Defendan Keempat menyatakan bahawa memandangkan jumlah yang dikatakan pampasan tepat dan betul oleh Plaintif iaitu RM553,803.17, Defendan Keempat menyatakan jumlah tersebut masih lebih tinggi daripada Jumlah Tertahan Dipersetujui. Oleh itu, sebarang bayaran balik jumlah pampasan yang diperintahkan oleh Mahkamah ini untuk dibuat kepada Plaintif hendaklah dibayar oleh Defendan Ketiga. [50] Defendan Keempat menyatakan bahawa sama ada untuk memberikan perlanjutan masa kepada Plaintif untuk menyerahkan Borang N Akta 486 kepada Defendan-Defendan Pertama dan/atau Defendan Kedua adalah tidak berkenaan dengan Defendan Keempat. [51] Apa-apa pengurangan dalam jumlah pampasan yang akan diberikan menurut Akta 486 hendaklah diselesaikan di antara Plaintif dan Defendan Ketiga. Dapatan dan Keputusan Mahkamah [52] Isu sama ada terdapat/wujud keadaan khas atau tidak dalam membolehkan Mahkamah yang diajukan dengan persoalan budi bicaranya memberikan/perlanjutan masa adalah terletak kepada penelitian keseluruhan keterangan afidavit yang dikemukakan oleh pihak-pihak. [53] Kesemua pihak tidak khilaf dalam menerangkan kepada Mahkamah ini mengenai isu yang perlu dipertimbangkan diputuskan oleh Mahkamah ini. Mahkamah mendapati permohonan Plaintif menyatakan alasan mengapa bantahan hendak dibuat kepada award yang diberikan oleh Pentadbir Tanah. Plaintif bukannya menyentuh mengenai merit rayuan dan Plaintif juga bukannya untuk menyamarkan kekurangan keadaan khas (special circumstances) mereka untuk mewajarkan suatu perlanjutan masa. [54] Kelewatan oleh Plaintif dalam mengemukakan permohonan perlanjutan masa ialah 5 bulan 3 hari. Mahkamah ini tidak bersetuju dengan hujahan peguam-peguam terpelajar Defendan-Defendan Pertama dan Kedua serta Defendan Ketiga bahawa kelewatan ini adalah inordinate and inexcusable delay on the part of the plaintiff or his lawyers. Pada pandangan Mahkamah kelewatan 5 bulan dan 3 hari bukanlah satu kelewatan yang tidak munasbah berdasarkan fakta kes ini secara keseluruhanya. Dalam kes Tan Bun Cheong v. Pentadbir Tanah, Pejabat Derah dan Tanah Bukit Mertajam Pulau Pinang (supra) di mana Mahkamah memutuskan bahawa sama ada kelewatan itu munasabah atau tidak, juga perlu dipertimbangkan berdasarkan fakta kes. Fakta kes yang dibentangkan dengan jelas dapat membantu Mahkamah mempertimbangkan sama ada kelewatan tersebut adalah tergolong dalam keadaan khas yang mewajarkan perlanjutan masa. Mahkamah pasti fakta kes dalam Saman Pemula ini adalah identical dan bukan 100% serupa dengan fakta kes yang dipetik/dirujuk oleh pihak-pihak dalam hujahan masing-masing. [55] Entiti syarikat Plaintif iaitu sebuah SPV yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan, pernyataan bahawa cabaran dalam mengendalikan Projek ECRL sudah pasti mengalami “extensive operational burdens”. Tambahan pula, Projek ECRL ialah suatu wang/dana dan kepentingan awam. Pelbagai perbincangan, rundingan dan tadbir urus yang perlu dilunaskan oleh Plaintif. Mahkamah bersetuju dengan peguam cara terpelajar Plaintif bahawa nas undang-undang kes yang dipetik oleh peguam-peguam cara Defendan Pertama & Defendan Kedua dan Defendan Ketiga adalah berbeza dengan kes di hadapan Mahkamah ini dan juga − “One must bear in mind that the Plaintiff, being an MOF Inc. company, is also subject to eventual scrutiny by not just members of the public, but also Parliament and the Auditor General of Malaysia.”. [56] Kelewatan oleh Plaintif bukan disebabkan oleh sifat/sikap sambil lewa atau tidak acuh mahupun apa-apa salah faham atau andaian tetapi adalah disebabkan oleh “the complexity of its process of acquiring land and the nature of its corporate structure.”. [57] Keterangan afidavit Plaintif untuk menyokong permohonan perlanjutan masa mengemukakan Borang N Akta 486 bukanlah bertujuan untuk Plaintif enggan membayar pampasan yang diawardkan tetapi bertujuan untuk membolehkan Laporan Penilaian oleh Penilai Plaintif, mahupun Defendan-Defendan Pertama dan Kedua serta Defendan Ketiga dapat dibentangkan dan dinilai secara keseluruhan. [58] Semata-mata kehadiran wakil/wakil Plaintif dalam siasatan tanpa memberi peluang untuk Penilai Plaintif hadir memberikan penjelasan mengenai nilai yang wajar, patut dll bagi pampasan tidak boleh diketepikan. Apa-apa bayaran pampasan akan meningkatkan kos dari segi kewangan bagi Projek ECRL dan implikasi kewangan ini melibatkan sumber wang/dana awam. Mahkamah mengambil maklum bahawa pemilik tanah tidak membantah, ini adalah reality kerana pemilik tanah bukan pembayar. Walaupun Tanah itu digadaikan kepada Defendan Keempat, Defendan Ketiga (pemilik tanah) memperoleh pampasan tersebut. [59] Tindakan Plaintif yang akur dan membayar 75% pampasan yang diawardkan sebagaimana keputusan Pentadbir Tanah menunjukkan bahawa pematuhan undang-undang oleh Plaintif berkenaan dengan pengambilan Tanah tersebut. Maka, Mahkamah ini tidak boleh mengetepikan hak Plaintif untuk meneruskan permohonan bagi perlanjutan masa di bawah undang-undang. [60] Peguam cara terpelajar Plaintif mengemukakan nas undang-undang keputusan terkini oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Spicon Products Sdn Bhd v. Tenaga Nasional Bhd & Anor [2022] 2 MLJ 721 yang memutuskan bahawa − “… a paymaster is entitled to participate in land reference proceedings as it has a direct legal interest in the amount of compensation payable by them for the