Content
Muka Surat 1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA GUAMAN NO. WA-B52M-335-07/2022 ANTARA MAYBANK ISLAMIC BERHAD (NO. PENDAFTARAN 200701029411 [787435-M]) ...PLAINTIF
WA-B52M-335-07/2022
Sessions Court of Malaysia31 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“3. Evans v Bartlam [1937] AC 473”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
Muka Surat 1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA GUAMAN NO. WA-B52M-335-07/2022 ANTARA MAYBANK ISLAMIC BERHAD (NO. PENDAFTARAN 200701029411 [787435-M]) ...PLAINTIF
1
NEW ONE TRADING (M) SDN BHD (NO. PENDAFTARAN 201101044229 [972349-U])
2
AVULI A/L ARUMUGAM
3
KESAVAN A/L THANGAVELU (NO. K/P 771227-14-6289 / A3923537) …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Kandungan 8: Permohonan Defendan untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran bertarikh 8.9.2022) Muka Surat 2
1
Permohonan Defendan di Kandungan 8 ini difailkan menurut Aturan 13 Kaedah 8, Aturan 42 Kaedah 13, Aturan 3 Kaedah 5 dan/atau Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (“KKM 2012”), serta bidang kuasa sedia ada Mahkamah, untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran bertarikh 8.9.2022 yang telah dimasukkan terhadap Defendan-Defendan.
2
Melalui Notis Permohonan bertarikh 20.5.2025, Defendan memohon, antara lain, suatu perintah lanjutan masa untuk memfailkan permohonan mengetepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran, suatu perintah supaya Penghakiman Ingkar Kehadiran bertarikh 8.9.2022 diketepikan, penangguhan segala tindakan lanjut berdasarkan penghakiman tersebut, serta kos ditangguhkan ke akhir perbicaraan.
3
Permohonan tersebut disokong oleh Afidavit Sokongan Kesavan a/l Thangavelu yang diikrarkan pada 20.5.2025. Deponen tersebut menyatakan bahawa beliau ialah Pengarah Defendan Pertama dan juga Defendan Ketiga dalam tindakan ini. Permohonan ini ditentang oleh Plaintif melalui Afidavit Jawapan Dalina binti Omar yang diikrarkan pada 12.6.2025. Defendan kemudian memfailkan Afidavit Balasan pada 26.6.2025.
4
Setelah meneliti Notis Permohonan, Afidavit Sokongan, Afidavit Jawapan, Afidavit Balasan, Writ Saman, Pernyataan Tuntutan, Afidavit Penyampaian, Penghakiman Ingkar Kehadiran, hujahan bertulis dan hujahan balasan kedua-dua pihak serta ikatan otoriti masing-masing, Muka Surat 3 Mahkamah ini mendapati permohonan Defendan adalah tanpa merit dan wajar ditolak.
5
Pada 31.7.2025, Mahkamah ini telah memerintahkan bahawa permohonan Defendan untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar ditolak dan kos sebanyak RM4,000.00 dibayar oleh Defendan kepada Plaintif. Alasan penghakiman ini menjelaskan asas keputusan tersebut.
6
Plaintif, Maybank Islamic Berhad, ialah sebuah institusi kewangan Islam yang antara lain telah meluluskan suatu Kemudahan Biayaan Berjangka Komoditi Murabahah-i atau Commodity Murabahah Term Financing-i (“CMTF-i”) kepada Defendan Pertama, New One Trading (M) Sdn Bhd.
7
Berdasarkan Pernyataan Tuntutan, kemudahan tersebut diluluskan melalui Surat Tawaran bertarikh 24.5.2016 bersama lampiran-lampirannya dan Surat Tawaran Tambahan bertarikh 14.6.2016. Defendan Pertama telah menerima kemudahan tersebut dengan menandatangani Surat Tawaran berkenaan.
8
Antara terma material kemudahan tersebut ialah bahawa amaun kemudahan adalah RM1,000,000.00, Harga Jualan Bank adalah RM1,700,870.04, tempoh kemudahan adalah selama 7 tahun, dan ansuran bulanan yang perlu dibayar oleh Defendan Pertama adalah Muka Surat 4 RM17,573.00 sebulan sehingga penyelesaian penuh kemudahan tersebut.
