(a) pertama, iaitu kegagalan pendakwaan membuktikan pemilikan eksklusif rumah berkenaan, kami mendapati isu ini tidak bermerit. Kami perhatikan konsep pemilikan eksklusif rumah berkenaan tidak seharusnya dikelirukan dengan pemilikan dadah berbahaya tersebut. Perspektif yang tepat telah dijelaskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Lim Son Heng v PP (2014) 6 MLJ 109, yang memutuskan: “[13] As regards the argument by learned counsel for the appellant that there was no evidence of exclusivity of possession of the said premises to render the appellant as its occupier, we refer to the elucidation by Taylor J on the concept of possession in the case of Leow Nghee Lim v Reg [1956] 1 MLJ 28 at p 31: The dictionary definition brings the idea of exclusiveness. It is often said that ‘possession must be exclusive’. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from the enjoyment of the property. [14] With respect, it is incorrect to argue that just because someone else has access to the house, the person occupying the house would lose exclusive possession of all the things inside the house. R v Woodman [1974] 2 All ER 955 is a case concerning theft of scrap metal from a factory site, where the owners had put up fencing around the site to keep out trespassers. The owners themselves were unaware that remnants of scrap metal still remained in the factory. Lord Widgery CJ in delivering the judgment of the Court of Criminal Appeal held that: We have formed the view without difficulty that the recorder was perfectly entitled to do what he did, that there was ample evidence that English China Clays were in control of the site and had taken considerable steps to exclude trespassers as demonstrating the fact that they were in control of the site, and we think that in ordinary and straightforward cases if it is once established that a particular person is in control of a site such as 12 this, then prima facie he is in control of articles which are on the site. [15] On the facts of the present case, there can be no doubt that the appellant had possession of all the things inside the premises to the exclusion of other people. This is evidenced from the fact that he made sure he locked the grilled door with a padlock before he left the premises, the keys to the premises were found with him. In such a situation, the appellant ‘has the power to exclude other persons from the enjoyment of the property’ as explained by Taylor J in Leow Nghee Lim.” (Rujuk juga kes PP v Denish a/l Madhavan (2009) 2 MLJ 194 (MP)) [15] Berdasarkan prinsip di atas dan setelah mempertimbangkan fakta dalam rekod, kami mendapati pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa perayu mempunyai penjagaan dan pengurusan rumah berkenaan, dan pendakwaan telah juga berjaya mengetepikan akses oleh orang lain ke dalam rumah tersebut viz-a-viz pemilikan dadah berbahaya tersebut. Dalam erti kata yang lain, perayu mempunyai milikan eksklusif ke atas rumah berkenaan. Kami berpendapat dalih perayu bahawa orang luar boleh mempunyai akses dan berkemungkinan meletakkan dadah berkenaan merupakan satu dalih yang terlopong. Harus dicatatkan perayu tidak pada bila-bila masa di peringkat pendakwaan menyatakan secara spesifik siapakah orang itu dan bilakah orang itu masuk ke dalam rumahnya dan meletakkan kesemua dadah berbahaya tersebut, yang sebegitu besar jumlah dan nilainya, ke dalam laci kabinet dapurnya. Diperhatikan perayu telah gagal mencabar bahawa rumah itu dimiliki secara bersama dengan bekas isterinya, SP2. Tidak dicabar juga bahawa SP2 telah meninggalkan rumah itu sejak tahun 2010. Semenjak 2010 itu, perayu tinggal di rumah tersebut dengan anak sulungnya yang masih kecil 13 (tadika) dan kadangkala ibunya, menziarahi. Menurut SP2 dan juga SP5, kakak perayu, kunci rumah berkenaan dipegang bersama oleh SP2 dan perayu. Pada masa serbuan dibuat, rumah berkenaan dalam keadaan berkunci sehingga perlu dipecahkan masuk oleh SP3. Selain itu ada juga kakak dan sanak saudaranya datang melawat. Namun, tidak seorang pun daripada mereka dikatakan meletakkan atau berkemungkinan meletakkan dadah tersebut. Tidak dinafikan semasa tangkapan dibuat hanya perayu yang berada di rumah. Dalam keadaan demikian, mana mungkin adanya orang lain yang meletakkan dadah tersebut di dalam rumah perayu. Dalih ini, pada pandangan kami lebih merupakan satu serkap jarang. Ini yang membezakan kes ini dengan kes Abdullah