Lampiran
Lampiran 14 bertarikh 28-9-2022 − Notis Permohonan oleh Defendan: [12] Seterusnya, Defendan memfailkan Notis Permohonannya di bawah Aturan 18 kaedah 19(1)(d) dan/atau Aturan 92 kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk memohon perintah yang berikut: a) Writ Pemilikan bertarikh 12-10-2021 adalah cacat dan/atau salah dan hendaklah diketepikan dan/atau dibatalkan. b) Notis Pengosongan bertarikh 21-9-2022 adalah salah dan/atau tidak sah dan hendaklah dibatalkan. c) keseluruhan prosiding Writ Pemilikan hendaklah digantung dan/atau ditangguhkan sementara sehingga pelupusan permohonan Defendan. d) Plaintif membayar kos tindakan kepada Defendan. e) perintah lain yang dianggap wajar, patut sesuai dan manfaat oleh Mahkamah ini. Alasan permohonan adalah Writ pemilikan dibuat secara bertentangan dan/atau bercanggah dengan undang-undang; Writ Pemilikan tidak mengikut Borang 87 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012; dan Notis Pengosongan adalah salah, cacat dan/atau tidak diserahkan dan/atau tidak dikemukakan kepada Defendan. Afidavit yang diikrarkan oleh Defendan dan difailkan bersama-sama dengan Lampiran 14 menyatakan fakta selanjutnya. S/N 0dO9inPB1kuJdsBTzXpoKg [13] Pada 5-10-2022, Syerif dalam laporannya menyatakan bahawa pelaksanaan Writ Pemilikan terhadap Defendan tidak dapat dijalankan kerana Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam (selepas ini disebut “Puan TP”) pada tarikh yang sama (5-10-2022) telah yang membenarkan permohonan Defendan sebagaimana pada Lampiran 14 itu. Oleh yang demikian, pelaksanaan Writ pemilikan ditangguhkan dan tidak berjaya dilaksanakan. Implikasi Lampiran 14 oleh Defendan terhadap Plaintif: [14] Plaintif menyatakan bahawa peguam cara baharunya iaitu Tetuan Paven & Co., menerima e-mel daripada peguam cara Defendan (Tetuan Mastura & Associates) yang dalam e-mel tersebut telah melampirkan Lampiran 14, surat iringan dan afidavit sokongan Defendan. [15] Plaintif membantah kaedah penghantaran Lampiran 14 itu atas alasan tiada penghantarserahan secara AR Pos Berdaftar atau courier sehingga kini. Hantaran secara e-mel adalah tidak memadai atau tidak lengkap menurut undang-undang. [16] Pada tarikh pelaksanaan iaitu 5-10-2022, Peguam cara Plaintif terpelajar terpelajar dimaklumkan oleh Bailif Mahkamah bahawa Timbalan Pendaftar MTSA telah memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan Lampiran 7 atas alasan ada pemfailan Lampiran 14 oleh Defendan. S/N 0dO9inPB1kuJdsBTzXpoKg [17] Peguam cara Plaintif terpelajar terpelajar memaklumkan Bailif Mahkamah bahawa beliau tiada pengetahuan mengenai pendengaran Lampiran 14 itu pada 5-10-2022 dan tiada apa-apa kertas kausa berkenaan dengan pendengaran lampiran 14 diserahkan. Tarikh pendengaran Lampiran 14 itu ialah pada 31-10-2022. [18] Permintaan Peguam cara Plaintif terpelajar terpelajar untuk bertemu dengan Timbalan Pendaftar MTSA pada 5-10-2022 itu tidak dibenarkan atas alasan Timbalan Pendaftar MTSA mempunyai kes sivil lain untuk didengar. Timbalan Pendaftar MTSA juga telah mengarahkan Bailif Mahkamah untuk tidak melaksanakan Writ Pemilikan pada tarikh 5- 10-2022. [19] Perenggan 15 afidavit sokongan Plaintif menyatakan – “Tetapi peguam cara Defendan telah melantik seorang peguam iaitu Wan Roslan bin Wan Ismail untuk menyebut perkara tersebut di hadapan Timbalan Pendaftar dan peguam tersebut telah mengelirukan Mahkamah Mulia ini dengan secara pembohongan kata bahawa kertas kausa telah diserahkan terhadap peguam cara saya melalui e-mel pada 3-10-2022 dan juga telah hantar dokumen berkenaan melalui AR Pos Berdaftar pada 3-10-2022 tetapi juga beritahu Timbalan Pendaftar tiada afidavit penyampaian difailkan. Selanjutnya, kaunsel yang sebut perkara ini juga berbohong apabila berkata bahawa Peguam cara Plaintif terpelajar terpelajar tidak hadir. S/N 0dO9inPB1kuJdsBTzXpoKg Sebenarnya ini adalah satu pembohongan oleh peguam yang sebut perkara ini dan saya percaya adalah semestinya di atas arahan peguam cara Defendan dan peguam yang sebut perkara ini telah melakukan penghinaan terhadap mahkamah Mulia ini dan juga telah melakukan “professional misconduct” oleh seorang peguam. Dengan segala hormatnya saya dinasihati dan katakan bahawa sekurang-kurangnya Timbalan Pendaftar harus meminta bukti penyerahan kertas kausa diberi kepada Mahkamah Mulia pada 5-10-2022 sebelum membuat apa-apa keputusan. Saya dan peguam cara saya “was condemned unherad” secara salah dan bertentangan dengan peraturan dan undang-undang. Seharusnya, demi keadilan, Mahkamah Mulia ini harus memulakan prosiding penghinaan Mahkamah terhadap peguam cara dan kaunsel yang sebut perkara ini bagi pihak Defendan. Oleh yang demikian, saya dengan segala hormatnya dinasihati dan katakan bahawa apa-apa perintah yang dibuat oleh Timbalan pendaftar adalah bukan sahaja tidak sah tetapi salah dan bertentangan dengan undang-undang dan peraturan. Memandangkan fakta ini, saya telah arahkan peguam cara saya untuk membuat permohonan untuk mengenepikan dan membatalkan apa-apa perintah yang dibuat oleh mahkamah Mulia ini pada 5-10-2022. Selanjutnya, langsung tiada apa-apa perintah Mahkamah Mulia ini bertarikh 5-10-2022 diserah kepada saya atau peguam cara saya sehingga sekarang.”