergantung kepada kepakaran Plaintif. • pada semua masa yang material, PO adalah untuk melantik Plaintif menyediakan 8 barisan pengeluaran (production lines) untuk tujuan pengilangan sarung tangan. • Plaintif adalah terikat untuk melaksanakan kesemua tanggungjawab yang dinyatakan iaitu untuk mencipta (fabricate), memasang (install) dan memastikan dalam keadaan bekerja (commissioning). • tugas Defendan juga ialah untuk menghantar dan memasang mesin & tangki di kilang Defendan. S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow • pada semua masa yang material, Plaintif mempunyai pengetahuan bahawa −
a
mesin dan tangki tersebut akan digunakan oleh Defendan untuk tujuan pengilangan/pembuatan sarung tanganperubatan jenis pemeriksaan (examination gloves) dan Mesin dan Tangki tersebut mestilah secara munasabah sesuai untuk tujuan tersebut;
b
mesin dan Tangki tersebut akan digunakan oleh Defendan untuk tujuan pengilangan/sarung tangan perubatan jenis pemeriksaan (examination gloves) yang berjalan untuk 24 jam sehari di mana sebarang masalah/gangguan kepada operasi mesin dan tangki tersebut akan menyebabkan kerugian kepada
c
sebarang kegagalan untuk memastikan bahawa mesin dan tangki tersebut mempunyai kualiti boleh dagang (merchantable quality) adalah melanggar dengan perjanjian/persetujuan antara Plaintif dan Defendan dan akan menyebabkan kerugian kepada Defendan; dan
d
mesin dan tangki tersebut perlu mematuhi spesifikasi-spesifikasi yang dinyatakan di PO dan/atau persetujuan antara Plaintif dan Defendan. S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow • Plaintif telah melanggari kontrak dan/atau gagal memenuhi tanggungjawabnya menurut PO iaitu −
a
mesin dan tangki yang dihantar dan dipasang oleh Plaintif (‘Mesin dan Tangki Yang Dipasang’) tidak mempunyai kualiti boleh dagang (merchantable quality) dan/atau tidak secara munasabah sesuai untuk tujuan pengilangan/pembuatan sarung tangan perubatan.
b
terdapat masalah kebocoran di Mesin dan Tangki Yang Dipasang dan ketidakfungsian motor penarik (‘puller motor’).
c
Mesin dan Tangki Yang Dipasang tidak dilakukan dengan betul mengakibatkan bahagian-bahagian mekanikal tidak stabil, longgar dan hampir terlepas daripada mesin.
d
keretakan di bahagian tepi ruang berongga di bahagian gegelung air sejuk.
f
Plaintif gagal menyelesaikan kerja-kerja sebagaimana dinyatakan pada PO mengikut jadual masa yang dipersetujui.
g
Mesin dan Tangki Yang Dipasang gagal mematuhi spesifikasi-spesifikasi yang dinyatakan di PO. S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow [14] Berikutan itu, Defendan telah mengadu kepada Plaintif berkenaan dengan kegagalan-kegagalan dan isu-isu yang dibangkitkan oleh Defendan. Namun demikian, Plaintif enggan, gagal dan/atau cuai untuk mengambil tindakan dan/atau tindakan yang mencukupi untuk menyelesaikan isu-isu tersebut. Akibat daripada pelanggaran kontrak oleh Plaintif, proses pengilangan Defendan terpaksa dihentikan secara terputus-putus pada tarikh-tarikh yang berbeza pada tahun 2020 dan 2021 dan ini telah menyebabkan kerugian kepada Defendan yang mana Defendan telah memfailkan tuntutan balas. [15] Pada atau sekitar 10-6-2020, akibat daripada pelanggaran kontrak oleh Plaintif, Plaintif dan Defendan telah bersetuju untuk menamatkan PO 80, PO 81 dan PO 82 berkenaan bahagian untuk barisan pengeluaran 6, 7 dan 8 tanpa prejudis kepada hak Defendan untuk menuntut ganti rugi berkenaan pelanggaran kontrak oleh Plaintif. Tambahannya, Plaintif masih tidak melaksanakan dan/atau tidak menyelesaikan tanggungjawabnya di bawah barisan pengeluaran 5, 6, 7 dan 8 untuk PO-PO tersebut. [16] Defendan memplidkan bahawa −
a
berikutan pelanggaran perjanjian/persetujuan berkenaan dengan Mesin dan Tangki Yang Dipasang dan/atau PO 80, PO 81 dan PO 82 oleh Plaintif, Plaintif telah kehilangan haknya untuk menuntut bayaran invois-invois tersebut.
b
selanjutnya atau secara alternatif, berikutan pelanggaran perjanjian/persetujuan berkenaan Mesin dan Tangki Yang Dipasang dan/atau PO 80, PO 81 dan PO 82 oleh Plaintif, jumlah invois-invois tersebut haruslah ditolak (‘set-off’) daripada gantirugi kerugian yang dialami oleh Defendan akibat daripada pelanggaran perjanjian/persetujuan oleh Plaintif.
c
selanjutnya atau secara alternatif, berikutan penamatan PO 82 berkenaan bahagian untuk barisan pengeluaran 6, 7 dan8, invois Plaintif bernombor IN1910-514 untuk jumlah RM252,153-00 adalah terbatal sendiri.
d
berkenaan dengan tuntutan Plaintif untuk faedah 1.5% sebulan dari pengisuan invois-invois, tuntutan faedah tersebut adalah tanpa asas dan arbitrari. Defendan tidak pernah bersetuju kepada pengenaan faedah tersebut dan ia tidak membentuk sebahagian kepada perjanjian/persetujuan antara Plaintif dan Defendan. [17] Pada 10-8-2020, Defendan telah membayar kepada Plaintif jumlah agregat sebanyak RM175,920.00 (‘Bayaran Muka Barisan 6 dan 7’) iaitu bayaran muka untuk (a) 4 unit mesin ‘beading’ untuk setiap barisan pengeluaran 6 dan 7 masing-masing menurut PO 80; dan (b) mesin pengumpul sarung bersama dengan sistem penghantar dan penekan (‘glove collector coupled with conveyor and press system’) untuk barisan pengeluaran 6 dan 7 menurut PO 81. S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow Berikutan dengan penamatan, antara lain, PO 80 dan PO 81 berkenaan bahagian untuk barisan pengeluaran 6 dan 7, maka Plaintif adalah bertanggungan untuk membayar balik kepada Defendan Bayaran Muka Barisan 6 dan 7. Jawapan kepada pembelaan dan Pembelaan tuntutan balas: [18] Plaintif menyatakan bahawa PO dan Revised PO adalah bagi kerja yang diminta dan dipersetujui oleh Defendan berdasarkan kepada Sebutharga. [19] PO 80, PO 81 dan PO 82 telah disediakan oleh Defendan selepas perbincangan di antara Plaintif dan Defendan. Plaintif hanya membuat dan/atau fabrikasi (fabrication) untuk tangki-tangki berdasarkan kepada lukisan dalam PO 82 yang diberikan oleh Defendan. [20] Plaintif hanya dilantik untuk membekal dan memasang mesin dan tangki untuk 8 barisan pengeluaran (production lines). [21] Hal penyelenggaraan dan servis mesin dan tangki dilakukan sepenuhnya oleh Defendan dan penggunaan dan/atau operasi mesin dan tangki bergantung sepenuhnya kepada Defendan. [22] Mesin dan Tangki Yang Dipasang adalah menepati spesifikasi yang ditetapkan oleh Defendan, Defendan telah memeriksa mesin dan tangki selepas diterima dan wakil Defendan telah menandatangani dan mengakui sah pesanan penghantaran (Delivery Orders/DO). S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow [23] Berkenaan dengan masalah di tangki pencelupan dan/atau tangki coagulant yang menyebabkan kebocoran jaket air, Plaintif menyatakan bahawa masalah tersebut hanya timbul selepas proses installation and commissioning dan Defendan telah menjalankan barisan pengeluaran dan masalah tersebut adalah daripada air panas masuk ke gegelung tangki atas lebihan tekanan (hot water incoming to the tank coil over pressure) dan Plaintif tiada apa-apa kuasa untuk menentukan cara dan/atau pengendalian tangki oleh Defendan. Bagi masalah yang dinyatakan dalam perenggan 9.1 (b) hingga (g) pembelaan, Plaintif menyatakan bahawa Plaintif tiada apa-apa kuasa untuk menentukan cara dan/atau pengendalian tangki oleh Defendan. Plaintif telahpun menukar motor penarik (puller motor) ketika ia dalam tempoh jaminan (warranty period) dan ia dalam pengetahuan Defendan