(xvi) 50grammes or more in weight of Methamphetamine; otherwise than in accordance with the authority of this Act or any written law, shall be presumed, until the contrary is proved, to be trafficking in the said drug. [33] Peguam perayu menghujahkan, sebelum PK boleh menggunapakai s.37(da), PK perlu terlebih dahulu membuat dapatan afirmatif mengenai possession iaitu sama ada perayu mempunyai pemilikan sebenar atau anggapan pemilikan. Dalam kes ini, PK tidak membuat dapatan afirmatif mengenai possession. Ketinggalan ini S/N dMxkg7cobkad7GTyrx7xrA terjumlah kepada satu kesilapan yang memerlukan campur tangan dari mahkamah ini. [34] Untuk menyokong hujahannya, peguam perayu merujukkan kami kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Jorge Crespo Gomez v PP [2020] 5 ML RA 492 yang menyatakan: “If one is to read paras 24-28 and 53-54 of the grounds of judgment of the learned JC, as we had reproduced in the preceding paragraph of this judgment, the learned JC made findings as follows: (i) Mens rea possession by direct evidence and presumption under s37 (da) of the DDA; or alternatively (ii) Presumption under s 37 (d) of the DDA for possession and knowledge and definition of “trafficking” under s.2. The aforesaid disclosed that His Lordship did not make an election as to which presumption he had relied on. He had adverted to both presumptions under ss37(d) and 37(da) of the DDA and also s2 without making a finding as to whether the appellant was found to be in actual possession or was presumed to be trafficking under s37(da) of the DDA or whether the appellant was presumed to be in possession of the drugs under s37(d) of the DDA and was found to be trafficking under s2 of the Act. In Seyedalireza Seyedhedayatollah Ehteshamiardestani v PP [2014] 5 MLRA 705; [2014] 6 ML J 408; [2014] 4 CL J 406 a decision by the Court of Appeal which was affirmed by this court held that if the learned judge had resorted to the presumption in calling the defence, the law requires that the learned JC applied the test of balance of probabilities in considering whether the appellant had rebutted the presumption. It is imperative that the learned JC made his election as to which presumption he was relying on, namely whether it was actual possession based on the evidence before him or presumed possession under s 37(d) S/N dMxkg7cobkad7GTyrx7xrA of the DDA and whether it was actual trafficking based on the evidence or presumed trafficking under s 37(da) of the DDA, as such finding had an impact on the burden placed on the defence. Hence, by invoking all the alternative presumptions available, it would have an effect that the appellant would have to rebut all the presumptions (alternative ones included) that had been invoked against him. That would be a heavy burden on the appellant as the standard of proof to rebut a presumption is on the balance of probabilities. If the court had acted on the available evidence in proof of the relevant ingredients without resorting to presumptions there is only an evidential burden on an accused person to raise a reasonable doubt. All these could have been avoided if only the learned judge made a definite finding on which presumption precisely that the appellant has to rebut. In this regard, the court also refer to the iew by Augustine Paul J in PP v Chia Leong Foo [2000] 1 MLRH 764; [2000] ML J 705; [2000] 4 CL J 649….” [35] Peguam perayu bergantung kepada kes Sureeya Wutthisat & Satu lagi lwn Pendakwa Raya [2012] 5 MLRA 483 di mana Ahmad Maarop HMR (YA pada ketika itu) memutuskan: “Selepas menghuraikan “fakta kes”, di bawah tajuk “Perbicaraan kes”, YA hakim bicara menyatakan bahawa mahkamah memutuskan satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan terhadap Sureeya dan Asan dan mereka telah dipanggil untuk membela diri. Sehingga peringkat ini, YA hakim bicara tidak menjelaskan bagaimana beliau mencapai keputusan tersebut.Beliau juga tidak memberikan alasan-alasan kenapa beliau memutuskan bahawa kes prima facie telah terbukti. Sehubungan ini, di ms 29 Rekod Rayuan, YA hakim bicara menyatakan bahawa Sureeya dan Asan telah gagal mematahkan anggapan statutory di bawah s 37(da) ADB. S/N dMxkg7cobkad7GTyrx7xrA Ertinya, di akhir kes pendakwaan beliau semestinya telah berpuas hati bahawa mens rea possession telah