Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: JA-22NCC-48-07/2024 ANTARA MAH SAU CHEONG … PLAINTIF
JA-22NCC-48-07/2024
High Court of Malaysia5 Sept 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“tuk memberikan satu injunksi ad-interim untuk mengekalkan status quo pihak-pihak sementara pelupusan Lampiran 12. Untuk itu, Mahkamah ini merujuk kepada nas-nas asas injunksi seperti di dalam s.51(1) Specific Relief Act 1950, A29, k.1(1) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012, kes American Cyanamid Co v Ethicon Ltd [1975] 1 All E”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: JA-22NCC-48-07/2024 ANTARA MAH SAU CHEONG … PLAINTIF
1
SOUTH MALAYSIA INDUSTRIES BERHAD (No. Syarikat: 196901000152 (8482-D))
2
HOSIN APPAREL SDN BHD (No. Syarikat: 197601002106 (28091-H))
3
HIQ MEDIA (MALAYSIA) SDN BHD (No. Syarikat: 199901020313 (495213-U))
4
TECHBASE INDUSTRIES BERHAD (No. Syarikat: 199201019353 (250857-T))
5
YB VENTURES BERHAD (No. Syarikat: 200001013437 (516043-K))
6
YI-LAI MARKETING SDN BHD (No. Syarikat: 199801003216 (459342-W))
7
YI-LAI INDUSTRY BERHAD (No. Syarikat: 198701006696 (165410-W))
8
TECHBASE SOLUTION SDN BHD (No. Syarikat: 200901025479 (868581-M))
9
TECHBASE SYSTEM SDN BHD (No. Syarikat: 202001031826 (1388146-M))
10
YB TECHNOLOGIES SDN BHD (No. Syarikat: 202001029775 (1386095-K))
11
TACOCAT SDN BHD (No. Syarikat: 202001042058 (1398379-A))
12
TRIDEAS SOLUTION SDN BHD (No. Syarikat: 201101029555 (957690-U)) S/N 2p0VBtDnkUusx4A2dajxoA
13
RESERVOIR LINK HOLDINGS SDN. BHD. (No. Syarikat: 201901019323 (1328652-U))
14
LASER CAPITAL HOLDINGS SDN. BHD. (No. Syarikat: 19901023378 (498278-M))
15
GLASS & PLASTIC PACKAGING SDN. BHD. (No. Syarikat: 200501019944 (702063-T))
16
16.
17
17.
18
18.
19
19.
20
20.
21
21.
22
22.
23
23.
24
24.
25
25.
26
WI KIM SWEE 27
28
28.
29
29.
30
TARGET 1 SDN. BHD. ... DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Plaintif (P) di dalam kes ini telah membawa satu tuntutan Writ Saman bertarikh 04.07.2024 (Lampiran 1) ke atas Defendan Pertama hingga Defendan Ketiga Puluh (“D1 – D30”) untuk S/N 2p0VBtDnkUusx4A2dajxoA gantirugi-gantirugi tertentu berikutan berlakunya pertelingkahan dalaman mengenai jual beli saham-saham dan kawalan syarikat D1 yang merupakan sebuah syarikat tersenarai awam di Malaysia di mana P secara langsung memegang 16,056,024 saham di dalam D1. [2] P selanjutnya pada 26.08.2024 telah memfailkan Notis Permohonan (Lampiran 12) untuk memohon perintah interim, sehingga Lampiran 1 didengar dan dilupuskan, seperti berikut: -
a
satu injunksi interim bagi menghalang D2, D3, D16, D28, D29 dan/atau D30 daripada mengambil sebarang langkah lanjut di bawah Notis Tawaran Pengambilalihan Mandatori Tanpa Syarat bertarikh 20.08.2024 (“Notis Tawaran”) untuk memperoleh saham-saham dalam D1; dan
b
satu injunksi interim bagi menghalang D1 daripada mengambil sebarang langkah lanjut di bawah Notis Tawaran tersebut. [3]
Lampiran
Lampiran 12 ini telah ditetapkan tarikh pendengarannya pada 27.10.2024. [4] Semasa pengurusan Lampiran 12 secara e-review pada 28.8.2024, peguam D1 telah memaklumkan Mahkamah ini bahawa D1 tidak ada bantahan terhadap Lampiran 12. [5] Melalui surat bertarikh 03.09.2024, peguam P memohon Mahkamah ini menetapkan satu tarikh pendengaran segera untuk P memohon S/N 2p0VBtDnkUusx4A2dajxoA perintah injunksi ad interim sementara menunggu pendengaran Lampiran 12 pada 27.10.2024. Alasan P adalah terdapat keperluan mendesak untuk pihaknya mendapatkan perintah