(a) Every tenant holding over after the determination of his tenancy shall be chargeable, at the option of his landlord, with double the amount of his rent until possession is given up by him or with double the value during the period of detention of the land or premises so detained, whether notice to that effect has been given or not. [44] Mahkamah merujuk kepada kes ROHASASSETS SDN BHD (FORMERLY KNOWN AS WISMA PERKASA SDN BHD) v WEATHERFORD (M) SDN BHD & ANOR [2020] 1 MLJ 557 yang telah memutuskan seperti berikut: “[26] First of all, the discretion to charge double rent is vested in the landlord and not the court. The court’s role in a dispute under s 28(4)(a) of the Civil Law Act is merely to determine whether the option to charge double rent had been properly and lawfully exercised by the landlord. If the discretion had been properly and lawfully exercised by the landlord, the court has no discretion but to allow the claim for double rent. If, on the other hand, the discretion had not been properly and lawfully exercised, the landlord is not entitled to charge double rent and the court will rule accordingly. [27] In cases like the present, where the tenancy agreements provide for payment of double rent, such rent is chargeable not only by the terms of the agreements but more importantly it is chargeable by operation of law and in this regard s 28(4)(a) provides that it continues to be chargeable ‘until possession is given up’ by the tenant. … [54] There is no such burden on the landlord under s 28(4)(a) of the Civil Law Act where double rent is chargeable at his option. All that he needs to prove to entitle him to charge double rent is to show that the tenant was ‘holding over’ after the expiry of the tenancy. … [57] Thus, unlike the Australian and Canadian positions, our Legislature had chosen not to follow the English position by omitting the word ‘wilfully’ in s 28(4)(a) of the Civil Law Act. So, instead of requiring the act of holding over to be ‘wilful’ as in s 1 of the 1730 Act, in s 138 of the Australian Act and in s 58 of the the Canadian Act, s 28(4)(a) of the Civil Law Act requires mere proof of ‘holding over’ to entitle the landlord to exercise his option to charge double rent. … [63] Learned counsel for the respondents referred us to the decision of the Singapore Court of Appeal in Lee Wah Bank Ltd v Afro-Asia Shipping Co (Pte) Ltd [1992] 1 SLR(R) 740 where it was held that the expression ‘holding over’ in s 19(4) of the Singapore Civil Law Act which is in pari materia with s 28(4)(a) of our Civil Law Act requires an intention on the part of the tenant to refuse to deliver up the demised premises with the knowledge that he has no right to remain in possession. [64] The words ‘until possession is given up by him’ in s 28(4)(a) of the Civil Law Act is not without significance when read together with the right of the landlord to charge double rent. It contemplates a situation where the tenant refuses to deliver up vacant possession without any just cause or valid reason after the expiry of the tenancy. … [87] On expiry of the tenancy, s 28(4)(a) kicks in to give the landlord the right, at his option, to charge double rent and the double rent continues to be chargeable until possession is given up by the tenant who holds over without the landlord’s consent. The landlord may decide not to charge double rent at all or even allow the tenant to hold over for free after the expiry of the tenancy but that is entirely a matter for the landlord to decide. [90] At the risk of repetition, it needs to be emphasised that the court’s duty in a claim under s 28(4)(a) of the Civil Law Act is merely to determine whether the option to charge