Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO : NA-22NCvC-32-06-2022 ANTARA MANIMARAN A/L VALAKRISHNAN … PLAINTIF
NA-22NCvC-32-06/2022
High Court of Malaysia24 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ahkamah Majistret Port Dickson atas kesalahan: i. Dibawah Section 186 Kanun Keseksaan kerana didakwa menghalang pegawai Kerajaan (pegawai polis) daripada menjalankan tugasnya; ii. Dibawah seksyen 14 Minor Offences Act kerana berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu ditempat awam.”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO : NA-22NCvC-32-06-2022 ANTARA MANIMARAN A/L VALAKRISHNAN … PLAINTIF
1
1.
2
2.
3
3.
4
4.
5
5.
6
6.
7
7.
8
8.
9
9.
10
VICKNESH ANAND A/L BASKARAN NAIR JEYA DAS A/L S. MAGHASON dituntut dalam kapasiti peribadi mereka dan dalam kapasiti mereka sebagai Pegawai pegawai Awam dan Jawatankuasa Am (2020-2022)
11
The Royal Port Dickson Yacht Club (No. PPM-001-05-15111952)
12
MAHENDRANATHAN A/L THURAIAPPAH GRAHAM RICHARD PHILIP BROWN 13/03/2026 15:06:55
15
ALAN D’ CRUZ dituntut sebagai Pegawai-pegawai Awam dan Jawatankuasa Am (2022-semasa) THE ROYAL PORT DICKSON YACHT CLUB - (No.PPM-001-05-15111952) … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN
1
Kes ini melibatkan pertikaian antara Plaintif yang merupakan seorang bekas presiden kelab yang digantung dan dilucutkan keahlian kelabnya oleh Defendan-Defendan yang merupakan Ahli Jawatankuasa Kelab tersebut. Plaintif mempertikaikan kesahan penggantungan dan pemecatan keahliannya oleh Defendan-Defendan dengan mendakwa tindakan tersebut telah dibuat dengan melanggari perlembagaan kelab dan prinsip keadilan hak asasi.
2
Plaintif, Manimaran a/l Valakrishnan adalah bekas ahli The Royal Port Dickson Yatch Club (RPDYC-kelab tersebut). Plaintif telah mula menjadi ahli RPDYC tersebut sejak 28/3/2001. Defendan 1- ke -10 adalah Ahli Jawatankuasa Am RPDYC (AJK Am) bagi tempoh 27/12/2020 sehingga 24/2/2022. Defendan ke-11 hingga ke 15 adalah disaman dalam kapasiti mereka sebagai pegawai-pegawai awam dan jawatankuasa am (24/4/2022 – semasa). Plaintif mendakwa bahawa semua urusan-urusan pentadbiran dan hal ehwal RPDYC adalah terletak hak dan dalam bidangkuasa Defendan-Defendan.
3
Pertubuhan RPDYC adalah tertakluk kepada suatu Perlembagaan yang menggariskan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh ahli-ahli kelab tersebut. Perlembangaan berkenaan adalah satu kontrak yang mengikat semua ahli-ahli
4
Plaintif pernah dipilih sebagai Presiden RPDYC dan ahli Jawatankuasa Am pada tahun 2018 dan memegang jawatan tersebut sehingga Mesyuarat Agung Tahunan 2020.
5
Semasa memegang jawatan sebagai presiden Kelab, terdapat beberapa aduan salah laku oleh Plaintif yang dikemukakan oleh “internal auditor kepada Club’s General Manager/Club Secretary berkenaan salah laku Plaintif. Ini membawa kepada pendengaran di hadapan Jawatankuasa Disiplin Kelab (DC) dan DC tersebut memutuskan:- o Penggantungan keahlian Plaintif kali pertama selama 3 tahun melalui perintah penggantungan bertarikh 21/02/2020; o Penggantungan keahlian Plaintif kali kedua selama 4 tahun melalui perintah penggantungan bertarikh 20/09/2020.
6
Plaintif mendakwa bahawa dalam tempoh 21/2/2020 – 28/11/2021, perintah penggantungan pertama dan kedua ke atas plaintif tidak dikuatkuasakan. Ini adalah kerana, penggantungan-penggantungan tersebut adalah bertentangan dengan prosidur yang termaktub dalam klausa 8.3 perlembagaan kelab.