ad interim tersebut memandangkan peguam D30 memaklumkan kepada peguam P bahawa D30 akan meneruskan dengan perkara-perkara yang dinyatakan dalam Notis Tawaran yang akan memberi kesan langsung kepada P. [6] Melalui surat bertarikh 04.09.2024, peguam D2 sehingga D12, D14 sehingga D21 dan D28 sehingga D30 telah membantah permohonan P dalam surat bertarikh 03.09.2024 tersebut dan memohon pendengaran Lampiran 12 diteruskan seperti dijadualkan. [7] Mahkamah ini kemudiannya menetapkan tarikh 05.09.2024 untuk mendengar pihak-pihak untuk maksud permohonan injunksi ad-interim P tersebut. [8] Pada tarikh 04.09.2024, Mahkamah ini telah menerima surat daripada Tetuan Lim Chee Wee Partnership selaku peguamcara yang dilantik oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (“SC”) yang memohon kebenaran untuk dijemput ke Mahkamah pada 05.09.2024 atas kapasiti sebagai amicus curiae untuk memberikan pandangan SC dalam permohonan injunksi ad interim oleh P. [9] Mahkamah telah membenarkan permohonan SC atas alasan yang akan dikemukakan dalam alasan penghakiman ini walaupun penyertaan mereka dalam pendengaran pada 05.09.2024 dibantah pihak P dan D. S/N 2p0VBtDnkUusx4A2dajxoA Isu Kehadiran SC sebagai amicus curiae [10] Berkenaan siapa yang terjumlah kepada seorang amicus curiae, Mahkamah ini merujuk kepada Tai Chou Yu v Ian Chin Hon Chong [2002] 2 CLJ 259 (Mahkamah Tinggi) di mana diputuskan: - “Who is an amicus curiae. In P. Ramanatha Aiyar's The Law Lexicon, 2nd edn. 1997, amicus curiae is defined as a friend of the court, being a person who voluntarily or on invitation of the court, and not on the instruction of any party helps the court in any judicial proceedings. In the instant case notwithstanding that the senior federal counsel has volunteered to help the court in her capacity as amicus curiae, however, in my view she can only be heard if invited by the court to do so.”. [11] Ianya terbuka kepada Mahkamah ini untuk menjemput pihak SC sebagai amicus curiae dalam walaupun SC bukanlah pihak kepada tindakan utama dalam kes ini. Rujuk Jerry Wa Dusing & Anor v Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & Ors [2017] 1 CLJ 133 (Mahkamah Rayuan): - “From the above case, it is quite clear where a party does not have a right to intervene but the court takes the view that the importance of the questions involved in the proceedings; the intervention as amicus curiae is permissible. Brennan CJ in the Australian case of Levy has set out some guidelines for consideration to allow an applicant to intervene as amicus curiae and in the article cited above, it has been summarised as follows: (a) The court must be cautious in considering applications for leave to appear as amicus as the efficient operation of the court could be prejudiced; S/N 2p0VBtDnkUusx4A2dajxoA (b) The court must be of the opinion that the amicus will significantly assist the court and that any resultant cost to the parties or any subsequent delay will not be disproportionate to the anticipated assistance; (c) The current parties to the matter must be unable or unwilling to provide the assistance to the court proposed by the amicus that is needed to arrive at the correct decision in the case.”