Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI MELAKA DALAM NEGERI MELAKA GUAMAN SIVIL NO. AJ-A73KJ-1060-11/2023 ANTARA POH LONG HUAH 5 GENTLE SOFT WHOLESALE ENTERPRISE … PERAYU DAN MAHAT BIN SELAMAT …RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN 10 A.
MA-A73KJ-1060-11/2023
Magistrates Court of Malaysia7 Jan 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(d) Loss of consciousness RM5,000.00 Dalam kes Mohamad Nor Al Hafiz bin Mohamad nordin v Siti Normala binti Mohamad Nordin [2024] AMEJ 0369, Mahkamah telah membenarkan awad 15 sebanyak RM6000 bagi kecederaan loss of consciousness. Dalam kes ini Mahkamah berpandangan kecederaan loss of consciousness wahar di awadkan ker”
“(k) Multiple abrasion wound with skin loss of left 5th finger RM5000 Mahkamah ini merujuk kepada kes Loo Jia Wen v Mohd Talmizi bin Abdullag & Anor [2024] AMEJ 0382 yang mana award bagi kecederaan multiple abrasion wpund adalah sebanyak RM5000.00. Walaubagaimanapun Mahkamah 15 berpendapat awad RM5000 adalah wajar mengi”
“(f) Soft tissue injury over neck RM5000.00’ Mahkamah ini merujuk kepada kes Lee Eng Seng @ Lim Tau Chen v Prasanth a/l Annamalai [2024] AMEJ 0643 yang mana award bagi kecederaan soft tissue injury of neck sebanyak RM7000.00. Walaubagaimanapun Mahkamah berpendapat awad RM5000 adalah wajar mengikut range Revised 5 Compen”
“(h) Jagged wound over right parietal with skin loss RM8,000.00 Mahkamah ini merujuk kepada kes Wakil Litigasi kepada Muhammad Nufaduddin Hakimi bin Othman & Anor v Sritanasu a/l Vellusamy [2024] AMEJ 1628 yang mana award bagi kecederaan deep laceration wound over left parietal bone (5x2cm) sebanyak RM9000.00. Walaubaga”
“da kemalangan ini. Oleh itu Mahkamah ini berpendapat kesan daripada kemalangan ini wajar diawadkan dengan jumlah RM3000.00. 25 Kes di rujuk Muhamad Hanafi bin Thaldiri V Osman Bin Abdul Rahman & Anor [2024] AMEJ 1686 yang Mahkamah awad RM6000 untuk kecederaan ini. **Note : Serial number will be used to verify the origi”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI MELAKA DALAM NEGERI MELAKA GUAMAN SIVIL NO. AJ-A73KJ-1060-11/2023 ANTARA POH LONG HUAH 5 GENTLE SOFT WHOLESALE ENTERPRISE … PERAYU DAN MAHAT BIN SELAMAT …RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN 10 A.
1
Melalui Writ Saman (Lampiran1) dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 9.11.2023 (Lampiran 2), Plaintif telah menuntut kepada Defendan-Defendan gantirugi am, ganti rugi khas, faedah dan kos akibat kemalangan yang dikatakan berpunca oleh kecuaian pemanduan Defendan Pertama. Plaintif telah memplidkan 15 secara ringkasnya, seperti berikut: a. Pada tarikh 22.02.2023 jam lebih kurang 12.45 tengahari, Plaintif telah menunggang motorsikal bernombor pendaftaran MCT 7579(‘motorsikal Plaintif’) dari rumah di Taman Telok Mas menuju ke tempat kerja di Duyong, semasa Plaintif meneruskan perjalanan di Lebuh AMJ Kandang, Melaka, tiba- 20 tiba Defendan Pertama yag memandu motorvan no SSA 8018 di belakang telah dengan cuainya dan tanpa memberi sebarang isyarat dan /atau amaran melanggar bahagian tayar belakang motorsikal Plaintif. b. Akibat daripada pelanggaran ini, Plaintif telah mengalami kecederaan dan kerugian akibat kerosakan motorsikalnya.
