Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN NO: BA-25-51-04/2024 ANTARA MAGHESWARAN A/L SUPRAMANIAM (NO K/P:920807-02-5949) … PEMOHON
BA-25-51-04/2024
High Court of Malaysia7 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN NO: BA-25-51-04/2024 ANTARA MAGHESWARAN A/L SUPRAMANIAM (NO K/P:920807-02-5949) … PEMOHON
1
TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI
2
KETUA POLIS NEGARA
3
KETUA POLIS DAERAH KUBANG PASU KEDAH …RESPONDEN-RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN (Lampiran 8)
1
Pada 4.9.2024, Pemohon telah diberi kebenaran untuk memohon semakan kehakiman. Lampiran 8 adalah permohonan substantif Pemohon untuk –
i
perintah deklarasi bahawa perintah sekatan bertarikh 1.3.2024 Responden Pertama (Perintah Sekatan) adalah tidak sah kerana bertentangan dengan Artikel 4,5, 7, 8, 149 dan 151 Perlembagaan Persekutuan (PP) dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (Akta LLPK);
II
(ii) perintah certiorari untuk membatalkan Perintah Sekatan tersebut;
III
(iii) perintah deklarasi yang sekatan-sekatan di dalam Perintah Sekatan tersebut tidak sah dan terbatal;
IV
(iv) perintah mandamus agar Pemohon di hadapkan di Mahkamah dan dibebaskan dengan serta-merta; dan
v
kos.
2
Setelah meneliti suratcara permohonan Pemohon dan hujahan kedua pihak, Mahkamah menolak Lampiran 8. Berikut alasan keputusan tersebut. Latarbelakang kes
3
Pemohon telah ditangkap pada 16.1.2024. Laporan penyiasatan Pegawai Penyiasat telah dikemukakan pada 2.2.2024 manakala laporan Pegawai Siasatan dikemukakan pada 22.2.2024. Responden Pertama mengeluarkan Perintah Sekatan tersebut pada 1.3.2024 dan Pemohon disekat selama 2 tahun di Bandar Changlun, Daerah Kubang Pasu, Kedah. Aduan-aduan Pemohon dalam pernyataannya
4
Dalam pernyataan di bawah A.53 k.3(2) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KM), Pemohon menyatakan alasan-alasan berikut untuk permohonannya –
i
terdapat perlanggaran seksyen 3(2) Akta LLPK kerana laporan-laporan tidak diserahkan kepada Responden
II
(ii) terdapat perlanggaran seksyen 4 Akta LLPK kerana Pegawai Penyiasat gagal menjalankan siasatan dan gagal mematuhi prosidur;
III
(iii) terdapat perlanggaran seksyen 5(3) Akta LLPK kerana Pegawai Siasatan bukan orang yang berkelayakan dan beliau gagal mengambil keterangan Pemohon dan menjalankan siasatan;
IV
(iv) terdapat perlanggaran seksyen 6 Akta LLPK kerana salinan Perintah Sekatan tidak diserahkan kepada Pemohon;
v
terdapat perlanggaran terhadap Akta LLPK dan Kaedah-Kaedah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (Prosedur Lembaga Penasihat) 1987 (Kaedah-Kaedah) kerana Pemohon tidak diserahkan salinan Perintah Sekatan, dokumen dan notis seperti yang diwajibkan;
VI
(vi) Perintah Sekatan itu tidak sah dan tidak mengikut undang-undang;
VII
(vii) terdapat perlanggaran mukadimah Akta LLPK dan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan (PP) kerana Perintah Sekatan itu tidak mengandungi alasan-alasan;
VIII
(viii) terdapat perlanggaran Perkara 5(1) dan 8 PP kerana Perintah Sekatan itu tidak mengikut undang-undang;
IX
(ix) terdapat perlanggaran Perkara 5(3) PP kerana Pemohon tidak diberitahu sebab dan alasan tangkapannya; dan
x
seksyen 11C Akta LLPK tidak berperlembagaan kerana melanggar Perkara 4(1), 8(1) dan 121 PP.
5
Dalam hujahan bertulisnya, Pemohon tertumpu kepada ketidakpatuhan prosidur yang ditetapkan untuk penahanan dan sekatannya atas alasan-alasan berikut –
i
perlanggaran seksyen 6(3) Akta LLPK kerana Pemohon hanya dihantar ke Changlun pada 2.3.2024 jam 4:23 pagi;
II
(ii) perlanggaran seksyen 5 Akta LLPK kerana Pegawai Siasatan tidak berkelayakan;
III
(iii) Pemohon hanya diberikan salinan perintah sekatan tetapi bukan alasan-alasan;
IV
(iv) Pemohon tidak diberikan salinan kenyataan yang diambil oleh Pegawai Siasatan; dan
v
kelewatan di pihak Pegawai Penyiasat, Pegawai Siastan dan Responden Pertama dalam menyediakan laporan masing-masing atau perintah sekatan berkenaan.
