Lampiran
Lampiran 17 memohon perintah Mahkamah ini menurut Aturan 13 Kaedah 8 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau Aturan 3 Kaedah 5 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau Aturan 42 Kaedah 13 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau di bawah bidangkuasa sedia ada Mahkamah Mulia ini untuk mendapatkan perintah-perintah seperti berikut seperti berikut: (i) Bahawa perayu Defendan diberi kebenaran untuk memfailkan permohonan ini di luar jangka masa yang ditetapkan di bawah undang-undang; (ii) Bahawa perayu Defendan diberi kebenaran dan kebebasan untuk mengenepikanPenghakiman Ingkar Kehadiran ( selepas ini dirujuk sebagai "Penghakiman Ingkar tersebut ") yang dimasukkan pada 01 Mac 2024 di bawah Aturan 13 Kaedah 8, Kaedah-Kaedah S/N 2g6Anmlj80OsNogGL7oCvw 3 | P a g e Mahkamah 2012 dan/atau Aturan 42 Kaedah 13 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 di bawah bidangkuasa sedia ada Mahkamah mulia; (iii) Bahawa suatu penggantungan prosiding dan/atau perlaksanaan diberikan ke atas tindakan/Penghakiman Ingkar tersebut sehingga permohonan ini dilupuskan sepenuhnya, termasuk kesemua rayuan-rayuan pihak-pihak di bawah bidangkuasa sedia ada Mahkamah mulia; (iv) Bahawa perayu Defendan diberikan kebenaran dan kebebasan untuk memfailkan Memorandum Kehadiran dan Pernyataan Pembelaan dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah untuk permohonan ini dibenarkan; (v) Bahawa kos permohonan ini ditanggung oleh pihak responden Plaintif; dan (vi) Lain-lain perintah dan/atau relif yang dianggap sesuai oleh Mahkamah yang mulia ini. S/N 2g6Anmlj80OsNogGL7oCvw 4 | P a g e Alasan-alasan permohonan ini adalah sepertimana yang dinyatakan dalam notis permohonan pihak perayu Defendan seperti berikut : 1. Bahawa pada atau lebih kurang akhir 26 Julai 2024 ataupun awal bulan Ogos 2024, Defendan telah mendapati bahawa tiada apa-apa transaksi yang boleh dibuat terhadap bank akaun Defendan yang berada di Bank Islam. Dalam hal ini: i) pada atau lebih kurang 26/07/2024, Defendan telah menggunjungi cawangan Bank Islam di Manjung, Perak; ii) Defendan telah diberitahu oleh seorang pegawai Bank Islam tersebut bahawa bank akaun Defendan telah dibekukan oleh suatu Perintah Mahkamah kerana terdapat satu guaman Mahkamah telah difailkan terhadap Defendan ; iii) Pegawai Bank Islam tersebut turut memberikan butir-butir firma peguam yang mengendalikan suratcara-suratcara guaman Mahkamah tersebut terhadap Defendan; dan Butir-Butir yang diberikan oleh pegawai Bank Islam tersebut kepada Defendan adalah seperti berikut: 1. Nama Firma : Tetuan Shima & Co., Alamat : No.14A, Jalan Medan Meru Bestari A4, Medan Meru S/N 2g6Anmlj80OsNogGL7oCvw 5 | P a g e Bestari, Bandar Meru Raya, 30020, lpoh, Perak (Selepas ini dirujuk sebagai “ Tetuan Shima & Co.”) 2. Dalam premis tersebut , pada 05/08/2024, Defendan bersama-sama dengan Bapa dan Emak Defendan, telah menggunjungi Tetuan Shima & Co. untuk mendapatkan penjelasan daripada firma guaman tersebut mengenai guaman Mahkamah terhadap Defendan tersebut. Dalam hal ini: (i) Defendan telah terperanjat apabila dimaklumkan oleh pekerja ataupun kerani meja depan (front office clerk) Tetuan Shima & Co. tersebut bahawa suatu penghakiman telah dimasukkan terhadap Defendan; (ii) Defendan juga diberikan satu salinan masing-masing kertas-kertas kausa berikut oleh pekerja ataupun kerani tersebut: (a) Penghakiman Ingkar Kehadiran bertarikh 01/03/2023; (b) Writ Saman bertarikh 08/02/2024; S/N 2g6Anmlj80OsNogGL7oCvw 6 | P a g e (c) Penyata Tuntutan bertarikh 07/02/2024. (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai “Kertas-Kertas Kausa tersebut ” 3. Defendan menyatakan bahawa Defendan terperanjat sekali lagi bahawa Writ Saman bertarikh 08/02/2024 adalah di alamat-alamat lama Defendan yakni : (i) No.17, Persiaran Merdeka, Taman Merdeka, 30100 Ipoh, Perak (ii) No.4, Jalan Panglima 1, Taman Panglima 1, 36000 Teluk Intan, Perak. (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai “ alamat-alamat lama tersebut”) 4. Dalam hal tersebut di atas, Defendan mempercayai bahawa kesemua Kertas-Kertas Kausa telah dihantarkan ke alamat-alamat lama tersebut. 5. Defendan menyatakan bahawa, pada semua masa matan, pihak Plaintif dan/atau pihak Tetuan Shima & Co. sememangnya tahu dan/atau mempunyai pengetahuan dan/atau sedar (aware) bahawa alamat terkini Defendan adalah beralamat di No.74, Jalan Wira Damai 4, Taman Wira Damai, 32000 Sitiawan, Perak (selepas ini dirujuk sebagai “alamat terkini Defendan tersebut ”). S/N 2g6Anmlj80OsNogGL7oCvw 7 | P a g e Dalam hal ini: (i) Defendan menyatakan bahawa dalam Surat Defendan bertarikh 09/05/2022 yang telah dihantar - serahkan kepada Plaintif pada atau sekitar tarikh 09/05/2022, Defendan telah memaklumkan kepada Plaintif alamat terkini Defendan tersebut. (ii) Oleh yang sedemikian, ia adalah tidak dapat dinafikan bahawa pihak Plaintif dan/atau pihak Tetuan Shima & Co. sememangnya tahu dan/atau mempunyai pengetahuan dan/atau sedar alamat terkini Defendan tersebut 6. Bahawa pada segala masa material, Defendan tidak mempunyai apa-apa pengetahuan tentang apa-apa guaman sivil terhadapnya memandangkan Defendan tidak pernah menerima apa-apa saman atau tuntutan mahkamah daripada Plaintif dan/atau Tetuan Shima & Co. 7. Bahawa Defendan kemudiannya telah melantik Peguamcaranya, Tetuan Low & Partners untuk mewakilinya pada 23/08/2024. 8. Tetuan Shima & Co. telah memasukkan Penghakiman Ingkar tersebut pada 01/03/2024 di mana setakat dan S/N 2g6Anmlj80OsNogGL7oCvw 8 | P a g e sepanjang pemfailan dan cubaan serahan secara kediri dan penyampaian ganti (jika ada) Kertas-Kertas Kausa tersebut kepada Defendan sehingga 05/8/2024 iaitu tarikh Defendan mengunjunggi firma Tetuan Shima & Co., Defendan tidak mempunyai apa-apa pengetahuan berkenaan guaman ini memandangkan Defendan tidak pernah dimaklumkan tentang dan/atau diserahkan dengan apa-apa kertas kausa dan/atau surat-surat dan/atau dokumen berkenaan guaman ini. Atas sebab itu, Defendan tidak dan/atau belum melantik mana-mana peguamcara untuk mewakili Defendan dalam guaman ini sehingga setakat 23/08/2024. 9. Defendan menyatakan terdapat sedikit kelewatan untuk melantik peguamcaranya adalah kerana Defendan memerlukan sedikit masa untuk mencari firma peguamcara yang Defendan mempercayai boleh menwakilinya dengan baik dan sempurna. 10. Bahawa Penghakiman Ingkar tersebut telah diperoleh di Mahkamah ini dengan cara yang salah, tidak jujur dan tidak adil sama sekali di sisi undang-undang atas sebab-sebab yang berikut: (i) Bahawa Plaintif telah terang-terangan dan sengaja dengan niat jahat (mala fide) S/N 2g6Anmlj80OsNogGL7oCvw 9 | P a g e menghantar penyampaian Writ Saman, Pernyataan Tuntutan bertarikh 26.8.2019 dan Penghakiman Ingkar tersebut ke alamat-alamat lama tersebut yang sudah tidak diduduki oleh Defendan, walaupun Plaintif mempunyai pengetahuan yang jelas tentang alamat terkini Defendan; (ii) Bahawa Plaintif telah secara terang-terangan sengaja dan berniat jahat (mala fide) tidak melakukan sebarang percubaan untuk menyerahkan Writ Saman, Pernyataan Tuntutan, dan Penghakiman Ingkar tersebut ke alamat terkini Defendan tersebut walaupun Plaintif mempunyai pengetahuan yang jelas mengenai alamat tersebut; (iii) Bahawa Plaintif telah dengan jelas mempunyai pengetahuan tentang alamat terkini Defendan semenjak 01/11/2023 melalui bukti berikut: (a) Surat Defendan bertarikh 09/05/2022 yang telah dihantar-serahkan kepada Plaintif pada atau sekitar tarikh 09/05/2022. 