2
Sebaliknya, melalui Pernyataan Pembelaan yang difailkan pada 24.1.2024 5 (Lampiran 7), Defendan menafikan versi kemalangan plaintif dan memplidkan sebaliknya di Perenggan 5 bahawa kemalangan yang berlaku adalah atas kecuaian Defendan sendiri yang menunggang motorsikalnya dengan cuai dan tidak berhati-hati. Selanjutnya Defendan juga memplidkan bahawa kemalangan tersebut adalah disebabkan keseluruhannya dan/atau secara 10 alternatif kecuaian sumbangan Plaintif sendiri sebagai penunggang motorsikal tersebut.
3
Bagi membuktikan kes Plaintif, Plaintif telah memanggil seramai 3 orang saksi untuk beri keterangan, iaitu:- a) Pegawai Penyiasat (“SP1”) 15 b) Pegawai Rekod Perubatan (“SP2”) c) Plaintif (“SP3”)
4
Kertas kausa yang telah difailkan dalam tuntutan ini adalah seperti berikut: Ikatan Pliding – Ikatan A 20
5
Saksi defendan yang hadir memberi keterangan adalah satu saksi sahaja iaitu Defendan sendiri. B.
6
Mahkamah telah membuat keputusan pada 7.1.2025 setelah meneliti dan memberikan penilaian menyeluruh terhadap keterangan saksi-saksi Plaintif, 5 Defendan, termasuklah dokumen-dokumen perbicaraan yang difailkan, dikemukakan dan dirujuk sepanjang perbicaraan. Mahkamah setelah meneliti keterangan-keterangan ini secara totality of evidence di atas prinsip imbangan kebarangkalian, telah berpuas hati dalam memutuskan liabiliti Defendan sebanyak 100%, manakala Plaintif tidak bertanggungan sebarang liabiliti. 10 Justeru, tuntutan Plaintif di dalam kes ini dibenarkan sepertimana yang diputuskan dengan kos mengikut skala ditetapkan oleh undang-undang sivil sedia ada.
7
Antara alasan-alasan keputusan ini, a) Defendan telah memandu kenderaan motorvan secara cuai kerana telah 15 gagal menjaga jarak selamat. b) Defendan gagal buktikan kecuaian Plaintif dalam kemalangan ini.
8
Bagi tujuan penyediaan Alasan Penghakiman ini, Mahkamah ini merangkum secara bersekali kedua-dua sub perenggan (a) dan (b) kerana kedua-dua isu ini saling berkaitan antara satu sama lain.
9
Dalam kes ini Pegawai Penyiasat telah memberi keterangan di Mahkamah sebagai saksi plaintif pertama (selepas ini dirujuk sebagai SP1) dimana SP1 dalam keterangannya telah menyatakan bahawa melalui penyiasatan SP1 perlanggaran telah berlaku apabila Defendan iaitu pemandu motorvan telah melanggar Plaintif yang sedang menunggnag motorsikal dari arah belakang di lorong paling kanan.
10
Selanjutnya pihak defendan juga telah memberikan keterangan berkenaan 5 bagaimana perlanggaran boleh berlaku dengan mengemukan satu saksi defendan iaitu pihak defendan sendiri. Defendan menyatakan bahawa defendan berada di lampu isyarat kemudian apabila defendan bergerak lurus selepas lampu isyarat bertukar warna hijau, secara tiba-tiba pihak plainitf telah masuk ke laluan pihak defendan dari arah kiri defendan dan kemudian telah 10 berlaku perlanggaran dengan pihak defendan.
