Every cancellation under subsection (3) shall be signed and sealed.” [10] Berdasarkan seksyen 326 KTN ini, terdapat 3 peringkat yang terlibat dalam pembatalan suatu kaveat persendirian oleh Pendaftar iaitu: “i. Tempoh 2 bulan telah berlangsung sebagaimana yang dinyatakan dalam borang 19C tersebut; ii. Ia diikuti dengan pembatalan oleh Pendaftar di atas surat hakmilik tanah itu bersabit kemasukan kaveat tersebut; dan iii. Pembatalan tersebut ditandatangani dan dimeterai.” [11] Melihat kepada kronologi peristiwa yang berlaku di atas, borang 19C telah dikeluarkan dengan tarikh luput kaveat adalah pada 22.11.2022 dan ini memenuhi syarat peringkat pertama. Syarat (ii) di atas berkait pembatalan kaveat di bawah permohonan borang 19C walau Page 8 of 11 bagaimanapun belum dipenuhi. Dalam masa yang sama, pihak Plaintif/Pemohon telah memfailkan permohonan lampiran 1 pada 5.10.2022 untuk mendapatkan perintah Mahkamah membatalkan kaveat ini serta membuat tuntutan ganti rugi. Mahkamah setelah meneliti permohonan ini, telah membuat perintah pada 4.12.2022 untuk membatalkan kaveat ini dan memerintahkan ganti rugi untuk ditaksirkan. Pembatalan kaveat ini hanya didaftarkan atas hakmilik pada 13.12.2022 (lihat carian bertarikh 26.12.2022 ditanda ‘A’ pada hujahan Pemohon lampiran (31). Tuntutan pihak Plaintif/Pemohon [12] Pihak Pemohon/Plaintif melalui lampiran 17 beserta affidavit lampiran 18 dan affidavit sokongan lampiran 2 masing-masing yang merupakan Pengarah syarikat mengemukakan tuntutan seperti berikut: “a) faedah 1.5% sebulan atas penghakiman guaman sivil JA-B52NCC-14-02/2021 bertarikh 26.6.2022 berjumlah RM300,053.00 di mana bagi tujuan penyelesaian penghakiman ini, tanah berkenaan dilupuskan melalui penjualan (lihat perjanjian jual-beli eksibit ‘LLK-3’ bertarikh 1.7.2022) bertujuan membayar hutang dalam penghakiman ini: Jumlah tuntutan: RM36,732.29 b) faedah 8% setahun atas RM500,000.00 deposit yang telah dibayar oleh pembeli pada 1.7.2022 untuk lanjutan masa sehingga penyelesaian proses jual-beli di mana pindahmilik hanya dapat dibuat pada Januari 2023 pada jumlah RM3,333.33 sebulan: Jumlah tuntutan: RM13,333.32 c) faedah 0.75% setahun dan 0.85% setahun atas jumlah pembiayaan 2 jenis kemudahan (Cash Line-i dan Multi Option Line-i) oleh CIMB Islamic Bank di mana tanah berkenaan digadaikan kepada CIMB ini: Page 9 of 11 RM34,300.00 untuk pembiayaan Cash-Line-i RM30,420.83 untuk pembiayaan Multi Option Line-i Jumlah tuntutan: RM114,786.44 [13] Mahkamah ini berpuashati bahawa dengan memakai prinsip di dalam kes Lim Tee Hin (supra) melalui ujian ‘reasonable foreseeability’, tuntutan ini adalah satu tuntutan yang berhubungkait secara terus dan dapat dilihat secara munasabah berbangkit akibat daripada kemasukan salah kaveat tersebut oleh Defendan ke atas tanah berkenaan. Atas kemasukan salah kaveat ini, Plaintif telah terpaksa menanggung bayaran atas jumlah faedah lewat yang diperuntukkan oleh syarat-syarat perjanjian jual beli atau pinjaman bagi memenuhi bayaran ‘redemption sum’ dengan pihak Bank. [14] Isu sama ada Defendan adalah ‘minority shareholder’ yang mungkin berkaitan dengan seksyen 346 Akta Syarikat ‘oppression’ atau sama ada terdapat apa-apa resolusi oleh syarikat untuk tanah berkenaan dijual, bukan satu isu yang perlu ditentukan oleh Mahkamah ini sebaliknya hendaklah dimulakan dan diputuskan dalam satu prosiding sivil yang lain. Memandangkan perhatian Mahkamah tidak dibawa kepada mana-mana prosiding lain berhubung isu-isu ini, pada dapatan Mahkamah isu ini hanyalah aduan semata-mata tanpa bukti yang kukuh. [15] Memakai prinsip dalam kes Coke & Coal yang dirujuk dalam kes Lim Tee Hin (supra) yang memutuskan bahawa ‘claimant must prove loss of his own money or loss of use of his own money’, Mahkamah ini berpuas hati bahawa Plaintif melalui eksibit-eksibit yang dilampirkan melalui affidavit sokongan lampiran 18 khususnya ‘LLM3’ hingga ‘LLM-9’ menunjukkan jumlah terhutang dan berjalan (‘due and accruing’). Page 10 of 11 [16] Bagi ganti rugi am pula, jumlah yang diberikan oleh Mahkamah ini RM50,000.00 adalah berdasarkan ‘precedent’ nas otoriti yang dirujuk. Di dalam kes Sambaga Valli a/p KR Ponnusamy v Datuk Bandar Kuala Lumpur & Ors [2017] 1 LNS 500, Mahkamah Rayuan membenarkan tuntutan ganti rugi am bagi ‘pain and suffering, hardship, discomfort, mental stress and loss of amenities of life’ manakala dalam kes Kris Angsana Sdn Bhd v Eu Sim Chuan @ Eu Sam Yan & Anor [2007] 5 MLJ 13 Mahkamah Rayuan membenarkan tuntutan ganti rugi untuk ‘mental stress, hardship’. [17] Mahkamah setelah mengambil kira fakta bersabit kronologi peristiwa serta kertas kausa yang difailkan di mana tiada apa-apa penyataan atau rujukan dibuat oleh Plaintif berhubung carian ke atas tanah sebelum perjanjian jual-beli dipersetujui yang membolehkan pendaftaran kaveat diketahui hasil dari carian ini serta ‘hardship dan discomfort’ ini meskipun melibatkan perjanjian-perjanjian atau penghakiman yang berlainan namun berbangkit daripada satu fakta yang sama iaitu kemasukan salah kaveat bagi satu tempoh beberapa bulan, oleh itu Mahkamah ini berpendapat hanya jumlah yang nominal yang wajar diberikan. Oleh itu, Mahkamah memberikan jumlah RM50,000.00 kepada Plaintif. Signed (NURULHUDA NUR’AINI BINTI MOHAMAD NOR) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Johor Bahru Bertarikh: 11.10.2023 Page 11 of 11 KAUNSEL Bagi pihak Plaintif: Vivian Kong Peguambela & Peguamcara No. 28, Jln Panderosa 2/1 Taman Panderosa 81100 Johor Bahru Bagi pihak Defendan: Gun Huei Shin Peguambela & Peguamcara No. 5A, Jln Indah 15/2 Taman Bukit Indah 79100 Nusajaya