11. Ketidakhadiran Defendan dan/atau kegagalan Defendan memfailkan Memorandum Kehadiran dan S/N 2g6Anmlj80OsNogGL7oCvw 10 | P a g e Pernyataan Pembelaan adalah tidak disengajakan dan bukan berniat mala fide dan/atau bertujuan untuk menghina Mahkamah yang Mulia ini; 12. Bahawa atas nasihat peguamcaranya, Defendan dengan ini memfailkan permohonan untuk mengenepikan Penghakiman tersebut atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas. 13. Bahawa Defendan mempunyai pembelaan bermerit dalam kes ini kerana terdapat isu-isu undang-undang dan fakta yang perlu diputuskan oleh Mahkamah yang Mulia ini:- (i) Plaintif telah menuntut untuk jumlah yang kononnya terhutang oleh Defendan untuk pinjaman wang terhutang sebanyak RM561,899.29 di mana jumlah ini adalah jumlah yang salah dan tidak tepat sama sekali ; (ii) Plaintif, dalam Penyata Tuntutannya, telah merujuk kepada suatu“Perjanjian” bertarikh 04/07/2021, di mana Defendan menyatakan bahawa“Perjanjian” bertarikh 04/07/2021 adalah tidak wujud (non-existent); (iii) Secara alternatif, Defendan menyatakan bahawa Plaintif telah secara cuai dan/atau S/N 2g6Anmlj80OsNogGL7oCvw 11 | P a g e enggan dan/atau gagal untuk memberikan sesalinan “Perjanjian” bertarikh 04/07/2021 tersebut kepada Defendan; (iv) Defendan telah membuat bayaran-bayaran yang tidak dinyatakan dan/atau diplidkan oleh Plaintif dalam Penyata Tuntutan Plaintif ; dan (v) Plaintif adalah diletakkan atas beban yang kukuh untuk membuktikannya; 14. Bahawa Defendan diberikan kebenaran dan kebebasan untuk memfailkan Memorandum Kehadiran dan Pernyataan Pembelaan dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah untuk permohonan ini dibenarkan; 15. Bahawa permohonan ini sekiranya tidak dibenarkan, akan memudaratkan dan/atau memprejudiskan Defendan; Kertas-kertas kausa yang dirujuk: a. Perakuan Ketidakhadiran Lampiran 5 b. Penghakiman Ingkar Kehadiran Lampiran 7 c. Notis permohonan Lampiran 17 d. Afidavit sokongan Lampiran 18 e. Afidavit balasan Plaintif Lampiran 19 f. Afidavit balasan Defendan Lampiran 20 S/N 2g6Anmlj80OsNogGL7oCvw 12 | P a g e g. Hujahan bertulis Defendan Lampiran 22 h. Hujahan bertulis Plaintif Lampiran 23 i. Hujahan balas Defendan Lampiran 26 j. Hujahan balas Defendan Lampiran 27 Ringkasan latarbelakang kes Melalui Perjanjian Pembelian Harta Bai Al-Inah bertarikh 04-07- 2021 (selepas ini disebut Perjanjian Pembelian tersebut), pihak responden Plaintif bersetuju untuk membiayai pihak perayu Defendan mengikut konsep Bai Al-Inah dimana bagi tujuan tersebut pihak perayu Defendan telah bersetuju menjual barang-barang yang dinyatakan di dalam Perjanjian Pembelian Harta Bai Al-Inah (selepas ini disebut Barang-Barang tersebut) secara tunai pada harga RM 830,000.00 tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung dalam Perjanjian Pembelian tersebut; Selanjutnya melalui Perjanjian Penjualan Harta Bai Al-Inah bertarikh 04-07-2021 (selepas ini disebut Perjanjian penjualan Harta), pihak responden Plaintif telah bersetuju untuk menjual barang-barang yang dinyatakan dalam Perjanjian Penjualan Harta (selepas ini disebut Barangan tersebut) dan pihak perayu S/N 2g6Anmlj80OsNogGL7oCvw 13 | P a g e Defendan bersetuju membeli barangan tersebut secara harga tangguh pada harga jualan RM 879,117.80 tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung dalam Perjanjian Penjualan Harta dengan cara