sendiri. [24] Berkenaan dengan tuntutan Defendan bagi bayaran muka (deposit) sebanyak 30% untuk beading machine and glove collector, terma mengenai deposit terkandung dalam PO 80 dan PO 81. Tiada penamatan rasmi yang wujud di antara Plaintif dan Defendn berkenaan dengan bahagian untuk barisan pengeluaran 6 dan 7. Keputusan Mahkamah: [25] Dalam kes sivil, bahawa tahap pembuktian perlulah atas dasar imbangan kebarangkalian (balance of probabilities) sebagaimana yang dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes PR Shanmuganathan v. Periasamy S/O Sithambaram Plllai [1997] 2 CLJ 153; [l997] 3 MLJ 61, iaitu − S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow “Sections 101, 102, 103 and 106 of the Evidence Act 1950 deal with the burden of proof under s. 101, it is provided that whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must vrove that those facts exist Under s. 102 the burden of proof lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side. Under s. 103, the burden of proof as to any particular fact lies on that person who wishes the court to believe in its existence, unless it is provided by any law that the proof of that fact shall lie on any particular person. Under s. 106, when any fact is especially within the knowledge of any person the burden of proving that fact is upon him.”. Selepas mendengar keterangan pihak-pihak dalam perbicaraan penuh, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah ini membenarkan tuntutan Plaintif dan selanjutnya adalah diperintahkan Defendan membayar
a
jumlah sebanyak RM840,510.00.
b
faedah 5% setahun ke atas jumlah RM840,510.00 dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh.
c
Kos sebanyak RM15,000.00 (tertakluk kepada fi alokatur). [26] Defendan tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan ini dan keputusan Mahkamah yang menolak tuntutan balas Defendan. S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow Perbicaraan [27] Perbicaraan penuh diadakan selama 4 hari iaitu pada 27-5-2024, 28-5-2024, 18-6-2024 dan 19-6-2024 di mana − Saksi-saksi Plaintif ialah − En. Shaiful Hisam bin Mohd Shafie, mantan Pengurus Projek Defendan (Encompass Industries Sdn Bhd)/SP-1; dan En. Kok Yik Shyong @ Jason, Pengarah syarikat Plaintif/SP-2. Saksi-saksi Defendan ialah − En. Pon Siau Seng, Assistant General Manager Defendan/SD-1; En. Abdul Halim bin Arshad, Ketua Jabatan Produksi Defendan/SD-2; En. Chow Keng Soon, Head of Supply Chain Defendan/SD-3; dan En Chai Kiam Soy, Pengarah syarikat Hong Yeh Engineering Sdn Bhd/SD-4. Isu Untuk Dibicarakan [28] Kedua-dua pihak memfailkan isu untuk dibicarakan secara berasingan sebagaimana pada Ikatan C1 dan C2 iaitu −
a
sama ada Defendan mempunyai bayaran tertunggak sebanyak RM840,510.00 yang perlu dibayar kepada Plaintif?
b
sama ada Plaintif berhak menuntut faedah 1.5% sebulan dari tarikh pengisuan invois sehingga penyelesaian penuh?
c
sama ada Sebutharga, PO, Revised PO, Invois dan DO membentuk kontrak antara Plaintif dan Defendan?
d
sama ada Defendan berhak untuk menamatkan kontrak berdasarkan kepada Sebutharga, PO, Revised PO, Invois dan DO?
e
sama ada Defendan telah memeriksa mesin dan tangki selepas diterima dan mesin dan tangki berada dalam keadaan baik, menepati spesifikasi dan kualiti yang boleh dagang seperti dipersetujui oleh Plaintif dan Defendan?
f
sama ada Plaintif hanya membuat dan/atau fabrikasi (fabrication) berdasarkan kepada lukisan seperti dinyatakan dalam PO 82 yang diberikan oleh Defendan?
g
sama ada penyelenggaraan dan servis mesin dan tangki dilakukan oleh Defendan dan penggunaan dan/atau operasi mesin dan tangki tersebut bergantung sepenuhnya pada Defendan?
a
sama ada PO dan lukisan adalah disediakan mengikut nasihat Plaintif dan/atau selepas berbincang dengan Plaintif dan/atau bergantung kepada kepakaran Plaintif?
b
sama ada mesin-mesin yang dibekalkan oleh Plaintif adalah mematuhi keperluan atau huraian pada PO; mempunyai kualiti boleh dagang (merchantable quality); dan secara munasabah sesuai untuk tujuan pengilangan/pembuatan sarung tangan perubatan jenis pemeriksaan?
c
sama ada Plaintif telah melanggar PO tersebut?
d
sama ada Defendan mempuntai jumlah bayaran tertunggak sebanyak RM840,510.00 kepada Plaintif?
e
sama ada faedah lewat bayar yang ditetapkan oleh Plaintif adalah secara sepihak tanpa persetujuan Defendan? Tuntutan balas Defendan:
a
sekiranya Plaintif telah melanggar PO tersebut, sama ada Defendan telah mengalami kerugian bagi mengganti bahan mentah sebanyak RM1,369,500.00 dan kos buruh sebanyak RM64,981.84?
b
sama ada Plaintif adalah bertanggungan untuk membayar balik RM175,920.00 (bayaran muka/deposit) bagi barisan S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow pengeluaran 6 & 7 masing-masing menurut PO 80 dan PO 81? Dapatan dan Keputusan [29] Maklumat korporat syarikat Defendan menyatakan bahawa jenis perniagaan Defendan ialah “Manufacturers, Marketing, Distributors, Suppkiers, Importers, Exporters, Buyers and Seller in Petroleum Chemical and Petrol Chemical Products and Generally to Manufacture Synthetic Rubber as Raw Materials for manufacture of Latex and Manufacture of Synthetic Surgical and Examination Glove”. Syarikat Defendan diperbadankan pada 30-9-2015. [30] Berdasarkan e-mel bertarikh 4-12-2017 yang dirujuk dan dikemukakan sebagaimana pada Ikatan Dokumen Bersama (B1) pada mukasurat 79 hingga 82, Plaintif, atas “inquiry” daripada Defendan, telah memberikan Sebutharga yang ditujukan untuk perhatian En Shaiful Hisam bagi deskripsi barang yang berikut: i. to supply Glove Collector c/w Conveyor and Press System. ii. to fabricate Beading Machine. iii. to fabricate Coagulant Tank, Jacketed. iv. to fabricate Latex 1 Dipping Tank, Jacketed. v. to fabricate Latex 2 Dipping Tank, Jacketed. Sebutharga tersebut mengandungi Payment Term dan Delivery Term. [31] Berdasarkan e-mel bertarikh 14-12-2017 (lebih kurang 10 hari dari tarikh e-mel Sebutharga) sebagaimana pada Ikatan Dokumen Bersama S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow (B1) pada mukasurat 83 hingga 85, Defendan telah melampirkan PO bagi 8 unit beading Machines & 2 lines Gloves Collector c/w Conveyor and Press System kepada Plaintif. Berdasarkan e-mel bertarikh 19-12-2017 (lebih kurang 5 hari dari tarikh e-mel PO) sebagaimana pada Ikatan Dokumen Bersama (B1) pada mukasurat 88 hingga 90, Defendan telah melampirkan Revised PO bagi 32 unit beading Machines & 8 lines Gloves Collector c/w Conveyor and Press System kepada Plaintif. [32] Berkenaan dengan tangki (Tank), e-mel bertarikh 20-12-2017 (lebih kurang sehari dari tarikh e-mel PO mengenai mesin) sebagaimana pada Ikatan Dokumen Bersama (B1) pada mukasurat 91, Defendan telah melampirkan PO bagi tangki dan menyatakan bahawa teknikal team Defendan akan memberikan lukisan/drawing kepada Plaintif. Pada 21-12-2017, Defendan melampirkan dalam e-melnya kepada Plaintif, lukisan/drawing Dipping Tank. PO pada Ikatan Dokumen Bersama (B1) pada mukasurat 93 ialah PO 82 bertarikh 18-12-2017 Defendan kepada Plaintif. [33] Mahkamah mendapati pada PO-PO yang dikemukakan oleh Defendan kepada Plaintif mengandungi “Remarks” yang berikut:
1
Payment Terms: − 30% of 50% PO value down payment upon receive of invoice. − 60% upon complete installation, commissioning and testing. S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow − 10% 6 months after commissioning.
