susulan itu, Plaintif telah melalui peguam caranya, Tetuan H.S. Chew & Co., peguam bela dan peguam cara beralamat di No. 543A, Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka mengeluarkan dan menghantarserahkan Notis Tuntutan bertarikh 30.7.2025 yang dihantar secara Pos Berdaftar dan Surat Akuan Mengepos kepada Defendan di alamat berdaftarnya yang terakhir diketahui Plaintif di Level 13 Boutique Office 3, BO3-D-13, Menara 3A (Pillar 7), KL Eco City, No. 3, Jalan Bangsar, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan dan juga alamat tempat perniagaannya yang terakhir diketahui oleh Plaintif di SO- 23A-03, Menara 1, Strata Office, No. 3, Jalan Bangsar KL Eco City, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan masing-masing untuk menuntut pemindahan dan pendaftaran hakmilik kesemua (1/1) bahagian tak boleh dipecah dalam satu (1) unit Kondominium Picasso tersebut bernilai RM1,480,000.00 ke atas nama Plaintif lengkap dengan asal suratan hakmilik strata berserta menyerahkan milikan kosong fizikal bersama kunci kepada Plaintif selaku pemenang juara “ATV Miss Asia Malaysia 2023 Pageant” tersebut;