[46] Saman Pemula dan afidavit sokongan Ganesan a/l M Kuppusamy Pillay (Afidavit Ganesan) telah diserahkan kepada Defendan Pertama. Di dalam afidavit Ganesan tersebut, terdapat penegasan-penegasan Plaintif berkenaan penjualan m/kar tersebut oleh Defendan Pertama dan penegasan Plaintif terhadap Defendan 28 Pertama yang telah menjual m/kar tersebut tanpa pengetahuan Plaintif dan Defendan Pertama telah melanggar/ mengingkari kontrak suci hati uberrimae fidei. Defendan Pertama dengan tidak memfailkan afidavit untuk menentang saman pemula telah tidak menafikan atau mempertikaikan langsung akan penegasan-penegasan yang dibuat Plaintif terhadapnya tersebut. [47] Adalah menjadi prinsip undang-undang yang jelas dan mantap bahawa berhubung penilaian keterangan afidavit apabila terdapat pengataan-pengataan positif terhadap fakta-fakta yang dideposkan di dalam afidavit, kegagalan pihak lawan untuk menyangkal atau mencabar pengataan-pengataan atau fakta tersebut akan dianggap sebagai pengakuan akan pengataan-pengataan kepada fakta tersebut. (Sila lihat: i. Ng Hee Thoong & Anor v Public Bank Bhd [1995] 1 MLJ 281 ii. Sunrise Sdn. Bhd. v First Profile (M) Sdn Bhd & Anor [1996] 3 MLJ.) [48] Tambahan kepada itu, Mahkamah ini berpandangan bahawa fakta yang jelas adalah Defendan Kedua bukanlah pihak di dalam transaksi penjualan dan pembelian / pertukaran tangan m/kar 29 tersebut, maka beliau adalah merupakan pihak asing berkenaan perkara penjualan m/kar tersebut. Pastinya Defendan Kedua bukanlah di dalam posisi/kedudukan yang mempunyai pengetahuan mengenainya. Oleh itu, mana mungkin Defendan Kedua mempunyai keupayaan untuk mempertikaikan kewujudan transaksi-transaksi tersebut. [49] Begitu juga dengan Surat Akuan Berkanun Sufiah Savathri. Defendan Kedua bukanlah pihak yang berkeupayaan untuk mempertikaikan pengakuan-pengakuan yang dibuat oleh Sufiah Savathri kerana Defendan Kedua bukanlah pihak-pihak yang terlibat di dalam transaksi-transaksi tersebut. [50] Bagi Mahkamah ini, pengakuan sumpah Defendan Pertama yang beliau telah menjual m/kar tersebut telah disokong oleh Sufiah Savathri yang juga telah bersumpah bahawa beliau telah membeli m/kar tersebut daripada En. Din pada tahun 2014. Sufiah Savathri mengesahkan bahawa beliau telah hanya membuat pertukaran hakmilik kepadanya pada 15.1.2015. Sufiah Savathri di dalam kes ini telah mengaku bahawa beliau telah memberi kebenaran kepada 30 Fovez Ahmad yang merupakan pekerjanya untuk memandu m/kar tersebut dan pemanduan Fovez telah mengakibatkan kemalangan dengan m/sikal BLB 6002 yang ditunggang oleh Defendan Kedua. [51] Mahkamah ini juga berpandangan bahawa pengakuan Sufiah Savathri yang mengaku telah membeli kenderaan tersebut daripada En Din dan telah mengaku bahawa Fovez yang terlibat di dalam kemalangan tersebut adalah pekerjanya yang telah diberi kebenaran oleh beliau untuk memandu m/kar itu adalah pengakuan yang berani dan langsung tidak berselindung bahawa Fovez adalah pekerja yang telah beliau beri kebenaran untuk memandu m/kar tersebut pada tarikh kemalangan. [52] Di dalam kes ini walaupun kemalangan telah berlaku dan pertanggungjawaban pihak-pihak kepada kemalangan yang berlaku masih belum diputuskan, apatah lagi Foves telahpun dijadikan sebagai Defendan Pertama di dalam kes di Mahkamah Sesyen Sepang. Walaupun dalam keadaan sedemikian, Sufiah Savathri sebagai majikan kepada Fovez, masih meneruskan tindakan untuk 31 menukar hakmilik m/kar tersebut kepada namanya bagi menterjemahkan pembelian m/kar tersebut ke dalam rekod JPJ. [53] Bagi Mahkamah ini pengakuan Sufiah Savathri ini telah menyokong dengan kukuh pembelian m/kar olehnya daripada Defendan Pertama. Justeru itu, Mahkamah ini membezakan kes ini dengan apa yang berlaku di dalam kes Zainudin bin Mat Isa. [54] Berhubung dengan dakwaan sambung bayar yang dibangkitkan oleh peguam Defendan Kedua dan permohonan peguam Defendan untuk adverse inference di bawah seksyen 114 (g) terhadap Plaintif atas kegagalan Plaintif mengemukakan geran pendaftaran m/kar tersebut, Mahkamah ini berpandangan bahawa keadaan ini bukanlah satu keadaan yang mewajarkan pembangkitan adverse inference di bawah seksyen 114 (g). [55] Pertama, Plaintif