Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI TANGKAK DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA KES SAMAN JENAYAH NO: JE-85-16-03/2024 PENDAKWA RAYA LAWAN MANIVELU A/L SABAVATHY (NO KAD PENGENALAN: 860404335473) ALASAN PENGHAKIMAN A. Pengenalan
JE-85-16-03/2024
Magistrates Court of Malaysia11 Mar 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“27. Turut dirujuk adalah kes Pendakwa Raya v Ng Wai Kuan & 5 yang lainnya [2024] AMEJ 0564 yang telah diputuskan oleh Yang Arif Dato’Abu Bakar bin Katar yang telah menyentuh berkenaan pertuduhan di bawah Seksyen 29(1) AKK ini. Yang Arif kemudiannya telah merujuk kepada kes Harpajan Kaur (d”
“22. Mahkamah ini merujuk kepada kes PP v. Mahiaddin Md Yasin [2024] CLJU 873 yang mana telah menyentuh berkenaan dengan defective charges. [52] The High Court is bound by the Federal Court case of Ravindran a/l Ramasamy v. Public Prosecutor [2015] 3 CLJ 421. The Federal Court”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI TANGKAK DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA KES SAMAN JENAYAH NO: JE-85-16-03/2024 PENDAKWA RAYA LAWAN MANIVELU A/L SABAVATHY (NO KAD PENGENALAN: 860404335473) ALASAN PENGHAKIMAN A. Pengenalan
1
Pada 11.3.2024, Manivelu A/L Sabavathy Orang Kena Tuduh (OKT) / Perayu (seterusnya dipanggil sebagai “tertuduh”) telah dituduh di Mahkamah Majistret Tangkak di atas pertuduhan dibawah S29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955. Perayu pada masa itu, diwakili oleh Peguam YBGK iaitu Cik Aimi.
2
Mahkamah ini setelah melihat kepada eksibit yang telah dikemukakan oleh pihak Pendakwaan, berpuas hati dan mendapati element bagi pertuduhan dibawah Seksyen 29(1) Akta Kesalah Kecil 1955 tidak dapat dipenuhi oleh pihak Pendakwaan, maka Mahkamah ini telah melepaskan tertuduh tanpa dibebaskan daripada pertuduhan.
3
Berasa terkilan dengan perintah yang telah dijatuhkan oleh mahkamah ini, Pihak Pendakwaan pada 21.3.2024 telah memfailkan rayuan ke atas perintah Mahkamah yang tersebut.
4
Pertuduhan ke atas tertuduh adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 9 Januari 2021 pada jam 2.03 petang bertempat di mesin deposit tunai Maybank Cawangan Tangkak, di dalam daerah Tangkak di dalam negeri Johor telah didapati terdapat kemasukan wang sebanyak RM270.00 ke dalam akaun Maybank no 10601059955 milik kamu di mana wang tersebut adalah hasil penipuan dan kamu tidak dapat memberi penjelasan dengan memuaskan bagaimana kamu memperolehinya di dalam akuan milik kamu. Oleh yang demikian, kamu telah melakukakan kesalahan di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955. HUKUMAN “jika disabit kesalahan, bolehlah dikenakan denda yang tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebii satu tahun atau kedua-duanya sekali.”
5
Fakta kes yang dikemukakan oleh pendakwaan dan diakui oleh Perayu tanpa sebarang syarat ditandakan sebagai Ekshibit P1 dan dilampirkan seperti berikut:
1
Pada tarikh 9.1.2024, jam 6.07 petang pengadu telah buat satu Laporan Polis sebagaimana Tangkak Report 159/21, mengenai aduan Pengadu di mana pada 5.1.2021 jam 9.45 malam telah berminat dengan penjualan dua buah telefon bimbit jenis iPhone 6 berharga RM250.00 melalui laman Instagram. Kemudian, Pengadu berhubung dengan penjual melalui aplikasi Whatsapp di talian 628195390930362 dan membuat bayaran tersebut ke akaun Maybank 106017059955 atas nama: Manivelu a/l Savavathy. Seterusnya, pengadu diminta oleh pihak J&T melalui aplikasi Whatsapp di talian 6285217866307 untuk membuat bayaran sebanyak RM350.00 ke akaun CIMB 7062392706 atas nama Somasundram a/l Rajagopal atas urusan pengaktifan kad dan dijanjikan akan peroleh semula wang tersebut namun sehingga kini Pengadu tidak peroleh semula wang tersebut.
