Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KUALA TERENGGANU DALAM NEGERI TERENGGANU NO KES: TA-A52NCvC-14-05/2024 ANTARA MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU ...PLAINTIF DAN MENSILIN GREEN ENERGY SDN BHD (NO. SYARIKAT: 198401001592) ...DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN
TA-A52NCvC-14-05/2024
Sessions Court of Malaysia27 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“n: “[11] In Harman & Co Solicitor Nominee Company v Secureland Mortgage Investments Nominees Ltd [1992] 2 NZLR 416, the New Zealand Court of Appeal had to deal with the definition of ‘consent’ in the Land Transfer Act 1952. The court found that ‘consent’ requires ‘a positive affirmative act such as written or oral acce”
“31. Dalam kes Genneva Malaysia Sdn Bhd v Tio Jit Hong & Ors [2020] MLJU 175 di mana Mahkamah Rayuan telah menyatakan: “[50] It is trite law that apart from writings, conduct of parties may amount to acceptance. [51] In Eckhardt Marine GMBH v Sheriff Mahkamah Tinggi Malaya &”
“45. Dalam kes SL Land Sdn Bhd v Yeoh Keng Tat [2024] MLJU 3661Mahkamah telah menyatakan: [38] I may add that a decision to the same effect is that of the court of Appeal in case Superintendent of Lands and Surveys Kuching Division Anor v Mohamad Rambli Kawi (2014”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KUALA TERENGGANU DALAM NEGERI TERENGGANU NO KES: TA-A52NCvC-14-05/2024 ANTARA MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU ...PLAINTIF DAN MENSILIN GREEN ENERGY SDN BHD (NO. SYARIKAT: 198401001592) ...DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN
1
Ini merupakan rayuan yang difailkan oleh pihak Defendan yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang diberikan oleh Mahkamah pada 27.11.2025 yang telah membenarkan tuntutan Plaintif dengan kos sebanyak RM 7000 diberikan kepada pihak Plaintif. 14/01/2026 12:07:51 TA-A52NCvC-14-05/2024 Kand. 40
2
Plaintif adalah sebuah badan kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Plaintif juga merupakan pemilik Tapak Pelupusan Sampah Sungai Ikan Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu (selepas ini dirujuk sebagai ‘Tapak Pelupusan tersebut’).
3
Defendan merupakan sebuah syarikat sendirian berhad yang mempunyai alamat penyampaian yang terakhir diketahui di No. 73, Jalan 7/132, Taman Gasing lndah, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan/atau Unit B-3A-22, 4th Floor, Block B, Ativo Plaza @ Damansara Avenue, No.1, Jalan PJU 9/1, Bandar Sri Damansara, PJU 9, 52200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
4
Pada 23.10.2018, Defendan telah membuat suatu permohonan melalui surat kepada Plaintif bagi cadangan pengambilalihan pengurusan bahan kitar semula di Tempat Pelupusan Sampah (TPS) Sungai lkan, Kuala Terengganu.
5
Setelah Plaintif mempertimbangkan permohonan tersebut, Plaintif telah bersetuju untuk menawarkan kepada Defendan bagi menguruskan Tapak Pelupusan tersebut melalui surat bertarikh 13.1.2019 setelah mendapat kelulusan Jawatankuasa Kewangan dan Pelaburan. Walau bagaimanapun, Defendan dibenarkan untuk memasuki Tapak Pelupusan tersebut bagi menjalankan kerja-kerja tanggungjawab sosial korporat (selepas ini dirujuk sebagai “CSR”).
6
Defendan kemudiannya melalui surat bertarikh 28/1/2019 telah menyatakan persetujuan penerimaan tawaran untuk menguruskan Tapak Pelupusan tersebut.
7
Plaintif pada 22.7.2019 telah menghantar surat kepada Defendan, menyatakan kadar bayaran sewaan tapak di mana Defendan dikehendaki untuk membayar amaun sewaan bagi tapak tersebut kepada Plaintif sebanyak RM8,000.00 sebulan dan tempoh sewa pajakan yang ditawarkan adalah bermula dari 13/1/2019 sehingga 30.9.2021. Dalam masa yang sama, Plaintif juga meminta Defendan menjelaskan tunggakan pajakan sewa sebanyak
8
Defendan meneruskan operasi di Tapak Pelupusan tersebut dan setelah notis bagi kadar sewaan diserahkan kepada Defendan, Defendan telah gagal untuk membuat bayaran bulanan secara konsisten dan gagal untuk menjelaskannya secara penuh.
9
Oleh itu pada 20.9.2021, Plaintif telah mengambil keputusan untuk menamatkan dan membatalkan kelulusan pengurusan bahan kitar semula di Tapak Pelupusan tersebut berkuat kuasa pada 30.9.2021. Plaintif juga telah mengarahkan Defendan untuk membayar segala tunggakan sewaan pajakan sebanyak RM166,000.00 tetapi tidak diendahkan oleh Defendan.