double rent had been exercised properly and lawfully by the landlord. The court is not concerned with contumacious conduct on the part of the tenant who holds over. Even if the tenant is not guilty of contumacious conduct, the tenant is still liable to pay double rent if the landlord has decided to charge double rent and does not consent to the tenant’s holding over and has asked the former tenant to vacate the premises.” [45] Dalam kes ini, Mahkamah telah mendapati bahawa tempoh penyewaan Defendan telah tamat pada 31.12.2024, permohonan penyambungan penyewaan telah ditolak oleh Plaintif melalui surat bertarikh 9.1.2025, Notis Penamatan dan Pengosongan Ruang Niaga bertarikh 10.4.2025 telah disampaikan kepada Defendan, namun Defendan masih gagal menyerahkan milikan kosong Premis tersebut sehingga tarikh perbicaraan. Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa Defendan telah terus menduduki Premis tersebut tanpa persetujuan Plaintif dan Plaintif berhak menuntut sewaan berganda menurut Seksyen 28(4) Akta Undang-Undang Sivil 1956 sehingga milikan kosong Premis tersebut diserahkan kepada Plaintif. [46] Oleh yang demikian, Mahkamah membenarkan tuntutan Plaintif bagi tunggakan sewa berjumlah RM239.80 serta sewaan berganda sehingga Defendan menyerahkan milikan kosong Premis tersebut kepada Plaintif. ISU KEEMPAT Sama ada Defendan berjaya membuktikan bahawa Plaintif telah mengarahkan Defendan melakukan pengubahsuaian Premis dan menukar jenis perniagaan sehingga menyebabkan Plaintif bertanggungan terhadap tuntutan balas Defendan. [47] Tuntutan balas Defendan adalah berasaskan dakwaan bahawa wakil Plaintif telah mengarahkan Defendan melakukan pengubahsuaian dalaman dan luaran Premis serta menukar jenis barangan jualan sebagai syarat untuk membolehkan permohonan penyambungan tempoh penyewaan dipertimbangkan oleh Plaintif. Berdasarkan dakwaan tersebut, Defendan menuntut RM5,000.00 bagi kos pengubahsuaian Premis tersebut dan RM15,000.00 bagi kos pembelian barangan jualan baharu. [48] Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa beban pembuktian bagi sesuatu tuntutan balas terletak pada Defendan. Oleh itu, Defendan hendaklah membuktikan bahawa Plaintif telah membuat representasi atau arahan sebagaimana didakwa sehingga menyebabkan Defendan melakukan pengubahsuaian Premis, barangan jualan dan menanggung kerugian yang dituntut. i. Pengubahsuaian Premis RM5000.00 [49] Mahkamah terlebih dahulu merujuk kepada Klausa 5 Perjanjian Penyewaan tersebut yang secara jelas memperuntukkan bahawa sebarang pengubahsuaian ke atas Premis hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Plaintif dan pihak berkuasa yang berkaitan. [50] Mahkamah merujuk kepada keterangan saksi-saksi defendan seperti berikut: Pemeriksaan Balas SD3 Jadi, untuk semua kerja-kerja ini, saya amil contoh. Civil structural work, electrical work. Adakah Encik mendapat kelulusan bertulis daripada pihak MARA? SD3 Dari segi bertulis tak ada. Dari segi perbincangan sahaja. Pemeriksaan Balas SD2 Jadi, untuk ini Encik Rizal, Encik Rizal setuju tak kalau saya katakan sebarang pengubahsuaian ke atas premis tu perlu dapatkan kelulusan bertulis pihak MARA? SD2 Kalau secara amnya, betul. Betul eh. Jadi, pihak MARA lulus, kemudian barulah boleh buat pengubahsiaian yang hendak dilakukan lah. SD2 Betul. [51] SD2 mengakui bahawa sebarang pengubahsuaian ke atas Premis memerlukan kelulusan bertulis daripada Plaintif sebelum kerja-kerja pengubahsuaian dijalankan. SD3 pula mengakui bahawa Defendan tidak pernah memperoleh sebarang kelulusan bertulis daripada Plaintif, sebaliknya hanya bergantung kepada perbincangan yang diadakan bersama wakil Plaintif. [52] Bagi membuktikan kos pengubahsuaian berjumlah