Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET (3) ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN NOMBOR KES KA-83-766-07/2023 PENDAKWA RAYA LWN MARIYA ADISAN A/L TANGARAJAH
KA-83-766-07/2023
Magistrates Court of Malaysia5 Jun 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“13; (ii) CD was then handed over to PW 20 who prepared the report on the CD which was marked as Exhibit P11. The learned counsel argues that there was no certificate tendered under section 90A of the Evidence Act 1950 (EA 1950) and there was no oral evidence adduced by PW 24 that P13 was produced in accordance with the”
“nilai keterangan-keterangan yang dikemukakan telah berpegang kepada prinsip yang telah dinyatakan dalam kes Ramiah v. PP [1972] 2 MLJ 258 yang menyatakan: “it is not the law under Section 34A of the Road Traffic Ordinance that merely because and accident had happened and a person had been killed, danger had in that sen”
“(iv) after the defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v PP [1963] MLJ 263””
“pursuant to section 136 of EA 1950 without compromising on the 'fairness rule'. [See Liang Weng Heng v. Public Prosecutor [2013] MLJU 1283]. Once made admissible, the real issue would be its probative force and not admissibility if the evidence is relevant. When prejudicial evidence is admitted breaching the 'fairness”
“78. Mahkamah ini, dalam menjatuhkan hukuman, merujuk kepada kes yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan iaitu kes PP v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] CLJU 864 yang memutuskan seperti berikut: [5] It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them”
“34. Mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi, Mohd Sharwandy Sollahudin Lwn. PP [2025] CLJU 1114 yang mana telah memutuskan seperti berikut: [45] Kewujudan percanggahan-percanggahan kecil adalah suatu yang munasabah. Selagi mana ia tidak merencatkan keseluruhan kes, maka ia sepatutnya tidak bol”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET (3) ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN NOMBOR KES KA-83-766-07/2023 PENDAKWA RAYA LWN MARIYA ADISAN A/L TANGARAJAH
1
PENDAHULUAN OKT di dalam kes ini telah dituduh di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, OKT tidak mengaku salah dan minta dibicarakan.
2
Pertuduhan pindaan yang dikenakan ke atas OKT adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 22/06/2017 jam lebih kurang 5.40am di KM 65.5 Lebuhraya Utara Selatan Arah Utara daerah Pendang di dalam Negeri Kedah sebagai pemandu motorbas BNH 2521 telah memandu kenderaan tersebut diatas jalan raya dengan cara dalam keadaan merbahaya sehingga menyebabkan kematian kepada Ruslan bin Saidin no kad pengenalan 640608- 02-5755 dan oleh yang demikan itu kamu telah melakukan satu kesalahan dibawa seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta A1065 Pindaan 1999) dan boleh dihukum dibawah seksyen yang sama”. S/N nQo0e5j4wkeEvyVoE2/jQg
3
Bagi kes ini keterangan SP1, SP2, SP3, SP4 dan SP5 telah didengar di hadapan Tuan Majistret terdahulu yang kemudiannya telah berpindah ke Jabatan Peguam Negara. Kes ini telah diambil alih dan disambung dengar oleh saya dari keterangan SP6 sehingga akhir perbicaraan.
4
Saya telah meneruskan perbicaraan ini dengan meneliti semula nota keterangan yang disediakan oleh Tuan Majistret terdahulu dan juga mendengar semula keterangan SP1, SP2, SP3, SP4 dan SP5 melalui Sistem Rakaman Audio Video Mahkamah (RVT). Saya telah menyemak rakaman tersebut dan dapat melihat suasana perbicaraan serta demeanor saksi-saksi yang telah memberikan keterangan. Saya telah meneruskan perbicaraan ini tanpa bantahan mana-mana pihak dan memilih untuk tidak memanggil semula saksi-saksi ini memandangkan nota keterangan dan rakaman RVT adalah jelas dan boleh difahami.
5
Pihak pendakwaan telah memanggil seramai 10 orang saksi bagi membuktikan pertuduhan ke atas OKT dan di akhir kes pendakwaan Mahkamah ini telah mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie dan telah memanggil OKT untuk membela diri. OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi dan tidak mempunyai saksi lain. Di akhir kes peringkat pembelaan, Mahkamah ini telah mendapati bahawa OKT bersalah dan disabitkan atas pertuduhan. OKT telah dihukum penjara 45 bulan dari tarikh sabitan 5 Jun 2025 dan denda RM13,000 gagal bayar 10 bulan penjara. Mahkamah juga memerintahkan butir-butir kesalahan ini dicatatkan pada lesen memandu OKT dan OKT hilang kelayakan untuk memegang lesen memandu untuk tempoh empat tahun selepas tarikh sabitan 5 Jun 2025. S/N nQo0e5j4wkeEvyVoE2/jQg
6
Terkilan dengan keputusan tersebut OKT telah tidak berpuashati terhadap keseluruhan keputusan mahkamah dan telah memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman.
7
Autoriti bagi beban pembuktian di akhir kes pendakwaan dapat dirujuk pada seksyen 173(f)(i) dan seksyen 180 Kanun Prosedur Jenayah dan juga prinsip yang telah diputuskan di dalam kes Balachandran v. PP [2005] 2 MLJ 301, di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase ‘prima facie case’ is defined in similar terms in Mozley and Whiteley’s Law Dictionary 11 Ed as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side.
8
[10] Selanjutnya, kes Balachandran memutuskan bahawa: S/N nQo0e5j4wkeEvyVoE2/jQg The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the creadibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established.
9
Peringkat Pembelaan Mahkamah ini dalam membuat keputusan juga telah merujuk kepada kes-kes yang telah diputuskan sebelum ini dan antaranya adalah kes Mahkamah Persekutuan di dalam kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 yang menyatakan: “For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of prosecution’s case:-
III
(iii) after the defence called, the accused elects to remain silent, then convict;
IV
(iv) after the defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v PP [1963] MLJ 263”
10
Manakala di dalam kes Mat v PP [1963] MLJ 263 (HC), YA Suffian telah membincangkan dengan analogi mengenai prosedur di dalam menilai sesuatu S/N nQo0e5j4wkeEvyVoE2/jQg keterangan pembelaan yang dikemukakan oleh OKT dan seterusnya membuat keputusan di akhir kes pembelaan iaitu: “The position may be conveniently stated as follows: -
a
If you are satisfied beyond reasonable doubt as to the accused’s guilt.
b
(b)If you accept or believe the accused’s explaination
c
If you do not accept or believe the accused explaination. Do not convict but consider the next steps below.
d
If you do not accept or believe the accused explaination and that explaination does not raise in your mind a reasonable doubt as to his guilt.
e
If you do not accept or believe the accused explaination but nevertheless it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt.
11
Keraguan munasabah ditakrifkan Mahkamah seperti di dalam kes PP v Saimin [1971] 2 MLJ 16 memutuskan seperti berikut: - “It is not possible doubt, because everything relating to human affairs and depending upon moral evidence is open to some possible or imaginary doubt. It is that state of the case which after the entire comparison and consideration of all the evidence leaves the minds of the jurors in that condition that they cannot say they feel an abiding conviction to a moral certainty of the truth of the charge. “It has again been said that “reasonable doubt” is the doubt which makes you hesitate as to the correctness of the conclusion which you reach. If S/N nQo0e5j4wkeEvyVoE2/jQg under your oaths and upon your consciences, after you have fully investigated the evidence and compared it in all its parts, you say to yourself I doubt if he is guilty, then it is a reasonable doubt. It is a doubt which settles in your judgment and finds a resting place there. Or as sometimes said, it must be a doubt so solemn and substantial as to produce in the minds of the jurors some uncertainty as to the verdict to be given. A reasonable doubt must be a doubt arising from the evidence or want of evidence and cannot be an imaginary doubt or conjecture unrelated to evidence.”
