Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI AMPANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KES TANGKAP NO: BC-62JSK-88-08/2022 5 PENDAKWA RAYA LAWAN MAFELDI BIN SUTAN PEMENAN 10 ALASAN PENGHAKIMAN
BC-62JSK-88-08/2022
Sessions Court of Malaysia9 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“sed its case. Therefore, a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt only at the conclusion of a trial upon a consideration of all evidence adduced as provided by s. 182A(1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be 490 S/N v2edt5LLT0uv26mwnHcvoQ **Note : Serial number will be used to ve”
“record an order of 460 acquittal. S/N v2edt5LLT0uv26mwnHcvoQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 19 [39] Dalam kes MAH KOK CHEONG v. R [1953] MLJ 46, YA Spencer Wilkinson J, di muka surat 47 menjelaskan bahawa: 465 “…in ordinary criminal cases… all discussio”
“ndakwaan seperti mana yang diterangkan dalam perenggan terdahulu. Di antara keterangan corroboration yang material adalah keterangan SP2, sp2 dan sp3 juga SP7. [49] Di dalam kes CAMARA MAMODOU v. PP [2014] CRIMINAL 605 APPEAL NO: B-05-195-07/2013 (GIN) - CLJ LAW pula, YA Hakim Mahkamah Rayuan Dato’ Zamani A. Rahim tela”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI AMPANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KES TANGKAP NO: BC-62JSK-88-08/2022 5 PENDAKWA RAYA LAWAN MAFELDI BIN SUTAN PEMENAN 10 ALASAN PENGHAKIMAN
1
Rayuan ini telah difailkan oleh pihak Pembelaan kerana tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah pada 9/9/2025 yang telah mendapati OKT adalah bersalah dan mensabitkan OKT di akhir kes 20 Pembelaan (Perintah tersebut) bagi satu pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Pertuduhan Ketiga). Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara 7 tahun dari tarikh Perintah dan hukuman tambahan 2 tahun penjara di bawah seksyern 16(1) Akta sama, dan OKT juga diperintahkan menjalani 25 kaunseling pemulihan sepanjang tempoh pemenjaraan di bawah Seksyen 26 dan pengawasan polis selama 2 tahun di bawah Seksyen 27. S/N v2edt5LLT0uv26mwnHcvoQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 Pertuduhan Pertama dan Kedua telah pun di DNAA pada 12/1/22 dan 22/5/23 masing-masing, atas permohonan TPR. 30 [2] OKT telah dituduh seperti berikut (Pertuduhan Ketiga)- “Bahawa kamu pada Oktober 2021, di rumah No. 7 Batu 10 Kampung Bukit Raya di dalam daerah Hulu Langat, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan sebagai orang yang mempunyai hubungan amanah iaitu datuk 35 saudara mangsa, dengan sengaja telah melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan bernama Norhumaira bt Azizul no. K/P:100508-10-0626 berumur 11 tahun 7 bulan dengan cara menggosok kemaluan kanak-kanak tersebut dengan menggunakan tangan kamu bagi maksud seksual. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu 40 kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 dibaca bersama seksyen 16(1) Akta sama”.
3
Sebelum mahkamah ini melanjutkan kepada Alasan Penghakiman, 45 perlu dijelaskan bahawa kes ini telah didengar di hadapan HMS terdahulu (Puan Norhazani Hamzah) bermula dari saksi pendakwaan pertama sehingga saksi keenam. HMS terdahulu telah bertugar ke AGC dan saya menyambung dengar keterangan saksi terakhir iaitu Pegawai Penyiasat sebagai saksi ke7 dan DPP menutup kesnya. Mahkamah juga mendapati 50 terdapat pindaan lisan kepada umur mangsa yang dipinda daripada 11 tahun 7 bulan kepada 11 tahun 5 bulan. S/N v2edt5LLT0uv26mwnHcvoQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3
4
Saya seterusnya telah mengarahkan pihak-pihak memfailkan hujahan dan seterusnya membuat keputusan peringkat Pendakwaan. 55 Saya telah meneliti dan menilai keseluruhan keterangan saksi pendakwaan secara penilaian maksima dan mendapati pihak DPP telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap OKT dan memanggil OKT untuk membela dirinya. OKT telah memberikan keterangan secara bersumpah dari kandang saksi. Pihak pembelaan 60 mempunyai seorang saksi lain iaitu SD2 (isteri OKT). Tiada saksi lain yang memberi keterangan di peringkat pembelaan selain OKT dan isteri OKT sahaja (SD2).
5
Secara ringkasnya, pihak TPR telah memanggil tujuh (7) orang 65 saksi untuk memberi keterangan iaitu: i. SP1: Norhumaira bt Azizul ( mangsa). ii. SP2: Alya Irdina bt Mohd Firdaus (sepupu mangsa). iii. SP3: Nur Afzan Ishak (ibu SP2). 70 iv. SP4: Norhijah bt Zainal Abidin (ibu mangsa). v. SP5: I/Zazali Kenek (Pegawai Tangkap). vi. SP6: K/Syarizwan b Md Saad (Jurufoto) vii. SP7: I/ Muhd Rabiul Awal b Ishak(Pegawai Penyiasat) 75 S/N v2edt5LLT0uv26mwnHcvoQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4
6
Pihak TPR juga telah mengemukakan ekshibit yang berikut untuk 80 menyokong keterangan saksinya iaitu: EKSIBIT PERKARA P1 Salinan sijil lahir mangsa. P2 (1-2) 2 gambar kanak-kanak tudung pink. P3(1-2) 2 gambar kanak-kanak tudung hitam. P4 Laporan polis pengadu P5(1-7) 7 gambar tempat kejadian P6 1 gambar OKT P7 Rajah kasar tempat kejadian P8 Laporan tangkapan P9 & P9(a) 1 sampul CD dan 1 CD gambar P10 Sijil 90A FAKTA KES DI PERINGKAT PENDAKWAAN 85 [7] Mangsa iaitu SP1 ialah anak SP4 yang berusia 11 tahun 5 bulan sewaktu kejadian ini berlaku. Kejadian berlaku pada Oktober 2021 di rumah nenek SP1. Hubungan SP1 dengan OKT pula ialah datuk saudara-anak saudara. OKT adalah datuk saudara SP1 sebelah ibu . Nenek SP1 adalah adik kepada OKT. SP1 memanggil OKT dengan panggilan 90 tokchik. OKT tinggal di kawasan lain namun sering bertandang di rumah nenek SP1. S/N v2edt5LLT0uv26mwnHcvoQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5
8
Kejadian ini berlaku di rumah nenek SP1 sepertimana di alamat dalam pertuduhan ketiga. SP1 tinggal dengan ibu bapanya di kawasan 95 yang sama dengan rumah neneknya dan tinggal berhampiran. SP1 dalam keterangannya menyatakan beliau sering pergi dan bermalam di rumah neneknya selepas persekolahan tamat. Berdasarkan keterangan SP1, pada hari Isnin hingga Jumaat hari persekolahan, bapanya akan menghantar dia ke sekolah dengan menaiki motorsikal pada sebelah 100 pagi. SP1 akan pulang dari sekolah bersama-sama sepupunya dengan dijemput oleh ibu sepupunya iaitu SP2 dan SP3 lebih kurang jam 1250 tghari.
