Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR GUAMAN SIVIL NO.: No. WA-B52NCC-2720-11/2024 ANTARA MAYBANK ISLAMIC BERHAD [No. Syarikat: 787435-M] …PLAINTIF
WA-B52NCC-2720-11/2024
Sessions Court of Malaysia8 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“according to the case S/N 9JPx33ml0WZ3sl6CcKecg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 15 of Ted Bates (M) Sdn. Bhd. v. Balbir Singh Jholl [1976] CLJU 157; [1976] 1 LNS 157; [1979] 2 MLJ 257, FC, that the letter which was not headed "without prejudice" was not”
“u yang boleh dibicarakan hatta satu isu sekalipun, maka ianya sudah memadai untuk penghakiman terus ditolak dan kes dibicarakan. Di dalam kes ABDULLAH ROHANI V. PUNCA KLASIK SDN BHD [2004] 1 CLJ 773; [2004] MLJU 754, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa suatu kes wajar dibicarakan sekiranya defendan berjaya memuaska”
“6.10 Di dalam kes BANK MUAMALAT MALAYSIA BHD & ORS v. REDHARESOURCES SDN BHD & ORS [2016] CLJU 1156, diputuskan seperti berikut: "[21] Parties in this case were aware of these clear terms upon entering into all the agreements between them and have agreed on these terms voluntarily. They have acted”
“an dalam kes BANK KERJASAMA RAKYAT S/N 9JPx33ml0WZ3sl6CcKecg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 17 MALAYSIA SDN BHD V. HONG VOON CHUNG [2021] CLJU 250; [2021] 1 LNS 250, Lee Heng Cheong HMP memutuskan dan menyebut: "[28] In the present case, there is such a”
“to disprove the amount claimed. [30] The fundamental rationale underlying the acceptance of conclusive evidence clauses was approved in the Federal Court cases of Citibank MA v. Ooi Boon Leong & Ors [1980] CLJU 168; [1980] 1 LNS 168 and Cempaka Finance Bhd. v. Ho Lai Ying [2006] 3 CLJ 544. The Federal Court held that a”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR GUAMAN SIVIL NO.: No. WA-B52NCC-2720-11/2024 ANTARA MAYBANK ISLAMIC BERHAD [No. Syarikat: 787435-M] …PLAINTIF
1
C&L MINERALS SDN BHD [No. Syarikat: 201101042165 (970285-H)]
2
CHOO KHEN LON [No. K/P: 840212-05-5161]
3
TENG AI LENG [No. K/P: 821027-14-6500] …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Kandungan 12 di bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012)
1
PENDAHULUAN Alasan penghakiman ini disediakan atas notis rayuan yang telah difailkan oleh Defendan-Defendan terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah ini yang telah diputuskan memihak Plaintif bagi permohonan Plaintif di kandungan 12 di bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
2
Pada 8.7.2025, mahkamah ini telah membenarkan permohonan Plaintif untuk antara lain memasukkan penghakiman terus terhadap Defendan-Defendan di kandungan 12 dengan kos RM3,000.00. S/N 9JPx33ml0WZ3sl6CcKecg
3
KANDUNGAN 12 Plaintif di dalam tindakan ini telah pada 27.1.2025 memfailkan suatu permohonan di bawah A.14 KKM 2012 yang memohon antara lain untuk suatu perintah bagi memasukkan penghakiman terus terhadap Defendan Pertama selaku peminjam dan Defendan Kedua dan Ketiga selaku penjamin dan pemberi jaminan ganti rugi untuk butiran-butiran yang berikut:
3
3.1 Jumlah wang yang kena dibayar sebanyak RM541,437.50 setakat 31/5/2024 yang kena dibayar kepada Plaintif oleh kesemua Defendan-Defendan sebagai penghutang tunggal/utama;
3
3.2 Faedah ingkar berterusan keatas jumlah RM541,437.50 pada kadar 2.50% setahun atas Kadar Pinjaman Asas (Kadar Pinjaman Asas setakat 31/5/2024 ialah 6.65% setahun) atas dasar baki harian dengan rehatan/kompaun bulanan bersama faedah 1% setahun ke atas keseluruhan jumlah yang tertunggak atas dasar baki harian dengan rehatan/kompaun bulanan bermula dari 1/6/2024 sehingga ke penyelesaian sepenuhnya;
3
3.3 Kos tindakan ini; dan
3
3.4 Mana-mana perintah yang dianggap adil dan patut oleh Mahkamah ini. C.
4
4.
