Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA GUAMAN NO. WA-B52NCC-1163-05/2025 ANTARA MALAYAN BANKING BERHAD (NO. SYARIKAT: 196001000142) …PLAINTIF
WA-B52NCC-1163-05/2025
Sessions Court of Malaysia10 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“nt misrepresentation. In a situation like this the duty of the court is confined to the construction of the written documents and extrinsic evidence is not admissible by virtue of ss 91 and 92 of the Evidence Act. [19] Pihak-pihak yang menandatangani perjanjian adalah terikat dengannya. Di dalam kes HA CHEE LENG v. CHI”
“Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 [14] Di dalam kes SOUTHEAST ASIA SPECIAL ASSET MANAGEMENT BERHAD lwn. ROJEMAH AHMAD @ MOHAMAD & YANG LAIN [2015] CLJU 1179, Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa tujuan notis tuntutan adalah untuk memaklumkan keberhutangan yang dikeh”
“e is held to be bound by its terms...." [21] Rujukan di buat kepada kes-kes SERANGOON GARDEN ESTATE LTD v MARIAN CHYE [1959] 1 MLJ 113 dan Capital Stitch Industry Sdn Bhd & Anor v. Jubileei Sdn Bhd [2018] CLJU 1850; [2018] 1 LNS 1850; [2018] MLJU 1703 (HC) di mana telah diputuskan bahawa apabila suatu dokumen yang meng”
“." [21] Rujukan di buat kepada kes-kes SERANGOON GARDEN ESTATE LTD v MARIAN CHYE [1959] 1 MLJ 113 dan Capital Stitch Industry Sdn Bhd & Anor v. Jubileei Sdn Bhd [2018] CLJU 1850; [2018] 1 LNS 1850; [2018] MLJU 1703 (HC) di mana telah diputuskan bahawa apabila suatu dokumen yang mengandungi terma-terma perjanjian ditand”
“e of his assent to the whole contract, including the exempting clauses, unless the signature is shown to be obtained by fraud or misrepresentation". [24] Di dalam kes CHEOW HOCK KEE DAN CHAN YOK LIN [2025] CLJU 1023 Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa seseorang adalah terikat dengan kontraknya walaupun dia tidak faham ba”
“trinsic evidence is not admissible by virtue of ss 91 and 92 of the Evidence Act. [19] Pihak-pihak yang menandatangani perjanjian adalah terikat dengannya. Di dalam kes HA CHEE LENG v. CHIN YUEN SEE [2025] CLJU 1047 , telah diputuskan seperti berikut: [39] It is a well-established principle of contract law that parties”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA GUAMAN NO. WA-B52NCC-1163-05/2025 ANTARA MALAYAN BANKING BERHAD (NO. SYARIKAT: 196001000142) …PLAINTIF
1
DAN CARZO FRUITS (M) SDN BHD
2
DELON LEE KEAN YIP
3
CHEONG WAI KEH (NO. K/P: 750906-14-5103/A3142762) …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Lampiran 7 penghakiman terus) PENGENALAN [1] Saya telah membenarkan permohonan Plaintif melalui Lampiran 7 untuk suatu penghakiman terus setelah mendapati bahawa tiada isu untuk dibicarakan. [2] Tuntutan plaintif adalah untuk suatu jumlah terhutang yang mana pihak defendan pertama gagal membuat ansuran bulanan seperti termaktub di dalam perjanjian. Secara ringkasnya plaintif telah memberi dan Defendan Pertama telah menerima antara lain dua kemudahan-kemudahan Pinjaman Berpenggal S/N nwpLZNLdvkiViHCmhkLGqg melalui No. Akaun: 414879700821 dan 414879701395 untuk jumlah sebanyak RM1,000,000.00 dan 500,000.00 setiap akaun. [3] Kemudahan ini dijamin oleh Defendan kedua dan Defendan ketiga sehingga had RM1,500,000.00 KAUSA TINDAKAN [4] Defendan Pertama telah gagal dalam membayar ansuran-ansuran bulanan selama tiga bulan berturut-turut, maka Plaintif telah mengenakan faedah pada Kadar Kemungkiran ke atas Kemudahan-kemudahan tersebut. [5] Susulan dari itu, melalui sepucuk surat bertarikh 23.1.2025 daripada peguam caranya, Plaintif telah menuntut daripada Defendan Pertama pembayaran jumlah RM112,946.36 yang merupakan ansuran-ansuran bulanan yang tertunggak di bawah Kemudahan-kemudahan tersebut. Walaubagaimanapun, Defendan Pertama telah abai, enggan dan/atau gagal membayarnya. [6] Justeru