Zawawi, Ibrahim Mohamad & Anor v PP, dan Azizan Yahaya v PP, supra. Kes-kes tersebut dengan jelas menunjukkan adanya orang lain, yang dinamakan secara spesifik, yang boleh dikatakan berkemungkinan, tetapi tidak dipanggil, meletakkan dadah berkenaan. Yang jelas, perayu ialah penghuni rumah tersebut dan mempunyai kawalan dan penjagaan ke atas apa-apa jua barang di dalam rumah berkenaan. Oleh itu, kami menolak hujahan peguam bela atas isu ini. [16] Kami juga tidak terlepas pandang saranan peguam bela bahawa berkemungkinan pasukan peninjau yang diketuai oleh SP6 telah memasuki rumah perayu semasa dia berada di surau melalui tingkap dapur yang tidak berkunci dan meletakkan dadah tersebut di dalam laci berkenaan. Kemungkinan ini dikatakan berlaku berasaskan sumber yang memberikan maklumat itu tidak dinyatakan namanya dan dikemukakan sebagai saksi oleh pendakwaan. Tambahan lagi, 14 kegagalan pendakwaan mengemukakan pemutar skru yang digunakan untuk mengumpil selak tingkap dapur itu menyokong saranan tersebut iaitu tingkap tersebut sememang tersedia rosak dan boleh dimasuki tanpa umpilan. Berbeza lagi dengan kes Abdulllah Zawawi, supra, cadangan saranan ini telah disangkal dengan jitu oleh SP6. Memandangkan ketiadaan apa-apa sebab atau motif untuk pihak SP6 untuk berbuat sedemikian kami bersetuju dengan dapatan hakim bicara yang lebih mempercayai keterangan SP6 daripada perayu. Hakim bicara berhak berbuat sedemikian dan kami tidak nampak di manakah kesilapan yang dilakukannya. Tuntasnya, kami mendapati hakim bicara telah mempertimbangkan dengan teliti berkenaan dengan isu di atas dan kami tidak nampak cacat celanya apabila beliau memutuskan: “[17] Berdasarkan prinsip yang dinyatakan di atas, di dalam kes ini dadah berbahaya tersebut yang menjadi perkara matan di dalam pertuduhan adalah dijumpai di dalam laci kabinet dapur di dalam rumah tertuduh. Berdasarkan keterangan SP3 dan SP7, dadah berbahaya tersebut dijumpai sebaik sahaja laci kabinet tersebut dibuka. Ini bermakna kedudukan dadah berbahaya tersebut adalah dalam keadaan terdedah dan bukan tersorok. Tidak mungkin tertuduh tidak mengetahui kewujudan dadah berbahaya tersebut. Tambahan pula jika diteliti kelakuan tertuduh semasa serbuan dilakukan oleh pasukan serbuan yang diketuai oleh SP3, tertuduh tidak memberi apa-apa respon apabila pegawai serbuan beberapa kali memberi salam dan memperkenalkan diri sebagai polis sehinggalah pasukan serbuan terpaksa mengumpil salah satu tingkap di bahagian dapur untuk memasuki rumah tersebut. Semasa tertuduh ditemui di dalam bilik kedua juga SP3 menyatakan bahawa tertuduh yang sedang duduk di atas katil dalam keadaan gelabah, takut dan berpeluh. Peguambela yang bijaksana telah membangkitkan isu bahawa cangkuk/selak tingkap dan screwdriver yang digunakan untuk mengumpil tingkap tersebut merupakan barang kes penting yang perlu dikemukakan untuk membuktikan bahawa akses masuk ke dalam rumah tersebut adalah melalui tingkap tersebut. Peguambela berhujah bahawa kemungkinan orang lain boleh masuk melalui tingkap tersebut dan meletakkan dadah di dalam laci kabinet dapur tertuduh. Daripada keterangan adalah jelas bahawa anggota 15 serbuan terpaksa mengumpil salah satu tingkap di bahagian dapur tersebut untuk masuk kedalam rumah tertuduh setelah tiada respon daripada pihak tertuduh walaupun SP3 telah beberapa kali memberi salam dan memperkenalkan diri sebagai polis. Tingkap terpaksa diumpil untuk memasuki ruang dalam rumah tersebut membawa makna bahawa tingkap tersebut dalam keadaan baik sebelum ini dan kegagalan pihak pendakwaan mengemukakan cangkuk/selak dan screwdriver yang digunakan untuk mencungkil cangkuk/selak tingkap tersebut bukanlah sesuatu yang boleh menjejaskan kes pendakwaan. Berdasarkan keterangan yang dinyatakan di atas, tertuduh sememangnya mempunyai jagaan dan kawalan terhadap dadah yang dijumpai di dalam rumah yang hanya didiami oleh tertuduh dan berdasarkan kelakuan tertuduh, ia hanya menjerumuskan kepada satu kesimpulan bahawa tertuduh mempunyai pengetahuan tentang dadah yang berada di dalam rumahnya atau lebih tepat yang tersimpan di dalam laci kabinet dapur di dalam rumahnya. (Rujuk kes Ahmad Azhari Ahmad Zaini v. PP & Other Appeals [2015] 1 CLJ 157, Parlan Dadeh v. PP [2009] 1 CLJ 717, Reza Mohd Shah Ahmad Shah v. PP [2005] 4 CLJ, PP v. Mohd Farid bin Mohd Sukis and Anor [2002] 8 CLJ 814; [2003] 3 MLJ 401 dan Tarmizi Yaacob & Anor v. PP and Anor. Appeal [2010] 8 CLJ