12
Intipati yang perlu dibuktikan pihak pendakwaan adalah:-
1
OKT adalah pemandu motor bas nombor pendaftaran BNH 2521 yang terlibat dalam kemalangan semasa kejadian;
2
Dengan mengambil perhatian pada keadaan jalan raya termasuk jenis kenderaan, saiz jalanraya dan kesesakan lalu lintas di atas jalan raya tersebut, OKT telah memandu dalam keadaan merbahaya kepada pengguna jalanraya yang lain; dan
3
Cara pemanduan berbahaya OKT tersebut telah menyebabkan kematian orang lain iaitu Ruslan bin Saidin.
13
FAKTA PIHAK PENDAKWAAN Pada 22.6.2017 jam lebih kurang 5.40am, telah berlaku kemalangan di antara sebuah bas nombor pendaftaran BNH 2521 dan sebuah lori nombor pendaftaran WTG 7405 di KM 65.5 Lebuhraya Utara Selatan Arah Utara daerah Pendang, Kedah. S/N nQo0e5j4wkeEvyVoE2/jQg
14
Bas tersebut adalah milik Syarikat Trans MVS Express yang dipandu oleh OKS pada hari kejadian dalam perjalanan dari Lukut, Negeri Sembilan menuju ke Hatyai, Thailand. Manakala, lori tersebut adalah milik UEM Edgenta Propel dan semasa kejadian dinaiki oleh 3 individu iaitu SP5, SP8 dan si mati, Ruslan bin Saidin. Lori tersebut dipandu oleh SP5, SP8 berada di bahagian penumpang belakang dan si mati duduk di bahagian hadapan penumpang sebelah kiri. Ketika kejadian SP5, SP8 dan si mati dalam tugasan rondaan di Lebuh Raya Utara Selatan Arah Utara di bahagian seksyen N2 Gurun di KM 51.4 sehingga KM107.9 kawasan Pendang – Sungai Petani.
15
Menurut keterangan SP5 yang memandu lori tersebut, ketika kejadian SP5 sedang memandu di lorong kiri dan kemudiannya mendengar dentuman dari arah belakang dan kemudiannya pengsan. Keterangan SP8 pula menyatakan semasa kejadian SP8 sedang tidur di bahagian penumpang belakang, dan tidak sedar apa yang berlaku. SP8 hanya sedar ketika berada di hospital.
16
Pihak pendakwaan telah bergantung kepada rakaman papan pemuka [selepas ini disebut dashcam] yang diperolehi daripada lori tersebut. Rakaman dashcam ini telah diambil oleh SP3 daripada lori dan telah dikemukakan di mahkamah ini. Terdapat 2 rakaman dashcam tersebut iaitu satu daripada arah hadapan lori dan yang kedua daripada arah belakang lori. Rakaman dashcam daripada arah hadapan lori menunjukkan lori tersebut dipandu dan sedang bergerak di lorong kiri jalan sebelum rakaman hilang dan memaparkan video lost. Manakala, rakaman belakang dashcam menunjukkan lori dipandu di lorong kiri dan kelihatan bas sedang bergerak di lorong kanan. Bas tersebut kemudiannya dilihat melintasi garisan putih putus-putus di tengah jalan memasuki lorong kiri, menghampiri lori dan kemudiannya terus memaparkan video lost.
17
Akibat daripada kemalangan ini, SP5 dan SP8 telah mengalami kecederaan dan dirawat di hospital. Manakala Ruslan bin Saidin telah meninggal dunia di tempat kejadian. S/N nQo0e5j4wkeEvyVoE2/jQg
18
FAKTA PIHAK PEMBELAAN Pihak pembelaan tidak menafikan bahawa pada masa, tarikh dan tempat tersebut telah terjadinya kemalangan antara sebuah bas nombor pendaftaran BNH 2521 yang dipandu OKT dan sebuah lori nombor pendaftaran WTG 7405.
19
Pihak pembelaan menyatakan semasa kejadian, bas yang dipandu OKT berada di lorong kanan dan tiba-tiba lori WTG 7405 tersebut yang berada di lorong kiri telah menukar haluan memasuki laluan bas yang dipandu OKT menyebabkan OKT tidak sempat mengelak akibat jarak yang terlalu dekat dan melanggar bahagian belakang sebelah kanan lori tersebut. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN ELEMEN PERTAMA – Sama ada OKT adalah pemandu bas nombor pendaftaran BNH 2521 yang terlibat dalam kemalangan dengan lori nombor pendaftaran WTG 7405 semasa kejadian.
20
Dalam memenuhi intipati pertama pertuduhan di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 ini, mahkamah mendapati adalah tidak dipertikai oleh pihak-pihak berkenaan fakta bahawa pada tarikh, masa dan tempat kejadian telah terjadinya kemalangan antara sebuah bas nombor pendaftaran BNH 2521 dan sebuah lori nombor pendaftaran WTG 7405. Juga tidak dipertikaikan bahawa pada masa kejadian OKT merupakan pemandu bagi kenderaan bas tersebut.
21
Fakta ini juga telah dibuktikan melalui keterangan pegawai penyiasat SP10, keterangan SP6 yang merupakan pemandu kedua bas tersebut serta laporan polis yang dibuat sendiri OKT sebagaimana ekshibit P15 yang mengakui bahawa semasa kemalangan tersebut OKT yang sedang memandu bas dalam perjalanan ke Hatyai Thailand daripada Lukut, Negeri Sembilan telah terlibat kemalangan apabila sampai di kilometer 65.5 Lebuhraya Utara Selatan Arah S/N nQo0e5j4wkeEvyVoE2/jQg Utara. Oleh itu, bagi intipati pertama ini tidak menjadi pertikaian pihak-pihak dan telah dibuktikan. ELEMEN KEDUA – Sama ada dengan mengambil perhatian pada keadaan jalan raya termasuk jenis kenderaan, saiz jalan raya dan kesesakan lalu lintas di atas jalan raya tersebut, OKT telah memandu dalam keadaan merbahaya kepada pengguna jalanraya yang lain.
22
Pemanduan secara merbahaya tidak didefinisikan dalam peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Mahkamah ini membuat rujukan kepada kes-kes yang telah diputuskan oleh mahkamah-mahkamah sebelum ini. Di dalam kes Mahkamah Rayuan PP v. Zulkifli b Omar [1998] 1 CLJ 1079 telah dinyatakan: [1a] The meanings of 'driving dangerously' and 'driving recklessly' have not been spelt out by the Legislature and are, therefore, left to the courts..
23
Mahkamah ini juga dalam menilai keterangan-keterangan yang dikemukakan telah berpegang kepada prinsip yang telah dinyatakan dalam kes Ramiah v. PP [1972] 2 MLJ 258 yang menyatakan: “it is not the law under Section 34A of the Road Traffic Ordinance that merely because and accident had happened and a person had been killed, danger had in that sense arisen and therefore it must follow, as the night, the day, that the appellant was driving in a manner dangerous to the public’.