11
Mahkamah ini merujuk kes Henray Trading Co Ltd v Harun [1966]2 MLJ 281 yang mana prinsip kes ini amat jelas menyatakan: - “I feel that the proper thing to consider is not what the Plainitf/ Respondent said or what the Defendant/Appelant said, but what the sergeant whom I consider 15 to be an independent witness had to say in this matter” Mahkamah ini juga turut merujuk dalam kes Chew Hui Leng dan Chew Kau Bit v Leong Siew Foon [2017]1 CLJU 233 yang mana dalam kes ini Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang telah merujuk kes Lee Ewe Teik V. Ariffin Bin Hussain [1990] 2 CLJ 332 memutuskan prinsip seperti yang berikut 20 “In a situation where both parties have given two diametrically opposite versions as to how a collision occurred, the photographs, plan and measurement of thescene and the nature of the damage to each vehicle must provide the most reliable guide by which versions can be tested.”
12
Berdasarkan keterangan saksi-saksi plaintif dan defendan, Mahkamah ini mendapati terdapat dua versi perlangaran yang telah dikemukakan melalui saksi-saksi dalam perbicaraan. Justeru itu Mahkamah ini harus menilai setiap 5 keterangan senyap yang ada dalam kes ini sepertimana yang telah di nyatakan dalam kes Lee Ewe Teik V. Ariffin Bin Hussain [1990] 2 CLJ 332. Begitu juga dalam kes In Mohd Salleh Bin Samad V. Zainodin Dongking [2002] 1 CLJ 139 menyatakan prinsip seperti yang berikut:- “So far, there is consistency in the Respondent’s version as set out in his 10 statement of claim, in his police report, P2, and his oral evidence in court that he was collided into from the rear by the appellant’s motorcar. Notwithstanding that the respondent has been consistent in his version as to how the accident occurred, his version must be supported by the available physical evidence, namely, damage to the rear of his motorcycle”
13
Melalui siasatan SP1 iaitu pegawai penyiasat, akibat daripada perlanggaran kerosakan yang wujud pada bahagian motorvan adalah bahagian depan kiri manakala kerosakan pada motorsikal adalah di bahagian belakang sebelah kiri. Keterangan senyap yang merupakan bahagian kerosakan pada kenderaan akibat daripada perlanggaran lebih membuktikan bahawa kemalangan yang 20 berlaku mengikut versi plaintif adalah lebih probable.
14
Mahkamah ini mendapati melalui keterangan plaintif, keterangan pegawai penyiasat dan keterangan senyap yang jelas akibat daripada perlanggaran iaitu bhagaian kerosakan, versi keterangan plaintif adalah lebih probable iaitu apabila plaintif berada di lorong paling kanan dalam rajah kasar kemudian plaintif telah dilanggar dari arah belakang.
15
Mahkamah ini turut berpendapat bahawa keterangan pihak defendan yang turut menyatakan bahawa plaintif telah keluar dari susur dan masuk ke laluan pihak defendan yang menyebabkan pihak defendan tidak sempat brek lalu menyebabkan perlanggaran menunjukkan bahawa impact perlanggaran berlaku di tempat yang sama sepertimana yang dinyatakan oleh Plaintif dan di 10 sahkan dalam siasatan Pegawai Penyiasat.
