Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU GUAMAN NO JA-22NCVC-28-03/2024 ANTARA MAU SAU CHEONG (NO K/P: 500402-08-6021) … PLAINTIF
JA-22NCvC-28-03/2024
High Court of Malaysia1 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“sion that 3rd Defendant has contravened or S/N rtmz1FsteUCgFF1fmh5KA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8 breached any provision of the Malaysian Code of Take-Overs and Mergers 2016 or the corresponding rules. …….. [89] Accordingly, before a claim under sec”
“i 33.3% saham undi dalam D1, maka pihak pakatan tersebut perlu membuat Mandatory General Offer untuk mengambilalih keseluruhan saham undi dalam D1 sebagai mana diwajibkan di dalam Capital Markets and Services Act 2007 (“CMSA”) dan Rules on Take-overs, Mergers and Compulsory Acquisition (“Take-over Rules”). S/N rtmz1Fst”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU GUAMAN NO JA-22NCVC-28-03/2024 ANTARA MAU SAU CHEONG (NO K/P: 500402-08-6021) … PLAINTIF
1
SOUTH MALAYSIA INDUSTRIES BERHAD
2
HONSIN APPAREL SDN BHD
3
DATUK AU YEE BOON
4
CHONG FU SHEN (NO K/P: 880228-10-5641 … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Di hadapan Mahkamah ini merupakan permohonan interlokutori oleh Defendant Keempat (“D4”) melalui Notis Permohonan bertarikh 08.04.2024 (Lampiran 14) untuk membatalkan tuntutan Plaintif (“P”) seperti mana dalam Writ bertarikh 19.03.2024 dan Penyataan Tuntutan bertarikh 04/02/2026 08:38:49 JA-22NCvC-28-03/2024 Kand. 84 S/N rtmz1FsteUCgFF1fmh5KA
08
08.04.2024 di bawah Aturan 18 Kaedah 19 (1)(a) dan/atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (“KKM”). [2] Selepas meneliti hujahan bertulis dan lisan peguam bijaksana pihak masing-masing, Mahkamah ini telah membenarkan
Lampiran
Lampiran 14 dengan kos dan telah membatalkan tuntutan P terhadap D4. [3] P kini merayu ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan tersebut. [4] Berikut adalah alasan-alasan Mahkamah ini. Fakta-fakta kes [5] P ialah pemegang 16,056,024 saham dalam Defendan Pertama (“D1”) iaitu sebuah syarikat tersenarai awam. [6] D4 juga merupakan salah seorang pemegang saham dalam D1 dengan jumlah pegangan sebanyak 5,586,100 saham. [7] Pada 02.10.2023 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam perkara Saman Pemula No: WA -24NCC-269-05/2023 (“OS 269”) telah memerintahkan supaya D1 mengadakan mesyuarat agung luar biasanya dalam tempoh 50 hari dari tarikh perintah tersebut. S/N rtmz1FsteUCgFF1fmh5KA [8] Perintah tersebut kemudiannya telah digantung pelaksanaannya pada 02.10.2003 oleh Mahkamah Rayuan sementara menunggu rayuan dilupuskan. [9] Pada 27.10.2023, melalui Notis Penamaan bertarikh 03.07.2024, D4 menamakan dirinya dan 3 yang lain iaitu Lum U-Jun, Chong Fu Chih dan Loo Choo Hong sebagai calon untuk dilantik sebagai ahli lembaga pengarah tambahan D1 pada Mesyuarat Tahunan D1 yang ke-52 yang dijadualkan berlangsung pada 27.03.2024. Selain D4, D2 juga turut mengemukakan Notis Penamaannya kepada D1 untuk dibentangkan semasa mesyuarat agung D1 tersebut. [10] P mendakwa di sebalik notis-notis penamaan tersebut, sebenarnya terdapat satu bentuk pakatan di antara Defendan Kedua (“D2”), Defendan Ketiga (“D3”), D4 bersama-sama dengan beberapa orang yang lain yang tidak dinamakan dalam tindakan in (“pihak pakatan”) untuk melaksanakan pengambilalihan bermusuhan (hostile takeover) terhadap D1. [11] P mendakwa oleh kerana jumlah pegangan saham undi oleh pihak pakatan secara kumulatifnya melebihi 33.3% saham undi dalam D1, maka pihak pakatan tersebut perlu membuat Mandatory General Offer untuk mengambilalih keseluruhan saham undi dalam D1 sebagai mana diwajibkan di dalam Capital Markets and Services