10
Plaintif melalui peguam caranya, Tetuan lzrin Naim & Associates, telah menghantar Notis Tuntutan yang bertarikh 31.1.2024 kepada Defendan bagi menuntut bayaran tunggakan pajakan Tapak Pelupusan tersebut setakat September 2021 sebanyak RM222,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Dua Puluh Dua Ribu) sahaja.
11
Namun demikian, sehingga kini Plaintif masih belum menerima sebarang bayaran tunggakan tersebut daripada pihak Defendan.
12
Oleh itu, Plaintif menuntut daripada Defendan seperti berikut:- a) Jumlah wang yang terhutang kepada Plaintif setakat buIan September 2021 sebanyak RM222,000.00; b) Faedah di atas RM222,000.00 pada kadar 5% setahun dikira dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian sepenuhnya; c) Kos tindakan ini; d) Kos di atas dasar peguam cara dan klien; dan e) Lain-lain relief yang difikirkan adil dan suaimanfaat oleh Mahkamah Yang Mulia ini.
13
Pembelaan Defendan Defendan telah menerima surat Tawaran tersebut yang bertarikh 13.1.2019 dari Plaintif kepada Defendan untuk menguruskan Tapak Pelupusan tersebut.
14
Melalui Surat Tawaran tersebut, pihak Plaintif tidak menyatakan apa-apa bayaran yang dikenakan terhadap Defendan dan Defendan selanjutnya telah bersetuju menerima Tawaran tersebut melalui surat Defendan bertarikh 28.1.2019 (“Surat Menerima Tawaran tersebut”).
15
Melalui Surat Menerima Tawaran tersebut juga, tidak dinyatakan tentang apa-apa bayaran yang dikenakan oleh Plaintif terhadap Defendan.
16
Defendan menerima Tawaran tersebut daripada pihak Plaintif hanyalah bagi tujuan tanggungjawab sosial korporat (CSR) tanpa menerima apa-apa bayaran, dan Defendan juga telah pun membelanjakan sejumlah wang yang besar bagi menampung kos-kos menguruskan Tapak Pelupusan tersebut tanpa sebarang keuntungan diperoleh.
17
Kemudiannya, Defendan telah menghantar surat-surat kepada Plaintif masing-masing bertarikh 25.4.2019 dan 30.5.2019 untuk berbincang lanjut berkenaan Tapak Pelupusan tersebut, namun tiada maklum balas daripada pihak Plaintif.
18
Justeru itu, Defendan telah menghantar satu (1) surat bertarikh 15.11.2021 kepada Plaintif untuk menamatkan projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Tapak Pelupusan tersebut kerana Defendan telah mengalami kerugian yang amat tinggi tanpa mempunyai keuntungan langsung disebabkan tiada maklum balas daripada pihak Plaintif.
19
Menurut pihak Defendan, tiada perjanjian pajakan di antara Plaintif dan Defendan. Plaintif dan Defendan tidak pernah bersama-sama bersetuju dan menandatangani sebarang surat atau perjanjian pajakan di antara Plaintif dan Defendan.
20
Isu-Isu yang ingin dibicarakan Terdapat 6 isu yang perlu dibicarakan sebagaimana berikut: a) Sama ada surat-surat di antara Plaintif dan Defendan adalah sah dan boleh dikuatkuasakan sebagai suatu instrumen memberikan sewaan tapak/pajakan bagi menguruskan Tapak Pelupusan tersebut. b) Sama ada bayaran pajakan sebanyak RM8,000.00 sebulan telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. c) Sama ada terdapat persetujuan tersirat atau ‘implied consent’ daripada Defendan untuk terma dan syarat yang ditawarkan oleh Plaintif bagi menguruskan Tapak Pelupusan tersebut. d) Sama ada tindakan Defendan yang menguruskan Tapak Pelupusan tersebut telah mewujudkan persetujuan tersirat atau ‘implied consent’ daripada Defendan. e) Sama ada surat penamatan Defendan bertarikh 15.11.2021 terpakai disebabkan tiada perbincangan lanjut berkenaan Tapak Pelupusan tersebut di antara Plaintif dan Defendan. f) Sama ada Defendan berhutang dengan Plaintif sebanyak
21
Perbicaraan Pihak Plaintif telah memanggil dua orang saksi manakala pihak Defendan telah memanggil seorang saksi. Saksi-saksi yang telah dipanggil ke Mahkamah adalah sebagaimana berikut: a) SP1: Suzaimi Bin Mazlan (Pegawai Kesihatan Persekitaran kepada MBKT) b) SP2: Nur Suriyani Binti Ayub (Pembantu Tadbir kepada MBKT yang menyediakan laporan kewangan) c) SD1: Kamarul Azhar Bin Mohamad Adan (Ketua Pegawai Eksekutif bagi Defendan)
22
Mahkamah, setelah meneliti secara keseluruhan kes, keterangan saksi-saksi, dokumen-dokumen serta hujahan yang telah difailkan oleh kedua-dua pihak, Mahkamah atas imbangan kebarangkalian memutuskan bahawa Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutannya.