2
Delivery Schedule: 60 days upon receive official PO and downpayment.
3
Warranty: One (1) year not including wear and tear parts.
4
Please notify us immediately if you ate unable to deliver as specified.
5
Delivery address. [34] Invois Plaintif kepada Defendan bertarikh − PO 80 (Rev1): • 3-10-2019 (B6 ms 2-3) diikuti dengan DO bertarikh sama (B6 ms 4). PO 81 (Rev1): • 3-10-2019 (B6 ms 5-6) diikuti dengan DO bertarikh sama (B6 ms 7-8). PO 82: • 3-10-2019 (B1 ms 114-115) mengandungi terma no. 4 iaitu Late payment interest of 1.5% per month will be charged on overdue accounts. • 23-12-2019 (B1 ms 94-95, 98-99) diikuti dengan DO bertarikh sama (B1 ms 96-97, 100-101). S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow Pada 27-12-2019, e-mel SP-1 kepada SD-1 mengandungi statement pembayaran yang perlu dibuat oleh Defendan kepada Plaintif (B1 ms 116-121). Pada 13-1-2020, e-mel SP-1 kepada SD-1 menyatakan bahawa Plaintif telah menerima bayaran daripada Defendan pada 7-1-2020, tetapi masih ada tunggakan bayaran (B1 ms 122). • 19-2-2020 (B1 ms 102-103) diikuti dengan DO bertarikh sama (B1 ms 104-105); • 5-6-2020 (B1 ms 106-107) diikuti dengan DO bertarikh sama (B1 ms 108-109); • 15-7-2020 (B1 ms 110-111) diikuti dengan DO bertarikh sama (B1 ms 9112-113); Surat Defendan bertarikh 13-5-2021 yang ditandatangani oleh SD- 1 kepada Plaintif bertajuk “Audit Confirmation” menyatakan bahawa setakat pada 31-12-2020, amaun yang tertunggak kepada Plaintif ialah RM840,510.00. Sama ada wujud kontrak antara Plaintif dan Defendan? [35] Berdasarkan dokumen yang dikemukakan dalam perbicaraan, tiada perjanjian bertulis dimasuki oleh Plaintif dan Defendan. Hal tempahan/pesanan pembelian oleh Defendan adalah melalui PO berdasarkan Sebutharga yang diberikan oleh Plaintif. S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow [36] Kedua-dua pihak berkomunikasi dan bersetuju dengan apa yang dipesan, apa yang perlu dibuat dengan pesanan dan terma pembayaran, terma penghantaran adalah melalui Sebutharga, PO, Revised PO dan DO. Ini memadai untuk membentuk suatu kontrak antara Plaintif dan Defendan. [37] Nas undang-undang kes yang berikut dipetik dan dirujuk oleh peguam cara terpelajar Plaintif menunjukkan bahawa Sebutharga, PO, Revised PO dan DO adalah memadai untuk membentuk suatu kontrak bertulis antara Plaintif dan Defendan: • Mahkamah Persekutuan dalam kes Pernas Trading Sdn Bhd v. Persatuan Peladang Bakti Melaka [1979] 2 MLJ 124. • Caltex Oil Malaysia Ltd v. Classic best Sdn Bhd & Ors [2007] 4 MLJ 772. • Wee Lian Construction Sdn Bhd v. Ingersoll-Jati [2010] 3 MLJ 425. Keterangan saksi-saksi Plaintif: SP-1: [38] SP-1 En Shaiful Hisam bin Mohd Shafie, mantan Pengurus Projek kepada Defendan dalam penyata saksinya (ditanda sebagai PSP-1) menyatakan − S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow • pernah bekerja selama 10 tahun sebagai pengurus projek dengan syarikat pengeluar sarung tangan terkemuka iaitu Hartalega (NGC) Sdn Bhd dari tahun 2007-2017. • bertugas sebagai pengurus projek di syarikat Defendan pada tahun 2017 sehingga tahun 2021. • skop kerja sebagai pengurus projek ialah merekabentuk mesin pengeluaran, utiliti, tangki dan menguruskan projek di kilang Defendan. • mengakui bahawa Plaintif telah dilantik oleh Defendan sebagai pembekal to fabricate, install, test and commission Beading Machine; to supply, deliver, install and commissioning Glove Collector come with (c/w) Conveyor and Press System; to fabricate, supply, deliver & install jacketed coagulant tank; to fabricate, supply, deliver & install jacketed Latex Dipping Tank 1; and to fabricate, supply, deliver & install jacketed Latex Dipping Tank 2. [39] SP-1 menyatakan bahawa Plaintif memanggilnya sebagai saksi Plaintif untuk memberikan keterangan bagi pihak Plaintif kerana sebagai mantan pengurus projek di syarikat Defendan, SP-1 tahu mengenai mesin dan tangki yang dibekalkan oleh Plaintif kepada Defendan. S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow [40] SP-1 ialah orang yang menyediakan lukisan-lukisan dan menandatangani lukisan-lukisan bagi Dipping Tank Coagulant (rujuk Ikatan Dokumen B2 mukasurat 287 hingga 292). Spesifikasi proses bagi tangki diberikan oleh En. Abdul Halim bin Abdul Arshad iaitu Ketua Pegawai Operasi/Chief Operation Officer Defendan. SP-1 menyediakan lukisan dan pengiraan untuk kelulusan pihak atasan Defendan. Selepas ianya dimuktamadkan, Bahagian Rantaian Bekalan (Supply Chain Department) memohon Sebutharga daripada pembekal. Plaintif terpilih sebagai pembekal. DO telah ditandatangani oleh SP-1 untuk mengesahkan penerimaan barang sebagaimana yang terkandung dalam DO. SP-1 menyatakan bahawa mesin dan tangki yang dihantar berada dalam keadaan baik. Seterusnya, Plaintif memasang (install) dan mentauliahkan (commission) pada mesin dan tangki yang dibekalkan oleh Plaintif. SP-1 menerangkan bahawa pentauliahan (commissioning) ialah setelah keseluruhan barisan pengeluaran (production line) siap dipasang. Pengurus Projek (SP-1) dan Pasukannya/Bahagiannya melakukan pemeriksaan menyeluruh pada kesemua bahagian mesin dan tangki yang dibekalkan dengan melakukan ujian kefungsian di mana keseluruhan paip air sejuk, paip air panas, bekalan elektrik, paip angina telah disambungkan kepada mesin dan tangki. Mesin dan tangki mesti memenuhi spesifikasi dan berfungsi dengan baik sewaktu proses S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow pentauliahan (commissioning) sebelum mesin dan tangki diserahkan kepada Bahagian Pengeluaran (Production Department) Defendan. Bahagian Pengeluaran (Production Department) Defendan meneruskan dengan pengeluaran sarung tangan getah tersebut. [41] SP-1 mengakui mengenai kiriman pesanan WhatsApp kepada SP- 2 (Pengarah syarikat Plaintif) mengenai masalah tangki. SP-2 telah memberikan arahan untuk menyelesaikan masalah tersebut dan akhirnya masalah tersebut selesai. Berkenaan dengan kerosakan mesin dan tangki di barisan pengeluaran, SP-1 yang berpengalaman selama lebih daripada 14 tahun, menyatakan bahawa kerosakan akan berlaku di antara setahun dan ke atas bergantung kepda penyelenggaraan dan servis oleh kilang sarung tangan. Biasanya, jadual penyelenggaraan diuruskan oleh kilang sarung tangan sebagaimana yang disarankan oleh pembekal. [42] Berkenaan dengan kes Mahkamah Sesyen Shah Alam iaitu di mana Defendan telah dituntut oleh sebuah syarikat bernama Econex Sdn Bhd, SP-1 menyatakan bahawa ketika perbicaraan kes tersebut, SP-1 menjadi saksi Defendan dan masih bekerja dengan Defendan sebagai pengurus projek. SP-1 dimaklumkan keputusan kes tersebut oleh pegawai atasan Defendan bahawa Mahkamah Sesyen telah membenarkan tuntutan Econex Sdn Bhd. SP-2: S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow [43] Keterangan En Kok Yik Shyong atau Jason, salah seorang pengarah