Act 2007 (“CMSA”) dan Rules on Take-overs, Mergers and Compulsory Acquisition (“Take-over Rules”). S/N rtmz1FsteUCgFF1fmh5KA [12] Terhadap pakatan tersebut, P sebelum itu telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Sekuriti (“SC”) pada 18.3.2024. [13] Latarbelakang fakta bagi aduan P kepada SC tersebut juga merupakan perkara yang sama ditimbulkan dalam OS 269. [14] SC walau bagaimanapun tidak membuat keputusan yang jelas mengenai aduan P tersebut. [15] Maka P memfailkan tindakan Writ Saman dan Penyata Tuntutan di sini. Analisis dan keputusan [16] Kedudukan undang-undang relevan bagi perkara mengenai pembatalan pliding adalah termuat dalam Aturan 18 Kaedah 19 (1) KKM 2012 yang memperuntukkan seperti berikut:- “(1) Mahkamah boleh pada mana-mana peringkat prosiding memerintahkan supaya dibatalkan atau dipinda mana-mana pliding atau pengendorsan, apa-apa writ dalam tindakan itu, atau apa-apa jua dalam mana-mana pliding atau dalam pengendorsan, atas alasan bahawa- (a) ia mendedahkan kausa tindakan atau pembelaan yang tidak munasabah, mengikut mana-mana yang berkenaan; S/N rtmz1FsteUCgFF1fmh5KA (b) ia mengaibkan, remeh atau menyusahkan; (c) ia boleh menjejaskan, menghalang atau melengahkan perbicaraan tindakan itu dengan adil; atau (d) ia selainnya adalah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah, dan boleh memerintahkan tindakan itu digantung atau ditolak atau penghakiman dicatatkan dengan sewajarnya, mengikut mana-mana yang berkenaan. (2) Tiada keterangan boleh diterima atas suatu permohonan di bawah subperenggan (1)(a). (3) Kaedah ini hendaklah, setakat mana yang boleh dipakai, terpakai bagi suatu saman pemula seolah-olah saman itu adalah suatu pliding. [17] Prinsip undang-undang yang terpakai lagi matan di bawah Aturan 18 Kaedah 19 KKM 2012 adalah bahawa sesuatu pliding itu hanya akan dibatalkan oleh Mahkamah jika Mahkamah mendapati pliding tersebut mengandungi tuntutan atau pembelaan yang ‘nyata sekali tidak boleh dipertahankan (obviously unsustainable)’. [rujuk: Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd v Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur & Anor [2016] 3 CLJ 1; Tan Wai Hong & ORs v Malaysian Airlines System Berhad & Ors [2017] 4 MLJ 540 dan Bandar Builder Sdn Bhd & Ors v United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 4 CLJ 1] S/N rtmz1FsteUCgFF1fmh5KA [18] Dalam perkara semasa, persoalan utama ialah samada tuntutan P terhadap D4 adalah secara jelasnya tidak boleh dipertahankan (obviously unsustainable) atau sebaliknya. [19] Peguam bijaksana D4 berhujah bahawa relif yang diminta oleh P adalah berdasarkan pengataan yang kononnya D2, D3 dan D4 telah gagal untuk membuat tawaran am mandatori bagi memperolehi semua baki saham mengundi D1. Peruntukan yang dirujuk adalah s.218 CMSA yang menyatakan berikut: (2) Tertakluk kepada seksyen 219, seorang pengambil tawaran yang telah mendapat kawalan dalam suatu syarikat hendaklah membuat tawaran pengambilalihan bagi syer mengundi yang tinggal mengikut peruntukan Kod, garis panduan, arahan, nota amalan dan mana-mana arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya. [20] Di perenggan 38(b) Pernyataan Tuntutan, Plaintif juga antara lainnya memohon relif berikut:- (b) Suatu perintah untuk menghalang Defendan Ke-2 dan/ atau Defendan Ke-4 daripada mencadangkan resolusi-resolusi yang terkandung di dalam notis mereka masing-masing bertarikh 8.3.2024 dan 7.3.2024, dan/ atau mana-mana resolusi yang serupa untuk mencalonkan mana-mana pengarah, pada mana-mana mesyuarat agung Defendan Pertama dan/ atau mana-mana mesyuarat agung Defendan yang ditangguhkan, sehingga pelupusan penuh dan muktamad aduan Plaintif