RM5,000.00, Defendan telah mengemukakan satu invois bertarikh 1.3.2025 yang ditandakan sebagai ID2. Tanpa memutuskan isu kebolehterimaan dokumen tersebut, Mahkamah mendapati bahawa sekalipun invois tersebut diambil kira, ia hanya menunjukkan kewujudan suatu tuntutan bayaran atau kos berkaitan kerja-kerja pengubahsuaian yang dilakukan oleh Defendan. Walau bagaimanapun, kewujudan kos tersebut tidak dengan sendirinya membuktikan bahawa Plaintif bertanggungan untuk menanggung kos berkenaan. Disaat ini, isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah bukanlah sama ada Defendan telah melakukan pengubahsuaian, tetapi sama ada Plaintif telah mengarahkan Defendan berbuat demikian atau membuat apa-apa representasi yang mewujudkan liabiliti terhadap kos tersebut. [53] Bagi menyokong dakwaannya bahawa pengubahsuaian tersebut dilakukan atas arahan Plaintif, Defendan turut merujuk kepada transkrip rakaman perbincangan antara Defendan, wakil Persatuan Peniaga dan wakil Plaintif iaitu SP2 yang telah ditandakan sebagai ID1. Ianya merupakan transkrip rakaman audio perbincangan pada 16.2.2025 yang dirakam oleh Defendan tanpa pengetahuan SP2. Tanpa memutuskan isu kebolehterimaan dokumen tersebut, sekalipun kandungan transkrip tersebut diambil kira, Mahkamah masih perlu meneliti sama ada kandungan tersebut benar-benar menyokong dakwaan Defendan bahawa Plaintif telah mengarahkan pengubahsuaian dilakukan atau memberikan jaminan bahawa permohonan penyambungan tempoh penyewaan akan diluluskan. [54] Mahkamah mengambil kira keterangan SD2 dan SD3 berhubung sifat perbincangan yang berlaku bersama wakil Plaintif. Semasa pemeriksaan balas, SD2 bersetuju bahawa perkara yang dibincangkan tersebut adalah berbentuk cadangan dan bukannya suatu arahan daripada Plaintif. Pemeriksaan Balas SD2 Jadi, dalam perbincangan tersebut, ada tak mana-mana bahagian yang Puan Ayu katakan yang Puan Ayu memberikan arahan kepada pihak Defendan untuk menjalankan ubah suai pada kedai tersebut? SD2 Kami melakukan perbincangan semasa tu, supaya untuk diteruskan penyambungan sewaan dan perubahan atau apa-apa yang dilakukan setelah itu adalah sekadar cadangan untuk dilihat oleh pihak MARA lah. Okay baik. MAH Cadangan maksudnya tiada arahan? SD2 Cadangan? MAH Maksudnya tiada arahan. Dia adalah cadangan atau arahan sebenarnya? SD2 Berbentuk cadangan lah. [55] Bagi SD3 pula, walaupun beliau bersetuju bahawa perkara tersebut merupakan suatu proposal atau cadangan, SD3 kemudiannya menyatakan bahawa beliau memahami perkara tersebut sebagai suatu arahan kerana sekiranya perkara tersebut tidak dilaksanakan, penyambungan tempoh penyewaan tidak akan diberikan. Pemeriksaan Balas SD3 MAH So, dalam konteks perbincangan hari ini, pada yang ketika ini, dia telah mencadangka untuk buat satu proposal. Setuju atau tidak? SD3 Setuju. MAH Dia bukan minta atau mengarahkan untuk mengubahsuai premis tersebut. Setuju atau tak? Berdasarkan konteks ini, konteks yang kita baca tadi, mana satu? Yang saya cakap tadi tu ke atau soalan yang terkemudian? SD3 Tapi dia suruh saya ubah. MAH Okay, mana tu lah, tunjuk dekat saya, mana yang dia suruh ubah? … SD3 Nombor 30. Memang tak ada tudung dekat situ. Itu sebab saya adakan tudung. MAH Setuju tak ini adalah Cadangan? SD3 Setuju. MAH …dan bukan arahan? SD3 Cadangan dia, jadi saya buat. … MAH Jadi Encik faham semua ini sebagai satu arahan atau satu cadangan? SD3 Ya, sebagai satu arahan. Kalau tidak nanti tak sambung sewa. [56] Walau bagaimanapun, keterangan tersebut menunjukkan bahawa tanggapan SD3 bahawa perkara tersebut merupakan suatu arahan adalah berdasarkan kefahaman beliau sendiri dan bukannya berdasarkan mana-mana kenyataan jelas daripada pihak Plaintif. [57] Mahkamah