syarikat Plaintif (SP-2) mengakui bahawa Defendan telah membeli barang (mesin dan tangki) daripada Plaintif melalui PO. PO tersebut dikeluarkan selepas Defendan memperoleh Sebutharga daripada Plaintif. [43] Berdasarkan kepada lukisan yang mengandungi deskripsi dan spesifikasi diperoleh daripada Defendan, Plaintif perlu mematuhi dan memenuhi spesifikasi tersebut. [44] PO dan Revised PO oleh Defendan itu mengandungi terma pembayaran. Namun begitu, dalam invois terma pembayaran adalah berbeza iaitu 30% down payment; 30% upon delivery to the Defendant’s factory; 30% upon complete installation, commissioning and testing; and 10% 6 months after commissioning. SP-2 menyatakan bahawa terma pembayaran yang dinyatakan dalam invois adalah dipersetujui oleh Plaintif dan Defendan. [45] SP-2 menyatakan bahawa Plaintif telah menyempurnakan tugasnya menurut PO, lalu invois dan DO dikeluarkan Mesin dan tangki telah dihantar serah kepada Defendan untuk Defendan mengeluarkan sarung tangan getah. E-mel mengenai pembayaran berjumlah sebanyak RM1,141,931.60 dihantar kepada Defendan bersama-sama dengan Debtor Statement dan Pengesahan Audit oleh Defendan mengenai jumlah yang perlu dibayar telah dihantar kepada Plaintif. S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow Kini, jumlah tertunggak ialah RM840,510.00 dan jumlah ini juga telah disahkan oleh audit Defendan. [46] SP-2 menjelaskan bahawa berkenaan dengan masalah dan aduan mengenai mesin dan tangki, komunikasi pihak-pihak ialah melalui percakapan telefon atau pesanan WhatsApp yang mengandungi foto kerosakan. SP-2 membantu wakil Defendan untuk menyelesaikan masalah yang diadukan. Jika gagal diselesaikan, maka, SP-2 atau pekerja Plaintif akan menyediakan kelengkapan untuk pergi ke kilang Defendan di Kertih, Terengganu untuk menyelesaikan aduan/masalah itu. Kaedah penyelesaian ini dilakukan demi memastikan pengeluaran sarung tangan getah oleh Defendan tidak terjejas serta mesin dan tangki dapat berfungsi dengan baik dalam masa yang singkat. [47] Mahkamah ini mendapati bahawa SP-2 yang berjawatan pengarah syarikat ialah individu yang tahu mengenai foto-foto kerosakan yang dirujuk dan dikemukakan semasa perbicaraan. Jawapan SP-2 dalam penyata saksinya (PSP-2) pada A51, A56, dan A57adalah menunjukkan bahawa aduan kerosakan pada mesin dan tangki yang dihantar ke kilang Defendan itu bukan disebabkan oleh “workmanship” tetapi disebabkan oleh “mass production” di kilang Defendan. Plaintif juga telah mengeluarkan sebutharga bagi kos pembaikan coagulant tank. Defendan telah membayar kos pembaikan dan Defendan S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow tidak pernah menyatakan bahawa tangki yang dibekalkan oleh Plaintif itu bukan/tidak dalam keadaan baik. [48] SP-2 menjelaskan bahawa pengoperasian mesin dan tangki adalah sepenuhnya dengan Defendan dan pihak-pihak tiada kontrak penyelenggaraan. Keterangan saksi-saksi Defendan: [49] Tiga orang saksi utama Defendan ialah En. Pon Siau Seng, Assistant General Manager (SD-1), En. Abdul Halim bin Arshad, Ketua Jabatan Produksi (SD-2) dan En. Chow Keng Soon, Head of Supply Chain (SD-3). Manakala SD-4 ialah En. Chai Kiam Soy, pengarah syarikat Hong Yeh Engineering Sdn Bhd. SD-1: [50] Keterangan SD-1 menyatakan (penyata saksi SD-1/PSD-1 adalah dirujuk) − • SD-1 ialah salah seorang daripada pihak Defendan yang berkomunikasi dengan Plaintif berkenaan dengan pelbagai isu mesin dan tangki yang dibekalkan oleh Plaintif. SD-1 juga dipertanggungjawabkan untuk memproses pembayaran kepada Plaintif. • Mesin dan tangki yang dibekalkan oleh Plaintif “are not of merchantable quality and/or do not fit the purpose of manufacturing and production of examination gloves”. Di S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow antara bulan April 2019 hingga November 2021, Defendan mengalami downtime selama159.34 jam akibat daripada ketidakfungsian mesin dan tangki yang dibekalkan dan dipasang oleh Plaintif di 4 barisan pengeluaran. Ini mengganggu keupayaan pengeluaran sarung tangan getah khususnya ketika pandemik Covid-19 di antara tahun 2020 hingga 2021. Permintaan examination gloves adalah amat tinggi. (rujuk A13 dan A14 dalam PSD-1). • SD-1 merujuk kepada Surat Peringatan bertarikh 25-4-2019 oleh Defendan kepada Plaintif untuk Plaintif membetulkan dan membaiki Latex Dipping Tank Leakage (rujuk B2 ms 228- 265). • masalah pada mesin dan tangki yang dibekalkan oleh Plaintif berlaku dalam tempoh setahun waranti. SD-1 menyenaraikan tarikh penemuan masalah pada mesin dan tangki, video dan foto (rujuk A10, A11 dan A12 dalam PSD-1). • kegagalan Plaintif menangani isu mesin dan tangki tersebut menyebabkan Defendan mengalami pelbagai kerugian apabila barisan pengeluaran ditutup secara mengejut. Kerugian itu ialah Wasted Labour Costs, Labour Cost to weld the leakage, Loss of Latex di mana latex yang tercemar tidak boleh digunakan untuk membuat sarung tangan getah. S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow • SD-1 memberikan taksiran kerugian Defendan iaitu pada A15 dalam PSD-1. [51] SD-1 menjelaskan bahawa keengganan Defendan menyelesaikan bayaran penuh kepada Plaintif di mana jumlah tertunggak ialah RM840,510.00 ialah keranan Defendan perlu menilai perbelanjaan yang dialaminya untuk menyelesaikan isu mesin dan tangki yang dibekalkan oleh Plaintif itu adalah defektif, tidak sesuai bagi pengeluaran examination gloves dan Plaintif tidak membaiki mesin dan tangki dalam masa yang wajar hingga menyebabkan Defendan mengalami kerugian. Berkenaan dengan audit confirmation yang dikeluarkan oleh Defendan mengenai amaun RM840,510.00 itu, SD-1 menjelaskan bahawa notis audit confirmation hanya bagi maksud audit sahaja dan bukannya suatu pengakuan liabiliti oleh Defendan untuk membayar RM840,510.00 kepada Plaintif. SD-2: [52] Keterangan SD-2 menyatakan (penyata saksi SD-2/PSD-2 adalah dirujuk) − • SD-2 mengakui bahawa SP-1 ialah staf bawahannya yang berurusan dan berkomunikasi dengan Plaintif berkenaan S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow dengan keperluan dan spesifikasi mesin dan tangki yang dikehendaki oleh Defendan. • SD-2 menyatakan bahawa Plaintif dipilih/dilantik sebagai pembekal mesin dan tangki kepada Defendan kerana SP-1 mengenali Plaintif sebelum SP-1 bekerja dengan Defendan. • lukisan/drawing tangki didrafkan oleh SP-1 dan draf itu dihantar kepada Plaintif untuk mendapatkan pendapat dan nasihat Plaintif. SP-1 juga berbincang dengan Plaintif mengenai tujuan keperluan dan spesifikasi mesin dan tangki yang dikehendaki oleh Defendan. • SD-2 menyatakan bahawa semasa menggunakan tangki yang dibekalkan oleh Plaintif itu, Defendan menghadapi banyak masalah hingga perlu memberhentikan produksi, kualiti sarung tangan getah dan penghantaran sarung tangan getahkepada pelanggan Defendan. SD-3: [53] Keterangan