. [12] Berbalik kepada kes ini, Mahkamah ini telah membenarkan sekaligus menjemput SC sebagai amicus curiae untuk turut serta semasa permohonan injunksi ad-interim atas alasan-alasan berikut. [13] Pertama sekali, SC mempunyai peranan yang penting dan signifikan sebagai badan statutori yang berfungsi untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia. [14] Mengenai itu, Mahkamah ini merujuk kuasa-kuasa penyeliaan dan penguatkuasaan SC dalam seksyen 15 Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 [Akta 498] yang memperuntukkan seperti berikut: - “15(1) Suruhanjaya hendaklah mempunyai fungsi yang berikut: (a) menasihati Menteri dalam segala perkara berhubungan dengan pasaran modal; (b) mengawal selia segala perkara berhubungan dengan pasaran modal; (c) memastikan bahawa peruntukan undang-undang sekuriti dipatuhi; (d) mengawal selia pemgambilalihan dan pencantuman syarikat; S/N 2p0VBtDnkUusx4A2dajxoA (e) memajukan dan mengawal selia segala perkara yang berhubungan dengan pengurusan kumpulan wang, termasuklah skim unit amanah dan skim persaraan swasta; (f) bertanggungjawab bagi mengawasi dan menyelia aktiviti mana-mana syarikat pemegangan bursa, bursa saham, bursa derivatif, pusat penjelasan dan depositori pusat; (g) mengambil segala langkah yang munasabah untuk mengekalkan keyakinan pelabur dalam pasaran modal dengan memastikan adanya perlindungan yang mencukupi bagi pelabur; (h) untuk memajukan dan menggalakkan perlakuan yang sesuai di kalangan organisasi peserta, peserta, gabungan, peserta depositori dan kesemua orang berlesen atau berdaftar sesuatu bursa, pusat penjelasan dan depositori pusat, mengikut mana-mana yang berkenaan; (i) membanteras amalan yang menyalahi undang-undang, yang hina dan yang tidak patut dalam pasaran modal, dan pemberian nasihat pelaburan atau perkhidmatan lain berhubungan dengan pasaran modal; (j) menimbangkan dan membuat syor bagi pembaharuan undang-undang sekuriti; (k) menggalakkan dan memajukan pembangunan pasaran modal di Malaysia termasuk penyelidikan dan latihan berkaitan dengannya; (l) menggalakkan dan memajukan pengawalseliaan sendiri oleh persatuan profesional atau institusi pasaran dalam pasaran modal; (m) melesenkan, mendaftarkan, membenarkan, meluluskan dan mengawasi semua orang yang melibatkan diri dalam aktiviti terkawal atau menyediakan perkhidmatan pasaran modal sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang sekuriti; S/N 2p0VBtDnkUusx4A2dajxoA (n) memajukan dan mengekalkan integriti semua orang berlesen, orang berdaftar, orang yang telah diluluskan dan peserta dalam pasaran modal; (o) mendaftar atau mengiktiraf semua juruaudit entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual bagi maksud Akta ini, dan untuk mengawasi mana-mana orang yang menyediakan laporan berhubung dengan maklumat kewangan entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual, berhubung dengan aktiviti pasaran modal; (oa) menggalakkan keyakinan terhadap kualiti dan kebolehpercayaan penyata kewangan teraudit di Malaysia, dan untuk menggalakkan dan membangunkan suatu kerangka kerja pemantauan audit yang berkesan dan teguh di Malaysia; (p) mengambil segala langkah yang munasabah untuk mengawasi, mengurangkan dan menguruskan risiko sistematik yang berbangkit daripada pasaran modal; (q) menggalakkan dan mengawal selia tadbir urus korporat dan piawaian perakaunan diluluskan untuk syarikat tersenarai; dan (r) menentukan dan meluluskan piawaian kelayakan profesional bagi pasaran modal.”