9
Dalam keterangan SP1, beliau kemudiannya akan ke sekolah 105 agama pula pada jam 230 ptg hingga jam 630 ptg. Beliau pulang dari sekolah agama selepas tamat sesi persekolahan dan akan berada di rumah neneknya sementara ibu bapanya belum pulang dari bekerja. Pada waktu cuti sekolah/ hujung minggu, SP1 tinggal di rumah neneknya. 110 [10] SP1 dalam keterangannya menyatakan kejadian berlaku dalam bulan Oktober 2021 antara jam 1130-1230 tghari sewaktu SP1 tidak bersekolah, SP1 berada di rumah neneknya. Beliau duduk di sofa menonton TV di ruang tamu rumah itu. OKT datang dan duduk bersebelahan dengan SP1. OKT duduk di sebelah kiri SP1 dan duduk 115 rapat dengan SP1. Berdasarkan keterangan SP1, OKT telah meraba paha SP1 dan memasukkan tangan kiri OKT ke dalam seluar dalam SP1. OKT memegang dan menggosok-gosok kemaluan SP1 beberapa kali. OKT juga cuba memasukkan jari OKT ke dalam kemaluan SP1 namun S/N v2edt5LLT0uv26mwnHcvoQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6 SP1 menolak tangan OKT. SP1 memarahi OKT supaya jangan 120 menyentuh SP1.
11
OKT beredar setelah dimarahi oleh SP1. Menurut SP1, sewaktu kejadian hanya SP1 sahaja yang duduk di sofa sebelum OKT datang kepadanya dan melakukan perbuatan tersebut. Menurut SP1 juga 125 sewaktu perlakuan tersebut hanya SP1 dan OKT saja yang berada di ruang tamu itu. Nenek SP1 pula pada masa tersebut sedang memasak di dapur untuk makan tengahari.
12
Selanjutnya SP1 juga menerangkan lokasi kedudukan SP1 dan 130 OKT sewaktu berada di atas sofa. Ini boleh dilihat dalam gambar P7 pada tandaan M sebagai kedudukan OKT dan H adalah kedudukan SP1.
Preamble
Menurut SP1, kejadian meraba paha, memasukkan tangan ke dalam seluar dalam SP1,“mengusik” dan menggosok-gosok kemaluan SP1 sehingga ingin memasukkan jari OKT ke dalam kemaluan mangsa, 135 berlaku dalam tempoh antara 5-6 minit. Kejadian ini berlaku di ruang tamu yang hanya OKT dan SP1 sahaja yang ada di ruang tersebut. [13] Berdasarkan keterangan SP1, beliau tidak rela perlakuan OKT tersebut terhadapnya sebab itu beliau menepis tangan kiri dan memarahi 140 OKT jangan menyentuhnya. DPP juga menghujahkan bahawa sewaktu SP1 memberikan keterangannya, kelihatan SP1 mula bergenang air mata sewaktu menceritakan perlakuan OKT terhadapnya. Keterangan SP1 konsisten bahawa sentuhan terhadap kemaluannya itu memang benar-benar berlaku. Keterangan SP1 juga gagal dicabar oleh peguam OKT. 145 Keterangan SP1 juga telah disokong oleh keterangan SP2, SP3 dan SP4 S/N v2edt5LLT0uv26mwnHcvoQ yang gagal disangkal oleh peguam. SP1 juga mengecam OKT sebagai datuk saudara yang telah melakukan perlakuan tersebut . [14] SP1 telah menceritakan kejadian yang berlaku kepadanya kepada 150 sepupunya iaitu SP2 pada 18/11/2021 selepas mereka berdua pulang dari sekolah. SP1 menceritakan kepada SP2 bahawa OKT telah menggosok kemaluannya beberapa kali dan cuba memasukkan jari ke dalam kemaluannya. Berdasarkan keterangan saksi juga, SP2 pula telah menceritakan kejadian tersebut kepada ibu sp2 iaitu SP3. SP3 telah 155 bertanya kepada SP1 tentang perkara tersebut untuk mendapatkan pengesahan. SP1 mengakui kejadian itu dan menceritakan apa yang berlaku kepada SP3. SP3 kemudiannya telah menceritakan hal tersebut kepada ibu SP1 iaitu SP4. SP4 lantas membawa SP1 membuat laporan polis pada 18/11/2021 hari yang sama di balai polis Kajang. Laporan polis 160 tersebut ditandakan sebagai P4. KEPUTUSAN PERINGKAT PENDAKWAAN [15] Setelah mahkamah meneliti keterangan semua saksi pendakwaan, 165 mahkamah mendapati Pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap OKT di bawah pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta) dibaca bersama s16(1) Akta sama. Maka OKT telah dipanggil untuk membela dirinya. 170 S/N v2edt5LLT0uv26mwnHcvoQ
16
Mahkamah dapati pihak DPP telah berjaya membuktikan intipati kesalahan seperti berikut-a) OKT telah melakukan kontak fizikal bagi maksud seksual terhadap 175 mangsa dimana tangan kiri OKT telah meraba dan menggosok kemaluan SP1 dan cuba memasukkan jari OKT ke dalam kemaluan SP1. OKT juga meraba paha SP1 dan memasukkan tangan kirinya ke dalam seluar dalam SP1; b) kontak fizikal tidak melibatkan persetubuhan; 180 c) SP1 adalah seorang kanak-kanak sewaktu kejadian beliau berumur 11 tahun 5 bulan.
