Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI GEORGETOWN DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO. : PA-12ANCVC-43-09/2023 ANTARA LOKE CHEE WAH (No. K/P: 621029-07-5527) … PERAYU
PA-12ANCvC-43-09/2023
High Court of Malaysia20 Mar 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI GEORGETOWN DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO. : PA-12ANCVC-43-09/2023 ANTARA LOKE CHEE WAH (No. K/P: 621029-07-5527) … PERAYU
1
SALMI BINTI MOHD SHAFIE (No. K/P: 660522-11-5344/A0453295)
2
HANI EZRA BINTI HUSSIN (No. K/P: 750614-14-5320/A3131331) ... RESPONDEN-RESPONDEN Dalam Mahkamah Sesyen Di Georgetown Dalam Negeri Pulau Pinang, Malaysia Guaman Sivil No.: PA-B52NCvC-67-10/2021 ANTARA LOKE CHEE WAH (No. K/P: 621029-07-5527) … PLAINTIF
1
SALMI BINTI MOHD SHAFIE (No. K/P: 660522-11-5344/A0453295) 25/02/2025 10:21:18
2
HANI EZRA BINTI HUSSIN (No. K/P: 750614-14-5320/A3131331) ... DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN A. PENGENALAN [1] Ini adalah rayuan Perayu/Plaintif terhadap keseluruhan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) yang telah diberikan pada 6.9.2023 yang memutuskan bahawa Notis Permohonan Perayu/Plaintif di
Lampiran
Lampiran 53 adalah ditolak dengan kos. [2] Lampiran 53 adalah Notis Permohonan Perayu/Plaintif yang difailkan pada 3.5.2023 di bawah Aturan 34 Kaedah 2(4) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan Aturan 92 Kaedah 4 KKM 2012 untuk menghidupkan semula guaman sivil Perayu/Plaintif di bawah Writ No: PA-B52NCVC-67-10/2021 yang telah dibatalkan pada 20.4.2023 oleh HMS. [3] Pihak-pihak akan dirujuk sebagai Plaintif dan Defendan-Defendan dalam alasan penghakiman ini sebagaimana di Mahkamah Sesyen. B. LATAR BELAKANG KES [4] Pada pengurusan kes pada 26.10.2022 di Mahkamah Sesyen, HMS telah memberikan arahan-arahan pra-bicara seperti berikut:- “Mahkamah Sila failkan dokumen arahan pra-bicara seperti berikut:- 1) Ikatan Pliding 2) Ikatan Dokumen Bersama 3) Fakta-fakta dipersetujui 4) Ringkasan kes Plaintif dan Defendan 5) Isu-isu untuk dibicarakan 6) Senarai saksi [5] Selanjutnya, Mahkamah Sesyen telah pada tarikh pengurusan kes 9.1.2023 memberi arahan-arahan berikut:- “Mahkamah Sila patuhi arahan pra-bicara yang telah diberikan sebelum ini dan juga pihak-pihak dikehendaki memfailkan penyata-penyata saksi Plaintif dan Defendan. Mohon ambil maklum kegagalan pihak-pihak mematuhi arahan pra-bicara akan menyebabkan “unless order” diberikan. Mohon ambil maklum arahan saya ini adalah mengikat dan saya tidak akan benarkan sebarang lanjutan masa. Tarikh bicara pada 30 & 31 Mei 2023. Tarikh pengurusan kes akhir untuk patuhi arahan pra-bicara pada 20.4.2023. [6] Berdasarkan arahan-arahan pra-bicara tersebut, setakat tarikh 20.4.2023, Plaintif telah memfailkan Ikatan Pliding, Ikatan Dokumen Dipersetujui Bersama, Senarai Saksi-Saksi Plaintif dan Ringkasan Kes Plaintif. Mahkamah Sesyen pada tarikh pengurusan kes 20.4.2023 tersebut telah membatalkan tuntutan Plaintif atas alasan kegagalan Plaintif untuk mematuhi secara penuh arahan-arahan pra-bicara yang telah diberikan oleh HMS. [7] Berikutan perintah pembatalan oleh HMS tersebut, Plaintif telah memfailkan Notis Permohonan di Lampiran 53 untuk menghidupkan semula kes. Namun, permohonan Plaintif ini telah ditolak oleh HMS dengan kos sebanyak RM1,500.00. C. HUJAHAN PLAINTIF [8] Setakat 20.4.2023, Plaintif telah memfailkan dokumen-dokumen pra-bicara seperti Ikatan Pliding, Ikatan Dokumen Dipersetujui Bersama, Senarai Saksi-Saksi Plaintif dan Ringkasan Kes Plaintif. Fakta-fakta yang dipersetujui dan Isu-isu untuk dibicarakan telah pun disediakan dan dikemukakan kepada peguamcara Defendan-Defendan untuk kelulusan namun peguamcara Defendan-Defendan masih tidak meluluskan dan mengembalikan