. [15] Selain itu, SC juga diberikan kuasa di bawah Seksyen 217 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671] berkenaan pentadbiran pengambilalihan dan penggabungan syarikat iaitu seperti berikut: - “217 (1) Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, menetapkan suatu Kod yang hendaklah disiarkan dalam Warta. (2) Menteri boleh, dari semasa ke semasa atas syor Suruhanjaya, meminda mana-mana peruntukan Kod dan S/N 2p0VBtDnkUusx4A2dajxoA mana-mana pindaan kepada Kod hendaklah disiarkan dalam Warta. (3) Kod hendaklah mengandungi prinsip yang mengawal tawaran pengambilalihan, percantuman atau pengambilan paksa. (4) Suruhanjaya hendaklah mentadbir Kod dan boleh membuat semua perkara sebagaimana yang perlu atau suai manfaat untuk memberi kesan sepenuhnya kepada peruntukan Penggal ini dan Kod dan tanpa mengehadkan keluasan yang terdahulu, boleh- (a) mengeluarkan arahan- (i) bagi mentafsir Penggal ini dan Kod; (ii) mengenai amalan dan kelakuan orang yang terlibat dalam atau terjejas oleh mana-mana tawaran pengambilalihan, percantuman atau pengambilan paksa, atau dalam penjalanan urusan mana-mana pengambilalihan, percantuman atau pengambilan paksa; dan (b) menyiasat apa-apa perkara yang berhubungan dengan mana-mana tawaran pengambilalihan, percantuman atau pengambilan paksa sama ada yang berpotensi atau selainnya, dan bagi maksud ini, boleh mengeluarkan pernyataan awam sebagaimana yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya mengenainya.”. [16] Maka, berikutan D1 merupakan sebuah syarikat tersenarai awam dan perkara-perkara yang timbul di dalam Notis Tawaran tersebut melibatkan tatacara perolehan saham-saham yang dikawalselia oleh undang-undang khusus, Mahkamah ini berpendirian SC sebagai badan statutori yang relevan dalam mengawal selia pasaran modal mempunyai kedudukan terbaik untuk memberikan S/N 2p0VBtDnkUusx4A2dajxoA pandangan telus dan bebas sekiranya diperlukan oleh Mahkamah ini semasa mendengar pihak-pihak yang terlibat dalam permohonan injunksi ad interim P pada 05.09.2024. Undang-undang berkenaan injunksi ad-interim [17] Adalah undang-undang mantap bahawa Mahkamah ini mempunyai bidangkuasa untuk memberikan satu injunksi ad-interim untuk mengekalkan status quo pihak-pihak sementara pelupusan Lampiran 12. Untuk itu, Mahkamah ini merujuk kepada nas-nas asas injunksi seperti di dalam s.51(1) Specific Relief Act 1950, A29, k.1(1) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012, kes American Cyanamid Co v Ethicon Ltd [1975] 1 All ER 504 dan Keet Gerald Francis Noel John v Mohd Noor bin Abdullah & Ors [1995] 1 MLJ 193. [18] Selain itu, Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Jagjit Singh Khanna v Dr Rakhal Das Mullick & Another AIR [1988] Calcutta 95 (Mahkamah Tinggi Calcutta) di mana diputuskan: - “A temporary injunction may as it very often does, consist of two stages, one granted without finally disposing of the application for injunction to operate immediately till the disposal of the said application and the other granted while finally disposing of the main application to endure generally till the disposal of the suit and while the former is generally classed as ad-interim injunction, the latter is generally called temporary injunction. Neither on principle nor on authority we find any bar to the Courts granting ad-interim injunction till the disposal of the application for the temporary injunction.”