Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN NO.: DA-B52M-50-04/2024 ANTARA MAYBANK ISLAMIC BERHAD (No. Syarikat: 200701029411 (787435- M) …PLAINTIF
DA-B52M-50-04/2024
Sessions Court of Malaysia19 Mar 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN NO.: DA-B52M-50-04/2024 ANTARA MAYBANK ISLAMIC BERHAD (No. Syarikat: 200701029411 (787435- M) …PLAINTIF
1
DAN AMAZON PILLAR ENTERPRISE SDN BHD (No. Syarikat: 200201020070 (587733-D))
2
CHAI CHEE MING (No. KIP: 720113-08-5713) [Penjamin]
3
LAW SHIAU HUEY (No. KIP: 721210-03-5448) [Penjamin] …DEFENDAN-DEFENDAN PENGHAKIMAN Pengenalan [ 1 ] Ini adalah permohonan Plaintif di Kandungan 30 bagi Penghakiman Terus terhadap Defendan-Defendan di bawah Aturan 14A, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 ( A .14 KKM 2012) melalui persoalan undang-undang. [ 2 ] Persoalan undang-undang yang telah dibangkitkan di K30 adalah seperti berikut: 1) Credit guarantee corporation Malaysia Berhad (CGC) dibawah prinsip subrogation/subrogasi bukanlah Penjamin Bersama atau corporate guarantor dibawah seksyen 99 Akta Kontrak 1950 untuk 70% daripada pinjaman yang dilepaskan/diluluskan plaintif. 2) Dibawah prinsip subrogasi defendan-defendan pertama, kedua dan ketiga yang bertanggungjawab membuat bayaran kesemuanya (100%) kepada plaintif dan CGC akan “stands in the shoes of Maybank Islamic Berhad” selepas Notis subrogasi dikeluarkan oleh Maybank Islamic (MIB) / Plaintif iaitu selepas penghabisan tindakan sivil terhadap defendan-defendan oleh plaintif. [ 3 ] Setelah meneliti permohonan Plaintif dan setelah mempertimbangkan hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah mendapati persoalan undang-undang yang dicadangkan tidak boleh melupuskan kes secara “summarily” dan juga kelewatan yang terlampau dan tanpa alasan. Maka untuk itu Mahkamah di atas imbangan kebarangkalian memutuskan untuk menolak permohonan Plaintif untuk merekodkan satu penghakiman terus terhadap Defendan-Defendan dengan kos sebanyak RM2000. Undang-Undang Bagi Permohonan Aturan 14A Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 [ 4 ] Permohonan bagi Penghakiman Mengenai persoalan undang-undang diperuntukkan di bawah A.14A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012). ATURAN 14A
1
Penentuan persoalan undang-undang atau pentafsiran (A. 14A, k.1)
1
Mahkamah boleh, atas permohonan sesuatu pihak atau atas usulnya sendiri, menentukan apa-apa persoalan undang-undang atau pentafsiran apa-apa dokumen yang berbangkit dalam mana-mana kausa atau perkara pada mana-mana peringkat prosiding jika ternyata pada Mahkamah bahawa—
a
persoalan itu adalah sesuai bagi penentuan tanpa perbicaraan penuh tindakan itu; dan
b
penentuan itu akan menentukan secara muktamad keseluruhan kausa atau perkara atau apa-apa tuntutan atau isu dalamnya.
2
Apabila diputuskan sedemikian Mahkamah boleh membuang kausa atau perkara itu atau membuat apa-apa perintah atau penghakiman sebagaimana yang difikirkannya adil.