bukanlah pihak yang mempunyai milikan terhadap geran pendaftaran asal. Geran pendaftaran asal ini kalaupun benar dakwaan Defendan Kedua bahawa di dalam kes ini wujud kes sambung bayar, ianya dipegang oleh syarikat kewangan. Oleh itu 32 tidak wujud “withholding or suppression of evidence’ di pihak Plaintif. Kedua, dakwaan sambung bayar bukanlah satu naratif kes Plaintif ianya adalah dakwaan Defendan Kedua (Sila lihat: i. Munusamy v PP [1987] 1 MLJ 492. ii. PP v Chia Leong Foo [2000] 6 MLJ 2005). Apa yang dikatakan oleh Plaintif di perenggan 11, Kandungan 8 (Afidavit Ganesan) adalah semata-mata bahawa apabila Defendan Pertama menjual kereta tersebut, Defendan Pertama telah melepaskan kepentingan (“insurable interest”) terhadap m/kar tersebut dan pemilik baru tersebut tidak mempunyai kepentingan (insurable interest”) walaupun menyambung bayar untuk m/kar tersebut. Walau apapun, apa yang jelas di perenggan ini, Plaintif tidak pun membuat pengakuan wujudnya sambung bayar. [56] Lagipun, kes Nanyang Insurance Co. Ltd yang dirujuk oleh peguam Defendan Kedua adalah tidak terpakai di dalam kes ini kerana di dalam kes Nanyang Insurance Co. Ltd Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa pemilik motorkar masih mempunyai ‘insurable interest’ kerana telah menyewakan kenderaan beliau dan pembeli pula mempunyai persetujuan untuk menggunakannya daripada pemilik sehingga segala bayaran ansuran telah selesai. Di 33 dalam kes ini ia tidak melibatkan isu penyewaan kenderaan. Fakta-fakta di dalam kes Nanyang Insurance Co. Ltd tidak wujud di dalam kes di hadapan Mahkamah ini. [57] Mahkamah ini juga merujuk kepada peruntukan seksyen 91(1)(b) APJ 1987 yang memperuntukkan berikut: “(b) menginsuranskan bagi seseorang atau kumpulan orang sebagaimana dinyatakan dalam polisi itu berkenaan dengan apa-apa liabiliti yang ditanggung olehnya atau oleh mereka berkenaan dengan kematian atau kecederaan tubuh badan terhadap mana-mana orang yang disebabkan oleh atau yang timbul daripada penggunaan kenderaan motor itu atau perkakas tanah yang ditarik olehnya di jalan:” [58] Undang-undang mengenai polisi insurans yang diambil bagi sesuatu kenderaan adalah jelas. Bagi maksud sesuatu polisi insurans bagi mana-mana kenderaan, seksyen 91(1)(b) APJ 1987 memperuntukkan bahawa sesuatu polisi insurans mestilah yang dikeluarkan oleh penanggung insurans yang menginsuranskan bagi seseorang atau kumpulan orang yang sebagaimana yang dinyatakan 34 dalam polisi itu “persons or class of persons as may be specified in the policy”. [59] Polisi insurans yang dikeluarkan oleh Plaintif kepada Defendan Pertama adalah dengan jelas menyatakan bahawa polisi insurans berkenaan hanya melindungi “any other persons who is driving on the Policyholder’s order or with their permission” dan “Use only for social, domestic and pleasure purposes and by the Policy holder in person in connection with his business”. [60] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Plaintif di dalam kes ini bahawa polisi insurans yang dikeluarkan oleh Plaintif sebagai penanggung insurans kepada Defendan Pertama pihak yang diinsuranskan atau pemegang polisi insurans adalah satu kontrak persendirian yang nyata tidak boleh dipindahmilik dan / atau diganti nama. Ini jelas berdasarkan otoriti-otoriti yang dirujuk oleh peguam Plaintif. (Sila lihat : i. Peters v General Accident & Life Insurance Corpn. Ltd [1937] 4 AER 628. ii. New India Insurance Co Ltd v. Simirah [1966] 2 MLJ 1. iii. Roslan Bin Abdullah v. New Zealand Insurance Co. Ltd [1981] 2 MLJ 324. iv. Kurnia Insurans 35 (Malaysia) Berhad v. Personal Representative Of Zenol Saad & Ors [2013] 1 LNS 239.) [61] Memetik apa yang diputuskan di dalam kes Peters v General Accident & Life Insurance Corpn. Ltd [1937] 4 AER 628 apabila seorang tuanpunya kereta menjual keretanya, polisi insurans secara otomatik telah luput kuatkuasanya dan tidak lagi boleh dikuatkuasakan. Undang-undang berkenaan polisi insurans di dalam hal penjualan mana-mana kenderaan adalah jelas dan jitu. [62] Adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa dakwaan Defendan Kedua yang mengatakan terdapatnya isu-isu yang dipertikaikan yang memerlukan