bayaran balik kepada Plaintif melalui potongan Seratus Peratus (100%) dalam tempoh 360 hari daripada bayaran kemajuan yang diterima daripada pemberi kontrak sehingga harga jualan itu dibayar sepenuhnya. Selanjutnya pihak perayu Defendan telah mengingkari terma-terma yang terkandung di dalam Surat Perjanjian Pembelian Harta dan Surat Perjanjian Penjualan Harta (Prinsip Bai Al-Inah) tersebut di mana pihak perayu Defendan telah gagal membuat pembayaran pada masa yang ditetapkan. Menurut pihak responden Plaintif,baki keseluruhan pembiayaan dikira setakat 14-12-2023 yang belum dijelaskan oleh pihak perayu Defendan adalah RM 561,899.29 bagi Prinsip Bai Al Inah seperti mana tercatit di dalam Sijil Keberhutangan yang dikeluarkan oleh pihak responden Plaintif. Pada 1 Mac 2024 pihak responden Plaintif telah memasukkan Penghakiman Ingkar Kehadiran terhadap pihak perayu Defendan apabila pihak perayu Defendan gagal memasukkan kehadiran selepas 14 hari penerimaan writ saman dari pihak responden Plaintif S/N 2g6Anmlj80OsNogGL7oCvw 14 | P a g e Pada 30 Ogos 2024,pihak perayu Defendan telah memasukkan permohonan ini bagi mengenepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran yang telah dimasukkan oleh pihak responden Plaintif terhadapnya. Dapatan Setelah meneliti kertas-kertas kausa serta hujahan kedua-dua pihak ,Mahkamah memutuskan permohonan pihak perayu Defendan sepertimana Lampiran 17 ditolak. Alasan-alasan Mahkamah: 1. Penghakiman Ingkar Kehadiran yang telah dimasukkan oleh pihak responden Plaintif terhadap pihak perayu Defendan adalah teratur (regular)berdasarkan Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Rujuk kes Lee Kok Kee melawan Ooi Chee Were (2020) MLJU 284 memutuskan seperti berikut: (dengan izin) ‘ An irregular judgement is one that has been entered otherwise than in strict compliance with the rules of S/N 2g6Anmlj80OsNogGL7oCvw 15 | P a g e court or entered as a result of some impropriety which is so serious as to render the proceedings a nullity.’ Dalam kes di hadapan Mahkamah ini pihak perayu Defendan telah mempertikaikan alamat serahan Writ Saman kepadanya di mana beliau menyatakan bahawa dokumen tersebut telah dihantar ke alamat lama beliau oleh pihak responden Plaintif dengan niat jahat terhadap pihak perayu Defendan dan seterusnya mendapatkan penghakiman daripada Mahkamah secara tidak jujur terhadap pihak perayu Defendan. Mahkamah berpendapat tidak timbul isu niat jahat pihak responden Plaintif seperti yang didakwa oleh pihak perayu Defendan. Ini adalah kerana pihak responden Plaintif telah pun menghantar writ saman kepada pihak perayu Defendan secara Pos Berdaftar ke alamat terakhir perayu Defendan yang diketahui oleh pihak responden Plaintif. Pihak responden Plaintif juga telah membuat carian untuk ALIS JPN dan carian SSM bagi mendapatkan alamat terkini pihak perayu Defendan,walaupun mereka tiada tanggungjawab di bawah undang-undang untuk berbuat sedemikian. S/N 2g6Anmlj80OsNogGL7oCvw 16 | P a g e Mahkamah juga menerima pakai kes yang dirujuk oleh peguam pihak responden Plaintif iaitu SIVAMURTHY MUNIANDY & ORS v. LEMBAGA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA [2013] 5 MLRA 687 [TAB-H], MAHKAMAH RAYUAN berkenaan alamat penyampaian yang telah menyatakan seperti berikut; [8] “The challenge by the appellants on the judgment in default being an irregular judgment as advanced by learned counsel is without merits. It is our considered view that the judgment in default recorded herein is a regular judgment. The respondent effected service of the writ of summons on the last known address of the appellants as discerned from their