Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KEMAMAN DALAM NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO TB-B52NCVC-1-01/2023 ANTARA MANAF BIN BEDO (NO. K/P:610919-11-5259 …..PLAINTIF DAN LADANG RAKYAT TERENGGANU SDN BHD [NO. PENDAFTARAN:197701003313(34293-M)] …DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN A. PENDAHULUAN [1] Ini adalah tuntuan Plaintif terhadap Defendan bagi suatu kemungkiran kontrak yang didakwa dilakukan oleh pihak Defendan selaku majikan kepada Plaintif. [2] Perbicaraan penuh telah dijalankan dan Mahkamah ini atas imbangan kebarangkalian mendapati Plaintif gagal membuktikan tuntutannya terhadap Defendan dan seterusnya menolak tuntutan Plaintif terhadap Defendan dengan kos RM5,000 kepada Defendan. 08/09/2025 08:57:34 TB-B52NCvC-1-01/2023 Kand. 43 S/N r8z5xrLwUmxUKQjV8Dirg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 B. FAKTA RINGKAS YANG DIPERSETUJUI [3] Plaintif dalam kes ini adalah seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan beralamat Penyampaian di PTK20196K, Taman Permint Perdana (Fasa 4) Kampung Batin, Seberang Takir 21300 Kuala Terengganu, Terengganu. [4] Defendan adalah sebuah syarikat sendirian berhad yang berdaftar dibawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai alamat perniagaan di Kompleks Perladangan Cheneh KM1, Jalan Cherul Bandar Baru Cheneh Baharu 24000 Kemaman Terengganu. [5] Plaintif adalah merupakan mantan pekerja kepada syarikat Defendan yang mana bermula pada 3.6.1966 sehingga 9.8.2021 dan jawatan terakhir Plaintif didalam syarikat Defendan adalah sebagai pengurus ladang. [6] Plaintif telah membuat satu permohonan untuk penzahiran dokumen di Mahkamah Tinggi Malaya diKuala Terengganu melalui Saman Pemula No TA-24NCVC-119-07/2022. [7] Sebagaimana yang dipohon dalam Saman Pemula tersebut, Plaintif telah memohon dokumen-dokumen berikut daripada Defendan-a) Minit Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah lading Rakyat Terengganu Sdn Bhd yang diadakan pada tahun 2010 berkait S/N r8z5xrLwUmxUKQjV8Dirg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 dgn persetujuan pembayaran imbuhan komisyen 1% ke atas keuntungan semasa Pembangunan semula Ladang tersebut kepada Plaintif; b) Laporan keuntungan dan Akaun Penyata Untung Rugi pada tahun 2208 sehingga 2022 yang diperolehi hasil daripada Pembangunan semula Ladang tersebut; c) Penyata hasil tuaian per hektar Ladang tersebut (yields statement) pada tahun 2008 sehingga tahun 2022; dan d) Minit Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd pada 13.3.2022 dan Cabutan minit Mesyuarat 13.3.2022 yang menunjukkan keputusan mesyuarat Defendan berkait rayuan bayaran Plaintif. [8] Selanjutnya pada 7.9.2022, Defendan melalui peguamcara Defendan iaitu Tetuan Nordin Kassim & Aziz telah menyerahkan dokumen-dokumen berikut kepada Plaintif:- a) Minit Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah bertarikh 18.12.2020; b) Laporan Keuntungan dan Penyata Untung Rugi Tahun 2009 sehingga 2012; c) Penyata Hasil Tuaian Ladang Lembah Bidong untuktahun 2008 sehinggan 2012; dan S/N r8z5xrLwUmxUKQjV8Dirg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 d) Minit Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah bertarikh 10.3.2022 [9] Melalui saman Pemula tersebut Plaintif telah memperolehi suatu Perintah daripada Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Terengganu bertarikh 12.10.2022 yang mengarahkan Defendan untuk mengemukakan dan menyerahkan kepada Plaintif dokumen-dokumen sebagaimana dinyatakan dalam Saman Pemula. [10] Lanjutan daripada perintah tersebut, pada 22.11.2022 Defendan melalui peguamcaranya Tetuan Nordin Kassim & Aziz telah menyerahkan dokumen sebagaimana diperintahkan Mahkamah. Dokumen yang telah diserahkan pada 22.11.2022 adalah Penyata Perbelanjaan Pembangunan & Kawasan Matang Ladang Lembah Bidong sehingga Oktober 2022. [11] Kesemua dokumen-dokumen yang telah diperintahkan oleh Mahkamah pada 12.10.2022 tersebut telah sempurna diterima dan diserahkan kepada Plaintif melalui peguamcara Plaintif Tetuan Rafaei & Co dan Plaintif melalui peguamcaranya, Tetuan Rafaie & Co telah menghantar suatu Notis Tuntutan bertarikh 21/6/2022 kepada Defendan bagi menuntut jumlah bayaran insentif/imbuhan iaitu RM300,000. S/N r8z5xrLwUmxUKQjV8Dirg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 C.RINGKASAN KES PLAINTIF [12] Sekitar tahun 2008, Plaintif telah dilantik oleh Defendan sebagai pengurus ladang, iaitu Pegurus bagi Ladang Lembah Bidong dan tujuan perlantikan Plaintif untuk jawatan pengurus tersebut untuk