Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: JA-21NCvC-43-12/2021 ANTARA MALAR A/P MARIAPAN ...PLAINTIF
JA-21NCvC-43-12/2021
High Court of Malaysia9 Dec 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ed **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 12 damages may be awarded in light of the motive or conduct of the tortfeasor (Rookes v. Barnard [1964] AC 1129(HL) at pp. 1121-1123; W v. Meah [1986] 1 All ER 935). As an analogy, in Appleton v. Garrett [1996] PIQR P 1”
“babkan implikasi seperti dialami oleh Plaintif iaitu antara RM240,000.00 hingga RM300,000.00 (lihat antaranya, kes Sheela Christina Nair v. Regency Specialist Hospital Sdn Bhd & Ors [2016] 9 CLJ 267; [2016] MLJU 1899 (RM240,000.00) dan Hasniyati bt Hassan & Anor v. Kerajaan Malaysia [2022] 10 MLJ 469; [2022] 7 CLJ 565;”
“R) memberikan gantirugi teruk disebabkan tindakan defendan dalm kes itu yang lambat dalam membekalkan laporan perubatan plaintif. Begitu juga dalam kes Yap Sao Leong & Anor v. Kerajaan Malaysia & Ors [2021] CLJU 33 di mana See Mee Chun HMT (sekarang HMR) memberikan gantirugi teruk disebabkan tindakan defendan yang mele”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: JA-21NCvC-43-12/2021 ANTARA MALAR A/P MARIAPAN ...PLAINTIF
1
1.
2
2.
3
3.
4
4.
5
5.
6
6.
7
DR SITI MUSLIHAT BT KADIR ...DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Mukadimah [1] Ini adalah perbicaraan taksiran gantirugi ekoran kecederaan yang dialami oleh Plaintif akibat pembedahan yang dijalankan di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru (HSIJB) termasuk rawatan susulan yang diberikan kepada Plaintif selepas pembedahan tersebut. 13/05/2025 17:05:17 JA-21NCvC-43-12/2021 Kand. 74 [2] Sebagai latar belakang ringkas, pada 1.4.2018 Plaintif telah menghadirkan diri di Jabatan Kecemasan dan Trauma HSIJB (“Jabatan Kecemasan”) bagi mengadu mengenai pendarahan haid yang banyak dan pening kepala yang dialaminya. Setelah pemeriksaan dilakukan oleh petugas di HSIJB, Plaintif telah diberikan ubat dan telah dirujuk ke Jabatan Obstetrik dan Ginekologi HSIJB (“Jabatan O&G”) sebelum didiscaj. [3] Pada 20.7.2018 Plaintif sekali lagi telah menghadirkan diri di Jabatan Kecemasan bagi mengadu mengenai demam, muntah, cirit birit, sakit perut dan “dysuria” yang dialaminya. Ekoran itu, Plaintif dimasukkan ke dalam wad 7B dan dicatatkan dalam rekod perubatan bahawa “rule out urosepsis and anaemia secondary to dysfunctional uterine bleeding”. [4] Pada keesokan harinya, semasa Plaintif berada di wad 7B, pemeriksaan “ultrasound” ke atasnya menunjukkan “a well-defined heterogeneous mass” dalam rahim Plaintif. Berikutan itu, Plaintif telah diberikan temu janji susulan pada 6.9.2018 di Jabatan O&G. [5] Semasa pemeriksaan susulan yang dijalankan ke atas Plaintif pada 6.9.2018 menunjukkan rahim Plaintif semakin membesar. Pilihan rawatan konservatif dan rawatan pembedahan yang dikenali dengan total abdominal hysterectomy bilateral salphinggo - oophorectomy (“TAH+/BSO”) telah dijelaskan kepada Plaintif termasuk risiko “menopause” dan komplikasi pembedahan yang dicadangkan itu. [6] Pada 18.10.2018 Plaintif telah hadir semula di HSIJB untuk mengesahkan pilihan beliau untuk meneruskan dengan TAH+/BSO. Risiko dan komplikasi pembedahan telah sekali lagi dijelaskan kepada Plaintif di mana beliau telah faham dan setuju untuk TAH+/BSO dijalankan. TAH+/BSO telah dirancang pada 24.12.2018 di HSIJB. [7] Pada 23.12.2018 Plaintif telah dimasukkan ke dalam wad dan Plaintif telah dijelaskan