17
Mahkamah dapati semua intipati pertuduhan tersebut telah berjaya 185 dibukti setelah mahkamah menilai semua keterangan saksi-saksi pendakwaan secara penilaian yang maksima. Mahkamah dapati elemen OKT telah melakukan kontak fizikal bagi maksud seksual telah dipenuhi.
18
Mahkamah dapati perlakuan OKT jelas suatu perlakuan kontak 190 fizikal bagi maksud seksual terhadap mangsa yang merupakan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun 5 bulan. SP1 dengan konsisten dan yakin memberikan keterangannya tanpa dapat disangkal/ dicabar oleh pihak peguam OKT. Keterangan SP1 mernceritakan dengan jelas bagaimana tangan kiri OKT meraba pahanya dan kemudian memasukkan tangannya 195 ke dalam seluar dalam SP1 dan menyentuh dan menggosok-gosok kemaluan SP1 beberapa kali di dalam seluar dalam sp1. OKT juga cuba memasukkan jari OKT ke dalam kemaluan SP1. SP1 juga telah menolak tangan OKT dan telah memarahi OKT supaya jangan menyentuhnya. S/N v2edt5LLT0uv26mwnHcvoQ 200
19
Mahkamah mendapati OKT mempunyai niat jahat terhadap SP1. Mahkamah dapati OKT telah tahu SP1 bersendirian di ruang tamu dan telah merancang dengan rapi untuk melakukan perlakuan amang seksual bermaksud seksual tersebut. Ini dapat dinilai apabila OKT sedar yang SP1 berada sendirian di ruang tamu. OKT sengaja datang dan duduk 205 rapat dengan SP1 yang ketika itu sedang duduk di atas sofa menonton TV seorang diri. OKT juga tahu yang waktu itu, nenek SP1 sedang memasak juadah tengahari di dapur. OKT sedar hal ini dan dia mengambil kesempatan apabila terdapatnya peluang untuk berbuat demikian. OKT melihat peluang terbuka luas untuk merealisasikan niat 210 jahat OKT. Berdasarkan keterangan yang ada serta gambar-gambar tempat kejadian, adalah jelas peluang tersebut wujud memandangkan ruang dapur terletak di bahagian lain yang terpisah tempatnya dengan ruang tamu. Berdasarkan keterangan itu, ruang tamu tidak boleh dilihat dari dapur kerana terpisah dengan beberapa bilik dan terhalang dengan 215 dinding dapur dan dinding bilik.
20
Adalah jelas juga perbuatan OKT tersebut dibuat secara sembunyi daripada orang lain memandangkan tiada sesiapa yang berada di ruang tamu itu selain OKT dan SP1 sahaja. OKT telah mengambil kesempatan 220 di atas keadaan tersebut dengan merancang perbuatannya apabila melihat SP1 seorang diri untuk melampiaskan nafsunya terhadap SP1. Adalah jelas OKT tahu tentang selok belok rumah tersebut dan dia juga melihat keadaan waktu itu adalah sesuai. Ini kerana OKT juga arif dan sudah biasa dengan aktiviti nenek SP1 yang memasak juadah tengahari 225 S/N v2edt5LLT0uv26mwnHcvoQ dan faham tentang susun atur rumah tersebut kerana OKT telah biasa dengan keadaan di rumah itu kerana dia sering ke rumah nenek mangsa.
21
Mahkamah dapati adalah mudah bagi OKT untuk melakukan perbuatan jahat tersebut terhadap sp1. OKT selaku ahli keluarga di situ 230 pasti yakin tiada orang yang akan mengesyaki perbuatannya terhadap SP1 kerana OKT adalah datuk saudara kepada SP1, yang pada masa yang sama juga merupakan abang kepada nenek SP1. Adalah jelas OKT telah mengambil kesempatan ke atas kelemahan sp1 dan menggunakan kelebihannya sebagai ahli keluarga rapat kepada nenek SP1 untuk 235 melakukan perbuatan kejinya itu.
22
Mahkamah mempercayai keterangan SP1 kerana dia seorang saksi yang credible. Begitu juga keterangan SP2, SP3 dan SP3 yang menyokong keterangan SP1. Pihak peguam juga gagal mencabar 240 keterangan SP1. Tiada keterangan yang dibawa oleh peguam sewaktu soal balas terhadap mana-mana saksi pendakwaan untuk menunjukkan SP1 dan lain-lain saksi mempunyai niat jahat terhadap OKT atau sengaja membuat tuduhan palsu tehadap OKT. Mahkamah dapati tiada sebab untuk SP1 membuat tuduhan yang boleh menjatuhkan maruahnya sendiri 245 dan menjejaskan hubungan kekeluargaan. Tiada sebab untuk SP1 mereka-reka cerita dan berbohong dalam mahkamah. Mahkamah dapati SP1 seorang saksi yang jujur dan keterangannya boleh dipercayai . Dia saksi yang bercakap benar. Ini dapaty dilihat melalui keterangannya yang konsisten dan tiada percanggahan yang ketara dengan saksi-saksi yang 250 lain. Keterangannya tidak goyah apabila peguam cuba mencabar S/N v2edt5LLT0uv26mwnHcvoQ keterangan dan kredibilitinya, namun keterangan tetap teguh dan konsisten.
