Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI GEORGETOWN DALAM NEGERI PULAU PINANG GUAMAN SIVIL NO: PA-22IP-2-12/2020 ANTARA MAIDEN HERITAGE EMPIRE SDN. BHD (NO. SYARIKAT: 201001013631 (897864-V)) … PLAINTIF
PA-22IP-2-12/2020
High Court of Malaysia19 Mar 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ds are true in substance and in fact. Such defence however, has to be specifically pleaded with full and clear particulars of the facts and matters relied on. In considering this defence, s. 8 of the Defamation Act 1957, where it is relied on, as is the case here, must be taken into account. Section 8 provides that a d”
“(a)"network service" and "network service provider" have the meaning assigned to them in section 6 of the Communications and Multimedia Act 1998 [Act 588]; and”
“38. Dalam kes Redland Tiles Ltd & Ors v. Kua Hong Brick Tile Works [1966] CLJU 165; [1966] 1 LNS 165; [1996] 2 MLJ 62, Mahkamah memutuskan sama ada berlaku atau tidak pelanggaran adalah persoalan fakta yang perlu diputuskan dengan menarik perhatian hakim dan mahkamah secara visual.”
“53. Undang-undang mengenai saman fitnah merupakan suatu yang telah mantap dalam sistem perundangan di Malaysia. Dalam kes Khalid Abdul Samad v. Dato' Dr Hasan Haji Mohamed Ali [2016] CLJU 193; [2016] 1 LNS 193 Mahkamah Rayuan menetapkan bahawa beban pembuktian adalah:”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI GEORGETOWN DALAM NEGERI PULAU PINANG GUAMAN SIVIL NO: PA-22IP-2-12/2020 ANTARA MAIDEN HERITAGE EMPIRE SDN. BHD (NO. SYARIKAT: 201001013631 (897864-V)) … PLAINTIF
1
NURR AYU ATHIKA BINTI MOHD RODZI (NO. K/P: 991004-07-5166) [Pemilik Tunggal untuk “TUNGKU HERBA MATHIKA MAHTHIKA ENTERPRISE” (No. Pendaftaran Perniagaan: 201803171097 (PG0447969-W)] 2) MAHANI BINTI MANAB (NO. K/P: 740506-07-5338) … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN A.
1
Tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan adalah atas perlanggaran Harta Intelek milik Plaintif, di mana Defendan-Defendan didakwa telah mempromosikan, menjual dan/atau S/N lXy5phDockaFcEqt5yLlYw mengedar produk Defendan Pertama yang mempunyai persamaan yang ketara dengan produk Plaintif melalui platform media sosial serta platform e-dagang di seluruh Malaysia tanpa sebarang kebenaran, persetujuan dan/atau pelesenan daripada Plaintif.
2
Defendan-Defendan melalui Tuntutan Balas telah memohon agar paten Plaintif dibatalkan atas alasan tidak mematuhi keperluan di bawah Seksyen 11, 12, 13 dan 14 Akta Paten 1983, serta menuntut ganti rugi atas dakwaan fitnah berikutan beberapa penerbitan berunsur fitnah yang didakwa dilakukan oleh Plaintif. B.
3
Plaintif merupakan sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 dimana Noreini binti Saman (PW1) merupakan Pengarah kepada Plaintif. Defendan Pertama adalah pemilik tunggal kepada perniagaan yang dikenali sebagai Tungku Herba Mahthika Enterprise manakala Defendan Kedua pula merupakan ibu kepada Defendan Pertama.
4
Pada 2 Januari 2013, Plaintif telah memfailkan dan mendaftarkan satu permohonan pendaftaran reka bentuk perindustrian dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (“MyIPO”) di bawah tajuk Rechargeable Apparatus for Medical Care, dengan nombor pendaftaran MY-13-00001-0101. Kemudian, pada 11 Jun 2018, Defendan Pertama telah memfailkan dan mendaftarkan satu permohonan pendaftaran reka bentuk perindustrian dengan MyIPO S/N lXy5phDockaFcEqt5yLlYw di bawah tajuk Electric Heater for Medical Care, dengan nombor pendaftaran MY-18-00554-0101.
5
Pada 5 Mac 2013, Plaintif telah memfailkan satu permohonan pendaftaran paten dengan MyIPO di bawah nombor permohonan PI 2012005359. Pada 24 Disember 2020, permohonan tersebut telah diluluskan dan diberi nombor pendaftaran MY-181520-A (selepas ini dirujuk sebagai ‘paten Plaintif’). Susulan dakwaan Plaintif bahawa Defendan-Defendan telah melanggar paten Plaintif tersebut, beberapa penerbitan telah dibuat oleh Plaintif dan/atau ejen Plaintif, yang didakwa mengandungi unsur fitnah dan/atau tohmahan terhadap Defendan-Defendan.
6
Defendan-Defendan mendakwa bahawa penerbitan-penerbitan berkenaan telah dibuat melalui platform media sosial milik Plaintif, sama ada oleh Plaintif sendiri dan/atau melalui ejennya, wakilnya dan/atau Noreini binti Saman, yang merupakan salah seorang pengarah serta pemegang saham majoriti dalam Plaintif. Penerbitan-penerbitan tersebut telah dibuat pada tarikh-tarikh berikut: 25 September 2019, 27 Mac 2020, 11 Jun 2020, 24 September 2020 dan 9 Oktober 2020, sama ada dalam bentuk bertulis dan/atau melalui rakaman video. Ia telah diterbitkan melalui akaun media sosial berikut: [a] Akaun Instagram bernama ‘tungku_ori’; [b] Akaun Facebook bernama ‘Wisma Saraf’; dan/atau [c] Akaun Facebook bernama ‘Ezzany Maiden’. S/N lXy5phDockaFcEqt5yLlYw
7
Pada 12 Mac 2021, Plaintif telah memfailkan satu saman atas dakwaan pelanggaran paten terhadap Defendan-Defendan, dengan mendakwa bahawa produk Defendan, iaitu satu alat pemanas elektrik (tungku elektrik), telah melanggar paten Plaintif. Defendan-Defendan pula telah memfailkan satu tuntutan balas bagi membatalkan paten Plaintif, serta satu lagi tuntutan balas berasingan atas asas tindakan fitnah yang didakwa dilakukan oleh Plaintif. C.
8
Plaintif telah memanggil dua (2) orang saksi, iaitu: - [a] Noreini Binti Saman [PW1]; Pengarah Plaintiff dan [b] Vasanthan A/L Nadarajan [PW2]; Pengurus Kemudahan 9. Defendan-Defendan telah memanggil empat (4) orang saksi, iaitu: - [a] Nurr Ayu Athika Binti Mohd Rodzi [DW1]; Pemilik Defendan [b] Mahani Binti Manab [DW2]; [c] Hariani Binti Sulaiman [DW3]; Pegawai Pemeriksa Paten di MyIPO dan [d] Bashirun Bin Che Morat [DW4] Pegawai Latihan Teknikal Kanan German-Malaysian Institute. S/N lXy5phDockaFcEqt5yLlYw D.
10
Berdasarkan Perakuan Pendaftaran Suatu Reka Bentuk Perindustrian No. Pendaftaran MY-13-00001-0101 yang dikeluarkan pada 24 Julai 2013, Plaintif merupakan pemegang pendaftaran reka bentuk perindustrian tersebut. Manakala, berdasarkan Sijil Geran Paten (Certificate of Grant of a Patent) bertarikh 24 Disember 2020, paten bernombor MY-181520-A yang bertajuk 'Electrical Herb Heating Stove' adalah dimiliki oleh Plaintif, iaitu Maiden Heritage Empire Sdn. Bhd. Pemberian Geran Paten tersebut oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (“MyIPO”) adalah berasaskan kepada Permohonan Paten Plaintif bernombor PI 2012005359 yang telah difailkan pada 5 Mac 2013.