9
Pernyataan Tuntutan juga menyatakan bahawa Defendan Pertama telah memasuki Perjanjian Jualan Aset bertarikh 1.6.2016 dengan Plaintif, yang mana Plaintif menjual komoditi patuh Syariah kepada Defendan Pertama pada harga jualan RM1,700,870.04 menurut struktur kemudahan tersebut.
10
Sebagai jaminan kepada kemudahan tersebut, Defendan Kedua dan Defendan Ketiga telah menandatangani suatu Surat Jaminan bertarikh 6.6.2016 bagi jumlah RM1,000,000.00 berserta keuntungan, caj lewat bayar dan kos-kos yang berkaitan. Di bawah jaminan tersebut, Defendan Kedua dan Ketiga bersetuju untuk bertanggungjawab secara bersesama dan berasingan, bukan sahaja sebagai penjamin tetapi juga sebagai penghutang utama, terhadap jumlah yang terhutang oleh Defendan Pertama kepada Plaintif.
11
Plaintif seterusnya menyatakan bahawa Defendan Pertama telah gagal membuat bayaran bulanan sebagaimana dipersetujui. Melalui surat peguamcara bertarikh 7.6.2022, Plaintif membatalkan kemudahan CMTF-i dan menuntut bayaran keseluruhan keberhutangan berjumlah RM901,708.11 setakat 31.5.2022 bersama caj lewat bayar selanjutnya.
12
Plaintif memfailkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 6.7.2022. Tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan secara Muka Surat 5 bersesama dan berasingan adalah untuk jumlah RM896,510.98 setakat 30.6.2022, caj lewat bayar selanjutnya, kos, kos atas dasar peguamcara-anak guam dan relif-relif lain.
13
Oleh sebab tiada kehadiran dimasukkan oleh Defendan-Defendan dalam tempoh yang diperuntukkan, Plaintif telah memperoleh Penghakiman Ingkar Kehadiran bertarikh 8.9.2022 terhadap Defendan-Defendan. Penghakiman tersebut menghakimkan bahawa Defendan Pertama, Defendan Kedua dan Defendan Ketiga hendaklah secara bersama dan berasingan membayar kepada Plaintif jumlah RM896,510.98 setakat 30.6.2022, caj lewat bayar selanjutnya sebagaimana diperincikan dalam penghakiman, dan kos sebanyak
14
Lebih kurang dua tahun lapan bulan selepas Penghakiman Ingkar Kehadiran tersebut direkodkan, Defendan memfailkan Notis Permohonan di Kandungan 8 pada 20.5.2025 untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran tersebut. C. PERMOHONAN DEFENDAN DI KANDUNGAN 8 15. Secara ringkasnya, alasan-alasan permohonan Defendan adalah seperti berikut:
a
Penghakiman Ingkar Kehadiran telah dimasukkan kerana ketiadaan kehadiran atau pembelaan oleh Defendan, namun kegagalan tersebut dikatakan tidak disengajakan dan berpunca daripada keadaan Defendan-Defendan yang tidak lagi beroperasi dan/atau tidak berada di premis tersebut;
b
Plaintif dikatakan gagal menyampaikan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan kepada Defendan-Defendan dengan sempurna sebelum Penghakiman Ingkar Kehadiran dimasukkan pada 8.9.2022;
c
Defendan-Defendan dikatakan mempunyai pembelaan yang kukuh dan bermerit terhadap tuntutan Plaintif;
d
Demi keadilan, Defendan-Defendan wajar diberi peluang untuk membela diri; dan
e
Mahkamah mempunyai kuasa untuk memberikan lanjutan masa menurut Aturan 42 Kaedah 5 KKM 2012.
16
Dalam Afidavit Sokongan, Defendan Ketiga menyatakan bahawa beliau tidak menerima Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan secara peribadi dan hanya menyedari tentang tindakan ini selepas perkara tersebut diungkitkan oleh peguamnya. Beliau juga menyatakan bahawa beliau menghadapi kekangan kewangan dan hanya mendapatkan nasihat guaman baru-baru ini sahaja.
17
Defendan turut mengemukakan deraf Pernyataan Pembelaan. Antara pembelaan yang dicadangkan ialah bahawa Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan tidak diserahkan secara sempurna; jumlah RM896,510.98 dipertikaikan kerana Plaintif dikatakan gagal mengambil kira bayaran balik secara ansuran; dokumen dan terma perjanjian tidak difahami; transaksi CMTF-i dikatakan tidak Muka Surat 7 mencerminkan pelaksanaan sebenar kontrak Murabahah yang sah dari segi Syariah; tiada bukti pemilikan atau penyerahan komoditi; dan Surat Jaminan dikatakan tidak berkuat kuasa atau void ab initio.
