Third Amended Charge: 20 years of imprisonment to run consecutively after serving the sentence for the first and the second amended charge, making total period of imprisonment to be 40 years from the date of arrest. [4] The Appellant was also ordered to undergo rehabilitate counselling pursuant to section 26 Sexual Offences Against Children Act 2017 and the Appellant to be placed under police supervision for two (2) years under section 27 of the same Act upon completing the imprisonment sentence. [5] There is no sentence of whipping ordered to the Appellant in accordance with section 289(c) of the Criminal Procedure Code as the Appellant is more than 50 years of age. [6] Aggrieved by the decision, the Appellant filed an appeal to the High Court for the imprisonment term be shortened and to run concurrently. [7] On 11/5/2022, the High Court dismissed the Appellant appeal and affirmed the sentences imposed by the Sessions Court. [8] Dissatisfied, on 11/05/2022, the appellant filed an appeal to the Court of Appeal against sentence made by the High Court. [9] The appeal before us was heard on 5/1/2024. The Charges Pertuduhan Pindaan Pertama “Bahawa kamu pada 2/8/2020, jam lebih kurang 3.30 petang di dalam bilik rumah 3889, Jalan Sg Air Tawar, Kg Banting, di Daerah Sabak Bernam, di dalam Negeri Selangor telah melakukan persetubuhan dengan XXX binti YYY (KP:ZZZ) berusia 16 tahun yang mana oleh kerana perhubungan kamu dengannya adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang dan hukum yang terpakai kepada kamu untuk berkahwin dengannya, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan. Hukuman: Penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebatan. Pertuduhan Pindaan Kedua “Bahawa kamu pada 2/8/2020, jam lebih kurang 4.30 petang di dalam bilik rumah 3889, Jalan Sg Air Tawar, Kg Banting, di Daerah Sabak Bernam, di dalam Negeri Selangor telah melakukan persetubuhan dengan XXX binti YYY (KP:ZZZ) berusia 16 tahun yang mana oleh kerana perhubungan kamu dengannya adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang dan hukum yang terpakai kepada kamu untuk berkahwin dengannya, dan dengan itu kamu telahmelakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan. Hukuman: Penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebatan. Pertuduhan Pindaan Ketiga “Bahawa kamu pada 3/8/2022, jam lebih kurang 12.15 tengah malam di dalam bilik rumah 3889, Jalan Sg Air Tawar, Kg Banting, di Daerah Sabak Bernam, di dalam Negeri Selangor telah melakukan persetubuhan dengan XXX binti YYY (KP:ZZZ) berusia 16 tahun yang mana oleh kerana perhubungan kamu dengannya adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang dan hukum yang terpakai kepada kamu untuk berkahwin dengannya, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan. Hukuman: Penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebatan. Decision of the Sessions Court [10] The learned Sessions Court Judge in her ground of judgment which we reproduce herein below said: “Di dalam kes di hadapan Mahkamah yang mulia ini, OKT yang digelar bapa telah merogol anaknya sendiri dan terus memalapkan masa depan seorang kanak-kanak hanya semata-mata untuk memuaskan nafsu serakahnya. Pada hemat Mahkamah kejadian yang menjadi asas kepada pertuduhan yang dihadapi oleh OKT di Mahkamah ini memerlukan suatu hukuman yang berat yang benar-benar memberi pengajaran kepada OKT dan juga sebagai amaran bahawa sesiapa yang melakukan perbuatan seperti kes ini, akan menerima padahnya. Hukuman berat yang mengutamakan kepentingan awam dan mencerminkan “a symbolic, collective statement that the offender’s conduct should be punished for encroaching on our society’s basic code of values as enshrined within our substantive criminal law” wajar dikenakan. Di dalam kes rogol seperti di dalam kes ini kepentingan awam mewajarkan suatu hukuman berat terhadap pesalah-pesalah bagi menekankan elemen kutukan atau kecaman untuk menunjukkan betapa seriusnya kesalahan yang dilakukan di mana kepentingan awam perlu