7
Pada 19/11/2021, berlaku perselisihan faham antara Plaintif dan beberapa anggota polis di premis RPDYC. Plaintif kemudiannya disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, dan dikenakan denda. Berdasarkan insiden tersebut, dan atas nasihat Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS), melalui surat bertarikh 28/11/2021, Defendan-Defendan selaku AJK Kelab telah memutuskan untuk menggantung Plaintif sebagai ahli kelab untuk tempoh 7 tahun bermula dari tarikh penggantungan pertama iaitu 21/2/2020.
8
Kemudian melalui surat bertarikh 24/01/2022, Defendan-Defendan telah memberhentikan keahlian Plaintif diKelab tersebut. Plaintif mendakwa bahawa tindakan-tindakan Defendan adalah: i. Melanggar Perlembagaan Kelab RPDYC ii. Dibuat dengan niat jahat (bad faith), iii. Tidak memberi hak keadilan asasi (natural justice) kerana Plaintif tidak diberi peluang membuat representasi.
9
Plaintif juga mendakwa Defendan enggan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa walaupun diminta olehnya dan ahli-ahli kelab lain untuk membincangkan isu penggantungan tersebut. Akibat tindakan Defendan, Plaintif mendakwa beliau mengalami kerugian reputasi dan aib, serta dinafikan hak sebagai ahli kelab.
10
Defendan mempertahankan bahawa tindakan penggantungan dan pemberhentian Plaintif adalah sah di sisi Perlembagaan RPDYC dan telah dibuat melalui proses disiplin yang wajar.
11
Defendan menyatakan bahawa pentadbiran RPDYC tertakluk kepada Perlembagaan kelab, dan semua ahli termasuk Plaintif mempunyai tanggungjawab untuk mematuhi peruntukan tersebut.
12
Defendan menyatakan bahawa proses penggantungan dan pemberhentian Plaintif sebagai ahli kelab telah dibuat dengan mengikut lunas-lunas perlembagaaan Kelab dimana setiap aduan terhadap Plaintif telah dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin oleh Internal Auditor melalui Pengurus Besar Kelab (General Manager)/Secretary) sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan RPDYC.
13
Proses penggantungan tersebut juga telah dibuat selepas satu pendengaran oleh Jawatankuasa Disiplin ditetapkan. Defendan-Defendan menyatakan bahawa aduan terhadap Plaintif telah dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin mengikut prosidur yang diperuntukkan dalam Perlembagaan RPDYC.
14
Bagaimanapun, pada setiap pendengaran, Plaintif gagal menghadirkan diri untuk membela dirinya, sebaliknya hanya menghantar surat bantahan dengan membangkitkan isu teknikal bahawa Jawatankuasa Disiplin tidak sepatutnya melayan sebarang komplen yang diterima secara terus daripada “internal auditor” tanpa terlebih dahulu merujuk kepada Club Secretary. Club Secretary yang sepatutnya membawa komplen tersebut kepada Jawatankuasa Disiplin.
15
Untuk permintaan Plaintif mengadakan satu Mesyuarat Agung Luar Biasa, Defendan menegaskan bahawa permintaan Plaintif dan 64 ahli lain untuk mengadakan mesyuarat tersebut adalah tidak sah, kerana terdapat keraguan terhadap kesahihan tandatangan dan permintaan tersebut didakwa tidak mematuhi Perlembagaan kelab.
16
Defendan menegaskan Plaintif juga telah disabitkan dengan satu kesalahan jenayah berkaitan insiden pada 19/11/2021 yang berlaku di premis RPDYC dan dijatuhkan hukuman denda. Berdasarkan insiden tersebut, Defendan menyatakan bahawa penggantungan dan pemberhentian keahlian Plaintif adalah sah dan dibuat menurut kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan RPDYC, khususnya berkaitan kesalahan serius oleh ahli.
17
Defendan menafikan bahawa Plaintif dinafikan hak keadilan asasi, dan menyatakan bahawa Plaintif sendiri gagal menghadiri proses pendengaran disiplin serta tidak memberi kerjasama dalam menjawab pertuduhan terhadapnya.