16
Walaubagaimanapun, melalui siasat Pegawai Penyiasat, motorsikal plaintif bukan datang dari arah kiri, motorsikal telah berada di laluan B dalam rajah kasar iaitu selari dengan laluan motorvan defendan yang mana kemudian menyebabkan perlanggran dari arah belakang motorsikal paintif tersebut yang 15 menyebabkan kerosakan berlaku di bahagian belakang motorsikal plaintif. S: SJN KALAU LIHAT RK PEMANDU VAN B, MTSIKAL B; BOLEH JELAS BAGAIMANA IMPACT BERLAKAU DI X? J: TEMPAT YANG SAYA TANDA KEMALANAGNA BERLAKAU IALAH VERSI DRPD KEDUA BELAH PIHAK-KEDUA PIHAK NYATAKAN VAN NYATAKAN MOTORSIKAL MEMASUKI LALUAN MTVAN DAN PERLANGGAN BERLAKU DI TANDA X KEMUDIAN MTRSIKAL PERLANGGARAN BERLAKU DI LALUAN X S; BERDASARKAN SIASATAN MTSIKAL KELUAR SUUSR A NAK KEMANA? ATAS ATAU SERONG KE KANAN J: MENGIKUT VERSI MTSIKAL, MTRSIKAL TIDAK JLUAR DR SUSUR KIRI DI MANA MTSIKAL BERADA DI LALUAN DAN ARAH YANG SAMA DGN MTRVAN S: TD SJN KATA PENUNGGA KLUAR A, PEMANDU DI B PERLANGGARAN DI X, SKRG SAYA KELIRU , YANG MANA SATU? J: SAYA TIDAK KATA DIA KLUAR SUSUR SPRT MANA SY JELASKAN TADI, SAYA JELASKAN KEPADA SOALAN SBLM PENUNGGNAG MTRSIKAL DTG ARAH SAMA DAN LALUAN YANG SAMA DGN MTRVAN. Kerosakan yang dinyatakan plaintif adalah ekzos bengkok,spot rim belakang bengkok dan no plat patah.
17
Oleh itu Mahkamah mendapati Defendan telah memandu motorvan dengan cuai iaitu Defendan telah gagal menjaga jarak yang selamat diantara motorvan dan motorsikal Plaintif. Dalam keadaan ini apabila perlanggaran adalah 5 disebabkan oleh kecuain Defendan 100%, Mahakamah ini mendapati liability yang harus ditanggung oleh Defendan adalah 100% dan Plaintif tidak bertanggungan terhadap apa-apa liabliti.
18
Mahkamah ini merujuk kes Amran Mustapha & Yang Lain v Nurul Alini & Satu Lagi [ 2019] PILRU 2, Berdasarkan prinsip undang-undang yang 10 diparatikan di negara ini, jika kemalangan berlaku mengakibatkan perlanggaran dari arah belakang, tanggungjawab unutk mengelak kemalangan adalah di pihak ytang berada di belakang berbanding pihak yang berada di hadapan. C. KUANTUM 15
19
Mahkamah telah merujuk kepada undang-undang yang mantap berkenaan dengan award ganti rugi. Dalam menentukan isu kuantum, Mahkamah telah meneliti Laporan Perubatan Plaintif dari Hospital Melaka bertarikh 4.2.2024 (Ekshibit P7) serta membaca serta meneliti hujahan pihak-pihak bagi isu ini sebelum menentukan jumlah ganti rugi am dan khas kepada Plaintif. Mahkamah 20 juga merujuk kepada Revised Compendium of Personal Injury Awards sebagai garis panduan dalam menentukan award yang bersesuaian. Mahkamah ini juga dalam membenarkan award mengambil kira kenaikan harga barangan, kos sara hidup, kadar inflasi dan kedudukan nilai matawang.
20
Sekali lagi, adalah menjadi beban tugas Plaintif untuk membuktikan tuntutan Plaintif terhadap Defendan. Ini sebagaimana diputuskan di dalam kes Tan Geok Khoon & Gerald Francis Robless lwn Paya Terubong Estate Sdn Bhd (1988) 2 MLJ 672, Edgar Joseph Jr H berkata di ms 680:- ‘This brings to my mind the famous words of Lord Goddard in Bonham- 5 Carter v Hyde Park Hotel(1948) 64 TLR 177: 'Plaintiffs must understand that if they bring actions for damages it is for them to prove their damage; it is not enough to write down the particulars and, so to speak, throw them at the head of the court, saying: This is what I have lost, I ask you to give me these damages'. They have to prove it.'