sekali lagi mengenai risiko pendarahan, risiko jangkitan serta kecederaan pundi kencing, usus atau uterer. Plaintif juga telah dijelaskan dengan pilihan untuk mengekalkan atau membuang ovari termasuk risiko dan juga faedahnya. Berikutan itu, Plaintif memberi persetujuan untuk pembuangan ovari dan TAH+/BSO dijalankan. [8] Pada 24.12.2018, TAH+/BSO ke atas Plaintif telah dijalankan di mana Defendan Ketiga dan Keempat yang merupakan Pakar Bedah telah menjalankan TAH+/BSO ke atas Plaintif. Defendan Ketiga dan Keempat tidak menghadapi sebarang komplikasi semasa pembedahan itu berjalan. Bagaimanapun, selepas pembedahan, iaitu lebih kurang jam 8.30 malam hingga jam 11.00 malam, air kencing Plaintif dalam catheter bladder drainage (“CBD”) didapati mengandungi darah. [9] Pada 25.12.2018 hasil penemuan pembedahan telah dijelaskan kepada Plaintif dan arahan telah diberikan untuk mengekalkan pemasangan CBD sehingga air kencing Plaintif menjadi berwarna terang. [10] Pada 26.12.2018 Plaintif mengadu mengalami sakit perut semasa bergerak, sesak nafas serta pening kepala. Tahap oksigen Plaintif didapati telah menurun dari 95% ke 88 % dan Plaintif mengalami “tachypnoeic”. Ekoran itu, Plaintif kemudian telah dirujuk kepada “chest physiology”. [11] Pada 27.12.2018 kadar “haemoglobin” Plaintif telah menurun dari 7.6g/dl ke 6.6g/dl dan Plaintif telah diberikan pemindahan darah (2-pint packed cell). Plaintif didapati mengalami “fever, chills and rigor” selepas pemindahan darah berkenaan. Berikutan itu, Plaintif telah dirawat dengan diberikan ubat “paracetamol” (1g). [12] Pada 28.12.2018 air kencing Plaintif didapati masih mengandungi darah dan Plaintif mengadu masih mengalami sakit perut dan sesak nafas. Berikutan itu, Defendan Ketiga mencatatkan dalam rekod perubatan bahawa “to rule out bladder injury and for cystogram”. Antibiotik telah diberikan kepada Plaintif melalui “intravenous”. Walau bagaimanapun “cystogram” tidak dapat dijalankan kerana keadaan Plaintif yang tidak stabil pada masa itu. [13] Pada 29.12.2018 Plaintif telah dirujuk ke Jabatan Medikal HSIJB. Pemeriksaan lanjut mendapati Plaintif mengalami “decompensated cardiac failure precipitated by sepsis”. [14] Pada 31.12.2018, pemeriksaan “ultrasound” telah diulangi dan hasil pemeriksaan mendapati Plaintif mengalami “intraperitoneal collection likely blood up to flank and peripatetic area”. Susulan itu, prosedur “exploratory laparotomy, peritoneal washing and wound debridement” telah dijalankan bermula jam 3.09 petang sehingga 4.22 petang. Selepas pembedahan itu, Plaintif telah dimasukkan ke dalam Intensive Care Unit (“ICU”) sehingga 4.1.2019. Keadaan Plaintif khususnya “vital signs” Plaintif di ICU telah bertambah baik dengan pembuangan air kencing yang normal dan tiada peningkatan suhu. [15] Pada 4.1.2019 Plaintif dimasukkan semula ke wad biasa. Keadaan Plaintif bertambah baik dan Plaintif boleh bergerak serta makan dengan baik. [16] Pada 6.1.2019 setelah CBD telah dikeluarkan, Plaintif telah mengadu mengalami “urinary incontinence” dan terpaksa memakai lampin pakai buang. [17] Pada 13.1.2019 Plaintif telah didiscaj dan diarahkan untuk hadir di klinik kesihatan terdekat bagi tujuan “dressing” selain Plaintif diberikan temu janji dan diarahkan untuk hadir di HSIJB untuk tujuan pemeriksaan semula. [18] Pada tarikh 20.1.2019, 27.1.2019, dan 3.2.2019 Plaintif telah menghadirkan diri di HSIJB untuk tujuan “wound inspection and review”. Pada 3.2.2019 Plaintif mengadu bahawa beliau masih mengalami “urinary