18
Defendan menegaskan bahawa tindakan mereka bukan berniat jahat dan tidak melanggar Perlembagaan kelab, malah dibuat selaras dengan kepentingan dan peraturan RPDYC.
19
Meneliti fakta-fakta dan keterangan yang dikemukakan, Mahkamah berpandangan bahawa isu-isu yang perlu diputuskan adalah sama ada perintah-perintah penggantungan dan pemecatan Plaintif telah dibuat berdasarkan peruntukan dibawah perlembagaan kelab.
20
Terdapat dua (2) perintah penggantungan Plaintif yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Disiplin iaitu perintah penggantungan bertarikh 21.2.2020 dan 20.9.2020. Persoalan yang harus diputuskan adalah sama ada perintah-perintah adalah sah berdasarkan perlembagaan kelab.
21
Secara amnya, perlembagaan persatuan merupakan kontrak yang mengikat antara kelab dan ahli-ahlinya. Mana-mana keputusan yang dibuat berkenaan dengan keahlian setiap ahli kelab tersebut hendaklah diputuskan berdasarkan peruntukan perlembagaan tersebut. Secara prinsipnya, Mahkamah tidak akan campurtangan dalam urusan dalaman Persatuan dan akan mengekalkan prinsip judicial non-interference selagi mana keputusan yang diambil oleh Kelab adalah dibuat dalam bidangkuasa yang diberikan oleh Perlembagaan dan melalui prosidur yang betul. Rujuk kes Dawkins v Antrobus (1881) 17 Ch D 615). Secara prinsipnya, keputusan persatuan mengenai keahlian adalah perkara dalaman persatuan atau kelab tersebut. Mahkamah tidak akan campurtangan melainkan jika terdapat penyalahgunaan kuasa.
22
Dalam tindakan ini, jika didapati dalam mengeluarkan perintah-perintah penggantungan Plaintif, Jawatankuasa Disiplin telah bertindak mengikut peruntukan perlembagaan yang berkaitan, maka perintah tersebut adalah dianggap sah dan lazimnya tidak akan diganggu..
23
Perkara yang dipertikaikan disini adalah bahawa keputusan Jawatankuasa Disiplin telah dibuat tanpa mematuhi Klausa 8(3) yang menetapkan bahawa Jawatankuasa Disiplin hanya boleh mendengar mana-mana komplen berkenaan mana-mana ahli yang telah dikemukakan kepada pihaknya melalui Setiausaha Kelab. Untuk kemudahan, diturunkan peruntukan berkenaan untuk rujukan:- Klausa 8.3 (i) yang antara lain menyatakan: “…All complaints concerning the conduct of Members shall be in writing and shall be directed in the first instance to the Club Secretary who shall forward such complaints to the Disciplinary Committee.” Sedangkan dalam kes ini, adalah menjadi kes Plaintif bahawa komplen salahlaku Plaintif telah dikemukakan secara terus kepada Jawatankuasa Disiplin oleh Internal Auditors tanpa melalui Setiausaha, sekaligus melanggar peruntukan dibawah Klausa 8(3).
24
Plaintif menyatakan bahawa pihaknya telah berjaya mengemukakan keterangan-keterangan untuk menyokong pernyataannya bahawa perintah-perintah penggantungan tersebut adalah tidak sah. Ini berdasarkan perkara-perkara berikut: i. Seperti yang dinyatakan di atas, komplen mengenai salahlaku Plaintif telah dikemukakan secara terus kepada Lembaga Disiplin melalui Internal Auditors tanpa melalui Setiausaha, sekaligus didakwa melanggar peruntukan dibawah Klausa 8(3). ii. Kedua-dua perintah-perintah penggantungan tersebut tidak pernah dikuatkuasakan semasa Plaintif memegang jawatan sebagai Presiden Kelab dari tahun 2018 sehinggalah tempoh pelantikan Plaintif sebagai Presiden tamat pada 27.12.2020 iii. Keputusan penggantungan tersebut juga telah diputuskan sebagai tidak sah dan terbatal oleh Jawatankuasa Am seperti yang tercatat dalam minit-minit Mesyurat Jawatankuasa Am bertarikh 21.2.2020 apabila Jawatankuasa Am memutuskan bahawa
para
Jawatankuasa Disiplin sebagai tidak sah kerana melanggar protokol perlembagaan. Keputusan Jawatankausa Am tersebut juga telah disahkan melalui satu mesyusarat EGM bertarikh 27.2.2020 dimana Jawatankuasa Am memutuskan bahawa perintah-perintah tersebut sebagai tidak sah kerana melanggari Klausa 8(3) Perlembagaan. Perkara tersebut sekali lagi disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Am pada 24.7.2020. iv. Selepas perintah-perintah penggantungan tersebut dikeluarkan, Plaintif masih mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Am pada 24,7.2020, 21.8.2020,
30
30.8.2020, 25.9.2020, 16.10.2020 dan 27.11.2020. Ini secara langsung menunjukkan bahawa perintah-perintah penggantungan tersebut tidak pernah dilaksanakan dalam tempoh Plaintif menjadi Presiden.