mengurus dan membaik pulih Ladang Lembah Bidong. [13] Sepanjang tempoh Plaintif menjawat jawatan pengurus, Plaintif telah melakukan pelbagai usaha untuk membaik pulih keadaan Ladang tersebut dan mengurus Ladang tersebut yang mana hasilnya Ladang telah menunjukkan tumbesaran yang baik. [14] Hasil daripada usaha membaik pulih dan pengurus Ladang tersebut, Ladang tersebut telah menunjukkan peningkatan yang baik dan cemerlang dan perkara ini juga diketahui oleh Defendan. Plaintif telah dijanjikan dengan insentif/imbuhan sebanyak RM300,000 oleh Pengerusi Defendan pada masa material iaitu Dato’ Wan Ahmad Nizam bin Wan Abdul Hamid. [15] Plaintif juga telah dimaklumkan oleh Dato Wan Ahmad Nizam bahawa bayaran insentif/imbuhan tersebut telah dipersetujui melalui suatu Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Defendan pada masa material. [16] Namun, Plaintif tidak pernah menerima bayaran sebarang bayaran dan tidak pernah dibayar untuk insentif/ imbuhan yang dijanjikan daripada S/N r8z5xrLwUmxUKQjV8Dirg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6 Defendan sepanjang perkhidmatan Plaintif sehingga ke tarikh persaraan Plaintif. [17] Justeru, Plaintif telah membuat pelbagai usaha pada masa material untuk bertanya berkenaan status pembayaran insentif/imbuhan tersebut daripada Defendan namun Plaintif tidak pernah menerima sebarang maklum balas dan Defendan juga gagal/enggan untuk membuat bayaran insentif tersebut kepada Plaintif. [18] Plaintif hanya menerima maklum balas daripada surat Defendan pada 10.04.2022 yang mana surat tersebut hanya memaklumkan status bayaran insentif/imbuhan tersebut telah dibenatangkan dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah pada 10.3.2022 namun tidak dimaklumkan sebarang keputusan tentang tuntutan Plaintif yang dibentangkan dalam mesyuarat tersebut. [19] Oleh itu, Plaintif telah membuat suatu permohonan penzahiran dokumen di Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Terengganu melalui Saman Pemula No TA-24NCVC-119-07/2022 dibawah Aturan 24 Kaedah 7A (1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 bagi mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan daripada Defendan sebelum menentukan kausa tindakan sah terhadap Defendan. [20] Plaintf kemudiannya memperolehi suatu perintah daripada Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Terengganu bertarikh 12.10.2022 yang S/N r8z5xrLwUmxUKQjV8Dirg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7 mengarahkan Defendan yang mengarahkan Defendan untuk mengemukakan dan menyerahkan kepada Plaintif dokumen-dokumen sebagaimana yang telah dipohon. [21] Defendan Melalui peguamcaranya Tetuan Nordin Kassim & Aziz telah menyerahkan dokumen sebagaimana diperintahkan Mahkamah. [22] Plaintif kemudiannnya setelah meneliti dokumen-dokumen yang dizahirkan oleh Defendan mengetahui apa yang berlaku terutamanya keputusan Defendan untuk tidak membuat bayaran insentif/imbuhan berjumlah RM300,000 berdasarkan Mesyuarat Ahli Lembaga pada 10 Mac 2022. [23] Plaintif melalui peguamcaranya, tetuan Rafaie & Co telah menghantar satu Notis Tuntutan bertarikh 21/6/2022 kepada Defendan bagi menuntut jumlah bayaran insentif/imbuhan iaiatu RM300,000 yang telah dijanjikan kepada Plaintif. [24] Namun Defendan masih enggan/gagal membayar bayaran insentif/imbuhan yang telah dijanjikan maka pada 12.1.2023 Plaintif memfailkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan dan menuntut a. Jumlah bayaran insentif/imbuhan sebnayak RM300,000 yang telah dijanjikan; S/N r8z5xrLwUmxUKQjV8Dirg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8 b. Suatu jumlah gantirugi am dan juga gantirugi teruk yang akan ditaksirkan oleh Mahkamah; c. Jumlah faedah sebayak 5% setahun ke atas jumlah RM300,000 tersebut dan juga jumlah gantirugi yang akan ditaksirkan bermula dari tarikh pemfailan saman sehingga ke tarikh penghakiman dan seterusnya sehingga penyelesaian penuh; d. Kos diantara peguam dan anak guam yang akan ditaksirkan; e. kos tindakan ini; dan f. Lain-lain relif yang Mahakamah fikirkan adil dan suai manfaat D. RINGKASAN KES DEFENDAN [25] Plaintif adalah mantan pekerja Defendan dan sekitar tahun 2008, Plaintif dilantik sebagai pengurus Ladang Lembah Bidong untuk membangunkan semula Ladang tersebut. [26] Menurut Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah kali ke 158/4/2009 pada 11 September 2009, Mesyuarat bersetuju memutuskan untuk meminta Pengurusan Ladang Lembah Bidong mencapai ‘break even’ pada tahun 2012. S/N r8z5xrLwUmxUKQjV8Dirg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9