incontinence”. Plaintif telah dinasihatkan oleh Pegawai Perubatan untuk meneruskan dengan “physiotherapy” di rumah iaitu bagi tujuan melakukan “stretching and strengthening exercises” termasuk “kegel exercises” untuk menguatkan “pelvic floor”. [19] Pada 24.2.2019 Plaintif sekali lagi hadir di HSIJB untuk pemeriksaan dan mengadu bahawa terdapat kebocoran air kencing melalui vagina secara berterusan dan masalah lain seperti kekurangan rasa membuang air. Pemeriksaan “triple swab test with Methylene Blue” adalah positif dan Plaintif disahkan mengalami “vesicovaginal fistula” (“VVF”). [20] Plaintif telah dinasihatkan oleh Pegawai Perubatan untuk meneruskan dengan CBD sebagai rawatan konservatif sehingga dirujuk ke Jabatan Urologi, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (“HSAJB”). Imbasan “cystogram” bagi Plaintif telah dirancang dan dijadualkan pada 13.3.2019 di HSAJB. [21] Bagaimanapun, sebelum tarikh temu janji tersebut, iaitu pada 28.2.2022 Plaintif pergi ke HSIJB dengan membawa imbasan “cystogram” yang telah dilakukannya di Scans World Chennai, India pada 18.2.2019 yang menunjukkan bahawa terdapat “urinary bladder posterior-superior aspect tear (6mm diameter) with communication to the vagina suggestive of VVF”. Setelah pemeriksaan dilakukan di HSIJB, Defendan Ketiga dan Ketujuh telah mengaturkan temu janji di Jabatan Urologi, HSAJB pada 12.3.2019. Plaintif mengakui bahawa imbasan “cystogram” yang dibuat di Scans World Chennai, India pada 18.2.2019 adalah di atas pilihannya sendiri. [22] Tarikh rawatan lanjut di HSAJB telah ditetapkan dalam tempoh masa 3 minggu dari tarikh diagnosis VVF. [23] Hasil keputusan “cystoscopy” pada 11.4.2019 mengesahkan bahawa Plaintif mengalami VVF dan imbasan “cystogram” yang telah diulangi pada 27.5.2019 juga mengesahkan bahawa Plaintif masih mengalami VVF. [24] Diagnosis mengenai “incisional hernia” telah dibuat pada 25.7.2019 dan rawatan susulan seperti “abdominal binder” dan juga “weight reduction” telah dirancang bagi Plaintif. Plaintif telah menghadirkan diri di Jabatan Urologi, HSAJB pada tarikh tarikh 7 11.6.2019, 6.8.2019, 20.9.2019 dan 17.9.2019 dan dicatatkan masih mengalami kebocoran air kencing dan terus memakai CBD. Plaintif juga telah dinasihatkan oleh Defendan untuk menjalani pembedahan pembaikan VVF kerana rawatan konservatif tidak memulihkan keadaan Plaintif. [25] Plaintif telah menjalani pembedahan pembaikan semula pada 22.9.2019 dan hasil keputusan imbasan “cystogram” yang telah dibuat pada 8.10.2019 mengesahkan tiada sebarang kebocoran air kencing berlaku. Selepas pembedahan pembaikan tersebut, Plaintif boleh membuang air seperti biasa sebelum didiscaj daripada wad. Walau bagaimanapun Plaintif mengalami gejala kebocoran dari vagina selepas pembedahan pembaikan tersebut dan kemudiannya telah disahkan sebagai “recurrent of VVF” [26] Walau bagaimanapun rawatan-rawatan seperti “abdominal binder” dan “weight reduction exercise” masih diteruskan. Usaha-usaha untuk merawat Plaintif bagi VVF dan juga “incisional hernia” masih diteruskan. Defendan-Defendan telah mencadangkan pembedahan pembaikan seterusnya kepada Plaintif tetapi telah ditangguh untuk tempoh 3 bulan atas permintaan Plaintif sendiri yang ingin mendapatkan pandangan kedua dari Hospital di Chennai, India. [27] Plaintif telah diarahkan untuk datang semula ke HSIJB untuk pemeriksaan dan rawatan susulan pada 3.3.2020 yang mana Plaintif gagal untuk hadir pada tarikh tersebut. [28] Pada 9.7.2020 Plaintif telah hadir di HSIJB dan