4
Alasan-alasan permohonan Plaintif adalah seperti berikut: - 1 Defendan Pertama selaku peminjam manakala Defendan Kedua dan Defendan Ketiga selaku Penjamin dan Pemberi Jaminan Ganti Rugi S/N 9JPx33ml0WZ3sl6CcKecg (Indemnity) dan penghutang tunggal/utama (sole or principal debtor) tidak ada pembelaan yang bermerit dalam tindakan guaman ini.
4
4.2 Tindakan ini berasaskan kepada suatu Surat Tawaran Pinjaman bertarikh 15/02/2018 (Akaun No. 514356-532451) (OD) dan satu (1) Surat Gerenti dan Jaminan Ganti Rugi (Indemnity) bertarikh 26/4/2018 (OD) yang merupakan kuasa tindakan Kontrak.
4
4.3 Defendan-Defendan tidak mempunyai pembelaan bermerit dan tiada isu untuk dibicarakan.
4
4.4 Oleh itu, permohonan ini hendaklah dibenarkan. D.
5
Secara ringkas fakta kes ini adalah seperti berikut:
5
5.1 Defendan Pertama adalah pelanggan Plaintif yang merupakan peminjam, manakala Defendan Kedua dan Ketiga adalah Penjamin dan Pemberi Jaminan Gantirugi kepada kemudahan pinjaman yang telah diluluskan oleh Plaintif.
5
5.2 Melalui Surat Tawaran Pinjaman bertarikh 15/02/2018, yang mana Plaintif telah menawarkan kepada Defendan Pertama Kemudahan Overdraf (OD) sebanyak RM530,000.00. Sebagai sekuriti kepada kemudahan pinjaman tersebut, Defendan Kedua telah menggadaikan tiga (3) lot tanah pertanian di Mukim Kuala Kalumpang, Hulu Selangor S/N 9JPx33ml0WZ3sl6CcKecg (Lot 588, Lot 587, dan Lot 589). Plaintif dan Defendan Kedua juga telah memasuki satu perjanjian gadaian bertarikh 26.4.2018.
5
5.3 Melalui surat jaminan dan jaminan ganti rugi, Defendan Kedua dan Ketiga adalah menjamin Defendan Pertama untuk membuat pembayaran balik dengan tepat dan akan menanggung segala ganti rugi Plaintif atas keingkaran Defendan Pertama. Defendan-Defendan kemudiannya telah memungkiri terma pembayaran.
5
5.4 Akibatnya Plaintif telah menamatkan kemudahan tersebut dan menuntut baki tertunggak berjumlah RM541,437.50 setakat 31.5.2024 melalui Notis Tuntutan bertarikh 7.6.2024. Plaintif memfailkan guaman sivil ini menuntut jumlah tunggakan keberhutangan tersebut berserta faedah daripada Defendan-Defendan.
5
5.5 Defendan-Defendan tidak menafikan berkenaan kemudahan pinjaman dan tanggungjawab Defendan Kedua dan Ketiga dalam tindakan ini sebagaimana terma-terma yang terkandung di dalam surat tawaran pinjaman kemudahan dan surat gerenti dan jaminan tanggung rugi yang telah dimasuki mereka dengan Plaintif.
5
5.6 Defendan-Defendan tidak menafikan keberhutangan tetapi kini menafikan jumlah tuntutan keberhutangan terhadap Plaintif dengan alasan jumlah tuntutan keberhutangan tersebut tidak tepat, bercanggah dengan rekod kewangan dan jumlah yang berbeza dengan notis tuntutan.
5
5.7 Defendan-Defendan menyatakan telah membuat beberapa pembayaran terhadap pinjaman tersebut namun Plaintif gagal merekodkan dengan tepat dalam penyata akaun.
5
5.8 Plaintif telah mengambil tindakan lain terhadap Defendan-Defendan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melalui guaman no. WA-52NCC- 4937-11/2024 bagi kemudahan pinjaman terma namun gagal digabungkan dengan tindakan di sini.
5
5.9 Faedah dan caj yang dituntut Plaintif adalah tidak wajar dan penyata akaun Plaintif adalah bercanggah berhubung jumlah tuntutan.
5
5.10 Atas faktor-faktor ini, Defendan-Defendan menyatakan terdapat isu-isu untuk dibicarakan di dalam tindakan ini yang perlu ditentukan melalui perbicaraan penuh.