23
Mahkamah dengan ini membenarkan tuntutan Plaintif di para 15 penyata tuntutan sebagaimana berikut: a) Jumlah terhutang kepada Plaintif setakat bulan September 2021 sebanyak RM 222,000.00 b) Faedah atas jumlah RM 222,000 pada kadar 5% setahun dikira daripada tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh. c) Kos sebanyak RM 7,000 diberikan kepada Plaintif.
24
Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, pihak Defendan telah memfailkan notis rayuan bertarikh 9.12.2025 merayu ke Mahkamah Tinggi atas keseluruhan keputusan yang telah diberikan.
25
Kadar Bayaran Sewaan Pajakan Plaintif berhujah dan menegaskan bahawa telah wujud persetujuan secara tersirat (‘implied consent’) berhubung kadar bayaran sewaan pajakan Tapak Pelupusan tersebut. Adalah tidak dipertikaikan bahawa: a) Permohonan bagi pengambilalihan Tapak Pelupusan tersebut telah dibuat oleh Defendan pada 23/10/2018. b) Setelah itu, Plaintif telah mengeluarkan surat tawaran kepada Defendan untuk menguruskan Tapak Pelupusan tersebut pada 13.1.2019. c) Pada 28.1.2019 Defendan telah menerima tawaran tersebut melalui notis bertulis dan telah memulakan operasi dan kerja-kerja termasuk CSR bagi menguruskan tapak tersebut setelah kebenaran diperoleh daripada Plaintif. Pada masa yang sama juga, Defendan dibenarkan untuk mengambil dan menjual bahan kitar semula di Tapak Pelupusan tersebut. d) Pada 22.7.2019 Plaintif telah memaklumkan kepada Defendan bahawa kadar sewaan tapak tersebut adalah sebanyak RM8,000.00 sebulan bermula daripada tarikh tawaran memasuki tapak iaitu pada 13/1/2019 dan seterusnya meminta Defendan untuk menjelaskan bayaran sewaan tapak yang masih tertunggak iaitu sebanyak RM44,000.00.
26
Setelah makluman berkenaan kadar sewaan tapak diterima oleh Defendan pada 22.7.2019, Defendan kemudiannya telah membuat pembayaran pertama pada 15.8.2019 sebanyak RM8,000.00 tanpa mengemukakan sebarang isu ataupun bantahan terdapat kadar sewa tersebut.
27
Penerimaan bagi kadar bayaran tersebut telah pun dilakukan secara persetujuan tersirat di mana Defendan terus menduduki tapak tersebut selepas kadar bayaran sewaan telah ditetapkan untuk dibayar oleh Defendan. Defendan juga Defendan pada ketika itu masih lagi menjalankan kerja-kerja mereka di Tapak Pelupusan tersebut.
28
Dalam kes Low Chi Yong (t/a Reynox Fertichem Industries) v Low Chi Hong & Anor [2018] 1 MLJ 175 di mana Mahkamah Persekutuan menyatakan: [46] Black’s Law Dictionary (edited by Bryana A Garner, Deluxe 9th Ed) states that ‘consent means ‘Agreement, approval, or permission as to some act or purpose, esp given voluntarily by a competent person; legally effective assent’. ‘Express consent’ means ‘Consent that is clearly and unmistakably stated’ whereas ‘Implied consent’ means ‘Consent inferred from one’s conduct rather than from one’s direct expression’.
29
Sekiranya benar Defendan tidak bersetuju tentang kadar sewaan tersebut, sudah pasti Defendan tidak membuat pembayaran dan akan mengambil langkah sewajarnya seperti mengemukakan apa-apa notis bertulis kepada Plaintif menyatakan bantahan tetapi ia tidak berlaku sama sekali dan Defendan tidak mempertikaikan pada masa itu.
30
Lebih ketara lagi bilamana pembayaran-pembayaran bagi sewaan tapak tersebut terus dilakukan sehingga 31.3.2021 walaupun pembayaran tersebut tidak dilakukan secara konsisten.