memaklumkan kepada Defendan Ketiga bahawa Plaintif telah menjalani pembedahan VVF dan rawatan bagi “incisional hernia” di Hospital B.S.S. Chennai, India pada 13.2.2020. [29] Pada 8.12.2021, Plaintif telah memfailkan Writ serta Pernyataan Tuntutan terhadap Defendan-defendan atas alasan kecuaian perubatan yang menyebabkan Plaintif mengalami kecederaan. Plaintif juga menuntut gantirugi dalam bentuk gantirugi khas dan gantirugi am daripada Defendan-defendan. [30] Hasil daripada rundingan yang dijalankan oleh pihak-pihak, pada 1.12.2022, Defendan Pertama telah bersetuju untuk bertanggungan sepenuhnya bagi isu liabiliti. Ekoran itu, Plaintif telah menarik balik semua tuntutan terhadap Defendan yang lain. [32] Bagi tujuan mendapatkan gantirugi, Plaintif telah memanggil 2 orang saksi iaitu Dr Milton Lum Siew Wah sebagai saksi pakar serta Plaintif sendiri manakala Defendan Pertama tidak mengemukakan sebarang saksi. Gantirugi am [33] Bagi gantirugi melibatkan kesakitan dan kesengsaraan, Plaintif mendakwa mengalami pelbagai kesakitan dan kesengsaraan disebabkan kecuaian perubatan ini. Secara ringkas, Plaintif mendakwa mengalami kecederaan seperti berikut:
a
VVF dan bladder tear yang menyebabkan kebocoran air kencing melalui vagina serta urinary incontinence (kesukaran mengawal pembuangan air kecil);
b
incisional hernia;
c
kesakitan perut yang berterusan;
d
kesan parut pembedahan;
e
kesakitan pembedahan;
f
kehilangan sexual intimacy; dan
g
masalah psikiatri iaitu kemurungan. [34] Ekoran kecederaan tersebut, Plaintif menuntut gantirugi sebanyak RM600,000.00. [35] Dalam hal ini saya mendapati bahawa Plaintif telah menjalani tiga pembedahan di HSIJB iaitu –
a
pembedahan yang dikenali dengan TAH+/BSO pada 24.12.2018;
b
pembedahan pembaikan iaitu “exploratory laparotomy, peritoneal washing and wound debridement” pada 31.12.2018. Selepas pembedahan ini urinary incontinence tidak lagi terjadi. Namun masalah ini berulang balik tidak lama selepas itu; dan
c
pembedahan pembaikan semula pada 22.9.2019 dan Plaintif melalui imbasan “cystogram” yang telah dibuat pada 8.10.2019 disahkan tidak lagi mengalami urinary incontinence. Bagaimanapun Plaintif tidak lama selepas itu mendakwa urinary incontinence berlaku semula. [36] Plaintif juga mengakui bahawa kesemua kecederaan yang dialami oleh Plaintif telah sembuh melalui pembedahan pembaikan yang dijalankan di Hospital B.S.S. Chennai, India pada 13.2.2020. [37] Oleh yang demikian, kesengsaraan dan kesakitan yang dialami oleh Plaintif seperti kebocoran air kencing melalui vagina serta kesukaran mengawal air kecil dan kesakitan perut yang berterusan wajar dikira bagi tarikh-tarikh tersebut iaitu bagi tempoh kira-kira satu tahun dua bulan. [38] Mengenai isu kehilangan sexual intimacy, saya mendapati walaupun perkara ini tidak dimaklumkan oleh Plaintif kepada mana-mana doktor perubatan sama ada di HSIJB, HSAJB atau institusi perubatan yang lain, saya berpandangan isu kehilangan sexual intimacy adalah sesuatu yang amat “privacy” serta personal dan umumnya ramai di kalangan penduduk Asia yang segan dan malu untuk memaklumkan kepada pengamal perubatan mengenai isu ini walaupun ia serius. Bagaimanapun melihat kepada laporan perubatan yang mengesahkan Plaintif mengalami kebocoran air kencing melalui vagina serta kesukaran mengawal air kecil, secara munasabah ia memberi kesan kepada kehilangan sexual intimacy sebagaimana yang didakwa oleh Plaintif. [39] Begitu juga dengan gejala psikiatri iaitu kemurungan yang dikatakan dialami oleh