. S/N 2p0VBtDnkUusx4A2dajxoA [19] Secara spesifik kepada perkara semasa, Mahkamah ini merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Petrodar Operating Co Ltd v Nam Fatt Corporation Bhd & Anor [2014] 1 CLJ 18 yang memutuskan seperti berikut: - “[27] The question now is, whether it is proper to split the hearing of interim injunction application by separating the balance of convenience argument to be argued and heard separately to set aside an ad interim injunction. We have considered the submissions urged on us by learned counsel for the first defendant and with respect we are unable to accede to their contentions. It is the standard practice of our courts, that after the grant of the ad interim injunction (pending the inter partes hearing) to move on to the hearing of the inter partes injunction. Parties will then ventilate all issues and their respective contentions in the inter partes hearing of the injunction itself. In this regard we are reminded of the observations made by His Lordship Abdul Hamid bin Mohamed JCA (as he then was) in RIH Services (M) Sdn Bhd v. Tanjung Tuan Hotel Sdn Bhd [2002] 3 CLJ 83; [2002] 2 AMR 2457 which we are inclined to adopt in similar vein. His Lordship Abdul Hamid bin Mohamed JCA noted that the ad interim injunction to maintain the status quo pending the inter partes hearing is quite often agreed between the parties. Even if they do not agree the court has the jurisdiction to make such an order. The court has the jurisdiction to grant the ad interim injunction even in the event the parties disagree. From the observations made by His Lordship Abdul Hamid Mohamed we can safely conclude that in the interest of smooth and expeditious administration of justice, parties should expeditiously move forward to the hearing of the inter partes injunction on the merits. Under the circumstances we find that it is not desirable to split the subject matter of a separate interlocutory application to set aside an ad interim injunction concurrently with the opposition to the inter partes injunction just on the issue of balance of convenience. As rightfully pointed out by learned S/N 2p0VBtDnkUusx4A2dajxoA counsel for the plaintiffs that to pick up an argument on balance of convenience issue and split it into the subject matter of a separate interlocutory application to set aside the ad interim injunction would result in multiplicity of proceedings and is a wastage of time and costs. In our judgment we find that it is more desirable and appropriate that the question of balance of convenience be argued and decided at the inter partes stage of hearing of the injunction.”. [20] Apa yang jelas daripada nas di atas ialah adalah pertamanya, atas dasar pelaksanaan keadilan secara lancar dan berkesan, pihak-pihak sepatutnya dengan segera (“expeditiously”) bergerak ke arah pendengaran injunksi interim penuh secara inter-partes; keduanya, persoalan pertimbangan imbangan kemudahan (“balance of convenience”) tidak seharusnya berbeza di antara pendengaran injunksi interim di peringkat ad-interim dan inter partes; dan ketiga, adalah kuasa budi bicara Mahkamah pada akhirnya sama ada untuk membenarkan atau tidak injunksi ad-interim atau injunksi interim yang dimohon. [21] Berbalik kepada permohonan P di hadapan Mahkamah ini, Mahkamah bersetuju dengan P bahawa sememangnya terdapat isu-isu serius untuk dibicarakan dalam kes ini, antara lainnya: - (a) samada terdapat perlanggaran Seksyen 176 Akta APM 2007 dan Seksyen 202 Akta APM 2007 oleh D2 sehingga D30 yang dikatakan melakukan manipulasi, mencipta dan/ atau mengekalkan harga urusniaga untuk saham-saham D1; (b) samada D2, D3, dan D6 yang dikatakan bertindak sebagai satu kumpulan bersama-sama dengan D28, D29 dan D30 sebagai satu kumpulan lain telah berkonspirasi sesama S/N 2p0VBtDnkUusx4A2dajxoA mereka