. S/N 0dO9inPB1kuJdsBTzXpoKg [20] Plaintif menyatakan bahawa Defendan sememangnya tidak berhasrat untuk keluar dari Rumah tersebut dan menyerahkan milikan kosong Rumah tersebut kepada Plaintif. Pernyataan Defendan kepada Bailif Mahkamah pada 4-10-2022 (sehari sebelum tarikh pelaksanaan pada 5-10-2022) bahawa Defendan telah mengemas semua barang kepunyaan Defendan dan untuk keluar dari Rumah tersebut tetapi Defendan masih belum mendapat tempat tinggal yang baharu adalaha suatu pembohongan. Ini kerana semasa Plaintif memasuki Rumah tersebut pada 5-10-2022, Rumah itu berada dalam keadaan yang sangat teruk dan semua barang Defendan tidak dikemaskan. [21] Plaintif menyatakan bahawa sehingga 11-10-2022 Plaintif telah habis mengemaskan Rumah tersebut. Plaintif telah membuat laporan polis pada tarikh yang sama mengenai langkah-langkah yang diambilnya selepas 5-10-2022. [22] Seterusnya, Plaintif telah menyewakan Rumah tersebut kepada penyewa lain dan dengan itu Lampiran 14 oleh Defendan itu tidak lagi perlu diputuskan. Lampiran 22 bertarikh 14-10-2022 − Notis Permohonan oleh Plaintif: [23] Plaintif memfailkan permohonan untuk membatalkan Lampiran 14 Defendan itu dan selanjutnya memohon perintah yang berikut: • keputusan Puan TP untuk menangguhkan Writ pemilikan adalah tidak sah dan terbatal. Ini kerana Lampiran 14 adalah tidak sah dan terbatal. S/N 0dO9inPB1kuJdsBTzXpoKg • segala arahan yang diberikan oleh Puan TP pada 5-10-2022 tanpa permohonan Lampiran 14 diserah kepada Plaintif dan Peguam cara Plaintif terpelajar terpelajar dan tanpa kehadiran Peguam cara Plaintif terpelajar terpelajar adalah terbatal dan/atau dipadamkan (“expunged”). • pendengaran Lampiran 14 digantung sehingga menunggu pelupusan Lampiran 22. • kos permohonan. • apa-apa relief lanjut dan/atau lain yang dianggap sesuai dan wajar oleh Mahkamah. Alasan Plaintif bagi permohonannya adalah – a) Lampiran 14 adalah cacat dan/atau defektif kerana difailkan di bawah Aturan yang salah dan tidak terpakai bagi tujuan suatu Writ Pemilikan. b) Aturan 46 kaedah 6 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 memperuntukkan bahawa Writ pelaksanaan yang termasuk suatu Writ Pemilikan adalah sah mula-mulanya untuk 12 bulan bermula dari tarikh keluaran. c) Writ Pemilikan adalah sah sehingga 12-10-2022. S/N 0dO9inPB1kuJdsBTzXpoKg d) berlandaskan Aturan 46 kaedah 29A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, Puan TP tiada kuasa untuk menangguhkan Writ Perlaksanaan yang termasuk Writ pemilikan tanpa semua dokumen diserahkan kepada Peguam cara Plaintif terpelajar terpelajar. e) Peguam cara Plaintif terpelajar terpelajar tidak dimaklumkan berkenaan dengan apa-apa pendengaran/sebutan pada 5-10- 2022 dan/atau diserahkan apa-apa dokumen berkenaaan dengan Lampiran 14. f) tiada apa-apa notifikasi diberikan kepada Peguam cara Plaintif terpelajar terpelajar oleh Mahkamah sebelum 5-10- 2022 bahawa Lampiran 14 ditetapkan pada tarikh yang sama dan bukan tarikh terdahulu iaitu pada 31-10-2022. g) sehingga pemfailan Lampiran 22 ini, Peguam cara Plaintif terpelajar terpelajar tidak diserahkan dengan sebarang perakuan segera oleh peguam cara Defendan berkenaan dengan Lampiran 14. h) Defendan telah dengan sengaja mengelirukan Mahkamah untuk kepentingannya sendiri. i) Writ Pemilikan bertarikh 12-10-2021 telah dilaksanakan pada 5-10-2022 (execution has been completed). j) penyewa-penyewa dan “licensee” kini sedang menduduki premis tersebut. S/N 0dO9inPB1kuJdsBTzXpoKg Plaintif memfailkan afidavit sokongan untuk menyokong permohonannya bagi Lampiran 22 ini. Hujahan bertulis Plaintif mengenai Lampiran 14 dan Lampiran 22 kepada Timbalan Pendaftar MTSA: [24] Peguam cara Plaintif terpelajar terpelajar terpelajar berhujah mengenai perkara (points) yang berikut: a) permohonan Defendan pada Lampiran 14 itu hanya disokong oleh afidavit sokongannya semata-mata. Palintif yang memfailkan afidavit jawapan terhadap afidavit Defendan tidak dibalas oleh Defendan. Peguam cara Plaintif terpelajar terpelajar memetik nas undang-undang kes Ng Hee Thoong & Anor. v. Public Bank Berhad [1995] 1 CLJ 609 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan “It is a well settled principle governing the evaluation of affidavit evidence that where one part makes a positive assertion upon a material issues, the failure of his opponent to contradict is usually treated as an admission by him of the fact so asserted.”