SD-3 menyatakan (penyata saksi SD-3/PSD-3 adalah dirujuk) − • sebagai Ketua Jabatan Rantaian Bekalan (Head of Supply Chain), keterangan SD-3 menyatakan mengenai masalah S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow yang berlaku ke atas mesin dan tangki yang dibekalkan oleh Plaintif. • masalah yang dinyatakan dalam jawapan A5, A6 dan A7 PSD-3 adalah berpunca daripada Plaintif. Ini mengakibatkan Defendan memberhentikan proses pengilangan dan aktiviti pengeluaran terhenti. • Defendan telah membuat aduan kepada Plaintif dan pada masa yang sama Defendan menjalankan pembaikan sementara iaitu membuat welding, menggantikan motor pada mesin pengumpulan yang terbakar, memasang inverter dalam boiler pada tangki coagulant. • Defendan mempunyai tangki coagulant yang dibekalkan oleh pembekal lain dan dikendalikan dengan cara yang sama tetapi tidak pula menghadapi masalah kebocoran dll. SD-4: [54] Keterangan SD-4 (penyata saksi SD-4/PSD-4 adalah dirujuk) adalah mengenai pemeriksaan dan pembaikan mesin dan tangki yang dibekalkan oleh Plaintif kepada Defendan. SD-4 menyatakan bahawa kualiti kerja welding adalah kurang baik dan kurang memuaskan. Ini punca kepada kebocoran yang kerap berlaku di tangki coagulant. SD-4 S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow hanya membaiki/membuat welding kepada mesin dan tangki yang dibekalkan oleh Plaintif tetapi SD-4 tidak dapat menyelesaikan masalah kebocoran tangki secara kekal. Dapatan Mahkamah mengenai tuntutan Plaintif [55] Mahkamah ini membenarkan tuntutan Plaintif terhadap Defendan bagi baki bayaran tertunggak berjumlah RM840,510.00. Mahkamah menolak relief yang dipohon Plaintif bagi interest of 1.5% a month from the date of issuance of the Plaintiff’s invoices until full settlement. [56] Tempahan mesin dan tangki oleh Defendan melalui PO yang dihantar kepada Plaintif ialah bagi barang/mesin dan tangki yang dijual dan dihantar dan berdasarkan kes Pernas Trading Sdn Bhd v. Persatuan Peladang Bakti Melaka [1979] 2 MLJ 124 memutuskan bahawa “the sales invoice and the delivery note is the contract that had been reduced to writing”. [57] Berdasarkan fakta kes ini, Plaintif telah melaksanakan tugasnya/obligasinya untuk membekalkan mesin dan tangki menurut spesifikasi yang dilukis/dilakar oleh Defendan. Keterangan SD-2 yang menyatakan lukisan/lakaran mesin dan tangki yang didrafkan oleh SP-1 (mantan pekerja bawahan SD-2) dibuat atas nasihat Plaintif adalah tidak dibuktikan. SP-1 dengan jelas menyatakan bahawa draf lukisan/lakaran perlu diluluskan oleh pihak atasan Defendan. Dalam perbicaraan, Mahkamah mendapati tiada 2 lukisan/lakaran yang asal oleh Defendan dan yang dipinda oleh Plaintif dikemukakan untuk perbandingan. S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow Sebagai end-user bagi mesin dan tangki yang berkapasiti besar, Defendan tahu apa spesifikasi mesin dan tangki yang dikehendakinya dan Plaintif telah menuruti kehendak Defendan. [58] Apabila barang/mesin dan tangki yang disiapkan oleh Plaintif dihantarserah ke kilang Defendan, catatan menyatakan “diterima dan dalam keadaan baik”. Isu yang diadukan oleh Defendan mengenai kecacatan, ketidakfungsian, not of merchantable quality and/or do not fit the purpose of manufacturing and production of examination gloves adalah semata-mata dalihan Defendan untuk mengelakkan obligasi pembayarannya kepada Plaintif. Mesin dan tangki yang dibekalkan oleh Plaintif sememangnya telah digunakan oleh Defendan dalam tempoh 1 tahun dan lebih. [59] Mesin dan tangki yang dibekalkan oleh Plaintif telah dibuat berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan oleh Defendan; Plaintif telah memasang, menguji dan mentauliahkan mesin dan tangki serta seterusnya Defendan telah menggunakan barang/mesin dan tangki bagi tujuan perniagaan pengeluaran sarung tangan getah. Sehingga guaman ini difailkan baharulah timbul aduan mengenai masalah pada mesin dan tangki tersebut. Pengeluaran sarung tangan getah yang dikatakan tidak berkualiti hasil daripada penggunaan mesin dan tangki yang dibekalkan oleh Plaintif gagal dibuktikan oleh Defendan. Tiada aduan daripada pelanggan Defendan mengenai isu kualiti bagi examination gloves itu. S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow Begitu juga, perbandingan dengan pembekal lain yang dikatakan membekalkan mesin dan tangki kepada Defendan adalah sekadar dalihan. Tiada apa-apa bukti dikemukakan oleh Defendan. [60] Pelantikan Plaintif sebagai pembekal mesin dan tangki bagi pembuatan dan pengeluaran sarung tangan getah adalah sepenuhnya ketetapan Defendan. Tiada unsur paksaan dan pengaruh daripada mana-mana pihak sama ada Plaintif sendiri mahupun mantan pekerja Defendan i.e. SP-1. Keterangan En. Abdul Halim bin Arshad, Ketua Jabatan Produksi Defendan/SD-2 juga mengakui bahawa apa-apa nasihat dan pendapat yang diberikan oleh Plaintif adalah tertakluk kepada keputusan pihak atasan Defendan. Penyelenggaraan mesin dan tangki: [61] Berkenaan dengan perkara penyelenggaraan mesin dan tangki, dalam pemeriksaan balas oleh peguam cara terpelajar kepada SD-2, menyatakan bahawa penyelenggaraan mesin dan tangki adalah tanggungjawab Plaintif iaitu pada peringkat pentauliahan (commissioning). Selepas peringkat pentauliahan (commissioning), penyelenggaraan adalah tanggungjawab Defendan i.e. pasukan kejuruteraan Defendan (“our engineering team”). [62] Mahkamah bersetuju dan bersependapat dengan hujahan peguam cara terpelajar Plaintif iaitu “the Plaintiff shall not be held liable … the usage and control of the tanks is not within the Plaintiff’s control or parameters.”. S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow Selanjutnya, Mahkamah berpendapat bahawa kapasiti dan keupayaan mesin dan tangki yang ditempah oleh Defendan kepada Plaintif dan/atau dengan mana-mana pembekal lain, adalah dalam pengetahuan Defendan. Ini penting kerana bagi “mass production” sarung tangan getah, sementelah lagi untuk mengejar permintaan sarung tangan getah semasa pandemik Covid-19, hendaklah dipertimbangkan dengan sewajarnya oleh Defendan. Ini perlu dinyatakan dalam lukisan/lakaran/drawing oleh Defendan kepada Plaintif. Mahkamah ini berpendapat lukisan/lakaran/drawing oleh Defendan bukan sekadar merekabentuk mesin dan tangki tetapi juga mampu menyatakan kapasiti dan keupayaan untuk membuat serta mengeluarkan sarung tangan getah secara besar-besaran. [63] Selepas mempertimbangkan keterangan saksi dan dokumen serta hujahan pihak-pihak bagi tuntutan Plaintif, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif berjaya membuktikan tuntutan berjumlah RM840,510.00 terhadap Defendan. Tuntutan balas [64] Peguam cara terpelajar Defendan dalam hujahan utamanya menyatakan − “The Defendant’s losses in the sum of RM1,445,147.14 is a much bigger sum than the balance sum claimed by the Plaintiff. The Defendant did what a sensible businessman would do − stop S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow payment to the Plaintiff. Disruption to the Defendant’s manufacturing activities was kept at a manageable level as the Defendant also has other production lines installed by other suppliers which did not have the same problems.”