dokumen-dokumen berikut. Sebaliknya, Defendan-Defendan sendiri langsung tidak mematuhi mana-mana arahan pengurusan kes pra-bicara yang telah diberikan oleh HMS. Defendan telah gagal memfailkan ringkasan kes, senarai saksi dan penyata saksi Defendan-Defendan. Defendan-Defendan juga gagal memulangkan draf fakta dan isu yang telah diluluskan. Namun, HMS tidak membatalkan pernyataan pembelaan Defendan-Defendan. [9] Pembatalan tuntutan Plaintif juga dilaksanakan secara pra-matang kerana berdasarkan arahan Mahkamah pada 9.1.2023, satu unless order cuma akan diberikan sekiranya pihak-pihak gagal mematuhi arahan pra-bicara. Justeru, pada 20.4.2023, sekiranya HMS mendapati pihak-pihak tidak mematuhi arahan-arahan pra-bicara, HMS seharusnya mengeluarkan unless order untuk tarikh pengurusan kes yang akan datang dan bukannya membatalkan tuntutan Plaintif secara pra-matang pada 20.4.2023. [10] Semasa pemfailan Lampiran 53 untuk menghidupkan semula kes, Plaintif telah mendeposkan secara terperinci mengapa penyata saksi belum dapat difailkan oleh Plaintif yang merupakan alasan-alasan yang munasabah akan tetapi Defendan-Defendan langsung tidak memberi sebarang alasan mengapa Defendan-Defendan gagal mematuhi arahan-arahan pra-bicara. Walaupun begitu, HMS memilih untuk tidak menghukum Defendan namun hanya menghukum Plaintif sahaja sedangkan kedua-dua pihak boleh dikatakan bersalah dalam keadaan ini. [11] Plaintif berhujah bahawa HMS secara jelas telah lebih keras (harsh) terhadap Plaintif berbanding dengan Defendan-Defendan dan HMS yang bijaksana tidak seharusnya memihak kepada mana-mana pihak. Oleh itu, keadilan menuntut agar Perintah bertarikh 20.4.2023 dibatalkan dan kes tersebut dibenarkan untuk diteruskan dengan perbicaraan penuh. Menurut Aturan 34 Kaedah 2(4) KKM 2012, Mahkamah adalah dibenarkan untuk mengenepikan satu Perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah untuk membatalkan tuntutan Plaintif. [12] Tambahan pula, merujuk kepada Aturan 1A KKM 2012 dan Aturan 2 Kaedah 1 KKM 2012, Mahkamah seharusnya memberikan keutamaan kepada merit tuntutan Plaintif daripada ketidakpatuhan teknikal. Justeru, Plaintif memohon supaya Mahkamah Tinggi mengenepikan Perintah HMS bertarikh 20.4.2024. D. HUJAHAN DEFENDAN [13] Tidak dapat dinafikan bahawa setakat 20.4.2023, Plaintif telah gagal untuk mematuhi arahan pra-perbicaraan yang diberikan oleh Mahkamah Sesyen pada 26.10.2022 dan 9.10.2023. Plaintif mendakwa bahawa Defendan telah gagal untuk mengembalikan draf isu-isu untuk dibicarakan dan draf Pernyataan Fakta yang Dipersetujui kepada peguam Plaintif. Sebaliknya, Plaintif sendiri telah melambatkan penyampaian dokumen pra-perbicaraan kepada peguam Defendan pada dua (2) kejadian yang berasingan, seperti berikut:- [a] Draf Indeks kepada Ikatan Dokumen Bersama telah disampaikan kepada peguam Defendan pada 28.12.2022, sementara Pengurusan kes akan berlangsung pada 9.1.2023; [b] Draf Isu-Isu untuk dibicarakan dan Fakta yang Dipersetujui telah disampaikan kepada peguam Defendan pada 10.4.2023, sementara Pengurusan Kes akan berlangsung pada 20.4.2023. [14] Peguam Defendan memerlukan masa yang mencukupi untuk meneliti dan menyemak draf Fakta dan Isu tersebut memandangkan sifat tindakan Plaintif yang melibatkan pelbagai fakta dan isu. Walau bagaimanapun, dan dalam apa jua keadaan, peguam Defendan telahpun dalam proses memuktamadkan dan menyelesaikan pindaan dan/atau ulasan terhadap draf-draf tersebut untuk dikembalikan kepada peguam Plaintif pada tarikh Pengurusan Kes pada 20.4.2023. Ini sebenarnya telah dimaklumkan kepada HMS semasa Pengurusan Kes tersebut. [15] Menurut Defendan bahawa tindakan di Mahkamah Sesyen telah dimulakan dan difailkan oleh Plaintif sendiri dan oleh itu, lebih banyak sebab untuk Plaintif