. b) permohonan Defendan pada Lampiran 14 itu dibuat di bawah A. 18 k. 19(1)(d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau A. 92 k. 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Pemakaian A. 18 k. 19(1)(d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 bagi permohonan Defendan ini adalah khilaf maka peruntukan A. 92 k. 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 tidak boleh digunakan. S/N 0dO9inPB1kuJdsBTzXpoKg c) terdapat peruntukan khusus menurut Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk mengenepikan Writ Pemilikan dan ianya bukanlah suatu permohonan sebagaimana di bawah A. 18 k. 19(1)(d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Peguam cara Plaintif terpelajar terpelajar terpelajar memetik nas undang-undang kes Cheong Chew Khoon (t/a Cathay Hotel) v. Abdul Johari bin Abdul Rahman [1995] 1 MLJ 457, pada perenggan [5] keputusan Mahkamah Rayuan oleh Gopal Sri Ram JCA. d) maka dengan itu, Peguam cara Plaintif terpelajar terpelajar terpelajar menghujahkan bahawa there is no valid and proper application made by the Defendant. [25] Selanjutnya, Peguam cara Plaintif terpelajar terpelajar terpelajar menegaskan bahawa permohonan Defendan sebagaimana Lampiran 14 perlu ditolak kerana permohonan sedemikian adalah “an utter abuse and misuse of process”. [26] Berdasarkan jalur proses kes ini, Peguam cara Plaintif terpelajar terpelajar terpelajar menyatakan bahawa pada 5-10-2022 Writ Pemilikan telah dilaksanakan menurut suatu Perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam bertarikh 25-9-2018. Mahkamah Rayuan pada 2-10-2019 telah menolak rayuan Defendan. Pada 6-7-2020 pula, Mahkamah Persekutuan telah menolak permohonan Defendan untuk “leave to appeal”. S/N 0dO9inPB1kuJdsBTzXpoKg [27] Berdasarkan kepada keputusan-keputusan Mahkamah tersebut, Peguam cara Plaintif terpelajar terpelajar terpelajar menghujahkan bahawa Writ Pemilikan yang diperoleh Plaintif adalah sah di sisi undang-undang, telah dilaksanakan dan tidak boleh diketepikan. [28] Peguam cara Plaintif terpelajar terpelajar terpelajar menyatakan bahawa premis tersebut telah disewakan kepada suatu pihak ketiga yang suci hati dan mendiami premis itu. [29] Berkenaan dengan Lampiran 22 iaitu permohonan Plaintif yang difailkan 2 minggu selepas Lampiran 14 difailkan oleh Defendan, afidavit sokongan yang diikrarkan oleh Plaintif memohon perintah yang berikut: a) Notis Permohonan Defendan (Lampiran 14) bertarikh 28-9- 2022 dibatalkan. b) keputusan Timbalan Pendaftar pada 5-10-2022 untuk menangguhkan Writ Pemilikan Plaintif bertarikh 12-10-2021 (Kandungan 7) adalah tidak sah dan terbatal. c) segala arahan yang diberikan oleh Timbalan Pendaftar pada 5-10-2022 tanpa permohonan Lampiran 14 diserah terhadap Palintif dan Peguam cara Plaintif terpelajar terpelajar dan tanpa kehadiran Peguam cara Plaintif terpelajar terpelajar adalah terbatal dan/atau dipadamkan (“expunged”). d) pendengaran Lampiran 14 digantung sehingga menunggu pelupusan muktamad Notis Permohonan Plaintif (Lampiran 22) ini. S/N 0dO9inPB1kuJdsBTzXpoKg e) Kos permohonan dibayar sendiri oleh peguam cara Defendan pada kadar serta-merta. Hujahan bertulis Defendan mengenai Lampiran 14 dan Lampiran 22 kepada Timbalan Pendaftar MTSA: [30] Menurut Defendan, fakta kes ini adalah – • Defendan telah menduduki Rumah tersebut sejak tahun 1999 dengan kebenaran dan/atau keizinan pemilik berdaftar dan/atau benefisial terdahulu iaitu Gurbachan Singh a/l Bagawan Singh dan/atau melalui wakil dan/atau agennya Hazara Singh a/l Munsha Singh. • pemilik terdahulu telah bersetuju untuk menjualkan Rumah tersebut kepada Defendan dan telah membenarkan Defendan menduduki dan seterusnya membuat pengubahsuaian Rumah tersebut setelah menerima bayaran daripada Defendan. • Defendan telah menduduki Rumah tersebut secara aman dan tanpa apa-apa gangguan sejak tahun 1999 sehinggalah tahun 2003 apabila pemilik berdaftar terdahulu mula menuntut bayaran sewa. • keseluruhan tindakan berkaitan dengan tuntutan sewa oleh pemilik terdahulu telah selesai pada sekitar tahun 2006 dan Defendan telah menduduki Rumah tersebut secara aman sehinggalah penerimaan notis tuntutan daripada Peguam S/N 0dO9inPB1kuJdsBTzXpoKg cara Plaintif terpelajar terpelajar pada sekitar November 2016. • Plaintif telah memfailkan Writ Pemilikan pada 12-10-2021 (Lampiran 7) dengan catatan “Nota: perintah ini hendaklah melainkan jika didaftarkan di bawah apa-apa undang-undang lain yang berhubungan dengan harta tak alih tersebut, kekal berkuat kuasa selama 6 bulan dari tarikh ini.”