25
Bersandarkan perkara-perkara di atas, Plaintif menyatakan bahawa perintah-perintah penggantungan yang dikeluarkan oleh Lembaga Disiplin terhadapnya adalah tidak sah.
26
Bagaimanapun, Mahkamah ini memutuskan sebaliknya. Bersandarkan kepada fakta-fakta dan keterangan yang dikemukakan, Mahkamah ini memutuskan bahawa perintah-perintah penggantungan bertarikh 21.2.2020 dan 20.9.2020 serta keputusan yang dibuat melalui surat bertarikh 28.11.2021 untuk menguatkuasakan perintah-perintah tersebut untuk tempoh 7 tahun bermula dari perintah penggantungan pertama adalah sah berdasarkan alasan-alasan berikut:
27
Perintah-perintah penggantungan bertarikh 21.2.2020 dan 20.9.2020 telah dibuat selepas satu pendengaran yang dibuat dihadapan Jawatankuasa Disiplin Kelab yang telah dilantik secara sah oleh Jawatankuasa Am dan perkara ini tidak dipertikaikan oleh Plaintif. Prosidur mengenai Pendengaran 28. Berdasarkan keterangan, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif juga telah diberikan notis tentang tarikh perbicaraan bagi kedua-dua pendengaran ini. Tetapi Plaintif memilih untuk tidak menghadiri kedua-dua pendengaran tersebut. Sebaliknya, Plaintif telah memilih untuk membantah terhadap pendengaran-pendengaran tersebut dengan menghantar surat bantahan.
29
Mahkamah berpandangan bahawa memandangkan Plaintif telah dipanggil secara sah melalui notis, tetapi gagal hadir pada hari pendengaran, maka prosiding pendengaran penggantungan tersebut boleh diteruskan dan Jawatankuasa Disiplin boleh membuat perintah boleh dibuat terhadapnya walaupun dalam ketidakhadirannya. .
30
Mahkamah merujuk kepada Klausa 8.3 (i) antara lain menyatakan: “…All complaints concerning the conduct of Members shall be in writing and shall be directed in the first instance to the Club Secretary who shall forward such complaints to the Disciplinary Committee. The Disciplinary Committee shall determine the seriousness of the complaints and if it determines that there are sufficient grounds for investigation, the Chairman of the Disciplinary Committee shall constitute a Hearing Committee consisting of three of its members. The Hearing Committee may call witnesses as it deems necessary but in all instances, it must ensure that the principles of natural justice are observed. Based on the findings of the hearing committee, the Disciplinary Committeee shall forward its decision to the General Committee for action. The General Committee shall be bound by the decision of the Disciplinary Commiitee and shall act accordingly.”
31
Berdasarkan klausa 8(3) (i) di atas, sebarang pendengaran yang dikendalikan oleh Lembaga Disiplin hendaklah mematuhi prinsip “natural justice” yang bermaksud, pihak yang akan dibicarakan dan akan terjejas dengan keputusan pendengaran tersebut akan diberikan peluang untuk didengar (right to be heard) dan mengemukakan kesnya.