6
Responden pula berhujah aduan-aduan Pemohon tidak bermerit. Secara khusus, Responden berhujah –
i
tiada kelewatan dalam menghantar Pemohon untuk lapor diri di Balai Polis Kubang Pasu;
II
(ii) Pegawai Siasatan telah mengikrarkan afidavit bahawa dia bertugas sebagai Timbalan Pendakwa Raya yang jelas menunjukkan dia berkelayakan;
III
(iii) tiada sebarang peruntukan undang-undang yang mewajibkan serahan dokumen selain perintah sekatan;
IV
(iv) dalam kes ini, Pegawai Siasatan mengambil keterangan secara lisan dan oleh itu tiada kenyataan dirakam untuk diserahkan kepada Pemohon; dan
v
tiada had masa untuk pihak-pihak bertindak dalam menyediakan laporan dan/atau perintah melainkan ianya dibuat dalam tempoh 60 hari dari tarikh tahanan Pemohon. Analisa dan dapatan
7
Akta LLPK merupakan perundangan pencegah yang memberi kuasa kepada Responden Pertama untuk mengeluarkan perintah tahanan atau sekatan terhadap mana-mana individu yang disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran atau penyeludupan dadah, walaupun individu itu belum dituduh atau disabitkan kesalahan melalui proses perbicaraan.
8
Undang-undang ini terletak di bawah rangka undang-undang bersifat pencegah yang dibenarkan di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan untuk menangani ancaman kepada keselamatan, ketenteraman awam atau penyalahgunaan dadah.
9
Keputusan Responden Pertama boleh dicabar di Mahkamah melalui proses semakan kehakiman dan kebiasaannya, cabaran itu terhad kepada pematuhan ketat peruntukan-peruntukan prosidur. Kegagalan mematuhi prosidur boleh menjadikan perintah sekatan itu cacat dan mewajarkan perintah itu dibatalkan Mahkamah.
10
Dalam kes Chua Kian Voon v. Menteri Dalam Negeri Malaysia & Ors [2020] 1 MLJ 351, Zawawi Salleh HMP memutuskan –
i
di 362 – “A detainee is entitled to take advantage of any technical defect which has the effect of invalidating the detention (see Ng Hong Choon v Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri & Anor [1994] 3 MLJ 285; [1994] 4 CLJ 47). Even if the detention was originally made in the exercise of a legal power, the said detention order subsequently becomes invalid over a passage of time (see Lui Ah Yong v Superintendent of Prisons, Penang [1977] 2 MLJ 226; Jayaganesan a/l Ramakrishnan v Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors [2019] 6 MLJ 697; [2019] 5 AMR 509; Vishnu a/l Telagan v Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors [2019] 6 MLJ 1; [2019] 9 CLJ 177).”; dan
II
(ii) di 377 – “we would like to emphasis that under the provision of 1985 Act, non-compliance with any procedural requirements are the only safeguard available to detenu since the court is not allowed to go beyond the subjective satisfaction of the minister. Therefore, the procedure requirements must be strictly and faithfully complied with.”
11
Dengan berpandukan prinsip undang-undang ini, Mahkamah telah meneliti kesemua aduan Pemohon. Berkenaan aduan Pemohon yang terdapatnya kelewatan dalam menghantarnya ke tempat sekatan di Changlun, Mahkamah telah meneliti peruntukan seksyen 6(3) Akta LLPK.
12
Seksyen 6(3) Akta LLPK memperuntukkan – “Jika Menteri berpuas hati bahawa bagi maksud yang disebut dalam subseksyen (1) kawalan dan pengawasan perlu dibuat ke atas mana-mana orang atau bahawa sekatan dan syarat harus dikenakan ke atas orang itu berkenaan dengan aktivitinya, kebebasannya bergerak atau tempat kediamannya atau tempat kerjanya, tetapi tidak perlu menahan orang itu bagi maksud itu, Menteri boleh membuat perintah (kemudian daripada ini disebut “perintah sekatan”) mengenakan ke atas orang itu (kemudian daripada ini disebut “orang sekatan”) semua atau mana-mana daripada sekatan dan syarat yang berikut:
a
bahawa dia hendaklah tertakluk kepada pengawasan polis selama suatu tempoh yang tidak melebihi dua tahun;
b
bahawa dia hendaklah tinggal di dalam sesebuah Negeri atau di mana-mana Wilayah Persekutuan atau mana-mana kawasannya yang dinyatakan di dalam perintah sekatan itu;
c
bahawa dia tidak boleh menukar kediamannya ke manamana kawasan lain tanpa kebenaran bertulis Ketua Pegawai Polis Negeri atau Wilayah Persekutuan yang berkenaan;
d
bahawa kecuali setakat yang diperuntukkan selainnya oleh perintah sekatan itu, dia tidak boleh meninggalkan kawasan di mana dia tinggal tanpa kebenaran bertulis Ketua Pegawai Polis Negeri atau Wilayah Persekutuan yang berkenaan;
e
bahawa dia hendaklah sentiasa memastikan Pegawai Penjaga Daerah Polis di mana dia tinggal, tahu rumah atau tempat tinggalnya;
f
bahawa dia hendaklah pada waktu atau waktu-waktu sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah sekatan itu menghadirkan diri di balai polis yang hampir sekali;
g
bahawa dia hendaklah berada di dalam rumah, atau di dalam kawasan sebagaimana yang ditentukan dalam perintah sekatan itu, di antara waktu sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah sekatan itu, kecuali dia mendapat kebenaran khas sebaliknya daripada Pegawai
h
bahawa kecuali setakat yang diperuntukkan selainnya oleh perintah sekatan itu, dia tidak boleh memasuki mana-mana kawasan yang dinyatakan dalam perintah sekatan itu;
i
bahawa dia hendaklah menjaga keamanan dan berkelakuan baik;
j
bahawa dia hendaklah mengikat suatu bon, dengan atau tanpa penjamin sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri dan sebanyak amaun sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah sekatan itu, bagi pematuhan wajar sekatan dan syarat yang dikenakan ke atasnya oleh perintah sekatan itu.”