2
Pada 9.1.2021 jam 2.03 petang, semasa berada di depost tunai Maybank Cawangan Tangkak No 372, Jalan Muar Tangkak Johor, Pengadu membuat pindahan wang sebanyak RM270.00 menggunakan mesin deposit tunai Maybank ke akaun Maybank 106017059955 atas nama: Manivelu a/l Savavathy atas urusan pembelian dua buah telefon bimbit jenis iPhone 6.
3
Semakan dengan Telco Telekomunikasi Malaysia (TM) ke atas nombor telefon 628195390930362 dan 6285217866307 mendapati nombor telefon tersebut tiada dalam perkhidmatan TM, dipercayai kedua-dua nombor telefon merupakan talian telefon antarabangsa dari Negara Indonesia.
1
Hasil siasatan lanjut daripada pihak Maybank mengesahkan bahawa akaun maybank numbor 106017059955 adalah milik tertuduh dan terdapat kemasukan wang ke dalam akaun tertuduh pada tarikh 9.1.2021 jam 2.03 petang sebanyak RM270.00 2. Hasil rakaman percakapan tertuduh, pada 7.11.2023 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, Pahang, menyatakan kad ATM Maybank miliknya telah hilang dalam simpanan pada tahun 2020 (tarikh tidak dapat dipastikan) dan tertuduh juga tidak ada membuat sebarang laporan polis berkaitan hal tersebut. Tertuduh gagal berikan sebarang butiran mahupun maklumat tambahan bagi mengesahkan kenyataan tersebut.
3
Hasil siasatan mendapati tertuduh telah melakukan kesalahan iaitu gagal memeberikan penjelasan yang memuaskan tentang transaksi kemasukan wang berjumlah RM270.00 pada 9.1.2021 ke dalam akaun Maybank tertuduh. Oleh yang demikian, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum d bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955. D. Prosiding di Mahkamah
6
Selepas fakta kes dikemukakan, eksibit-eksibit berikut telah turut dikemukakan dan ditandakan oleh mahkamah ini: i) Laporan Polis Tangkak 159/21 – P2 ii) Laporan Polis Kuantan 25381/23 - P3 iii) Maklumat TM - P4 iv) Penyata Bank milik tertuduh
7
Kesemua eksibit telah ditunjukkan kepada tertuduh dan diakui olehnya tanpa sebarang syarat.
8
Setelah berpuas hati dengan pengakuan salah tertuduh, akuan ke atas fakta kes dan kesemua eksibit yang dikemukakan, mahkamah ini telah menerima dan merekodkan pengakuan salah tertuduh seperti mana dalam pertuduhan. Namun demikian, Mahkamah ini kemudiannya telah melepaskan tertuduh dengan tanpa dibebaskan di atas pertuduhan ini.
9
Tidak berpuas hati dengan perintah Mahkamah ini, pihak Pendakwa Raya telah memfailkan notis rayuan ke atas perintah ini. Isu Pertama: Samada Notis Rayuan boleh difailkan pada waktu ini.
10
Di dalam kes ini, perintah bahawa tertuduh dilepaskan TANPA dibebaskan (DNAA) setelah tertuduh mengaku bersalah dan dapatan salah juga telah direkodkan.
11
Adalah menjadi undang-undang yang mampan, bahawa rayuan adalah ke atas keputusan Mahkamah menurut Seksyen 307(1) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ). Dilampirkan Seksyen 307(1) KTJ untuk perhatian:
1
Except in any case to which section 305 applies and subject to sections 305 and 306 any person who is dissatisfied with any judgment, sentence or order pronounced by any Magistrate's Court in a criminal case or matter to which he is a party may prefer an appeal to the High Court against that judgment, sentence or order in respect of any error in law or in fact or on the ground of the alleged excessive severity or of the alleged inadequacy of any sentence by lodging, within fourteen days from the time of the judgment, sentence or order being passed or made, with the clerk of the Magistrate's Court a notice of appeal in triplicate addressed to the High Court and by paying at the same time the prescribed appeal fee.
12
Mahkamah ini merujuk kepada kes Maya Ahmad Fuaad lwn. PP [2021] 1 CLJ 291 yang mana menjelaskan bahawa: [10] Berpandukan kepada nas undang-undang di atas dan setelah memperhalusi sifat DNAA itu sendiri, saya bersetuju bahawa perintah yang diberikan oleh Majistret tersebut bukanlah satu perintah yang telah melupuskan hak pihak-pihak dalam tindakan ini. Sepertimana yang sedia dimaklumi bahawa sesebuah kes yang diperintahkan DNAA pada bila-bila masa boleh dipertuduhkan semula di bawah arahan Pendakwa Raya. [11] Justeru, saya memerintahkan supaya rayuan ini dibatalkan kerana sifat perintah Majistret tersebut bukanlah sebuah perintah yang boleh dirayu….