. • Writ Pemilikan tersebut hanya dilaksanakan pada 21-9-2022 iaitu selepas 11 bulan dari tarikh pemfailan Writ Pemilikan tersebut. • semasa pelaksanaan Writ Pemilikan tersebut Bailif Mahkamah telah mengeluarkan Notis Pengosongan bertarikh 21-9-2022 kepada MAT SAUFI BIN MAMAMT (NO. K/P: 701022-03-5653). [31] Peguam cara Defendan terpelajarmenghujahkan bahawa Lampiran 14 yang difailkan Defendan di bawah A. 18 k. 19(1)(d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 adalah tepat dan teratur kerana Writ Pemilikan yang difailkan oleh Plaintif sebagaimana Lampiran 7 itu adalah merupakan pliding menurut peruntukan A.1 k. 4 Kaedah-Kaedah mahkamah 2012. [32] Catatan “Nota: perintah ini hendaklah melainkan jika didaftarkan di bawah apa-apa undang-undang lain yang berhubungan dengan harta tak alih tersebut, kekal berkuat kuasa selama 6 bulan dari tarikh ini.” dengan jelas membuktikan bahawa tempoh kuat kuasa Lampiran 7 adalah tamat pada 11-3-2022. Maka, tindakan pelaksanaan oleh plaintif selepas tamatnya tempoh kuat kuasa 6 bulan adalah bertentangan dengan S/N 0dO9inPB1kuJdsBTzXpoKg kehendak Lampiran 7 itu sendiri. [33] Peguam cara Defendan terpelajar menghujahkan bahawa walaupun A. 46 k. 6 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 memperuntukkan suatu writ pelaksanaan adalah sah berkuat kuasa selama 12 bulan namun kuasa Mahkamah untuk melanjutkan masa atau menyingkatkan masa terkandung dalam peruntukan A. 3 k. 5 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. [34] Berdasarkan permintaan Plaintif sendiri tempoh kuat kuasa writ pelaksanaan adalah sah berkuat kuasa selama 6 bulan sahaja. Oleh kerana, Plaintif tidak memohon bagi pindaan atau lanjutan masa maka Plaintif tidak boleh bergantung kepada peruntukan A. 46 k. 6 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. [35] Permohonan pembatalan oleh Defendan terhadap Lampiran 7 menggunakan peruntukan A. 18 k. 19(1)(d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 adalah betul kerana summary process bagi tindakan ini adalah jelas dan nyata di mana Writ Pemilikan (Lampiran 7) itu sendiri telah jelas mencatatkan tempoh kuat kuasa selama 6 bulan dan telah tamat pada 11-3-2022. Peguam cara Defendan terpelajar memetik nas undang-undang kes Bandar Builder Sdn Bhd & 2 Ors v. United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 4 CLJ 7 di mana Supreme Court memutuskan – “Prinsip-prinsip atas mana Mahkamah bertindak mengamalkan kuasanya di bawah mana-mana empat bahagian A. 18 k. 19(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 adalah bertapak dengan kukuhnya. Hanya dalam kes-kes biasa dan nyata sahaja yang proses terus boleh digunakan di bawah kaedah ini. S/N 0dO9inPB1kuJdsBTzXpoKg Prosedur terus ini hanya boleh diterima pakai apabila jelas kelihatan bahawa suatu tuntutan atau jawapan yang berada di hadapan kes itu adalah jelas tidak boleh dibenarkan.”. [36] Oleh yang demikian, peguam cara Defendan terpelajar menghujahkan bahawa Notis Pengosongan bertarikh 21-9-2022 itu juga adalah salah dan/atau cacat dan adalah tidak berkuat kuasa terhadap Defendan di mana jelas tercatat pada Notis Pengosongan tersebut bahawa Notis tersebut hanya dikeluarkan dan/atau diserahkan kepada MAT SAUFI BIN MAMAMT (NO. K/P: 701022-03-5653). [37] Seterusnya, peguam cara Defendan terpelajar menghujahkan bahawa Notis Pengosongan tersebut dikeluarkan secara salah kepada pihak yang salah dan adalah tidak pernah dikeluarkan dan/diserahkan kepada Defendan secara sempurna di sisi undang-undang. Dengan itu, Notis Pengosongan tersebut tidak boleh dikuatkuasakan terhadap Defendan. [38] Berkenaan dengan Notis Permohonan Plaintif sebagaimana pada Lampiran 22, peguam cara Defendan terpelajar menghujahkan bahawa Lampiran 22 itu adalah cacat dan tidak teratur di mana Plaintif hanya menyatakan bahawa permohonan dibuat di bawah A. 46 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 tanpa perincian secara tepat di bawah mana yang membenarkan permohonan sedemikian. Selanjutnya, menurut peguam cara Defendan terpelajar, “A. 46 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 tiada sebarang peruntukan di bawah mana-mana kaedah sekalipun yang membenarkan permohonan sebagaimana dibuat oleh Plaintif iaitu suatu permohonan untuk membatalkan permohonan yang lain.”