bertarikh 18.3.2024 kepada SC menurut Seksyen 218 (2) S/N rtmz1FsteUCgFF1fmh5KA CMSA 2007 dan Perenggan 15.01 Kaedah Pengambilalihan (“Aduan Plaintif kepada SC bertarikh 18.3.2024 tersebut”) atau Defendan Pertama menerima tawaran am untuk membeli baki atau keseluruhan saham mengundi Defendan Pertama menurut Seksyen 218(2) CMSA 2007”, [21] Menurut peguam bijaksana D4 lagi, jika Suruhanjaya Sekuriti (“SC”) dalam siasatannya dan keputusannya kelak tidak mendapati perlanggaran peruntukan Seksyen 218 (2) CMSA, maka adalah tidak terbuka untuk mana-mana pemegang saham dalam hal ini untuk membuat tuntutan seperti mana yang dilakukan oleh P di sini. [22] Mahkamah bersetuju dengan hujahan peguam D4 ini. [23] Pertamanya, undang-undang adalah jelas bahawa SC adalah pihak yang diberikan kuasa untuk menyiasat dan membuat dapatan (ruling) samada terdapat perlanggaran s.218 (2) CMSA ataupun tidak. Dari situ, jelas bidangkuasa sedemikian berada di luar bidangkuasa Mahkamah. [24] Perkara mengenai bidangkuasa SC tersebut telah dijelaskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Empire Holdings Ltd v Ithmaar Development Co Ltd & Ors [2025] 1 MLJ 192 di mana dinyatakan seperti berikut:- “[86] However, we find no evidence of any ruling from the Securities Commission that 3rd Defendant has contravened or S/N rtmz1FsteUCgFF1fmh5KA breached any provision of the Malaysian Code of Take-Overs and Mergers 2016 or the corresponding rules. …….. [89] Accordingly, before a claim under section 357 of the Capital Markets and Services Act 2007 can be filed, there must first be a ruling from the Securities Commission that there is a contravention of the relevant provision or regulations made under the said Act. It is not the duty of the court to usurp the function nor to guess the decisions of the Securities Commission. [90] However, PW2 gave evidence that the Securities Commission had made a finding that Plaintiff complaint lodged by them in their letter dated 28 January 2022 and 15 February 2022 to be unsubstantiated. This had seriously weakened the probative force of the Plaintiff's case. [91] In the upshot, based on the Court of Appeal cases of Lai Soon Onn v. Chew Fei Meng and other appeals and Shahidan Shafie v. Atlan Holdings Sdn Bhd & Anor, (supra) the learned Judicial Commissioner had correctly held that Plaintiff's claim founded on the provisions of Capital Markets and Services Act 2007 in this case is unsustainable. We share the same view and fully agree with the decision made by the learned Judicial Commissioner.” [25] Selanjutnya, tuntutan P terhadap D4 dalam tindakan ini juga mempunyai kesan menganggu-gugat kuasa, fungsi dan peranan SC untuk menyiasat dan membuat penentuan sewajarnya berkenaan samada terdapat perlanggaran Seksyen 218 (2) CMSA atau sebaliknya. S/N rtmz1FsteUCgFF1fmh5KA [26] Memandangkan Mahkamah ini bukanlah pihak yang diberikuasa untuk membuat penyiasatan dan dapatan dalam perkara tersebut, maka campur tangan Mahkamah sudah tentu mempunyai kesan mengubah undang-undang sedia ada. Rujukan dibuat kepada kes Sadananda Pyne v Harinam Sha AIR 1950 179 di mana Mahkamah Tinggi Calcutta memutuskan seperti berikut:- “Courts must resist the temptation to change the law under cover of interpretation of law. If they use their power to interpret law, to alter laws which they may not like, and to make new laws which they think should be made, that would be a corrupt use of their power.” [27] Mahkamah seterusnya bersetuju dengan hujahan peguam D4 bahawa tindakan P di sini seolah-olah satu percubaan melalui pintu belakang untuk Mahkamah campur tangan ke atas fungsi SC yang diperuntukkan di bawah CMSA khususnya kuasa SC di bawah