itu, plaintif memfailkan tindakan ini menuntut terhadap Defendan-defendan Pertama, Ke-2 dan Ke-3 wang sejumlah RM443,102.23 setakat 31.1.2025, faedah dan kos. PEMBELAAN DEFENDAN DAN ALASAN MENENTANG PERMOHONAN PENGHAKIMAN TERUS [7] Di dalam pembelaan secara amnya defendan-defendan menyatakan bahawa jumlah yang dinyatakan di dalam notis tuntutan tidak sama dengan jumlah yang dituntut di dalam tindakan mahkamah. [8] Selain itu, pembelaan defendan adalah bahawa defendan tidak memahami terma perjanjian dan tidak diberikan penjelasan yang mencukupi. Maka, defendan tidak terikat dengan terma. [9] Bagi penjamin pula iaitu defendan kedua dan ketiga, tindakan hanya boleh diambil ke atas mereka selepas tindakan telah diambil ke atas defendan pertama sebagai peminjam utama. S/N nwpLZNLdvkiViHCmhkLGqg ANALISA DAN DAPATAN JUMLAH YANG DINYATAKAN DI DALAM NOTIS TUNTUTAN TIDAK SELARI DENGAN JUMLAH DINYATAKAN DI DALAM SIJIL KEBERHUTANGAN [10] Untuk isu ini yang dikatakan perlu dibicarakan, saya berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh pihak plaintif di dalam afidavit yang telah difailkan bahawa Surat Tuntutan bertarikh 23.1.2025 hanya menuntut tunggakan sebanyak RM112,946.36. [11] Atas kegagalan defendan menyelesaikan jumlah tuntutan yang tertunggak itu plaintif mengeluarkan surat tuntutan dan penamatan bertarikh 20.2.2025 membatalkan kemudahan pinjaman dan sekali gus menuntut kesemua jumlah keseluruhan yang terhutang iaitu RM443,102.23. Jumlah ini dinyatakan di dalam Sijil Keberhutangan. Justeru, tiada ada percanggahan seperti didakwa oleh pihak defendan. Maka isu ini tidak perlu dibicarakan. [12] Sijil Keberhutangan menjadi bukti konklusif jumlah keberhutangan itu kecuali dibuktikan oleh defendan bahawa terdapat kesalahan yang jelas di dalam sijil tersebut. Defendan gagal menunjukkan bahawa Sijil Keberhutangan mengandungi kesalahan jelas. Atas isu Sijil Keberhutangan dan kesalahan jelas di dalamnya saya merujuk kepada kes Cempaka Finance Bhd v Ho Lai Ying & Anor 8 [2006] 3 CLJ 544 [2006] 2 MLJ 685 “[11] The above dictum establishes firmly the conclusive nature and extent of a certificate of indebtedness. A certificate of indebtedness operates in the field of adjectival law. It excuses the plaintiff from adducing proof of debt. Such a certificate shifts the burden onto the defendant to disprove the amount claim.” “[13] The certificate of indebtedness, exh P3, issued in accordance with cll 27 and 7.03 aforesaid, are lucid enough. There is nothing to indicate or suggest any manifest error on the face of the said certificate nor is any fraud shown.” [13] Atas isu jumlah yang berbeza di dalam notis tuntutan dan tuntutan sebenar di mahkamah, saya merujuk kepada kes Chung Khiaw Bank Malaysia Berhad v. Raju Jayaraman Kerpaya [1995] 1 LNS 51; [1995] 3 AMR 2337 di mana dinyatakan seperti berikut: “...Nor is there any general rule that in all cases, unless the precise amount owing is correctly stated in a notice, the notice will be invalidated.” S/N nwpLZNLdvkiViHCmhkLGqg [14] Di dalam kes SOUTHEAST ASIA SPECIAL ASSET MANAGEMENT BERHAD lwn. ROJEMAH AHMAD @ MOHAMAD & YANG LAIN [2015] CLJU 1179, Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa tujuan notis tuntutan adalah untuk memaklumkan keberhutangan yang dikehendaki dibayar dan bermulanya kuasa tindakan plaintif terhadap defendan. Jika jumlah adalah tidak tepat, defendan boleh menuntut klarifikasi daripada plaintif. Ketepatan jumlah dalam notis tuntutan bukanlah sesuatu yang mandatori. [15] Di dalam kes Hong Leong Bank Bhd v. M. Muthiah @ Nagappan & Others 2014 1 CLJ 1 Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa tidak ada keperluan untuk menyatakan jumlah tepat yang terhutang di dalam surat tuntutan dan tujuan notis tuntutan adalah untuk memberi notis kepada defendan bahawa plaintif menuntut hutang.