32
Ini bermakna, pihak tersebut hendaklah dimaklumkan melalui notis berkenaan tarikh pendengaran tersebut serta pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya untuk dia menjawab terhadap pertuduhan tersebut. Berdasarkan klausa 8(3) tersebut, pendengaran akan dijalankan dihadapan 3 orang ahli Jawatankuasa Disiplin dan akan dihadiri oleh pihak yang akan dibicarakan.
33
Bagaimanapun, pada setiap pendengaran, Plaintif gagal untuk hadir walaupun mengakui telah menerima notis pendengaran tersebut. Kegagalan Plaintif untuk hadir dan menjawab kepada pertuduhan yang dikenakan terhadapnya telah menyebabkan Jawatankuasa Disiplin mengeluarkan perintah penggantungan tersebut.
34
Plaintif menyatakan bahawa, walaupun dia tidak hadir, tetapi dia telah menjawab pertuduhan-pertuduhan tersebut melalui surat yang dihantar kepada pihak berkenaan. Melalui surat tersebut, Plaintif telah menjawab bahawa perintah penggantungan tersebut adalah tidak sah kerana pendengaran yang dijalankan oleh Lembaga Disiplin tidak mengikut klausa 8.3, dimana komplen terhadapnya tidak dikemukakan melalui Setiausaha Kelab sebagaimana kehendak klausa berkenaan.
35
Untuk perkara, Mahkamah meneliti klausa 8.3(i) berkenaan. Tiada sebarang peruntukan yang menyatakan bahawa Plaintif boleh menjawab terhadap satu pendengaran yang telah ditetapkan terhadapnya melalui surat tanpa menghadiri pendengaran tersebut. Berdasarkan klausa tersebut, perbicaraan hendaklah dijalankan dihadapan Jawatankuasa Disiplin dan ini bermakna, Plaintif perlu hadir dalam forum berkenaan untuk menyatakan bantahan tersebut. Sebagaimana yang dinyatakan di atas, kesemua ahli-ahli adalah terikat dengan perlembagaan kelab. Kegagalan Plaintif berbuat demikian bermakna Plaintif telah mengabaikan haknya untuk membangkitkan bantahan berkenaan pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.
36
Mahkamah juga menarik perhatian kepada Klausa 8(3) (ii) yang menyatakan seperti berikut: A member aggrieved by the decision shall have the right within sixty days of being informed of such decision to call an Extraordinary General Meeting in accordance with clause 7.3. Resolutions at such General Meeting shall be by ballot..”
37
Plaintif juga gagal bertindak untuk meminta supaya satu EGM di adakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pemakluman keputusan tersebut bagi membincangkan mengenai keesahan perintah-perintah penggantungan yang dikenakan ke atasnya seperti yang diperuntukkan dibawah klausa 8(3) (ii). Ini bermakna, perintah penggantungan bertarikh 21.2.2020 dan 20.9.2020 telah gagal dicabar dan kesannya adalah perintah-perintah tersebut adalah sah dan boleh dikuatkuasakan.
38
Seterusnya, Plaintif menyatakan bahawa perintah-perintah tersebut telah diputuskan sebagai tidak sah dan terbatal oleh Jawatankuasa Am seperti yang tercatat dalam minit Mesyurat Jawatankuasa Am bertarikh 21.2.2020. Pada 27.2.2020, melalui satu mesyuarat EGM, Jawatankuasa Am sekali lagi memutuskan bahawa perintah-perintah tersebut adalah tidak sah kerana melanggari Klausa 8(3)(i) Perlembagaan. Kemudian, perkara tersebut sekali lagi disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Am pada 24.7.2020. Ini bermakna, perintah-perintah penggantungan tersebut telah diisytiharkan sebagai tidak sah oleh Jawatankuasa Am terdahulu dan atas sebab tersebut, perintah-perintah berkenaan tidak dikuatkuasakan ke atas Plaintif.
39
Mahkamah meneliti keterangan-keterangan yang dikemukakan. Berdasarkan minit-minit mesyuarat yang dikemukakan, Mahkamah mendapati bahawa Jawatankuasa Am terdahulu telah mengisytiharkan perintah-perintah penggantungan tersebut sebagai tidak sah kerana melanggar klausa 8(3) Perlembagaan.