3
Mahkamah tidak boleh menentukan apa-apa persoalan di bawah Aturan ini melainkan jika pihak-pihak telah diberi peluang untuk didengar mengenai persoalan itu. [ 5 ] Mahkamah merujuk kes PERBADANAN BEKALAN AIR PULAU PINANG v. PEACE CENTRE [2024] 4 MLRH 842, Mahkamah Tinggi telah menggariskan panduan bagi penggunaan Aturan 14A seperti berikut: “(2) Two elements had to be satisfied in order for a matter to be disposed off pursuant to Order 14A of the ROC 2012 namely, the questions posed were suitable for determination without trial i.e. there were no serious disputes of facts; and such determination of the questions posed would finally determine the entire matter. (para 36)” [ 6 ] Dalam kes tersebut, Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa 2 perkara perlu ditunjukkan sebelum Aturan 14A adalah terpakai. Pemohon perlu menunjukkan seperti berikut: 1) the questions posed were suitable for determination without trial i.e. there were no serious disputes of facts; and 2) such determination of the questions posed would finally determine the entire matter. DAPATAN Kelewatan dan tanpa alasan [ 7 ] Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Defendan bahawa K30 telah difailkan oleh plaintif dengan kelewatan yang terlampau tanpa sebarang alasan yang munasabah. Writ saman plaintif ini telah difailkan pada 15.04.2024 dan kes ini telah ditetapkan beberapa kali untuk pengurusan kes pada tarikh-tarikh berikut: Mei 2024 : 6hb, 26hb Jun 2024 : 13hb Julai 2024 : 4hb, 16hb Ogos 2024 : 19hb Okt 2024 : 7hb, 28hb Nov 2024 : 19hb [ 8 ] Mahkamah ini juga telah menolak permohonan untuk penghakiman terus terhadap defendan-defendan di Kandungan 9 dengan kos RM2,000.00 pada 07.10.2024. Arahan PTCM (pre-trial case management) di bawah Aturan 34 KKM 2012 telah pun diberikan oleh Mahkamah ini pada 07.10.2024 untuk dipatuhi dan tarikh bicara telah ditetapkan pada 26 & 27.02.2025. [ 9 ] Mahkamah membuat keputusan menolak permohonan di K30 yang difailkan pada 24.12.2024 kerana kelewatan yang berlaku tanpa sebarang alasan munasabah. Plaintif didapati telah lewat selama 253 hari untuk memfailkan K30. Tidak ada sebarang penjelasan diberikan tentang kelewatan tersebut. Tambahan, kes ini telah melepasi peringkat pengurusan kes dan sudah ditetapkan untuk bicara. Mahkamah dirujuk kepada kes DAYAPI HOLDINGS SDN BHD & ANOR v. ARAB-MALAYSIAN FINANCE BHD & ANOR [2008] 3 MLRH 328 yang memutuskan seperti berikut : “(4) An O 14A application may only be invoked at an early stage of the proceeding. The procedure could not be invoked at a very late stage of the proceeding. In the instant case, the O 14A application was made by the parties at a very late stage of the proceeding. In terms of time, the O 14A application was only made 16 years later. In terms of the progress of the proceeding, at the time when the O 14A application was made, the case management procedure had more or less been completed and the case had in fact been set down for trial. Where the proceeding has already reached the trial stage, O 14A must be read in conjunction with O 33, in particular, rr 2, 3 and 5 thereof. The right to invoke an O 14A application had certainly ceased once the case reached the final stage of case management and the case had been set down for trial. (paras 32 & 33)” [ 10 ] Selain daripada isu kelewatan tersebut, Mahkamah ini juga mendapati pihak plaintif juga gagal mematuhi prinsip-prinsip yang ditetapkan untuk pengaplikasi Aturan 14A KKM 2012 yang memperuntukkan seperti berikut: (A. 14A, k. 1)
1
(1) Mahkamah boleh, atas permohonan sesuatu pihak atau atas usulnya sendiri, menentukan apa-apa persoalan undang-undang atau pentafsiran apa-apa dokumen yang berbangkit dalam mana-mana kausa atau perkara pada mana-mana peringkat prosiding jika ternyata pada Mahkamah bahawa— (a) persoalan itu adalah sesuai bagi penentuan tanpa perbicaraan penuh tindakan itu; dan
b
penentuan itu akan menentukan secara muktamad keseluruhan kausa atau perkara atau apa-apa tuntutan atau isu dalamnya.
2
Apabila diputuskan sedemikian Mahkamah boleh membuang kausa atau perkara itu atau membuat apa-apa perintah atau penghakiman sebagaimana yang difikirkannya adil.