dengan membuat suatu tawaran pengambilalihan mandatori tanpa syarat bagi pembelian semua baki saham biasa D1 yang lain melalui Notis Tawaran tersebut; (c) samada sekiranya tawaran pengambilalihan mandatori tersebut di bawah Notis Tawaran bertarikh 20.08.2024 diteruskan melalui proses biasa di bawah Akta APM 2007, tuntutan P akan menjadi sia-sia dan menyebabkan kerugian dan kerosakan yang tidak boleh diperbaiki kepada P; (d) samada D2 sehingga D30 sedang berusaha untuk mengelakkan bidang kuasa Mahkamah dengan melaksanakan tawaran mandatori pengambilalihan mandatory tersebut melalui notis tawaran bertarikh 20.08.2024; [22] Sungguhpun demikian, Mahkamah ini berpendapat berikutan isu-isu yang berbangkit meliputi perkara-perkara yang berada mempunyai undang-udang spesifik yang mengawalnya seperti mana yang disentuh di atas, maka Mahkamah ini berpendapat satu injunksi ad-interim jika dibenarkan mempunyai potensi untuk memberi kesan kepada peruntukan-peruntukan termasuk kaedah-kaedah statutori yang terpakai kepada Notis Tawaran tersebut. [23] Lebih-lebih lagi, fakta-fakta setakat ini juga menunjukkan bahawa pihak SC sendiri mempunyai pengetahuan tentang pertelingkahan dalaman yang berlaku di dalam syarikat D1 dan siasatan juga masih berlangsung berikutan aduan yang telah dibuat kepada SC oleh P sebelum ini. S/N 2p0VBtDnkUusx4A2dajxoA [24] Berikutan dengan itu, Mahkamah ini berpuashati untuk memutuskan di atas imbangan kemudahan, adalah lebih selamat untuk Mahkamah ini mendengar Lampiran 12 secara inter parte bagi membolehkan setiap pihak dalam perkara ini mengemukakan fakta-fakta dan hujahan masing-masing supaya apa juga isu yang berbangkit di dalam Lampiran 12 dapat dibahaskan secara matang bagi membantu Mahkamah ini mendengar dan memutuskan Lampiran 12 selaras dengan undang-undang am dan khusus termasuklah peraturan-peraturan yang berkuatkuasa mengenainya. [25] Akhir sekali sebagai pelengkap, Mahkamah ini juga telah dirujuk dengan Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (“KKM 2012”) berkenaan bidang kuasa sedia ada Mahkamah ini. Peruntukan tersebut berbunyi: - “4. Kuasa sedia ada Mahkamah (A. 92 k. 4) Bagi menghapuskan keraguan dengan ini diisytiharkan bahawa tiada apa-apa jua dalam Kaedah-Kaedah ini boleh disifatkan sebagai mengehadkan atau menjejaskan kuasa sedia ada Mahkamah untuk membuat apa-apa perintah sebagaimana yang perlu untuk mencegah ketidakadilan atau untuk mencegah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah.”. [26] Meskipun Mahkamah ini diminta untuk bergantung kepada peruntukan bidang kuasa sedia ada yang bersifat istimewa ini atas nama keadilan, namun Mahkamah ini kekal untuk berpandangan bahawa material-material sedia ada di hadapan Mahkamah ini masih belum mencukupi untuk Aturan 92 tersebut di pakai. Dalam hal ini Mahkamah merujuk kes R Rama Chandran v Industrial S/N 2p0VBtDnkUusx4A2dajxoA Court of Malaysia & Anor [1997] 1 CLJ 147 (Mahkamah Persekutuan) yang memutuskan seperti berikut: - “Whilst I entirely agree that the Court is not at liberty to resort to its inherent powers in violation of a statutory provision, regret I cannot agree with the suggestion that their use should be confined to situations where "Parliament has omitted to provide in the Act (concerned) something so glaring which ought obviously to have been there". In this, I am supported by the following observations by Sir Jack Jacob QC, the former Senior Master of the Supreme Court in the United Kingdom, in his article "The Inherent Jurisdiction of the Court", [1970] Current Legal Problems 23. Explaining the nature of inherent jurisdiction the learned author said this (at p. 24): "... the Court may exercise its inherent jurisdiction even in matters which are regulated by statute or by rule of Court, so long as it can do so without contravening any statutory provision...". (Penekanan ditambah) [27] Dalam erti kata lain, fakta-fakta yang menyeluruh dan hujah-hujah matang adalah juga diperlukan sebelum Mahkamah ini dapat menggunapakai bidang kuasa sedia ada di bawah A.92 tersebut, sekiranya diperlukan. [28] Selanjutnya, rekod Mahkamah ini menunjukkan arahan-arahan telah dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar mengenai tarikh-tarikh pemfailan afidavit pihak-pihak ketika pengurusan kes di hadapan beliau. Mahkamah ini percaya, kesemua pihak dalam perkara ini harus mengambil segala langkah dan persediaan yang S/N 2p0VBtDnkUusx4A2dajxoA perlu supaya Lampiran 12 dapat didengar dan dilupuskan dengan sempurna seperti dijadualkan. Kesimpulan [29] Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah ini, tanpa keperluan untuk meneliti isu mengenai akujanji, menolak permohonan P untuk satu injunksi ad-interim sementara menunggu pelupusan Lampiran 12. Bertarikh: 10hb FEBRUARI 2025 …………………………………………. (NOOR HISHAM BIN ISMAIL) Hakim Mahkamah Tinggi, Johor Bahru Peguam untuk Plaintif: Alfred Lai Choong Wui Tetuan Alfred Lai & Partners No. 36-2, Jalan 1/116B, Sri Desa Entrepreneurs Park, 58200 Kuala Lumpur Peguam untuk Defendan (No. 1): Brian Ernest Cumming bersama Yip Man Fei Tetuan Gideon Tan Razali Zaini No. 812, 8th Floor, Block A, Kelana Square, 17 Jalan SS7/26, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor. S/N 2p0VBtDnkUusx4A2dajxoA Peguam untuk Defendan-Defendan (No. Ke-2 hingga Ke-12, Ke-14 hingga Ke-21, Ke-28 hingga Ke-30): Alex Tan Chie Sian Tetuan Wong Kian Kheong D1-U5-01, Solaris Dutamas, No. 1, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur. Peguam untuk Defendan-Defendan (No. 22 dan 23): Phang Pok Shan Jeremy Tetuan Razak, Lim & Co., D1-3A-8, Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur. Peguam untuk Defendan-Defendan (No. 13 dan 25): Tan Su Ning Tetuan Terrence Lee & Co., C2-3-6, Level 3, Block C2, Solaris Dutamas, No. 1, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur. Peguam untuk Intervener: Lee Shih Tetuan Lim Chee Wee Partnership 12-1, Lorong Dungun, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur. Kes-Kes Dirujuk: 1. Tai Chou Yu v Ian Chin Hon Chong [2002] 2 CLJ 259; 2. Jerry Wa Dusing & Anor v Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & Ors [2017] 1 CLJ 133; 3. American Cyanamid Co v Ethicon Ltd [1975] 1 All ER 504 S/N 2p0VBtDnkUusx4A2dajxoA 4. Keet Gerald Francis Noel John v Mohd Noor bin Abdullah & Ors [1995] 1 MLJ 193 5. Jagjit Singh Khanna v Dr Rakhal Das Mullick & Another AIR [1988] Calcutta 95 6. Petrodar Operating Co Ltd v Nam Fatt Corporation Bhd & Anor [2014] 1 CLJ 18 7. R Rama Chandran v Industrial Court of Malaysia & Anor [1997] 1 CLJ 147. Undang-undang dirujuk: 1. Seksyen 15 Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 [Akta 498] 2. Seksyen 217 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671] 3. Section 51(1) Specific Relief Act 1950, 4. A29, k.1(1) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 5. Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 S/N 2p0VBtDnkUusx4A2dajxoA
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.