addresses found in Form 49 filed with the Suruhanjaya Syarikat Malaysia. There is no evidence of any change of the appellant’s addresses being brought to the attention of the respondent. The service through AR registered post by the respondent is in accordance with the provision of O 10 r 1(1) of the Rules of the High Court 1980. [10] Similarly from the factual matrix the presumption of service herein was not rebutted. We may also add that there is no legal obligation imposed on the respondent to conduct a search at the National S/N 2g6Anmlj80OsNogGL7oCvw 17 | P a g e Registration Department to ascertain the latest address of the appellants.” Dalam kes di hadapan Mahkamah ini adalah jelas bahawa tiada pemakluman tentang alamat terkini oleh pihak perayu Defendan kepada pihak responden Plaintif samada secara bertulis atau pun secara lisan. Walaupun pihak perayu Defendan menyatakan mereka ada memaklumkan sedemikian kepada pihak responden Plaintif ,namun tiada sebarang bukti dikemukakan Pada peringkat ini Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak responden Plaintif bahawa penyataan pihak perayu Defendan ini hanyalah satu penegasan kosong “bare assertion” semata-mata tanpa disokong oleh bukti yang kukuh. Mahkamah juga bersetuju dengan hujahan pihak responden Plaintif bahawa ATURAN 10 KAEDAH 3 KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH 2012 adalah terpakai di dalam tindakan ini iaitu; “ Penyampaian writ menurut kontrak (A. 10, k. 3) 3. (1) Jika— (a) suatu kontrak mengandungi suatu terma yang kesannya bahawa Mahkamah hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan menentukan apa-S/N 2g6Anmlj80OsNogGL7oCvw 18 | P a g e apa tindakan berkenaan dengan suatu kontrak atau, selain daripada apa-apa terma yang sedemikian, Mahkamah mempunyai bidangkuasa untuk mendengar dan menentukan apa-apa tindakan yang sedemikian; dan (b) kontrak itu memperuntukkan bahawa, dalam keadaan apa-apa tindakan berkenaan dengan kontrak itu dimulakan, proses yang dengannya dimulakan bolehlah disampaikan kepada defendan, atau mana-mana orang lain bagi pihaknya sebagaimana yang dinyatakan dalam kontrak itu, mengikut cara atau tempat (sama ada di dalam atau di luar bidang kuasa) sebagaimana yang boleh dinyatakan maka, sekiranya suatu tindakan berkenaan dengan kontrak itu dimulakan di Mahkamah dan writ yang melaluinya dimulakan disampaikan mengikut kontrak, writ itu hendaklah, tertakluk kepada perenggan (2), disifatkan telah disampaikan dengan sempurnanya kepada defendan” Aturan ini adalah jelas memperuntukkan di mana penyampaian writ adalah menurut kontrak yang telah ditandatangani pihak-pihak dan di dalam kes ini adalah berdasarkan Klausa 6 Perjanjian Bai’ Al Inah yang telah ditandatangani oleh pihak-pihak. S/N 2g6Anmlj80OsNogGL7oCvw 19 | P a g e Mahkamah juga merujuk kepada kes WIRE & WIRELESS SDN BHD V. MOHD TAIB HASSAN & ORS [2023] 5 MLRH 562 yang dirujuk oleh peguam responden Plaintif di dalam hujahannya di mana Mahkamah Tinggi pada perenggan 36 menjelaskan seperti berikut; [36] “The mode of service as agreed by the parties in cl 9 of the Guarantee is permitted by the Rules of Court 2012. This is expressly provided in O 10 r 3(1)(b) of the Rules of Court 2012. Service of Writ in pursuance of contract is an acceptable exception to the three general modes prescribed in O 10 r 1 of the Rules of Court 2012. Once it has been determined by the parties as to the specific mode in which service of a Writ is to be effected, the rule which requires a Writ to be served (i)personally; or (ii) by prepaid AR registered post addressed to his last known address; or (iii) by means