5
5.11 Defendan Pertama telah membuat permohonan untuk “loan restructuring” di bawah SDRS dan telah diluluskan oleh Plaintif melalui surat bertarikh 20.3.2024 yang mana telah ditandatangani oleh Defendan Kedua dan Ketiga dengan pembayaran ansuran sejumlah RM8,500.00 sebulan. Terdapat ketidakpatuhan pembayaran sejak Mei 2024 dan Plaintif kemudian telah membatalkan kemudahan tersebut dan kini menuntut di dalam tindakan ini.
5
5.12 Defendan-Defendan telah bersetuju untuk menjual hartanah-hartanah yang digadaikan untuk membayar hutang overdarf dan lebihan hasil harga jualan akan digunakan untuk membayar hutang “tradeline”. Namun, penjualan hartanah-hartanah tersebut tidak berjaya.
5
5.13 Menurut Klausa 52.4 surat tawaran dan klausa 7A Surat Gerenti, Plaintif berhak untuk melaksanakan haknya bagi mengambil tindakan guaman sivil dan tindakan halang tebus secara serentak sekiranya peminjam Plaintif gagal menjelaskan bayaran ansuran kemudahan pinjaman yang telah diberikan.
5
5.14 Plaintif juga mempunyai hak untuk mengenakan faedah ingkar berterusan ke atas jumlah RM541,437.50 pada kadar 2.50% setahun atas Kadar Pinjaman Asas (Kadar Pinjaman Asas setakat 31/5/2024 ialah 6.65% setahun) atas dasar baki harian dengan rehatan/kompaun bulanan bersama faedah 1% setahun ke atas keseluruhan jumlah yang tertunggak atas dasar baki harian dengan rehatan/kompaun bulanan bermula dari 1/6/2024 sehingga ke penyelesaian sepenuhnya;
5
5.15 Tuntutan Plaintif bagi jumlah RM541,437.50 setakat 31.5.2024 beserta faedah selanjutnya adalah sah dan dalam pengetahuan penuh Defendan-Defendan dan telah dijelaskan melalui sijil keberhutangan berserta penyata akaun setakat 31.5.2024 [ekshibit A-6].
5
5.16 Melalui surat-surat Defendan-Defendan kepada Plaintif, tiada bantahan atau pertikaian oleh Defendan-Defendan berkenaan jumlah hutang tersebut namun Defendan-Defendan telah mengemukakan cadangan untuk penyelesaian bagi jumlah tertunggak itu.
5
5.17 Defendan-Defendan hanya membuat penafian tanpa mengemukakan sebarang dokumen untuk membuktikan terdapat kesilapan pada jumlah tunggakan terhutang yang dituntut Plaintif.
5
5.18 Plaintif menghujahkan bahawa Defendan-Defendan tidak mempunyai pembelaan bermerit, tiada isu-isu untuk dibicarakan dan tindakan ini adalah amat jelas dan sesuai dilupuskan secara penghakiman terus tanpa perlu perbicaraan dijalankan. E.
6
Mahkamah ini merujuk kepada Aturan 14 Kaedah 1 KKM 2012 yang memperuntukkan seperti berikut: “1. Application by plaintiff for summary judgment (O. 14 r. 1)
1
Where in an action to which this rule applies a statement of claim has been served on a defendant and that defendant has entered an appearance in the action, the plaintiff may, on the ground that the defendant has no defence to a claim included in the writ, or to a particular part of such a claim, or has no defence to such a claim or part thereof except as to the amount of any damages claimed, apply to the Court for judgment against that defendant.”
6
6.1 Berdasarkan peruntukkan undang-undang, penghakiman terus hanya boleh diberikan di dalam keadaan yang jelas (plain and obvious) serta S/N 9JPx33ml0WZ3sl6CcKecg bila mana defendan-defendan gagal untuk mengemukakan isu-isu untuk dibicarakan.