. S/N 0dO9inPB1kuJdsBTzXpoKg Keputusan Timbalan Pendaftar MTSA bagi Lampiran 14 [39] Perintah Timbalan Pendaftar MTSA bertarikh 20-12-2022 bagi Lampiran 14 adalah – “PERINTAH (KANDUNGAN 14) ATAS PERMOHONAN Defendan yang dinamakan di dalam tindakan ini melalui Notis Permohonan bertarikh 28 September 2022 DAN SETELAH MEMBACA Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh Amran bin Ahmad pada 28 September 2022 dan Afidavit Jawapan yang diikrarkan oleh Mahinder Kaur a/p Hazara Singh yang kesemuanya telah difailkan disini, DAN SETELAH MENDENGAR Nur Husna binti Mohamad Tharimazi Peguam cara Plaintif terpelajar terpelajar dan Suhaidi bin Zakaria peguam cara Defendan; MAKA ADALAH DIPERINTAHKAN BAHAWA Permohonan Defendan di Kandungan 14 dibenarkan dengan kos sebanyak RM5,000.00 dibayar oleh Plaintif kepada Defendan.”. [40] Plaintif memfailkan rayuannya kepada Hakim Dalam Kamar. Tiada apa-apa alasan mengenai dapatan oleh Timbalan Pendaftar bagi keputusannya. S/N 0dO9inPB1kuJdsBTzXpoKg [41] Hujahan bertulis Defendan yang membantah Rayuan Kepada Hakim Dalam Kamar adalah sama seperti hujahan bertulis Defendan kepada Timbalan Pendaftar MTSA. Hujahan Plaintif: [42] Peguam cara Plaintif terpelajar terpelajar menafikan fakta kes ini yang dinyatakan oleh Defendan dan menghujahkan bahawa versi Defendan itu adalah salah tanggap (misconceived) dan suatu pembohongan. Fakta yang dinyatakan oleh Defendan tidak pernah diplidkan dalam notis permohonan oleh Defendan. [43] Perintah MTSA pada 25-9-2018 itu adalah crystal clear di mana keputusan Y.A Hakim telah dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. [44] Maka, Peguam cara Plaintif terpelajar terpelajar menyatakan bahawa hanya satu sahaja isu di hadapan Mahkamah ini iaitu sama ada Defendan mempunyai hak di sisi undang-undang untuk memfailkan suatu permohonan untuk mengenepikan Writ Pemilikan. [45] Peguam cara Plaintif terpelajar terpelajar telah mengambil segala tindakan undang-undang untuk memperoleh semula Rumah tersebut iaitu dengan – • memfailkan Saman Pemula di MTSA untuk memperoleh milikan kosong Rumah tersebut. Saman Pemula oleh Plaintif dibenarkan oleh MTSA. S/N 0dO9inPB1kuJdsBTzXpoKg • rayuan Defendan di Mahkamah Rayuan dan permohonan Defendan untuk kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutauan telah ditolak. • maka dengan keputusan ketiga-tiga Mahkamah, Plaintif mempunyai hak untuk memperoleh milikan kosong Rumah tersebut. [46] Peguam cara Plaintif terpelajar terpelajar menghujahkan bahawa keengganan Defendan menyerahkan milikan kosong Rumah tersebut kepada Plaintif adalah suatu salah tanggapan dan Defendan seorang yang tidak tahu malu dan seorang yang ingkar Perintah-Perintah Mahkamah. Defendan juga tidak menghiraukan pernyataan Y.A Hakim Mahkamah Rayuan. Oleh itu, Peguam cara Plaintif terpelajar terpelajar menghujahkan bahawa “The Defendant is utterly misusing and abusing the process of Court.”. [47] Pada perenggan 10 hujahan bertulis peguam cara Plaintif terpelajar iaitu – “10. Further, it is our most humble and respectful submission that, under the doctrine of “self-help”, the Plaintiff as the rightful owner of the house, has every right in law to obtain vacant possession even without the order of the Court against all trespasser and squatters as decided by the Federal Court in the case of Sidek bin Haji Muhamamad & 461 Ors v. The Government of the State of Perak & Ors [1982] 1 MLJ 313 [TAB 1] where the former Lord President, Justice Raja Azlan Shah (as His late Royal Highness then was) held as follows: S/N 0dO9inPB1kuJdsBTzXpoKg “... it is well established that a court of equity will never assist squatters to resist an order of possession illegally acquired; it will never inetervene in aid of wrong-doers. We would like to say this at once about squatters. The owner is not obliged to go to the courts to obtain an order of possession. He is entitled, if he so wishes, to take the remedy into his own hands. he can go in himself and turn them out without the aid of the courts of law. he can even use force, so log as he uses no more force than is reasonably necessary. he will not the be liable either criminally or civilly.”. Keputusan oleh Hakim Dalam Kamar [48] Mengenai undang-undang yang terpakai mengenai pelaksanaan den permohonan mengenepikan pelaksanaan, Mahkamah ini memetik undang-undang kes Pelangi Sdn Bhd v. Pentadbir Tanah Johor Bahru & 1 Yang Lain [2014] 1 LNS 881, Mahkamah Tinggi Johor Bahru (Y.A Gunalan A/L Muniandy, Yang Arif ketika itu) memutuskan seperti yang berikut: The Law Applicable [11] Every judgment or order requiring a person to do any act shall specify the time to do the act so required. O. 42, r 6 (1) of the Rules of Court, 2012 (“ROC”) provides that: “6. Judgment requiring act to be done: Time for doing it (O. 42 r. 6) (1) Subject to paragraph (2), a judgment or S/N 0dO9inPB1kuJdsBTzXpoKg order which requires a person to do an act shall specify the time after service of the judgment or order, or some other time, within which the act is to be done.”