3
Mahkamah tidak boleh menentukan apa-apa persoalan di bawah Aturan ini melainkan jika pihak-pihak telah diberi peluang untuk didengar mengenai persoalan itu. [ 11 ] Mahkamah berpendapat dan bersetuju dengan hujahan Defendan bahawa salah satu isu utama yang perlu ditunjukkan terlebih dahulu adalah tidak ada pertikaian fakta kes. Salah satu persoalan undang-undang yang dicadangkan oleh plaintif di K30 adalah seperti berikut: “Dibawah prinsip subrogasi defendan-defendan pertama, kedua dan ketiga yang bertanggungjawab membuat bayaran kesemuanya (100%) kepada plaintif dan CGC akan “stands in the shoes of Maybank Islamic Berhad” selepas Notis subrogasi dikeluarkan oleh Maybank Islamic (MIB) / Plaintif iaitu selepas penghabisan tindakan sivil terhadap defendandefendan oleh plaintif.” [ 12 ] Namun Mahkamah mendapati bahawa isu subrogasi tersebut tidak pernah, pada bila-bila masa pun, sama ada di peringkat pliding atau pun penghakiman terus di Kandungan 9, diplidkan atau dibangkitkan oleh plaintif. Adalah nas undang-undang bahawa pihak-pihak adalah terikat dengan pliding. Dalam kes ini, memandangkan plaintif tidak pernah membangkitkan isu subrogasi tersebut maka mereka adalah diestop atau dihalang untuk mencadangkan persoalan undang-undang tersebut di K30. [ 13 ] Di samping itu juga persoalan undang-undang tersebut ada menyebut “selepas notis subrogasi dikeluarkan” tetapi fakta tersebut tidak pernah diplidkan di Kandungan 2 atau pun dibuktikan pada mana-mana tahap. Begitu juga dalam afidavit sokongan plaintif di Kandungan 31. Plaintif sebagai pemohon kepada Aturan 14A KKM 2012, ujian yang diputuskan dalam kes Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (ibid) tidak pernah dipatuhi oleh plaintif bahawa tidak ada pertikaian fakta (undisputed facts). Tetapi dalam kes ini, plaintif tidak pernah membuktikan atau memplidkan isu tentang subrogasi atau pun notis subrogasi telah dikeluarkan. Oleh itu, Mahkamah ini bersetuju dan berpendapat bahawa persoalan undang-undang tersebut tidak boleh terpakai atau dipertimbangkan oleh Mahkamah ini. Kesimpulan [ 14 ] Sebagai kesimpulannya, Mahkamah ini menolak K30 dengan kos atas alasan berikut: 1) Bahawa K30 telah difailkan dengan kelewatan selama 253 hari tanpa sebarang alasan yang munasabah. 2) Bahawa pengurusan kes telah ditetapkan sebanyak 9 kali. 3) Bahawa arahan PTCM menurut Aturan 34 KMM 2012 telah diberikan dan dipatuhi oleh kedua-dua pihak dalam kes ini. 4) Bahawa Mahkamah Yang Mulia ini telah menetapkan tarikh bicara pada 26- 27.02.2025. 5) Bahawa persoalan undang-undang tentang prinsip subrogasi yang dicadangkan peguam plaintif tidak pernah dibangkitkan dalam mana-mana pliding. 6) Bahawa persoalan undang-undang tentang prinsip subrogasi adalah terpakai “selepas notis subrogasi” telah dikeluarkan plaintif tidak pernah diplidkan dalam mana-mana pliding. Begitu juga ia tidak pernah ditunjukkan bukti dalam K30. 7) Bahawa wujudnya pertikaian fakta tentang sama ada plaintif pernah mengeluarkan notis subrogasi. 8) Bahawa Aturan 14A hanya boleh digunakan jika tiada pertikaian fakta dan isu undangundang boleh menyelesaikan keseluruhan kes. Namun, plaintif gagal atau enggan memplidkan isu subrogasi, menyebabkan mereka terikat dengan pliding asal dan tidak boleh memperbaikinya kecacatan pliding pada peringkat ini. [ 15 ] Berdasarkan kepada alasan-alasan yang telah diperjelaskan di atas, Mahkamah memutuskan untuk menolak permohonan Plaintif di Kandungan 30 bagi merekodkan Penghakiman Terus dimasukkan terhadap Defendan-Defendan di bawah Aturan 14A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dengan kos RM2000. Sekian terima kasih . Bertarikh pada 4 Mei 2025 ……………………t.t…………………………. HJ.EFFANDI NAZILA BIN HJ.ABDULLAH HAKIM MAHKAMAH SESYEN KOTA BHARU KELANTAN DARUL NAIM
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.