Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SAMAN PEMULA NO. BL-32NCvC-80-11/2022 ANTARA LOW SHIRLY PEMOHON DAN LOW PECK LIM PENCELAH/ PEMOHON KEDUA ALASAN PENGHAKIMAN [LAMPIRAN 12] Ini adalah permohonan oleh Pemohon/ Pencelah Kedua, seorang benefisiari harta pusaka Ng Kwee Wah @ Ng Koy Wa, simati untuk perintah berikut: - i. Bahawa Pencelah/Pemohon Kedua, Low Peck Lim seorang benefisiari dibawah wasiat “Grant of Probate” harta pusaka Ng Kwee Wah @ Ng Koy Wa, simati dibenarkan untuk mencelah dan membuat permohohan sebagai Pemohon Kedua untuk memperbetulkan kesilapan butir-butir gerdan hartanah simati yang terletak di Bukit Kemuning yang sepatutnya dibaca dan 26/09/2023 14:32:49 BL-32NCvC-80-11/2022 Kand. 30 2 dipegang di bawah GRN 123148, Lot 57902, Mukim dan Daerah Klang; ii. Pencelah/Pemohon Kedua, Low Peck Lim, dibenarkan melantik firma beliau Tetuan KC Yap & partners atau firma lain untuk memfailkan permohonan untuk membetulkan kesilapan dalam geran harta pusaka simati yang terletak di Bukit Kemuning Klang; iii. Pencelah/ Pemohon Kedua Low Peck Lim, seorang benefisiari dibawah wasiat Ng Kwee Wah, simati dan “Grant of probate” simati dibenarkan memberi arahan kepada setiausaha syarikat dan auditor syarikat Khem Ling Sdn Bhd supaya saham equity yang diwaris oleh Ng Kwee Wah, simati kepada Low Peck Lim dipindahmilik kepada Low Peck Lim dan kesemua benefisiari mengikut wasiat; iv. Pencelah/ Pemohon Kedua, Low Peck Lim seorang benefisari dibawah wasiat Ng Kwee Wah simati, dan “Grant of Probate” tersebut dibenarkan memberi arahan dan atau melantik peguam untuk memindahmilik 40% syer dalam bahagian tanah hartanah di Bukit Kemuning dan dimiliki oleh mendiang Ng Kwee Wah kepada Low Peck Lim dan atau semua benefisiari mengikut 3 bahagian mereka selaras dengan wasiat Ng Kwee Wah, simati tersebut; v. Pencelah/ Pemohon Kedua, Low Peck Lim dan lain-lain benefisiari yang dinamakan dalam wasiat Ng Kwee Wah dibenarkan dan bebas untuk memohon; vi. Kos permohonan disini ditanggung oleh Pemohon dan atau kesemua benefisari yang dinamakan dalam wasiat Ng kwee Wah, simati. A. ALASAN PERMOHONAN [1] Pemohon/ Pecelah Kedua adalah salah seorang benefisiari didalam wasiat Ng Kwee Wah, simati dimana simati adalah ibu Pemohon/Pencelah Kedua yang telah meninggal dunia pada 19.10.2022.