24
Mahkamah ini turut berpegang kepada panduan prinsip di dalam kes Gunasegaran a/l Singaravelu v. Public Prosecutor [2009] 7 CLJ 613 juga menyatakan: “[23] The essence of the charge against the appellant is dangerous or reckless driving. It has repeatedly been held that driving is not necessarily reckless or S/N nQo0e5j4wkeEvyVoE2/jQg dangerous because it leads to fatal consequences but guilt could only ensue if it is proven that the driving was reckless or dangerous. The charge is not one of causing death, but of driving dangerously or recklessly. See for example, Tan Thang Sang v. Public Prosecutor and Choong Sze Foong v. Public Prosecutor [1973] 1 LNS 158; [1975] 1 MLJ 204. [24] In dealing with such a case, the whole situation leading to the accident must be viewed objectively to determine whether it can be considered reckless or dangerous driving. In R v. Gosney [1971] 3 All ER 220 Megaw LJ remarked as follows: In order to justify a conviction there must not only have been a situation which, viewed objectively, was dangerous, but also some fault on the part of the driver, causing that situation (see p 224c, post);...
25
Bagi ujian yang harus diguna pakai dalam menentukan bahawa seseorang itu memandu secara merbahaya atau tidak, Mahkamah ini merujuk kepada kes yang diputuskan di Mahkamah Rayuan Ng Beng Kok v PP [2017] 7 CLJ 157 yang jelas menyatakan: [31] It appears to us from the decisions of the above cases that the important consideration in determining whether an accused was driving "dangerously" are as follows:
i
the test to be applied is an "objective" one and not "subjective". Therefore, the opinion of the accused whether he was driving dangerously is immaterial;
II
(ii) the 'test' to be applied is whether an ordinary or reasonable person would have thought that the defendant was driving dangerously having regard to all the circumstances of the case including the nature, condition and use of the road, and the amount of traffic which is actually at the time, or which might reasonably be expected to be, on the road in question; S/N nQo0e5j4wkeEvyVoE2/jQg
III
(iii) driving dangerously may involve speeding or reckless driving.
IV
(iv) the danger caused by the driving to the public may be either real or potential;
v
to drive dangerously must involve some 'fault' on the part of the defendant which caused the dangerous situation;
VI
(vi) that 'fault' of the defendant does not need to involve either: [i] deliberate conduct or [ii] intentionally driving dangerously; and
VII
(vii) 'Fault 'involves a failure, a falling below the care or skill of a competent experienced driver, in relation to the manner of the driving and to the relevant circumstances of the case.
26
Dalam memutuskan sama ada OKT telah memandu secara merbahaya atau tidak, mahkamah ini perlu melihat kepada keadaan jalan, jenis kenderaan, keadaan sekeliling semasa kejadian kemalangan serta bagaimana pemanduan OKT semasa kejadian.
27
Mahkamah ini mendapati terdapat beberapa isu yang perlu dirungkai terlebih dahulu dalam membuat dapatan sama ada pemanduan OKT adalah merbahaya. Isu - Penerimaan rakaman dashcam sebagai keterangan.
28
Pihak pendakwaan dalam membuktikan bagaimana kemalangan ini berlaku, selain daripada mengemukakan keterangan saksi-saksi pendakwaan, pihak pendakwaan juga telah bergantung kepada dua rakaman dashcam iaitu satu rakaman daripada bahagian hadapan lori dan satu rakaman bahagian belakang lori yang diperolehi daripada lori yang terlibat dalam kemalangan ini. Rakaman dashcam bahagian hadapan ini memperlihatkan lori dipandu dan sedang bergerak di lorong kiri jalan dan kemudiannya paparan rakaman hilang ‘video lost’, manakala bagi rakaman dashcam belakang juga memperlihatkan S/N nQo0e5j4wkeEvyVoE2/jQg situasi yang sama di mana lori sedang bergerak di lorong kiri serta kelihatan bas yang sedang bergerak di lorong kanan jalan kemudiannya mula memasuki lorong kiri dengan melintasi garisan putih putus-putus di tengah jalan menghampiri lori dan kemudiannya paparan rakaman hilang ‘video lost’.
29
Pihak pembelaan berhujah bahawa penerimaan keterangan dashcam ini perlulah mengikut peruntukan di bawah seksyen 90A dan seksyen 90B Akta Keterangan 1950 dan tidak dinafikan bagi peruntukan seksyen 90A telah dipenuhi oleh pihak pendakwaan. Pihak pembelaaan telah merujuk kepada kes Mohd Ali Jaafar v PP [1998] 4 MLJ 210 yang dihujahkan telah menggariskan panduan penerimaan bukti rakaman pita sebagai keterangan. Pihak pembelaan menghujahkan bahawa prasyarat penerimaan keterangan yang dinyatakan dalam kes tersebut telah gagal dipatuhi oleh pihak pendakwaan iaitu dashcam kabur dan tidak mempunya kualiti, pemutusan rantaian barang kes serta tiada pemutaran pita rakaman kepada saksi bagi penentuan suara.
30
Manakala pihak pendakwaan pula telah berhujah bahawa dashcam tersebut boleh diterima sebagai keterangan dengan merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Mohd Khayry bin Ismail v. PP (2014) 4 MLJ 317 yang menyatakan: [9] We have read the appeal record and submissions of the parties in detail. We are grateful for the comprehensive submissions. After much consideration of the submission of the learned counsel we are of the considered view the appeal must be dismissed. Our reasons inter alia are as follows:
a
On the issue of CCTV recording at the apartment the learned counsel says
i
PW24 made a copy of the recording by downloading to a thumb drive with the aid of a CPU and later transferred into the CD which was marked as Exhibit P13; (ii) CD was then handed over to PW 20 who prepared the report on the CD which was marked as Exhibit P11. The learned counsel argues that there was no certificate tendered under section 90A of the Evidence Act 1950 (EA 1950) and there was no oral evidence adduced by PW 24 that P13 was produced in accordance with the said section. Similar arguments were also placed in respect of the CCTV recording in Giant Supermarket. S/N nQo0e5j4wkeEvyVoE2/jQg
b
We do not find merit in the technical arguments placed by the learned counsel. Our reasons inter alia are as follows:
i
Tape recording evidence or CCTV recording, etc. at common law will be admissible based on 'res gestae' principles as truth of its contents although they may be hearsay or even self serving statement. Section 6 of EA 1950 and also other sections give statutory recognition to 'res gestae' principle in the widest form and is not restricted to the common law parameters. The test for relevancy is set out in the section itself in no uncompromising terms. There appears to be no comprehensive formula for its admissibility save as to guidelines suggested and/or imposed by courts all for good reasons. [See Amrrita Lal Hazra v. Emperor 42 Cal 957; Bandahala bin Undik v. Public Prosecutor [2014] 1 CLJ 708]. The said section 6 of EA 1950 reads as follows: "Fact which, though not in issue, are so connected with a fact in issue as to form part of the same transaction are relevant, whether they occurred at the same time and place or at different times and places."