31
Tindakan Defendan di sini selari dengan prinsip undang-undang di bawah Seksyen 3 Akta Kontrak 1950 yang menyatakan bahawa penerimaan tawaran dianggap telah berlaku bilamana ia dizahirkan melalui tindakan atau perlakuan sesuatu pihak: Section 3. Communication, acceptance and revocation of proposals. The communication of proposals, the acceptance of proposals, and the revocation of proposals and acceptances, respectively, are deemed to be made by any act or omission of the party proposing, accepting, or revoking, by which he intends to communicate the proposal, acceptance, or revocation, or which has the effect of communicating it.
31
Dalam kes Genneva Malaysia Sdn Bhd v Tio Jit Hong & Ors [2020] MLJU 175 di mana Mahkamah Rayuan telah menyatakan: “[50] It is trite law that apart from writings, conduct of parties may amount to acceptance. [51] In Eckhardt Marine GMBH v Sheriff Mahkamah Tinggi Malaya & Ors (2001) 3 CLJ 864, at page 869 para d, Gopal Sri Ram JCA held as follows – “Fourthly, the act of acceptance may be either by words or by conduct or it may be partly by words and partly by conduct. Brogden v. Metropolitan Railway Co [1877] 2 App. Cas. 666 is a case of acceptance by conduct...” [52] The Court of Appeal judgment above was followed by Mary Lim J in JNA lkhtisas Sdn Bhd v Kerajaan Malaysia [2015] 3 CLJ 1100, at para 31,32 of the case, her Ladyship went on to say – “[31] …… Although there is no formal contract entered between the parties, the elements of offer, acceptance and consideration necessary for the formation of a contract are clearly present. The offer was made by the defendant which was accepted by the plaintiff.
32
Pihak Plaintif juga berhujah dengan merujuk ke Seksyen 8 Akta Kontrak 1950 di mana penunaian syarat-syarat bagi sesuatu tawaran adalah dikira sebagai penerimaan bagi tawaran tersebut. Dalam erti kata lain, penerimaan dianggap wujud apabila pihak yang menerima melaksanakan syarat-syarat yang dikehendaki dalam tawaran. Section 8 . Acceptance by performing conditions, or receiving consideration. Performance of the conditions of a proposal, or the acceptance of any consideration for a reciprocal promise which may be offered with a proposal, is an acceptance of the proposal.
33
Defendan dengan jelas menunjukkan minat terlebih dahulu untuk menguruskan Tapak Pelupusan tersebut apabila memajukan surat bertarikh 23.10.2018 kepada Plaintif.
34
Plaintif telah menghantar surat tawaran untuk menguruskan tapak yang mana tawaran tersebut telah diterima oleh Defendan dan tapak tersebut telah pun dimasuki oleh Defendan. Plaintif seterusnya memaklumkan bahawa kadar sewa adalah sebanyak RM8,000.00 sebulan sebagai syarat penggunaan tapak. Defendan kemudiannya telah memenuhi syarat tersebut dengan terus menduduki dan membuat bayaran sewaan, maka di sini kontrak telah pun wujud dan mengikat kedua-dua pihak.
35
Defendan telah memasuki tapak, menjalankan kerja-kerja operasi di tapak tersebut dan telah pun memberikan persetujuan yang tersirat sekali gus membuat penerimaan melalui tindakan bilamana telah membayar kepada Plaintif pembayaran bagi sewaan pajakan tapak tersebut secara beberapa kali dan masih terus menduduki tapak walaupun Defendan tahu mengenai pembayaran sewaan yang perlu dibayar.
36
Walaupun tiada sebarang kontrak bertulis, namun surat mengenai kadar bayaran sewaan serta tindakan Defendan yang membayar sewaan tapak tersebut kepada Plaintif selepas menerima surat tersebut sudah cukup untuk membuktikan bahawa terdapatnya tawaran dan penerimaan (‘offer and acceptance’) dan sudah cukup untuk membentuk kontrak antara kedua-dua pihak.
37
Dalam kes Lim Kien Seng & Anor v Manoharan a/l Kandasamy (practising under the name and style of Tetuan K Mano & Associates) [2021] 2 MLJ 501 di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan: “[11] In Harman & Co Solicitor Nominee Company v Secureland Mortgage Investments Nominees Ltd [1992] 2 NZLR 416, the New Zealand Court of Appeal had to deal with the definition of ‘consent’ in the Land Transfer Act 1952. The court found that ‘consent’ requires ‘a positive affirmative act such as written or oral acceptance or even an implied acceptance by conduct’.”
38
SEWA CSR dan Sewaan merupakan dua perkara berasingan. Plaintif berhujah bahawa Defendan hendaklah bertanggungjawab untuk membayar kadar sewaan bagi tapak tersebut memandangkan tapak tersebut telah pun dimasuki oleh Defendan dan mengambil manfaat serta hasil jualan balik bahan-bahan kitar semula yang terdapat di tapak pelupusan tersebut.