para
Mahkamah Persekutuan ini mengesahkan keputusan di dalam kes Mahkamah Rayuan di dalam kes Nik Che Kok @ Nik Soo Kok v. Public Bank Bhd [2001] 2 CLJ 157; [2001] 2 MLJ 328. [16] Di dalam kes Shell Marketing Co of Borneo Ltd v. Wee Boon Ping [1990] 1 CLJ 564; [1990] 3 CLJ (Rep) 88, telah diputuskan bahawa Mahkamah tidak dihalang dari merekodkan penghakiman terus walaupun jumlah yang dinyatakan di dalam notis tuntutan adalah lebih dari jumlah yang sebenarnya dituntut di mahkamah. ISU PENGUATKUASAAN PERJANJIAN TERHADAP DEFENDAN DI MANA DEFENDAN-DEFENDAN TERIKAT DENGAN PERJANJIAN PINJAMAN YANG TELAH DITANDATANGANI [16] Pihak defendan mempertikaikan pembentukan kontrak yang mengikat defendan. Defendan menyatakan bahawa adalah penting untuk memastikan bahawa semua elemen berkaitan pembentukan suatu kontrak telah dipenuhi, termasuklah niat pihak-pihak untuk mewujudkan hubungan perundangan, serta persetujuan bebas pihak-pihak dalam memasuki dan/atau menandatangani semua kontrak, dokumen dan/atau surat yang berkaitan dengan Kemudahan-kemudahan tersebut. S/N nwpLZNLdvkiViHCmhkLGqg [17] Pihak defendan juga mendakwa bahawa klausa-klausa dan/atau terma-terma dalam perjanjian mengenai Kemudahan-kemudahan yang kononnya tersebut adalah rumit dan/atau sukar bagi orang awam yang tidak mempunyai pengetahuan undang-undang yang relevan untuk memahami sepenuhnya kandungan-kandungan, terma-terma dan/atau klausa-klausa. Maka, suatu perbicaraan penuh dengan pemanggilan saksi untuk memberi keterangan adalah perlu. [18] Kes Koh Siak Poo v Perkayaan OKS Sdn Bhd & Ors [1989] 3 MLJ 164 di 165 menyatakan jika perjanjian bertulis adalah jelas, Mahkamah tidak boleh bertindak dengan memperkenalkan terma di luar perjanjian tersebut, seperti berikut: - Where the written contracts are clear and unambiguous the court should not go behind the written terms of the contract to introduce or add new terms to it. (See also Tindok Besar Estate Sdn Bhd v Tinjar Co [1979] 2 MLJ 229). The respondents did not challenge the validity of the contract on the ground of fraud or want or failure of consideration. What they sought to do was to attempt to establish that when the demand for payment was made to them the appellant had made some fraudulent misrepresentation. In a situation like this the duty of the court is confined to the construction of the written documents and extrinsic evidence is not admissible by virtue of ss 91 and 92 of the Evidence Act. [19] Pihak-pihak yang menandatangani perjanjian adalah terikat dengannya. Di dalam kes HA CHEE LENG v. CHIN YUEN SEE [2025] CLJU 1047 , telah diputuskan seperti berikut: [39] It is a well-established principle of contract law that parties are bound by the terms of a written contract that they have signed, except in limited circumstances where fraud, undue influence, or misrepresentation may be established. [45] Taking all these factors into consideration, I find that the MUAs are valid and binding contracts between the parties. The Defendant, having signed the MUAs and having participated in the businesses, cannot now disavow the contracts merely because they may not have worked out as favourably as she had hoped. [20] Kes Polygram Records Sdn Bhd v. The Search & Anor [1994] 3 CLJ 806 telah merujuk kepada kes L'Estrange v. F Graucob [1934] 2 KB 394 dan mengguna pakai prinsip yang sama, memutuskan seperti berikut: S/N nwpLZNLdvkiViHCmhkLGqg "... There is no principle of law which states that where a party does not fully understand certain terms of a contract, the contract may be vitiated. The general principle of law, of course, is that a party who signs a written contract is bound by the terms of the contract, except in the limited cases where fraud, undue influence, or misrepresentation may be established. This rule is strict that even if a party to a contract has not read the contents of a contract, he is held to be bound by its terms...." [21] Rujukan di buat kepada kes-kes SERANGOON GARDEN ESTATE LTD v MARIAN CHYE [1959] 1 MLJ 113 dan Capital Stitch Industry Sdn Bhd & Anor v. Jubileei Sdn Bhd [2018] CLJU 1850; [2018] 1 LNS 1850; [2018] MLJU 1703 (HC) di mana telah diputuskan bahawa apabila suatu dokumen yang mengandungi terma-terma