II
(ii) At common law any form of tape recording, video recording, etc.; if relevant is made admissible if the court is satisfied of its accuracy and that it has not been tampered with, etc. The jurisprudence relating to its admissibility as well as sections 3 and 61 of EA 1950 is set out in Janab's Key to Criminal Procedure and Evidence, 2nd edition and it reads as follows: "Document before the 1993 Amendment A 851 to the Act was defined in section 3 of the Act to mean any matter expressed or described upon any substance by means of letters, figures or marks or by more than one of those means intended to be used or which may be used for the purpose of recording that matter. Under the new amendment it includes any matter embodied in a disc, tape, film, sound track or other device whatsoever. A wide and extended meaning has been given to the definition 'document'. Previously documents at least related to things which could not be easily tampered with. Now documents include items which could be easily tampered with. It is submitted that the S/N nQo0e5j4wkeEvyVoE2/jQg admission of such documents which could be easily tampered with must be admitted with caution." In R v. Maqsud Ali [1965] 2 All ER 465 Marshall J observed: "....for many years now photographs have been admissible in evidence on proof that they are relevant to the issues involved in the case and that the prints are taken from negatives that are untouched. The print as seen represent that have been reproduced by means of mechanical and chemical devices. Evidence of things seen through telescopes or binoculars which otherwise could not be picked up by the naked eye have been admitted, and now there are devices for picking up, transmitting, and recording conversations. We see no difference in principle between a tape recording and a photograph. In saying this we must not be taken as saying that such recordings are admissible whatever the circumstances, but it does appear to this court wrong to deny to the law of evidence advantages to be gained by new techniques and new devices, provided the accuracy of the recording can be proved and the voices recorded properly identified; provided also that the evidence is relevant and otherwise admissible, we are satisfied that a tape recording is admissible in evidence. Such documents when produced for the inspection of the court are referred to as documentary evidence. Thus, documentary evidence may include not only documents in writing but also maps, plans, graphs, drawings, photographs, discs, tapes videotapes, films and negatives (see Cross on Evidence)."
III
(iii) The amendments in relation to documents to EA 1950 do not in any way affect the common law position as set out in R v. Maqsud Ali. The amendments allow further hearsay documents which may be difficult to be made admissible under the common law because of the hearsay rule and its prejudicial effect, to be made admissible provided the criteria set out in the amendments are complied with. The new amendments such as section 90A do not displace common law rules as to admissibility. That is to say if the party cannot admit a document in consequence of the common law restriction then he may get the document admitted under any of the new provisions such as section 90A, etc. S/N nQo0e5j4wkeEvyVoE2/jQg
IV
(iv) In the instant case, R v. Maqsud Ali will apply, as there is no issue as to the correctness of recording or tampering, etc. Even if section 90A was to be made applicable, a certificate is not sine qua non for its admissibility. The Court of Appeal in Gnanasegaran a/l Pararajasingam v. PP [1997] 4 CLJ 6; [1997] 3 MLJ 1 had asserted that the production of the certificate is permissive and not mandatory. The Court of Appeal on this issue observed: "On reading through s. 90A of the Act, we are unable to agree with the construction placed by learned counsel. First and foremost, s. 90A which has seven subsections should not be read disjointedly. They should be read together as they form one whole provision for the admissibility of documents produced by computers. As stated earlier, s. 90A was added to the Act in 1993 in order to provide for the admission of computer-produced documents and statements as in this case. On our reading of this section, we find that under sub-s (1), the law allows the production of such computer-generated documents or statements if there is evidence, firstly, that they were produced by a computer. Secondly, it is necessary also to prove that the computer is in the course of its ordinary use. In our view, there are two ways of proving this. One way is that it 'may' be proved by the production of the certificate as required by sub-s (2). Thus, sub-s (2) is permissive and not mandatory. This can also be seen in sub-s (4) which begins with the words 'Where a certificate is given under subsection (2)'. These words show that a certificate is not required to be produced in every case. It is our view that once the prosecution adduces evidence through a bank officer that the document is produced by a computer, it is not incumbent upon them to also produce a certificate under sub-s (2) as sub-s (6) provides that a document produced by a computer shall be deemed to be produced by the computer in the course of its ordinary use. It is also our view that the prosecution can tender the computer printout through the investigating officer without calling any bank officer. Therefore, when they adopt this way of proof, then it would be incumbent upon them to establish that the document is produced by a computer in the course of its ordinary use by producing the certificate under sub-s (2). The reason seems to me to be obvious as the investigating officer will be in no position to say that the printout S/N nQo0e5j4wkeEvyVoE2/jQg is produced by a computer in the course of its ordinary use, as he is not an officer of the bank. In the present case, Zainal - the person in charge of the operations of current accounts - testified that the statement of accounts was a computer printout. Therefore, in our view, the first part of sub-s (1) has been proved, ie that the document is a computer printout. It would be superfluous for him to issue a certificate under sub-s (2) when firsthand evidence that 'the document so were produced by a computer ' was given by Zainal. It would be superfluous to have a provision such as in sub-s (6) if in every case a certificate must be produced. It follows, therefore, that such a certificate need only be tendered if an officer like Zainal is not called to testify that the statement is produced by a computer. Then the certificate becomes relevant to establish that the document is produced by a computer in the course of its ordinary use. It is our view that when such an officer is not called, the court cannot rely on the deeming provision of sub-s (6). Once the court accepts the evidence of Zainal - and in this case we cannot see any reason whatsoever for the court not to as there was no challenge by cross-examination - the prosecution has succeeded in proving what s. 90A(1) requires them to prove: that such document was produced by the computer and in view of the deeming provision of sub-s (6), the second part is also proved."
v
Gnanasegaran's case was further endorsed by the Federal Court in Ahmad Najib Aris v. PP [2009] 2 CLJ 800. In addition, the relevant witnesses who were involved in extracting the CCTV recording were present in court and gave evidence. Ultimately it is for the court to decide on the issue of relevancy as well as admissibility. Whether a particular evidence is relevant is a question of law. [See Bibhati v. Ramendra Narayan AIR 1947 PC]. Once it is decided as relevant, the rules governing admissibility of evidence are procedural in nature and not a substantive right. [See Msimanga Lesley v. PP [2005] 1 CLJ 398; [2005] 4 MLJ 314]. Once admitted the issue will only be as to probative force or whether it should be excluded under the fairness rule, etc. [See s. 136 ]. The complaint as to admissibility on the grounds of hearsay is a factor which need to be taken by the courts before any evidence or documents is made admissible S/N nQo0e5j4wkeEvyVoE2/jQg
Preamble
pursuant to section 136 of EA 1950 without compromising on the 'fairness rule'. [See Liang Weng Heng v. Public Prosecutor [2013] MLJU 1283]. Once made admissible, the real issue would be its probative force and not admissibility if the evidence is relevant. When prejudicial evidence is admitted breaching the 'fairness rule' the integrity of decision making process is compromised and in consequence appellate intervention may be necessary. The facts of the instant case do not warrant so on this issue.
31
Mahkamah ini berpendapat bahawa prasyarat yang dinyatakan dalam kes yang dirujuk oleh pihak peguam adalah panduan dan bukannya kewajipan. Peruntukan seksyen 90B Akta Keterangan 1950 jelas menyatakan bahawa mahkamah boleh membuat kesimpulan munasabah setelah mengambil kira keadaan di bawah peruntukan sekseyn 90B(b) Akta Keterangan 1950.
32
Mahkamah ini mendapati bahawa tiada sebarang fakta atau situasi yang menunjukkan bahawa video tersebut telah tampered atau bukan video tulen yang diambil sendiri oleh SP3.