23
Mahkamah juga mendapati bahagian anggota tubuh SP1 yang 255 disentuh oleh OKT adalah kemaluan iaitu alat seksual wanita yang paling sensitif yang melambangkan maruah seorang perempuan. SP1 menyatakan dia tidak rela diperlakukan sedemikian oleh OKT. Maruah itu perlu dilindungi oleh SP1 termasuklah sesiapa sahaja yang ada hubungan amanah dengan SP1. OKT telah dibuktikan sebagai datuk 260 saudaranya dan OKT mempunyai hubungan amanah dengan sp1 walaupun OKT bukan penjaga kepada SP1. Pada hemat Mahkamah, hubungan persaudaraan yang rapat (mempunyai pertalian darah) iaitu datuk saudara kepada sp1, terbukti dengan sendirinya hubungan amanah itu sudah terbentuk. OKT sepatutnya merlindungi maruah SP1 sebaliknya 265 OKT telah mencemarkan maruah SP1. Perlakuan OKT itu merupakan suatu pengkhianatan terhadap hubungan amanah tersebut. Perlakuan OKT adalah sangat keji dan tidak boleh diterima oleh sesiapa sahaja yang mempunyai akal yang waras. 270
24
Walau pun tiada saksi mata lain yang melihat kejadian tersebut, namun keterangan SP1 yang konsisten dan credible disokong dengan keterangan sp2-SP4 dan SP7 serta laporan polis yang dibuat sejurus hal itu diketahui oleh ibu SP1, P4(laporan polis) telah pun dibuat dengan segera. Ini membuktikan kejadian tersebut benar-benar berlaku. Pihak 275 pembelaan juga didapati gagal mencabar keterangan saksi-saksi pendakwaan. S/N v2edt5LLT0uv26mwnHcvoQ FAKTA RINGKAS KES PEMBELAAN 280 [25] Secara ringkasnya OKT telah memberikan keterangan secara bersumpah. OKT juga telah memanggil seorang sahaja saksi iaitu SD2 iaitu isterinya sendiri. Secara keseluruhannya pembelaan OKT adalah bersifat penafian semata-mata, keterangan yang direka-reka semata-mata dan pemikiran terkemudian. 285 PEMBELAAN OKT [26] OKT menyediakan penyata saksi bertanda PSD1. Secara keseluruhannya, pembelaan OKT adalah berbentuk penafian semata- 290 mata. OKT menafikan yang dia pernah berdua-duaan dengan SP1. OKT menyatakan setiap kali OKT datang ke rumah tersebut, terdapat nenek SP1, adik SP1 dan juga abang SP1 duduk di ruang tamu tersebut. OKT menyatakan satu-satunya sentuhan yang berlaku adalah sewaktu bersalaman sahaja. 295 PENILAIAN KESELURUHAN KETERANGAN PEMBELAAN DAN PENDAKWAAN OLEH MAHKAMAH [27] Mahkamah dapati pembelaan OKT tidak pernah dibangkitkan 300 sewaktu kes pendakwaan. Pada hemat Mahkamah, pembelaan berbentuk penafian dan pemikiran terkemudian ini adalah lemah dan remeh. Pembelaan seperti yang dibangkitkan oleh OKT jauh sekali mampu mencabar keterangan semua saksi pendakwaan yang lebih kukuh dan meyakinkan. Mahkamah mendapati bahawa SP1 pada waktu 305 S/N v2edt5LLT0uv26mwnHcvoQ kejadian berumur lebih 11 tahun 5 bulan dan telah pun faham tentang keadaan atau sesuatu perkara yang salah dan tahu perbuatan seorang laki-laki yang menyentuh mana-mana anggota tubuh seorang perempuan adalah suatu perbuatan yang salah, memalukan, mengaibkan, mencemarkan maruah seorang gadis dan sesuatu yang amat hina dan 310 keji. Ini konsisten dengan keterangannya yang tidak rela perlakuan OKT buat terhadapnya. [28] Mahkamah mendapati dalam sesi soal balas OKTpula , keterangannya berubah-ubah dan tidak konsisten. Contohnya, apabila 315 disoal oleh DPP adakah OKT datang ke rumah nenek SP1 seorang diri atau dengan isterinya, beliau tidak setuju (ertinya seorang diri), Apabila ditanya sekali lagi soalan yang sama, OKT menjawab setuju pula (pergi dengan isteri). Mahkamah dapati keterangan OKT yang tidak konsisten dan berubah-ubah hanya membuktikan OKT bukan saksi yang boleh 320 dipercayai dan bukan saksi yang credible. Walau apa pun keterangan OKT samada dia pergi sendiri atau dengan isterinya, apa yang tidak dinafikan oleh OKT ialah dia memang sering ke rumah nenek SP1. OKT tidak menafikan dia ada pergi ke rumah tersebut pada bulan Oktober 2021 iaitu tempoh kejadian itu berlaku. 325 [29] Mahkamah juga mendapati sejak awal kes pendakwaan, pihak pembelaan telah gagal menunjukkan suatu pembelaan yang munasabah. Keterangan OKT pula hanyalah berbentuk penafian semata-mata dan keterangan yang direka-reka bagi melepaskan dirinya. Pihak pembelaan 330 juga telah memanggil SD2 iaitu isteri OKT. Mahkamah dapati SD2 cuba sedaya upaya utk memberi keterangan memihak kepada OKT walaupun S/N v2edt5LLT0uv26mwnHcvoQ SD2 tiada pengetahuan pun tentang kejadian yang berlaku terhadap sp1. SD2 tiada di tempat kejadian dan SD2 juga gagal membuktikan yang dia ada bersama-sama SP1 dan OKT di tempat kejadian sewaktu kejadian. 335 Perlu diingat dalam pertuduhan ini tiada tarikh spesifik yang dinyatakan oleh SP1. Pertuduhan hanyalah berdasarkan kejadian berlaku dalam bulan Oktober 2021. Maka adalah tidak logik, sd2 boleh mengingati semua perkara yang berlaku sepanjang bulan Oktober 2021. SD2 juga gagal menunjukkan suatu keadaan yang istimewa yang membolehkan 340 dia boleh ingat sesuatu peristiwa yang berlaku dalam bulan Oktober terutamanya pada hari kejadian itu berlaku. [30] SD2 juga mengesahkan dalam keterangannya bahawa suaminya iaitu OKT tidak pernah berdua-duaan dengan SP1 dalam rumah tersebut. 345 Persoalannya, apakah yang membuatkan SD2 begitu yakin yang OKT tidak pernah duduk berdua sahaja dengan SP1? Dalam keterangan SD2, SD2 menyatakan adakalanya OKT pergi bersendirian ke rumah nenek SP1 tanpa SD2 mengikut OKT. SD2 mengaku bahawa dia tidak mengikut OKT setiap masa ke rumah nenek SP1. SD2 juga pada masa yang sama 350 bersetuju yang OKT ada pergi ke rumah tersebut pada hujung minggu iaitu sabtu dan ahad. SD2 juga setuju dia tidak pergi ke rumah tersebut dalam bulan Oktober 2021. Namun SD2 terus mempertahankan OKT dalam keterangannya yang OKT tidak pernah duduk berdua dengan sp1. SD2 menyatakan terdapat orang lain juga berada bersama-sama dengan 355 sp1. Mahkamah mendapati keterangan SD2 mempunyai kepentingan peribadi untuk menyelamatkan suaminya daripada pertuduhan ini. S/N v2edt5LLT0uv26mwnHcvoQ
