(iii) we also find that the respondent is not at all entitled to rely on the defence of fair comment or even qualified privilege. [70] Dalam kes tersebut, Mahkamah Rayuan ada menerangkan isu berkaitan niat jahat dan malice/mala fide. Ia akan Mahkamah ulas sebagaimana di bawah. [71] Oleh itu, jika sekiranya secara alternative, pembelaan justifikasi atau ulasan saksama terpakai bagi pembelaan Defendan (yang mana dalam tindakan ini Mahkamah putuskan Defendan telah gagal), beban sekarang kembali kepada Plaintif untuk membuktikan bahawa Defendan memuatnaik “Hantaran-hantaran tersebut” dengan niat jahat (mala fide/malice). [72] Mahkamah merujuk semula kepada kes CHONG SWEET HUAT & ANOR di atas dan memetik seperti berikut: [220] The defendant must prove all four tests and if successful, there is nothing more for him to do, unless the plaintiff proves that the comment was maliciously published. In this sense, malice means that the defendant did not honestly believe in the opinion he was expressing. If the defendant honestly believes the opinion, an improper motive for publishing a defamatory opinion will not amount to malice.” [73] Dalam keputusan Mahkamah Rayuan melalui kes RAJA SYAHRIR ABU BAKAR & ANOR V. MANJEET SINGH DHILLON & OTHER APPEALS [2019] 4 CLJ 301; [2020] 3 MLJ 482 diputuskan seperti berikut: The Judge have also dismissed the defence of fair comment when there was an element of malice and indifference to the truth: [69] More significantly, the learned judge found the first defendant 'actuated with malice' when he made his charges against the plaintiff, and was actually indifferent to the truth of what he had commented on, so long as he could get to the opposition leader. For the same reasons, s. 9 of the Defamation Act was not available to the first defendant. [70] We agree with the learned judge. The finding of malice was with basis and we have no reason to disturb such findings of fact. The learned judge had evaluated the entire body of evidence and had heard the testimonies of the plaintiff and the first defendant before concluding that she had no reason not to accept the plaintiff's testimony that he had never known the first defendant. (emphasis added). [74] Sementara dalam kes ABDUL AZEEZ ABDUL RAHIM v. LIM GUAN ENG, COURT OF APPEAL, PUTRAJAYA [2023] 9 CLJ 513 diputuskan: [57] On the same score, the defence of fair comment is not available to the respondent as it is plain and obvious that the respondent was indifferent of the truth and was ready and eager to maliciously pluck any issue so as to impugn the character and reputation of the appellant. [58] Considering our finding regarding the respondent's malice, indifference to the truth, and failure in any exercise of verification, the respondent would also fail the threshold of the test of "responsible journalism" to succeed in a defence of qualified privilege. [75] Mahkamah kembali kepada keterangan dan bukti yang ada sepanjang perbicaraan bagi kes ini. Defendan membuat pengakuan bahawa penulisan ini bukan baru tapi telah bertahun-tahun dan Defendan telah membuat beratus-ratus hantaran di Facebook “Lily Mk” miliknya mengenai Plaintif dan kerjaya Plaintif sebagai doula dan CBE. [76] Mahkamah boleh Nampak ketaksuban Defendan terhadap Plaintif dan kerjaya Plaintif sebagai doula/CBE sehinggakan dalam pemikran biasa, Mahkamah boleh sahkan dari hantaran-hantaran yang dimuatnaik, boleh menimbulkan satu persoalan – apakah Defendan mempunyai masalah atau ketidakpuasan hati terhadap Plaintif secara peribadi? [77] Perkara ini juga berlarutan sepanjang perbicaraan bermula di mana Mahkamah sendiri dimaklumkan dan diminta untuk