Plaintif, saya mendapati beliau telah dirujuk ke HSAJB dengan diagnos awal “normal grief reaction”, bagaimana pun beliau telah didiscaj dari Unit Psikiatri HSAJB pada 12.12.2019. Walaupun, Plaintif telah didiscaj, fakta ini menunjukkan beliau benar-benar mengalami masalah psikiatri walaupun tahap yang dialaminya tidaklah serius sehingga memerlukan rawatan yang rapi. [40] Berdasarkan kepada dapatan di atas, saya mendapati jumlah sebanyak RM300,000.00 wajar diberikan kepada Plaintif bagi kesengsaraan yang dialaminya dengan mengambil kira gantirugi yang biasanya diawardkan dalam kecuaian pembedahan yang menyebabkan implikasi seperti dialami oleh Plaintif iaitu antara RM240,000.00 hingga RM300,000.00 (lihat antaranya, kes Sheela Christina Nair v. Regency Specialist Hospital Sdn Bhd & Ors [2016] 9 CLJ 267; [2016] MLJU 1899 (RM240,000.00) dan Hasniyati bt Hassan & Anor v. Kerajaan Malaysia [2022] 10 MLJ 469; [2022] 7 CLJ 565; [2022] 3 AMR 726 (RM300,000.00)). Gantirugi teruk [41] Mahkamah Persekutuan melalui Raus Sharif KHN dalam kes Dr Hari Krishnan & Anor v. Megat Noor Ishak Megat Ibrahim & Anor And Another Appeal [2018] 3 CLJ 427; [2018] 3 MLJ 281 telah memberi panduan bila gantirugi teruk sewajarnya diberikan dengan menyatakan – [98] Aggravated damages have in fact been awarded as a separate head of damages by Malaysian courts. In the recent decision of this court in Mohd Ridzwan bin Abdul Razak v. Asmah bt Hj Mohd Nor [2016] 6 CLJ 346; [2016] 4 MLJ 282, the High Court's award of aggravated damages was upheld. This court held that: In appropriate cases, substantial damages may be awarded for any indignity, discomfort or inconvenience suffered; even aggravated damages may be awarded in light of the motive or conduct of the tortfeasor (Rookes v. Barnard [1964] AC 1129(HL) at pp. 1121-1123; W v. Meah [1986] 1 All ER 935). As an analogy, in Appleton v. Garrett [1996] PIQR P 1 aggravated damages were given to patients of a dentist for injury to feelings, mental distress, anger and indignation upon learning that much of the dental treatment given to them was unnecessary and to a large extent performed on healthy teeth. The dentist had deliberately and in bad faith concealed from them the true condition of their teeth so that he could carry out dental work for profit... In the circumstances of this case it was reasonable for the High Court to grant the general and aggravated damages for the proven tort of sexual harassment. [42] Dalam kes Nur Syarafina Sa'ari v. Kerajaan Malaysia & Ors [2019] 9 CLJ 246, Faizah Jamaludin PK (sekarang HMR) memberikan gantirugi teruk disebabkan tindakan defendan dalm kes itu yang lambat dalam membekalkan laporan perubatan plaintif. Begitu juga dalam kes Yap Sao Leong & Anor v. Kerajaan Malaysia & Ors [2021] CLJU 33 di mana See Mee Chun HMT (sekarang HMR) memberikan gantirugi teruk disebabkan tindakan defendan yang meletakkan kesalahan kepada ibu kepada mangsa, menyembunyikan fakta sebenar, melakukan tindakan halangan dan tekanan, memplidkan fakta palsu, perbicaraan yang berpanjangan serta kelewatan mengakui kesalahan. [43] Berdasarkan kepada otoriti di atas, gantirugi teruk hanya diawardkan apabila terbukti bahawa terdapatnya elemen niat tidak baik yang dilakukan oleh defendan. [44] Bagaimanapun, bagi kes di hadapan saya ini, ia merupakan suatu kes kecuaian perubatan sepenuhnya. TAH+/BSO telah dijalankan dalam keadaan yang mematuhi prosedur pembedahan biasa serta dijalankan bagi menyelesaikan masalah rahim Plaintif yang