s.218(2) CMSA. [28] Rujuk Amalgamated Society of Engineers v Adelaide Steamship Co Ltd [1920] 28 CLR 129:- “The fundamental rule of interpretation, to which all others are subordinate, is that a statute is to be expounded according to the intent of the Parliament that made it, and that intention has to be found by an examination of the language used in the statute as a whole. The question is, what does the language mean; and when we find what the language means in its ordinary and natural sense it is our duty to obey that meaning S/N rtmz1FsteUCgFF1fmh5KA even if we think the result to be inconvenient, impolite or improbable.” [29] Seperkara lagi yang wajar diperhatikan ialah tuntutan P di hadapan Mahkamah ini ialah satu tuntutan di bawah bidangkuasa sivil. Dari sudut dasar dan prinsipnya, ia berbeza dengan bidangkuasa jenayah yang merangkumi liabiliti jenayah jika terdapat perlanggaran seperti yang diperuntukkan di bawah s.218 CMSA. [30] Rujuk dibuat kepada juga Garthwaite v Garthwaite [1964] 2 WLR 1108 di mana Mahkamah Rayuan yang memutuskan seperti berikut:- “The High Court is the creation of statute, and its jurisdiction is statutory. As was pointed out by Pickford LJ in Guaranty Trust Company of New York v. Hannay & Co ([1915] 2 KB 536, 562), the expression 'jurisdiction' of a court may be used in two different senses, a strict sense (which he regarded as the only correct one) and a wider sense.... In its narrow and strict sense, the 'jurisdiction' of a validly constituted court connotes the limits which are imposed upon its power to hear and determine issues between persons seeking to avail themselves of its process by reference (1) to the subject-matter of the issue or (2) to the persons between whom the issue is joined or (3) to the kind of relief sought, or to any combination of these factors. In its wider sense it embraces also the settled practice of the court as to the way in which it will exercise its power to hear and determine issues which fall within its 'jurisdiction' (in the strict sense) or as to the circumstances in which it will grant a particular kind of relief S/N rtmz1FsteUCgFF1fmh5KA which it has 'jurisdiction' (in the strict sense) to grant, including its settled practice to refuse to exercise such powers, or to grant such relief in particular circumstances. This distinction between the strict and the wider meaning of the expression 'jurisdiction' was of little importance in the case of the superior courts so long as they did not owe their origin to statute, for there was no need to distinguish between non-existence of a power and settled practice not to exercise an existing power. In the case, however, of courts created by statute, as the Supreme Court of Judicature, comprising the High Court and the Court of Appeal, has been since 1873, the court has no power to enlarge its jurisdiction in the strict sense but has power to alter its practice proprio motuwithin the limits which it imposes on itself by the doctrine of precedent, subject, however, to any statutory rules regulating and prescribing its practice and procedure made pursuant to any rule-making power contained in the statute. [31] Mahkamah juga terikat dengan beberapa keputusan Mahkamah atasan yang dengan jelas tidak membenarkan tuntutan dibawa oleh seorang pemegang saham individu dengan bersandarkan CMSA kerana tindakan sedemikian berupaya mengaburkan perbezaan bidang kuasa Mahkamah dan badan berkanun seperti SC. [32] Dalam hal ini, rujukan dibuat kepada kes Lai Soon Onn v Chew Fei Meng [2019] 2 MLJ 96 di mana Mahkamah Rayuan dengan jelas menyatakan kuasa terletak pada SC dan bukannya Mahkamah berkenaan penyiasatan aduan dan