40
Persoalannya adalah sama ada Keputusan Jawatankuasa Am tersebut adalah sah berdasarkan Perlembagaan. Berdasarkan keterangan yang ada, Plaintif memegang jawatan sebagai Presiden Kelab dari 2018 sehingga 27.12.2020. Perintah-perintah penggantungan pertama dan kedua telah dikeluarkan dalam tempoh tersebut. Semasa mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Am dijalankan untuk membincangkan keesahan perintah penggantungan tersebut, Plaintif memegang jawatan sebagai Presiden Kelab. Malah, semasa Jawatankuasa Am memutuskan bahawa perintah pertama sebagai tidak sah dalam mesyuarat bertarikh 21.2.2020, Plaintif sendiri hadir dan mempengerusikan mesyuarat tersebut.
41
Mahkamah juga mendapati bahawa mesuarat EGM yang telah diadakan pada 27.2.2020 untuk menentukan keesahan perkara ini. Walaupun EGM ini telah dijalankan tanpa kehadiran Plaintif, Mahkamah melihat bahawa ianya telah diadakan selepas Jawatankuasa Am telah secara jelas memutuskan dalam pada 21.2.2020 dalam kehadiran Plaintif sebagai Presiden Kelab bahawa perintah-perintah penggantungan tersebut tidak sah.
42
Dalam klausa 8(3) Perlembagaan, dinyatakan dengan jelas bahawa dalam membuat sesuatu keputusan, Lembaga Disiplin hendaklah mematuhi prinsip-prinsip Natural Justice. Atas alasan tersebut, Mahkamah berpandangan bahawa dalam memutuskan untuk membatalkan perintah-perintah berkenaan, prinsip-prinsip Natural Justice seharusnya juga terpakai.
43
Mahkamah merujuk kepada prinsip Nemo Judex in Causa Sua (Rule against bias) yang bermaksud “no one should be a judge in their own cause”. Ini bermakna sebarang keputusan mengenai pembatalan perintah tersebut hendaklah dibuat secara telus tanpa penglibatan Plaintif.
44
Meneliti minit-minit mesyuarat yang dikemukakan, Mahkamah berpandangan bahawa keputusan Jawatankuasa Am membatalkan perintah-perintah penggantungan Plaintif dalam Mesyuarat Jawatankuasa Am telah dibuat dengan melanggar prinsip natural justice. Ini adalah kerana keputusan tersebut telah dibuat oleh satu badan yang pada masa itu terletak secara langsung dibawah pengaruh Plaintif. Sebagai Presiden kepada Kelab tersebut, Plaintif mempunyai pengaruh yang kuat terhadap Jawatankuasa Am Kelab berkenaan.
45
Ini boleh dilihat dimana, Plaintif sebagai Presiden akan mempengerusi setiap mesyuarat tersebut. Sebagaimana yang dinyatakan di atas, prinsip natural justice menetapkan bahawa tiada siapa yang patut menjadi hakim dalam mana-mana perbicaraan yang melibatkan dirinya sendiri. Tetapi, dalam kes ini, keputusan untuk membatalkan perintah penggantungan Plaintif telah dibuat dalam satu sesi mesyuarat yang dipengerusikan oleh Plaintif sendiri.
46
Adalah menjadi dapatan Mahkamah bahawa terdapat sebab-sebab yang mencukupi untuk mempercayai bahawa terdapat unsur-unsur berat sebelah atau ‘bias” dalam keputusan Jawatankuasa Am membatalkan perintah penggantungan tersebut. Unsur berat sebelah dalam menangani isu ini boleh dilihat bila mana perintah-perintah penggantungan tersebut tidak dilaksanakan semasa Plaintif memegang jawatan sebagai Presiden. Atas alasan tersebut, Mahkamah memutuskan bahawa keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Am bertarikh 21.2.2020, 27.2.2020 dan 24.7.2020 yang menolak perintah-perintah penggantungan tersebut atas alasan melanggar perlembagaan sebagai tidak sah.