33
Mahkamah mengambil maklum bahawa terdapatnya percanggahan keterangan mengenai bagaimana penyerahan CD yang mengandungi rakaman dashcam tersebut kepada pegawai penyiasat kes. Percanggahan ini dapat dilihat pada keterangan SP3 yang menyatakan telah menyerahkan CD tersebut kepada SP4, namun SP4 pula telah menyatakan telah menerima CD tersebut daripada Puan Rafidoh dan menyerahkan kepada pegawai penyiasat. Mahkamah ini memutuskan bahawa percanggahan ini bukanlah alasan untuk menyatakan bahawa rakaman dashcam tersebut telah tampered. Dalam keterangan saksi-saksi mahkamah mendapati tiada sebarang unsur yang memungkinkan bahawa rakaman dashcam ini telah diubah atau tampered. Selain itu, kejadian berlaku pada 22.6.2017 dan saksi-saksi ini hanya memberi keterangan pada tahun 2023 yang sudah semestinya adalah logik untuk percanggahan ini timbul. S/N nQo0e5j4wkeEvyVoE2/jQg
34
Mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi, Mohd Sharwandy Sollahudin Lwn. PP [2025] CLJU 1114 yang mana telah memutuskan seperti berikut: [45] Kewujudan percanggahan-percanggahan kecil adalah suatu yang munasabah. Selagi mana ia tidak merencatkan keseluruhan kes, maka ia sepatutnya tidak boleh dijadikan alasan untuk menolak keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan.
35
Mahkamah juga tidak bersetuju dengan hujahan pihak peguambela yang menyatakan puan Rafidoh perlu dipanggil bagi membuktikan rantaian keterangan bagi dashcam tersebut.
36
Mahkamah ini berpendapat adalah cukup bahawa mahkamah ini berpuas hati tiadanya unsur-unsur yang memungkinkan bahawa rakaman tersebut telah diubah dan SP3 dengan jelasnya telah memberikan keterangan bagaimana beliau mendapatkan rakaman dashcam tersebut daripada lori tersebut dan kemudiannya menyerahkan kepada SP4 dan SP4 telah menyerahkan kepada pegawai penyiasat kes yang kemudiannya rakaman dashcam ini telah dicamkan oleh saksi-saksi pendakwaan iaitu SP3, SP5, dan SP10 ketika dimainkan di mahkamah. Keterangan SP3 juga menyatakan bahawa tiada sebarang pindaan dibuat pada rakaman dashcam tersebut. Sebagai tambahan, berdasarkan keterangan SP5 juga alat dashcam tersebut telah dipasang pada lori pada awal tahun 2017 dan kejadian kemalangan berlaku pada 22.6.2017 yang mana alat tersebut boleh dikatakan masih dalam keadaan baru. Oleh itu, mahkamah ini menerima pakai keterangan dashcam ini. Isu - Ketiadaan keterangan pegawai puspakom dan laporan kimia.
37
Pihak pembelaan telah menghujahkan bahawa dalam kes ini pegawai penyiasat tidak menghantar kenderaan-kenderaan tersebut ke jabatan kimia S/N nQo0e5j4wkeEvyVoE2/jQg dan pihak pendakwaan gagal untuk memanggil saksi pegawai puspakom bagi menjelaskan kerosakan kenderaan-kenderaan terlibat. Laporan puspakom hanya dikemukakan melalui pegawai penyiasat kes yang bukan pakar untuk menjelaskan kerosakan kenderaan. Atas sebab ini pihak pembelaan berhujah bahawa siasatan pegawai penyiasat adalah tidak lengkap dan point of impact tidak dapat diketahui secara terperinci.
38
Mahkamah ini berpendapat laporan puspakom dan laporan kimia dalam kes kemalangan ini hanyalah bersifat sokongan dan tidak mencacatkan siasatan sekiranya terdapat bukti dan keterangan-keterangan lain yang dikemukakan di mahkamah ini untuk menyokong kes pendakwaan.
39
Pihak pendakwaan juga telah mengemukakan kepada mahkamah ini, gambar-gambar tempat kejadian, gambar kenderaan dan gambar si mati yang dirakam SP2 di tempat kejadian bagi memperlihatkan keadaan jalan dan kerosakan kenderaan ketika itu. Walaupun tiada keterangan daripada pihak puspakom dan jabatan kimia, keterangan-keterangan lain yang dikemukakan di hadapan mahkamah ini masih cukup untuk dipertimbangkan oleh mahkamah dalam membuat dapatan. Dapatan mahkamah bagi elemen kedua.
40
Berdasarkan keterangan saksi-saksi, jelas jalan raya tersebut adalah lebuh raya yang mempunyai lorong kecemasan, lorong kiri dan lorong kanan. Keadaan jalan dalam keadaan baik, cuaca juga tidak hujan. Walaupun kejadian pada awal pagi dan cuaca masih gelap namun berdasarkan keterangan SP5, lori propel yang dipandunya semasa hari kejadian tersebut dipasang dengan lampu blinker di atas lori dan lampu mata arah yang bertujuan untuk kenderaan belakang untuk nampak dengan jelas.
41
Berkenaan dengan bagaimana kemalangan berlaku, mahkamah ini melihat kepada keterangan saksi SP5, SP10 dan rakaman video dashcam yang telah S/N nQo0e5j4wkeEvyVoE2/jQg diterima masuk oleh mahkamah ini, serta gambar-gambar yang dikemukakan pihak pendakwaan. Berdasarkan rakaman dashcam hadapan lori, Mahkamah ini mendapati lori WTG7405 sepanjang masa berada di laluan lorong kiri dan tiba-tiba paparan rakaman dashcam tersebut memaparkan ‘video lost’ manakala rakaman dashcam belakang lori tersebut memaparkan kelihatan lori sedang bergerak di lorong kiri dan bas yang dipandu oleh OKT pada awalnya sedang bergerak di lorong kanan dan mula memasuki lorong kiri melintasi garisan putih putus-putus ditengah jalan terus menghampiri lori dan kemudiannya rakaman dashcam terus memaparkan video lost.
42
Keterangan SP5 pula, menyokong bahawa SP5 sepanjang masa memandu lori WTG7405 tersebut di lorong kiri sebelum SP5 menyatakan mendengar dentuman dari belakang dan telah pengsan. SP5 hanya sedar semasa diangkat masuk ke dalam ambulance. Keterangan ini telah menyokong rakaman dashcam yang menunjukkan setelah bas melintasi garisan ke lorong kiri mendekati lori WTG7405, rakaman dashcam tersebut telah memaparkan ‘video lost’ yang mana mahkamah ini memutuskan pertembungan telah berlaku pada masa tersebut. Pada masa tersebut juga, rakaman dashcam bahagian hadapan juga menunjukkan lori berada di lorong kiri sebelum dashcam memaparkan ‘video lost’.
43
Berdasarkan situasi ini, tiada keadaan lain yang dapat menunjukkan fakta lain selain daripada pada ketika paparan dashcam menunjukkan video lost pada ketika itu pertembungan telah berlaku. Tiada sebab lain yang dapat dirumuskan berkenaan mengapa paparan dashcam menunjukkan video lost pada ketika itu.