memberikan arahan agar Defendan berhenti dan tidak membuat apa-apa hantaran di mana-mana media social kerana kes sedang berjalan dan saksi sedang memberi keterangan. Mahkamah telah memberi amaran kepada kedua-dua pihak untuk tidak membuat apa-apa kenyataan, komen dan sebagainya dalam mana-mana medium kerana ia adalah tindakan tidak sepatutnya sepanjang kes berjalan. [78] Defendan dan beberapa orang yang bersama beliau, yang hadir sepanjang Plaintif dan saksi Plaintif memberi keterangan di Mahkamah terbuka juga telah ditegur oleh Mahkamah kerana asyik menaip di telefon bimbit secara aktif sehinggakan mengganggu perjalanan kes. Demeanour Defendan dan rakan-rakannya di Mahkamah selari dengan apa yang terjadi di media social/facebook “Lily MK” yang mana beratur-ratus hantaran, komen dan sebagainya yang menunjukkan betapa aktif mereka dalam memberi respons isu ini. [79] Dapatan Mahkamah ini adalah berdasarkan Ikatan-Ikatan Dokumen yang dikemukakan ke Mahkamah ini semasa perbicaraan yang mana terdapat 80 hantaran Facebook Defendan mengenai Plaintif dan juga boleh dirujuk dalam IDP, m/s 94 hingga 108 - Hantaran-hantaran lanjut di Facebook Defendan, walaupun telah menerima Notis Tuntutan peguamcara Plaintif. [80] Mahkamah juga cuba mengamati gaya bahasa penulisan Defendan dalam kenyataan-kenyataan beliau yang menunjukkan niat dan cara yang tidak menggambarkan dan/atau bertentangan dengan pembelaannya bahawa hanya berkongsi ilmu dan kesedaran. [81] Mahkamah mengambil contoh komen-komen yang menunjukkan gaya bahawa dan penulisan Defendan yang tdiak menggambarkan pembelaanya apatah lagi tahap Pendidikan dan latarbelakang Defendan yang mana sepatutnya Defendan memberikan makluman dan menyebarkan ilmu dengan cara yang lebih murni dalam forum yang tepat. “Iskandar Mohd : Sekarang dah tak boleh nak komen kat FB laki bini ni lagi..sebab dah kena block Pesan kat dia.. “DOULA HANYA PENEMAN IBU JEE” Jangan nak lebih2 dari Pakar Pakar yang terlatih Nak advise itu ini..mengarut pulak tu Orang belajar medical pun tak lebih2 Dia nak jadi Doula ke nak jadi pakar perubatan(bius) sebenarnya? (Rujuk IDP, m/s 26) Lily Mk (Defendan sendiri): Iskandar Mohd Macam produk overclaim, tapau semua (Rujuk IDP, m/s 26) “Nor Razaliza: Dengan anesthesiologist makcik doula nak kencing. Oii, kau tu cuma doula jer. Dah laa doula black market lagi nak kona sana sini (Rujuk IDP, m/s 28) Lily Mk (Defendan sendiri): Nor Razaliza Doula-black market so apt (Rujuk IDP, m/s 28) Azwan Mohd Rosdee: Hurmm… laki bini… perangai… (Rujuk IDP, m/s 31) Lily Mk (Defendan sendiri): Azwan Mohd Rosdee Sekufu (Rujuk IDP, m/s 31) Adam Hawa: Sy kagum dgn dia, professor perbidanan dia canggah macam tu je…(Rujuk IDP, m/s 34) Lily Mk (Defendan sendiri): Adam Hawa CONfident itu penting (Rujuk IDP, m/s 34) Shafini Latif: Lily Mk yg percaya n mengikut pula trsangat bahalol…pandai mas buat duit modal air liur je konon ilmu (Rujuk IDP, m/s 34). [82] Defendan mengundang dan menggalakkan orang awam memberikan komen-komen negative dan semakin rancak membuat tafsiran dan pemikiran sendiri. Komen-komen ini menyerang peribadi seseorang. “Hantara-hantaran tersebut” dibuat melalui facebook Defendan dan Defendan mempunyai kuasa sepenuhnya ke atas facebook tersebut. Oleh itu, Defendan harus bertanggungjawab atas apa jua yang ditulis dalam akaun tersebut. [83] Pembelaan Defendan/hujahan Defendan “tiada satu terbitan Defendan bertujuan mengajak orang ramai (public) untuk meletakkan komen-komen yang jelek dan/atau menghina Plaintif dalam tindakan ini. Tiada satu bentuk ajakan seperti “ayuh kita kutuk”, “apa pendapat semua berkenaan….” dan sebagainya” [84] Mahkamah