dalam membuktikan bahawa telah berlakunya provokasi besar dan mengejut, tertuduh mempunyai beban pembuktian untuk membuktikan bukan sahaja tertuduh telah hilang kawalan diri tetapi provokasi itu mencukupi untuk menyebabkan orang yang munasabah untuk hilang kawalan diri (lihat juga Ikau Anak Mail v PP [1973] CLJU 51; [1973] 1 LNS 51; [1973] 2 MLJ 153). [26] Setelah meneliti pertimbangan dan penilaian keterangan oleh HMT, kami mendapati HMT telah membuat keputusan yang betul dalam membuat dapatan prima facie di akhir kes Pendakwaan berdasarkan satu pembuktian kes di bawah seksyen 300(c) KK. Di samping fakta perbuatan tikam itu tidak dipertikai, walaupun tidak terdapat saksi mata yang melihat Perayu menikam Mangsa, namun fakta-fakta keadaan keliling seperti yang dihujahkan pihak Pendakwaan adalah mencukupi, dalam pertimbangan kami untuk membuktikan bahawa Perayu telah mempunyai niat untuk menyebabkan satu bencana kepada tubuh Mangsa dengan menikam Mangsa menggunakan sebilah pisau. [27] Pada peringkat kes Pembelaan pula, kami tidak mendapati HMT telah khilaf dalam menilai pembelaan Perayu. Pertimbangan utama adalah butiran kata-kata provokasi tidak dibangkitkan semasa kes Pendakwaan dan tidak dapat dijelaskan oleh saksi Pendakwaan selain hanya dakwaan Mangsa mengugut untuk menyebarkan video seks yang tidak wujud. Bahkan, menurut HMT, Peguambela Perayu sendiri kelihatan terkejut dengan dakwaan ugutan oleh Mangsa untuk mendapatkan wang sebanyak RM500,000.00. [28] Kami mendapati dakwaan ugutan itu tidak mencukupi untuk menjadi satu provokasi yang boleh menyebabkan seorang yang munasabah hilang kawalan diri dan berang besar. Tidak ada keterangan yang boleh menyokong dakwaan bahawa Mangsa telah merekod apa-apa video seks antara Perayu dan teman wanitanya. Selain itu, dakwaan Perayu bahawa dia menikam Mangsa kerana takut Mangsa akan menangkap dan merogol teman wanitanya hanya lah satu sangkaan yang tidak berasas. Teman wanita Perayu tidak berada di bilik Homestay itu semasa kejadian maka tidak ada alasan untuk mengatakan teman wanitanya dalam keadaan bahaya akan dirogol. [29] Selain itu, Perayu dan Mangsa saling mengenali, maka Perayu sebagai orang yang lebih muda seharusnya berupaya untuk tidak membuat apa-apa tindakan melulu dan hanya mengikut perasaan terhadap Mangsa yang telah pun berusia 78 tahun yang jelas tidak mampu berhadapan dengan satu serangan fizikal ke atas dirinya. Sepertimana mengikut keterangan, Mangsa selalu berleter dengan Perayu kerana Perayu kerap kehilangan kunci bilik dan adalah tidak munasabah leteran itu boleh menyebabkan satu provokasi besar dan mengejut. [30] Selanjutnya, mengenai pembelaan pergaduhan mengejut, Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan HMT bahawa pembelaan itu tidak pernah dibangkitkan di peringkat kes Pendakwaan dan mengikuti prinsip yang telah ditetapkan dalam keputusan Mahkamah Agung di dalam kes PP v Lin Lian Chen [1992] 4 CLJ 2086; [1992] 2 MLJ 561, keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Tan Kim Ho & Anor v PP [2009] 3 CLJ 236; [2009] 3 MLJ 151 dan keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Megat Halim Megat Omar v PP [2009] 1 CLJ 154; [2008] MLJU 647, sekiranya satu pembelaan itu gagal dibangkitkan pada peluang terawal iaitu di peringkat kes Pendakwaan, maka pembelaan yang dibangkitkan kemudian semasa kes Pembelaan hendaklah dipertimbang sebagai pembelaan yang mempunyai nilai probatif yang lemah dan yang difikirkan kemudian. [31] Walaupun begitu, sekalipun pembelaan tertuduh adalah lemah dan tidak munasabah, Mahkamah perbicaraan tetap mempunyai tugas untuk menilai pembelaan itu dan tidak menolaknya sewenang-wenang (lihat Ganapathy Rengasamy v PP [1998] 2 CLJ 1; [1998] 2 MLJ 577 dan Azmer Mustafa v PP [2014] 8 CLJ 413; [2014] 3 MLJ 616). [32] Berbalik kepada pembelaan Perayu, Mahkamah tidak mendapati ada keterangan yang menyokong satu pembelaan pergaduhan mengejut. Faktor-faktor yang dipertimbangkan terhadap pembelaan provokasi besar dan mengejut sama relevan terhadap pertimbangan pembelaan ini. [33] Di samping itu, Mahkamah juga mendapati perbuatan Perayu langsung tidak berpadanan dengan fakta bahawa Mangsa berumur 78 tahun dan mereka saling mengenali. Sifat bencana tubuh yang telah diperlakukan terhadap Mangsa yang melibatkan 7 tikaman dan 3 daripadanya amat serius yang terarah kepada bahagian perut dan dada Mangsa menunjukkan niat sangat agresif terhadap Mangsa dan ingin menyebabkan bencana tubuh yang serius. Selain itu, tidak ada kecederaaan mempertahankan diri pada Perayu yang menunjukkan Perayu berada dalam ancaman nyawa, sebaliknya kecederaan mempertahankan diri itu terdapat pada tangan Mangsa. [34] Pada pendengaran Rayuan ini, Peguambela telah cuba merayu kepada Mahkamah ini untuk mempertimbang nilai kognitif Perayu yang kelilhatan rendah berdasarkan karakteristik perlakuannya yang menunjukkan kemungkinan Perayu tidak memahami kesan dan akibat perbuatannya. [35] Mahkamah tidak dapat menerima hujahan itu kerana bukan menjadi satu pembelaan yang dibangkitkan di perbicaraan kes ini bahawa ketika kesalahan itu