39
Plaintif tidak menafikan bahawa Defendan telah menjalankan kerja-kerja CSR, tetapi kerja-kerja CSR tersebut tidak pernah bermaksud Defendan dikecualikan daripada membayar sewa tapak yang digunakan. Kedua-dua tanggungjawab ini adalah berasingan dan tidak saling menggugurkan antara satu sama lain.
40
Surat tawaran bertarikh 13.1.2019 dan surat bertarikh 22.7.2019 daripada Plaintif telah pun jelas membezakan antara CSR dengan kebenaran mengurus tapak bagi tujuan kitar semula. Surat bertarikh 22.8.2019 juga menetapkan kadar sewaan sebanyak RM8,000.00 sebulan, berserta tunggakan menandakan bahawa penggunaan tapak tersebut adalah tertakluk kepada bayaran sewaan rasmi, bukan CSR semata-mata.
41
Kebenaran awal untuk memasuki tapak sebagai CSR hanyalah izin sementara menunggu kelulusan Jawatankuasa, bukan pelepasan daripada tanggungjawab membayar sewa.
42
Adalah tidak munasabah mentafsir kebenaran tersebut sebagai penggunaan percuma. Tiada pihak yang akan membenarkan penggunaan asetnya tanpa sebarang balasan, apatah lagi apabila melibatkan bahan-bahan kitar semula yang mempunyai nilai jualan di atas tapak pelupusan tersebut. Oleh itu, tafsiran Defendan bahawa “CSR” membebaskan mereka daripada membayar sewa adalah tidak berasas dan bertentangan dengan niat sebenar surat-surat berkenaan.
43
Jika benar Defendan ingin menuntut pengecualian atau pengurangan bayaran sewa atas dasar CSR, Defendan sepatutnya mengemukakan laporan atau dokumen rasmi bagi menunjukkan skop kerja CSR yang dilakukan untuk pertimbangan Plaintif. Sebaliknya, tiada satu pun laporan CSR dikemukakan oleh Defendan sepanjang tempoh pengurusan tapak. Oleh itu, dakwaan bahawa mereka hanya melaksanakan CSR adalah tidak berasas dan tidak disokong bukti.
44
Defendan telah gagal untuk menjelaskan mengapa pembayaran-pembayaran berjumlah RM 42,000.00 tersebut dibuat kepada plaintif. ini jelas menunjukkan kelemahan pada pembelaan defendan. kegagalan ini menunjukkan bahawa defendan sendiri mengiktiraf kewujudan hubungan sewaan dengan Plaintif.
45
Dalam kes SL Land Sdn Bhd v Yeoh Keng Tat [2024] MLJU 3661Mahkamah telah menyatakan: [38] I may add that a decision to the same effect is that of the court of Appeal in case Superintendent of Lands and Surveys Kuching Division Anor v Mohamad Rambli Kawi (2014) MLRAU 1, the Court of Appeal observed that:- “[11] The standard of proof in civil cases is upon a balance of probabilities. This balance of probabilities is not the proof beyond reasonable doubt required in criminal cases. This balance of probabilities may be visualised as a scale with the plaintiff placing his evidence on one side and the defendant likewise on the other. The Court evaluates the evidence as to the weight it it carries. Of course incredible evidence carries no weight. Denials without evidence to justify the denial likewise can carry no weight, and hence the term “bare denial”.
46
Walaupun kerja-kerja dilaksanakan atas dasar CSR, semua dokumen-dokumen rasmi Plaintif membuktikan bahawa kewajipan untuk membayar sewa tetap wujud dan tidak pernah diketepikan.
47
Rekod Plaintif melalui keterangan Saksi Plaintif SP2 mengesahkan bahawa Defendan telah membuat bayaran sejumlah RM42,000.00 kepada Plaintif. Pembayaran ini telah direkodkan di bawah kod rasmi “209203” dalam sistem perakaunan Plaintif, iaitu kod di bawah deskripsi “hantar lupus sampah”.
48
Jika dibandingkan dengan dokumen-dokumen rasmi yang berada dalam simpanan Plaintif dengan dokumen milik Defendan, adalah jelas bahawa semua pembayaran yang dibuat oleh Defendan telah direkodkan oleh Plaintif secara rasmi dan bayaran-bayaran tersebut juga menggunakan kod yang khusus iaitu kod “209203” seperti yang telah dinyatakan oleh (SP2) ketika perbicaraan.
49
Kewujudan sistem kod pembayaran ini juga menunjukkan bahawa ia merupakan proses yang rasmi dan teratur. Sebagai pihak berkuasa tempatan, Plaintif semestinya terikat dengan prosedur yang ketat terutamanya mengenai penerimaan bayaran lebih-lebih lagi setiap pembayaran tersebut dimasukkan ke dalam kod yang khusus menunjukkan ketelusan dan tanggungjawab Plaintif.
