Nothing herein contained shall affect any law by which any contract is required to be made in writing or in the presence of witnesses, or any law relating to the registration of documents. [7] Kontrak antara Plaintif dan Defendan terhasil apabila Defendan membuat pesanan pembelian kepada pihak Plaintif untuk perkhidmatan pengangkutan batuan campur. Plaintif dengan pesanan pembelian tersebut, telah menegluarkan invois dan melaksanakan perkhidamatan pengankutan batu campur tersebut kepada Defendan bagi projek tersebut. [8] Walaupun tiada perjanjian bertulis yang ditandatangani oleh Plaintif dan Defendan, namun tindakan kedua pihak adalah mengikut kepada suatu perjanjian, pesanan pembelian, pengeluarkan invois dan pelaksanaan perkhidmatan pengangkutan batu campur. b) Isu Kedua : Adakah Plaintif berhak menuntut jumlah tunggakan tersebut dari Defendan? [9] Plaintif berhak menuntut jumlah tunggakan tersebut dari pihak Defendan kerana perkhidmatan sebagaimana yang diminta oleh pihak Defendan telah dibuat, dokumentasi juga telah diindorskan dan diakui penerimaan oleh pihak Defendan. [10] Bagi permohonan untuk merekodkan Penghakiman Terus yang difailkan oleh Plaintif, Mahkamah melihat bahawa Defendan tidak mempunyai apa-apa pembelaan bermerit dan adalah tidak wajar kes diteruskan ke peringkat bicara penuh. [11] Pembelaan yang difailkan oleh Defendan juga adalah suatu bentuk penafian ‘bare denial’ semata-mata tanpa menunjukkan apa-apa pembelaan yang kukuh untuk menentang tuntutan Plaintif. Keputusan Mahkamah [12] Setelah merujuk kepada keseluruhan kertas kausa, Notis Permohonan Penghakiman Terus di Kandungan 10 dan hujahan-hujahan yang difailkan, Mahkamah dengan ini membenarkan permohonan Plaintif di Kandungan 10 dengan kos RM3000. Disediakan oleh: Amin Rashidi Bin Ramli Majistret, Mahkamah Majistret Sivil 1, Kompleks Mahkamah Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Bertarikh 1 Oktober 2025