13
Mahkamah ini turut merujuk kepada kes Goh Hwa Kiang v. PP [2021] 8 CLJ 57 di muka 62 yang mana dinyatakan bahawa: [9] The SCJ decided to discharge the accused and not to acquit him of the charges. Thus an order of DNAA is made against the accused. The DC was dissatisfied with the order made and had pursued with an appeal against the said order pursuant to s. 307(1) of the CPC. It was later withdrawn. Rightly so, since an order of DNAA is not final and conclusive, finally disposing of rights of parties pursuant to s. 3 of the CJA. It was so decided by the Court of Appeal in the case of Tan Chow Cheang v. PP [2018] 6 CLJ 452; [2018]5 MLJ 411, rendering an order of DNAA not an appealable order. Basis being, the prosecution, once ready to proceed with case against accused, would be able to recharge accused for the same offence and his trial shall be reinstated and continued as if there had been no such order given. This is made possible by s. 254A of the CPC.
14
Oleh yang demikian, Mahkamah ini berpendapat bahawa memadangkan pihak Pendakwaan telah memfailkan Notis Rayuan ke atas perintah DNAA yang telah diberikan dan ianya merupakan prosedur yang salah, maka berdasarkan hal ini sahaja, rayuan ini boleh dibatalkan. Pihak Pendakwaan seharusnya mengambil perhatian ke atas mod permohonan yang sebenar di dalam memfailkan sebarang permohonan di hadapan Mahkamah yang Mulia.
15
Namun jikalau Mahkamah di atas membuat keputusan untuk mendengar rayuan ini dengan menggunakan budibicara kuasa semakan di bawah Seksyen 325 KTJ, alasan ini dikemukakan bagi Perintah DNAA tersebut. Isu kedua: Samada Mahkamah yang mendengar kes berhak untuk memperintahkan tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan di akhir kes pendakwaan sewaktu perbicaraan terus.
16
Mahkamah ini jika dirujuk melalui Nota Keterangan jelas telah mendengar keterangan daripada pihak Pendakwaan yang mana fakta kes sehingga ke penyata bank milik tertuduh telah ditandakan sebagai Eksibit P1 sehingga P5. Setelah itu, barulah Mahkamah ini menerima pengakuan salah tertuduh dan telah melepaskan tertuduh tanpa dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.
17
Mahkamah ini merujuk kepada Seksyen 173(g) KTJ yang dilampirkan di bawah ini:
g
Nothing in paragraph (f) shall be deemed to prevent the Court from discharging the accused at any previous stage of the case if for reasons to be recorded by the Court it considers the charge to be groundless
18
Mahkamah ini turut merujuk kepada kes PP v Arvind a/l Harichandaran and anor, kes number BA-42LB-11-09/2023 [12] It is therefore clear that subordinate courts have power to acquit and discharge only after hearing all the evidence which the prosecution has to offer, or where the prosecution had declined to prosecute the accused, the courts directs an acquittal under s 254 CPC.
19
Oleh yang demikian, jelas disini bahawa sekiranya Mahkamah Rendah mendapati bahawa pertuduhan yang dipertuduhkan ke atas tertuduh adalah tidak berasas, Mahkamah mempunyai kuasa untuk melepaskan tertuduh daripada pertuduhan tersebut.
20
Maka, tindakan Mahkamah ini setelah mendengar pertuduhan yang dipertuduhkan ke atas tertuduh serta telah merekodkan pengakuan salah tertuduh, mendengar fakta kes serta menilai eksibit yang telah dikemukakan oleh pihak Pendakwaan, berpendapat bahawa pertuduhan di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 adalah tidak berasas. Isu Ketiga: samada pertuduhan di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil tidak berasas.
21
Mahkamah ini semasa melepaskan tertuduh tanpa dibebaskan daripada pertuduhan tersebut telah memberikan alasan Mahkamah di Mahkamah Terbuka. Namun bagi tujuan alasan penghakiman ini, saya akan menjelaskan alasan-alasan tersebut dengan lebih mendalam.
22
Mahkamah ini merujuk kepada kes PP v. Mahiaddin Md Yasin [2024] CLJU 873 yang mana telah menyentuh berkenaan dengan defective charges. [52] The High Court is bound by the Federal Court case of Ravindran a/l Ramasamy v. Public Prosecutor [2015] 3 CLJ 421. The Federal Court had explained the distinction between error in stating the ingredients of the offence or error in stating the particulars of the offence and that if it is an error in stating the ingredients of the offence, the defective charge is not curable under section 422 CPC. Whereas, error in stating particulars of the offence is curable under section 156 and 422 CPC. In the absence of any distinction and finding made on the nature of the error, the learned High Court Judge erred when he held the charges are defective and not curable under section 156 and 422 CPC.