18
Dalam Afidavit Balasan pula, Defendan mengulangi bahawa penyampaian Writ dan Pernyataan Tuntutan tidak sempurna, kelewatan adalah disebabkan Defendan hanya mengetahui tentang kewujudan Penghakiman Ingkar pada masa yang lebih lewat, dan bahawa permohonan tersebut difailkan dengan niat yang jujur untuk membolehkan Defendan membela diri.
19
Plaintif membantah permohonan tersebut atas beberapa alasan utama. Pertama, Plaintif berhujah bahawa Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan telah diserahkan secara teratur berdasarkan mekanisme penyampaian yang dipersetujui dalam dokumen pembiayaan dan Surat Jaminan.
20
Plaintif merujuk kepada Afidavit Penyampaian Ridzuan bin Ahmad yang diikrarkan pada 8.8.2022. Berdasarkan afidavit tersebut, Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan telah dihantar melalui surat bertarikh 12.7.2022 secara pos berdaftar kepada alamat Defendan Pertama dan Defendan Ketiga yang berkaitan. Plaintif berhujah bahawa penyampaian tersebut adalah selaras dengan fasal 30(a) Lampiran 2 Surat Tawaran dan fasal 22 Surat Jaminan. Muka Surat 8 21. Fasal 30(a) Surat Tawaran, sebagaimana dihujahkan oleh Plaintif, memperuntukkan bahawa penyampaian proses undang-undang boleh dibuat melalui pos berdaftar berbayar dahulu atau pos biasa yang dihantar ke alamat yang dinyatakan dan proses undang-undang tersebut dianggap telah diserahkan selepas tamat tempoh lima hari dari tarikh ia diposkan. “The service of any legal process may be given by prepaid registered or ordinary post sent to you at the address herein stated and such legal process shall be deemed to have been duly served after the expiration of five (5) days from the date it is posted.”
22
Fasal 22 Surat Jaminan, sebagaimana dihujahkan oleh Plaintif, turut memperuntukkan bahawa tuntutan pembayaran atau penyampaian proses undang-undang boleh dibuat melalui pos berdaftar berbayar dahulu atau pos biasa kepada alamat penjamin yang dinyatakan atau alamat perniagaan terakhir yang diketahui, dan dianggap telah disampaikan pada hari kelima selepas ia diposkan, walaupun dokumen tersebut kemudian dipulangkan oleh pihak pos. “Any demand for payment or service of any legal process may be made or effected by prepaid registered or ordinary post addressed to me/us or each of us at my/our address specified herein or at my/our last known place of business or registered address and such demand or legal process shall be deemed to have been duly served on the fifth (5) day following that on Muka Surat 9 which it is posted, notwithstanding that the said demand or legal process may subsequently be returned undelivered by the postal authorities.”
23
Kedua, Plaintif berhujah bahawa permohonan Defendan difailkan lewat secara melampau, iaitu hampir tiga tahun selepas Penghakiman Ingkar Kehadiran direkodkan pada 8.9.2022. Plaintif juga menyatakan bahawa peguamcara Plaintif telah menyerahkan Penghakiman Ingkar tersebut kepada Defendan-Defendan melalui surat bertarikh 22.9.2022 secara pos berdaftar.
24
Ketiga, Plaintif berhujah bahawa deraf Pembelaan Defendan hanyalah suatu “sham defence”, iaitu pembelaan yang kosong, tidak disokong oleh butiran atau dokumen, dan tidak menimbulkan isu bona fide untuk dibicarakan. Plaintif menegaskan bahawa jumlah tuntutan adalah disokong oleh Penyata Keberhutangan dan bahawa Defendan tidak pernah membuat aduan pada masa material tentang ketidakfahaman dokumen, isu Syariah, atau ketidaksahan transaksi.
25
Keempat, Plaintif berhujah bahawa permohonan ini merupakan suatu percubaan untuk melengahkan prosiding Penggulungan Syarikat Defendan Pertama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, iaitu Penggulungan Syarikat No. WA-28NCC-1166-12/2024.