kemudian merujuk kepada keterangan SP2, iaitu pegawai Plaintif yang hadir dalam perbincangan bersama Defendan dan wakil Persatuan Peniaga. SP2 memberi keterangan bahawa beliau hanya memberikan bimbingan secara lisan kepada Defendan berhubung penambahbaikan Premis dan cadangan penukaran jenis barangan jualan. SP2 bagaimanapun menafikan bahawa beliau pernah mengarahkan Defendan melakukan pengubahsuaian atau memberikan jaminan bahawa permohonan penyambungan tempoh penyewaan Defendan akan diluluskan sekiranya Defendan melakukan pengubahsuaian tersebut. SP2 turut menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan bahawa beliau mempunyai kuasa untuk mengarahkan penyewa melakukan pengubahsuaian atau memberikan kelulusan bagi penyambungan tempoh penyewaan. Pemeriksaan Balas SP2 Perubahan yang saya buat atas perintah pegawai MARA daerah. SP2 Saya tak pernah mengeluarkan apa-apa statement mengatakan saya ada kuasa untuk memberi arahan kepada penyewa untuk menukar perniagaan atau apa-apa yang berkaitan renovation kedai. Setiap tindakan perlu melalui jawatankuasa yang telah dilantik iaitu jawatankuasa pembiayaan peringkat negeri Selangor. Keputusan semua diputuskan oleh jawatankuasa peringkat negeri. Saya hanya boleh bagi bimbingan setakat ini, saya tidak pernah memberi apa- apa statement mengatakan saya berkuasa kerana itu diluar bidangkuasa saya. … Yang kedua, ketika saya dan dua orang saksi, kenapa Puan suruh saya ubah? Itu sahaja. SP2 Setahu saya dalam statement-statement saya yang sebelum ini, saya tidak menyatakan secara bertulis saya meminya penyewa untuk mengubah… MAH Lagi sekali, Puan. Jangan dekat sangat sebab…cuba bagi clear jawapan tu, apa dia? SP2 Setahu saya, saya tidak pernah memberi maklum secara bertulis mengatakan untuk pihak penyewa merubah perniagaan mereka. Semua telah termaktub dalam agreemen, persetujuan asal mengikut agreement. Secara bimbingan, kita ada memaklumkan sekiranya perlu, tetapi secara bertulis tidak ada. MAH Jadi maksud Puan, Puan ada ke bagi Cadangan secara lisan? SP2 Secara lisan bimbingan, tapi dia kena mohon untuk kelulusan jawatankuasa. MAH Secara lisan tu apa yang Puan katakana sebenarnya? SP2 Saya hanya memaklumkan seandainya tiada keuntungan kepada apa yang dibuat sekarang, kena tengok rujuk kepada keadaan sosial setempat, apa yang perlu. Tetapi semua permohonan perlu melalui jawatankuasa untuk kelulusan. Tidak boleh menukar sembarangan tanpa kelulusan. [58] Setelah meneliti kandungan transkrip tersebut bersama-sama dengan keterangan SP2, Mahkamah mendapati bahawa keterangan SP2 adalah selaras dengan kandungan transkrip rakaman perbincangan tersebut. Kandungan transkrip tersebut tidak menunjukkan bahawa SP2 pernah mengarahkan Defendan melakukan pengubahsuaian atau memberikan jaminan bahawa permohonan penyambungan tempoh penyewaan Defendan akan diluluskan sekiranya pengubahsuaian tersebut dilakukan. [59] Sebaliknya, kenyataan-kenyataan yang dirujuk oleh Defendan hanyalah berbentuk cadangan, pandangan dan bimbingan bagi membantu Defendan meningkatkan prospek permohonannya bagi penyambungan tempoh penyewaan. Tanggapan Defendan bahawa kenyataan tersebut merupakan suatu arahan daripada Plaintif hanyalah tafsiran subjektif Defendan sendiri. [60] Berdasarkan keseluruhan keterangan-keterangan di atas, Mahkamah mendapati bahawa Defendan telah menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian tanpa mematuhi syarat nyata yang diperuntukkan di bawah Klausa 5 Perjanjian Penyewaan. Mahkamah turut mendapati bahawa kerja-kerja pengubahsuaian tersebut dilakukan selepas tempoh Perjanjian Penyewaan tamat pada 31.12.2024, juga selepas permohonan penyambungan penyewaan Defendan ditolak oleh Plaintif. Dalam