11
Plaintif dalam hujahannya menjelaskan bagi sesuatu permohonan untuk diberikan geran paten, permohonan tersebut mestilah memenuhi kriteria kebaharuan, melibatkan langkah mereka cipta, dan boleh digunakan dalam bidang perindustrian, sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 11 Akta Paten 1983. Seksyen 14 hingga Seksyen 16 Akta tersebut menghuraikan dengan lebih lanjut maksud bagi terma-terma 'kebaharuan', 'langkah mereka cipta', dan 'pemakaian perindustrian'. Menurut Seksyen 29A (1) dan Seksyen 30 Akta yang sama, pemohon paten boleh membuat satu permintaan bagi pemeriksaan substantif terhadap permohonannya. Pemeriksaan ini akan dijalankan oleh Pemeriksa Paten, yang akan menilai sama ada permohonan tersebut memenuhi segala kehendak substantif yang diperuntukkan di bawah Akta Paten 1983. Sekiranya Pemeriksa S/N lXy5phDockaFcEqt5yLlYw melaporkan bahawa permohonan paten berkenaan telah mematuhi kehendak-kehendak yang ditetapkan, maka Pendaftar hendaklah memaklumkan perkara tersebut kepada pemohon dan memproses permohonan itu mengikut peruntukan yang sewajarnya.
12
Dengan huraian tersebut pemberian Sijil Pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian dan Geran Paten kepada Plaintif oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (“MyIPO”) adalah teratur, sah dan berkuat kuasa. Oleh yang demikian, Plaintif adalah Pemegang Sijil Pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian dan Geran Paten yang sah di sisi undang-undang. Namun, tanpa sebarang kebenaran, persetujuan atau pelesenan daripada pihak Plaintif, Defendan Pertama telah mendaftarkan satu reka bentuk perindustrian bernombor MY-18-00554-0101 pada 11 Jun 2018, iaitu lima (5) tahun selepas pendaftaran reka bentuk perindustrian Plaintif.
13
Dari segi reka bentuk pula, produk yang dikeluarkan dan dijual oleh Defendan Pertama adalah hampir serupa dengan produk milik Plaintif. Oleh yang demikian, pendaftaran reka bentuk perindustrian Defendan Pertama yang berkenaan dengan Permohonan No. MY18-00554-0101 adalah tidak sah di sisi undang-undang dan seharusnya dibatalkan. Selain itu, permohonan Utility Innovation (UI) oleh Defendan Pertama juga wajar ditolak memandangkan ia melibatkan ciptaan yang sama atau hampir serupa dengan ciptaan yang telah dipatenkan oleh Plaintif. S/N lXy5phDockaFcEqt5yLlYw
14
Plaintif seterusnya menghujahkan bahawa keterangan yang dibawa oleh Defendan berasaskan tesis bertajuk 'Mereka bentuk Tungku Elektrik Boleh Laras Dengan Menggunakan Pendekatan Quality Function Deployment' hasil penulisan Mohd Hasrol Nizam Bin Ahmad Idrus — yang kononnya menunjukkan bahawa paten Plaintif tidak memenuhi kehendak kebaharuan dan tidak boleh dianggap sebagai ciptaan baru — adalah tidak boleh diterima masuk (inadmissible) sebagai keterangan. Hal ini demikian kerana penulis tesis tersebut tidak dipanggil untuk memberikan keterangan oleh pihak Defendan, dan tiada sebarang alasan munasabah dikemukakan oleh Defendan bagi menjelaskan kegagalan berbuat demikian. Sehubungan itu, Plaintif berhujah bahawa anggapan bertentangan (adverse inference) di bawah Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 adalah terpakai terhadap Defendan, iaitu bahawa sekiranya penulis tesis tersebut dipanggil sebagai saksi — yang merupakan seorang saksi material — keterangannya berkemungkinan besar akan menjejaskan kes Defendan. E.
15
Defendan menghujahkan bahawa mereka tidak melanggar paten Plaintif memandangkan berdasarkan keterangan yang diberikan oleh Pemeriksa Paten (DW3), elemen 'pemanasan elektrik bagi dapur tungku' adalah merupakan teknologi lazim (common general knowledge) dalam bidang berkenaan dan tidak memenuhi kriteria kebaharuan. DW3 telah mengesahkan bahawa paten Plaintif tidak diberikan berdasarkan komponen pemanas elektrik tersebut, kerana teknologi itu telahpun diketahui umum dan, oleh itu, tidak S/N lXy5phDockaFcEqt5yLlYw boleh dipatenkan sejak awal lagi. Sebaliknya, aspek ciptaan Plaintif yang dianggap baharu dan memenuhi kehendak paten hanyalah penggunaan fabrik yang mengandungi kulit haiwan sebagai lapisan luar pada produk tungku tersebut. Defendan seterusnya menghujahkan bahawa produk tungku elektrik yang dihasilkan dan dipasarkan oleh Defendan tidak mengandungi sebarang fabrik yang terdiri daripada kulit haiwan sebagaimana yang diperuntukkan dalam tuntutan paten Plaintif. Oleh yang demikian, produk Defendan tidak termasuk dalam skop tuntutan paten Plaintif, dan perkara ini turut disahkan oleh Pemeriksa Paten semasa perbicaraan.
16
Defendan turut menghujahkan bahawa mereka tidak melanggar reka bentuk perindustrian berdaftar milik Plaintif memandangkan undang-undang secara jelas membezakan antara perlindungan yang diberikan di bawah undang-undang paten dan undang-undang reka bentuk perindustrian. Reka bentuk perindustrian hanya melindungi aspek bentuk atau rupa luaran sesuatu artikel, tidak termasuk fungsi atau teknologi ciptaan, yang merupakan skop perlindungan di bawah paten. Peruntukan undang-undang yang mengawal tindakan pelanggaran reka bentuk perindustrian adalah terkandung dalam Seksyen 32(2)(a) Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996.
Preamble
Menurut peruntukan tersebut, bagi membuktikan berlakunya pelanggaran reka bentuk perindustrian, Plaintif hendaklah menunjukkan bahawa reka bentuk berdaftar miliknya telah ditiru sama ada secara langsung atau secara substansial dalam artikel yang dihasilkan oleh Defendan. Tambahan pula, beban pembuktian terletak pada Plaintif untuk S/N lXy5phDockaFcEqt5yLlYw membuktikan, pada tahap imbangan kebarangkalian, bahawa terdapat peniruan yang jelas dan disengajakan terhadap reka bentuk tungku elektrik Plaintif dalam produk Defendan.
17
Defendan menghujahkan bahawa reka bentuk produk Defendan adalah berbeza daripada reka bentuk produk Plaintif dan tidak merupakan satu peniruan yang jelas atau substansial terhadap reka bentuk tersebut. Perbandingan antara kedua-dua reka bentuk menunjukkan perbezaan yang ketara — antaranya, bahagian bawah tungku milik Plaintif berbentuk bulat, manakala tungku Defendan berbentuk segi empat tepat. Perbezaan bentuk ini menyokong kedudukan bahawa reka bentuk Defendan bukanlah satu peniruan terhadap reka bentuk Plaintif. Oleh yang demikian, tiada pelanggaran terhadap reka bentuk perindustrian berdaftar Plaintif berlaku. Selain itu, tuntutan Plaintif berkenaan pelanggaran hak cipta juga tidak berasas dan mesti ditolak. Ini adalah kerana Seksyen 7(5) Akta Hak Cipta 1987 secara jelas memperuntukkan bahawa: ‘Hak cipta tidak akan wujud di bawah Akta ini dalam mana-mana reka bentuk yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkaitan dengan reka bentuk perindustrian.’ Peruntukan ini secara nyata mengecualikan perlindungan hak cipta bagi reka bentuk yang telah didaftarkan di bawah undang-undang berkaitan reka bentuk perindustrian. Oleh kerana reka bentuk milik Plaintif telah didaftarkan di bawah Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996, maka ia tidak layak untuk menikmati perlindungan serentak di bawah Akta Hak Cipta 1987. Justeru, sebarang dakwaan S/N lXy5phDockaFcEqt5yLlYw pelanggaran hak cipta oleh Defendan adalah tidak berlandaskan undang-undang dan sewajarnya ditolak oleh Mahkamah.