21
Kuantum atas dasar 100% liabiliti adalah seperti yang berikut: - Gantirugi am yang dibenarkan Kecederaan Jumlah dibenarkan:
a
Laceration wound over scalp RM6,000.00 Mahkamah ini merujuk kes Tan Choon Har v Narayanan a/d Balachanderan 15 [2019] 2 PIR [51] yang mana Mahkamah dalam kes ini telah memberikan award sebanyak RM5000 untuk kecederaan laceration wound over scalp. Dalam kes ini Mahkamah berpendapat RM6000 adalah lebih wajar bagi kecederaan 3 x 1cm tersebut.
b
Abrasion wound bilateral upper limbs & lower limbs RM6,000.00 20 Mahkamah ini merujuk kepada kes Yogehsan a/l Mariyapen & anor v Rajeshwary a/p Muniandy & anor [2024]1 PIR [60 yang mana award bagi kecederaan multiple abrasiojn wounds over the bilateral upper lims sebanyak RM6000.00. Bagi kes ini Plaintif Mahat bin Selamat telah mengalami kecederaan wound bilateral upper limbs dan lower limbs berdasarkan pemeriksaan dan diagnose di Klinik Kesihatan Umbai, maka adalah wajar kecderaan ini di awadkan oleh Mahkamah.
c
Infected wound over right elbow RM3,000.00 Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Marzuki b Mohamed Iqbal (orag\ng tak 5 berkeupayaan mendakwa melalui bapanya, Mohamed Iqbal b, Mohd Sharif) v Toh Yew Ling [2009] 2 PIR [38] yang mana awad bagi abrasion over the left elbow telah diberikan dengan jumlah RM3000. Mahkamah turut merujuk kepada Revised Compendium of Personal Injury Awards yang menyatakan range bagi kecederaan ini adalah diantara RM1300 hingga RM5000 Oleh itu 10 Mahkamah berpandangan kecederaan ini yang telah di diagnose oleh Klinik Kesihatan UMbai wajar di awadkan dgn jumlah RM 3000.00
d
Loss of consciousness RM5,000.00 Dalam kes Mohamad Nor Al Hafiz bin Mohamad nordin v Siti Normala binti Mohamad Nordin [2024] AMEJ 0369, Mahkamah telah membenarkan awad 15 sebanyak RM6000 bagi kecederaan loss of consciousness. Dalam kes ini Mahkamah berpandangan kecederaan loss of consciousness wahar di awadkan kerana Plaintif sendiri telah menyataka sejurus selepas kemalangan belaiu telah pengsan
e
Retrograde amnesia RM3000.00 20 Mahkamah ini mendapati bahawa melalui mata kasar semasa Plaintif memberi keterangan, Plaintif mempunyai masalah menjadi pelupa akibat daripada kemalangan ini. Semasa disoal oleh Mahkamah sendiri, Plaintif akui beliau cepat lupa akibat daripada kemalangan ini. Oleh itu Mahkamah ini berpendapat kesan daripada kemalangan ini wajar diawadkan dengan jumlah RM3000.00. 25 Kes di rujuk Muhamad Hanafi bin Thaldiri V Osman Bin Abdul Rahman & Anor [2024] AMEJ 1686 yang Mahkamah awad RM6000 untuk kecederaan ini.
f
Soft tissue injury over neck RM5000.00’ Mahkamah ini merujuk kepada kes Lee Eng Seng @ Lim Tau Chen v Prasanth a/l Annamalai [2024] AMEJ 0643 yang mana award bagi kecederaan soft tissue injury of neck sebanyak RM7000.00. Walaubagaimanapun Mahkamah berpendapat awad RM5000 adalah wajar mengikut range Revised 5 Compendium of Personal Injury Awards yang menyatakan bagi kecederaan ini adalah diantara RM3000 hingga RM5000.
g
Deep laceration wound over forehead RM7,000.00 Dalam kes Mohamad Abdul Rahmad bin Salleh & Anor v Sulisah bt Zainuddin & 3 Ors, Mahkamah telah membenarkan awad sebanyak RM8000 bagi 10 kecederaan superficial laceration wound over forehead. Mahkamah ini memberi pertimbangan kepada range yang dinyatakan dalam Revised Compendium of Personal Injury Award adalah diantara RM2500 hingga RM9500, maka Mahkamah ini berpadangan awad sebanyak RM7000 adalah wajar diberikan kepada Plaintif.