. [12] O. 42, r. 6 (1) has to be read together with O. 45, r 6 (2), ROC whereby the Court is empowered to vary the time specified for the doing of an act under the judgment or order or to specify the time for doing so if the judgment or order is silent. O. 45, r 6 (2) states as follows: “Judgment or order requiring act to be done: Order fixing Time for doing it (O. 45 r. 6) 6 (1) …. (2) Where, notwithstanding Order 42, rule 6 (1), or by reason of Order 42, rule 6 (2), a judgment or order requiring a person to do an act does not specify a time within which the act is to be done the Court shall have power subsequently to make an order requiring the act to be done within such time after service of that order, or such other time, as may be specified therein.”. [13] Enforcement of a judgment to do or abstain from doing an act is governed by O.45, r 5, ROC. It provides for several means to enforce the judgment or order where there is refusal or neglect to obey the judgment or order within the time specified or within that time as extended or abridged or disobedience where it requires any person to abstain from the doing of an act. To invoke the methods of enforcement under rule 5, the judgment S/N 0dO9inPB1kuJdsBTzXpoKg or order requiring an act to be done must specify the time limited within which the act is to be done without which it would not be enforceable by the means provided for in O. 45, r.5. [14] A judgment or order given against a party who is not a party to a cause or matter in which it is given is enforceable against that party by means of the usual process of enforcement. This is provided for in O. 45, r. 9, ROC, as follows: “Execution by or against person not being a party (O. 45 r. 9) (1) Any person, not being a party to a cause or matter, who obtains any order or in whose favour any order is made, shall be entitled to enforce the obedience to the order by the same process as if he were a party. (2) Any person, not being a party to a cause or matter, against whom obedience to any judgment or order may be enforced, shall be liable to the same process for enforcing obedience to the judgment or order as if he were a party.”. [15] A party seeking to set aside a judgment or order, whether for irregularity or illegality, must do so timeously even if it is entitled to set it aside ex debito justitiae for being bad in law. A judgment or order of a Court of competent jurisdiction cannot be disregarded on the ground that it is a nullity. In Khor Cheng Wah v. Sungai Way Leasing Sdn Bhd [1996] 1 MLJ 223, Gopal Sri Ram, JCA (as he then was) in delivering the judgment of the S/N 0dO9inPB1kuJdsBTzXpoKg Court of Appeal held inter alia: “It is a cardinal principle of law, that when a litigant seeks the intervention of the court in a matter that affects his rights, he must do so timeously. The maxim vigilantibus, non dormientibus, jura subveniunt, though having its origins in the Court of Chancery, is of universal application. Even in cases where a right is exercisable ex debito justitiae, a court may refuse relief to an indolent litigant (see p 229 D-E). … After the coming into force of the Rules of the High Court 1980, the distinction between irregularities and nullities ceased to exist. All acts and omissions that amount to non-compliance with one or more of the rules of court result in their being curable irregularities, and not nullities. Indeed, it is quite inappropriate to say of an order or decision of a court of unlimited jurisdiction (such as the High Court and other superior courts) that it is a nullity (see p 230H); Isaacs v. Robertson [1985] AC 97 followed.”. [16] The time period stipulated for the setting aside or varying a judgment or order is 30 days after receipt of the same. In this regard, O. 42, r. 13, ROC provides that: “13. Setting aside or varying judgment and orders (O. r. 13) Save as otherwise provided in these Rules, where provisions are made in these Rules for the setting aside or varying of any order or judgment, a party intending to set aside or to vary such order or judgment shall make an S/N 0dO9inPB1kuJdsBTzXpoKg application to the Court and serve it on the party who has obtained the order or judgment within thirty days after receipt of the order or judgment by him.”