18
Plaintif juga telah gagal mengemukakan sebarang bukti yang kukuh atau menyakinkan mengenai kewujudan apa-apa perjanjian, niat bersama, atau persefahaman antara Defendan-Defendan untuk memudaratkan Plaintif. Tiada sebarang tindakan, komunikasi, atau perlakuan yang ditunjukkan oleh Plaintif yang boleh menyokong dakwaan bahawa wujud sebarang konspirasi di antara Defendan-Defendan terhadap Plaintif. Tambahan pula, Plaintif turut gagal membuktikan bahawa mereka telah mengalami sebarang bentuk kerugian yang berpunca daripada konspirasi yang didakwa tersebut. Kegagalan untuk mengemukakan bukti kerugian menjadikan tuntutan Plaintif berkaitan konspirasi adalah bersifat spekulatif dan tidak berasas di sisi undang-undang. E.
19
Dalam tuntutan balasnya, Defendan-Defendan menghujahkan bahawa Plaintif secara nyata dan terang telah mengakui bahawa Plaintif adalah pemilik dan mempunyai kawalan penuh ke atas akaun media sosial yang dikenali sebagai ‘FB Ezzanny Maiden’, ‘Wisma Saraf’, dan ‘Instagram Tungku Ori’. Defendan-Defendan seterusnya berhujah bahawa ketiga-tiga elemen utama yang perlu dibuktikan dalam satu tindakan fitnah—iaitu (i) kenyataan yang bersifat memfitnah, (ii) kenyataan itu merujuk kepada Defendan, dan (iii) kenyataan tersebut telah diterbitkan kepada pihak ketiga— telahpun dipenuhi sepenuhnya berdasarkan bukti daripada S/N lXy5phDockaFcEqt5yLlYw sekurang-kurangnya lima
5
hantaran media sosial yang diterbitkan oleh pihak Plaintif. Khususnya, kenyataan-kenyataan yang terkandung dalam akaun media sosial tersebut mengandungi tuduhan-tuduhan secara langsung mahupun tersirat yang secara nyata mencemarkan reputasi, nama baik, dan integriti perniagaan Defendan-Defendan. Antara kenyataan yang dimaksudkan adalah seperti berikut: [a] Tuduhan Amalan Perniagaan Tidak Jujur Plaintif secara terang melabel Defendan sebagai ‘peniru’ dan ‘penciplak’, yang memberi gambaran bahawa Defendan menjalankan perniagaan dengan cara yang tidak beretika dan tidak sah, sekaligus merosakkan reputasi perniagaan Defendan dalam kalangan pengguna serta masyarakat umum. [b] Tuduhan Pelanggaran Harta Intelek Plaintif telah menuduh bahawa Defendan telah meniru dan/atau menciplak produk Plaintif secara tidak sah tanpa sebarang pengesahan undang-undang, justeru memberi gambaran bahawa Defendan menjalankan perniagaan secara tidak jujur dan melanggar undang-undang. [c] Serangan Terhadap Integriti Peribadi dan Agama Plaintif turut mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama dan identiti budaya Defendan Kedua, dengan nada sindiran yang menimbulkan tanggapan buruk terhadap keperibadian dan moral Defendan. Kenyataan sedemikian tidak hanya bersifat menghina, malah turut menjejaskan kedudukan sosial dan kepercayaan awam terhadap Defendan Kedua. S/N lXy5phDockaFcEqt5yLlYw [d] Tuduhan Pengkhianatan Budaya Kenyataan Plaintif yang melabelkan Defendan sebagai “pengkhianat warisan Melayu” merupakan satu tuduhan serius yang mencemar maruah dan reputasi sosial Defendan dalam komuniti Melayu, dan membawa maksud bahawa Defendan telah menyalahi nilai-nilai budaya dan kepercayaan masyarakat mereka sendiri.
20
Oleh yang demikian, kenyataan-kenyataan yang diterbitkan oleh Plaintif ini jelas mempunyai kecenderungan untuk merendah-rendahkan Defendan di mata masyarakat dan pelanggan, serta membawa maksud fitnah yang nyata. Defendan-Defendan dengan ini menegaskan bahawa tindakan Plaintif adalah tidak bertanggungjawab, berniat jahat, dan telah menyebabkan kerosakan serius kepada reputasi dan perniagaan Defendan-Defendan.
21
Keduanya, setiap kenyataan yang dibuat oleh Plaintif secara terang dan nyata merujuk kepada Defendan-Defendan, sama ada melalui penyebutan nama mereka secara langsung, mahupun melalui rujukan yang spesifik kepada produk yang dikaitkan dengan mereka iaitu Tungku Mahthika HQ, serta amalan perniagaan Defendan-Defendan. Rujukan berulang oleh Plaintif terhadap produk tersebut, gaya perniagaan, dan atribut peribadi Defendan Kedua—termasuk cara pemakaian beliau—menjadikan kenyataan-kenyataan tersebut difahami oleh mana-mana pihak ketiga yang munasabah sebagai merujuk kepada Defendan-Defendan. Rujukan sedemikian adalah cukup jelas dan langsung sehingga tidak S/N lXy5phDockaFcEqt5yLlYw menimbulkan sebarang keraguan bahawa kenyataan tersebut bertujuan untuk menyasarkan serta memberi gambaran buruk terhadap Defendan-Defendan.
22
Ketiganya, kenyataan-kenyataan fitnah tersebut telah diterbitkan secara terbuka kepada khalayak umum melalui akaun-akaun media sosial yang dikawal oleh Plaintif, iaitu ‘@tungku_ori’ (Instagram), ‘Wisma Saraf’, dan ‘FB Ezzanny Maiden’. Akaun-akaun ini merupakan platform awam yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja, termasuk pelanggan, pembekal, pesaing, dan ahli komuniti yang mengenali serta berinteraksi dengan Defendan-Defendan. Hantaran-hantaran tersebut turut dikongsi secara meluas di pelbagai platform digital, dan dibuat dengan niat agar kenyataan-kenyataan itu dibaca dan dipercayai oleh masyarakat umum serta pengguna pasaran sasaran Defendan-Defendan. Ini membuktikan unsur penerbitan (publication) kepada pihak ketiga telahpun dipenuhi.
23
Defendan menyatakan adalah jelas bahawa ketiga-tiga elemen utama yang diperlukan untuk membuktikan suatu tindakan fitnah telahpun dipenuhi dalam kes ini. Pertama, kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Plaintif bersifat memfitnah kerana ia mencemar nama baik, integriti perniagaan, dan watak peribadi Defendan-Defendan. Kedua, kenyataan-kenyataan tersebut secara khusus merujuk kepada Defendan-Defendan sama ada secara langsung mahupun melalui rujukan tersirat yang difahami oleh pihak ketiga. Ketiga, kenyataan-kenyataan tersebut telah diterbitkan secara terbuka melalui platform media sosial yang boleh diakses oleh S/N lXy5phDockaFcEqt5yLlYw orang awam dan disebarkan secara meluas. Sehubungan itu, Defendan-Defendan menghujahkan bahawa tindakan Plaintif adalah satu bentuk fitnah (defamation) yang nyata dan telah mengakibatkan kerosakan serius dan tidak wajar terhadap reputasi, perniagaan, serta kedudukan sosial dan peribadi Defendan-Defendan. Justeru, Defendan-Defendan berhak mendapat ganti rugi yang sewajarnya daripada Plaintif atas kerugian yang dialami akibat kenyataan-kenyataan tersebut. F. HUJAHAN PLAINTIFF KEPADA TUNTUTAN BALAS
24
Plaintif menghujahkan bahawa Defendan tidak berhak untuk memfailkan tuntutan fitnah dalam bentuk tuntutan balas dalam tindakan ini kerana isu fitnah yang dibangkitkan adalah tidak berkaitan secara langsung dengan tuntutan utama Plaintif dalam tindakan ini. Sebarang dakwaan berkenaan fitnah sepatutnya difailkan melalui tindakan sivil yang berasingan dan bukannya melalui tuntutan balas dalam prosiding ini. Oleh itu, tindakan Defendan adalah cacat dari segi bentuk dan tidak sepatutnya dibenarkan untuk diteruskan.