h
Jagged wound over right parietal with skin loss RM8,000.00 Mahkamah ini merujuk kepada kes Wakil Litigasi kepada Muhammad Nufaduddin Hakimi bin Othman & Anor v Sritanasu a/l Vellusamy [2024] AMEJ 1628 yang mana award bagi kecederaan deep laceration wound over left parietal bone (5x2cm) sebanyak RM9000.00. Walaubagaimanapun Mahkamah 20 berpendapat awad RM8000 adalah wajar mengikut range Revised Compendium of Personal Injury Awards yang menyatakan bagi kecederaan ini adalah diantara RM2500 hingga RM9500.
i
Abrasion wound over corner left cheek & left mandible RM6000.00 Mahkamah ini merujuk kepada Muhammad Izzat bin Mohd Said (seorang 25 budak membawa tindakan ni melalui wakil litigasinya , Mohd Said bin DOllah) v KUmarasamy a/d Velu [2016] 2 PIR [21] yang mana award bagi kecederaan abarasion wound over left cheek sebanyak RM 3000. Walaubagaimanapun Mahkamah berpendapat awad RM6000 adalah wajar mengikut range Revised Compendium of Personal Injury Awards yang menyatakan bagi kecederaan ini adalah diantara RM1300 hingga RM5000. Kecederaan bagi dua anggota yang berbeza iaitu pipi kiri di awadkan sebanyak RM3000 manakala bagi rahang kiri sebanyak RM3000. Jumlah awad yang dibenarkan adalah RM6000.00
j
Laceration wound over right cubital fossa RM 7000.00 5 Mahkamah ini merujuk kepada kes Paramasivam a/l RJ Raman v Ko Bing Liyomng & Anor [2017] 1 PIR [54] yang mana award bagi kecederaan deep laceration wound over the left elbow sebanyak RM7000.00. Mahkamah berpendapat awad RM7000 adalah wajar mengikut range Revised Compendium of Personal Injury Awards yang menyatakan bagi kecederaan ini 10 adalah diantara RM2500 hingga RM9500.
k
Multiple abrasion wound with skin loss of left 5th finger RM5000 Mahkamah ini merujuk kepada kes Loo Jia Wen v Mohd Talmizi bin Abdullag & Anor [2024] AMEJ 0382 yang mana award bagi kecederaan multiple abrasion wpund adalah sebanyak RM5000.00. Walaubagaimanapun Mahkamah 15 berpendapat awad RM5000 adalah wajar mengikut range Revised Compendium of Personal Injury Awards yang menyatakan bagi kecederaan ini adalah diantara RM1300 hingga RM5000.
l
Multiple abrasion wound with skin loss of left4th and 5th toes RM4000 Mahkamah ini merujuk kepada kes Azihal binti Hamzah wakil litigasinya Plaintif 20 kedua v Mohd Hariri bin Che Ismail & Anor [2014] 1 PIR [14] yang mana award bagi kecederaan Abrasion wpund over rthe right forearm adan right toes dibenarkan dengan jumlah RM5000.00. Walaubagaimanapun Mahkamah berpendapat awad RM4000 adalah wajar mengikut range Revised Compendium of Personal Injury Awards yang menyatakan bagi kecederaan ini 25 adalah diantara RM1300 hingga RM5000.
m
Abarasion wound over left knee RM 1500 Mahkamah ini merujuk kepada kes Wong Fui Chen & 2 Ors v Chin Wen Cheng & Anor (Wong Sir Sheong & Anor-Third Party) [2019] 2 PIR [31] yang mana award bagi kecederaan ini sebanyak RM1500.00 dibenarkan. Mahkamah berpendapat awad RM1500 adalah wajar mengikut range Revised 5 Compendium of Personal Injury Awards yang menyatakan bagi kecederaan ini adalah diantara RM1300 hingga RM5000.
