(e)costs for post trial supervisory care [54] Bagi item ini, berdasarkan dari keterangan, sebelum kemalangan pun, SP3 telah menjaga Perayu dalam kehidupan harian (selepas pulang dari kerja). [55] Merujuk kepada keterangan SP3 lagi, saya mendapati seolah-olah SP3 ingin melepaskan tanggungjawabnya untuk menjaga Perayu di peringkat post trial supervisory care. Segala keperluan dalam item ini lebih banyak kepada spekulatif sahaja. Ini jelas dilihat antara keperluan yang dituntut adalah memasak, membasuh pakaian, mengemas bilik, mengemas katil dan sebagainya. [56] Saya berpendapat tanggungjawab ini masih terletak kepada SP3 atau anak-anak lain terhadap Perayu dan tidak boleh mengambil kesempatan dari kemalangan ini. [57] Berdasarkan kepada latarbelakang pekerjaan dan pendidikan Perayu serta umurnya sekarang, saya berpendapat Perayu masih lagi mampu menguruskan dirinya sendiri dalam aktiviti kehidupan 13 harian dengan di bantu oleh SP3 atau ahli keluarga lain seperti sebelum kemalangan berlaku. [58] Atas alasan-alasan ini, saya menolak tuntutan Perayu bagi item ini dan mengekalkan keputusan L/HMS. [59] Kesimpulannya sebahagian rayuan Perayu terhadap kuantum dibenarkan dan sebahagian lagi ditolak. [60] Faedah 5% setahun dari tarikh pemfailan writ saman hingga penyelesaian penuh bayaran. [61] Kos rayuan diberikan kepada Perayu sebanyak RM6,000 dan tertakluk pada 4% alokatur. Bertarikh: 23 Ogos 2021. (ROSLAN BIN HAJI ABU BAKAR) Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu. 14 PIHAK-PIHAK: Bagi pihak Perayu: Pn. Kameswary a/p Ramasamy, Tetuan Kames & Associates, No. 80-1, Jalan Mahogani 1, Bandar Botanic, 41200 Klang, Selangor. Bagi pihak Responden: En. Aidi Haizorin bin Abdullah, Tetuan Othman Hashim & Co, 1st Floor, PT 371, Rumah Kedai Lembah Sireh, 15050 Kota Bharu, Kelantan.