25
Sekiranya sekalipun Mahkamah ini berpendirian bahawa Defendan berhak untuk memfailkan tuntutan balas fitnah dalam tindakan ini, Defendan tetap gagal untuk membuktikan bahawa Plaintif adalah pihak yang mengeluarkan penerbitan-pernerbitan yang didakwa sebagai fitnah tersebut. Defendan tidak mengemukakan sebarang S/N lXy5phDockaFcEqt5yLlYw bukti yang konklusif bahawa Plaintif adalah pemilik atau pengendali akaun-akaun media sosial yang dimaksudkan. Kegagalan ini adalah fatal kepada tuntutan Defendan. Tambahan pula, Defendan turut gagal membuktikan bahawa kenyataan-kenyataan yang dipersoalkan tersebut adalah bersifat memfitnah. Sebaliknya, Plaintif berhujah bahawa kenyataan-kenyataan tersebut adalah berasaskan kebenaran dan dibuat dengan justifikasi yang munasabah berdasarkan fakta-fakta yang sedia ada. G.
26
Terdapat 18 isu yang dipersetujui untuk dibicarakan sebagaimana di Lampiran 59. Namun begitu, setelah meneliti kesemua isu-isu tersebut, saya berpendapat isu utama untuk diputuskan adalah: [a] Sama ada Defendan-Defendan telah melanggar reka bentuk perindustrian. [b] Sama ada Defendan-Defendan telah melanggar Paten dan Hak Cipta Plaintif. [c] Sama ada Defendan-Defendan berpakat (“conspire”) untuk melanggar hak Harta Intelek Plaintif. [d] Sama ada Plaintif telah memfitnah Defendan-Defendan melalui penerbitan dalam Facebook dan Instagram. H.
27
Tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan antara lain diperenggan 52 Penyata Tuntutan Terpinda adalah untuk satu S/N lXy5phDockaFcEqt5yLlYw deklarasi bahawa produk Defendan-Defendan telah melanggar Reka Bentuk Plaintif, Paten Plaintif dan melanggar hakcipta Plaintif (Harta Intelek Milikan Plaintif) berkaitan tungku elektrik bernama Tungku Herba Elektronik Berbara dan Tungku Elektrik Herba Berbara. Plaintif juga menuntut pendaftaran reka bentuk Perindustrian No. Pendaftaran MY 18-00554-0101 untuk barang yang dikenali sebagai Electric Heater for Medical Care yang didaftar oleh Defendan-Defendan dibatalkan dan tidakdisahkan. Selain itu, Plaintif juga menyatakan Defendan-Defendan telah berkonsipirasi dengan niat untuk mencederakan Plaintif.
28
Manakala Defendan-Defendan di perenggan 76 Tuntutan Balas Terpinda menuntut beberapa deklarasi bahawa mereka tidak melanggar Harta Intelek Plaintif termasuk tetapi tidak terhad kepada Reka Bentuk Perindustrian No.: MY13-00001-0101 dan Paten No.: MY-181520-A dan adalah tidak sah juga untuk gantirugi atas kenyataan fitnah yang dikeluarkan oleh Plaintif di dalam akaun penerbitan sosial media. Sama ada Defendan-Defendan telah melanggar reka bentuk perindustrian 29. Adalah fakta yang tidak boleh dipertikaikan bahawa Plaintif merupakan pemegang Perakuan Pendaftaran Suatu Reka Bentuk Perindustrian No. Pendaftaran MY13-00001-0101 untuk barang yang dikenali sebagai Rechargeable Apparatus for Medical Care. S/N lXy5phDockaFcEqt5yLlYw 17 30. Tidak boleh dipertikaikan juga, Plaintif merupakan pemegang Sijil Geran Paten (Certificate of Grant of a Patent) yang bertarikh 24-12- 2020, Paten No. MY-181520-A yang bertajuk Electrical Herb Heating Stove selaras dengan Seksyen 14, 15 dan 16 Akta Paten 1983 (Akta 291).
31
Pemberian Geran Paten oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) adalah berdasarkan Permohonan Paten Plaintif No. Permohonan PI 2012005359 yang telah difailkan pada 05-03-2013 selaras dengan Seksyen 31 Akta 291 menyatakan -
2
Jika Pendaftar berpuas hati bahawa permohonan itu mematuhi seksyen 23, 29, dan 30, dia hendaklah memberi paten dan hendaklah dengan serta-merta-
a
mengeluarkan kepada pemohon suatu perakuan mengenai pemberian paten itu dan satu salinan paten bersama-sama dengan satu salinan laporan muktamad Pemeriksa; dan
b
merekodkan paten itu dalam Daftar.
32
Defendan Pertama pula merupakan pemegang Perakuan Pendaftaran Suatu Reka Bentuk Perindustrian No. Pendaftaran MY 18-00554-0101 untuk barang yang dikenali sebagai Electric Heater For Medical Care.
33
Perakuan Pendaftaran Suatu Reka Bentuk Perindustrian No. Pendaftaran MY 18-00554-0101 diluluskan oleh MyIPO mengikut Seksyen 22 Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 (Akta 552). Seksyen 22 Akta 552 menyatakan: S/N lXy5phDockaFcEqt5yLlYw
1
Jika Pendaftar berpuas hati bahawa suatu permohonan untuk mendaftarkan suatu reka bentuk perindustrian mematuhi kehendak seksyen 21, dia hendaklah-
a
mendaftarkan reka bentuk perindustrian itu dengan merekodkan butir-butir yang ditetapkan dalam Daftar; dan
b
mengeluarkan kepada pemohon perakuan pendaftaran reka bentuk perindustrian itu dalam bentuk yang ditetapkan.
2
Dengan seberapa segera yang mungkin selepas itu Pendaftar hendaklah menyebabkan disiarkan dalam Jurnal Rasmi-
a
suatu notis bahawa reka bentuk perindustrian itu telah didaftarkan;
b
nama dan alamat pemunya berdaftarnya; dan
c
apa-apa perkara yang membentuk atau berhubungan dengan reka bentuk perindustrian itu yang pada fikirannya wajar disiarkan.
3
Perakuan pendaftaran hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang fakta yang dinyatakan dalamnya dan kesahan pendaftaran.
34
Yang membawa kepada tuntutan ini bila mana Plaintif menyatakan tanpa kebenaran, persetujuan dan pelesenan daripadanya, Defendan Pertama telah mendaftar satu Reka Bentuk Perindustrian No. MY 18-00554-0101 yang didaftarkan pada 11-06- 2018 dimana barang yang merupakan tungku elektrik yang dikeluarkan dan dijual oleh Defendan Pertama dari segi reka bentuk adalah hampir serupa dengan barang keluaran Plaintif. S/N lXy5phDockaFcEqt5yLlYw Oleh itu, pendaftaran reka bentuk perindusturian Defendan yang didaftarkan dibawah kelas 24 -04 adalah salah disisi undang-undang dan seharusnya dibatalkan atau ditidaksahkan oleh MyIPO.
35
Plaintif adalah berhak untuk mengambil tindakan prosiding pelanggaran reka bentuk perindustrian dan paten terhadap Defendan-Defendan selaras dengan Seksyen 33(1) & (2) Akta 552 dan Seksyen 56(1) Akta 291.
1
Pemunya sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar hendaklah mempunyai hak untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap mana-mana orang yang telah melanggar atau sedang melanggar mana-mana hak yang diberikan oleh pendaftaran reka bentuk perindustrian itu.