6
6.2 Prinsip undang-undang ini telah dijelaskan di dalam kes CEMPAKA FINANCE BHD V. HO LAI YING & ANOR [2006] 3 CLJ 544; [2006] 2 MLJ 685, dan NATIONAL COMPANY FOR FOREIGN TRADE V. KAYU RAYA SDN BHD [1984] 1 CLJ (REP) 283; [1984] 1 MLRA 190; [1984] 2 MLJ 300, Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Persekutuan telah memutuskan: “1) In an application under O. 14, the burden is on the plaintiff to establish the following conditions: - that the defendant must have entered appearance; - the statement of claim must have been served on the defendant; and - the affidavit in support of the application must comply with the requirements of r. 2 of the O. 14 in that it must verify the facts on which the claim is based and must state the deponent’s belief that there is no defence to the claim. Once those conditions are fulfilled, the burden then shifts to the defendant to raise triable issues. The law on this is trite (see para. 5); Supreme Leasing Sdn Bhd v. Dior Enterprises & Ors [1990] 2 MLJ 36 followed.”
6
6.3 Kaedah pemakaian A. 14 KKM 2012 juga dapat dilihat melalui kes MALAYAN INSURANCE (M) SDN BHD V. ASIA HOTEL SDN BHD [1987] 1 CLJ 246; [1987] CLJ (REP) 182; [1987] 2 MLJ 183, Mahkamah Agung telah memutuskan: “The underlying philosophy in the O. 14 provision is to prevent a plaintiff clearly entitled to the money from being delayed his judgment where there is no fairly arguable defence to the claim. The provision should only be applied to cases where there is no reasonable doubt that the plaintiff is entitled to judgment. Order 14 is not intended to shut out a defendant. The jurisdiction should only be exercised in very clear cases.”
6
6.4 Sehubungan itu, berdasarkan prinsip undang-undang dan keputusan mahkamah persekutuan di atas mahkamah ini setelah meneliti keseluruhan kertas kausa mendapati bahawa Plaintif telah memenuhi keperluan awalan berikut:
6
6.4.1 Penyataan tuntutan telah diserahkan kepada Defendan;
6
6.4.2 Defendan telah memasuki memorandum kehadiran; dan 6.4.3 permohonan Plaintif disokong dengan suatu afidavit yang menentusahkan fakta yang menjadi asas tuntutan yang permohonan berkaitan itu diasaskan. Deponen afidavit sokongan tersebut juga telah menyatakan bahawa mengikut kepercayaannya Defendan-Defendan tidak ada pembelaan terhadap tuntutan dalam penyataan tuntutan.
6
6.5 Memandangkan keperluan awalan tersebut di atas telah dipenuhi, beban kini beralih kepada Defendan-Defendan untuk membuktikan di bawah Aturan 14 kaedah-kaedah 3 dan KKM 2012 bahawa terdapat isu atau persoalan yang dipertikaikan yang patut dibicarakan atau terdapat sesuatu sebab yang lain patut untuk diadakan perbicaraan mengenai tuntutan terhadapnya (rujuk juga UNITED MERCHANT FINANCE BHD V. MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR [1999] 2 CLJ 151; [1999]
6
6.6 Seterusnya bagi menggunapakai peruntukan undang-undang tersebut, sekiranya Defendan-Defendan dapat menimbulkan sebarang isu yang boleh dibicarakan hatta satu isu sekalipun, maka ianya sudah memadai untuk penghakiman terus ditolak dan kes dibicarakan. Di dalam kes ABDULLAH ROHANI V. PUNCA KLASIK SDN BHD [2004] 1 CLJ 773; [2004] MLJU 754, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa suatu kes wajar dibicarakan sekiranya defendan berjaya memuaskan mahkamah bahawa terdapat “isu yang dipertikaikan” atau satu “isu yang bona fide untuk dibicarakan”.
6
6.7 Berdasarkan ringkasan fakta kes ini, Defendan-Defendan telah membangkitkan dan mempertikaikan isu berkenaan jumlah keberhutangan yang menjadi tuntutan Plaintif adalah dinafikan dan dikatakan tidak tepat serta bertentangan dengan penyata akaun yang dikemukakan Plaintif. Walaubagaimanapun, mahkamah ini mendapati Defendan-Defendan tidak langsung mengemukakan sebarang bukti S/N 9JPx33ml0WZ3sl6CcKecg dokumentasi untuk menunjukkan dan atau menjelaskan pertikaian jumlah tuntutan tersebut.