keadaan sedemikian, keputusan Defendan untuk meneruskan kerja-kerja pengubahsuaian tersebut adalah atas risiko Defendan sendiri. [61] Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati bahawa Defendan telah gagal membuktikan bahawa Plaintif pernah mengarahkan Defendan melakukan pengubahsuaian Premis atau membuat representasi bahawa kos pengubahsuaian tersebut akan ditanggung oleh Plaintif. Sehubungan itu, tuntutan balas Defendan bagi kos pengubahsuaian Premis berjumlah RM5,000.00 adalah ditolak. ii. Pembelian barangan jualan baharu RM15,000.00 [62] Berhubung tuntutan balas bagi kos pembelian barangan jualan baharu berjumlah RM15,000.00, Defendan mendakwa bahawa pembelian tersebut dibuat susulan daripada arahan dan cadangan wakil Plaintif supaya Defendan menukar jenis barangan jualan sebagai pertimbangan bagi permohonan penyambungan tempoh penyewaan. [63] Bagi menyokong tuntutan tersebut, Defendan telah mengemukakan dua resit pembelian masing-masing bertarikh 1.3.2025 dan 12.3.2025 berjumlah RM1,682.00 dan RM13,768.00. Tanpa memutuskan isu kebolehterimaan resit-resit tersebut, Mahkamah mendapati bahawa sekalipun resit tersebut diambil kira sebagai bukti pembelian yang dibuat oleh Defendan, ia tidak membuktikan bahawa Plaintif bertanggungan terhadap kos yang ditanggung oleh Defendan tersebut. [64] Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah sebelum ini, perbincangan antara Defendan dan wakil Plaintif hanyalah berbentuk cadangan dan bimbingan berhubung penambahbaikan perniagaan Defendan dan bukannya suatu arahan atau jaminan bahawa permohonan penyambungan tempoh penyewaan Defendan akan diluluskan sekiranya Defendan menukar jenis barangan jualan. [65] Mahkamah turut mengambil kira bahawa pembelian barangan tersebut dibuat pada bulan Mac 2025, iaitu selepas permohonan Defendan bagi penyambungan tempoh penyewaan telah ditolak oleh Plaintif melalui surat bertarikh 9.1.2025. Pada ketika tersebut, Defendan telah mengetahui bahawa permohonan penyambungan tempoh penyewaan tidak diluluskan oleh Plaintif. [66] Dalam keadaan sedemikian, keputusan Defendan untuk meneruskan pembelian barangan jualan baharu selepas mengetahui keputusan Plaintif tersebut adalah suatu keputusan yang dibuat atas pertimbangan Defendan sendiri dan atas risiko Defendan sendiri. Tiada keterangan menunjukkan bahawa Plaintif pernah memberikan sebarang jaminan atau representasi bahawa kos pembelian tersebut akan ditanggung oleh Plaintif. [67] Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati bahawa Defendan telah gagal membuktikan bahawa Plaintif bertanggungan terhadap kos pembelian barangan jualan baharu berjumlah RM15,000.00 sebagaimana yang dituntut. [68] Secara keseluruhannya bagi isu keempat, Mahkamah mendapati bahawa Defendan telah gagal membuktikan bahawa Plaintif telah mengarahkan Defendan melakukan pengubahsuaian Premis atau menukar jenis barangan jualan sebagai suatu syarat atau jaminan bagi kelulusan penyambungan tempoh penyewaan. Oleh itu, tuntutan balas Defendan terhadap Plaintif adalah ditolak. PENUTUP [69] Berdasarkan keseluruhan alasan di atas, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Defendan di atas imbangan kebarangkalian, manakala Defendan telah gagal membuktikan tuntutan balasnya. [70] Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan bahawa tuntutan Plaintif adalah dibenarkan dengan kos RM1000 dan tuntutan balas Defendan adalah ditolak dengan kos RM1000. Peguamcara Plaintif: Ku Amirul Faiz bin Ku Seman, Tetuan Kama & Wan Defendan bertindak sendiri t.t. ..................................... Nur Atikah binti Zakaria Majistret Sivil 1 Mahkamah Klang Tarikh Keputusan : 22 April 2026 Tarikh Alasan Penghakiman : 8 Julai 2026