2
Pemunya sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar hendaklah mempunyai hak yang sama terhadap mana-mana orang yang telah melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan pelanggaran berlaku. 56(1) Akta 291.
1
Pemunya paten adalah berhak untuk memulakan prosiding Mahkamah terhadap mana-mana orang yang telah melanggari atau sedang melanggari paten.
36
Untuk berjaya dalam pelanggaran reka bentuk perindustrian tersebut di bawah Seksyen 32(2)(a) Akta 552 ini, Plaintif adalah menanggung beban pembuktian berdasarkan imbangan kebarangkalian, bahawa Defendan secara curang atau jelas S/N lXy5phDockaFcEqt5yLlYw meniru reka bentuk tungku elektrik Plaintif. Seksyen 32(2)(a) Akta 552 yang menyatakan. “32(2)(a) menggunakan reka bentuk perindustrian itu atau apa-apa tiruan palsu atau nyata reka bentuk perindustrian itu pada apa-apa barang yang berkenaan dengannya reka bentuk perindustrian itu didaftarkan.
37
Defendan pula dalam pembelaannya menyatakan bahawa terdapat perbezaan reka bentuk tungkunya dengan reka bentuk tungku Plaintif dan tiada tiruan jelas telah berlaku.
38
Dalam kes Redland Tiles Ltd & Ors v. Kua Hong Brick Tile Works [1966] CLJU 165; [1966] 1 LNS 165; [1996] 2 MLJ 62, Mahkamah memutuskan sama ada berlaku atau tidak pelanggaran adalah persoalan fakta yang perlu diputuskan dengan menarik perhatian hakim dan mahkamah secara visual. Dalam kes ini Mahkamah merujuk Halsbury 's (3rd edn) vol. 38 at p. 675: The question whether a design which is alleged to infringe a registered design is or is not an infringement must be determined by the eye alone. The court has to decide only whether the alleged infringement has the same shape or pattern, and must eliminate the question of the identity of function, since another design may have parts fulfilling the same functions without being an infringement. Small differences in detail do not necessarily prevent infringement, but generally speaking, if under normal conditions of user, the eye would not confuse the two designs, there is no infringement. S/N lXy5phDockaFcEqt5yLlYw If there is some outstanding feature of the registered design which is not reproduced, this would generally negative infringement. It is not an actionable imitation merely to take the idea suggested by the design unless it works out in the way protected by the registration. Where an article may be readily manipulated into a position similar to the illustration of a design registration, there will be infringement.
39
Semasa perbicaraan, sampel fizikal kedua-dua tungku Plaintif dan Defendan telah dikemukakan kepada Mahkamah. Setelah meneliti secara secara visual keatas sampel fizikal Plaintif dan membandingkannya secara visual juga dengan tungku Defendan sebelah menyebelah, adalah jelas bahawa bentuk bahagian bawah reka bentuk kedua-dua tungku tersebut adalah jelas berbeza. Tungku Plaintif di bahagian bawah berbentuk bulat (round), manakala tungku Defendan adalah empat segi lonjong. (rectangle). Bentuk-bentuk lain pula seperti tempat pemegang adalah bentuk yang bersifat kefungsian yang biasa terdapat pada sesebuah tungku atau sebarang alat pemanas. Mahkamah mendapati bahawa secara visualnya kedua-dua tungku tersebut adalah berbeza dari segi reka bentuk. Dalam hal ini Mahkamah tidak dapat mengatakan bahawa terdapat persamaan material antara kedua-dua reka bentuk tungku tersebut dalam semua aspek dengan reka bentuk Plaintif yang telah dikenal pasti sebagai reka bentuk terdahulu. Malah pada pendapat Mahkamah jika dibuat perbandingan dari segi reka bentuk sahaja pun seseorang pelanggan itu tidak akan terkeliru di antara tungku Plaintif dan S/N lXy5phDockaFcEqt5yLlYw tungku Defendan. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa tungku Defendan bukan satu tiruan reka bentuk tungku Plaintif.
40
Memandangkan reka bentuk perindustrian No: MY18-00554-0101 telah pun mendapat pendaftaran di MyIPO yang menunjukkan bahawa reka bentuk perindustrian no: MY18-00554-0101 telah pun melepasi pemeriksaan oleh Pendaftar Reka Bentuk Perindustrian dan ujian persamaan dengan reka bentuk perindustrian no. MY13- 00001-0101 semasa ianya di peringkat permohonan, semua ini menunjukkan bahawa kedua-dua penampilan dalam reka bentuk Plaintif dan reka bentuk Defendan adalah tidak sama. Dengan ini, saya mendapati bahawa, berdasarkan atas imbangan kebarangkalian, Plaintif telah gagal membuktikan bahawa Defendan telah secara curang atau jelas meniru reka bentuk tungku elektrik Plaintif. Sama ada Defendan-Defendan telah melanggar Paten dan Hak Cipta Plaintif 41. Plaintif mendakwa bahawa tungku elektrik Defendan telah melanggar paten Plaintif yang diperolehi melalui Sijil Geran Paten (Certificate of Grant of a Patent) yang bertarikh2 4-12-2020 yang dikeluarkan oleh My IPO. Manakala Tuntutan Balas Defendan untuk pembatalan paten adalah berdasarkan alasan bahawa paten Plaintif tidak memenuhi kriteria yang diperlukan untuk kebolehpatentan, kerana ia tidak memenuhi kehendak di bawah Seksyen 14, 15, 16 dan 56 Akta Paten 1983. Salah satu keperluan S/N lXy5phDockaFcEqt5yLlYw asas bagi sesuatu paten untuk menjadi sah ialah ia mesti baharu, iaitu tidak didahului oleh ciptaan-ciptaan terdahulu (prior art). Dalam erti kata lain, jika ciptaan-ciptaan terdahulu telah pun menghuraikan ciptaan yang terkandung dalam paten tersebut, maka paten itu tidak lagi dianggap baharu dan tidak sepatutnya diberikan.
42
Mahkamah menerima keterangan DW3 sebagai Pemeriksa Paten yang mengesahkan paten tidak diberikan atas dasar teknologi elektrik yang digunakan dalam tungku kerana ciptaan elektrik yang memanaskan tungku kerana ianya satu teknologi dianggap biasa. Satu-satunya aspek Paten Plaintif yang dianggap novel dan boleh dipatenkan adalah ianya tidak mempunyai Prior Art dan juga atas dasar penggunaan fabrik terdiri daripada kulit haiwan yang melapis tungku Plaintif. Ini berbeza dengan tungku Defendan ianya tidak mengandungi sebarang fabrik kulit haiwan yang merupakan satu-satunya ciri utama paten ciptaan Plaintif tetapi lebih kepada penggunaan kain. DW3 menyatakan bahawa walaupun terdapat enam (6) karya terdahulu (“prior art”) yang dinyatakan dalam laporan carian, akan tetapi kesemua enam (6) karya terdahulu tersebut hanya berkaitan dengan latar belakang teknologi dan tidak akan mempengaruhi kehendak-kehendak kebolehpatenan permohonan Paten Plaintif. DW3 juga telah membuat semakan dan mengesahkan bahawa tiada Prior Art terdahulu berkenaan dengan tungku elektrik dan penggunaan fabrik dari kulit haiwan didalam mana-mana produk pesaing bermakna tiada pelanggaran paten berlaku. Oleh yang demikian saya memutuskan bahawa Paten Plaintif MY-181520-A adalah sah dan telah mematuhi Akta 291. S/N lXy5phDockaFcEqt5yLlYw
43
Tesis bertajuk “Mereka Bentuk Tungku Elektrik Boleh Laras Dengan Menggunakan Pendekatan Quality Function Deployment” adalah boleh diterima sebagai bukti kerana ia telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak melalui peguam masing-masing dan telah dimasukkan ke dalam Bahagian B Ikatan Dokumen Bersama. Justeru itu, berdasarkan prinsip undang-undang keterangan, dokumen yang dipersetujui dalam Ikatan Dokumen Bersama tidak memerlukan pembuatnya dipanggil untuk memberi keterangan. Oleh yang demikian, hujahan Plaintif bahawa Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 terpakai adalah tidak berasas dan tidak relevan dalam keadaan ini.