44
Berkenaan dengan kerosakan pada kenderaan, sekiranya dilihat pada gambar kerosakan kenderaan, P4 I hingga L, dapat dilihat kenderaan bas mengalami kerosakan pada bahagian hadapan tepi sebelah kiri manakala kenderaan lori adalah remuk terputus dua dan kepala lori dalam keadaan terbalik. S/N nQo0e5j4wkeEvyVoE2/jQg
45
Pihak peguam bela telah berhujah bahawa point of impact tidak dapat diketahui kerana tiada gambar belakang lori yang telah dirakam. Namun, mahkamah ini tidak bersetuju kerana walaupun tidak dirakam gambar kerosakan belakang lori, ini tidak menunjukkan tidak berlakunya pertembungan antara lori dan bas tersebut. Kerosakan bas pada bahagian hadapan sebelah tepi kiri, adalah konsisten dengan rakaman dashcam yang memperlihatkan bas telah melintasi garisan putih putus-putus di tengah jalan dan memasuki lorong kiri terus menghampiri lori. Apabila rakaman dashcam terus memaparkan video lost, mahkamah ini membuat inferens bahawa pertembungan telah berlaku ketika itu iaitu bahagian hadapan tepi sebelah kiri lori telah bertembung dengan lori tersebut dan impaknya telah menyebabkan lori terbalik dan terputus dua.
46
Selain itu berdasarkan rakaman percakapan OKT yang telah dikemukakan di mahkamah dan keterangan OKT, pada ketika itu OKT sedang memandu dengan kelajuan 100 km/j. Berdasarkan siasatan juga, tiada sebarang kesan brek yang ditemukan di atas permukaan jalan tersebut. Maka dengan kelajuan tersebut dan pertembungan tersebut, adalah tidak mustahil impak kerosakan yang teruk terjadi ke atas lori.
47
Mengambil kira keadaan jalan yang baik, tiada halangan ke atas pemanduan OKT serta lori yang dilengkapi dengan lampu mata arah dan blinker juga telah membantu penglihatan OKT, mahkamah ini mendapati pemanduan OKT yang telah membawa bas tersebut dengan kelajuan 100km/j di lorong kanan dan kemudiannya telah mula memasuki lorong kiri dengan melintasi garisan putih putus-putus di tengah jalan dan melanggar bahagian belakang lori adalah satu pemanduan yang merbahaya di mana seorang pemandu yang kompeten tidak akan memandu dalam keadaan hal sedemikian. ELEMEN KETIGA – Sama ada cara pemanduan berbahaya OKT tersebut telah menyebabkan kematian orang lain.
48
Si mati yang terlibat dalam kemalangan ini adalah Ruslan bin Saidin iaitu penumpang lori yang sedang bekerja bersama SP5 dan SP8. Keterangan SP5 S/N nQo0e5j4wkeEvyVoE2/jQg dan SP8 mengesahkan semasa kejadian si mati duduk di bahagian penumpang hadapan sebelah SP5 yang memandu lori tersebut.
49
Pengecaman identiti si mati dibuat oleh SP1 yang merupakan anak si mati bersama pegawai penyiasat dan SP9 iaitu pegawai perubatan yang menjalankan postmorterm ke atas si mati. Isu - Penerimaan keterangan SP9 sebagai saksi pakar dan laporan postmortem.
50
Pihak pembelaan telah mempertikaikan SP9 sebagai saksi pakar atas alasan bahawa pihak pendakwaan gagal mengemukakan keterangan sama ada SP9 pernah memberi keterangan di mahkamah dan sama ada keterangan SP9 diterima mahkamah. Pembelaan juga menghujahkan bahawa walaupun SP9 mempunyai pengalaman selama 12 tahun tiada bukti yang dikemukakan untuk mengiktirafkan SP9 sebagai pakar patologi forensik dan beliau hanyalah pegawai perubatan dan bukanlah pakar forensik mahupun pakar patologi serta kursus-kursus yang dinyatakan dihadiri oleh SP9 adalah pada tahun 2024 dan bukannya tahun 2017.
51
Mahkamah ini telah meneliti dan menilai keterangan SP9 secara keseluruhannya. SP9 merupakan seorang pegawai perubatan gred UD54 di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Bidang tugas SP9 adalah patologi forensik iaitu untuk melakukan pemeriksaan bedah siasat dan seterusnya mengeluarkan laporan bedah siasat. SP9 telah bertugas selama 12 tahun dalam bidang ini. Sepanjang keterangan SP9, SP9 telah jelaskan dengan terperinci mengenai bedah siasat yang dijalankannya ke atas si mati dan berkenaan hasil dapatannya. Walaupun disoal balas oleh pihak pembelaan, SP9 adalah tegas dan yakin dengan bedah siasat yang dijalankannya serta hasil dapatannya.
52
Mahkamah ini membezakan fakta kes yang dirujuk oleh pihak pembelaan mereka iaitu kes Formi Atfa bin Ahmad & Anor v. PP [2014] 1 MLJ 838, di mana di dalam kes tersebut curriculum vitae (CV) ahli kimia di kemukakan ke S/N nQo0e5j4wkeEvyVoE2/jQg mahkamah, namun nota keterangan hanya merekodkan ‘CV is tendered, it will be typed as parts of notes of evedence’ yang mana bertentangan dengan seksyen 272 Kanun Tatacara Jenayah yang mengkehendaki hakim perbicaraan menulis nota-nota keterangan yang dikemukakan. Disebabkan ini CV tersebut tidak diterima masuk.
53
Manakala di dalam kes semasa, SP9 melalui keterangannya jelas menyatakan kelayakannya dan bidang tugasnya dengan jelas. SP9 mempunyai kelulusan MBBS (Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery) dan LLM (Master of Laws) (Healthcare and Medical Law). Selain itu, SP9 juga merupakan pegawai perubatan gred UD54 di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan telah berkhidmat selama 12 tahun dalam bidang patologi forensik untuk melakukan bedah siasat dan mengeluarkan laporan bedah siasat.
54
Mahkamah ini juga tidak bersetuju dengan hujahan peguam yang menyatakan bahawa SP9 bukan merupakan pakar patologi dan hanya seorang pegawai perubatan dan laporan bedah siasat yang dikeluarkan SP9 juga tidak dirujuk kepada pakar patologi forensik atau mana-mana doktor senior. Mahkamah ini mendapati, tiada peruntukan khusus undang-undang yang memperuntukkan bahawa bedah siasat perlu dilakukan oleh pakar patologi forensik sahaja dan tidak boleh dilakukakan oleh pegawai perubatan.
55
Selain itu, SP9 merupakan seorang penjawat awam yang menjalankan tugas rasminya sebagai pegawai perubatan. Oleh itu, mahkamah boleh menganggap fakta bahawa tindakan rasmi yang dijalankan oleh SP9 iaitu bedah siasat ke atas si mati telah disempurnakan mengikut peraturan berdasarkan peruntukan seksyen 114 Akta Keterangan 1950, misalan (e). “The court may presume the existence of any fact which it thinks likely to have happened, regard being had to the common course of natural events, human conduct, and public and private business, in their relation to the facts of the particular case. ILLUSTRATIONS S/N nQo0e5j4wkeEvyVoE2/jQg The court may presume:- …
e
that judicial and official acts have been regularly performed;”
56
Mahkamah mendapati bahawa tiada bukti yang dapat menunjukkan SP9 menjalankan tugas rasminya dengan tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Selain itu, keterangan SP9 sendiri menyatakan bahawa SP9 sendiri sebagai doktor ketika bedah siasat dilakukan dan mempunyai latihan dalam bidang patologi forensik boleh mengeluarkan pendapat sebagai pegawai perubatan yang bertugas di Jabatan Forensik. Isu – Punca Kematian.