satu perbicaraan penuh dijalankan bagi pembuktian penjualan motorkar tersebut dan pemanggilan Defendan Kedua untuk disoalbalas oleh peguam Defendan-Defendan adalah sesuatu yang tidak bermerit dan tidak berasas. [63] Di dalam kes ini, telah jelas dibuktikan oleh Plaintiff melalui kedua-dua Surat Akuan Berkanun bahawa m/kar tersebut telahpun dijual oleh Defendan Pertama kepada En. Din di mana kemudiannya En. 36 Din telah menjual m/kar tersebut kepada Sufiah Savathri dan kemalangan berlaku apbila m/kar tesebut oleh pekerja Sufiah Savathri. Plaintif langsung tidak mengetahui transaksi-transaksi ini sehingga kes tuntutan kemalangan difailkan di Mahkamah Sesyen Sepang dan satu penyiasatan dijalankan oleh Plaintif. [64] Di dalam hal ini, makanya, apabila kenderaan yang diinsuranskan oleh Plaintif bagi kepentingan Defendan Pertama itu telah dijual, Plaintif bukanlah lagi ‘insurer concerned’, atas sebab polisi insurans adalah peribadi (personal) kepada pemegang polisi iaitu Defendan Pertama. [65] Justeru, di dalam kes ini, Plaintif sebagai penginsurans Defendan Pertama hanya bertanggungjawab untuk menginsurans Defendan Pertama (pemegang insurans) dan pemandu yang dibenarkan sahaja yang menunggang “on the Policyholder’s order or with their permission” dan digunakan “only for social, domestic and pleasure purposes and by the Policyholder in person in connection with his business”. 37 [66] Berhubung dengan dakwaan bahawa Defendan Kedua akan terhalang daripada mendapat pampasan sekiranya polisi insurans 213-081-B4-C-0006040 diisytiharkan batal dan tidak sah, Mahkamah ini hanya perlu merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Ahmad Nadzrin Abd Halim & Anor v. Allianz General Insurance Company (M) Bhd [2015] 9 CLJ 821. Di perenggan [29] sehingga [38], Mahkamah Rayuan telah menyatakan berikut: “[29] Be that as it may, we noticed that the one pertinent question which so far escapes the attention of the courts dealing with s. 96 of the Act is, what would happen to a third party where a policy has been cancelled or repudiated pursuant to the circumstances provided in s. 96(2) and s. 96(3) of the Act? Would he be left with a paper or empty judgment in the event the driver or registered owner of the vehicle cannot satisfy the judgment sum? [30] In view of the legislative intent behind Part IV of the Act, which is to provide a compulsory insurance scheme for the protection of a third party against risk arising out of the use of a motor vehicle on the road, the Act ensures that there are adequate provisions to cover these eventualities. 38 [31] These provisions are found in s. 91(1)(a) of the Act. As stated earlier, s. 91 provides that a policy is only effective if it is obtained from an authorised insurer. An “authorised insurer” is in turn defined in s. 2 of the Act as “a person lawfully carrying on motor vehicle insurance business in Malaysia who is a member of the Motor Insurers’ Bureau”. [32] The term “Motor Insurers’ Bureau” is in turn defined in s. 2 of the Act as “the Motor Insurers’ Bureau which has executed an agreement with the Minister of Transport to secure compensation to third party victims of road accidents in cases where such victims are denied compensation by the absence of insurance or of effective insurance”. [33] Reading s. 91 together with the definition of “authorised insurer”, it would necessarily mean that every insurance company carrying on a motor insurance business in Malaysia is a member of the Motor Insurers’ Bureau. [34] In this regard, the latest memorandum of agreement signed between the Motor Insurers’ Bureau and the Minister of Transport is the memorandum of agreement dated 1 January 1992 (MOT-MOA). Pursuant to the MOT-MOA, the Motor Insurers’ Bureau (Bureau) had in turn entered into a memorandum of agreement (Insurers-MOA) of even date between the Bureau and all the insurers of motor vehicle insurance which binds each of 39 the insurers to the Bureau and severally to each and every other of the insurers to perform the MOT-MOA. [35] Under the insurers-MOA, every insurance company in Malaysia has agreed in principal to provide insurance coverage in the following situations: