Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM SAMAN PEMULA NO: JA – A53 – 21 – 08/2024 ANTARA LOOI YONG PING [NO KP: 940529-01-6054] …PLAINTIF
JA-A53-21-08/2024
Sessions Court of Malaysia13 Jan 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“11. Plaintif telah merujuk kes Ong Koh Hou v Perbadanan Pembangunan Bandar & Anor [2009] CLJU 512 dan berhujah bahawa tindakan Defendan Kedua seringkali membunyikan eksoz kereta Mini Cooper bernombor JWW 529 dengan kuat dan bising terutamanya pada waktu malam adalah tidak munasabah dan adalah ber”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM SAMAN PEMULA NO: JA – A53 – 21 – 08/2024 ANTARA LOOI YONG PING [NO KP: 940529-01-6054] …PLAINTIF
1
LAU YEE XUAN [NO KP: 940529-01-6054]
2
LU JIA CHENG [NO KP: 940408-01-5085] …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN A.
1
Ini adalah suatu permohonan oleh Plaintif bagi perintah-perintah injunksi ad interim terhadap Defendan-Defendan seperti berikut: a) Satu perintah injunksi ad interim untuk menghalang Defendan-Defendan dan/atau agen-agen dan/atau wakil-wakilnya daripada bersemuka dan/atau hadir ke premis Plaintif bagi tujuan melakukan ugutan-ugutan dan/atau konfrontasi secara fizikal dengan Plaintif dan/atau ahli-ahli keluarganya; b) Satu perintah injunksi halangan interim diberikan sehingga pelupusan akhir permohonan ini untuk Defendan-Defendan dan/atau wakil-wakilnya daripada melakukan kacau ganggu bising akibat pemanduan kereta bernombor pendaftaran JWW 529 dan/atau apa-apa jua jenis kenderaan dalam jarak lingkungan 100 meter daripada persekitaran premis Plaintif; c) Satu perintah bagi injunksi halangan interim diberikan sehingga pelupusan akhir permohonan ini untuk menghalang Defendan-Defendan dan/atau agen-agen dan/atau wakil-wakilnya daripada dalam apa acara pun menghantar mesej-mesej, kenyataan-kenyataan dan maklumat yang tidak diminta dan/atau membuat panggilan-panggilan telefon yang tidak diminta melalui komputer, telefon atau telefon bimbit atau apa-apa alat telekomunikasi yang lain kepada Plaintif, Defendan-Defendan dan/atau agen-agen dan/atau wakil-wakilnya bagi Plaintif, yang diketahui oleh Defendan-Defendan untuk mengganggu, mengacau dan/atau untuk mengintimidasi Plaintif dalam apa jua cara; d) Dalam keadaan sekiranya Defendan-Defendan, dan/atau agen-agen dan/atau wakil-wakilnya gagal untuk mematuhi mana-mana Perintah di atas, Plaintif adalah bebas untuk mendapatkan bantuan polis dan e) Kos permohonan ini; f) Relif-relif lanjutan dan lain yang difikirkan sesuai dan wajar oleh Mahkamah.
2
Permohonan Plaintif ini disokong oleh Affidavit oleh Looi Yong Ping pada 13.8.2024. (Lampiran 6)
3
Pihak Defendan telah membantah permohonan Plaintif dan memfailkan Affidavit Jawapan oleh Lau Yee Xuan pada 12.9.2024 (Lampiran 12) dan Afidavit Tambahan oleh Lu Jia Cheng pada 12.9.2024 (Lampiran 13).
4
Pihak Plaintif telah membalas bantahan tersebut melalui Affidavit Balasan oleh Looi Yong Ping pada 26.9.2024.
5
Setelah membaca kesemua Hujahan Bertulis yang telah difailkan oleh kedua-dua belah pihak, mahkamah telah memutuskan bahawa Permohonan pihak Plaintif adalah ditolak dengan kos RM5,000.00.
6
Tidak berpuashati dengan penghakiman tersebut, pihak Plaintif telah membuat rayuan ini. B.
7
Plaintif mendakwa semenjak April 2024, beliau dan keluarganya menghadapi gangguan bising yang teruk dari Defendan Kedua, yang sering membunyikan eksoz kenderaan Mini Cooper dengan kuat, terutamanya pada waktu malam. Ini termasuk pemanduan laju dan melulu di kawasan perumahan, yang menimbulkan kebimbangan tentang kemungkinan kemalangan jalan raya.
8
Gangguan bising ini menyebabkan Plaintif dan keluarganya mengalami kesulitan, terutama pada waktu malam, apabila bunyi bising yang kuat menyebabkan anak dan isterinya terjaga dari tidur dan mengalami trauma. Salinan CCTV Footage dilampirkan di dalam CD dan ditanda sebagai Eksibit “LYP-3”.
9
Plaintif telah membuat laporan polis pada 7 Jun 2024 (Gelang Patah Rpt 00456/24 - Eksibit “LYP-4”) berkenaan gangguan bising dan kemudian laporan polis kedua pada 12 Julai 2024 (Gelang Patah Rpt 005525/24 - Eksibit “LYP-5”) mengenai ugutan dan pertengkaran fizikal di mana Defendan Kedua telah meludah muka Plaintif akibat ketidakpuasan terhadap aduan yang dibuat.
10
Seterusnya, pada 6 Ogos 2024 Plaintif melalui surat peguamnya telah menuntut ganti rugi sebanyak RM150,000 atas kecederaan mental dan emosi yang dialami, serta kehilangan dalam menikmati kehidupan yang aman akibat gangguan bising dan tingkah laku pihak Defendan.
