Sila rujuk kes Jivol Doudilim v. The Director General of Insolvency Malaysia [2023] 4 CLJ 500. [59] Juga tidak boleh dipertikaikan bahawa Perintah Pelepasan bersyarat tersebut belum dipatuhi kerana KPI masih belum mendapatkan daripada Pemohon wang sebanyak RM38,357,405.63 tidak termasuk kos dan perbelanjaan KPI. [60] Maka status Pemohon adalah masih Bankrap tetapi hanya dilepaskan dengan bersyarat dan harta Pemohon masih di bawah pentadbiran KPI. [61] Dalam kes Per Pathmasingam Mavilaganan, Ex P Public Bank Bhd [2000] 2 CLJ 92, si bankrap telah memohon untuk suatu pelepasan. di bawah Seksyen 33 Akta 360. Fakta dalam kes tersebut adalah seperti berikut:- “Pada pendengaran permohonan tersebut, pegawai pemegang harta telah memberitahu mahkamah bahawa satu dividen sebanyak 31.33% akan dibayar kepada pemiutang-pemiutang, bukannya 28.43%, sepertimana dinyatakan dalam laporan pertama tersebut. Pegawai pemegang harta telah menyatakan bahawa semenjak pemfailan laporan pertama tersebut, sibankrap telah membayar ansuran tertunggak dan oleh yang demikian S/N Uclf9ldtT0Og7kTuhK0jvg January 7, 2024 18 kelakuannya sekarang adalah memuaskan, walaupun perkara ini tidak dinyatakan dalam laporan pertama tersebut. Walau bagaimanapun, berdasarkan fakta-fakta yang terkandung dalam laporan pertama tersebut dan memandangkan jumlah yang besar masih dihutang, perayu telah memohon supaya mahkamah menggunakan bidangkuasa yang sedia ada dalam Akta Kebankrapan 1967 dan memerintah satu pelepasan bersyarat iaitu memasukkan penghakiman untuk jumlah yang masih tertunggak, tetapi Penolong Kanan Pendaftar yang bijaksana telah memberi perintah melepaskan sibankrap tanpa bersyarat. Terhadap keputusan ini, perayu telah memfailkan satu notis rayuan kepada hakim dalam kamar bertarikh 5 Februari 1999 (Kandungan (40)).” Hakim Low Hop Bing (pada ketika itu) telah memutuskan seperti berikut:- “Sibankrap sehingga permohonan untuk perlepasan difailkan, tidak membuat bayaran ansurannya dan hanya membuat bayaran sebanyak RM11,700 sebelum pendengaran permohonannya (Kandungan (33)). Adalah jelas bahawa sibankrap masih tidak membayar ansurannya selama lebih kurang setengah tahun. Adalah relevan untuk mahkamah ini mempertimbangkan tingkahlaku sibankrap dengan berdasarkan kepada polisi awam (public policy): Re Lau Kah Lay And Tang Kuong Tiew Ex parte Cold Storage (Malaysia) Berhad [1998] 2 AMR 1347; Re Stern (A Bankrupt), Ex parte S/N Uclf9ldtT0Og7kTuhK0jvg January 7, 2024 19 Keyser Ullmann Ltd & Others v. The Bankrupt & Others [1982] 2 All ER 600 dan Re Ang Ah Kang [1994] 2 CLJ 738. Perayu telah membuktikan fakta dalam s. 33(6)(d) dan (m) dan oleh itu, perintah pelepasan tidak harus dibuat. Oleh itu, saya benarkan rayuan ini dan ketepikan perintah pelepasan yang dibuat oleh Penolong Kanan Pendaftar yang bijaksana dan berdasarkan kepada s. 33(10), saya memasukkan penghakiman untuk jumlah yang masih dihutang iaitu RM317,014.35 dengan kos.” [62] Fakta dalam kes Pathmasingam Mavilaganan (supra) menunjukkan bahawa sekiranya ada sebarang keingkaran di pihak si Bankrap, beliau tidak boleh dilepaskan daripada status bankrap dan hanya boleh dilepaskan dengan bersyarat. [63] Dalam kes di sini Perintah Pelepasan bersyarat belum dipatuhi kerana KPI masih belum mendapatkan daripada Pemohon wang sebanyak RM38,357,405.63 tidak termasuk kos dan perbelanjaan KPI. [64] Oleh yang demikian, tidak timbul persoalan bahawa Pemohon boleh dikembalikan ke status tidak bankrap. [65] Selanjutnya juga mendapati Seksyen 33 Akta Insolvensi iaitu Seksyen relevan berkaitan Pelepasan Si Bankrap (“Discharge if Bankrupt”) tidak memperuntukkan keperluan KPI untuk membuat sebarang permohonan kepada Mahkamah untuk menukar status Pemohon daripada Pelepasan Bersyarat di bawah Seksyen 33(10) kepada status Bankrap. S/N Uclf9ldtT0Og7kTuhK0jvg January 7, 2024 20 [66] Mahkamah berpendapat sudah pasti dalam pemikiran penggubal undang-undang adalah tidak perlu untuk KPI memohon kepada Mahkamah untuk menukar dari status Pelepasan Bersyarat di bawah Seksyen 33(10) kepada status Bankrap kerana status seseorang seperti Pemohon yang dilepaskan bersyarat