44
Oleh itu, saya dapati tuntutan Plaintif untuk pelanggaran Paten hendaklah ditolak atas alasan bahawa produk Defendan tidak melanggar Paten Plaintif, atas 2 sebab iaitu: - [a] Tungku defendan tidak menggunakan fabric yang diperbuat daripada kulit haiwan [b] Penghasilan haba menggunakan elektrik yang diaplikasikan kepada tungku elektrik adalah perkara biasa. Sama ada Defendan-Defendan berpakat (“conspire”) untuk melanggar hak Harta Intelek Plaintif?
45
Plaintif mendakwa Defendan telah dengan niat berkomplot, bersubahat dan bergabung secara bersama-sama untuk melakukan tindakan pengelirupaan harta intelek milik Plaintif. Defendan Kedua telah dengan niat jahat dengan tujuan meniru S/N lXy5phDockaFcEqt5yLlYw tungku Plaintif dengan pergi ke kedai Plaintif untuk menerima rawatan mengurut dan bertungku serta membeli produk tungku eletrik Plaintif dengan harga RM175.
46
Dengan ini Defendan Pertama dan Kedua secara bersama berkonsipirasi mengedar dan menjual produk Defendan yang membawa impak merosak dan mencederakan perniagaan Plaintif tanpa menghiraukan hak-hak Plaintif. Persaingan secara tidak adil ini telah menyebabkan Plaintif menanggung kerugian dan tindakan Defendan ini harus disekat dengan injunksi.
47
Dalam kes Yeohata Machineries Sdn. Bhd. & Anor v. Coil Master Sdn Bhd & Ors [2016] 2 CLJ 414 dan kes Renault SA v. Inokom Corp Sdn Bhd & Anor and other appeals [2010] 5 CLJ 32; [2010] 5 MLJ 394, Mahkamah Rayuan mengenal pasti empat element konspirasi untuk mencederakan yang mana Plaintif hendaklah memplid dan membuktikan:
i
an agreement between two or more persons;
II
(ii) the agreement is for the purpose of injuring another;
III
(iii)acts done in execution of that agreement resulted in damage to the other;
IV
(iv) damage resulted.
103
In respect of an agreement between two or more persons, in Renault SA, supra, KN Segara JCA said (in paragraph 33 of the Judgment): "It is clear that the very first element to be shown must be an agreement between two or more persons for the purpose of injuring Inokom and Quasar. 'Agreement' is not limited to a signed S/N lXy5phDockaFcEqt5yLlYw and sealed agreement but any informal agreement, including a combination of efforts of the alleged co-conspirators. After that, it has to be shown or at least alleged that acts were done in execution of that agreement which resulted in damage to Inokom and Quasar. In this case, the acts done would have to be unlawful, namely, the alleged false representation made by Renault to Inokom and Quasar as to the level of investment Inokom and Quasar wiil have to make for the Kangoo project."
48
Berdasarkan keterangan, Plaintif telah gagal mengemukakan sebarang bukti perjanjian atau persefahaman antara Defendan-Defendan berkonsiprasi bertujuan untuk memudaratkan Plaintif. Tiada tindakan atau komunikasi antara Defendan ditunjukkan untuk menyokong sebarang niat atau perjanjian untuk bersubahat terhadap Plaintif. Bukti resit pembelian tungku Plaintif dan kehadiran di Defendan Kedua dipremis Plaintif bagi mendapat khidmat mengurut dan bertungku adalah tidak cukup untuk mewujudkan tort konspirasi mencederakan Plaintif. Saya dapati isu tort konspirasi untuk mencederakan Plaintif adalah tidak berasas dan menonjolkan jurang yang ketara dalam keterangan yang dikemukakan untuk menyokong tuntutan itu.
49
Berlanjutan dengan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, saya atas imbangan keberangkalian dengan ini menolak tuntutan Plaintif dengan kos sebanyak RM30,000. S/N lXy5phDockaFcEqt5yLlYw Tuntutan Balas Defendan-Defendan 50. Berdasarkan penemuan Mahkamah dalam Tindakan Asal, saya memutuskan Tuntutan Balas Defendan-Defendan adalah seperti diperengan 76 Tuntutan Balas Terpinda adalah seperti berikut: [a] Suatu deklarasi bahawa produk tungku Defendan Pertama adalah tidak melanggar Harta Intelek Plaintif termasuk tetapi tidak terhad kepada Reka Bentuk Perindustrian No.: MY13- 00001-0101 dan Paten No.: MY-181520-A; - Diputuskan dalam Tindakan Asal. [b] Suatu deklarasi bahawa pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian No.: MY13-00001-0101 di bawah nama Plaintif adalah suatu catatan yang dibuat tanpa sebab yang mencukupi, suatu catatan yang dibuat secara salah atau suatu catatan yang berada dengan salah dalam Daftar Reka Bentuk Perindustrian Malaysia dan oleh itu adalah tidak sah dan terbatal; - Ditolak. [c] Suatu perintah bahawa Pendaftar Reka Bentuk Perindustrian membetulkan Daftar Reka Bentuk Perindustrian Malaysia dengan menghapuskan dan mengeluarkan dari Daftar, pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian No.: MY13-00001- 0101 dan keseluruhan catatan berkenaan dengan pendaftaran tersebut dalam tempoh masa 14 hari dari tarikh pemfailan salinan pejabat Perintah ini oleh Defendan-Defendan atau peguamcaranya dengan Pendaftar Reka Bentuk Perindustrian berserta dengan borang-borang sedemikian yang mungkin diperlukan oleh Pendaftar dan S/N lXy5phDockaFcEqt5yLlYw pembayaran fi sedemikian yang mungkin ditetapkan oleh Pendaftar. - Ditolak. [d] Suatu deklarasi bahawa Paten No.: MY-181520-A (termasuk semua tuntutan di dalamnya) hendaklah ditaksahkan secara keseluruhan dan oleh itu adalah tidak sah dan terbatal dari tarikh pemberian paten; Ditolak. [e] Suatu perintah bahawa Pendaftar Mahkamah Mulia ini hendaklah memberitahu Pendaftar Paten yang hendaklah merekodkan Pendeklarasian Pentaksahan Paten No.: MY- 181520-A dalam Daftar Paten dan mengarahkannya untuk diterbitkan dalam Warta; Ditolak. Tuntutan Balas Defendan Untuk Tort Fitnah 51. Bagi tuntutan berkaitan dengan fitnah di bawah perenggan 76(f) hingga (m), isu yang perlu dipurtuskan adalah sama ada Plaintif telah memfitnah Defendan-Defendan melalui penerbitan dalam Facebook dan Instagram.