23
Mahkamah ini lampirkan seksyen 29 Akta Kesalahan Kecil 1955 di bawah ini: Fraudulent possession of property
1
Any person who has in his possession or conveys in any manner anything which may be reasonably suspected of being stolen or fraudulently obtained shall, if he fails to account satisfactorily how he came by the same, be liable to a fine not exceeding one thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both.
25
Mahkamah ini merujuk kepada kes Mok Chee Cheong v PP [2022] 5 CLJ 403 yang menyatakan elemen pertuduhan bagi kesalahan di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 seperti berikut: [6] The ingredients of the offence convicted of the accused must surely be the following:
i
that the accused had in his possession anything;
II
(ii) which may be reasonably suspected of being stolen OR fraudulently obtained; and
III
(iii) he had failed to satisfactorily account to how it came to his possession
26
Mahkamah ini turut merujuk kepada kes Harpajan Kaur Delib Singh v PP [2021] 3 CLJ 704 yang mana menyatakan bahawa;
4
Since ‘property’ under s. 29(1) of the Act does not include intangible property such as a chose in action of which monies in a bank constitutes, there could not be an offence for possession of such property under that provision. The charges, based on a fundamentally flawed understanding and application of the law, were thus defective and were not curable by the application of s. 156 or s. 422 of the CPC. The charges did not establish an offence under the law and the trial was consequentially a nullity. The appellant was thus misled as the subject matter, ie, monies in the bank account, was not within the ambit of s. 29(1) of the Act to begin with, and that had prejudiced the appellant. This was not a case where there was an error or omission in stating the ingredient of the offence, but a case where the law did not apply to the facts in question. The appellant’s conviction was a nullity.”
27
Turut dirujuk adalah kes Pendakwa Raya v Ng Wai Kuan & 5 yang lainnya [2024] AMEJ 0564 yang telah diputuskan oleh Yang Arif Dato’Abu Bakar bin Katar yang telah menyentuh berkenaan pertuduhan di bawah Seksyen 29(1) AKK ini. Yang Arif kemudiannya telah merujuk kepada kes Harpajan Kaur (di atas) dan telah mengakas hukuman oleh Puan Majistret terdahulu dan telah memperintahkan responden untuk dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan itu. [17] Mahkamah ini berpendapat wang RM1,300.00 dalam akaun Hong Leong Bank bukannya “ property” bagi maksud peruntukan s. 29 Akta 1955. Mahkamah ini merujuk kes Harpajan Kaur Delib Singh v. PP [2021] 3 CLJ 704…”
28
Mahkamah ini turut merujuk kepada perkembangan terkini berkaitan pertuduhan wang yang berada di dalam akaun bank di bawah Seksyen 29(1) AKK ini, iaitu kes PP v Rokiah binti Abdul Kadir dan 11 yang lainnya yang diputuskan oleh Yang Arif Dato’Abu Bakar bin Katar melalui kes semakan jenayah JA-43-(14 HINGGA 25)-04/2024 yang memutuskan bahawa; “(d) Sebaik Puan Majistret itu mengikuti kes Harpajan Kaur dan Ng Wai Kuar, pertuduhan yang dihadapkan ke atas Responden tidak mendedahkan apa-apa kesalahan khasnya s.29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955.
e
Mahkamah ini menggunakan kuasa semakan yang ada dalam mengakaskan perintah DNAA ke atas Responden dan menggantikan perintah DAA.”
29
Oleh yang demikian, Mahkamah ini merujuk kepada kes-kes di atas, adalah wajar bahawa Mahkamah ini memberikan perintah untuk pertuduhan di bawah seksyen 29(1) AKK ini yang melibatkan wang di dalam akaun milik tertuduh agar tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tersebut memadangkan wang di dalam akaun tertuduh bukanlah suatu property menurut Seksyen 29(1) AKK.
30
Turut diambil perhatian bahawa Mahkamah ini sebagai Mahkamah Majistret adalah tertakluk kepada konteks nas duluan yang mengikat (stare decisis) apabila Mahkamah Tinggi telah memerintahkan sedemikian.
31
Walaubagaimanapun saya dengan rendah diri memohon pertimbangan Mahkamah Tinggi Yang Mulia terhadap keputusan ini.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.