21
Justeru itu, berdasarkan nas undang-undang yang dinyatakan di atas Mahkamah ini membenarkan awad berjumlah RM 66, 500.00 sebagai ganti rugi am yang harus dipampaskan oleh Defendan kepada Plaintif akibat daripada 10 kemalangan ini yang maan pada ketika itu Plaintif sedang dalam perjalanan untuk ke tempat kerja di Siarikat Air Melaka di Duyong sebagai Pengawal Keselamatan. Malangnya Plaintif telah terlibat dengan kemalangan hasil kecuaian pihak defendan sehingga mengakibatkan pelbagai kecederaan kepada Plaintif.
22
Maka, Mahkamah ini berpendapat Plaintif wajib diberikan pampasan bagi setiap kecedraan yang di alami hasil daripada kecuaian pihak Defendan yang gagal menjaga jarak selamat apabila memandu. Malah akibat daripada kemalangan ini, Plaintif hanya mampu membuat kerja ringan dan juga daya ingatan Plaintif semakin teruk yang mana Plaintif menjadi seorang yang cepat 20 lupa. Dalam keadaan ini, Mahkamah berpendapat adalah wajar setiap kecederaan Plaintif ini diberikan pampasan berdasarkan laporan perubatan Hospital Besar Melaka dan Klinik Kesihatan Umbai.
23
Gantirugi khas yang dibenarkan
a
Kerosakan pakaian, jam tangan handphone dan kasut RM250.00 25 Mahkamah membenarkan kos kerosakan pakaian, jam tangan, handphone dan kasut kerana Mahkamah mengambil judicial notis bahawa akibat daripada kemalangan setiap barangan peribadi Plaintif pasti terjejas. Oleh itu kos sebanyak RM250 dibenarkan
b
Perbelanjaan rawatan susulan RM100.00 Berdasarkan kad rawatan susulan yang di hadiri oleh Plaintif alibat daripada kemalangan ini Mahkamah membenarkan awad sebnyak RM100 bagi kos perbelanjaan rawatan susulan 24. Kos tindakan yang dibenarkan 5
a
Laporan perubatan Hospital Melaka RM80.00
b
Laporan JPJ & POLIS RM20.00
c
Kos kehadiran 2 saksi ke Mahkamah RM100.00 25. Mahkamah membenarkan ketiga-tiga item ini diberikan pampasan sebagai kos tindakan bagi memulakan tindakan Plaintif terhadap Defendan. Jumlah kos 10 tindakan yang di benarkan berdasarkan keterangan adalah RM 200.00 26. Kesimpulan 11. Mahkamah membenarkan tuntutan-tuntutan berikut: a) Di atas imbangan kebarangkalian, mahkamah memutuskan bahawa Plaintif tiada tanggungan terhadap liabiliti dan Defendan cuai 100%. 15 b) Atas dasar 100% liabiliti, gantirugi am yang dibenarkan ialah RM66,500.00 dan gantirugi khas ialah RM350.00. Kos tindakan sebanyak RM200.00 c) Faedah sebanyak 2.5% setahun untuk gantirugi khas dari tarikh kemalangan sehingga ke tarikh penghakiman. d) Faedah sebanyak 5% setahun untuk gantirugi am dari tarikh penyampaian 20 saman sehingga ke tarikh penghakiman. e) Faedah sebanyak 5% setahun untuk kesemua jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman sehingga ke tarikh penyelesaian penuh. f) Kos mengikut skala sebagaimana Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 Peguam Plaintif: T/n Ibrahim Aziz & Co Peguam Defendan: T/n Silva Velu & Co Bertarikh pada 10 haribulan Mac, 2025 5 ……………. t.t. …………….. (NABILAH BINTI NIZAM)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.