. [65] Fakta keengganan Defendan untuk membayar baki tertunggak sebanyak RM840,510.00 kepada adalah jelas nyata. Alasan Defendan ialah − “this case is just another goods sold and delivered case of no complexity whatsoever. We would however beg My Lady to bear with us and to appreciate why the Defendant has opted not to pay the alleged outstanding sums.”. [66] Peguam cara terpelajar Defendan berhujah bahawa isu faedah pada kadar 1.5% sebulan atau 18% setahun adalah “exorbitant and must be rejected.”. Mahkamah telah menolak tuntutan Plaintif bagi faedah lewat bayar pada kadar 1.5% sebulan. [67] Tuntutan balas oleh Defendan menuntut terhadap Plaintif bagi mesin dan tangki yang dipasang yang mempunyai masalah kebocoran telah mengakibatkan Defendan memberhentikan barisan produksi dan melakukan kerja pembaikan. Akibatnya berlaku pembaziran bahan mentah dan kos buruh/pekerja. Wastage of Raw Materials: [68] Peguam cara terpelajar Defendan berhujah bahawa − S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow “134. … the raw water discharge from the cracks of the water jacket would contaminate the latex mixture. The foreign elements such ad the raw water discharge from the water jacket in the latex mixture woukd cause the gloves to break easily. Thus, contaminated latex mixture could no longer be used.
135
Furthermore, the mixtures in the tanks had to be discharged before welding work could be performed to fix the cracks. …
139
The Defendant’s Assistant General Manager gave extensive evidence on the losses suffered by the Defendant. See PSD-1, Q&A
15
15.”. [69] Defendan memplidkan bahawa kerugian bagi 12 kejadian/peristiwa downtime mengakibatkan kerugian yang dikira oleh Defendan ialah sebanyak RM1,359,530.04. Pengiraan ini menggunakan formula kapasiti 1 tangki pencelupan (dipping tank) semasa produksi; dan kapasiti 1 mixing tank yang diisi penuh semasa produksi. Setiap kejadian/peristiwa downtime ini menyebabkan Defendan mengalami kerugian latex. Loss of Labour Costs: [70] Peguam cara terpelajar Defendan berhujah bahawa − “143. The Defendant had to bear the labour cost of idle workers when the production line was put to stop while waiting for the issues S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow to be fixed. There were 70 general workers being allocated at each production line at one time.
144
The monthly working hours of a general worker is 208 hours (26 days x 8 hours). The basic salary of a general worker is RM1200.00. Taking into account various statutory contributions, the total gross salary of a general worker is RM1,380.00. …
145
The pay slip of a general worker can be found at B3 p. 50.
146
Between 2019 to 2021, the Defendant experienced a total recorded downtime of 159.43 hours. …”. [71] Pengiraan kerugian yang dialami oleh Defendan bagi kos buruh/pekerja i.e. • bagi pekerja am ialah sebanyak RM74,042.48. • bagi juruteknik dan jurutera (slip gaji seperti di B3 ms 48-49) ialah sebanyak RM11,574.62. [72] Secara agregatnya, jumlah keseluruhan kerugian yang dialami oleh Defendan akibat kecacatan mesin dan tangki yang dipasng oleh Plaintif (defective installed machines and Tanks) ialah sebanyak RM1,445,147.14. Peguam cara terpelajar Defendan berhujah bahawa amaun RM1,445,147.14 ini ialah tinggi sedikit daripada amaun yang diplidkan oleh Defendan dalam pembelaan terpinda dan tuntutan balas. Menurut peguam cara terpelajar Defendan, Mahkamah ini boleh menggunakan S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow “omnibus prayer” sebagaimana dalam perenggan 26(f) pembelaan terpinda dan tuntutan balas iaitu “apa-apa relief selanjutnya dan lain sebagaimana difikir suaimanfaat oleh Mahkamah Yang Mulia ini.”. Refund of 30% Downpayment for Lines 6 and 7: [73] Defendan menuntut semula bayaran muka sebanyak RM175,920.00 yang dibayar kepada Plaintif berkenaan dengan PO 80 dan PO 81 (production line 6 and 7) yang mana Plaintif tidak melaksanakannya hingga kini. Dapatan Mahkamah mengenai kerugian yang dialami oleh Defendan: [74] Mahkamah ini merujuk keputusan dalam kes Berjaya Times Square v M Concept Sdn Bhd [2010] 1 MLJ 597, di mana Gopal Sri Ram FCJ memutuskan − “A contract breaker must pay damages to the innocent party. However, if he has made any payment under the contract (not being a true deposit for the purchase of movable or immovable property) the contract breaker is entitled to set off that payment against the damages he has to pay. However, he cannot seek to recover any benefit he may have conferred upon the innocent party where he is himself guilty of a breach of contract. Were it otherwise, a contract breaker will be in a position to take advantage of his own wrong. This is against principle and the policy of the law.” S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow [75] Berkenaan dengan tuntutan balas mengenai kerugian bahan mentah, peguam cara terpelajar Plaintif dalam memeriksa balas SD-3 (En. Chow Keng Soon, Head of Supply Chain Defendan) bertanyakan mengenai bukti kerugian besar dialami oleh Defendan akibat daripada isu defective dipping tanks. Apakah dokumen yang dapat menunjukkan kerugian yang dinyatakan dalam surat Defendan bertarikh 21-2-2020 seperti laporan audit? Dokumen di B1 ms 172 dirujuk oleh Defendan iaitu Key Financial Information yang difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi tahun kewangan 2020 dan 2021 di bawah tajuk Income Statement Items menunjukkan − 31-12-2020 31-12-2021 Revenue 167,345,334.00 368,824,807.00 Profit/(Loss) before Tax 41,105,285.00 100,383,507.00 [76] Mahkamah mendapati Key Financial Information adalah suatu dokumen am yang gagal menunjukkan bukti mengenai tremendous loss suffered by the Defendant khususnya mengenai pemberhentian produksi akibat daripada mesin dan tangki yang dibekalkan oleh Plaintif itu defektif dan tidak sesuai bagi produksi. Peguam cara terpelajar Defendan juga mengakui tiada dokumen di Mahkamah (dalam perbicaraan ini) untuk menunjukkan bahawa Defendan telah mengalami kerugian disebabkan oleh pemberhentian produksi. S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow [77] Fakta bahawa kilang Defendan di mana menggunakan mesin dan tangki yang dibekalkan oleh Plaintif digunakan sepenuh-penuhnya 24/7 adalah benar. Hujahan bertulis balasan peguam cara terpelajar Defendan menyatakan bahawa − “40. … the Defendant’s factory is running 24/7. When the Defendant ordered the tanks and machines from the Plaintiff, it was envisaged