11
Plaintif telah merujuk kes Ong Koh Hou v Perbadanan Pembangunan Bandar & Anor [2009] CLJU 512 dan berhujah bahawa tindakan Defendan Kedua seringkali membunyikan eksoz kereta Mini Cooper bernombor JWW 529 dengan kuat dan bising terutamanya pada waktu malam adalah tidak munasabah dan adalah berniat jahat. Perbuatan Defendan ini telah mengganggu Plaintif untuk menikmati asetnya dan menyebabkan Plaintif mengalami Major Depression – Eksibit “LYP 6”. C.
12
Pihak Defendan telah membantah permohonan pihak Plaintif dengan merujuk kepada kes Sivaperuman v Heah Seok Yeong Realty Sdn Bhd [1978] 1 MLRA 263; p1979] 1 MLJ 150 yang menyatakan “an interim interlocutory mandatory injunction would never be granted before trial save in exceptional and extreme rare cases”. Defendan juga merujuk kepada kes GIBB & Co v Malaysia Building Society Berhad [1982] 1 MLRA 283 yang menyatakan “An applicant for an injunctive relief, must show an unusually sharp and clear case and the court must feel a high degree of assurance that a similar injunction would already be granted at trial”
13
Defendan berhujah, CCTV Footage dilampirkan di dalam CD dan ditanda sebagai Eksibit “LYP-3” oleh Plaintif tidak disokong oleh laporan pakar berkenaan tahap bunyi yang dihasilkan oleh kereta Mini Cooper seperti didakwa.
14
Defendan juga berhujah hanya Plaintif sahaja yang mendakwa beliau di kacau ganggu oleh bunyi kereta tersebut manakala, tiada aduan daripada jiran-jiran lain.
15
Berkenaan laporan polis yang Plaintif buat berdasar Eksibit “LYP-4 dan LYP-5”, tiada hasil siasatan atau butir-butir siasatan dinyatakan. Defendan juga berhujah tiada apa-apa tindakan jenayah atau saman yang diterima akibat daripada penggunaan kereta JWW 529 sehingga kini.
16
Defendan juga berhujah terdapat kelewatan dalam pemfailan permohonan injunksi ex parte (Hj Wan Habib Syed Mahmud v Datuk Patinggi Hj Abdul Taib Mahmud & Anor [1986] 1 MLRA 85) yang mana dakwaan Plaintif kacau ganggu bising bermula seawal April 2024 namun tiada apa-apa surat tuntutan dan/atau permohonan difailkan oleh Plaintif sehingga 13.8.2024 iaitu tarikh pemfailan permohonan ini iaitu kelewatan 4 bulan yang dikira daripada tarikh tindakan terakru. Tiada penjelasan isu kelewatan dan juga tiada urgency dinyatakan semasa Plaintif memfailkan permohonan ex parte beserta sijil perakuan segera.
17
Pihak defendan juga berhujah laporan perubatan Plaintif yang menyatakan depression juga tidak menyatakan adalah disebabkan oleh bunyi bising yang dihasilkan oleh kereta pihak Defendan.
18
Defendan juga telah menghantar kenderaan JWW 529 untuk pemeriksaan Puspakom dan telah disahkan bahawa keputusannya lulus dan mematuhi segala akta dan undang-undang berkenaan (Eksibit “LYX- 3”)
19
Pihak Defendan juga berhujah berdasar Order 29 Rules 1(2A), Plaintif gagal memberikan sebarang notis kepada pihak Defendan dan seterusnya menegaskan bahawa ini adalah salah guna injunksi interim dalam kes sivil. D.
20
Secara dasarnya, mahkamah telah meneliti salinan CCTV Footage dilampirkan di dalam CD dan ditanda sebagai Eksibit “LYP-3”. Berdasar pengamatan saya, tiada bunyi bising yang keterlaluan dikeluarkan oleh kenderaan Mini Cooper sepertimana yang didakwa oleh Plaintif.
21
Adalah harus juga diambilkira bahawa rakaman CCTV tersebut berada di luar premis Plaintif. Saya mempercayai bunyi kereta tersebut pasti berkurangan apabila berada di dalam rumah dan juga akan lebih berkurangan jika berada di dalam bilik tidur.
22
Saya juga bersetuju dengan hujahan pihak defendan bahawa jika bunyi kenderaan JWW 529 begitu bising sudah tentu jiran-jiran lain di kawasan perumaham tersebut juga akan membuat aduan yang sama terhadap Defendan-Defendan. Namun, pada peringkat ini, hanya Plaintif sahaja yang membuat aduan sedemikian.
23
Saya juga bersetuju dengan hujahan pihk Defendan bahawa laporan doktor yang menyatakan Plaintif mengalami Major Depression – Eksibit “LYP 6” tidak menyatakan kaitan dengan kenderaan pihak Defendan yang mengeluarkan bunyi yang bising.
24
Berdasarkan keadaan dan keterangan yang telah dinyatakan saya memutuskan untuk menolak permohonan pihak Plaintif dengan kos sebanyak RM5,000. Sekian. Disediakan oleh: MOHAMMAD KHALID BIN AB KARIM HAKIM MAHKAMAH SESYEN 4 JOHOR BAHRU TARIKH: 15 JANUARI 2025 Peguamcara Plaintif: Tetuan Ang Chamber No.1, Jalan Bukit Impian 18/5, Taman Impian Emas 81300 Skudai, Johor Peguamcara Defendan: Tetuan S.K. Song No. 75A, Jalan Mutiara 1/9, Taman Mutiara Mas 81300 Skudai, Johor
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.