terbukti terhadap Sureeya dan Asan. Malangnya tidak ada apa-apa dalam alasan penghakiman untuk menunjukkan bahawa beliau telah membuat dapatan afirmatif tentang possession. Ini adalah satu lagi kesilapan yang dilakukan oleh YA hakim bicara…” [36] Dalam kes Soorya Kumar Narayanan v PP [2009] 2 MLRA 420, Ahmad Maarop JCA menyatakan: “We come to a more serious misdirection. This occurred when the learned judge found that the defence had failed to rebut the presumption of trafficking under s 37 (da)(vi) of the Act. On the basis of the law as stated in Muhammed b Hassan v PP (supra), this finding presupposes that the learned judge was satisfied that the said presumption had arisen in the first place. The question is when was he so satisfied? We have said earlier that before the presumption under s.37 (da) of the Act can arise, there must be an affirmative finding of possession. As we have demonstrated, the learned judge did not make any affirmative finding of possession at the close of the prosecution’s case. So, his finding regarding the defence’s failure to rebut the presumption under s37 (da) of the Act is really bewildering…” [37] Kami tidak bersetuju dengan hujahan peguam perayu. Fakta kes Sureeya Wutthisat dan Soorya Kumar yang dirujuk peguam perayu adalah berbeza dari kes di hadapan kami. Dalam kedua-dua kes tersebut hakim bicara telah tersilap kerana tidak menggunapakai anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da) di akhir kes pendakwaan, tetapi secara tiba-tiba, di akhir kes pembelaan mengatakan anggapan seksyen 37(da) gagal dipatahkan. Sedangkan, dalam kes di hadapan kami, hakim S/N dMxkg7cobkad7GTyrx7xrA bicara pertama telah memberi indikasi di akhir kes pendakwaan bahawa beliau menggunakan anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da). Ini bermakna, hakim bicara berpuas hati bahawa perayu mempunyai possessi sebenar (actual possession atau mens rea possession) dan dia dianggap mengedar dadah kerana berat methamphetamine yang dijumpai ialah 183.14gram, melebihi berat statutori 50gram. Dengan indikasi tersebut, perayu memikul beban untuk mematahkan anggapan pengedaran atas tahap imbangan kebarangkalian. Manakala bagi pertuduhan pemilikan, perayu memikul beban membuktikan tanpa keraguan munasabah bahawa dadah-dadah tersebut bukan milikan beliau. [38] Dalam kes PP v Abdul Manaf Muhamad Hassan [2006] 2 C LJ 129, Arifin Zakaria FCJ (YA pada ketika itu) menyatakan: “It ought to be stated that the decision in Muhammad Hassan only prohibits the use of double presumptions under ss 37(d) and 37 (da). It is, therefore, open to the prosecution to rely on either of the presumptions. In other words, the prosecution may positively prove ossession without relying on the presumption under section 37(d) of the Act and go on to rely on the presumption of trafficking under s.37 (da) of the Act to support a charge under section 39B of the Act. See Tunde Apatira & Ors v Public Prosecutor (supra); Msimanga Lesaly v Public Prosecutor [2005]1 CL J 398 (a decision of the Court of Appeal confirmed by this court in Federal Court Criminal Appeal No.05- 27-2004 (K). Conversely, the prosecution may rely on the presumption under s.37(d) to prove possession and seek to prove by affirmative evidence (independent of the presumption under s.37 (da) that the accused was in fact trafficking in the dangerous drug.” S/N dMxkg7cobkad7GTyrx7xrA [39] Berbalik kepada kes di hadapan kami. Dalam kes ini, dadah-dadah dijumpai di dalam bilik yang dihuni oleh perayu seorang sahaja. Dadah dijumpai di atas rak TV yang tidak berpintu dan tidak berlaci. Dadah terletak di kawasan terbuka, tidak tersembunyi dan berada di hadapan mata perayu. Adalah mustahil untuk perayu mengatakan beliau tidak tahu ada dadah di dalam biliknya sendiri. Adalah mustahil untuk orang asing boleh letak dadah, gunting, sealer, alat penimbang dan peket-peket plasik kosong di dalam bilik perayu tanpa pengetahuannya. Adalah juga mustahil polis tidak menunjukkan kepadanya dadah yang dirampas kerana pemeriksaan di dalam bilik dibuat dengan kehadiran perayu dan di hadapan perayu. Kesemua fakta-fakta ini menyokong dapatan hakim bicara pertama bahawa perayu mempunyai mens rea possession. [40] Pembelaan perayu bahawa dadah-dadah tersebut diletakkan di dalam bilik beliau oleh orang lain