31
Mahkamah dapati keterangan SD2 ini jelas memihak kepada OKT walaupun SD2 sendiri sedar dan bersetuju dia tidak sepanjang masa 360
Preamble
mengikut OKT ke rumah nenek SP1. Bagaimanakah dia tahu yang OKT tidak pernah duduk berdua dengan SP1? Bagaimanakah SD2 tahu yang di rumah nenek sp2 terdapat orang lain juga bersama-sama dengan sp1 pada masa kejadian? Mahkamah dapati keterangan SD2 adalah keterangan yang dibuat tanpa pengetahuan yang jelas serta keterangan 365 memihak yang sangat ketara kerana sd2 mempunyai kepentingan peribadi tersendiri. SD2 juga menyatakan pada hujung minggu iaitu sabtu dan ahad terdapat orang lain berada di rumah tersebut. Mahkamah dapati keterangan “ada orang lain di rumah itu pada hari hari sabtu dan ahad” tidak pernah dibangkitkan sewaktu kes pendakwaan. Pada hemat 370 mahkamah, keterangan ini adalah suatu pemikiran kemudian. [32] Mahkamah dapati SD2 bukanlah saksi yang boleh diterima keterangannya. Ini kerana SD2 mengakui pada bulan Oktober 2021 dia tidak ikut OKT ke rumah nenek sp1. Mahkamah harus berhati-hati menilai 375 keterangan sd2 kerana dia adalah isteri OKT yang mempunyai kepentingan peribadi. Secara naturalnya, seorang isteri pasti ingin melepaskan suaminya daripada pertuduhan ini. Keterangan SD2 jelas sekali bersifat memihak berdasarkan keterangannya yang tidak munasabah dan tiada pengetahuan peribadi tentang kejadian yang 380 berlaku ini. Namun SD2 cuba menyatakan beliau tahu tentang apa yang terjadi walaupun beliau sendiri tiada di tempat kejadian pada masa kejadian berlaku. S/N v2edt5LLT0uv26mwnHcvoQ [33] Pembelaan SD2 dan OKT ini bukan sahaja lemah dan gagal, 385 sebaliknya menguatkan kes Pendakwaan. Ini kerana secara tidak langsung SD2 dan OKT mengesahkan bahawa OKT memang hadir di tempat kejadian pada bulan Oktober 2021. OKT tidak pernah menafikan bahawa dia tidak pernah pergi ke tempat kejadian pada masa yang material. OKT cuma menafikan dia ada berdua-duaan dengan sp1. Apa 390 yang jelas, berdasarkan pembelaan OKT, OKT tidak menafikan kehadirannya di rumah tersebut dan ada pergi ke situ pada hujung minggu.
34
Keterangan SP1 pula lebih kukuh dan konsisten berbanding OKT 395 kerana dia nampak OKT datang duduk rapat di sebelahnya dan duduk rapat di sebelah kirinya. OKT melihat tangan OKT meraba pahanya serta merasa tangan OKT masuk ke dalam seluar dalamnya dan menggosok-gosok kemaluannya beberapa kali. Semua perlakuan ini berlaku sewaktu sp1 dalam keadaan sedar dalam tempoh 5-6 minit. Tiada keterangan 400 yang kukuh yang dibawa oleh OKT bagi mencabar perlakuan tersebut. OKT tidak menafikan OKT memang sering ke rumah tersebut tidak kira hari biasa atau hujung minggu, OKT memang sering ke situ. OKT cuba membangkitkan isu bahawa abang dan adik SP1 serta nenek SP1 juga ada bersama-sama dengan SP1. Namun mahkamah dapati keterangan 405 ini hanya pernyataan kosong semata-mata. OKT tidak memanggil adik, abang dan nenek SP1 yang juga merupakan adik OKT untuk menyokong keterangannya ini. Maka keterangan ini kekal sebagai suatu keterangan yang tidak disokong dengan keterangan saksi lain bagi menyangkal keterangan SP1. Pada hemat mahkamah pembelaan OKT sekadar 410 penafian semata-mata. S/N v2edt5LLT0uv26mwnHcvoQ [35] Pada hemat mahkamah, jika OKT tidak melakukan perbuatan itu, mana mungkin SP1 boleh melihat OKT yang duduk di sebelahnya dengan rapat. Adalah tidak munasabah SP1 berbohong dan menuduh OKT 415 memasukkan tangannya menyentuh kemaluan sp1 apatah lagi untuk menceritakan kejadian itu kepada sp2, sp3 dan sp4. Bukankah hal ini memalukan diri sendiri dan menjatuhkan maruahnya? Apakah manfaat yang SP1 dapat untuk mereka-reka cerita dan membuat tuduhan tanpa asas sekiranya kejadian ini tidak berlaku? OKT adalah datuk saudaranya. 420 Adalah tidak munasabah untuk sp1 ingin merosakkan hubungan kekeluargaan melainkan kejadian tersebut benar-benar berlaku. SP1 terpaksa menceritakan kejadian tersebut kepada sp2 bagi melindungi dirinya supaya ada orang lain yang tahu tentang perkara tersebut. 425 [36] Mahkamah mempercayai keterangan SP1 yang lebih logik, konsisten dan tidak goyah walaupun cuba dicabar oleh peguam. Malahan bukan sahaja beliau merasa jari OKT telah menyentuh kemaluannya, malahan SP1 juga nampak sendiri OKT yang duduk di sebelahnya. SP1 juga nampak OKT telah cepat-cepat beredar ke ruang dapur setelah 430 memarahi OKT. Mahkamah dapati tiada sebab bagi seorang kanak-kanak seusia SP1 ingin berbohong dan ingin mengenakan OKT yang juga datuk saudaranya sendiri. Mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal mendatangkan suatu keterangan bahawa SP1 sanggup mengenakan OKT atas suatu hal yang boleh dipertimbangkan oleh Mahkamah ini. 435 S/N v2edt5LLT0uv26mwnHcvoQ [37] Berdasarkan keterangan SP1 yang konsisten dan sepadan dengan keterangan lain-lain saksi telah dengan yakin mengesahkan bahawa SP1 telah dicabul kehormatannya oleh OKT. Mahkamah dapati pembelaan 440 OKT gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. BEBAN PEMBUKTIAN DI AKHIR KES PEMBELAAN 445 [38] Di akhir kes Pembelaan, Mahkamah perlu menimbangkan keseluruhan keterangan OKT dan saksinya dan merujuk kembali keterangan saksi-saksi di peringkat kes Pendakwaan sebelum memutuskan sama ada di akhir kes Pembelaan ini, pihak TPR telah berjaya membuktikan kes di luar keraguan munasabah seperti yang 450 dinyatakan di dalam Seksyen 182A Akta 593:
1
At the conclusion of the trial, the court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt.