13
Dalam afidavit-afidavit anggota yang mengiringi Pemohon dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu dan seterusnya ke Bandar Changlun, mereka menegaskan tugasan ini telah dilaksanakan dengan kadar kesegeraan praktik mengambilkira urusan logistik dan keselamatan.
14
Dalam keadaan ini, Mahkamah berpandangan aduan Pemohon tidak bermerit.
15
Aduan Pemohon yang adanya keperluan dia diberikan alasan-alasan bersama Perintah Sekatan tidak bersandarkan mana-mana peruntukan dalam Akta LLPK. Dalam kes Lee Kew Sang v. Timbalan Menteri Dalam Negeri & Ors [2005] 3 CLJ 914, (Lee Kew Sang) Abdul Hamid Mohamad HMP memutuskan di 930 – “… that it was not for the courts to create procedural requirements because it is not for the court to make law or rules. If there is no such procedural requirement then there cannot be non-compliance thereof. Only if there is that there can be non-compliance thereof and only then that the court should consider whether on the facts there has been non-compliance.” (Muhammad Fitri bin Saad lwn Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia dan lain-lain -2025] 1 MLJ 606 di 617)
16
Aduan Pemohon berkenaan kelayakan Pegawai Siasatan tidak bermerit kerana dalam afidavit beliau, Pegawai Siasatan telah mengikrarkan yang dia mempunyai ijazah dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan kini bertugas sebagai Timbalan Pendakwa Raya dan bukannya seorang pegawai polis. Mahkamah berpuas hati ini menepati seksyen 5(1) Akta LLPK.
17
Berkenaan aduan Pemohon yang dia tidak diberikan salinan kenyataan yang dirakamkan oleh Pegawai Siasatan, Mahkamah telah meneliti seksyen 5(3) Akta LLPK yang memperuntukkan – “Seseorang Pegawai Siasatan boleh, mengikut budi bicaranya, bagi maksud subseksyen (2) —
a
menghendaki seseorang yang ditahan di bawah seksyen 3 hadir di hadapannya;
b
mendapatkan dan menerima semua keterangan, sama ada lisan atau bertulis dan sama ada keterangan itu boleh diterima atau tidak di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa berhubung dengan keterangan atau tatacara jenayah, yang difikirkannya perlu atau dikehendaki;
c
memanggil dan memeriksa saksi yang telah bersumpah atau berikrar, dan boleh bagi maksud itu mengendalikan sumpah atau ikrar;
d
menghendaki supaya dikemukakan apa-apa dokumen ataubenda lain yang pada pendapatnya berkaitan kepada kes itu.”
18
Pegawai Siasatan mengikrarkan bahawa dia tidak merngambil rakaman percakapan daripada Pemohon. Sebaliknya beliau menjalankan penyiasatan dengan mengambil keterangan Pemohon secara lisan pada 9.2.2024. Ini suatu pelaksanaan budibicara beliau dan dalam keadaan di mana tiada percakapan dirakamkan, kegagalan memberikan percakapan itu tidak boleh dikatakan suatu keingkaran prosidur Akta LLPK.
19
Aduan Pemohon berkenaan kelewatan di pihak Pegawai Penyiasat, Pegawai Siasatan dan Responden Pertama tidak berasas. Tiada apa-apa peruntukan dalam Akta LLPK yang menetapkan tempoh masa ketiga individu ini perlu menyediakan laporan dan/atau Perintah Sekatan tersebut.
20
Dalam kes Lee Kew Sang (supra), Abdul Hamid Mohamad HMP merumuskan di 935 – “… there is no requirement anywhere in the law or the rules that a detention order must be made within a certain period of the alleged criminal acts. There in no limitation period, so to speak. That being the so, there can be no noncompliance thereof. It is not the function of the court to create such a limitation period or a procedural requirement.” (Muhammad Redzuan Omar v. Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia & Anor [2023] 2 CLJ 859 di 882)
21
Dalam keadaan ini, aduan Pemohon yang terdapatnya kelewatan dan yang ini suatu keingkaran prosidur yang ditetapkan di bawah Akta LLPK tidak berasas langsung.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.