50
Tambahan pula, melalui keterangan SP2 juga, terdapat pelarasan jumlah tuntutan yang dibuat oleh Plaintif daripada RM222,000.00 kepada RM218,000.00 menunjukkan ketelusan Plaintif dalam menuntut jumlah tunggakan sekali gus membuktikan bahawa Plaintif tidak berhasrat untuk menuntut lebih daripada yang sewajarnya.
51
Pelarasan ini telah dilakukan sejak awal lagi berdasarkan surat bertarikh 22.7.2019 yang dikeluarkan oleh Plaintif. Plaintif menuntut RM44,000.00 setakat Jun 2019 yang mana pada bulan Januari 2019 hanya dikira separuh daripada kadar sewa sebenar memandangkan Defendan yang masuk ke tapak pelupusan di pertengahan bulan.
52
LIABILITI Melalui surat bertarikh 15.11.2021, Defendan telah menyatakan tidak lagi meneruskan operasi di Tapak Pelupusan tersebut dan antara lain telah memohon kepada Plaintif agar tidak dikenakan sebarang tindakan atau bayaran terhadap Defendan, dengan alasan bahawa Defendan telah menanggung kos yang tinggi dan menghadapi kekangan kewangan.
53
Kandungan surat tersebut secara jelas menunjukkan bahawa Defendan tidak menafikan kewajipan membayar sewa, sebaliknya hanya merayu pengecualian bayaran atas dasar ketidakmampuan kewangan.
54
Tindakan merayu pengecualian ini adalah pengakuan tersirat bahawa Defendan tahu dan sedar bahawa terdapat tanggungan sewaan yang dikenakan terhadapnya.
55
Tindakan Defendan yang mengaitkan ketidakmampuan membayar dengan bayaran yang dikenakan dan hanya gagal melunaskannya kerana masalah kewangan. Oleh itu, rayuan tersebut merupakan satu bentuk pengakuan liabiliti (‘admission of liability’) terhadap kewajipan membayar sewa yang sah di sisi undang-undang.
56
Sekiranya benar kerja-kerja CSR yang dijalankan oleh Defendan membebaskan mereka sepenuhnya daripada sebarang bayaran sewa, tidak mungkin Defendan perlu membuat rayuan rasmi bagi pengecualian bayaran. Hakikat bahawa rayuan tersebut dikemukakan sendiri oleh Defendan menunjukkan bahawa mereka mengiktiraf kewujudan kadar sewa dan hanya berharap dilepaskan daripada tanggungan tersebut.
57
Tambahan pula, alasan Defendan bahawa mereka tidak mampu membayar disebabkan oleh kesan pandemik COVID-19 adalah alasan yang lewat dikemukakan dan bersifat pemikiran terkemudian ‘afterthought’ semata-mata.
58
Tiada sebarang bukti dokumen atau surat rasmi yang menunjukkan bahawa Defendan pernah memaklumkan perkara ini kepada Plaintif semasa tempoh tunggakan berlaku. Sebaliknya, alasan ini hanya timbul kemudian bagi tujuan mengelak liabiliti.
59
Justeru, alasan tersebut tidak boleh diterima kerana tidak disokong dengan apa-apa bukti objektif dan bertentangan dengan tindakan Defendan sendiri yang sebelum ini telah membuat rayuan pengecualian atas alasan kekangan kewangan, bukannya kerana sekatan operasi akibat pandemik. HUJAHAN DEFENDAN SAMA ADA SURAT-SURAT DI ANTARA PLAINTIF DAN DEFENDAN ADALAH SAH DAN BOLEH DIKUATKUASAKAN SEBAGAI SUATU INSTRUMEN MEMBERIKAN SEWAAN TAPAK/PAJAKAN BAGI MENGURUSKAN TAPAK PELUPUSAN TERSEBUT
60
SEKADAR TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) Defendan berhujah bahawa Surat Cadangan Memohon Pengambilalihan Pengurusan Bahan Kitar Semula di Tempat Pelupusan Sampah (TPS) Sungai Ikan, Kuala Terengganu bertarikh 13 Januari 2019, Surat Persetujuan Penerimaan Tawaran Menguruskan Tapak Pelupusan Sampah Sg. Ikan Kuala Terengganu bertarikh 28.1.2019 dan Surat Permohonan Kebenaran Pengurusan Bahan Kitar Semula di Tapak Pelupusan Sampah Sungai Ikan Kuala Terengganu, Terengganu bertarikh 22.7.2019 tersebut bukanlah instrumen yang memberikan kebenaran/persetujuan kepada Defendan untuk menguruskan Tapak Pelupusan tersebut berdasarkan kepada cadangan/pelan yang telah dibentangkan kepada Plaintif oleh Defendan seperti yang ditunjukkan di dalam Cadangan Pengambilalihan Pengurusan Tapak Pelupusan Sampah (TPS) Sungai Ikan, Kuala Terengganu oleh Defendan (‘Çadangan tersebut’) memandangkan tiada sebarang terma terperinci atau Perjanjian Bertulis menurut Cadangan tersebut yang disediakan oleh Plaintif yang telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak.