. [49] Pada 6-4-2023, Mahkamah ini telah membenarkan rayuan Plaintif seperti yang berikut: “KEPUTUSAN LAMPIRAN 40 DAN LAMPIRAN 41 NOTIS RAYUAN KEPADA HAKIM DALAM KAMAR [Yang diputuskan oleh Puan Sit Fatimah binti Yahya, Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 20- 12-2022] [1] Plaintif merayu kepada Hakim Dalam Kamar terhadap keseluruhan keputusan Timbalan Pendaftar (“Pn TP”) bagi 2 Notis Permohonan yang difailkan oleh Defendan iaitu Lampiran 14 dan Lampiran 22. Keputusan Pn TP memihak kepada Defendan iaitu penyewa hartanah. Hartanah tersebut ialah milik Plaintif. [2] Mahkamah ini telah meneliti dan mempertimbangkan kronologi tindakan ini dari Lampiran 1 (Notis Permohonan Minta Kebenaran Writ Pelaksanaan) oleh Plaintif. Writ Pelaksanaan dikeluarkan hasil daripada keputusan Mahkamah Persekutuan yang memihak kepada Plaintif. S/N 0dO9inPB1kuJdsBTzXpoKg [3] Pn TP telah terkhilaf dalam kedua-dua keputusannya. Mahkamah memutuskan untuk “menamatkan” battles mengenai hartanah tersebut yang menjadi milik Plaintif dan writ milikan hendaklah diteruskan. [4] Mahkamah ini memutuskan – a) untuk membenarkan Notis Rayuan (Lampiran 40 dan Lampiran 41) dengan kos sebanyak RM10,000.00 (tertakluk kepada fi alokatur) dibayar oleh Defendan kepada Plaintif. b) keseluruhan keputusan-keputusan Timbalan Pendaftar diketepikan.”. Campur tangan dan gangguan Mahkamah pada peringkat rayuan [50] Prinsip undang-undang mengenai appellate intervention only justified that on the available evidence, that the Deputy Registrar is erred (rujuk kes Tan Sri Khoo Teck Puat & Anor v. Plenitude Holdings Sdn Bhd [1993] 2 CLJ 146). “As regards the principles on which an appellate Court may interfere with a lower Court’s findings of fact we would refer to the following passage in the judgment of Lord Guest in Tay Kheng Hong v. Heap Moh Steamship Co. Ltd. [1964] 30 MLJ 87 in which his Lordship stated as follows: S/N 0dO9inPB1kuJdsBTzXpoKg There is a heavy onus on a party who seeks to displace the conclusion formed by the trial Judge on questions of fact. The principles upon which an appellate Court should act in reviewing the decision of a Judge of first instance were stated by Lord Thankerton in Watt or Thomas v. Thomas [1947] 1 All ER 582 at p. 587. I. Where a question of fact has been tried by a Judge without a jury, and there is no question of misdirection ofhimselfby the Judge, an appellate court which is disposed to come to a different conclusion on the printed evidence, should not do so unless it is satisfied that any advantage enjoyed by the trial Judge by reason of having seen and heard the witnesses, could not be sufficient to explain or justify the trial Judge’s conclusion; II. The appellate court may take the view that, without having seen or heard the witnesses, it is not in a position to come to any satisfactory conclusion on the printed evidence; III. The appellate court, either because the reasons given by the trial Judge are not satisfactory, or because it unmistakably so appears from the evidence, may be satisfied that he has not taken proper advantage of his having seen and heard the witnesses, and the matter will then become at large for the appellate court. Later his Lordship quoted with approval a passage from the speech of Lord Shaw in Clarke v. Edinburgh & District S/N 0dO9inPB1kuJdsBTzXpoKg Tramways Co. Ltd. [1919] SO (HL) 35, 37: In my opinion, the duty of an appellate court in those circumstances is for each Judge of it to put to himself, as I now do in this case, the question, Am I - who sit here without those advantages, sometimes broad and sometimes subtle, which are the privilege of the Judge who heard and tried the case - in a position, not having those privileges, to come to a clear conclusion that the Judge who had them was plainly wrong? If I cannot be satisfied in my own mind that the Judge with those privileges was plainly wrong, then it appears to me to be my duty to defer to his judgment.”. [51] Dua ujian yang dikenal pasti perlu dipenuhi bagi tujuan appellate intervention adalah plainly wrong test and insufficient judicial appreciation of evidence test (rujuk kes Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Ors v. Gan Yook Chin & Anor [2003] 2 MLJ 97 at 98-99).”. [52] Dalam kes Ong Leong Ciou & Anor v. Keller (M) Sdn Bhd & Ors And Another Appeal [2019] 3 MLRA 322 at 329, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa – “[125] We are mindful of the limited role of the appellate court in relation to the findings of facts made by the court of first instance. The general principle is that the conclusion of a trial judge is a finding of fact on the oral evidence based on the demeanour and credibility of the witness before him or her. Generally, such finding ought not S/N 0dO9inPB1kuJdsBTzXpoKg be disturbed unless the appellate court is convinced that it is plainly wrong. It would not be sufficient to warrant an appellate interference merely because the appellate court entertains doubt whether such finding is right.”