2
If the court finds that the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt, the court shall find the accused guilty and he may be convicted on it.
3
If the court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the court shall record an order of 460 acquittal. S/N v2edt5LLT0uv26mwnHcvoQ [39] Dalam kes MAH KOK CHEONG v. R [1953] MLJ 46, YA Spencer Wilkinson J, di muka surat 47 menjelaskan bahawa: 465 “…in ordinary criminal cases… all discussion as what might reasonably be true or what is consistent with innocence are both irrelevant and misleading. Almost every defence put forward by an accused is consistent with innocence or it would not be put forward; 470 nor would it be a very good defence if it could not reasonably be true. But whatever may be the defence to a criminal charge the sole question which a subordinate court has to ask itself at the conclusion of the trial is-Does the defence raise a reasonable doubt as to the truth of the prosecution case or as to the 475 accused’s guilt?” [40] Dalam kes BALACHANDRAN v. PP (supra), Mahkamah Persekutuan telah mengulas berkenaan dengan beban pembuktian di luar keraguan munasabah: 480 “Proof beyond reasonable doubt involves two aspects. While one is the legal burden on the prosecution to prove its case beyond reasonable doubt the other is the evidential burden on the accused to raise a reasonable doubt. Both these burdens can 485 only be fully discharged at the end of the whole case when the defence has closed its case. Therefore, a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt only at the conclusion of a trial upon a consideration of all evidence adduced as provided by s. 182A(1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be 490 S/N v2edt5LLT0uv26mwnHcvoQ the position where the accused has given evidence. However, where the accused remain silent there will be no necessity to re evaluate the evidence in order to determine whether there is a reasonable doubt in the absence of any further evidence for such a consideration. Prima facie which was capable of supporting a 495 conviction beyond reasonable doubt will constitute proof beyond reasonable doubt.” [41] Di dalam kes NAGAPPAN KUPPUSAMY v. PP (1988) 1 CLJ 238, Mahkamah Agung memutuskan: 500 “In a criminal proceeding, the onus on the prosecution throughout is to prove beyond reasonable doubt. From the beginning to the end the burden remains on the prosecution to prove the guilt of the accused. At the close of the whole case, the Court has to consider 505 all the evidence adduced by both the prosecution and the defence and has to be satisfied that the case has been proved beyond reasonable doubt.” [42] Seterusnya di dalam kes MOHD RADHI BIN YAAKOB v. PP (1991) 510 6 MLJ 169, Mohamed Azmi SCJ menyatakan: “It is well established principle of Malaysian criminal law that the general burden of proof lies throughout the trial on the prosecution to prove beyond reasonable doubt the guilt of the accused for the 515 offence with which he is charge. There is no similar burden placed on the accused to prove his innocence. He is presumed innocent S/N v2edt5LLT0uv26mwnHcvoQ until proven guilty. To earn an acquittal his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution’s case”. 520 [43] Mahkamah juga telah merujuk kepada prinsip undang-undang di dalam membuat keputusan di akhir kes Pembelaan seperti mana yang telah digariskan di dalam kes MAT v. PP (1963) MLJ 263 di mana Suffian J memutuskan seperti berikut: “The correct law for Magistrates to apply is as follows. If you accept 525 the explanation given by or on behalf of the accused, you must of course acquit. But this does not entitle you to convict if you do not believe that explanation, for he is still entitled to an acquittal if it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt, as the onus of proving his guilt lies throughout on the prosecution. If upon the 530 whole evidence you are left in a real state of doubt, the prosecution has failed to satisfy the onus of proof which lies upon it.” ALASAN KEPUTUSAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PEMBELAAN 535 Saksi Yang Berkepentingan [44] Mahkamah telah merujuk kes LIM GUAN ENG v. PP [1998] 3 MLJ di mana GOPAL SRI RAM - JCA di muka surat 48 telah memetik penghakiman WAN YAHYA H (pada ketika itu) dalam kes HJ. ABDUL 540 GHANI BIN ISHAK & ANOR v. PP [1981] 2 MLJ 230 mengenai keterangan saksi yang berkepentingan: S/N v2edt5LLT0uv26mwnHcvoQ “The witness Kipah is the wife of the first accused and she had to be called by the prosecution to fill up the chain of events in the case. 545 Answers elicited from her cross-examination by the defence had to be scrutinized with some care. As a wife testifying in a serious case against her husband, she could not be expected to be entirely immune from being unbiased or in any event, uninterested. Moreover, when there are other evidences to the 550 contrary, this court is not bound to accept each and every word in her evidence. If what was suggested is to be followed in the unqualified from, the function of the trial judge or jury will become obsolete and such function could be decided by computer. There is nothing to deter the trial judge or jury picking or choosing any piece 555 of evidence from a witness while rejecting others