61
Plaintif juga telah menyatakan dengan jelas melalui keterangan Saksi Plaintif yang Pertama (SP1) bahawa dia tidak pasti sama ada kelulusan telah diberikan oleh Jawatankuasa Kewangan dan Pelaburan yang mesti diperoleh terlebih dahulu seperti yang dinyatakan di dalam Surat Cadangan Memohon Pengambilalihan Pengurusan Bahan Kitar Semula di Tempat Pelupusan Sampah (TPS) Sungai Ikan, Kuala Terengganu bertarikh 13.1.2019.
62
Justeru itu, berdasarkan kepada prinsip di atas imbangan kebarangkalian (‘on the balance of probabilities’), ianya adalah jelas bahawa Plaintif sebenarnya tidak pernah memberikan sebarang kelulusan kepada Defendan untuk menguruskan Tapak Pelupusan Sampah Sungai Ikan, Kuala Terengganu (TPS) namun hanya membenarkan Defendan untuk menjalankan tanggungjawab sosial korporat sahaja.
63
Dalam kes Octville Golf Properties Sdn Bhd v Uniwheels Sdn Bhd (appointed receivers and managers) [2013] 8 MLJ 558, yang mana Vernon Ong J menyatakan bahawa: “[44] As the requirement for KFH’s prior written consent is an express stipulation under the debenture, it is incumbent upon the parties to produce the necessary written consent in support of their assertion. The charged assets under the debenture which includes the land and the warehouses have been secured in favour of KFH as security for the loan facilities granted to the defendant. Unless and until the prior written consent of KFH is obtained, the defendant has neither the legal capacity or power to enter into any tenancy agreement for land. Since there was no prior written consent for the tenancy agreement, it must follow that the tenancy agreement is invalid and unenforceable.”
64
Adalah terbukti bahawa surat-surat antara Plaintif dan Defendan tersebut adalah tidak sah, tidak kukuh dan tidak teratur untuk menjadikannya sebagai instrumen yang membenarkan Defendan untuk menguruskan TPS, namun ia hanya sekadar membenarkan Defendan untuk menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) ke atas TPS sahaja. SAMA ADA DEFENDAN MEMPUNYAI OBLIGASI UNTUK
65
SEBANYAK RM222,000.00 Plaintif melalui Surat Permohonan Kebenaran Pengurusan Bahan Kitar Semula di Tapak Pelupusan Sampah Sungai Ikan Kuala Terengganu, Terengganu bertarikh 22 Julai 2019 (‘Surat tersebut’) telah menyatakan amaun sewaan bulanan, namun ianya tidak pernah dipersetujui oleh Defendan. Plaintif juga telah gagal menunjukkan sebarang bukti persetujuan daripada Defendan berkenaan amaun sewaan tersebut dan memandangkan Defendan hanya menjalankan tanggungjawab sosial korporat ke atas TPS tersebut, maka Defendan adalah tidak terikat dengan Surat tersebut untuk membayar amaun sewaan tersebut.
66
Memandangkan tiada sebarang kebenaran/kelulusan yang diberikan oleh Jawatankuasa Kewangan dan Pelaburan untuk Defendan menguruskan TPS tersebut, maka Defendan hanya menjalankan tanggungjawab sosial korporat ke atas TPS tersebut yang mana tiada sebarang sewaan yang dikenakan/perlu dibayar oleh Defendan dan pengataan ini disokong dengan keterangan lisan SP1 seperti berikut: - P/D1: Pohon tuan refer kepada muka surat 7, Ikatan Dokumen Plaintif. Dinyatakan di Perenggan 2, bahawa sukacita dimaklumkan bahawa pihak majlis bersetuju memberi tawaran mengurus tapak pelupusan setelah mendapat kelulusan jawatankuasa kewangan dan pelaburan dalam masa terdekat. Adakah terdapat sebarang kelulusan yang dikeluarkan oleh jawatankuasa kewangan dan pelaburan seperti yang dinyatakan di dalam surat ini? Ada atau tiada? SP1: Saya tak pasti, tak ingat lah.
67
Pihak Defendan berhujah bahawa Plaintif melalui Saksi Plaintif Kedua (SP2) menyatakan bahawa Defendan mempunyai tunggakan sewaan sebanyak RM222,000.00 setelah mendakwa bahawa Defendan telah membayar sewaan sebanyak RM42,000.00, namun pembayaran tersebut adalah tidak berasas dan tidak kukuh memandangkan Defendan tidak pernah bersetuju untuk membayar sebarang sewaan dan tidak pernah membayar sebarang sewaan kepada Plaintif.