26
Berdasarkan permohonan, afidavit-afidavit dan hujahan pihak-pihak, Mahkamah ini mendapati isu-isu berikut perlu diputuskan:
a
Sama ada Penghakiman Ingkar Kehadiran bertarikh 8.9.2022 adalah tidak teratur disebabkan penyampaian Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan yang dikatakan tidak sempurna;
b
Sama ada Defendan telah memberikan penjelasan munasabah bagi kelewatan hampir tiga tahun dalam memfailkan permohonan ini dan sama ada lanjutan masa wajar diberikan;
c
Sama ada Defendan mempunyai pembelaan bona fide yang bermerit dan menimbulkan isu yang wajar dibicarakan; dan
d
Sama ada Mahkamah ini wajar menggunakan budi bicara untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran tersebut. F. PRINSIP UNDANG-UNDANG
27
Permohonan ini antara lain difailkan di bawah Aturan 13 Kaedah 8 KKM 2012. Peruntukan tersebut menyatakan seperti berikut: “Setting aside judgment (O. 13, r. 8)
8
The Court may, on such terms as it thinks just, set aside or vary any judgment entered in pursuance of this Order.”
28
Defendan juga memohon lanjutan masa di bawah Aturan 42 Kaedah 5 KKM 2012. Peruntukan tersebut memberi kuasa kepada Mahkamah, atas permohonan mana-mana pihak, untuk melanjutkan atau Muka Surat 11 memendekkan masa yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah atau oleh perintah Mahkamah, walaupun masa tersebut telah tamat. “Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana pihak, melanjutkan atau memendekkan masa yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah ini atau oleh mana-mana perintah Mahkamah, walaupun masa itu telah tamat.”
29
Aturan 42 Kaedah 13 KKM 2012 pula adalah relevan kerana ia menetapkan tempoh masa bagi permohonan untuk mengetepikan atau mengubah sesuatu penghakiman atau perintah. Prinsip yang terpakai ialah bahawa permohonan sedemikian hendaklah dibuat dalam masa 30 hari selepas penerimaan penghakiman atau perintah, melainkan lanjutan masa diberikan atas alasan yang mencukupi.
30
Dalam menentukan permohonan mengenepikan penghakiman ingkar, Mahkamah hendaklah terlebih dahulu menentukan sama ada penghakiman tersebut diperoleh secara teratur atau tidak teratur. Prinsip ini dinyatakan dengan jelas oleh Mahkamah Rayuan dalam Yap Ke Huat & Ors v Pembangunan Warisan Murni Sejahtera Sdn Bhd & Anor [2008] 4 CLJ 175: “When considering an application to set aside a judgment in default, the first task is to ascertain whether it is a regular or irregular judgment. If it is an irregular judgment, then the default judgment ought to be set aside ex debito justitiae. If it is regularly obtained, then the principle expounded in Evans v Muka Surat 12 Bartlam applies... This requires the defendant to show that he has a defence on merits.”
31
Prinsip yang sama juga diiktiraf dalam Tuan Haji Ahmed Abdul Rahman v Arab-Malaysian Finance Bhd [1996] 1 MLJ 30, iaitu apabila sesuatu penghakiman ingkar diperoleh secara tidak teratur, pihak Defendan pada lazimnya berhak mengetepikannya ex debito justitiae. Namun, sekiranya penghakiman tersebut diperoleh secara teratur, Defendan perlu menunjukkan pembelaan atas merit yang bona fide.
32
Dalam Lai Yoke Ngan & Anor v Chin Teck Kwee & Anor [1997] 3 CLJ 305; [1997] 2 MLJ 565, prinsip yang dirumuskan ialah bahawa penghakiman ingkar bukanlah penghakiman atas merit. Oleh itu, jika ia diperoleh secara tidak teratur, ketidakteraturan tersebut sendiri boleh menjadi asas untuk mengetepikannya. Namun, jika ia diperoleh secara teratur, Defendan perlu memfailkan afidavit merit yang mendedahkan pembelaan prima facie atau isu yang boleh dibicarakan. “The principle of setting aside a default judgment under O. r. 8 has been well established... where the default judgment has been obtained regularly, to succeed, the defendant must file an affidavit of merits... that he has an arguable or triable issue on the merits.”
33
Dalam Hasil Bumi Perumahan Sdn Bhd & Ors v United Malayan Banking Corp Bhd [1994] 1 MLJ 312, Mahkamah Agung menerima Muka Surat 13 garis panduan dalam Evans v Bartlam bahawa pemohon perlu menunjukkan suatu pembelaan yang mempunyai merit dan patut dibicarakan. Mahkamah menegaskan bahawa pembelaan tersebut tidak boleh bersifat palsu atau kosong. “The applicant must show that he has a defence which has some merits and which the court should try... not a sham defence but one that is prima facie, raising serious issues as a bona fide reasonable defence that ought to be tried.”
34
Dalam konteks kelewatan, kes Malayan Banking Bhd v Sykt Jaya Perkakas (Sabah) Sdn Bhd & Ors [1993] 3 MLJ 503 menegaskan bahawa walaupun bagi penghakiman yang teratur, kelewatan yang tidak dijelaskan adalah faktor relevan dan boleh menimbulkan keraguan terhadap bona fides permohonan. “In the case of a regular judgment, although unexplained delay is a relevant consideration, the predominant consideration is still whether there is a defence on the merits... unexplained delay may justify the court’s conclusion that the application... was not made bona fide.”
35
Dalam BSN Commercial Bank (Malaysia) Bhd v Mesra Ventures Sdn Bhd [2007] 8 MLJ 427, Mahkamah Tinggi menekankan bahawa kelewatan 20 bulan bukanlah suatu teknikaliti semata-mata dan pemohon wajib memohon lanjutan masa serta memberikan penjelasan terhadap kelewatan tersebut. Muka Surat 14 “The delay of 20 months could not be said to be a mere technicality... The second defendant had neither made an application for extension of time nor proffered any explanation for the 20-month delay... Such omission or failure militated against the defendant’s case.”
36
Berhubung penyampaian melalui pos berdaftar berdasarkan klausa kontrak, Aturan 10 Kaedah 3(1)(b) KKM 2012 membenarkan penyampaian Writ mengikut cara yang dibenarkan oleh mana-mana undang-undang bertulis atau kontrak. Dalam Amanah Merchant Bank v Lim Tow Choon [1994] 2 CLJ 1, Mahkamah Agung menegaskan bahawa apabila klausa deeming provision terpakai, pihak yang menyampaikan tidak perlu membuktikan kad AR telah diakui terima. Cukup untuk menunjukkan bahawa notis telah dialamatkan dengan betul, dibayar pos dan diserahkan kepada pejabat pos. “It is sufficient... to show that the notice was correctly addressed, pre-paid and delivered to the post office... Once these facts have been established, the deeming provision will inevitably apply.”
37
Dalam TA Securities Bhd v Ng Yen Ling [2000] 3 MLJ 743, prinsip yang sama diaplikasikan. Mahkamah memutuskan bahawa perkataan “shall be deemed” bermaksud “shall be regarded as” dan tidak bermaksud suatu anggapan yang boleh dipatahkan dengan dakwaan tidak menerima semata-mata. Muka Surat 15 “The words ‘shall be deemed’... meant ‘shall be regarded as’, meaning that the deeming was not meant to be a presumption and was therefore not something that was rebuttable.”
38
Mahkamah juga mengambil perhatian kepada hujahan Defendan yang merujuk kepada Goh Teng Whoo & Anor v Ample Objectives Sdn Bhd [2021] 3 MLJ 159. Prinsip dalam kes tersebut ialah bahawa pengeposan melalui pos berdaftar bukanlah bukti konklusif penyampaian apabila afidavit penyampaian tidak mengemukakan kad AR atau pengesahan penerimaan dalam keadaan yang relevan. Namun, kes tersebut hendaklah dibaca bersama fakta dan dokumen setiap kes, khususnya sama ada wujud klausa kontrak yang jelas memperuntukkan deeming provision bagi penyampaian proses undang-undang.
39
Mahkamah ini telah meneliti keseluruhan kertas kausa dan hujahan pihak-pihak. Mahkamah membuat dapatan seperti berikut. Isu Pertama: Sama ada Penghakiman Ingkar Kehadiran diperoleh secara tidak teratur
40
Hujahan utama Defendan ialah bahawa Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan tidak diserahkan secara peribadi dan Defendan tidak menerima dokumen tersebut. Mahkamah ini tidak dapat menerima Muka Surat 16 hujahan tersebut sebagai asas untuk menyimpulkan bahawa Penghakiman Ingkar Kehadiran adalah tidak teratur.
