Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG GUAMAN SIVIL NO. PA-22NCVC-166-10/2018 ANTARA IVORY PROPERTIES GROUP BERHAD …. PLAINTIF
PA-22NCvC-203-09/2019
High Court of Malaysia6 Mar 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ocument via eFILING portal 6 [3] Peguam plaintif merujuk kepada kes-kes Tan Sri Datuk Diong Hew King @ Tiong v. Lau Swee Nguong [2014] 8 MLJ 575; Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd v. Hue Shieh Lee [2016] MLJU 1463 dan Faisal @ Ibrahim bin Haji Siraj & Anor v. Ahmad Zaki Sendirian Berhad & Ors [2020] MLJU 108 dan moho”
“King @ Tiong v. Lau Swee Nguong [2014] 8 MLJ 575; Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd v. Hue Shieh Lee [2016] MLJU 1463 dan Faisal @ Ibrahim bin Haji Siraj & Anor v. Ahmad Zaki Sendirian Berhad & Ors [2020] MLJU 108 dan mohon supaya perbicaraan dijalankan dan defendan-defendan tidak dibenarkan memberi keterangan tetapi”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG GUAMAN SIVIL NO. PA-22NCVC-166-10/2018 ANTARA IVORY PROPERTIES GROUP BERHAD …. PLAINTIF
1
DATO’ MUHAMAD FIRDAUS BIN AZHAR (No. K/P: 890214-01-6137)
2
ABDUL HAADI BIN AZHAR (No. K/P: 930711-01-6369) ….. DEFENDAN-DEFENDAN DIDENGAR BERSAMA DENGAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG GUAMAN SIVIL NO. PA-22NCVC-203-09/2019 ANTARA DATO’ LOW ENG HOCK …. PLAINTIF DAN 1. DATO’ MUHAMAD FIRDAUS BIN AZHAR (No. K/P: 890214-01-6137)
2
ABDUL HAADI BIN AZHAR (No. K/P: 930711-01-6369) ….. DEFENDAN-DEFENDAN 08/08/2023 11:04:45 PA-22NCvC-203-09/2019 Kand. 54 ALASAN PENGHAKIMAN [1] Plaintif dalam Guaman Sivil PA-22NCVC-166-10/2018 (GS-166) ialah satu syarikat yang diperbadankan di Malaysia dikenali sebagai Ivory Properties Sdn Bhd dan dalam Guaman Sivil PA-22NCVC-203- 09/2019 (GS-203) ialah CEO kepada Ivory Properties Sdn Bhd manakala defendan pertama ialah individu yang membuat representasi sebagai Pengerusi Eksekutif Koperasi Agrotek Malaysia Berhad (“KoAgro”) dan defendan kedua ialah individu yang membuat representasi sebagai Setiausaha KoAgro.
Lampiran
Lampiran 35 Mahkamah membenarkan kedua-dua tindakan ini dibicarakan bersama. [2] Asas tuntutan plaintif-plaintif ialah kedua-dua defendan telah membuat representasi palsu dan memperdayakan mereka untuk membuat pelaburan ke dalam KoAgro yang kemudiannya dibubarkan pada 15.8.2017 dan defendan pertama bukan dan tidak didaftarkan sebagai Pengerusi Eksekutif KoAgro dan defendan kedua bukan dan tidak didaftarkan sebagai Setiausaha KoAgro. Kedua-dua plaintif menuntut kembali wang pelaburan mereka. [3] Berikut adalah kronologi perkembangan kes yang berlaku sebelum perbicaraan bermula: (a) 14.4.2021 pengurusan kes ditetapkan bagi kedua-dua kes ini dan perbicaraan ditetapkan pada 28.6.2021 – 30.6.2021. Peguam defendan memberitahu Mahkamah bahawa mereka mempunyai beberapa dokumen untuk diserahkan kepada plaintif. Mahkamah mengarahkan peguam defendan menyerahkan dokumen-dokumen tersebut selewat-lewatnya pada 23.4.2021 dan tetapkan satu pengurusan kes pada 4.5.2021 dan mengarahkan penyata saksi-saksi diserah dan difailkan selewat-lewatnya pada 14.6.2021 iaitu dua minggu sebelum perbicaraan. (b) 4.5.2021 semasa pengurusan kes diadakan peguam plaintif memaklumkan Mahkamah bahawa mereka telah menerima dokumen-dokumen tersebut dan akan memfailkan dokumen-dokumen tersebut selewat-lewatnya pada 1.6.2021 setelah plaintif memberikan