mengambil langkah yang pantas dalam mematuhi arahan yang diberikan oleh Mahkamah. Lebih penting lagi, pematuhan arahan pra-perbicaraan, terutamanya dalam menyediakan, memuktamadkan, meluluskan, dan menyampaikan draf Isu-Isu untuk Dibicarakan dan draf Fakta yang Dipersetujui memerlukan penyertaan dan kerjasama dari kedua-dua pihak. Dengan itu, kelewatan oleh satu pihak dalam menyediakan dokumen tersebut, akan merugikan pihak yang satu lagi, yang akan meneliti, meminda dan memberikan ulasan mereka bagi suatu tindakan yang jelas yang memerlukan masa juga. Oleh itu, adalah tidak wajar bagi Plaintif untuk menuding jari kepada Defendan dan mendakwa ketidakadilan, walaupun jelas, Plaintif itu sendiri yang melambatkan proses pematuhan dengan arahan pra-perbicaraan yang diberikan oleh HMS. [16] Permohonan Plaintif yang difailkan di Mahkamah Sesyen di bawah Lampiran 53 juga adalah cacat dan/atau tidak boleh diterima pakai. Mengikut afidavit sokongan Plaintif di Lampiran 54, pada perenggan 10, Plaintif merujuk kepada pelbagai peruntukan atau ketetapan undang-undang. Antara peruntukan ini adalah Aturan 3 Kaedah 5, Aturan 1A dan Aturan 2 Kaedah 1 dalam KKM 2012. Walau bagaimanapun, peruntukan/ketetapan yang disebutkan dalam perenggan 10 afidavit Plaintif tersebut tidak dipohon, diplidkan dan/atau dirujuk secara khusus dalam permohonan untuk menghidupkan kes mereka di Lampiran 53. Plaintif juga sepatutnya telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen pada 20.4.2023 yang memerintahkan agar tindakan Plaintif dibatalkan dan bukannya memasukkan permohonan menghidupkan semula kes seperti yang diteruskan oleh Plaintif di Lampiran 53. E. ANALISA DAN KEPUTUSAN [17] Dalam membuat keputusan, saya merujuk kepada undang-undang yang mantap bahawa mahkamah ini tidak akan campur tangan dengan keputusan hakim mahkamah rendah melainkan hakim tersebut didapati telah salah (plainly wrong) dalam membuat keputusan. Merujuk kepada kes ICON CITY DEVELOPMENT SDN BHD v. K-SHIN CORPORATION SDN BHD [2022] 1 MLRA 151, mahkamah telah memutuskan seperti berikut:- [14] We were mindful of the limited role of the appellate court in relation to findings of facts made by the court of first instance. In the case of Lee Ing Chin v. Gan Yook Chin & Anor [2003] 1 MLRA 95; [2003] 2 MLJ 97; [2003] 2 CLJ 19; [2003] 2 AMR 357 where the Court of Appeal held as follows: "... an appellate court will not, generally be speaking, intervene unless the trial court is shown to be plainly wrong in arriving at its decision. But appellate interference will take place in cases where there has been no or insufficient judicial appreciation of the evidence." [16] In the Federal Court case of Ng Hoo Kui & Anor v. Wendy Tan Lee Peng, Administrator of the Estates of Tan Ewe Kwang, Deceased & Ors [2020] 6 MLRA 193; [2020] 12 MLJ 67; [2020] 10 CLJ 1, Zabariah Mohd Yusof FCJ delivering the judgment of the court, held inter alia as follows:" (1) An appellate court should not interfere with the trial judge's conclusions on primary facts unless satisfied that he was plainly wrong. The 'plainly wrong' test operates on the principle that the trial court has had the advantage of seeing and hearing the witnesses on their evidence as opposed to the appellate court that acts on the printed records. [18] Aturan 34 Kaedah 2 KKM 2012 pula telah memperuntukkan seperti berikut:- “The court, having given directions under rule 2(2) or rule 3 may either on its own motion or upon the application of any party, if any party defaults in complying with any such directions, dismiss such action or proceedings or strike out the defence of counterclaim or enter judgement or make such order as it thinks fit”. [19] Dalam kes MD Amin Md Yusoff & Anor vs CityVilla Sdn Bhd [2004] 1 MLRA 