52
Defendan dalam tuntutan balasnya menyatakan Plaintif telah menfitnah mereka melalui 5 hantaran di Facebook dan Instagram yang boleh dikaitkan dengan Plaintif yang mana ianya bersifat menghina dan menjatuhkan imej dan maruah Defendan-Defendan. Pernyataan fitnah melalui 5 hantaran adalah seperti berikut : [1] “Ramai artis2 yg tertipu dgn membeli Tungku cetak rompak Mahtika yg mengaku original.. pasti kan dulu sirim dan no paten oleh mayipo, Pn,mahani Manab dtg ke wisma pada 18,8,2014 utk S/N lXy5phDockaFcEqt5yLlYw jadi pengedar ttp balik sanggup rongkah semula tugku dan ubahsuai sedikit bentuk dan edar dlm online,, dgn mengaku produk ciptaannya, sanggup berbohong utk Tarik pelanggan,, yg memalukan berpurdah tutup semua muka, Allahuakbar,,” [2] “pencetak Rompak,mengaku produk pilihan Artis,, mahtika hq,,,pengkianat pada bangsa sendiri,,dtg ke wisma bawa duit pun tak cukup nak beli tungku berjanji nak jadi pengedar,,beli satu balik rongkah tengok mcm mana buat,, up gred bagi Panjang sikit,,,,pergi MYIPO KL ambil design,, mengaku produk dia,,tungku piilhan artis,,,ttp sepandai2 tupai melopat akan jatuh juga ketanah,,, Allahuakbar,,, pakai purdah pun boleh buat duit haram,,,,” [3] “ini mahani manap org pertama dtg ke wisma beli tungku dan merongkah semula ubahsuai bagi Panjang sikit p buat design dan mengaku tungku mahtika hq tungku pilihan artis,,ciptaanya,,dtg wisma nak beli tungku pun tak cukup wang minta simpati utk kurang,,pihak wisma tolong tambah wang cukupkan nak tolong dia berjanji nak jadi pengedar ttp sebaliknya jadi penkianat pada bangsa sendiri dgn cetak rompak produk tungku elektrik yg ada di pasaran skrg,,, no petan yg asal [4] “Tungku Herba Elektronik yang PERTAMA dikeluarkan oleh Maiden Heritage Empire Sdn.Bhd. (897864-V) dan telah dipatenkan pada tahun 2011. Namun, telah diciplak dan di cetak rompak oleh MAHTIKA HQ yg digelar tungku pilihan artis, InSyaa Allah kita serahkan kpd undang2 paten.Pihak cetak rompak juga sanggup menggunakan sirim yang palsu. Nak mengetahui lebih lanjut boleh hubungi pihak Sirim sendiri.” [5] “…… Ini original dan ini telah dicetak rompak. Tungku yang dicetak rompak itu nama dia tungku Mahthika HQ… Yang ini tungku yang original daripada Maiden Heritage. OK. Inilah yang S/N lXy5phDockaFcEqt5yLlYw tungku yang pertama tapi pihak paten telah mengambil tindakan undang-undang. Ok tak apa. Itu undang-undang yang selesaikan kita. Juallah yang original ini dan depa belilah yang original ini dan pastikan yang original dan jangan beli yang celup. Nombor paten semua ada dan surat daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia ini…”
53
Undang-undang mengenai saman fitnah merupakan suatu yang telah mantap dalam sistem perundangan di Malaysia. Dalam kes Khalid Abdul Samad v. Dato' Dr Hasan Haji Mohamed Ali [2016] CLJU 193; [2016] 1 LNS 193 Mahkamah Rayuan menetapkan bahawa beban pembuktian adalah:
a
pernyataan-pernyataan yang diadukan itu adalah mengandungi unsur-unsur fitnah;
b
pernyataan-pernyataan fitnah tersebut adalah merujuk kepada Plaintif; (Defendan dalam kes ini) dan
c
pernyataan-pernyataan fitnah tersebut telah diterbitkan kepada pihak ketiga (penyiaran).
54
Fakta yang melatari kes ini perlulah diteliti bagi menentukan sama ada perkataan yang terdapat dalam hantaran-hantaran tersebut dibuat oleh Plaintif dan benar-benar mengandungi unsur fitnah atau tidak. Menurut Defendan, 5 hantaran berunsur fitnah dibuat dari akaun media social “Ezanny Maiden,” “Wisma Saraf,” dan “tungku_ori,” Walau bagaimanapun, PW1 menafikan bahawa beliau merupakan pemilik ketiga-tiga akaun tersebut dan membuat hantaran tersebut. Namun begitu, semasa pemeriksaan balas, PW 1 yang juga merupakan pengarah dan pemilik Plaintif mengakui S/N lXy5phDockaFcEqt5yLlYw bahawa nama, nombor telefon dan gambar yang terteras di ketiga-tiga akaun adalah beliau.
55
Saya merujuk kepada Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang menyatakan:
1
A person whose name, photograph or pseudonym appears on any publication depicting himself as the owner, host, administrator, editor or sub-editor, or who in any manner facilitates to publish or re-publish the publication is presumed to have published or re-published the contents of the publication unless the contrary is proved.
2
A person who is registered with a network service provider as a subscriber of a network service on which any publication originates from is presumed to be the person who published or re-published the publication unless the contrary is proved.
3
Any person who has in his custody or control any computer on which any publication originates from is presumed to have published or re-published the content of the publication unless the contrary is proved.
4
For the purpose of this section-
a
(a)"network service" and "network service provider" have the meaning assigned to them in section 6 of the Communications and
b
(b)"publication" means a statement or a representation, whether in written, printed, pictorial, film, graphical, acoustic or other form displayed on the screen of a computer. S/N lXy5phDockaFcEqt5yLlYw 32 56. Dalam kes Peguam Negara Malaysia v. Mkini Dotcom Sdn Bhd & Anor [2021] 3 CLJ 603; [2021] 2 MLJ 652, Mahkamah Persekutuan memutuskan -
1
Seksyen 114A Akta memperuntukkan tiga jenis anggapan fakta dalam penerbitan Internet. Perkataan-perkataan s. 114A jelas mewujudkan syarat-syarat berikut: (i) nama, gambar atau nama samaran seseorang ('identiti'); (ii) identiti mestilah terpapar pada mana-mana penerbitan bahawa orang tersebut mempunyai kaitan dengan penerbitan tersebut sama ada sebagai pemilik, hos, pentadbir, pengarang atau penolong pengarang penerbitan; dan
III
(iii) orang tersebut dianggap memudahkan penerbitan atau menerbitkan semula kandungan penerbitan melainkan dan kecuali jika sebaliknya terbukti. Anggapan ini akan memudahkan mengenal pasti dan membuktikan identiti orang yang namanya tidak diketahui yang terlibat dalam penerbitan menerusi Internet. Sekilas pandang, pelaku utama seperti pemilik Internet semestinya sasaran yang pertama sekali dikenakan tanggungan. Walau bagaimanapun, pihak pendakwaan harus boleh membuktikan kewujudan fakta asas sebelum membangkitkan anggapan tersebut. Anggapan bawah s. 114A boleh disangkal dan sangkalan yang dibangkitkan mestilah atas imbangan kebarangkalian.
57
Di tahap ini, Mahkamah juga maklum dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Peguam Negara Malaysia v. Mkini Dotcom Sdn Bhd & Anor (supra) yang menyatakan - "[196] It is equally important to state that s. 114A in no manner imputes guilt or liability on the part of the 'publisher'. It merely alters the normal course of proof such that it becomes S/N lXy5phDockaFcEqt5yLlYw incumbent upon the presumed publisher to explain why he is not responsible for the content on the internet portal or site.
58
Mahkamah dalam Tong Seak Kan & Anor v. Loke Ah Kin & Anor [2014] 6 CLJ 904, memutuskan -
3
The law relating to cyber publication was clear. Once the registered subscriber of a blog or website where the offending publication originates from had been positively identified, the burden lay on the registered subscriber to prove on the balance of probability that he was not the author of the publication. For this purpose, it was not sufficient for him to merely put the plaintiff to strict proof of the averments made against him.
4
Not a shred of evidence was produced by the first defendant to prove that he was not the person who uploaded the defamatory statements, let alone to prove that the statements were not defamatory of the plaintiffs or to establish any other defence associated with actions in defamation. He merely denied ownership of the two blogs which had been contradicted by Telekom Malaysia and TM Net. A bare denial without more is incapable of rebutting the statutory presumption, nor does it constitute a defence on the merits. The first defendant failed to show any defence on the merits touching on the real matters in question ie, a substantive defence that he did not publish the defamatory statements or, for that matter, any defence at all to deflect the plaintiffs' claim. S/N lXy5phDockaFcEqt5yLlYw 34 59. Anggapan di bawah Seksyen 114A boleh digunakan terhadap mana-mana orang yang namanya tertera pada penerbitan sebagai sama ada pemilik, hos, pentadbir, editor atau sub-editor. PW1 telah mengakui bahawa beliau adalah penama bagi ketiga tiga akaun tersebut. Berdasarkan Seksyen 114A (1), Plaintif dianggap telah menyiarkan hantaran-hantaran tersebut.