6
6.8 Plaintif telah mengemukakan perakuan keberhutangan dan penyata akaun sebagaimana di ekshibit A-6. Mahkamah ini merujuk kepada kes CEMPAKA FINANCE BHD V. HO LAI YING (TRADING AS KH TRADING) & ANOR [2006] 3 CLJ 544; [2006] 2 MLJ 685 di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa perakuan keberhutangan adalah keterangan muktamad dan mencukupi untuk Plaintif membuktikan keberhutangan Defendan-Defendan dan jika dicabar maka beban terletak kepada Defendan-Defendan untuk membuktikan sebaliknya seperti berikut: "A certificate of indebtedness operates in the field of adjectival law, excusing the plaintiff from adducing the proof of debt and shifting the burden onto the defendant to disprove the amount claimed. In the instant case, the relevant cls. 27 and 7.03 of the loan agreement and guarantee agreement respectively were sufficiently clear. A clause of this nature has been described as a conclusive evidence clause and has been held to be binding and valid by courts in Australia and England. The certificate of indebtedness, issued in accordance with the aforesaid cls. 27 and 7.03, was lucid enough. There was nothing to indicate or suggest any manifest error on the face of the said certificate nor was any fraud shown."
6
6.9 Selanjutnya mahkamah ini merujuk kepada kes nas undang-undang yang menyatakan bahawa pihak-pihak adalah terikat dengan perjanjian yang telah dimasuki dan ditandatangani serta jika terma adalah jelas, maka tidak perlu ada bukti lain. Plaintif dan Defendan Pertama di sini telah memasuki perjanjian kemudahan pinjaman dan Defendan Kedua serta Ketiga pula selaku penjamin yang mana terma-termanya adalah dengan jelas mengikat setiap pihak. Di dalam kes DEUTSCHE BANK (MALAYSIA) BHD v. MBD HOLDINGS BERHAD & ANOR [2015] 8 CLJ 1068; [2015] 6 MLRA 583, diputuskan seperti berikut: "But where a claim is based on a proved or admitted express agreement, the courts do not require, in addition, proof that parties to an ordinary commercial relationship actually intended to be bound"
6
6.10 Di dalam kes BANK MUAMALAT MALAYSIA BHD & ORS v. REDHARESOURCES SDN BHD & ORS [2016] CLJU 1156, diputuskan seperti berikut: "[21] Parties in this case were aware of these clear terms upon entering into all the agreements between them and have agreed on these terms voluntarily. They have acted on the agreements and the Respondents had in fact benefitted from the transactions involved and should not be allowed to raise issues on the terms voluntarily agreed upon.”
6
6.11 Berkaitan isu penjamin utama yang mana Defendan Kedua dan Ketiga di dalam kes ini dianggap penjamin utama, rujukan kepada kes ANDREW LEE SIEW LING v. UNITED OVERSEAS BANK (M) BHD [2012] 3 CLJ 708 yang memutuskan seperti berikut: "It is our considered view that in the present case the appellant, being a person who has given a guarantee and more importantly an indemnity, is primarily liable for losses which the principal borrower could not have been made liable. His liability is not dependent or secondary to the liability of the principal borrower. He is a principal debtor himself. The liability under a contract of indemnity does not depend on whether the principal debt is enforceable. It has no reference in law to the obligation of any third person. In essence, the liability of the person who has given an indemnity can be more extensive than that of the liability of the principal borrower.”
6
6.12 Mahkamah ini mendapati terma-terma perjanjian jaminan adalah jelas, maka Defendan Kedua dan Ketiga tidak boleh lari dari tanggungjawab masing-masing sebagai penjamin dan/ atau merupakan atau dianggap sebagai peminjam utama. Apabila perlanggaran atau pengabaian Defendan Pertama dalam memenuhi obligasinya terhadap Plaintif untuk membuat bayaran ansuran sebagaimana perjanjian, Defendan Kedua dan Ketiga adalah bertanggungan untuk tanggung rugi terhadap tuntutan tunggakan keberhutangan Defendan Pertama kepada Plaintif.