katakana bahawa ini adalah hujahan yang tidak perlu. Sebagai seorang terpelajar, Defendan tidak boleh bergantung kepada pendirian ini. Samada wujud secara tersurat atau tidak, Defendan faham dan tahu apa implikasi apabila memuatnaik sesuatu di laman social yang terbuka kepada umum (public and not private account). [85] Tidak perlu kepada ayat sebegini untuk menyampaikan maksud fitnah tersebut. Dari pembacaan umum, boleh difahami bahawa “Hantaran-hantaran tersebut” telah mengundang fitnah dan kritikan bukan sahaja dari pihak Defendan bahkan sama-sama ditokok tambah dan digembar-gemburkan oleh pembaca lain. Secara amnya, jika “Hantaran-hantaran tersebut” tidak dibuat, adakah orang lain/pembaca/pengikut Defendan di Facebook akan membuat kritikan dan komen sedemikian? Sudah semestinya tidak. [86] Walaupun Defendan tidak bersetuju dengan apa yang dibuat/sarankan/diajar oleh Plaintif, medium yang digunakan adalah tidak sesuai dan penglibatan orang awam yang juga tidak mempunyai asas atau latarbelakang dalam bidang yang dikritik adalah satu tindakan tidak wajar dan penyalahgunaan medium sosial. [87] Penyataan-penyataan ini pada hemat Mahkamah telah menunjukkan satu niat tidak baik/mala fide di pihak Defendan. Mahkamah melihat secara keseluruhan kes dan juga keterangan-keterangan yang ada di Mahkamah yang mana boleh dilihat dalam nota prosiding. Oleh itu, Mahkamah tidak memetik secara terpeinci mana-mana keterangan memandangkan Mahkamah boleh menilai keseluruhan perjalanan kes dari awal hingga akhir (finding of facts by the court). Adakah Plaintif layak menuntut gantirugi. [88] Mahkamah membuat dapatan bahawa Plaintif telah berjaya membuktikan kes terhadap Defendan. Perkataan yang diterbitkan diakui diterbitkan oleh Defendan, disiarkan di platform awam (media social/facebook) iaitu pihak ketiga dan mengundang komen serta kritikan umum. Perkataan yang diterbitkan adalah bersifat fitnah (defamatory in nature). Secara spesifik, penyataan dalam perenggan 13 Penyataan Tuntutan Plaintif telah dibuktikan. [89] Penyataan yang diterbitkan Defendan telah memberi maksud dan menjurus kepada pemahaman umum yang memberi kesan negatif kepada Plaintif di mana orang awam yang tidak mengenali beliau sekalipun telah terpengaruh dan memberikan komen-komen yang bersifat hasutan, kebencian, merendah-rendahkan serta menjatuhkan air muka Plaintif. [90] Sebagai contoh, jika sekalipun Plaintif tidak mempunyai pengetahuan dan kepakaran di dalam bidang perubatan (seorang doktor bertauliah), terbitan Defendan telah membawa orang awam bersama-sama Defendan bertukar-tukar komen menghentam peribadi Plaintif dan ia merupakan satu penderaan siber (cyber-bully) yang menjatuhkan moral seseorang (dalam kes ini khusus merujuk kepada Plaintif) yang tidak sepatutnya berlaku. [91] Terbitan-terbitan tersebut adalah bersifat terus-menerus dan tidak putus. Walaupun Defendan membela diri dengan mengatakan bahawa niat beliau adalah untuk memberi kesedaran kepada umum (to educate public) (yang mana Mahkamah telah membuat dapatan sebaliknya), ia tidak harus bersifat menyerang peribadi seseorang. [92] Tambahan pula, sebagai seorang Dr. Falsafah, Defendan harus lebih tahu bagaimana cara menyalurkan maklumat yang betul kepada umum dan bukan cara perbincangan secara terbuka dengan orang-orang yang bukan pakar dalam bidangnya. [93] Latarbelakang Defendan yang berpendidikan tinggi ini juga berkemungkinan membuat pengikutnya/pembaca bergantung kepada kenyataannya walaupun pada dapatan Mahkamah Defendan tidak wajar atau seharusnya memberikan komen secara khusus serta mengkritik hanya berdasarkan bacaan pada perkara yang bukan bidangnya. [94] Dalam