beri keutamaan. Pada hemat Mahkamah kesalahan yang dilakukan oleh OKT iaitu merogol adalah satu kesalahan yang serius dan keji di mana keseriusanya bertambah dan menjadi lebih keji apabila dilakukan oleh seorang bapa terhadap anaknya. Fakta kes mencerminkan bagaimana OKT tanpa belas kasihan dan tanpa menghiraukan kebajikan mangsa, telah memaksa dirinya ke atas mangsa yang merupakan seorang kanak-kanak lantaran menghancurkan mahkota kewanitaan mangsa. OKT sebagai ketua keluarga yang sepatutnya mendidik dan memberi perlindungan kepada anak daranya telah mencabuli kedaraan tersebut tanpa perikemanusiaan. OKT menjadi perosak masa hadapan mangsa semata-mata kerana memenuhi nafsu serakah tertuduh. OKT sebagai seorang bapa memegang amanah dan tanggunjawab sebagai pelindung keluarga yang diamanahkan dengan tanggungjawab untuk membimbing, melindung dan memberi ajaran agama yang sempurna kepada anaknya telah gagal menyempurnakan tanggungjawab tersebut. Harapkan pagar, pagar makan padi. Sewaktu membuat keputusan, Mahkamah telah menimbangkan faktor kepentingan awam di mana ianya mengatasi kepentingan OKT sendiri memandangkan kesalahan yang dilakukan oleh OKT adalah satu kesalahan yang sangat serius sehingga boleh menggugat struktur keluarga dan masyarakat. Kesalahan yang dilakukan oleh OKT sangat serius dan hukuman terhadap OKT mestilah memberi suatu amaran tegas kepada masyarakat supaya kesalahan sedemikian tidak berleluasa. Pada hemat Mahkamah pengakuan bersalah OKT tidak dapat mengatasi keseriusan kesalahan yang dilakukan oleh OKT (Leo Say v. PP [1985] 2 CLJ 155; [1985] CLJ (Rep) 683). Kelakuan OKT dengan jelas memalapkan masa depan mangsa dan pasti trauma dan penderitaan yang dialami oleh mangsa adalah sesuatu yang begitu perit dan akan meninggalkan kesan parut yang akan menghantui mangsa sepanjang hidup mangsa. Oleh itu Mahkamah perlu memainkan peranan yang sewajarnya bagi memastikan kesalahan seperti ini tidak terus berleluasa dengan menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan agar menjadi satu, dengan izin deterrence kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk melakukan kesalahan yang serupa. Walaupun OKT telah membuat pengakuan salah dan memohon hukuman ringan, pada hemat Mahkamah di dalam kes seperti ini, kepentingan awam mengatasi segala faktor mitigasi dalam menjatuhkan hukuman. Faktor pengakuan bersalah hanya boleh memihak kepada OKT apabila lain-lain faktor dan keadaan dimana sesuatu kesalahan dilakukan mengizinkan pertimbangan sedemikian diberi kepada tertuduh (PP v. Ooi Kwang Lai [2000] LNS 372). Kedayusan OKT sebagai seorang lelaki yang digelar bapa yang memaksa dirinya ke atas anak kandung sendiri tanpa belas kasihan jelas terserlah berdasarkan keterangan mangsa SP1. Peruntukan berhubung kesalahan di bawah s.376B Kanun Keseksaan telah dipinda pada tahun 2014 yang mana hukuman yang boleh dikenakan bagi sabitan kesalahan ini mencerminkan hukuman yang lebih berat di mana hukuman minima telah dinaikkan dari 6 tahun kepada 10 tahun dan hukuman maksima dari 20 tahun kepada 30 tahun serta hukuman sebatan telah di jadikan mandatori. Mahkamah ini mengambil maklum bahawa kekerapan dan keseriusan kesalahan seksual merupakan faktor utama kepada pindaan kepada peruntukkan berkaltan kesalahan jenayah seksual. lni dengan sekaligus mencerminkan betapa seriusnya kesalahan seperti ini. Pada hemat Mahkamah di dalam kes-kes seperti ini kepentingan awam melampaui kepentingan individu dan mewajarkan suatu hukuman yang berat sebagai pengajaran dan teladan kepada masyarakat. OKT telah mengaku salah di akhir kes pendakwaan setelah pihak pendakwaan menutup kes. Mangsa SP1 telah memberi keterangan bagaiman OKT bapa kandungnya merogol beliau tanpa berperikemanusiaan sudah tentu SP1 telah melalui penderitaan sewaktu memberi keterangan di Mahkamah di mana terpaksa mengimbas kembali peristiwa pahit yang berlaku ke atasnya. Pemanggilan saksi turut melibatkan masa dan kos dan perkara ini turut dimaklumi oleh Mahkamah. Trends Sentencing Bil Nama kes