6
6.13 Tiada pada bila-bila masa Defendan-Defendan menafikan keberhutangan terhadap Plaintif. Defendan-Defendan telah menerima penyata penebusan bertarikh 11.6.2024 yang menunjukkan jumlah keberhutangan RM541,437.50 dari Plaintif. Tiada juga pada bila-bila masa Defendan-Defendan mempertikaikan jumlah keberhutangan tersebut kepada Plaintif. Selanjutya melalui surat-surat Defendan-Defendan kepada Plaintif tiada bantahan atau pertikaian oleh Defendan-Defendan berkenaan jumlah hutang tersebut, maka Defendan-Defendan kini adalah diestop untuk mempertikaikan jumlah tunggakan keberhutangan sebagaimana yang dituntut Plaintif. Merujuk kepada kes HSBC BANK MALAYSIA BHD (FORMERLY KNOWN AS HONG KONG BANK MALAYSIA BHD) V. LH TIMBER PRODUCTS SDN BHD (FORMERLY KNOWN AS HO LIM SAWMILL SDN BHD) & ORS [2005] 8 CLJ 249; [2005] 6 MLJ 625, mahkamah tinggi memutuskan bahawa: “A fact which is formally admitted ceases to be in issue. Any party who makes a formal admission and such admission is generally conclusive for purposes of the proceedings would certainly save his opponent the trouble, time and expense of proving the fact in issue. This was what had happened here. The defendants had admitted to the amount owing to the plaintiff. I must categorically say that the three letters of admissions as to the amount owing to the plaintiff by the defendants constituted open letters or letters not based on "without prejudice" basis. The three letters did not carry the "without prejudice" labels and according to the case S/N 9JPx33ml0WZ3sl6CcKecg of Ted Bates (M) Sdn. Bhd. v. Balbir Singh Jholl [1976] CLJU 157; [1976] 1 LNS 157; [1979] 2 MLJ 257, FC, that the letter which was not headed "without prejudice" was not made on the basis of without prejudice. This meant that the defendants here had admitted to their liability and thus it would be a fit and proper case for summary judgment. The Federal Court in Ted Bates was also of the view that the contents of the defendant's letter in appealing for an extension of time to repay the sum should be considered as not been written or made on the basis of without prejudice. Lee Hun Hoe C.J. (Borneo) who delivered the decision of the Federal Court in Ted Bates aptly said at p. 258 of the judgment: The learned judge considered that that letter should have been regarded as written without prejudice. With respect, we think he is wrong. This has no application to a case where a man says he owes another a certain sum but merely asks for time to repay the sum. The letter was not even headed without prejudice. How could a letter written in such a situation be said to be written under prejudice. The question of prejudice has no application unless a person is in dispute or negotiation with another at the time. This very principle was also adopted by Abdul Aziz Mohamad J (now JCA) in Prodeal Sdn Bhd v. Kelimis Jaya Sdn. Bhd [1999] 3 CLJ 409 and there his Lordship held that communication regarding a claim that was not disputed cannot be regarded as S/N 9JPx33ml0WZ3sl6CcKecg privilege. In Lien Chong Credit & Leasing Sdn Bhd v. Sri Saga Holdings Sdn Bhd & Ors [1996] 4 CLJ 168 CA, the Court of Appeal was of the opinion that the letter of admission by the defendant to the sum owed, like the facts of the present appeal, constituted a plain and obvious case for summary judgment. F.
7
Atas imbangan kebarangkalian mahkamah ini mendapati Defendan-Defendan tidak mempunyai pembelaan bermerit dan tidak terdapat isu-isu untuk dibicarakan. Defendan Pertama telah melanggari perjanjian dan dimasuki dan Defendan Kedua dan Ketiga yang merupakan penjamin bagi Defendan Pertama mempunyai tanggungjawab dan obligasi atas tunggakan keberhutangan Defendan Pertama tersebut. Tiada pada bila-bila masa Defendan-Defendan mempertikaikan jumlah keberhutangan dan tunggakan yang menjadi tuntutan Plaintif tersebut.
8
Selanjutnya mahkamah ini mendapati pembelaan Defendan-Defendan hanyalah berbentuk penafian dan tidak membangkitkan isu-isu untuk dibicarakan. Pembelaan penafian bukanlah pembelaan bermerit untuk diteruskan dengan perbicaraan.
9
Selanjutnya mahkamah ini telah meneliti sijil perakuan keberhutangan yang diperakui oleh Plaintif, adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa perakuan berkenaan merupakan keterangan yang muktamad mengenai keberhutangan Defendan-defendan sebagaimana yang telah diputuskan di Mahkamah Persekutuan dalam kes BANK KERJASAMA RAKYAT S/N 9JPx33ml0WZ3sl6CcKecg MALAYSIA SDN BHD V. HONG VOON CHUNG [2021] CLJU 250; [2021] 1 LNS 250, Lee Heng Cheong HMP memutuskan dan menyebut: "[28] In the present case, there is such a certificate of indebtedness under the hand of an authorised officer of the appellant. The judgment of Bank Bumiputra Malaysia Bhd v. Doric Development Sdn Bhd [1988] 1 CLJ 361 (Rep); [1988] 1 CLJ 311 is an authority for the proposition that such a certificate is indeed binding unless there is manifest error. [29] A certificate of indebtedness operates in the realm of adjectival law. It exempts the plaintiff from adducing proof of debt. Such a certificate shifts the burden onto the defendant to disprove the amount claimed. [30] The fundamental rationale underlying the acceptance of conclusive evidence clauses was approved in the Federal Court cases of Citibank MA v. Ooi Boon Leong & Ors [1980] CLJU 168; [1980] 1 LNS 168 and Cempaka Finance Bhd. v. Ho Lai Ying [2006] 3 CLJ 544. The Federal Court held that a certificate of indebtedness operates in the field of adjectival law, and it excuses the bank from adducing the proof of debt. It is for the borrower to disprove the amount claimed."