of electronic communication in accordance with any practice direction issued for that purpose will no longer apply.” Justeru, Mahkamah berpendapat serahan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan yang dihantar pada alamat-alamat perayu Defendan oleh pihak responden Plaintif S/N 2g6Anmlj80OsNogGL7oCvw 20 | P a g e sepertimana Afidavit Penyampaian yang telah difailkan adalah satu serahan yang sempurna dan Penghakiman Ingkar Kehadiran yang telah dimasukkan oleh pihak Plaintif terhadap pihak perayu Defendan adalah teratur dalam tindakan ini. 2. Selanjutnya pihak perayu Defendan Pertama hanya pada 30 Ogos 2024 iaitu hampir tempoh lima bulan setelah penghakiman ingkar dimasukkan terhadapnya pada 1 Mac 2024,memasukkan permohonan ini bagi mengenepikan penghakiman ingkar kehadiran tersebut berdasarkan Kaedah 13 Kaedah 1 KKM 2012. Ternyata pihak perayu Defendan telah mengambil masa yang lama untuk membuat permohonan ini serta tiada alasan yang munasabah diberikan atas kelewatannya memasukkan kehadiran di dalam kes ini selain dari menyatakan bahawa beliau tidak menerima saman tersebut. 3. Pihak perayu Defendan tiada pembelaan yang bermerit di dalam tindakan ini. Daripada fakta kes adalah jelas bahawa pihak perayu Defendan adalah terikat dengan perjanjian yang telah dimasukinya dengan pihak responden Plaintif dan oleh S/N 2g6Anmlj80OsNogGL7oCvw 21 | P a g e itu bertanggungan untuk membayar balik wang pembiayaan yang telah diterima dari pihak responden Plaintif. Justeru segala dakwaan pihak perayu Defendan berkenaan tiada pengetahuan tentang Perjanjian serta tidak diberikan salinan Perjanjian tersebut ,merupakan satu pemikiran semula “afterthought” pihak perayu Defendan semata-mata dan bukan merupakan satu pembelaan yang bermerit yang memerlukan perbicaraan, Di peringkat ini Mahkamah menerima pakai kes MAJLIS AMANAH RAKYAT LWN. ABDUL RAHMAN RICHARD ABDULLAH [2020] MLRHU 2191 yang dirujuk oleh pihak peguam responden Plaintif. Tiada sebarang bukti dikemukakan oleh pihak perayu Defendan Pertama bagi menunjukkan mereka mempunyai pembelaan yang bermerit terhadap tindakan ini. Mahkamah juga merujuk kes East Asiatic Co (M) Bhd vs Kamanis Sdn Bhd di mana Mahkamah memutuskan bahawa untuk sesuatu permohonan mengenepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran itu diterima,pemohon S/N 2g6Anmlj80OsNogGL7oCvw 22 | P a g e hendaklah membuktikan bahawa dia mempunyai pembelaan bermerit yang memerlukan perbicaraan. 4. Pihak perayu Defendan juga gagal menunjukkan bahawa mereka mempunyai isu-isu untuk dibicarakan di dalam kes ini. Dakwaan pihak perayu Defendan bahawa jumlah yang terhutang adalah salah serta bayaran-bayaran tidak dinyatakan oleh pihak responden Plaintif bukanlah isu-isu untuk dibicarakan memandangkan ianya telah dapat disangkal oleh pihak responden Plaintif dengan pengemukaan Sijil Keberhutangan yang merupakan “conclusive evidence “ sebagaimana yang telah diputuskan dalam kes CEMPAKA FINANCE BHD V HO LAI YING & ANOR [2006] 2 MLJ 685 5. Mahkamah juga berpendapat bahawa tuntutan pihak responden Plaintif adalah sangat jelas terhadap pihak perayu Defendan yang mana melibatkan tuntutan bayaran semula jumlah pembiayaan sepertimana yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak semasa memasuki Perjanjian-perjanjian tersebut, S/N 2g6Anmlj80OsNogGL7oCvw 23 | P a g e Penutup Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah telah menolak permohonan pihak Perayu Defendan sebagaimana Lampiran17 dengan kos RM2000. Bertarikh : 5hb Mei 2025 (Norashima binti Khalid) Hakim Mahkamah Sesyen Sivil 2 Ipoh. Perak Darul Ridzuan. S/N 2g6Anmlj80OsNogGL7oCvw