komennya. (c) 3.6.2021 peguam plaintif menulis surat kepada Mahkamah memaklumkan mereka tidak dapat menyediakan penyata saksi kerana Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (“PKP 3.0”) masih berkuatkuasa dan memohon tarikh perbicaraan dilapangkan dan tiada bantahan daripada pihak defendan. Walau bagaimanapun Mahkamah tidak membenarkan dan mengarahkan perbicaraan dijalankan pada tarikh yang telah ditetapkan dan membenarkan penyata saksi difailkan seminggu sebelum perbicaraan melainkan jika PKP 3.0 dilanjutkan. (d) 14.6.2021 peguam plaintif sekali lagi memohon tangguhan kerana PKP 3.0 telah dilanjutkan dari 15.6.2021 – 28.6.2021 dan tidak dapat menyediakan penyata saksi. Defendan tidak membantah dan Mahkamah membenarkan penangguhan dan tetapkan perbicaraan pada 7.10.2021 – 8.10.2021. Mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan dokumen-dokumen tambahan serta penyata saksi-saksi dalam tempoh 14 hari selepas PKP 3.0 ditamatkan. (e) 8.7.2021 peguam plaintif memohon untuk memfailkan penyata saksi selewat-lewatnya seminggu sebelum 7.10.2021 dan tiada bantahan daripada defendan dan dibenarkan. (f) 29.9.2021 Mahkamah memaklumkan bahawa negara di dalam tempoh FMCO Fasa 2 dan tiada perbicaraan secara fizikal dibenarkan walau bagaimanapun jika kedua-dua pihak setuju perbicaraan dijalankan secara atas talian (“zoom”). Kedua-dua pihak tidak setuju. Defendan memberikan alasan kes rumit dan jumlah tuntutan plaintif agak besar. Plaintif pula memberikan alasan mereka tiada kemudahan untuk zoom. Mahkamah benarkan penangguhan dan menetapkan perbicaraan pada 20.4.2022 – 21.4.2022 dan mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan penyata saksi selewat-lewatnya pada 6.4.2022. (g) 20.4.2022 perbicaraan dilapangkan dan dijadualkan semula pada 25.10.2022 – 26.10.2022. (h) 11.10.2022 plaintif memfailkan penyata saksi. (i) 1910.2022 Mahkamah dimaklumkan peguam defendan telah diisytiharkan bankrap dan defendan mohon perbicaraan pada 25.10.2022 – 26.10.2022 ditangguhkan. Mahkamah tidak benarkan. (j) Pada 25.10.2022 perbicaraan sedia untuk dijalankan tetapi defendan masih belum memfailkan penyata saksi maupun menyerahkannya kepada plaintif. Wakil daripada firma Tetuan Badrul, Samad, Faik & Co. Encik Mohamed Amirrul Adli mohon penangguhan dan memaklumkan kepada Mahkamah bahawa defendan ada membuat tawaran untuk penyelesaian. Plaintif ada memberi cadangan balas. Peguam plaintif kemudiannya membangkitkan kegagalan defendan memfailkan penyata saksi sepertimana diarahkan oleh Mahkamah dan Mahkamah mendengar hujahan beliau berhubung dengan Aturan 34 kaedah 2(3) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (“KKM 2012”). Mahkamah mengarahkan defendan memberi jawapan kepada cadangan balas plaintif dan hujah balas oleh defendan mengenai kegagalan defendan mematuhi Aturan 34 kaedah 2 KKM 2012. (k) Pada jam 3.00 petang peguam defendan memaklumkan pihaknya tidak setuju dengan jumlah yang ditawar oleh plaintif dan membuat hujah balas. [3] Peguam plaintif merujuk kepada kes-kes Tan Sri Datuk Diong Hew King @ Tiong v. Lau Swee Nguong [2014] 8 MLJ 575; Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd v. Hue Shieh Lee [2016] MLJU 1463 dan Faisal @ Ibrahim bin Haji Siraj & Anor v. Ahmad Zaki Sendirian Berhad & Ors [2020] MLJU 108 dan mohon supaya perbicaraan dijalankan dan defendan-defendan tidak dibenarkan memberi