702, Mahkamah telah membuat penelitian seperti berikut:- “[14] In the instant case, the learned judge overlooked the fact that the respondent too was not free from fault in that it also failed to comply with para (e) of the learned judge's directions. This failure is certainly a factor which must be taken into account in considering whether the striking out order is an appropriate one under O 34 r 7 of the RHC. [15] In United Malayan Banking Corp Bhd v. Palm and Vegetable Oils (M) Sdn Bhd [1994] 1 MLRA 215: [1994] 3 MLJ 73; [1994] 3 CLJ 144; [1994] 2 AMR 964 Mohamed Dzaiddin SCJ (as he then was) had occasion to observe: .., the learned judge overlooked the fact that the respondent themselves have yet to file their list of documents within the stipulated period under the order of the senior assistant registrar in the summons for directions. This is certainly a factor to be taken into account as to whether the respondents have contributed to the delay. [16] Such an oversight on the part of the learned judge, to our mind, had adversely affected his decision in entertaining the respondents application to strike out the appellants' counterclaim. Since the respondent and the appellants are equally at fault, we see no good reasons why the court should be more harsh towards the appellants than the respondent. The court should not favour any one party and justice would demand that the case be allowed to proceed (see Lee Mun Tuck v. Tan Chin Kah & Anor (1990) 4 MLRH 174; [1991] 2 MLJ 324; [1991] 4 CLJ (Rep) 929; Transcom Rand (M) Sdn Bhd v. MARA Holdings Sdn Bhd [2001] 5 MLRH 241; (2002) 3 MLJ 31; [2002] 6 CLJ 492)." [20] Dalam kes di hadapan saya ini, saya dapati bahawa Plaintif telahpun memfailkan dokumen pra-bicara yang telah tersedia seperti Ikatan Pliding, Ikatan Dokumen Dipersetujui bersama, Senarai Saksi-Saksi Plaintif dan Ringkasan Kes Plaintif. Pada pandangan saya, Plantif tidak boleh dikatakan secara total telah mengingkari arahan pra-bicara yang diberikan oleh HMS. Plaintif tidak dapat memfailkan Fakta yang dipersetujui dan Isu untuk dibicarakan atas sebab draf-draf tersebut masih lagi dalam tindakan Defendan-Defendan. Sepertimana dalam hujahan Defendan-Defendan, Defendan-Defendan menyatakan bahawa peguam Defendan telah pun dalam proses memuktamadkan dan menyelesaikan pindaan dan/atau ulasan terhadap draf-draf tersebut untuk dikembalikan kepada peguam Plaintif pada tarikh Pengurusan Kes pada 20.4.2023. Oleh itu, adalah wajar untuk HMS mengarahkan Plaintif untuk memfailkan dokumen-dokumen berikut pada tarikh tersebut dan bukan sebaliknya membatalkan tindakan Plaintif. [21] Saya juga dapati HMS telah tidak memberi pertimbangan sewajarnya dalam membatalkan tindakan Plaintif atas sebab ketidakpatuhan pemfailan dokumen pra-bicara sedangkan Defendan-Defendan turut sama tidak memasukkan sebarang dokumen pra-bicara Defendan-Defendan. Merujuk kepada kes yang dikemukakan di atas, tindakan Defendan yang juga turut ingkar arahan pemfailan dokumen pra-bicara perlu diambil kira dan dipertimbangkan oleh HMS. [22] Setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak, saya dapati bahawa kes ini adalah kes yang memerlukan campur tangan Mahkamah ini. Bersandarkan kepada alasan-alasan di atas, saya membenarkan rayuan Plaintif dan mengenepikan keputusan HMS bertarikh 20.4.2023. Kes dikembalikan ke Mahkamah Sesyen untuk perbicaraan dan tiada perintah untuk kos. SGD (ROZANA BINTI ALI YUSOFF) Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Tarikh: 24 Februari 2025 Peguamcara Pihak-Pihak Sridharan a/l Krishnan (Tetuan Dharan & Co.) bagi pihak Perayu. Janeeta Bhullar dan Ameerah Yasmin binti Areehan (Tetuan Azmi Fadzly Maha & Sim) bagi pihak Responden-Responden.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.