60
Namun begitu, PW1 yang hanya menafikan melakukan perbuatan tersebut telah gagal untuk menyangkal anggapan di bawah Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang menunjukkan Plaintiff adalah pemilik akaun Facebook tersebut yang mana diakui bahawa nama, gambar dan nombor telefon adalah merujuk kepada PW1.
61
Defendan mendakwa bahawa hantaran yang dimuat naik oleh Plaintif dalam media sosial melalui akaun instagram dan facebook yang boleh dikaitkan dengan Plaintif dengan menggunakan perkataan-perkataan berunsur fitnah dan bersifat menghinakan yang menjatuhkan imej dan maruah Defendan.
62
Dalam kes Chok Foo Choo v. The China Press Bhd [1999] 1 CLJ 461 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa tugas mahkamah adalah menentukan sama ada perkataan yang diadukan adalah mengandungi unsur fitnah atau sebaliknya. Selepas Mahkamah memutuskan perkataan tersebut mengandungi fitnah, tugas selanjutnya adalah menentukan sama ada perkataan itu benar-benar memfitnah. S/N lXy5phDockaFcEqt5yLlYw
63
Dari penelitian saya terhadap kelima-lima hantaran tersebut ianya jelas menunjukkan bahawa Plaintif memiliki niat yang diperlukan untuk menerbitkan material tersebut dan ianya bersifat menghinakan dan mempunyai unsur-unsur fitnah terhadap Defendan.
64
Mengenai elemen kedua dan ketiga dalam kes saman fitnah iaitu sama ada pernyataan dalam kedua-dua hantaran yang dibuat oleh Plaintif merujuk kepada Defendan dan telah diterbitkan kepada pihak ketiga, saya mendapati fakta ini tidak dipertikaikan oleh Defendan. Oleh yang demikian, bagi kedua-dua elemen ini, ia dipenuhi. Pembelaan justifikasi oleh Plaintif 65. Dalam perenggan 31 Pernyataan Pembelaan, Plaintif telah memplidkan pembelaan justifikasi dengan menyatakan sebagaimana bahawa mereka adalah betul dan benar di mana Plaintif merupakan pemegang Perakuan Pendaftaran Suatu Reka Bentuk Perindustrian No. Pendaftaran MY 13-00001-0101 untuk barang yang dikenali sebagai Rechargeable Apparatus for Medical Care dan juga pemegang Paten No. MY-181520-A yang bertajuk Electrical Herb Heating Stove.
66
Bagi menimbang pembelaan justifikasi yang dibangkitkan oleh Plaintif, apa yang perlu dilakukan oleh Mahkamah adalah untuk melihat sama ada perkara substantif yang diperkatakan oleh S/N lXy5phDockaFcEqt5yLlYw Plaintif adalah betul atau sebaliknya. Dalam kes Raja Syahrir bin Abu Bakar & Anor v. Manjeet Singh Dhillon and other appeals [2019] 4 CLJ 301; [2020] 3 MLJ 482, Mahkamah Rayuan menyatakan- [54] First, the defence of justification, a complete defence if the defendants can establish that the defamatory words are true in substance and in fact. Such defence however, has to be specifically pleaded with full and clear particulars of the facts and matters relied on. In considering this defence, s. 8 of the Defamation Act 1957, where it is relied on, as is the case here, must be taken into account. Section 8 provides that a defendant who is unable to prove the truth of all the material statements in the alleged libel may nevertheless succeed in the defence of justification where the defendant can show that the words not proved to be true or truthful do not materially injure the plaintiff's reputation. It is the truth of the imputations of the overall statement and not the truth of every word that is material - see Chong Swee Huat & Anor v. Lim Shian Ghee t/a L & G Consultants & Education Services [2009] 4 CLJ 113.
67
Dalam kes Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya’kub v. Bre Sdn Bhd & Ors [1995] 4 MLRH 877 Mahkamah memutuskan: [19] As to whether the words complained of in this case were capable of being, and were, in fact, defamatory of the plaintiff, the test to be considered is whether the words complained of were calculated to expose him to hatred, ridicule or contempt in the mind of a reasonable man or would tend to lower the plaintiff in the estimation of right-thinking members of society generally (see JB S/N lXy5phDockaFcEqt5yLlYw Jeyaretnam). Mohamed Azmi J (as he then was) in Syed Husin Ali v Sharikat Penchetakan Utusan Melayu Bhd & Anor [1973] 1 MLRH 153; [1973] 2 MLJ 56 at p 58 said: Thus, the test of defamatory nature of a statement is its tendency to excite against the plaintiff the adverse opinion of others, although no one believes the statement to be true. Another test is: would the words tend to lower the plaintiff in the estimation of right-thinking members of society generally? The typical type of defamation is an attack upon the moral character of the Plaintiff attributing crime, dishonesty, untruthfulness, ingratitude or cruelty.
68
Plaintif juga bergantung kepada pembelaan komen adil di bawah Seksyen 9 Defamation Act 1957 yang dibaca seperti berikut: In an action for libel or slander in respect of words consisting partly of allegations of fact and partly of expression of opinion, a defence of fair comment shall not fail by reason only that the truth of every allegation of fact is not proved if the expression of opinion is fair comment having regard to such of the facts alleged or referred to in the words complained of as are proved.
69
Secara keseluruhannya Plaintif telah gagal dalam pembelaan justifikasi dan komen adil dimana Defendan telah diputuskan bahawa Defendan tidak melanggar Akta 552 dan 291 sepertimana dalam penemuan saya dalam Tindakan Asal. Saya memutuskan kelima-lima hantaran yang dibuat oleh Plaintif merupakan satu kenyataan fitnah yang telah mencederakan Defendan-Defendan. S/N lXy5phDockaFcEqt5yLlYw
70
Dengan alasan di atas, Mahkamah ini membenarkan tuntutan balas Defendan-Defendan di 76 (f) hingga (i) adalah seperti berikut:
f
Suatu perintah injunksi mandatori mengkehendaki Plaintif dan/atau Noreini Binti Saman untuk membatalkan dan menurunkan penerbitan tersebut di akaun-akaun Instagram dan Facebook tersebut dengan segera;
g
Suatu perintah injunksi menghalang Plaintif dan/atau Noreini Binti Saman untuk meneruskan penerbitan tersebut sama ada secara sendiri atau melalui mana-mana orang lain dalam mana-mana media sosial atau dalam apa-apa bentuk media yang boleh dibaca, disimpan, atau diedarkan;
h
Suatu perintah injunksi mandatori mengkehendaki Plaintif dan/atau Noreini Binti Saman untuk menyiarkan kenyataan maaf ke atas fitnah yang dilakukan terhadap Defendan-Defendan di surat khabar tempatan;
i
Ganti rugi am yang disebabkan oleh perkataan-perkataan fitnah tersebut sebanyak RM50,000.
j
Ganti rugi teruk yang disebabkan oleh Perkataan-perkataan fitnah tersebut; Tidak dibenarkan
k
Ganti rugi teladan yang disebabkan oleh Perkataan-perkataan fitnah tersebut; Tidak dibenarkan
l
Faedah 5% ke atas jumlah penghakiman dari tarikh Penghakiman sehingga penyelesaian penuh jumlah penghakiman;
m
Kos RM20,000. S/N lXy5phDockaFcEqt5yLlYw Bertarikh 18hb Julai 2025 SGD (Rozana binti Ali Yusoff) Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Kompleks Mahkamah Pulau Pinang Pulau Pinang Peguam bagi pihak Plaintif : Teh Yi Kai Tetuan Vaasu & Yannis Neoh Peguam bagi pihak Defendan: Ahmad Hafiz bin Zubir Iman Danial Hakim bin Md Azam Tetuan Hafiz Zubir, Athirah & Co. S/N lXy5phDockaFcEqt5yLlYw
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.