land acquired: “[109] As for the Court of Appeal decision in Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd v Kenny Heights Development Sdn Bhd & Anor, we find that decision relevant as the ratio decidendi concerned the application or otherwise of the Rules of the High Court 1980, whether a person interested may invoke these Rules to intervene in the reference proceedings. We agree with the majority in that SPRINT, the concessionaire who had to pay compensation to the landowner Kenny Heights for the acquisition of its land for the construction of a highway which we now know as the SPRINT Highway, was entitled to intervene in the reference proceedings initiated by Kenny Heights, invoking O 15 r 6 of the Rules of the High Court 1980. Kenny Heights objected to the application but the Land Administrator did not. The application was refused and on appeal, allowed by majority with KN Segara JCA, dissenting. [110] Citing the Federal Court decision in Arab Malaysian Merchant Bank Bhd as well as a line of decisions recognising legal interest is established where compensation for acquisition of land is to be paid by the party for whom the land was acquired, Abdul Malik Ishak JCA writing for the majority in the Court of Appeal reasoned that SPRINT was entitled to intervene as it: … has a direct legal interest in the amount of compensation payable in respect of the lands acquired pursuant to the Act for the purpose of the Highway which is a public utility and consequently in the land reference brought under s 37 in respect of the lands. It has the standing to make an application to the Court and to object to the amount of the compensation under s 37(1)(b). [111] For the same reasons that we have already discussed, the interests of such a person interested (that is, the paymaster), if not already notified by the court under s 43 to attend, surely will be affected one way or another in the reference proceedings in which case, such a person is indeed entitled to attend and participate through the mechanics of the Rules of Court 2012. If a paymaster is entitled to so attend, more so a landowner who has legal and pecuniary interests under art 13 of The Federal Constitution. In our view, since the interests of all persons interested must be considered by the court when determining the objection or adequacy of compensation, s 45(2) must be seen as an enabling provision to ensure that the attendance and participation of all persons interested may be facilitated, and in the present appeal, through O 15 r 6 of the Rules of Court 2012…”. [61] Mahkamah ini mendapati sebagai person interested, peruntukan subseksyen 38(6) Akta 486 membolehkan Plaintif (person interested) memohon ke Mahkamah bagi suatu perlanjutan masa yang ditetapkan oleh Akta 486. [62] Berdasarkan hal keadaan yang dijelaskan oleh Plaintif, Mahkamah ini yakin bahawa dengan membenarkan permohonan Plaintif bagi perlanjutan masa adalah perlu demi memastikan bahawa jumlah pampasan yang sepatutnya dibayar oleh Plaintif via MOF Inc. kepada Defendan Ketiga. Mahkamah pasti apabila kesemua Penilai Plaintif, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta/JPPH (penilai bagi Defendan-Defendan Pertama dan Kedua) dan penilai oleh Defendan Ketiga membentangkan laporan penilaian masing-masing, suatu siasatan yang telus dan adil dapat dicapai. Pengiraan jumlah pampasan sudah pasti tidak semestinya mencapai suatu amaun yang dipersetujui tetapi sekurang-kurangnya setiap penilai yang dilantik itu diberikan peluang untuk menjelaskan pengiraan masing-masing dalam siasatan. [63] Terdapat alasan-alasan yang jelas dan meyakinkan dan/atau keadaan khas, untuk Plaintif mendapatkan perlanjutan masa untuk memfailkan Borang N Akta 486. Oleh yang demikian, Saman Pemula (Kand. 1) dibenarkan seperti dipohon dan kos dalam kausa. Dalam kes Penang Development Corporation v. Collector of Land Revenue Penang & Anor [1976] MLJ 89 Arulanandom J telah menyatakan bahawa: “… there is a discretion given to the court although in a qualified manner and as long as circumstances exist which in the opinion of the court are special, the court can exercise its discretion.”. Keadaan khas ini pula adalah bergantung kepada fakta setiap kes yang diputuskan oleh Mahkamah sepertimana panduan dalam kes Lai Tai v. The Collector of Land Revenue [1960] 1 MLJ 82 yang merumuskan bahawa − “... It is impossible to lay down any definition of special circumstances. All that can be done is to look at the circumstances of each case and see whether the applicant was in any way to blame for her failure to apply to the collector within proper time and if not whether the circumstances which prevented her from so doing were special...”. Kesimpulan [64] Oleh yang demikian, berdasarkan kepada alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Saman Pemula (Kand. 1) dibenarkan seperti dipohon dan kos dalam kausa. Bertarikh: 30 Disember 2024. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam Sivil NCvC12 Peguam cara: Bagi Plaintif: Emmanuel Pereira Austen Tetuan Rosli Dahlan Saravana Partnership, Kuala Lumpur Bagi Defendan-Defendan Pertama dan Kedua: Etty Eliany binti Tesno Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, Shah Alam Bagi Defendan Ketiga: Ahmad Hasif Salman Tetuan Alvin John & Partners, Petaling Jaya Bagi Defendan Keempat: Nimalan Devaraja Tetuan Skrine, Kuala Lumpur