In the instant case, the Accused was charged under Section 21 of the Control of Supplies Act 1961 with illegal possession of 46,000 liters of diesel. The charge reads as follows: - “Bahawa kamu pada 17 April 2022, kira-kira jam 4.00 petang di dalam premis tanpa nama, No.21, Jalan Cenderai 21, Taman Kota Putri, 81750 di dalam daerah Johor Bahru di dalam negeri Johor, didapati telah ada dalam milikan barang kawalan berjadual minyak diesel sebanyak 46,000 liter dalam keadaan menimbulkan syak yang munasabah untuk melakukan kesalahan melanggar Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu berurusan dengan minyak diesel tersebut secara runcit atau borong atau mengilang tanpa lesen dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) Akta yang sama. HUKUMAN Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 (Pindaan 2015) Seseorang selain dari badan korporat tetapi termasuk pengarah atau pegawai sesuatu korporat yang melakukan kesalahan terhadap Akta ini, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit (RM1,000,000.00) atau di penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.”