semakin membesar. Tiada bukti yang menunjukkan bahawa Defendan-defendan mempunyai niat jahat atau tidak baik terhadap Plaintif yang membolehkan saya memberi award untuk gantirugi ini. Sebaliknya, Defendan-defendan telah menunjukkan niat yang baik dengan melakukan pembedahan pembaikan setiap kali Plaintif mengalami komplikasi tersebut. Pembedahan pembaikan seterusnya telah dirancang, namun Plaintif sendiri memohon penangguhan selama 3 bulan bagi membolehkannya mendapat pandangan kedua dan rawatan di Hospital B.S.S. Chennai, India. [45] Berdasarkan kepada alasan di atas, gantirugi teruk yang dipohon oleh Plaintif sebanyak RM400,000.00, saya tolak. Gantirugi khas
a
Kehilangan pendapatan [46] Bagi gantirugi khas, Plaintif menuntut gantirugi untuk kehilangan pendapatan dari 23.12.2018 iaitu mulai sehari sebelum tarikh pembedahan TAH+/BSO. Plaintif mendakwa sebelum ini beliau memperolehi pendapatan sebanyak RM5,000.00 sebulan sebagai jurulatih penari klasik India bertauliah. Oleh itu, berdasarkan formula dalam s. 8 Undang-Undang Sivil 1956, Plaintif menuntut jumlah sebanyak RM360,000.00 iaitu 55 tahun tolak umur semasa kecederaan iaitu 43 tahun didharab 12 dan didharab RM5,000.00. Sebagai alternatif, Plaintif menuntut sekurang-kurangnya jumlah sebanyak RM250,000.00. [47] Dalam hal ini, saya mendapati dokumen yang dikemukakan di Mahkamah adalah dokumen yang dikeluarkan pada tahun 2007 iaitu 12 tahun sebelum pembedahan dijalankan. Pada pandangan saya dokumen ini tidak menggambarkan pendapatan sebenar Plaintif pada tarikh TAH+/BSO dilaksanakan. Selain itu, saya juga mendapati Plaintif mengemukakan voucher yang dikeluarkan pada tahun 2013. Namun jumlah dalam voucher tersebut adalah jauh lebih rendah berbanding dengan jumlah RM5,000.00 sebulan yang dituntut oleh Plaintif selain ia tidak menunjukkan terdapatnya potongan bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Di samping itu, voucher-vaucher itu tidak menyatakan dengan sahih siapa yang mengeluarkannya dan tandatangan siapa. [48] Walau apapun, saya berpandangan jumlah sebanyak RM1,700.00 sebulan adalah munasabah mengambil kira gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan dan didarabkan dengan jumlah bulan yang Plaintif tidak boleh bekerja dan ditambah 3 bulan lagi bagi pemulihan. Oleh itu RM1,700.00 x 21 bulan = RM35,000.00.
b
Kehilangan pendapatan masa hadapan [49] Plaintif memohon agar beliau diberikan gantirugi bagi kehilangan pendapatan masa hadapan disebabkan tidak dapat meneruskan pekerjaannya selepas pembedahan tersebut. [50] Dalam hal ini, saya mendapati bahawa tiada bukti yang menunjukkan Plaintif tidak boleh menjalankan perniagaannya sebagai guru tarian setelah beliau sembuh sepenuhnya melalui pembedahan yang dijalankan di India. Sehubungan itu, saya menolak tuntutan Plaintif bagi gantirugi kehilangan pendapatan di masa hadapan.
c
Kos penjagaan [51] Bagi gantirugi untuk kos penjagaan oleh anak dan suami mulai tarikh permulaan TAH+/BSO dijalankan hingga pembedahan di Chennai, India, Plaintif menuntut sejumlah RM2,000.00 sebulan didharab 17 bulan menjadikan jumlah besar adalah RM34,000.00. [52] Dalam hal ini saya mendapati bahawa biasanya kos ini dituntut apabila wujud bukti bahawa pesakit tidak mampu menguruskan dirinya sendiri yang menyebabkan ahli keluarga terpaksa berhenti kerja demi menjaga pesakit tersebut. [53] Bagaimanapun tiada bukti kukuh dikemukakan di Mahkamah ini yang menunjukkan wujudnya elemen berkenaan. Oleh yang demikian, tuntutan bagi kos ini saya tolak.
d
Kos perubatan di India [54] Bagi perbelanjaan perubatan di Chennai, India Plaintif menuntut jumlah sebanyak Rs 174,388.16 bersamaan dengan RM9,652.50. [55] Dalam hal ini, saya mendapati masalah kesihatan yang dihadapi oleh Plaintif pada mulanya telah dirawat oleh Defendan-defendan. Namun saya mendapati rawatan ini tidak berjaya sepenuhnya dan menyebabkan Plaintif mendapatkan rawatan lanjut di Chennai, India. Walaupun Defendan-defendan berhujah bahawa rawatan lanjut boleh dilakukan di HSIJB atau HSAJB, namun Plaintif tidak boleh dihalang daripada mendapat rawatan perubatan yang beliau pilih. Oleh yang demikian, saya membenarkan jumlah yang dituntut iaitu RM9,652.50.
e
Kos perbelanjaan perjalanan ke dan dari India [56] Untuk gantirugi kos perbelanjaan perjalanan ke Chennai, India, Plaintif menuntut jumlah sebanyak RM9,921.77 yang merangkumi kos visa dan tiket penerbangan. Pada pandangan saya jumlah ini adalah munasabah dan wajar dibenarkan berdasarkan resit yang dikemukakan.
f
Kos di Chennai [57] Bagi tuntutan kos penginapan, pengangkutan dan makan minum sepanjang berada di Chennai, India, Plaintif menuntut jumlah sebanyak RM18,000.00. Bagaimanapun, Plaintif mendakwa beliau tidak dapat mengemukakan bil bagi penginapan, pengangkutan dan makan minum di India disebabkan ia telah hilang dalam simpanan beliau. [58] Pada pandangan saya jumlah itu tidak munasabah bagi menggambarkan perbelanjaan selama 3 bulan di sana. Bagaimanapun, saya berpandangan kos sebanyak RM3,000.00 adalah lebih munasabah.
g
Kos perjalanan [59] Plaintif juga menuntut gantirugi khas bagi kos perjalanan ahli keluarga Plaintif yang melawatnya semasa menjalani rawatan di HSAJB dan HSIJB yang merangkumi kos perjalanan sebanyak RM40.00 sehari ke HSAJB dan RM50.00 sehari ke HSIJB sebanyak 68 hari. Oleh itu Plaintif menuntut wang sebanyak RM3,190.00. [60] Dalam hal ini, Plaintif tidak memberikan sebarang dokumen bagi menyokong tuntutan ini. Selain itu, saya mendapati kos sebanyak RM40.00-RM50.00 sehari adalah terlalu tinggi memandangkan tempat tinggal ahli keluarga Plaintif adalah di Ulu Tiram yang jaraknya kira-kira 40 km sahaja dari HSIJB dan HSAJB. Oleh yang demikian saya membenarkan kos sebanyak RM30.00 bagi setiap kali perjalanan. Oleh itu 68 kali perjalanan x RM30.00 = RM2,030.00. [61] Bagi kos perjalanan untuk rawatan susulan pula, Plaintif menuntut jumlah sebanyak RM1,800.00 yang terdiri daripada 20 kali rawatan susulan dengan RM40.00 bagi rawatan di HSIJB dan RM50.00 bagi rawatan di HSAJB. Dalam hal ini, sama seperti bagi kos perjalanan ahli keluarga, saya membenarkan RM30.00 bagi setiap perjalanan. Oleh itu 20 kali perjalanan x RM30.00 = RM600.00.
h
Kos rawatan [62] Bagi kos rawatan, Plaintif menuntut RM1,127.00 bagi perbelanjaan di HSIJB dan HSAJB manakala RM161.00 bagi perbelanjaan di KPJ Johor Specialist. Kedua-dua kos ini saya benarkan berdasarkan resit yang dikemukakan.
i
Kos pembelian lampin dewasa [63] Bagi kos pembelian lampin dewasa, Plaintif mendakwa membelanjakan RM400.00-RM500.00 sebulan untuk pembelian ini. Oleh itu Plaintif menuntut kos sebanyak RM6,300.00. Dalam hal ini saya mendapati kos ini adalah berpatutan dan saya benarkan.