penyataan tuntutan Plaintif, Plaintif menuntut pelbagai gantirugi termasuk gantirugi am, gantirugi teruk dan teladan, serta gantirugi berterusan. [95] Bagi gantirugi, Mahkamah membuat dapatan bahawa Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutannya dan kesan ke atas Plaintif bagi kecederaan reputasi, nama baik, maruah dan juga sebagai satu bentuk gantirugi teruk dan teladan dengan membenarkan satu award pada jumlah yang Mahkamah taksirkan pada jumlah RM100,000.00 secara global. [96] Ini kerana, Mahkamah berepndapat penindasan siber dalam bentuk begini semakin berleluasa. Kesan kepada seseorang yang dinamakan adalah berbeza. Daya ketahanan diri seseorang juga berbeza samada dari segi mental, fizikal, financial memandangkan ada juga pihak yang terkesan dalam penindasan siber boleh kehilangan pendapatan, mengeluarkan kos bagi memfailkan tindakan sama, kehilangan masa untuk mencari pendapatan/bekerja kerana sibuk dengan tindakan Mahkamah dan sebagainya, [97] Dalam tindakan ini, Mahkamah tidak berikan gantirugi RM100,000.00 disebabkan Plaintif kehilangan kerja sebagai doula atau kehilangan prospek perniagaan atau kehilangan pelajar. Ini tidak dibuktikan oleh Plaintif. Mahkamah memberikan gantirugi ini atas dasar sacara global terutama bagi satu bentuk gantirugi teruk dan teladan kepada pihak-pihak lain pada masa akan datang. [98] Oleh demikian, Mahkamah berpuashati bahawa Plaintif perlu diberi gantirugi kesan daripada perbuatan Defendan dan jumlah RM100,000.00 adalah adil dan munasabah. [99] Seterusnya, Mahkamah juga membenarkan tuntutan-tuntutan lain oleh Plaintif sebagaimana perenggan 51 Penyataan Tuntutan. [100] Akhirnya, Mahkamah ingin merujuk kepada keputusan YAH Mohamad Abazafree Mohd Abbas H dalam kes WAN NUR SITI AISYAH WAN HASAN & ANOR lwn. ANES AYUNIE OSMAN [2023] CLJU 1513 yang mana dapatan YAH adalah terpakai dalam kes kita hari ini sebagaimana berikut: “[40] Menggunapakai garispanduan ini serta dibandingkan dengan keterangan-keterangan yang telah dikemukakan, Mahkamah telah meneliti kesemua keterangan dan merumuskan bersetuju dengan rumusan yang dihujahkan oleh peguam Plaintif bahawa kenyataan-kenyataan tersebut secara semulajadinya atau secara pengertian biasa atau secara lazim adalah sindiran yang membawa erti dan difahami membawa maksud bahawa: … n) Plaintif-Plaintif telah membuli Defendan secara siber atau atas talian. [49] Di atas pertimbangan-pertimbangan ini, Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif di atas imbangan keberangkalian telah berjaya membuktikan bahawa Defendan telah melakukan fitnah ke atasnya. [60] Tuntutan Plaintif ke atas Defendan adalah bagi ganti rugi am, teruk dan pengajaran atas kedua-dua tort. Ia berbeza dengan ganti rugi khas yang perlu dibuktikan oleh Plaintif secara khusus ke atas kerugian yang telah dialaminya. Kesimpulan [68] Di atas pertimbangan-pertimbangan ini, Mahkamah memutuskan seperti berikut: a) satu perintah injunksi dikeluarkan bagi menghalang Defendan melalui dirinya, pekerja-pekerjanya atau agen-agennya daripada mengeluarkan dan menerbitkan sama ada secara maya, lisan atau bercetak sebarang pernyataan-pernyataan fitnah sepertimana yang dinyatakan sebagai kenyataan fitnah kedua sehingga kesembilan belas di dalam Pernyataan Tuntutan; b) satu perintah injunksi dikeluarkan bagi Defendan melalui dirinya, pekerja-pekerjanya atau agen-agennya memadamkan dan/atau menurunkan kesemua video, dan pernyataan-pernyataan fitnah sepertimana yang dinyatakan sebagai kenyataan fitnah kedua sehingga kesembilan belas di dalam Pernyataan Tuntutan di media sosial Defendan sama ada Facebook, Instagram dan lain-lain