10
Di mahkamah ini, keterangan melalui affidavit-afidavit yang telah difailkan disini, Defendan-Defendan gagal menunjukkan terdapat isu-isu untuk dibicarakan. Oleh itu, Mahkamah ini boleh memutuskan berdasarkan dokumen yang dikemukakan melalui afidavit. Selanjutnya, pernyataan S/N 9JPx33ml0WZ3sl6CcKecg pembelaan Defendan-Defendan juga tidak menunjukkan apa-apa pembelaan yang bermerit dan boleh dipertahankan.
11
Berdasarkan isu-isu yang telah dihuraikan di atas, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak Plaintif jelas mempunyai kausa tindakan yang munasabah dan jelas terhadap Defendan-Defendan, sebaliknya Defendan-Defendan tiada pembelaan bermerit dan hanyalah berbentuk penafian semata-mata atas tuntutan Plaintif tersebut.
12
Mahkamah ini merujuk kepada keputusan kes BANK NEGARA MALAYSIA V. MOHD ISMAIL ALI JOHOR & ORS [1992] 1 CLJ 14 yang memutuskan seperti berikut: "…where such assertion, denial or dispute is equivocal, or lacking in precision or is inconsistent with undisputed contemporary documents or other statements by the same deponent or is inherently improbable in itself, then the Judge has a duty to reject such assertion or denial, thereby rendering the issue as not triable".
13
Selain itu, di dalam kes MALAYAN INSURANCE (M) SDN BHD V. ASIA HOTEL SDN BHD [1987] CLJ REP 182; [1987] 1 CLJ 246; [1987] 2 MLJ 183, di mana Mahkamah Agung telah memutuskan seperti berikut: "(4) the underlying philosophy in the Order 14 provision is to prevent a plaintiff clearly entitled to the money from being delayed his judgment where there is no fairly arguable defence to the claim. The provision should only be applied to cases where there is no reasonable doubt that the plaintiff is entitled to judgment. Order 14 is not intended to shut out S/N 9JPx33ml0WZ3sl6CcKecg a defendant. The jurisdiction should only be exercised in very clear cases."
14
KEPUTUSAN DAN ALASAN Mahkamah ini setelah menimbangkan dan membuat penelitian menyeluruh ke atas kertas-kertas kausa, hujahan-hujahan dan ikatan-ikatan otoriti yang telah difailkan di mahkamah ini dan otoriti yang telah dirujuk di atas mendapati Defendan-Defendan tidak membangkitkan isu-isu yang perlu untuk dibicarakan atau disiasat lebih lanjut melalui perbicaraan penuh kerana isu yang dibangkitkan boleh diselesaikan melalui keterangan afidavit seperti yang telah dibincangkan di atas.
15
Atas imbangan kebarangkalian, mahkamah ini mendapati Defendan-defendan telah gagal melunaskan jumlah tertunggak yang perlu dibayar kepada Plaintif sebagaimana perjanjian dan oblihgasi yang telah dimasuki serta ditandatangi oleh pihak-pihak sekaligus Defendan-Defendan telah melanggari terma-terma kemudahan overdraf tersebut. Oleh itu, permohonan Plaintif di kandungan 12 dibenarkan dengan kos RM3000.00. [SITI FATIMAH BINTI TALIB] HAKIM MAHKAMAH SESYEN SIVIL 11 KUALA LUMPUR Tarikh: 29.12.2025 Peguan Plaintif : NORZAWANI BINTI OTHMAN : TETUAN C H YEAP MALUDA CHEH S/N 9JPx33ml0WZ3sl6CcKecg Peguam Defendan : KUNG KHAI HANG
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.