tanpa pengetahuan beliau tidak boleh dipercayai. Ini adalah kerana di dalam bilik tersebut juga turut dijumpai alat menghisap dadah, gunting, sealer, peket-peket plastik kosong, alat penimbang digital dan wang tunai berjumlah RM10,000.00. [41] Perayu mengatakan sealer adalah kepunyaan bapanya (SP5) yang digunakan dalam perniagaannya. Manakala, alat penimbang digital pula adalah kepunyaan ibunya (SD2) yang digunakan untuk menimbang tepong untuk membuat kek. Persoalannya, kenapa alat-alat ini mesti berada di dalam bilik perayu. Melihat kepada kuantiti dadah yang dijumpai dan keadaan fakta kes, inferen yang munasabah boleh dibuat iaitu sealer dan alat timbang ini digunakan untuk aktiviti pengedaran dadah. S/N dMxkg7cobkad7GTyrx7xrA [42] Dalam keadaan dadah-dadah, sealer dan alat penimbang dijumpai dalam bilik perayu, yang dihuni oleh perayu seorang sahaja dan dadah-dadah juga tidak tersembunyi, hakim bicara pertama membuat keputusan yang betul bila memutuskan perayu mempunyai possessi sebenar. Perayu mempunyai jagaan, kawalan dan pengetahuan mengenai dadah-dadah tersebut. Oleh itu, kami mendapati tidak ada apa-apa kekhilafan dilakukan oleh hakim bicara pertama bila beliau menggunapakai anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da). Oleh itu, kami mendapati isu possession yang dibangkitkan peguam perayu tidak ada merit dan ditolak. Isu Tiada Kawalan Dan Jagaan Eksklusif Bilik [43] Dalam keterangannya, perayu mengatakan bilik beliau bebas dimasuki oleh ahli keluarga dan kawan-kawannya yang bernama Ah Pui, San San dan Ah Seng. Tetapi perayu tidak tahu nama penuh kawan-kawannya; tidak tahu alamat tempat tinggal mereka dan tidak tahu nombor telefon mereka. Perayu bersetuju beliau tidak memberikan nombor telefon dan butiran kawan-kawannya kepada pegawai penyiasat, kononnya kerana beliau tidak ditanya. Keterangan perayu ini adalah tidak munasabah. Jika betul kawan-kawan beliau yang meletakkan dadah-dadah itu di dalam biliknya, perayu boleh memberikan butiran lengkap mengenai kawannya kepada polis supaya siasatan boleh dibuat. Tidak perlulah tunggu polis tanya kerana polis tidak tahu. Dalam keadaan perayu tidak ada apa-apa maklumat mengenai kawan-kawannya dan polis juga tidak diberitahu mengenainya, hakim bicara kedua telah membuat keputusan yang betul bila memutuskan Ah Pui, San San dan Ah Seng ini tidak wujud. Perayu hanya sekadar menamakan mereka S/N dMxkg7cobkad7GTyrx7xrA sahaja. Notis Alcontara tidak sempurna dan polis tidak boleh dipersalahkan jika tidak buat siasatan. [44] Mengenai isu tiada kawalan eksklusif ke atas bilik ini, hakim bicara kedua juga membuat keputusan yang betul bila memutuskan, walaupun bilik boleh diakses oleh orang lain, ini tidak bermakna perayu hilang kawalan ke atas bilik. Lebih-lebih lagi dalam kes ini, dalam bilik perayu ada wang tunai RM10,000.00. Adalah tidak munasabah perayu tidak ada kawalan dan jagaan ke atas biliknya; sila lihat kes Hemankumar Subramaniam v PP [2020] 3 CL J 844. [45] Maka, isu tiada kawalan eksklusif ke atas bilik ini juga adalah tidak bermerit dan ditolak. Isu kelakuan perayu [46] Dalam kes ini, kelakuan perayu yang dipertikaikan ialah perayu enggan membuka auto gate bila diminta oleh pegawai serbuan, SP9. Sebaliknya, perayu telah lari masuk ke dalam rumah. Akibatnya, pasukan serbuan terpaksa memanjat auto gate. Perayu menafikan beliau melarikan diri. Perayu mengatakan beliau masuk ke dalam rumah untuk mengambil remote control untuk membuka gate. Kami mendapati sukar untuk menerima penjelasan perayu. Adalah lebih munasabah untuk perayu menjawab permintaan SP9 dengan mengatakan beliau akan ambil remote control dan bukannya bertindak terus masuk ke dalam rumah. Di antara versi SP9 dan keterangan perayu, kami mendapati versi SP9 adalah lebih munasabah iaitu perayu enggan beri kerjasama. Kelakuan perayu ini adalah relevan di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950 untuk menunjukkan perayu ada pengetahuan mengenai dadah di S/N dMxkg7cobkad7GTyrx7xrA dalam biliknya. Oleh itu, hakim bicara kedua tidak terkhilaf apabila mengambilkira kelakuan perayu. Maka, isu mengenai kelakuan perayu ini juga mesti gagal dan ditolak. Isu Pemakaian Seksyen 154 Akta Keterangan 1950 Terhadap SP5 [47] SP5 adalah bapa perayu. Keterangan SP5 di mahkamah yang memihak kepada pendakwaan adalah: