Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: WA-22NCVC-57-02/2023 ANTARA MARLIS SERVICES SDN. BHD. [NO. SYARIKAT: 200201014455(582118-T)] ...PLAINTIF DAN KUMPULAN HARTANAH KOPAMA BERHAD [NO. SYARIKAT: 201601002673 (1173599-V)] ...DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (SELEPAS PERBICARAAN PENUH) PENGENALAN [1] Plaintif telah membawa tuntutan terhadap Defendan untuk perintah berikut-a) Satu deklarasi bahawa Defendan telah memungkiri janji, melanggar terma-terma Perjanjian Jual Beli bertarikh 17.08.2020 dan juga Perjanjian 16/12/2024 09:42:37 WA-22NCvC-57-02/2023 Kand. 45 Tambahan bertarikh 19.01.2021 apabila gagal membuat bayaran Harga Belian Premis tersebut sepertimana yang dipersetujui; b) Satu Perintah supaya Defendan membayar sebanyak RM860,000-00 kepada Plaintif sebagai bayaran sewa yang tertunggak dari bulan Disember 2020 sehingga Oktober 2022; c) Satu Perintah supaya Defendan membayar sebanyak RM6,738-46 iaitu bayaran bagi bil-bil utiliti yang tertunggak setakat Disember 2022 seperti berikut: - i) Bil Air (Air Selangor) – RM1,048-65; ii) Bil Elektrik (Tenaga Nasional Berhad) – RM5,689-81; d) Satu Perintah supaya Defendan membayar gantirugi bagi kerosakan premis serta kehilangan barang-barang kepunyaan Plaintif di Premis tersebut yang dianggarkan sebanyak RM25,900-00 dan/atau secara alternatif apa-apa jumlah yang ditentukan oleh Mahkamah dan/atau apa-apa jumlah yang ditaksirkan; e) Satu deklarasi bahawa perjanjian penyewaan di antara PAKG Food Industry Sdn Bhd (“pihak ketiga”) dengan Koperasi Perumahan Awam Malaysia (KOPAMA) Berhad (yang dahulu dikenali sebagai Koperasi Alumni MKM Kuala Lumpur Berhad) tanpa pengetahuan dan tanpa kebenaran Plaintif sebagai tuan punya Premis adalah tidak sah dan terbatal; f) Satu Perintah supaya apa-apa bayaran yang masih terhutang oleh PAKG Food Industry Sdn Bhd (“pihak ketiga”) kepada Koperasi Perumahan Awam Malaysia (KOPAMA) Berhad hendaklah dibayar terus kepada Plaintif sebagai tuan punya Premis dan dikira sebagai sebahagian bayaran sewa yang tertunggak; g) Satu Perintah supaya Defendan membayar pampasan dan gantirugi kepada Plaintif dan/atau secara alternatif apa-apa jumlah yang ditentukan oleh Mahkamah atau untuk ditaksirkan kerana menyewakan premis tersebut kepada pihak ketiga tanpa kebenaran dan tanpa pengetahuan Plaintif sebagai tuan punya Premis; h) Satu Perintah interim/interlokutori supaya Defendan memberikan maklumat lengkap dan terperinci termasuklah pendedahan semua maklumat tepat berkenaan Perjanjian Penyewaan di antara PAKG Food Industry Sdn Bhd dan mana-mana pihak lain yang menyewa Premis tersebut melalui Koperasi Perumahan Awam Malaysia (KOPAMA) Berhad supaya item (7) di atas dapat ditentukan dan/atau ditaksirkan; i) Satu Perintah supaya Defendan membayar kepada Plaintif gantirugi am dan/atau secara alternatif apa-apa jumlah yang ditentukan oleh Mahkamah atau untuk ditaksirkan kerana memungkiri Perjanjian Jual Beli dan Perjanjian Tambahan tersebut; j) Faedah pada kadar 8% ke atas jumlah harga belian yang dikira dari tarikh kemungkiran Perjanjian Jual Beli sehingga tarikh penyelesaian sepenuhnya; k) Faedah pada kadar 5% ke atas kesemua jumlah penghakiman yang dikira dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian sepenuhnya. [2] Perbicaraan penuh telah dijalankan pada 04/03/2024, 05/03/2024 dan 07/03/2024. Saksi-saksi adalah seperti berikut-Plaintif