that the tanks and machine were fit for 24-hour operation. … ”. Mahkamah ini yakin bahawa barang/mesin dan tangki yang ditempah daripada, dibeli daripada, dan dibekalkan oleh Plaintif adalah bukan sembarangan mesin dan tangki bersaiz kecil atau sederhana, tetapi adalh bersaiz “gergasi” yang pastinya mempunyai kapasiti yang besar. Untuk itu, mesin dan tangki dioperasikan selama 24 jam seminggu/7 hari. Keterangan lisan dan dokumen yang diberikan di hadapan Mahkamah ini menunjukkan bahawa mesin dan tangki tersebut adalah mengikut spesifikasi Defendan sendiri. Semata-mata untuk menyalahkan Plaintif bahawa Plaintif mempunyai obligasi sepenuhnya untuk memahami keperluan Defendan adalah suatu dalihan untuk melepaskan obligasi membayar baki bayaran kepada Plaintif ibarat “habis manis sepah dibuang”. Keuntungan yang diperoleh oleh Defendan pada tempoh tahun kewangan 2020 dan 2021 tersebut adalah berpadanan pengoperasian mesin dan tangki bagi produksi sarung tangan getah tanpa henti. S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow [78] Pemberhentian mesin dan tangki melalui insiden/peristiwa yang diplidkan oleh Defendan adalah benar dan Defendan sepenuhnya menyalahkan mesin dan tangki yang dibekalkan oleh Plaintif. Mahkamah ini mendapati mesin dan tangki yang dibekalkan oleh Plaintif adalah berkeadaan baik dan penggunaan secara “extensive” demi mengejar tempahan sarung tangan getah oleh pelanggan-pelanggan Defendan menunjukkan bahawa mesin dan tangki tersebut sememangnya berada dalam keadaan dan berfungsi sebagaimana kehendak yang diperlukan oleh Defendan. [79] Keterangan saksi Plaintif menunjukkan bahawa masalah pada mesin dan tangki yang dibekalkan oleh Defendan telah dirujuk dan dikemukakan kepada Plaintif dan Plaintif tidak melepaskan tanggungjawabnya untuk membantu Defendan sama ada melalui cara komunikasi lisan, bertukar-tukar mesej, e-mel dan juga memeriksa secara langsung di kilang Defendan. Kerugian bahan mentah dan kos buruh/pekerja: [80] Peguam cara terpelajar Plaintif berhujah − “126. The Plaintiff submits that, SD-1 agreed during the cross-examination that total downtime, total wasted latex per incident and the total loss of the latex that there are differences and/or contradicts S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow between the Defendant’s Counter Claim and SD-1 witness statement.
127
In SD-3’s witness statement he stated the process of the production line but this Court take into consideration that the production process was not pleaded in the Defendant’s Amended Statement of Defence and Counter Claim in the SD-1’s witness statement and the Defendant cannot introduce by way of SD-1’s witness statement and by witness who testified on behalf of the Defendant. These figures remain mere testimonies unsupported by any cogent or admissible documentary evidence. …
132
The Plaintiff submits that the Defendant failed to prove their counter claim on burden of proof under section 101 and 102 of the evidence Act 1950 since the Defendant failed to tender and/or submit the relevant documentary evidence to support the Defendant’s counter claim and it is proven by the Plaintiff during the cross-examination of SD-1, SD-2 and SD-3.”. [81] Mahkamah ini mendapati berdasarkan keterangan Defendan, punca kepada kerosakan kepada bahan mentah yang tercemar adalah kerana berlaku kebocoran air dalam latex mixture yang selanjutnya menyebabkan berlaku insiden gangguan proses produksi yang membawa kepada kerugian serius Defendan. S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow Defendan menyalahkan Plaintif sepenuhnya dengan memplidkan bahawa mesin dan tangki tersebut defektif. [82] Peguam cara terpelajar Defendan berhujah “Having agreeing to pay substantial sum of RM3.5 million (see PO at B1 p. 93) to purchase tanks from the Plaintiff, the Defendant was entitled to receive tanks that are functional and would not disrupt the manufacturing process or cause losses to the Defendant.”. Selanjutnya, peguam cara terpelajar Defendan merumuskan bahawa keterangan SD-3 itu dengan jelas nyata menunjukkan bahawa kebocoran adalah disebabkan oleh “poor workmanship on the welding of the tanks. The leaking problem only happened to the tanks supplied by the Plaintiff and not other suppliers.”. [83] Mahkamah mendapati keterangan Defendan bahawa hanya mesin dan tangki yang dibekalkan oleh Plaintif itu “poor workmanship” berbanding dengan pembekalan mesin dan tangki oleh pembekal lain kepada Defendan adalah semata-mata suatu “escapism”. Tiada apa-apa dokumen yang menunjukkan suatu perbandingan mesin dan tangki yang dibekalkan oleh Plaintif dan oleh pembekal lain. [84] Keterangan saksi Defendan iaitu SD-4 yang membaiki mesin dan tangki yang dibekalkan oleh Plaintif sama sekali tidak boleh diterima secara sepenuhnya bahawa mesin dan tangki yang dibekalkan oleh Plaintif itu “poor workmanship”. Ini jelas apabila SD-4 menyatakan bahawa sebagai pembekal, pembekal tidak akan membuat mesin dan tangki jika tidak mematuhi spesifikasi dan kapasiti sesuatu mesin dan tangki. Sebagai contoh, SD-4 menyatakan bahawa jika suatu tangki itu S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow memerlukan ketebalan dinding 3mm maka jika tempahan menyatakan 2.5 mm maka SD-4 tidak akan buat tangki tersebut. Ketebalan dinding penting untuk memastikan ketahanan tangki pada suhu yang panas. [85] Mahkamah memutuskan ciri-ciri, spesifikasi dan kapasiti sesuatu mesin dan tangki yang diperlukan oleh Defendan hanya diketahui oleh Defendan. Kefasihan Defendan yang biasa menempah dan membeli mesin dan tangki daripada pembekal lain membolehkan Defendan minta sebutharga daripada Plaintif. Pada saat pengeluaran PO oleh Defendan kepada Plaintif, kedua-dua pihak telah mengikat persetujuan bersama berkenaan dengan mesin dan tangki tersebut. Keupayaan Defendan untuk mengeluarkan sarung tangan getah dan memenuhi permintaan pelanggannya menunjukkan bahawa mesin dan tangki yang dibekalkan oleh Plaintif adalah menepati keperluan Defendan. Defendan memperoleh keuntungan. Tiada bukti aduan ditunjukkan oleh Defendan mengenai mutu/kualiti sarung tangan getah hasil daripada keluaran menggunakan mesin dan tangki yang dibekalkan oleh Plaintif. [86] Nas undang-undang kes iaitu − • Sime UEP Properties Sdn Bhd v Woon Nyoke Lin [2022] 3 CLJ 719 “venture into a business would not necessarily mean that one can make a profit out of it because there are instances where people suffer losses. Not all businesses end S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow up with a profit. It is clear to us that the respondent failed to establish the expected losses as a result of the breach.”