47
Atas alasan ini juga, Mahkamah memutuskan bahawa keputusan Defendan-Defendan yang dibuat pada 28.11.2021 untuk menguatkuasakan perintah-perintah penggantungan ke atas Plaintif yang diberikan pada 21.2.2020 dan 20.9.2020 untuk tempoh 7 tahun adalah satu keputusan sah memandangkan ianya tidak bertentangan dengan perlembagaan kelab. Penamatan keahlian Plaintif 48. Pada 29.11.2021, Plaintif telah dituduh di Mahkamah Majistret Port Dickson atas kesalahan: i. Dibawah Section 186 Kanun Keseksaan kerana didakwa menghalang pegawai Kerajaan (pegawai polis) daripada menjalankan tugasnya; ii. Dibawah seksyen 14 Minor Offences Act kerana berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu ditempat awam.
49
Plaintif telah mengaku bersalah ke atas kedua-dua pertuduhan dan telah dikenakan denda RM2500 bagi pertuduhan pertama dan RM500 bagi pertuduhan kedua.
50
Berikutan kejadian ini, Jawatankuasa Am Kelab telah mengisukan surat bertarikh 8.12.2021 untuk menggantung keahlian Plaintif sementara satu keputusan akhir dikeluarkan. Pada 24.1.2022, pihak Jawatankuasa Am Kelab telah memutuskan untuk memecat keahlian Plaintif sebagai ahli kelab berdasarkan klausa 5.2 Perlembagaan yang berbunyi: If any member of any class shall be convicted of any grave and heinous offence or be adjudged bankrupt …. he shall thereupon cease to be a member of the Club..”
51
Plaintif mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Am untuk memecat keahliannya dibawah peruntukan tersebut, atas alasan bahawa dia hanya telah disabitkan dibawah satu kesalahan yang ringan dan tidak termasuk dalam kategori “grave and heinous Offence” sebagaimana dalam klausa 5.2 di atas.
52
Dalam perkara ini, Mahkamah berpandangan bahawa penafsiran grave and heinous Offence adalah sesuatu yang subjektif dan bergantung kepada faktor-faktor yang berkaitan. Mahkamah mengambil kira bahawa dari segi denda yang dikenakan, kesalahan ini tidak boleh dianggap sebagai kesalahan yang serius. Bagaimanapun, Mahkamah turut mengambilkira perkara-perkara berikut:- i. Kesalahan mengganggu pelaksanaan tugas penguatkuasaan undang-undang adalah satu kesalahan yang serius dari sudut kepentingan awam. ii. Ini adalah kerana ianya berkeupayaan melemahkan otoriti penjawat awam, terutamanya dalam kes ini, ianya melibatkan pegawai polis. iii. Apatah lagi, dalam kes ini, gangguan terhadap penjawat awam adalah dalam bentuk kekerasan. iv. Mahkamah juga mengambilkira reputasi Kelab yang merupakan sebuah Kelab Diraja dan yang perlu menjaga dan memelihara imej dan reputasinya. v. Kesalahan mengganggu penjawat awam yang sedang menjalankan tugasnya yang dilakukan oleh bekas seorang Presiden Kelab seharusnya perlu dipandang sebagai satu kesalahan yang serius kerana ianya berkeupayaan untuk menjatuhkan imej Kelab tersebut.
53
Atas alasan tersebut juga, Mahkamah memutuskan bahawa pemecatan Plaintif yang dibuat dibawah Klausa 5.2 Perlembagaan adalah merupakan satu keputusan yang sah dan tidak melanggar peruntukan perlembagaan Kelab. Konklusi:
54
Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif gagal mengemukakan sebarang bukti atau keterangan yang menunjukkan bahawa perintah penggantungan keahliannya dan pemecatannya sebagai ahli Kelab telah dibuat dengan niat jahat oleh Defendan-Defendan.
55
Sebaliknya, Mahkamah mendapati bahawa keputusan-keputusan tersebut telah dbuat berdasarkan Perlembagaan kelab dan dengan itu, tidak wajar diganggu.
56
Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah memutuskan bahawa tuntutan Plaintif ditolak dengan kos. Bertarikh : 13 Mac 2026 sgd WAN FADHILAH NOR BINTI WAN IDRIS HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS Bagi pihak Plaintif : Gurdit Singh & Hasvinder Singh Tetuan Sharif & Khoo Bagi pihak Defendan : Nasuha Badrul Din Tetuan Krishna Dallumah & Indran
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.