keterangan tetapi dibenarkan menyoal balas saksi plaintif. Peguam defendan dalam hujah balasannya merujuk kepada kes Md Amin Md Yusof & Anor v. Cityvilla Sdn Bhd [2004] 7 MLRA 702 dan menghujahkan bahawa budi bicara Mahkamah ini harus digunakan untuk membenarkan tuntutan atau membatalkan pembelaan jika terdapat arahan-arahan lain juga tidak dipatuhi. Selain itu beliau berhujah kegagalan mematuhi arahan Mahkamah adalah tidak disengajakan. Beliau memohon agar permohonan plaintif ditolak dan defendan dibenarkan penangguhan. [4] Setelah meneliti kes-kes yang dikemukakan saya berpendapat Aturan 34 kaedah 2(3) KKM 2012 memberikan budi bicara kepada Mahkamah, yang relevan bagi kes ini, sama ada membatalkan pembelaan dan membenarkan tuntutan atau arahan-arahan lain yang difikirkan sesuai. Walaupun kes Md Amin (supra) adalah keputusan Mahkamah Rayuan namun bagi melaksanakan kuasa budi bicara, saya tidak terikat dan alasan yang diberikan oleh Mahkamah Rayuan hanya sebagai panduan. Saya membenarkan permohonan plaintif untuk meneruskan perbicaraan dan membenarkan defendan-defendan menyoal balas saksi plaintif tetapi tidak membenarkan defendan-defendan mengemukakan pembelaan mereka. Penyata saksi penting untuk memberi peluang kepada kedua-dua pihak membuat persediaan untuk menyoal balas. Tiada perbicaraan secara mengejut atau serang hendap dalam kes-kes sivil. Selain dari itu sebagaimana lemah pun kes defendan, plaintif harus membuktikan kesnya atas imbangan kebarangkalian untuk berjaya dalam tuntutannya. Terdapat beberapa peguam lain yang beramal di firma tersebut dan juga peguam defendan diisytihar bankrap pada 26.7.2022 oleh itu saya tidak boleh menerima alasan yang dikemukakan oleh peguam defendan. [5] Perbicaraan diteruskan dengan PW1 bagi kedua-dua kes memberi keterangan bahawa dia merupakan penasihat projek kepada plaintif dalam kedua-dua kes ini. Menurutnya sekitar September 2016 kedua-dua defendan berjumpa dengannya dan memberitahunya bahawa KoAgro sedang mencari pelabur bagi projek mereka dan mempelawa sama ada plaintif-plaintif berminat. PW1 kemudiannya berbincang dengan plaintif Dato’ Low Eng Hock (“Dato’ Low”) di mana Dato’ Low bersetuju dan mengarahkan PW1 untuk bincang lanjut dengan kedua-dua defendan. [6] Setelah perbincangan diadakan defendan-defendan bersetuju menerima RM1,000,000.00 sebagai pelaburan oleh plaintif Ivory Properties Sdn Bhd (“Ivory Properties”) dan sebagai balasan Ivory Properties dijadikan ahli KoAgro serta memberikan pulangan tahunan sebanyak 12% hingga 16% sebagai dividen bagi pelaburan tersebut. Ivory Properties juga dibenarkan untuk menarik balik pelaburan tersebut dengan memberikan permohonan bertulis. [7] Bagi Dato’ Low secara persendirian defendan-defendan menghendaki Dato’ Low menjadi ahli KoAgro dengan membayar yuran keahlian sebanyak RM1,000.00 dan beliau boleh melabur sehingga RM25,000,000.00 di mana wang ini akan dijadikan saham dan diberi dividen tahunan serta boleh mendapat kemudahan pinjaman sebanyak RM80,000,000.00 yang akan diberikan dalam tempoh 45 hari dari tarikh pelaburan. Terma-terma lain ialah Dato’ Low hanya bayar balik RM40,000.000.00 tidak termasuk faedah dan boleh mengeluarkan pelaburan RM25,000,000.00 selepas tiga bulan dari tarikh wang tersebut didepositkan. [8] PW1 selanjutnya memberitahu Mahkamah bahawa Dato’ Low setuju dan telah membayar RM1,000.00 yuran keahlian pd 26.9.2016 dan RM5,000.000.00 pada 21.10.2016 sebagai bayaran sebahagian kepada KoAgro melalui Tetuan Badrul, Samad, Faik & Co. yang mewakili KoAgro. Resit-resit yang dikeluarkan dan juga surat daripada KoAgro mengesahkan pelaburan Ivory Properties serta terma-terma pelaburan dan sijil keahlian dan juga mengeluarkan sijil keahlian bagi Dato’ Low dan mengesahkan pelaburan beliau serta terma-terma pelaburan. Mengikut keterangan PW1 selanjutnya kedua-dua plaintif tidak menerima apa-apa dividen. [9] Kedua-dua plaintif kemudiannya membuat permohonan untuk meminta kembali wang pelaburan mereka masing-masingnya bertarikh 13.3.2017 tetapi tidak mendapat apa-apa respon daripada KoAgro. KoAgro kemudiannya dibatalkan seperti yang dinyatakan sebelum ini. [10] Defendan-defendan dalam menyoal balas PW1 mempertikaikan bahawa wang RM1,000,000.00 dan RM5,000.000.00 tersebut bukannya pelaburan tetapi untuk defendan-defendan melobi projek-projek. Isu dan analisa [11] Merujuk kepada fakta-fakta yang dipersetujui yang difailkan sebagai Lampiran 24 bagi GS-166 dan Lampiran 16 GS-203, defendan-defendan tidak mempertikaikan: (a) mereka mencari pelabur sekitar September 2016 bagi projek-projek yang diusahakan oleh KoAgro; (b) pelaburan yang dibuat oleh kedua-dua plaintif dan wang pelaburan tersebut akan digunakan sebagai dana pelaburan oleh KoAgro; (c) akan mengisukan saham kepada Dato’ Low sebagai balasan kepada pelaburan berjumlah RM25,000,000.00 dan akan menerima dividen tahunan; (d) RM25,000,000.00 jika dilaburkan akan dipulangkan kepada Dato’ Low selepas tiga bulan pembayaran dibuat olehnya; (e) balasan pelaburan plaintif-plaintif akan menerima sebanyak 12% hingga 16% setiap tahun; (f) jumlah pelaburan oleh plaintif-plaintif akan dipulangkan apabila menerima permohonan bertulis daripada plaintif-plaintif; (g) mengeluarkan sijil keahlian dan mengesahkan pelaburan plaintif-plaintif. [12] Apa yang dipertikaikan dan disenaraikan sebagai isu-isu untuk dibicarakan ialah: (a) sama ada defendan-defendan secara berseorangan atau bersesama membuat representasi palsu atau dengan penipuan tanpa memperdulikan sama ada representasi tersebut benar atau palsu; (b) sama ada plaintif-plaintif didorong oleh representasi tersebut untuk membuat pelaburan; (c) sama ada defendan-defendan secara berseorangan atau bersesama bertanggungjawab atas dorongan tersebut; (d) alternatifnya sama ada tadbir penubuhan KoAgro disingkapkan supaya membuat kedua-dua defendan secara bersendirian atau bersesama bertanggungjawab atas pelaburan yang dibuat oleh plaintif-plaintif. [13] Keterangan dokumentar menunjukkan kedua-dua defendan tidak memegang jawatan-jawatan Ketua Eksekutif dan Setiausaha KoAgro. Nama kedua-dua defendan tidak terdapat dalam permohonan untuk mendaftar untuk KoAgro – Ikatan H m.s. 2-3. [14] Bagi GS-203 invois yang dikeluarkan terhadap wang keahlian Dato’ Low dan wang pelaburan tercatit alamat yang berlainan dengan permohonan untuk pendaftaran KoAgro – Ikatan H m.s. 6. Surat mengesahkan Dato’ Low sebagai ahli KoAgro ditandatangan oleh defendan kedua sebagai Setiausaha KoAgro – Ikatan H m.s. 62 dan di Ikatan H m.s. 63 sijil keahlian beliau ditandatangani oleh defendan pertama sebagai Pengerusi Eksekutif dan defendan kedua sebagai Setiausaha. Ikatan H m.s. 64 defendan pertama menandatangani surat kepada Dato’ Low mengesahkan terma-terma bagi balasan pelaburan