57
Pihak pendakwaan telah berhujah berdasarkan laporan bedah siasat dan keterangan SP9, punca kematian si mati adalah kecederaan kepala disebabkan nahas jalan raya.
58
Pihak pembelaan pula telah berhujah bahawa SP9 sendiri tidak pasti sebab utama kematian kerana SP9 bukan pakar kardiologi dan si mati mempunyai penyakit jantung. Pihak pembelaan juga berhujah bahawa hanya 2 gambar mayat yang diambil untuk menunjukkan corak kecederaan dan tiada bukti sokongan lain.
59
Mahkamah ini tidak bersetuju dengan hujahan pembelaan. Keterangan SP9 adalah jelas bahawa punca kematian adalah kecederaan kepala disebabkan oleh nahas jalan raya. SP9 juga turut menjelaskan bahawa kecederaan kepala yang dialami oleh si mati adalah bersifat maut secara langsung di mana kematian mungkin berlaku dalam jangka masa amat singkat dan menyebabkan penyakit jantung itu tidak lagi menjadi salah satu competing cause of death. Mahkamah ini juga memutuskan ketiadaan gambar semasa bedah siasat dijalankan tidak bermaksud dapatan bedah siasat SP9 adalah tidak benar. S/N nQo0e5j4wkeEvyVoE2/jQg Keterangan lisan SP9 dan laporan bedah siasat yang disediakan oleh beliau adalah mencukupi untuk menjelaskan hasil dapatan beliau bagi bedah siasat yang dijalankan tersebut. Isu - Identiti si mati semasa proses bedah siasat.
60
Pihak pendakwaan berhujah bahawa identiti si mati telah dikenal pasti sebagai Ruslan bin Saidin. Pengecaman mayat telah dibuat oleh SP1 dan SP10 bersama SP9 di bilik mayat Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah.
61
Manakala pihak pembelaan telah berhujah bahawa pengecaman si mati dilakukan sebelum bedah siasat dijalankan dan tiada gambar bedah siasat si mati semasa bedah siasat dijalankan. Pihak pembelaan turut berhujah bahawa kehadiran pegawai penyiasat semasa bedah siasat dijalankan adalah penting.
62
Mahkamah ini tidak dapat bersetuju dengan hujahan pihak pembelaan tersebut, walaupun pengecaman identiti mayat dilakukan sebelum bedah siasat dan tiada waris, pegawai penyiasat atau jurufoto semasa proses bedah siasat dijalankan, tiada keterangan atau bukti yang menunjukkan bahawa SP9 telah melakukan bedah siasat ke atas mayat lain dan bukannya si mati Ruslan bin Saidin.
63
Keterangan SP9 jelas menyatakan bahawa sebelum bedah siasat mayat telah dicamkan oleh anak si mati dengan kehadiran pegawai penyiasat. Ini juga turut dinyatakan dalam laporan bedah siasat yang disediakan sendiri oleh SP9. SP9 sendiri telah mengesahkan bedah siasat telah dijalankan ke atas si mati Ruslan Saidin dan hasil bedah siasatnya sebagaimana laporan yang dikemukakan. Walaupun ketiadaan gambar si mati semasa bedah siasat dijalankan, SP9 telah sahkan identiti si mati yang beliau jalankan bedah siasat ke atasnya. SP9 juga telah camkan 2 keping gambar si mati yang ditunjukkan kepadanya. Mahkamah ini juga mendapati 2 keping gambar si mati yang dikemukakan menunjukkan pakaian yang sama seperti apa yang dinyatakan dalam laporan bedah siasat. S/N nQo0e5j4wkeEvyVoE2/jQg Dapatan mahkamah bagi elemen ketiga.
64
Mahkamah ini berpuas hati bahawa si mati Ruslan bin Saidin yang telah dicamkan oleh SP1, SP9 dan SP10 adalah individu yang telah terlibat kemalangan di dalam kes ini. Keterangan SP5 dan SP8 mengesahkan semasa kejadian si mati duduk di bahagian penumpang hadapan sebelah pemandu. SP2, SP4 dan SP10 turut mengesahkan mayat si mati yang berada di tempat kejadian setelah kemalangan berlaku. Keterangan SP9 dan laporan bedah siasat juga mengesahkan punca kematian si mati adalah disebabkan oleh kecederaan kepala disebabkan oleh nahas jalan raya. Oleh itu, pemanduan OKT yang merbahaya tersebut telah menyebabkan kemalangan yang telah menyebabkan kematian Ruslan bin Saidin. Dapatan mahkamah di akhir kes pendakwaan.
65
Mahkamah setelah mempertimbangkan dan meneliti keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan dan ekshibit-ekshibit yang dikemukakan dan membuat penilaian maksima telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan prima facie kes di mana ketiga-tiga elemen pertuduhan telah berjaya dibuktikan sebagaimana yang telah dinyatakan. Mahkamah seterusnya telah mengarahkan OKT untuk membela diri. OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi dan OKT tidak mepunyai saksi lain.
66
Mahkamah mendapati bahawa versi pembelaan OKT adalah semasa kejadian OKT sedang memandu bas BNH2521 di lorong kanan dan lori WTG 7405 yang dinaiki oleh si mati, SP5 dan SP8 telah memasuki lorong kanan laluan sah OKT menyebabkan bas yang dipandu OKT melanggar bahagian belakang kanan lori tersebut dan OKT menyatakan bahawa OKT tidak memandu secara merbahaya. S/N nQo0e5j4wkeEvyVoE2/jQg
67
Pihak pembelaan telah berhujah bahawa OKT telah membuat laporan polis sejurus selepas kemalangan. OKT juga telah memberi rakaman percakapannya kepada pegawai penyiasat yang mana laporan polis, rakaman percakapannya dan keterangannya di mahkamah adalah konsisten. Ini menunjukkan OKT tidak mereka cerita dan keterangannya berkenaan bagaimana kemalangan berlaku adalah benar.
68
Walaubagaimanapun, Mahkamah ini setelah mempertimbangkan dan menilai kesemua keterangan saksi-saksi pendakwaan dan juga keterangan OKT mendapati versi kemalangan menurut OKT tidak dapat disokong oleh mana-mana keterangan lain selain laporan polis dan rakaman percakapan OKT sendiri. Malah, pemandu kedua bas iaitu SP6 sendiri tidak dapat menceritakan bagaimana kemalangan berlaku kerana ketika kejadian SP6 sedang tidur dalam bas.
69
Mahkamah ini mendapati keterangan atau versi kemalangan menurut OKT adalah penafian semata. Walaupun OKT membuat laporan polis dan memberi rakaman percakapan kepada SP10 pada hari yang sama, ini tidak membuktikan bahawa versi kemalangan menurut OKT bukanlah bersifat penafian dan rekaannya. Hal ini kerana pada hari kejadian hanya OKT yang dalam keadaan baik dan sedarkan diri manakala SP5 dan SP8 telah cedera dan mendapat rawatan di hospital dan Ruslan bin Saidin telah meninggal dunia. Pada hari kejadian juga rakaman dashcam masih belum diperolehi.