41
Pertama, tindakan ini adalah berasaskan hubungan kontrak pembiayaan dan jaminan. Dokumen-dokumen material yang dipersetujui oleh pihak-pihak secara nyata memperuntukkan mekanisme penyampaian proses undang-undang melalui pos berdaftar atau pos biasa ke alamat yang dinyatakan. Fasal 30(a) Surat Tawaran dan fasal 22 Surat Jaminan bukan sekadar memperuntukkan kaedah pengeposan, tetapi turut memperuntukkan bahawa proses undang-undang dianggap telah disampaikan selepas tamat tempoh lima hari dari tarikh pengeposan.
42
Kedua, Aturan 10 Kaedah 3(1)(b) KKM 2012 membenarkan penyampaian dibuat menurut cara yang dibenarkan oleh kontrak. Oleh itu, apabila pihak-pihak telah secara sukarela bersetuju kepada mekanisme penyampaian tersebut, Defendan tidak boleh kemudiannya menafikan kesannya hanya dengan dakwaan umum bahawa dokumen tidak diterima secara peribadi.
43
Ketiga, Afidavit Penyampaian Ridzuan bin Ahmad yang diikrarkan pada 8.8.2022 menunjukkan bahawa Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan telah dihantar melalui surat bertarikh 12.7.2022 secara pos berdaftar kepada alamat Defendan Pertama dan Defendan Ketiga. Berdasarkan deeming provision yang dipersetujui, penyampaian dianggap sempurna selepas lima hari, iaitu pada atau sekitar 19.7.2022.
44
Keempat, Defendan tidak mengemukakan sebarang bukti kukuh bahawa alamat yang digunakan oleh Plaintif bukan alamat kontraktual, alamat berdaftar, atau alamat terakhir yang diketahui. Defendan juga tidak menunjukkan apa-apa notis bertulis kepada Plaintif mengenai penukaran alamat sebelum penyampaian tersebut dibuat.
45
Kelima, dakwaan bahawa Defendan tidak lagi beroperasi di premis tertentu tidak boleh menewaskan peruntukan kontrak mengenai penyampaian. Dalam urusan komersial, khususnya kemudahan perbankan, pihak yang menandatangani dokumen pembiayaan dan jaminan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan alamat yang diberikan kepada bank adalah tepat dan untuk memaklumkan perubahan alamat jika ada.
46
Mahkamah ini membezakan kes Goh Teng Whoo yang dirujuk oleh Defendan. Dalam kes semasa, Plaintif bukan semata-mata bergantung kepada anggapan umum pengeposan di bawah undang-undang tafsiran. Plaintif bergantung kepada klausa-klausa kontraktual yang secara nyata mewujudkan deeming provision berhubung penyampaian proses undang-undang. Keadaan ini lebih hampir dengan prinsip dalam Amanah Merchant Bank v Lim Tow Choon dan TA Securities Bhd v Ng Yen Ling.
47
Berdasarkan alasan-alasan tersebut, Mahkamah ini mendapati bahawa Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan telah diserahkan secara teratur menurut kontrak dan undang-undang. Oleh itu, Muka Surat 18 Penghakiman Ingkar Kehadiran bertarikh 8.9.2022 bukanlah suatu penghakiman yang tidak teratur. Defendan tidak berhak mengetepikan penghakiman tersebut ex debito justitiae. Isu Kedua: Kelewatan dan permohonan lanjutan masa
48
Penghakiman Ingkar Kehadiran telah direkodkan pada 8.9.2022. Permohonan di Kandungan 8 hanya difailkan pada 20.5.2025. Kelewatan tersebut adalah lebih kurang dua tahun lapan bulan. Ini bukanlah kelewatan yang kecil atau bersifat teknikal.
49
Defendan menyatakan bahawa mereka hanya mengetahui tentang tindakan ini setelah dimaklumkan oleh peguam dan bahawa mereka menghadapi kekangan kewangan. Namun, Mahkamah ini mendapati penjelasan tersebut adalah terlalu umum dan tidak disokong oleh butiran masa, tarikh, dokumen atau keterangan yang mencukupi.