which he or they felt not credible enough. After all, a witness is capable of saying both truths and untruths. If for any good reason, the court feels that part of his evidence should be preferred to the other, then it is at liberty to accept that part and reject the others …” 560 [45] Di dalam kes PP v. NG NAI LIM [2011] 1 LNS 487 di mana YA HAKIM AHMADI ASNAWI telah memutuskan isu berkaitan ‘interested witness’ seperti yang berikut: 565 “Lagipun SB-2 adalah anak OKT, layak dikelaskan sebagai “interested witness”. Memang benar seperti diputuskan dalam kes Balasingham v. PP [1959] 1 LNS 8 “… there is no legal presumption that an interested witness should not be believed. He is entitled to credence until cogent reasons for disbelief can be 570 S/N v2edt5LLT0uv26mwnHcvoQ advanced in the light of evidence to the contrary and the surrounding circumstances …” [46] Mahkamah mendapati OKT dan SD2 adalah saksi yang mempunyai kepentingan di dalam kes ini. Mereka adalah suami isteri. 575 Oleh yang demikian keterangan SD2 naturally in favour of the OKT. Namun Mahkamah dapati keterangan SD2 gagal mematahkan keterangan semua saksi Pendakwaan. Keterangan SD2 jelas banyak memihak kepada suaminya walau pun beliau sendiri tidak melihat apa yang berlaku dan tidak ada sebarang pengetahuan tentang kejadian 580 tersebut. Peranan beliau tidak banyak membantu OKT. Keterangannya tidak boleh dipercayai dan tidak credible. Mere Denial & Reasonably Dislodge The Prosecution’s Case 585 [47] Pembelaan OKT ialah dia tidak menyentuh dan menggosok kemaluan SP1 adalah satu mere denial yang konsisten dari OKT sejak awal perbicaraan kes ini. Mahkamah telah merujuk kepada kes RAZI AMNIN v. PP [2010] 7 CLJ 771 (Criminial Appeal) di mana Hakim telah memutuskan: 590 “…It is trite law that mere denial without other proof to reasonably dislodge the prosecution’s case is insufficient to earn an acquittal...,” 595 S/N v2edt5LLT0uv26mwnHcvoQ [48] Persoalan bagi Mahkamah di dalam kes ini ialah jika terdapat keterangan yang munasabah untuk mematah atau menangkis (i.e reasonably dislodge) kes pihak Pendakwaan. Untuk menjawab soalan tersebut, Mahkamah telah menghalusi keterangan saksi-saksi 600 Pendakwaan seperti mana yang diterangkan dalam perenggan terdahulu. Di antara keterangan corroboration yang material adalah keterangan SP2, sp2 dan sp3 juga SP7. [49] Di dalam kes CAMARA MAMODOU v. PP [2014] CRIMINAL 605 APPEAL NO: B-05-195-07/2013 (GIN) - CLJ LAW pula, YA Hakim Mahkamah Rayuan Dato’ Zamani A. Rahim telah menyatakan seperti berikut; “26. …Learned counsel cited the English Court of Appeal case of R v Ward [1993], where it was held that: 610 “The prosecution’s duty at common law to disclose to the defence all elevant material, i.e. evidence which tended either to weaken the prosecution’s case or to strengthen the defence case, required the police to disclose to the prosecution all 615 witness statements and the prosecution to supply copies of such witness statement to the defence or to allow them to inspect the statements and make copies unless there was good reasons for not doing so. Furthermore, the prosecution was under a duty, which continued during pretrial period and 620 throughout the trial, to disclose to the defence all relevant scientific material, whether it strengthened the prosecution case or assisted the defence case and whether or not the S/N v2edt5LLT0uv26mwnHcvoQ defence made a specific request for disclosure. Pursuant to that duty the prosecution was required to make available 625 records of all relevant experiments and tests which tended to cast doubts on the opinions he was expressing was under a clear obligation to bring the records of such experiments and tests to the attention of the solicitor who was instructing him so that they might be disclosed to the other party.” 630 A Reasonable Doubt [50] Keraguan yang munasabah adalah satu pembelaan undang-undang jenayah yang mantap dan menjadi nadi bagi seorang OKT untuk 635 melepaskan dari sesuatu pertuduhan. Di sini Mahkamah merujuk kes MOHD RADHI BIN YAAKOB v. PP (supra), di mana Mohamed Azmi SCJ telah menyatakan: “…. To earn an acquittal his duty is merely to cast a reasonable 640 doubt in the prosecution’s case.” [51] Keraguan yang munasabah telah gagal ditimbulkan oleh pihak OKT dengan gagal mematahkan keterangan saksi Pendakwaan dan Pembelaan gagal memanggil saksinya untuk mematahkan keterangan 645 saksi-saksi pendakwaan terutamanya SP1. S/N v2edt5LLT0uv26mwnHcvoQ [52] Merujuk kes MILLER v. MINISTER OF PENSIONS [1947] 2 ALL 650 ER 373 DAN PP v. SAIMIN & ORS [1971]2 MLJ 16, Mahkamah ini mendapati pembelaan yang dikemukakan oleh OKT adalah satu mere denial, afterthought, bersifat fanciful ataupun imaginary semata-mata. KESIMPULAN/KEPUTUSAN 655 [53] Berdasarkan alasan-alasan yang tersebut di atas dan setelah meneliti dan menilai kembali keseluruhan keterangan di peringkat kes Pendakwaan dan kes Pembelaan secara maksima dan setelah merujuk kepada prinsip di dalam kes MAT v. PP (supra) yang tersebut di atas, 660 Mahkamah memutuskan di akhir kes Pembelaan ini bahawa OKT telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwaan. [54] Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan bahawa pihak TPR 665 telah berjaya untuk membuktikan pertuduhan terhadap OKT di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang dibaca Bersama s16(1) Akta sama yang melampaui keraguan yang munasabah. Justeru, OKT adalah didapati bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan tersebut. 