j
Kos laporan perubatan [64] Bagi kos laporan perubatan, Plaintif menuntut sejumlah RM80.00 manakala bagi laporan perubatan pakar pula, Plaintif menuntut kos sebanyak RM10,000.00. Bagi kos kedua-dua laporan ini saya dapati ada resit disertakan. Oleh yang demikian, jumlah ini saya benarkan.
k
Kos rawatan lanjut di India [65] Bagi kos rawatan lanjutan yang dijalankan di Chennai, India, Plaintif menuntut kos sebanyak RM5,000.00 bagi tiket untuk 2 orang dan Rs112,232.88 bagi kos rawatan dengan Dr. L. Alagusundram serta ubat-ubatan. Saya mendapati kos tersebut adalah munasabah dan dibenarkan.
l
Kos tindakan perundangan [66] Bagi kos tindakan perundangan bagi penzahiran sebelum perbicaraan, Plaintif menuntut kos sebanyak RM5,000.00. Dalam hal ini, saya mendapati tindakan penzahiran yang dibuat adalah sebahagian daripada tindakan perundangan biasa dan tidak mendapat bantahan daripada pihak Defendan-defendan. Oleh itu, kos sebanyak RM2,000.00 adalah munsabah. [67] Bagi kos perbicaraan ini, saya mendapati Defendan-defendan telah mengakui liabiliti dan telah menjimatkan masa mahkamah serta pihak-pihak. Oleh yang demikian saya membenarkan kos sebanyak RM10,000.00. Kesimpulan [68] Sebagai kesimpulan, berikut adalah ringkasan keputusan bagi gantirugi yang dituntut oleh Plaintif:
a
kesakitan dan kesengsaraan sebanyak RM300,000.00;
b
gantirugi teruk, saya tolak;
c
kehilangan pendapatan selepas pembedahan sehingga 3 bulan selepas pembedahan di Chennai, India sebanyak RM35,000.00;
d
kehilangan pendapatan di masa hadapan, saya tolak;
e
gantirugi untuk kos penjagaan oleh anak dan suami, saya tolak;
f
perbelanjaan perubatan di Chennai, India berjumlah Rs 174,388.16 bersamaan RM9,652.50, dibenarkan;
g
kos perbelanjaan perjalanan ke Chennai, India, Plaintif menuntut jumlah sebanyak RM9,921.77 yang merangkumi kos visa dan tiket penerbangan, saya benarkan;
h
kos penginapan, pengangkutan dan makan minum sepanjang berada di Chennai, India,saya benarkan sebanyak RM3,000.00;
i
kos perjalanan ahli keluarga Plaintif yang melawatnya semasa menjalani rawatan di HSAJB dan HSIJB saya benarkan sebanyak RM2,030.00;
j
kos perjalanan ahli keluarga untuk rawatan sususlan di HSAJB dan HSIJB, saya benarkan sebanyak RM600.00;
k
kos rawatan di HSIJB dan HSAJB sebanyak RM1,127.00, saya benarkan;
l
kos bagi rawatan di KPJ Johor Specialist sebanyak RM161.00, saya benarkan;
m
kos lampin dewasa sebanyak RM6,300.00, saya benarkan;
n
kos laporan perubatan dan laporan perubatan pakar masing-masing sebanyak RM80.00 dan RM10,000.00, saya benarkan;
o
kos pengangkutan berupa tiket ke Chennai, India untuk 2 orang bagi tujuan rawatan susulan sebanyak RM5,000.00, saya benarkan;
p
kos rawatan dengan Dr. L. Alagusundram serta ubat-ubatan sebanyak Rs112,232.88 atau RM5,943.18, saya benarkan;
q
kos tindakan perundangan bagi penzahiran sebelum perbicaraan, saya sebanyak RM2,000.00;
r
kos perbicaraan taksiran sebanyak RM10,000.00. [69] Secara keseluruhan jumlah yang saya benarkan adalah RM400,815.45. Tarikh: 13.5.2025 - tt - (SHAMSULBAHRI BIN HAJI IBRAHIM) Hakim, Mahkamah Tinggi Malaya, Johor Bahru Peguam: Bagi pihak Plaintif - R. Jayabalan (Christopher Tan Yee Kai bersamanya); Tetuan R. Jayabalan Bagi pihak Defendan-defendan - Barath Manian (Peguam kanan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.