membuat keputusan (ruling) seperti berikut:- S/N rtmz1FsteUCgFF1fmh5KA "[43] Gleaning through the provisions of the CMSA, it is the intention of the Act that the bodies established under the Act are regulatory bodies and it is not the function of the court to usurp their function nor to second guess their decisions. In R v. International Stock Exchange of UK and Ireland Ltd, ex parte Else Ltd [1993] 1 QB 534, Lord Bingham observed that "the court will not second guess the informed judgment of responsible regulators steeped in knowledge of their particular market." This court applied the same principle in Shahidan Shafie (supra) in arriving at its decision when interpreting section 153 of the SCA. To interpret otherwise would result in a situation where there would be two decisions, one of the courts and the other from the SC. That cannot be the position in law (refer to paragraph 29 of Shahidan Shafie (supra). The courts have shown a reluctance to interfere with the decision of regulatory bodies in carrying out its objective in the absence of ma/a fide or acting in excess of jurisdiction. Asimilar stance was taken by this court in Bursa Malaysia Securities Berhad (supra) and also in Khiudin bin Mohd & Anor v. Bursa Malaysia Securities Bhd and another application [2012] 7 CLJ 407; [2012] 6 MLJ 131 which had referred to various commonwealth jurisdictions, which demonstrated the attitude of the courts in reviewing the decision made by the regulators in different jurisdictions. Therefore, it is not within this court's jurisdiction to interfere with the duties mandated to the market regulatory bodies in maintaining and promoting the interests of the public in dealing on the exchange and these bodies should be left to carry out its objective as stipulated under the Act. [44] Therefore, a person who has suffered loss or incurred damage may institute a civil action to recover the amount of the loss or damage after a contravention of any provision or any regulations made under the CMSA has been determined by the S/N rtmz1FsteUCgFF1fmh5KA SC. It is not necessary tor the courts to adjudicate whether there is a contravention of the Act before section 357(1) of the CMSA can be applied. All that is required is tor the SC first to determine whether there was a contravention." [33] Liabiliti jenayah yang dimaksudkan di bawah s.218 (2) CMSA adalah hukuman berbentuk denda tidak melebihi RM 1 Juta ataupun penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika didapati salah. [34] Rujukan seterusnya boleh dibuat kepada kes Datin Seri Rosmah Mansor v PP & Another Appeal [2022] 4 CLJ 523 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut:- “In the light of the above authorities, we are of the view that the declaratory reliefs have always been treaded as civil in its essence. Criminal court does not have similar powers as the civil court for it to be deemed as a civil court for the purpose of entertaining a declaration. It must be emphasised that criminal justice system must avoid becoming involved in civil matters…” S/N rtmz1FsteUCgFF1fmh5KA Penutup [35] Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah dengan itu membenarkan permohonan D4 di Lampiran 14 dengan kos RM 8,000.00, tertakluk kepada fi alokator. Bertarikh: 31.01.2026 …………………………………………. (NOOR HISHAM BIN ISMAIL) Hakim Mahkamah Tinggi, Johor Bahru Peguam Plaintif : Tetuan Alfred Lai & Partners 36-2, Jalan 1/116B, Sri Desa Entrepreneurs Park 58200, Kuala Lumpur Peguam Defendan Ke-4 : Tetuan Izral Partnership Tingkat 2, Wisma Hamzah Kwong-Hing, No 1, Leboh Ampang 50100, Kuala Lumpur S/N rtmz1FsteUCgFF1fmh5KA
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.