RM25,000,000.00 tersebut. Sijil saham pelaburan bagi Dato’ Low ditandatangani oleh defendan pertama dan kedua masing-masingnya sebagai Pengerusi Eksekutif dan Setiausaha – Ikatan I m.s. 68. [15] Sama juga keadaannya bagi GS-166 invois bagi pelaburan RM1,000,000.00 – Ikatan B m.s. 2, surat pengesahan keahlian bagi Ivory Properties – Ikatan B m.s. 3 dan pengesahan pelaburan dan terma-terma balasan – Ikatan B m.s. 4. Sijil keahlian di Ikatan B m.s. 5. [16] Dokumen-dokumen ini tidak dicabar oleh kedua-dua defendan. Fakta bahawa tiada dividen atau pulangan kepada pelaburan juga tidak dicabar. Fakta bahawa permohonan untuk mendapatkan kembali wang yang telah dilabur juga tidak dicabar. Apa yang dicabar sebagaimana yang dinyatakan ialah wang tersebut diberikan kepada defendan- defendan untuk melobi projek-projek. Cabaran ini dinafikan oleh PW1 dan tiada apa-apa keterangan dapat menunjukkan penafian ini diragui. Oleh itu saya menerima keterangan PW1 bahawa pelaburan ini bukan untuk defendan-defendan gunakan untuk melobi projek-projek. Malah ini jelas bertentangan dengan fakta-fakta yang dipersetujui iaitu wang pelaburan digunakan sebagai dana pelaburan oleh KoAgro. Melobi untuk projek-projek tidak disenaraikan sebagai isu untuk dibicarakan. [17] Selain itu peguam defendan-defendan membangkitkan isu kegagalan memanggil Dato’ Low sebagai saksi kerana Dato’ Low yang melabur bagi dirinya dan Ivory Properties. Beliau menghujahkan tiada keterangan menunjukkan Dato’ Low diperdaya dengan representasi salah. [18] PW1 memberitahu Mahkamah bahawa setiap perjumpaan dan perbincangan dibuat bersama-sama dengan kedua-dua defendan. Hasil perbincangan tersebut melalui keterangan dokumentar Ivory Properties dan Dato’ Low telah membuat pelaburan. Berikutan daripada pelaburan-pelaburan dan bayaran keahlian yang dibuat, invois-invois, sijil-sijil keahlian dan surat-surat pengesahan dan terma-terma balasan kepada pelaburan ditandatangani sama ada oleh defendan pertama atau defendan kedua atau kedua-duanya sekali. S.114 (g) Akta Keterangan 1950 dan kes-kes yang telah diputuskan jelas menyatakan “adverse inference” boleh dibuat jika terdapat “suppression of evidence”. Bagi saya ini tiada keterangan yang disembunyikan oleh plaintif di dalam GS- 166 dan GS-203. Jelas sekali kedua-dua plaintif diperdaya dan didorong oleh representasi palsu. Defendan pertama tidak pada bila-bila masa memegang jawatan Pengerusi Eksekutif KoAgro dan defendan kedua tidak pada bila-bila masa memegang jawatan Setiausaha KoAgro. 18. Berdasarkan alasan-alasan yang dibincangkan saya memutuskan plaintif-plaintif di dalam GS-166 dan GS-203 telah berjaya membuktikan tuntutan mereka atas imbangan kebarangkalian. Oleh yang demikian saya membenarkan tuntutan mereka dengan kos. (TUN ABD MAJID BIN TUN HAMZAH) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Pulau Pinang Tarikh: 7 Ogos 2023 Peguamcara-Peguamcara:- Peguamcara Pihak Plaintif TETUAN CHOOI, SAW & LIM Peguambela dan Peguamcara Unit 9-C, Level 9, Wisma Boon Siew 1, Penang Road 10000 PULAU PINANG Tel : 04-2613999/2623999 Faks : 04-2621999 Peguamcara Pihak Defendan-Defendan TETUAN BADRUL, SAMAD, FAIK & CO. Peguambela dan Peguamcara No. 17-1 & 17-2, Pusat Perniagaan Bandar Perda Utara Bandar Perda 14000 Bukit Mertajam PULAU PINANG Tel : 04-5404222/5404422 Faks : 04-5404422
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.