dilakukan, Perayu adalah seorang yang mengalami kurang upaya akal di bawah seksyen 84 KK. KESIMPULAN DAN KEPUTUSAN [36] Secara kesimpulannya, Mahkamah mendapati tidak ada alasan untuk Mahkamah ini mengganggu dapatan dan keputusan HMT dalam mensabitkan Perayu dengan kesalahan di bawah Pertuduhan. Mahkamah mendapati HMT telah membuat penilaian prinsip undang-undang yang betul melalui rujukan kepada keputusan di dalam Zulkiple Mohamad v PP [2022] 1 CLJ 673; [2022] 1 MLJ 479; Tham Kai Yau v PP [1977] 1 MLJ 174; [1976] CLJU 159; Low Kian Boon & Anor v PP [2010] 4 MLJ 425; [2010] 5 CLJ 489; dan Che Omar Mohd Akhir v PP [2007] 3 CLJ 281; [2007] 4 MLJ 309 berkenaan pembelaan provokasi besar dan mengejut dan beban pembuktian keterangan mengikut keadaan. [37] Mahkamah ini mengambil peluang untuk merujuk kepada satu keputusan di mana fakta dan isu yang dibangkitkan tidak jauh berbeza dari Rayuan ini iaitu di mana tiada pertikaian bahawa tertuduh telah menikam mangsa, tiadanya keterangan menyokong pergaduhan mengejut, mengenai dakwaan keadaan mental tertuduh dan jenis pembelaan sama. Kes itu ialah Daud Pasarrin v PP [2016] 10 CLJ 32; [2016] 5 MLJ 374 satu keputusan Mahkamah ini yang disampaikan oleh Abang Iskandar HMR (pada ketika itu). Dalam menolak rayuan tertuduh, Mahkamah telah memutuskan seperti berikut: “[23] At the beginning of the appeal before us, besides indicating to us that the accused person did not dispute having killed the deceased. Learned counsel for the accused person had also submitted before us that he was only pursuing the defence of self-defence and the defence of grave and sudden provocation and that it was his client's case that the learned trial judge was in error when he ruled that the accused person had failed to avail himself of the benefit of those two legal defences as provided under the Penal Code. [24] We had perused the grounds of judgment of the learned trial judge and noted that he had addressed the law on the specific defences which the accused person had sought to rely on in order to escape from being found guilty of the murder of Daud Duma, the deceased. It must be stated here that the learned trial judge had delved into some detail on the applicable legal principles in play in the trial before him. [25] It is pertinent to recall that the onus lies with the accused person to show to the court the circumstances of justifying self-defence and grave and sudden provocation and that the law does not presume the existence of those circumstances (see s. 105 of the Evidence Act 1950). What that means, in effect, is that the accused person will have to rebut that presumption by proving that the circumstances did indeed exist, thus justifying his act of killing the deceased. As like all cases involving rebuttal of a statutory presumption, the accused person will have to lead evidence on the balance of probabilities, in doing so. Just by merely raising or creating a reasonable doubt as to the existence of those circumstances will not, in law, be sufficient in order for the accused person to find sanctuary under those two defences. … [35] … But instead, as evidenced by the numerous injuries, the accused person had inflicted such injuries as to ultimately kill him. In truth, the accused had attacked an unarmed and defenceless person, as evidenced by what SP13, the pathologist, described as defensive wounds. Those wounds showed that the deceased had only his hands to ward off the parang attack by the accused person on him. There was no evidence that those wounds suffered by the deceased were self-inflicted, as indeed, that was not the case advanced by the accused person. In light of the numerous injuries suffered by the deceased, it was understandable that the inferences as derived therefrom by the learned trial judge were so clearly justified. It would be so incredible that those injuries were inflicted on the deceased so as to prevent him from snatching the parang away from him. … [37] There was one other issue that was raised before us during oral submissions by learned counsel. It was submitted before us that the learned trial judge had failed to take into account the evidence of the two psychiatrists who had examined the accused person. It was submitted before us that these two psychiatrists' evidence would have borne out the fact that the accused person to be a credible person, worthy of belief. Suffice for us to state here that in light of the overwhelming evidence especially pertaining to the evidence of the pathologist (SP13) and the silent evidence surrounding the 49 injuries sustained by the deceased, and the evidence of the accused person himself as was alluded to by the learned trial judge in para. 31 of his grounds of judgment, the evidence of the two psychiatrists would not, with respect, count for much in forwarding the case of the accused person. It was noted by us as well that insanity was never raised as a defence…” Peguam bagi pihak Perayu : G. Ravi [Tetuan Aida & G. Ravi] Peguam bagi pihak Responden : Sarulatha a/p Paramavathar Timbalan Pendakwa Raya [Jabatan Peguam Negara]