68
Plaintif juga gagal membuktikan bahawa Defendan yang membayar RM42,000.00 kepada Plaintif melalui keterangan lisannya seperti berikut:- P/D1: Setuju atau tidak, puan nyatakan tadi ada ‘payment’ yang berdasarkan laporan, tapi memandangkan tiadanya bukti bayaran daripada pihak Defendan seperti yang dinyatakan dan juga tiada resit bayaran yang dinyatakan selain laporan, boleh saya nyatakan bahawa ianya bukanlah pembayaran daripada pihak Defendan, puan setuju atau tidak? SP2: Saya tidak pasti.
69
Keterangan-keterangan daripada SP1 dan SP2 di atas jelas menunjukkan bahawa Defendan tidak mempunyai obligasi untuk membayar sebarang sewaan kepada Plaintif memandangkan Defendan hanya menjalankan tanggungjawab sosial korporat terhadap TPS dan tiada sebarang kebenaran/kelulusan yang telah diberikan oleh Jawatankuasa Kewangan dan Pelaburan untuk Defendan menguruskan TPS tersebut.
70
Dalam kes Sony Electronics (M) Sdn Bhd v Direct Interest Sdn Bhd [2007] 2 MLJ 229 yang mana Mahkamah memutuskan bahawa: “In the light of the evidence before us, we find that it is irrefutable that the respondent in seeking the damages as set out in the statement of claim has the burden of proving both the fact and the amount of damages before he can recover. In this case, apart from the fact that the said audited statements of account, Ramlan’s oral evidence on the said statements and his evidence in relation to documents are all not formally proved are inadmissible evidence, the said evidence in themselves do not in any event establish that the respondent had suffered any damage nor shown the nature and extent of the loss allegedly suffered as a result of the appellant’s breach of contract. As a consequence of the above, we find that the amount of damages awarded by the trial judge to the respondent to be arbitrary and clearly wrong.”
71
DAPATAN MAHKAMAH Mahkamah berpendapat, Defendan pada asalnya dibenarkan untuk memasuki tapak pelupusan sampah tersebut bagi untuk tujuan CSR. Ini kerana Defendan telah mencadangkan beberapa projek yang berkaitan tapak pelupusan sampah tersebut yang memerlukan kelulusan dan kebenaran lanjut.
72
Namun begitu, Defendan telah dikenakan bayaran sewa melalui surat bertarikh 22.7.2019. Ini bermaksud, walaupun Defendan dibenarkan memasuki tapak pelupusan tersebut peringkat awal, dan tiada bayaran dipohon sebelum ini, ini bukan bermaksud Defendan dibenarkan untuk berada di tapak pelupusan tersebut tanpa sebarang bayaran. Penempatan Defendan di tapak pelupusan tersebut bukanlah percuma semata-mata dan bukan untuk tujuan CSR semata-mata. Surat 22.7.2019 menunjukkan dengan jelas bahawa Plaintif ingin mengenakan bayaran sewa terhadap Defendan.
73
Defendan tidak membuat bantahan dan berterusan berada di tapak pelupusan sampah tersebut. Defendan juga telah membuat bayaran sejumlah RM 42,000. Walaupun Defendan membangkitkan bahawa Defendan tidak bersetuju untuk membuat bayaran tersebut dan bayaran tersebut dibuat tanpa kebenaran pihak Defendan, ini tidak boleh menafikan fakta bahawa terdapatnya bayaran daripada pihak Defendan. Pembayaran tersebut dalam pengetahuan pihak Defendan dan Defendan tidak membangkitkan sebarang bantahan atau permohonan balik bagi bayaran yang telah dibuat.
74
Oleh yang demikian, Defendan adalah terikat untuk menyelesaikan bayaran sewa yang dikenakan oleh pihak Plaintif dan perlu membayar tunggakan sewaan yang sepatutnya.
75
Mahkamah berpuas hati atas imbangan kebarangkalian bahawa Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutannya. Pihak Defendan telah gagal meyakinkan Mahkamah bahawa Defendan dibenarkan berada di tapak pelupusan sampah tersebut atas tujuan CSR semata-mata tanpa dikenakan sebarang sewa. Bertarikh: 14.1.2026 Wan Nor Aklima binti Wan Salleh Hakim Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Terengganu Terengganu Peguam cara bagi pihak Plaintif : Encik Ahmad Lutfi bin Ismail Tetuan Izrin Naim & Associates Peguam cara bagi pihak Defendan : Encik Norasidi Nadziruddin bersama-sama dengan Encik Wan Syahir Azmir bin
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.