50
Defendan tidak menjelaskan dengan tepat bila mereka mula-mula mengetahui kewujudan Penghakiman Ingkar Kehadiran. Defendan juga tidak menjelaskan mengapa, setelah kemudahan ditamatkan dan tindakan perbankan difailkan, tiada langkah proaktif diambil untuk menyemak kedudukan tuntutan. Afidavit Defendan hanya menggunakan frasa umum seperti “baru-baru ini” dan “selepas perkara ini diungkitkan oleh Peguam saya”, tanpa butiran yang membolehkan Mahkamah menilai kesegeraan sebenar tindakan Defendan. Muka Surat 19 51. Mahkamah ini juga mengambil kira bahawa Plaintif telah menyatakan bahawa Penghakiman Ingkar tersebut telah diserahkan kepada Defendan-Defendan melalui surat peguamcara bertarikh 22.9.2022 secara pos berdaftar. Walaupun Defendan mempertikaikan penerimaan sebenar, perkara tersebut tidak menjawab kelewatan keseluruhan sejak 2022 hingga 2025, khususnya apabila Defendan tidak memberikan kronologi yang jelas mengenai bila pengetahuan sebenar diperoleh dan apa langkah yang diambil selepas itu.
52
Kekangan kewangan dan kelewatan mendapatkan nasihat guaman, tanpa lebih, bukan alasan automatik untuk memanjangkan masa selama hampir tiga tahun. Litigan yang berdepan penghakiman wang yang besar hendaklah bertindak dengan kesegeraan yang munasabah. Dalam kes ini, Mahkamah mendapati tiada penjelasan munasabah dan khusus yang membolehkan budi bicara di bawah Aturan 42 Kaedah 5 KKM 2012 digunakan memihak kepada Defendan.
53
Mahkamah ini turut mendapati bahawa pemfailan permohonan ini berlaku selepas Plaintif memulakan prosiding Penggulungan Syarikat terhadap Defendan Pertama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Walaupun hak Defendan untuk memohon mengetepikan penghakiman tidak dinafikan, urutan masa tersebut menguatkan dapatan bahawa permohonan ini bersifat reaktif dan tidak menunjukkan bona fides yang memadai. Muka Surat 20 54. Berdasarkan prinsip dalam BSN Commercial Bank (Malaysia) Bhd v Mesra Ventures Sdn Bhd dan Malayan Banking Bhd v Sykt Jaya Perkakas (Sabah) Sdn Bhd & Ors, kelewatan yang panjang dan tidak dijelaskan dengan memuaskan adalah faktor material yang boleh menjejaskan permohonan. Mahkamah ini mendapati kelewatan dalam kes ini adalah fatal, lebih-lebih lagi apabila Defendan juga gagal menunjukkan pembelaan bona fide yang bermerit sebagaimana dihuraikan di bawah. Isu Ketiga: Sama ada Defendan mempunyai pembelaan bona fide yang bermerit
55
Walaupun Mahkamah telah mendapati bahawa Penghakiman Ingkar Kehadiran adalah teratur dan bahawa kelewatan adalah tidak dijelaskan secara munasabah, Mahkamah ini masih meneliti sama ada Defendan mempunyai pembelaan yang bermerit.
56
Mahkamah ini mendapati deraf Pernyataan Pembelaan Defendan tidak mendedahkan pembelaan bona fide yang serius. Pembelaan yang dikemukakan adalah bersifat umum, tidak disokong oleh dokumen material, dan dalam beberapa bahagian bercanggah dengan dokumen kontrak yang menjadi asas hubungan pihak-pihak.
57
Berhubung pertikaian jumlah RM896,510.98, Defendan hanya menyatakan bahawa Plaintif gagal mengambil kira bayaran balik secara ansuran dan bahawa bukti pembayaran “akan dilampirkan kelak”. Kenyataan sedemikian tidak memadai sebagai afidavit merit. Muka Surat 21 Defendan tidak melampirkan resit, penyata bank, jadual bayaran, butiran tarikh bayaran, jumlah bayaran, nombor transaksi atau apa-apa pengiraan alternatif yang menunjukkan kesilapan nyata dalam jumlah yang dituntut.
58
Dalam kes perbankan, pertikaian terhadap jumlah hutang perlu disokong dengan butiran. Dakwaan umum bahawa jumlah perlu “dikira semula” tidak menimbulkan isu yang patut dibicarakan apabila Plaintif telah mengemukakan tuntutan berdasarkan dokumen pembiayaan dan Penyata Keberhutangan.
