jam hingga dua belas (12) jam sebelum mayat si mati diterima S/N LWNhezs22kKQ6jhHSuRamw oleh SP17. SP17 menerima mayat si mati pada jam 7.15 malam pada tarikh kejadian. Mengambil kira 12 jam sebelum 7.15 malam bermakna anggaran masa kejadian bermula dari 7 pagi. Maka adalah hujahan peguamnbela terpelajar bahawa bermula dari jam 7 pagi terdapat bukan sahaja Perayu dan si mati di tempat kejadian tetapi juga SP9, SP10 dan SP11 dan dapatan bahawa Perayu adalah orang terakhir bersama si mati adalah salah. [27] Mahkamah ini mendapati peguambela terpelajar telah tersalah dalam memahami keterangan SP17 mengenai “post-mortem interval” yang dimaksudkan oleh SP17. Jangkamasa berlakunya kematian yang diberikan oleh SP17 adalah satu anggaran dan bukannya masa yang tepat di mana kematian si mati berlaku. Seperti yang dinyatakan, dalam jangkamasa yang diberikan oleh SP17 apa yang berlaku ialah SP9, SP10 dan SP11 yang berada bersama-sama Perayu dan si mati telah meninggalkan tempat kejadian/premis tersebut sekitar jam 9 ke 11 pagi. SP11 adalah orang yang terakhir meninggalkan tempat kejadian dan pada ketika itu hanya Perayu dan si mati sahaja yang masih berada di situ. Apabila SP9 kembali ke tempat kejadian sekitar jam 1 petang, si mati dijumpai terlentang di atas lantai dan Perayu yang merupakan orang yang terakhir berada bersama si mati sebelum itu sudah tiada. Gabungan keterangan SP9, SP10 dan SP11 menjuruskan kepada Perayu kerana hanya Perayu sahaja yang merupakan orang terakhir berada bersama si mati sebelum mereka meninggalkan tempat kejadian. S/N LWNhezs22kKQ6jhHSuRamw [28] Keterangan yang positif juga diperolehi dengan penzahiran perbuatan/tindakan Perayu yang telah meninggalkan tempat kejadian dalam lingkungan waktu semasa si mati telah ditemui mati. Perayu ditangkap di stesen bas UTC Sungai Petani semasa Perayu sedang berurusan mencari tiket ke Kuala Lumpur. Keterangan perbuatan/tindakan Perayu ini yang berlaku pada hari yang sama selepas si mati ditemui mati ini adalah merupakan keterangan sokongan yang menguatkan lagi teori ‘last seen” ini kerana perbuatan/tindakan Perayu ini adalah satu fakta yang relevan mengikut seksyen 8 Akta Keterangan 1950 yang menunjukkan persediaan Perayu untuk meninggalkan Sungai Petani setelah berlakunya satu pembunuhan yang melibatkan si mati rakan sekerjanya. [29] Keterangan tindakan/perbuatan Perayu tersebut di atas menjadi lebih relevan apabila hasil dari pemeriksaan dan ujian DNA yang dilakukan ke atas kesan darah yang diperolehi dari baju T-shirt yang dipakai oleh Perayu (eksibit P40A) terdapat campuran profil DNA kedua-dua Perayu dan juga si mati. Malahan keratan kuku Perayu yang telah di ambil untuk ujiian dan analisis DNA juga mengandungi profil DNA campuran antara Perayu dan si mati. [30] Hanya satu inferens sahaja yang boleh dibuat hasil dari keterangan ini. Mahkamah ini mendapati kesemua keterangan-keterangan bersandarkan keadaan di atas apabila dicantumkan berjaya menjadi satu simpulan fakta yang sangat kuat yang menzahirkan bahawa Perayu bukan sahaja merupakan orang yang S/N LWNhezs22kKQ6jhHSuRamw terakhir berada bersama si mati tetapi juga telah mendatangkan kecederaan kepada si mati yang telah menyebabkan kematian si mati dan Perayu kemudiannya telah melarikan diri serta cuba meninggalkan Sungai Petani ke Kuala Lumpur pada hari yang sama selepas kejadian. [31] Mahkamah Agung di India dalam kes Ashok v State of Maharashtra [2015] 4 Supreme Court 393, telah memberikan penerangan lanjut mengenai teori “last seen together” seperti yang berikut: “The latest judgment on the point is Kanhaiya Lal v State of Rajasthan, [2014] 4 SCC 715. In this case this Court has held that the circumstance of last seen together does not by itself and necessarily lead to the inference that it was the accused who committed the crime. There must be something more establishing the connectivity between the accused and the crime. Mere non-explanation on the part of the accused by itself cannot lead to the proof of guilt against the accused. From the study of the above stated judgments and many others delivered by this Court over a period of years, the rule can be summarized as that the initial burden of proof is on the prosecution to bring sufficient evidence pointing towards the guilt of the accused. However, in case of last seen together, the prosecution is exempted to prove exact happening of the incident as the accused himself would have special knowledge of the incident and thus, would have burden of proof as per Section 106 of Indian Evidence Act. Therefore, last seen together itself is not a conclusive proof but along with other circumstances surrounding the incident, like relations between the accused and the deceased, enmity between them, S/N LWNhezs22kKQ6jhHSuRamw previous history of hostility, recovery of weapon from the accused etc., non-explanation of death of the deceased, may lead to a presumption of guilt.” [Penekanan diberikan]. [32] Berdasarkan keterangan-keterangan bersandarkan keadaan yang telah dihuraikan di atas, kami mendapati pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap Perayu. Maka beban adalah di pihak Perayu untuk menerangkan apakah sebenarnya yang berlaku kepada si mati sebelum dia meninggalkan si mati di tempat kejadian. Walau bagaimanapun, kami mendapati penerangan/pembelaan yang diberikan oleh Perayu tidak berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. Melalui pemeriksaan balas terhadap saksi-saksi pendakwaan, Perayu mengatakan bahawa terdapat seorang lelaki bernama Zaw Meng Oo yang telah menyebabkan “the fatal blow” terhadap si mati namun sehingga akhir kes pendakwaan, tidak ada maklumat lanjut yang diberikan oleh Perayu mengenai kewujudan lelaki bernama Zaw Meng Oo tersebut. Di peringkat pembelaan pula, Perayu menyatakan bahawa tujuan dia ke stesen bas UTC Sungai Petani adalah untuk berjumpa kawannnya di kedai makan barhampiran stesen bas UTC tersebut. Menurut Perayu dia telah duduk makan bersama rakannya bernama Win Thwn. Namun apabila disoal balas oleh pihak pendakwaan, Perayu mengatakan bahawa tujuan sebenar dia ke stesen bas UTC tersebut adalah untuk mencari teksi untuk ke rumah seorang lagi rakannya bernama Zaw Thewn di Bandar Bharu kerana takut ditangkap polis. Pembelaan Perayu yang tidak konsisten dan berdolak dalih bukanlah satu pembelaan yang boleh menimbulkan keraguan yang munasabah menurut undang-undang. S/N LWNhezs22kKQ6jhHSuRamw Kami mendapati tiada lain tujuan Perayu ke stesen bas UTC Sungai Petani selepas kejadian melainkan untuk melarikan diri ke Kuala Lumpur selepas membunuh si mati. [33] Kami bersetuju dengan dapatan YA HMT yang telah mengulas dapatannya seperti yang berikut: “Whether or not it was the accused who had inflicted the fatal blow.