ruangan media sosial, maya atau bercetak; c) ganti rugi am sebanyak RM 100,000.00 di atas kenyataan-kenyataan fitnah yang telah dikeluarkan oleh Defendan ke atas Plaintif; d) ganti rugi am sebanyak RM 100,000.00 ke atas salah laku kacau ganggu perniagaan tidak sah oleh Defendan terhadap perniagaan Plaintif; e) faedah atas jumlah penghakiman pada kadar 5% setahun yang dikira dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh; dan f) kos sebanyak RM 30,000.00 tertakluk kepada fi alokatur. [61] Bagi Mahkamah, tort fitnah wujud untuk melindungi, bukan orang atau kewangan, sebaliknya bagi melindungi reputasi orang yang difitnah. Pemberian ganti rugi yang diberikan di dalam kes fitnah adalah bertujuan sebagai pampasan dan bukan skim untuk kekayaan atau penindasan yang tidak terperi. Di dalam kes di mana terdapat kerosakan pada reputasi, pampasan mesti termasuk jumlah yang akan membuktikan nama baiknya dan mengambil kira kesusahan, kecederaan dan penghinaan yang disebabkan oleh penerbitan fitnah tersebut (rujuk; Lim Guan Eng lwn Ruslan bin Kassim dan satu lagi rayuan [2021] 4 CLJ 155). [62] Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa apabila sesuatu fitnah dibuktikan, tidak ada keperluan untuk Plaintif membuktikan kerosakan yang terhasil bagi mendapatkan ganti rugi. Apatah lagi di dalam kes ini, Plaintif menuntut ganti rugi am, teruk dan pengajaran selain daripada reif-relif lain (rujuk; Lim Guan Eng v. Razman Zakaria [2022] CLJU 1108; [2022] 1 LNS 1108). [63] Oleh itu isu berkaitan pembuktian kerugian bukanlah menjadi prasyarat yang perlu dibuktikan oleh Plaintif. Sehubungan itu, Mahkamah telah menimbang kesan fitnah ke atas Plaintif yang merupakan peniaga sejak tahun 2014. Plaintif Pertama mempunyai pengikut media sosial Instagram mencecah 537 ribu dan 62,861 pengikut di laman Facebook. Manakala Plaintif Kedua mempunyai jumlah pengikut mencecah 101 ribu pengikut di media sosial Instagram. [64] Selain itu, Plaintif turut mempunyai 1,132 agen yang dibuktikan melalui satu kumpulan kumpulan Whatsapp "Shailicious Warriors" yang menggambarkan kedudukan perniagaan serta syarikat Plaintif. [65] Mahkamah ingin menegaskan bahawa setiap warganegara adalah berhak untuk menjalankan perniagaan yang mereka fikirkan sesuai dan mampu membawa pulangan. Namun kebebasan tersebut adalah tertakluk kepada satu persaingan yang adil tanpa dicampuri elemen-elemen yang tidak sihat. Di dalam zaman di mana teknologi maklumat memainkan peranan yang sangat besar, maka setiap orang sewajarnya bijak menangani perkembangan teknologi ini. [66] Defendan sebagai seorang yang matang sewajarnya sedar kedudukan dirinya serta kedudukan Plaintif. Apa sahaja yang diterbitkan atau dinyatakan oleh Defendan semestinya boleh memberi kesan kepada banyak pihak. Sewajarnya Defendan jika hendak memulakan suatu perniagaan produk kecantikan, mempromosi kebaikan produknya tanpa membandingkan dengan produk-produk yang lain termasuk milik Plaintif. Apatah lagi di dalam kes ini, Defendan sehingga sanggup menggunakan "sunnah" untuk membandingkan produknya dengan produk Plaintif. [67] Sehubungan dengan itu, Mahkamah merumuskan bahawa Plaintif wajar dipampas dengan mengawardkan ganti rugi am ke atas tindakan Defendan memfitnah serta kacau ganggu ke atas perniagaan Plaintif. Sekian untuk pertimbangan YAH. Disediakan oleh: Sazlina Safie …………………… Sazlina Bt Safie Hakim Sesyen, Mahkamah Sesyen 1 Sivil, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor. Tarikh :9/8/2024 Peguamcara Plaintif: PN. ASIAH BT ABD JALIL [TETUAN ASIAH ABD JALIL LAW CHAMBERS] Peguamcara DefenDan: EN. ZULHILMI BIN ABDULLAH ASRI [TETUAN HAZIQ A SUBHI & CO.]