masih kekal sebagai seorang Bankrap selagi syarat tidak dipatuhi. [67] Malah ketidakperluan untuk KPI membuat permohonan sedemikian disokong oleh pindaan-pindaan yang diperkenalkan kepada Akta Kebankrapan sejak tahun 1998 yang bertujuan untuk memberi kuasa kepada KPI membuat keputusan ke atas sesuatu kes pelepasan bankrap tanpa memerlukan perbicaraan di Mahkamah. [68] Memandangkan KPI masih belum mendapatkan daripada Pemohon wang sebanyak RM38,357,405.63 tidak termasuk kos dan perbelanjaan KPI, maka adalah tidak perlu untuk KPI membuat permohonan kepada Mahkamah untuk menukar status Pemohon daripada Pelepasan Bersyarat di bawah Seksyen 33(10) kepada status Bankrap. [69] Oleh yang demikian, adalah hak KPI untuk menukar status Pemohon dalam rekod mereka kepada Bankrap. Perintah Pelepasan Bersyarat 16.9.2008 masih kekal dan terpulang kepada Pemohon untuk mematuhi syaratnya dan kemudian memohon untuk pelepasan mutlak. [70] Sekiranya Pemohon tidak dapat mematuhi syarat, sebagaimana yang dihujahkan oleh pihak KPI, Pemohon juga boleh memohon untuk remedi di bawah Seksyen 33(5) Akta 360 yang menyatakan seperti berikut:- S/N Uclf9ldtT0Og7kTuhK0jvg January 7, 2024 21 “KPI ingin merujuk kepada Seksyen 33(5) Akta 360 (TAB ‘C’ IKATAN OTORITI KPI) yang menyatakan seperti di bawah:- If at any time after the expiration of two years from the date of any order made under this section the bankrupt satisfies the court that there is no reasonable probability of his being in a position to comply with the terms of such order, the court may modify the terms of the order or any subsequent order in such manner and upon such conditions as it thinks fit.” [71] Menurut Seksyan ini, sekiranya pada bila-bila masa selepas tamat dua tahun dari tarikh sebarang perintah yang dibuat di bawah Seksyen ini, sekiranya Bankrap boleh memberi jaminan kepada Mahkamah bahawa tidak ada kemungkinan yang munasabah berada dalam kedudukan untuk mematuhi syarat-syarat perintah tersebut, Mahkamah boleh mengubah syarat perintah atau membuat perintah berikutnya dengan cara dan dengan syarat yang difikirkan sesuai. [72] Dalam kes ini tiada sebarang permohonan yang difailkan oleh Pemohon untuk mengubah syarat dalam Perintah Pelepasan Bersyarat tersebut atau memfailkan Permohonan ke Mahkamah untuk mendapatkan Pelepasan Mutlak sekiranya Pemohon ingin mengubah status Bankrapnya kepada ‘tidak bankrap’. [73] Selanjutnya, saya telah meneliti Seksyen 91 Akta 360 dan memutuskan bahawa peruntukkan ini, tidak terpakai sebagaimana yang dihujahkan oleh Peguam Pemohon Yang Bijaksana. S/N Uclf9ldtT0Og7kTuhK0jvg January 7, 2024 22 [74] Subseksyen (1) Akta 360 ini terpakai kepada situasi di mana timbul sesuatu persoalan “priorities”, atau sebarang persoalan-persoalan lain samada undang-undang atau fakta dalam suatu kes kebankrapan yang Mahkamah mendapat tahu dan Mahkamah anggap perlu dan suai maanfaat untuk diputuskan bagi tujuan mentadbir keadilan sepenuhnya atau pengagihan sepenuhnya harta dalam sesuatu kes. [75] Manakala Subseksyen (2) Akta 360 ini terpakai kepada situasi di mana sekiranya seseorang Penghutang atau pihak lain ingkar Perintah atau arahan Mahkamah, KPI atau mana-mana Pegawai Mahkamah, Mahkamah boleh atas permohonan KPI atau orang yang diberi kuasa atau atas usulnya sendiri perintahkan Penghutang atau pihak yang mengingkari Perintah atau arahan tersebut untuk mematuhinya dan sekiranya perlu, buat Perintah komital terhadap Penghutang atau pihak lain tersebut dengan serta-merta. [76] Justeru itu, adalah jelas bahawa Seksyen 91 Akta 360 tidak terpakai kepada KPI untuk memohon menukar dari pelepasan bersyarat kepada status Bankrap. [77] Manakala berkenaan alasan Pemohon bahawa pelbagai inisiatif-inisiatif telah diambil oleh Kerajaan untuk memastikan si Bankrap dapat dikeluarkan daripada kebankrapan untuk menjalani hidup yang lebik baik, memandangkan Mahkamah mendapati status Pemohon dilepas dengan bersyarat masih kekal, maka terpulang kepada Pemohon untuk membuat permohonan yang sewajarnnya untuk mendapatkan pelepasan menurut peruntukkan yang sewajarnya. S/N Uclf9ldtT0Og7kTuhK0jvg January 7, 2024 23