perjanjian ditandatangani , tanpa sebarang kehadiran unsur penipuan atau salah nyata, maka pihak yang menandatangani adalah terikat dengan terma tersebut dan fakta bahawa beliau telah atau tidak membaca dokumen yang ditandatangani adalah tidak berkaitan langsung (wholly material). [22] Adalah prinsip undang-undang yang mantap bahawa pihak yang menandatangani perjanjian adalah terikat dengan termanya. Di dalam kes ini pihak defendan tidak menafikan telah menandatangani perjanjian yang menjadi perkara pokok (subject matter) dalam tindakan ini. Maka, saya mendapati pihak Defendan adalah terikat dengan terma yang tanggungjawab yang dinyatakan di dalam perjanjian itu. Saya merujuk kepada kes berikut atas isu ini. [23] Mahkamah Tinggi dalam kes WAN SALIMAH WAN JAFFAR V. MAHMOOD OMAR; ANIM ABDUL AZIZ (INTERVERNER) [1998] 1 CLJ 480 di ms 488 telah memutuskan seperti berikut: "It is trite law that when a party signs a contract knowing it to be a contract which governs the relations between them, like the present case, then, to use the words of Denning J (as he then was) in Curtis v. Chemical Cleaning and Dyeing Co Ltd [1951] 1 All ER 631 "his signature is irrefragable evidence of his assent to the whole contract, including the exempting clauses, unless the signature is shown to be obtained by fraud or misrepresentation". [24] Di dalam kes CHEOW HOCK KEE DAN CHAN YOK LIN [2025] CLJU 1023 Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa seseorang adalah terikat dengan kontraknya walaupun dia tidak faham bahasa yang digunakan dalam kontrak tersebut. Diperturunkan di bawah ini petikan yang berkaitan di perenggan 51 S/N nwpLZNLdvkiViHCmhkLGqg dengan memetik kes Subramaniam v Retnam [1966] 1 MLJ 172 di mana rujukan di buat kepada kes Ismail bin Savoosah & Ors v. Hajee Ismail [1889] 4 Ky muka surat 453, seperti berikut: “It was argued that the defendant being ignorant of the English language he is to be excused on that account from the performance of his contract, but it is to my mind clear that in the common principles which govern the law of contract, the person who contracts by a written document, whether or not he understands the language in which it is written, is bound, in the absence of fraud or misrepresentation, by the terms of that contract, as to which proposition no objection was authoritatively sustained.” TUNTUTAN KE ATAS DEFENDAN KEDUA DAN KETIGA BUKAN PRA MATANG [25] Notis tuntutan telah dihantar dengan sempurnanya ke atas defendan kedua dan defendan ketiga. [26] Di dalam kes of Andrew Lee Siew Ling v United Overseas Bank (Malaysia) Bhd [2013] 1 CLJ 24 memutuskan bahawa tanggungjawab penjamin bukan hanya boleh dikenakan selepas tindakan telah diambil terhadap peminjam utama, malah penjamin juga dikira sebagai peminjam Utama, di mana mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: [23] It is our considered view that in the present case the appellant, being a person who has given a guarantee and more importantly an indemnity, is primarily liable for losses which the principal borrower could not have been made liable. His liability is not dependant or secondary to the liability of the principal borrower. He is a principal debtor himself. The liability under a contract of indemnity does not depend on whether the principal debt is enforceable. It has no reference in law to the obligation of any third person. In essence, the liability of the person who has given an indemnity can be more extensive than that of the liability of the principal borrower. KESIMPULAN [27] Atas alasan-alasan yang dinyatakan di atas, saya mendapati defendan telah membuat permohonan pinjaman, telah diberikan pinjaman yang dipohon dan telah menikmati wang pinjaman tersebut tetapi gagal membayar menunaikan tanggungjawab di dalam membayar ansuran kepada plaintif. S/N nwpLZNLdvkiViHCmhkLGqg [28] Saya mendapati tiada isu untuk dibicarakan di dalam kes ini. Oleh yang demikian, permohonan plaintif untuk suatu Penghakiman Terus dibenarkan dengan kos. Bertarikh pada hari ini 14/10/2025. Zaman bin Mohd Noor Mahkamah Sesyen Sivil 1 Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur S/N nwpLZNLdvkiViHCmhkLGqg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.