. [53] Dalam kes Ng Hoo Kui & Anor v. Wendy Tan Lee Peng, Administrator of the Estates of Tan Ewe Kwang, Deceased & Anor [2020] 10 CLJ 1, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa – “... an appellate Court should not interfere with factual findings of a trial judge unless it was satisfied that the decision of the trial Judge was plainly wrong or one that no reasonable Judge could have reached. If it is not, the fact that the appellate Court may have reached a different conclusion on the facts, is irrelevant.”. [54] Dalam prosiding pelaksanaan ini khususnya Writ Pemilikan bagi Rumah tersebut, prinsip undang-undang ialah Mahkamah ini perlu memastikan sama ada Pn Timbalan Pendaftar telah khilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila memutuskan bahawa permohonan untuk membenarkan Lampiran 14 yang dipohon oleh Defendan. [55] Apakah alasan Pn Timbalan Pendaftar mengenai isu penangguhan dan pembatalan Writ Pemilikan selepas meneliti kertas kausa di hadapannya? S/N 0dO9inPB1kuJdsBTzXpoKg [56] Mahkamah ini mendapati, Defendan memfailkan Lampiran 14 bertarikh 28-9-2022 manakala Plaintif memfailkan lampiran 22 pada 14- 10-2022. Dan pada 20-12-2022, Timbalan Pendaftar membuat keputusannya bagi Lampiran 14. [57] Apabila Plaintif memfailkan Lampiran 22 yang kandungannya secara khusus merujuk kepada Lampiran 14 Defendan itu, Pn Timbalan Pendaftar sewajarnya dan hendaklah membaca keseluruhan fakta material mengenai Writ Pemilikan untuk Plaintif memperoleh semula milikan kosong Rumah tersebut. [58] Tindakan Plaintif memfailkan Writ Pemilikan adalah dibuat dengan teratur dan isu yang dibangkitkan oleh Defendan untuk menyekat dan menghalang Plaintif memperoleh milikan kosong Rumah tersebut adalah suatu tindakan yang menyalahgunakan proses Mahkamah. Mahkamah ini tidak boleh mengakaskan Perintah-Perintah Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang diberikan pada tahun 2018 dan 2019 itu. Plaintif telah memulakan proses undang-undang dengan teratur dan menjadi hak Plaintif untuk menikmati her “fruits of litigations”. Manakala, Defendan telah diberikan peluang mengemukakan rayuannya sehingga ke Mahkamah Persekutuan. Tiada apa-apa ketidakadilan dilakukan dan/atau berlaku terhadap Defendan. [59] Isu yang dibangkitkan oleh Defendan mengenai tempoh 6 bulan yang dicatatkan pada Nota dan penerima yang salah adalah isu teknikal yang tidak sama sekali menjejaskan hak Plaintif untuk memperoleh Rumah tersebut yang sememangnya haknya iaitu Puan Mahinder Kaur A/P Hazara Singh (No. K/P.: 580705-04-5078). S/N 0dO9inPB1kuJdsBTzXpoKg [60] Isu mengenai Defendan membayar sewa Rumah tersebut dan berhasrat untuk membeli Rumah tersebut tidak boleh digunakan oleh Pn Timbalan Pendaftar dalam mencapai keputusannya bagi Lampiran 14. [61] Keputusan Pn Timbalan Pendaftar pada 20-12-2022 yang memihak kepada Defendan gagal mempertimbangkan kronologi peristiwa mengenai Writ Pemilikan yang merupakan pelaksanaan kepada Perintah-Perintah Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. [62] Oleh kerana Mahkamah ini tidak mempunyai alasan bagi keputusan Pn Timbalan Pendaftar yang membenarkan permohonan oleh Defendan atas apa jua alasan, maka kekhilafan Pn Timbalan Pendaftar ini perlu diperbetul apabila rayuan difailkan kepada Hakim Dalam Kamar. [63] Paksi utama bahawa prosiding pelaksanaan telah sempurna diselesaikan dan dengan itu hak Plaintif untuk memiliki Rumah tersebut tidak lagi boleh dibatalkan oleh Defendan. [64] Sebagai pegawai Mahkamah di MTSA, sama ada beliau seorang Timbalan Pendaftar atau Bailif Mahkamah, prosiding yang berkaitan dengan kes ini hendaklah diberikan perhatian dan memastikan keadilan diberikan kepada semua pihak. [65] Kesemua alasan di atas menunjukkan bahawa berlaku ketidakadilan atau penyalahgunaan proses Mahkamah oleh Defendan untuk mengenepikan dan/atau membatalkan Writ Pemilikan dan mengisytiharkan Notis Pengosongan sebagai salah dan tidak sah dan hendaklah dibatalkan. S/N 0dO9inPB1kuJdsBTzXpoKg Kesimpulan [66] Berdasarkan alasan yang saya nyatakan di atas, penghakiman saya memutuskan bahawa keputusan Pn Timbalan Pendaftar adalah khilaf dan tidak menurut lunas undang-undang. Oleh yang demikian, rayuan Perayu dibenarkan dengan kos. [67] Pada peringkat rayuan di hadapan Mahkamah ini, saya telah menjalankan appellate role. Oleh itu, Mahkamah ini would slow to interfere with findings of facts. The findings and interpretation of the law by the learned Deputy Regisrar are incorrect. Bertarikh: 20 Jun 2023. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi NCvC12 Shah Alam S/N 0dO9inPB1kuJdsBTzXpoKg Peguam cara: Bagi pihak Plaintif/Perayu: En. Amir Faliq Tetuan Amir Faliq & Syahidah, Ipoh, Perak Bagi pihak Defendan/Responden: En. Suhaidi Zakaria Tetuan Mastura & Associates, Ayer Keroh, Melaka S/N 0dO9inPB1kuJdsBTzXpoKg