70
Sebagaimana yang telah dibincangkan mengenai penerimaan mahkamah terhadap rakaman dashcam daripada lori yang terlibat kemalangan, mahkamah ini mendapati keterangan OKT berkenaan bagaimana kemalangan berlaku adalah sangat berbeza dengan rakaman dashcam yang dikemukakan di mahkamah. Berdasarkan rakaman dashcam tersebut langsung tidak kelihatan lori telah memasuki lorong kanan secara tiba-tiba. Mahkamah ini mendapati keterangan saksi-saksi pendakwaan adalah saling menyokong berbanding keterangan OKT. Dalam situasi ini, mahkamah lebih mempercayai bagaimana kemalangan berlaku menurut saksi-saksi pendakwaan dan ekshibit-ekshibit yang telah dikemukakan. S/N nQo0e5j4wkeEvyVoE2/jQg
71
Mahkamah ini juga telah melihat demeanor OKT ketika memberikan keterangan di mahkamah. Ini dapat dilihat dengan jelas semasa OKT diperiksa balas oleh timbalan pendakwa raya, apabila dirujuk rakaman dashcam, OKT telah bersetuju bahawa bas di dalam dashcam tersebut adalah bas yang dipandu OKT di lorong kanan, tetapi apabila rakaman dashcam diberhentikan di saat 40 dan disoal balas berkenaan bas tersebut telah melintasi garisan putus-putus, OKT telah mengambil masa untuk menjawab sehingga mahkamah sendiri telah meminta jawapan daripada OKT. OKT telah menafikan berdasarkan rakaman dashcam tersebut kelihatan bas yang dipandu OKT telah melintasi garisan putih putus-putus di tengah jalan. Mahkamah juga telah melihat dan mendapati adalah jelas kelihatan berdasarkan rakaman dashcam tersebut bas yang dipandu OKT telah melintasi garisan putus-putus tersebut.
72
Pihak pembelaan juga telah berhujah bahawa pihak pendakwaan telah menerima laporan polis yang dibuat OKT sebagai ekshibit dan ini bermaksud pihak pendakwaan telah menerima fakta yang diberikan OKT. Mahkamah mendapati hujahan ini adalah tidak bermerit. Laporan polis yang dibuat OKT merupakan sebahagian siasatan yang telah dijalankan oleh pegawai penyiasat dan penerimaan laporan polis OKT tersebut sebagai ekshibit adalah melalui pegawai penyiasat yang telah menerima laporan polis tersebut dan menjalankan siasatan.
73
Pihak pembelaan turut berhujah bahawa terdapat percanggahan-percanggahan keterangan saksi-saksi pendakwaan berkenaan masa pergerakan pegawai penyiasat iaitu SP10 dan jurufoto iaitu SP2 ke tempat kejadian, dan juga percanggahan keterangan SP4, SP10 dan SP2 berkenaan kedudukan bas ketika mereka di tempat kejadian. Mahkamah ini mendapati percanggahan-percanggahan ini bukanlah percanggahan-percanggahan yang material sehingga memprejudiskan kes pendakwaan.
74
Setelah mempertimbangkan keseluruhan kes, keterangan kesemua saksi-saksi, ekshibit-ekshibit yang dikemukakan mahkamah mendapati bahawa pihak pembelaan telah gagal untuk menimbulkan keraguan munasabah S/N nQo0e5j4wkeEvyVoE2/jQg terhadap kes pendakwaan dan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Oleh itu, OKT telah didapati bersalah dan disabitkan atas kesalahan.
75
ALASAN-ALASAN BAGI HUKUMAN YANG DIJATUHKAN Mahkamah sebelum menjatuhkan hukuman telah mempertimbangkan hujahan mitigasi daripada OKT dan juga hujahan pemberatan daripada timbalan pendakwa raya.
76
Pihak pembelaan telah membuat rayuan berdasarkan latar belakang OKT yang berusia 45 tahun dan menanggung 3 orang anak yang semuanya belajar di peringkat sekolah menengah. OKT tidak dapat bekerja tetap dan hanya membuat kerja sambilan kerana lesen OKT telah ditahan. OKT tidak mempunyai pendapatan tetap dan turut menanggung perbelanjaan ibu bapanya. Ini merupakan kesalahan pertama OKT.
77
Manakala pihak pendakwaan telah menghujahkan bahawa statistik kemalangan jalan raya semakin meningkat, kemalangan telah menyebabkan kematian satu nyawa dan dua individu lagi mengalami kecederaan. Semasa kejadian juga mereka sedang bekerja di lebuh raya tersebut.
78
Mahkamah ini, dalam menjatuhkan hukuman, merujuk kepada kes yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan iaitu kes PP v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] CLJU 864 yang memutuskan seperti berikut: [5] It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows:
a
(a)the gravity or severity of the facts constituting the offence;
b
(b)the circumstances in which it was committed;
c
(c)the rampancy of such offence in the area;
d
(d)the offender’s previous record;
e
(e)the offender’s contribution and support to his family members;
f
(f)the offenders means;
g
(g)the effect of conviction and sentence on his job opportunities; S/N nQo0e5j4wkeEvyVoE2/jQg
h
(h)the age and health of the accused;
i
(i)whether it is his first offence;
j
(j)whether the accused had cooperated with the police after the commission of the offence;
k
(k)whether the accused had pleaded guilty;
l
(l)status of the accused;
m
(m)whether there was violence during the crime; and
n
(n)public interest, etc.
79
Mahkamah ini juga memberikan penekanan yang lebih terhadap kepentingan awam berbanding kepentingan OKT sendiri. Prinsip ini dapat dilihat di dalam kes, Azwel Mohd Ali v PP [2012] 6 CLJ 809 di mana Mahkamah Rayuan telah menyatakan seperti berikut: “Mahkamah Tinggi dan juga mahkamah ini telah mengambil kira bahawa di dalam kes ini terdapat isu kepentingan awam (public interest) dan juga isu kepentingan peribadi perayu yang perlu dipertimbangkan sebelum hukuman dikenakan. Walau bagaimanapun Mahkamah Tinggi dan juga mahkamah ini telah memakai prinsip bahawa kepentingan awam mengatasi kepentingan peribadi. Di dalam kes PP v. Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102, Hashim Yeop Sani J, pernah memutuskan: One of the main considerations in the assessment of sentence is of course the question of public interest. On this point I need only quote a passage from the judgment of Hilbery J in Rex v. Kenneth John Ball as follows: In deciding the appropriate sentence, a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest... ’
80
Mahkamah ini setelah mempertimbangkan hujahan daripada pihak-pihak memutuskan hukuman yang dijatuhkan ke atas OKT iaitu penjara 45 bulan dari tarikh sabitan dan denda RM13,000 gagal bayar 10 bulan penjara. Mahkamah juga memerintahkan butir-butir kesalahan ini dicatatkan pada lesen memandu S/N nQo0e5j4wkeEvyVoE2/jQg OKT dan OKT hilang kelayakan untuk memegang lesen memandu untuk tempoh empat tahun selepas tarikh sabitan.
81
KESIMPULAN Atas alasan-alasan yang telah dinyatakan, mahkamah ini mendapati bahawa pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kes pendakwaan dan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan hukuman yang dijatuhkan ke atas OKT adalah berlandaskan undang-undang, setimpal dan wajar. Bertarikh 17 Ogos 2025 NUR SYIFA BINTI MOHD HAMZAH MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET (3) ALOR SETAR KEDAH DARUL AMAN Pihak – Pihak Bagi Pihak Pendakwa Raya Nur Huda Diyanah binti Amir Hamzah, TPR Nasruna Anhar Nordien Bagi Pihak Tertuduh S.P.Raman (Tetuan S. Raman & Co) S/N nQo0e5j4wkeEvyVoE2/jQg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.