670 RAYUAN [55] Secara ringkasnya, rayuan OKT adalah bagi peringanan hukuman kerana beliau telah tua berumur 54 tahun (masa kejadian OKT berumur 675 51 tahun). OKT pesalah pertama dan tiada rekod jenayah lampau. OKT S/N v2edt5LLT0uv26mwnHcvoQ mempunyai hubungan baik dengan keluarganya. OKT adalah suami dan bapa yang bertanggungjawab. OKT telah berikan kerjasama yang baik kepada pihak polis dan tidak pernah melarikan diri. Kanak-kanak bukan di bawah jagaan OKT. Pohon tidak mengenakan s16(1). 680 HUJAHAN PEMBERATAN TPR [56] TPR memohon hukuman yang berat atas faktor kepentingan awam, keseriusan kesalahan, jenayah yang melibatkan kesalahan seksual 685 kanak-kanak adalah isu kepentingan awam dan juga trauma terhadap mangsa hendaklah juga dipertimbangkan. Pohon pertimbangkan bahawa OKT adalah datuk saudara mangsa. Kesalahan seksual semakin meningkat. Saya pohon hukuman tambahan di bawag s16(1) berdasarkan terdapatnya hubungan amanah di antara OKT-mangsa. 690 HUKUMAN [57] Setelah Mahkamah menimbangkan mitigasi OKT dan hujahan TPR, Mahkamah memutuskan seperti berikut: 695 i. OKT dihukum penjara selama 7 tahun dari tarikh Perintah ini dan tambahan 2 tahun penjara lagi di bawah s16(1) Akta sama. ii. OKT hendaklah menjalani kaunseling pemulihan selama dia 700 ditahan dalam penjara di bawah Seksyen 26. iii. 2 tahun pengawasan polis di bawah Seksyen 27. S/N v2edt5LLT0uv26mwnHcvoQ Alasan Mahkamah (Hukuman) 705 [58] Mahkamah telah mempertimbangkan semua aspek mitigasi pembelaan dan hujahan TPR, Mahkamah turut menimbangkan bahawa kesalahan seksual terhadap kanak-kanak adalah isu kepentingan awam dan kesalahan yang serius, dan juga hubungan amanah yang wujud di antara OKT dengan mangsa. OKT ialah datuk saudara kepada mangsa 710 dan umur mangsa yang masih muda iaitu 11 tahun 5 bulan. Mahkamah turut juga menimbangkan yang anggota tubuh yang disentuh oleh OKT adalah kemaluan mangsa iaitu suatu anggota tubuh yang sulit dan sensitive kepada seorang perempuan. Mahkamah turut menimbangkan trauma mangsa setelah kejadian itu berlaku. Mahkamah menimbangkan 715 juga bahawa OKT sebagai orang yang ada hubungan amanah dan pertalian darah dengan mangsa telah khianat amanah tersebut. OKT sepatutnya melindungi mangsa dan bukannya mengambil kesempatan terhadap kelemahan mangsa yang masih kanak-kanak. Mahkamah juga dapati perlakuan OKT ini telah dirancang dengan rapi dan bukan sesuatu 720 yang belaku secara spontan atau tidak sengaja. Sebaliknya beliau sengaja duduk rapat dengan SP1 untuk melakukan perbuatan amang seksual tersebut.
59
Walaupun mangsa tidak dijaga oleh OKT namun hubungan 725 amanah telah terwujud secara semula jadi atas dasar hubungan darah di antara datuk saudara-cucu saudara. Mangsa pasti meletakkan kepercayaan kepada OKT selaku datuk saudaranya sendiri sebaliknya OKT telah khianat amanah tersebut dengan melakukan perbuatan keji yang mencemarkan maruah mangsa dengan menyentuh kemaluan 730 S/N v2edt5LLT0uv26mwnHcvoQ mangsa. Mangsa seorang kanak-kanak yang tidak dapat mempertahankan diri sendiri. Pengkhianatan terhadap amanah ini merupakan suatu kesalahan berat dan serius. Mangsa selaku cucu saudara kepada OKT sudah tentu mempercayai OKT sebagai pelindungnya namun OKT sebagai seorang datuk saudara telah 735 mengambil kesempatan melakukan perbuatan tidak baik dan keji. Pada hemat mahkamah ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan oleh mahkamah.
60
Pada hemat mahkamah, OKT ini hendaklah diberikan pengajaran 740 dan hukuman yang setimpal yang dapat memberi mesej yang sama kepada masyarakat di luar sana supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama kepada kanak-kanak. Mahkamah mempertimbang juga umur OKT yang telah berumur 54 tahun. Maka atas dasar ini OKT tidak dikenakan hukuman sebatan atas faktor usianya. Namun demikian, Akta 745 tidak menghalang hukuman sebatan dikenakan kerana Akta membolehkan hukuman sebatan dikenakan tanpa mengira umur OKT. Mahkamah serahkan kepada budi bicara YA HMT jika ingin menambah kepada hukuman sebatan, sekiranya YA merasakan hukuman itu wajar dan perlu. Untuk makluman YA juga , hanya OKT sahaja yang merayu 750 terhadap sabitan dan hukuman manakala YA TPR tidak merayu terhadap hukuman tersebut. [61] Oleh itu, Mahkamah berpendapat hukuman penjara 9 tahun ini ( 7 tahun dan 2 tahun tambahan) adalah mencukupi dan wajar bagi 755 memberi pengajaran kepada OKT dan orang awam di luar sana agar tidak melakukan perbuatan yang sama kerana jenayah ini serius dan S/N v2edt5LLT0uv26mwnHcvoQ berat dari segi hukuman mandatori adalah penjara sahaja dan tiada hukuman selain itu. 760
62
Mahkamah juga telah membenarkan permohonan penggantungan pelaksanaan hukuman terhadap OKT atas permohonan peguamnya. 765 (NORSHILA BINTI KAMARUDDIN) Hakim Mahkamah Sesyen Ampang, Selangor 770 Bertarikh : 11/11/2025 Timbalan Pendakwa Raya : Pn. Nurfadzlin binti Mahmad Zulhasnan 775 Peguambela : En. Mohamed Ibrahim Mohamad (Tetuan Ibrahim & Fuaadah)12F, Jalan Bidara 8, SU Mall, Saujana Utama 3, Sg Buloh,Selangor 780 S/N v2edt5LLT0uv26mwnHcvoQ
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.