. • Tan Ah Chio & Ors v Lua Kim Soon & Ors [2015] 1 MLJ 334 di mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan “… party claiming damages must prove actual losses suffered and that the losses suffered were caused by the opposing party’s breach ... Further, it is trite law that a party claiming damages must prove actual losses suffered and that the losses suffered were caused by the opposing party's breach...”. [87] Tuntutan balas yang amaunnya lebih tinggi daripada baki tertunggak yang perlu dibayar oleh Defendan kepada Plaintif difailkan selepas Plaintif memulakan guamannya terhadap Defendan. Sebagai pembeli barang/mesin dan tangki bernilai jutaan ringgit, Defendan perlu memulakan langkah menyaman Plaintif. Beban pembuktian adalah sama sama ada Defendan menuntut atau menuntut balas. Beban pembuktian terletak di bahu Defendan untuk menunjukkan kerugian yang dialami Defendan akibat mesin dan tangki yang defektif tersebut. Mahkamah menolak tuntutan balas tersebut juga adalah terlalu jauh/remote dan tidak wajar dibenarkan tanpa asas yang kukuh kerana ia akan meletakkan Defendan/sebagai plaintif dalam tuntutan balas pada kedudukan yang lebih baik dan lebih menguntungkan hanya berdasarkan kepada anggaran/andaian semata-mata. S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow Prinsip ini telah dijelaskan dalam kes Johandra Realty Sdn Bhd dan satu lagi lwn Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia dan satu lagi [2021] 2 MLJ 738., di mana Mahkamah Rayuan memberikan panduan seperti berikut: “[22] Perlu juga ditekankan bahawa satu jumlah ganti rugi yang wajar dan munasabah tidak sepatutnya mengandungi elemen keuntungan kepada pihak yang menuntut. Di dalam hal ini, Mahkamah Persekutuan di dalam kes Tan Sri Khoo Teck Puat & Anor v Plenitude Holdings Sdn Bhd [1994] 3 MLJ 777 telah membuat pemerhatian seperti mana berikut: It goes without saying that if the effect of allowing a plaintiff’s claim is to put him in a better position than he would have been if there had been no breach, then this would be contrary to the principles enunciated in the cases cited above. This means that any profit which he stands to make because of the breach, must be deducted from the damages awarded — a point aptly put by Mr Hugh Beale in his most useful book on Remedies for Breach of Contract: The basis of assessment In outline, the victim of a breach of contract is entitled to compensation for any loss which results from the breach and which is neither too ‘remote’, or unlikely, a consequence nor one which he could have avoided by taking reasonable steps in ‘mitigation’. He is ‘to be S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow placed in the same situation as if the contract had been performed’ (Robinson v Harman (1848) 1 Ex 850 at p 855). This involves considering his overall position. The damages should compensate him for the performance which he should have received but has not, with deductions for any savings he has or should have made through not having to perform himself or by other action, such as entering a substitute transaction with someone else. Any profit which he is only able to make because of the breach of contract should also be deducted. These deductions are made in accordance with the general principle that an award of damages should not put the victim in a better position than if the contract had been performed; he should recover no more than he has lost. Punitive or exemplary damages might be awarded where a breach of contract was also a tort, but in English law they are not awarded for a mere breach of contract (Perera v Vandiyar [1953] 1 WLR 672). [88] Dalam kes Tanjung Tiara Sdn Bhd v. Southwind Development Sdn Bhd [2011] 4 MLJ 593, Low Hop Bing JCA telah merujuk kepada kes kes Blue Sea Pools Swimming Centre (Klang) Sdn Bhd v. Loo Ah Chew & Sons Sdn Bhd [2003] 1 LNS 121 dan memutuskan seperti berikut: “In Blue Sea Pools Swimming Centre (Klang) Sdn Bhd, the plaintiff sought damages in the sum of RM2,610,000 for loss of profit, not from the development of agricultural land into an oil palm plantation, but from projected membership in the swimming S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow centre for five years. Sitting in the Shah Alam High Court, I held that, in the absence of supporting evidence, this was the plaintiff’s projection to achieve the said profit.”. [89] Dalam kes Bekalan Sains P&C Sdn Bhd v. Bank Bumiputra Malaysia Bhd [2011] 5 MLJ 1, Abdul Malik Ishak JCA memutuskan bahawa: “The person who is claiming damages must prove his case. Thus, the claimant in order to justify an award of substantial damages he must satisfy the court as to the fact of damage and as to its quantum (Senate Electrical Wholesalers Ltd v Alcatel Submarine Networks Ltd (Formerly STC Submarine Systems Ltd) [1999] 2 Lloyd’s Law Reports 423 (CA). If the claimant fails to satisfy the court on the fact of damage and quantum, then his action must fail or at the very least he would be awarded nominal damages where his right has been infringed… Put in another way, the claimant must show actual loss and evidence must be led in that direction. It is submitted that the appellant has failed to prove damages with precise evidence (Sony Electronics (M) Sdn Bhd v Direct Interest Sdn Bhd [2007] 2 MLJ 229; [2007] 1 CLJ 611, (CA); and Ban Chuan Trading Co Sdn Bhd & Ors v Ng Bak Guan [2004] 1 MLJ 411; [2003] 4 CLJ 785 (CA)) and that the appellant has also failed to lead evidence to show actual loss.”. S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow [90] Tuntutan balas Defendan yang mahu Plaintif memulangkan RM175,920.00 (‘Bayaran Muka Barisan 6 dan 7’) iaitu bayaran muka untuk (a) 4 unit mesin ‘beading’ untuk setiap barisan pengeluaran 6 dan 7 masing-masing menurut PO 80; dan (b) mesin pengumpul sarung bersama dengan sistem penghantar dan penekan (‘glove collector coupled with conveyor and press system’) untuk barisan pengeluaran 6 dan 7 menurut PO 81 adalah ditolak kerana pembayaran 30% tersebut ialah bagi kerja pemasangan yang telah dilaksanakan oleh Plaintif iaitu “30% upon delivery” dan bukannya sekadar deposit/bayaran muka. Kesimpulan [91] Analisa keterangan yang dikemukakan di hadapan Mahkamah ini membolehkan Mahkamah ini memutuskan bahawa, atas imbangan kebarangkalian, hak Plaintif untuk menuntut baki bayaran yang tertunggak adalah dibenarkan iaitu −
a
jumlah sebanyak RM840,510.00.
b
faedah 5% setahun ke atas jumlah RM840,510.00 dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh.
c
Kos sebanyak RM15,000.00 (tertakluk kepada fi alokatur). Bertarikh: 20 Disember 2024. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam Sivil NCvC12 S/N 2M6xvQ5LeUyvUxmXmHJxow Peguam cara: Bagi Plaintif: Sathyananthan A/L Sinnappan Tetuan Sathya, Lee & Co., Kuala Lumpur Bagi Defendan: Koh Kean Kang bersama-samanya Yong Siew Lee Tetuan Yong SL & Koh, Cheras, Selangor
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.