59
Berhubung dakwaan bahawa dokumen tidak difahami atau tidak diberikan salinan penuh, Mahkamah mendapati dakwaan tersebut juga merupakan penafian umum. Defendan tidak memplidkan atau menyatakan butiran salah nyata, penipuan, paksaan, pengaruh tidak wajar, ketidakupayaan, atau apa-apa faktor yang boleh menjejaskan keizinan bebas mereka ketika menandatangani dokumen pembiayaan dan jaminan.
60
Defendan Ketiga ialah Pengarah Defendan Pertama. Dalam keadaan tersebut, Mahkamah tidak boleh menerima dakwaan umum bahawa dokumen tidak difahami sebagai pembelaan yang serius, khususnya apabila kemudahan telah diluluskan dan digunakan, pembayaran pernah dibuat, bantuan pembayaran telah diberikan pada 30.6.2021, dan tiada aduan kontemporari dikemukakan pada masa material. Muka Surat 22 61. Berhubung isu Syariah dan transaksi Murabahah, Defendan mendakwa secara umum bahawa tiada pemilikan atau penyerahan komoditi berlaku dan transaksi hanyalah “paper transaction”. Walau bagaimanapun, tiada laporan pakar Syariah, tiada dokumen sokongan, tiada butiran transaksi yang dipertikai, dan tiada keterangan khusus yang menunjukkan ketidakpatuhan terhadap prinsip Syariah. Dakwaan tersebut juga dibuat bertahun-tahun selepas kemudahan diberikan dan selepas penghakiman diperoleh.
62
Mahkamah mendapati bahawa isu Syariah yang dibangkitkan dalam deraf pembelaan adalah bersifat spekulatif. Ia tidak mencukupi untuk menjadikan pembelaan tersebut suatu pembelaan bona fide yang patut dibicarakan.
63
Berhubung Surat Jaminan, deraf pembelaan menyatakan bahawa Surat Jaminan tidak berkuat kuasa kerana Defendan sendiri ialah peminjam dan tidak mempunyai kapasiti untuk menjadi penjamin bagi dirinya sendiri. Pembelaan ini tidak konsisten dengan fakta dokumen. Kemudahan diberikan kepada Defendan Pertama sebagai pelanggan/peminjam, manakala Surat Jaminan ditandatangani oleh Defendan Kedua dan Defendan Ketiga sebagai penjamin-penjamin. Oleh itu, dakwaan bahawa Defendan menjadi penjamin kepada dirinya sendiri tidak menjawab struktur dokumentasi yang sebenar.
64
Tambahan pula, berdasarkan fasal jaminan yang diplidkan oleh Plaintif, Defendan Kedua dan Defendan Ketiga bersetuju untuk bertanggungjawab bukan sahaja sebagai penjamin tetapi sebagai Muka Surat 23 penghutang utama. Pembelaan umum untuk membatalkan jaminan void ab initio tanpa butiran salah nyata, ketidakupayaan atau faktor pembatalan lain tidak boleh diterima sebagai pembelaan bona fide.
65
Mahkamah ini juga mengambil kira bahawa Afidavit Sokongan hanya diikrarkan oleh Defendan Ketiga yang menyatakan beliau diberi kebenaran oleh Defendan Pertama dan Defendan Ketiga. Tiada afidavit khusus daripada Defendan Kedua. Jika permohonan ini dibaca sebagai merangkumi Defendan Kedua, Mahkamah ini mendapati tiada keterangan afidavit yang mencukupi daripada Defendan Kedua sendiri bagi menyokong alasan kelewatan, ketidakterimaan dokumen, atau pembelaan peribadinya.
66
Berdasarkan keseluruhan keterangan, Mahkamah ini mendapati bahawa deraf Pembelaan Defendan tidak lebih daripada penafian kosong dan pembelaan bersifat “sham defence”. Ia tidak menunjukkan prospek kejayaan yang sebenar dan tidak menimbulkan isu bona fide yang patut dibicarakan. Isu Keempat: Budi bicara Mahkamah
67
Mahkamah ini menerima bahawa prinsip keadilan menuntut supaya pihak yang mempunyai pembelaan bona fide diberi peluang untuk didengar. Namun, prinsip audi alteram partem tidak bermaksud bahawa penghakiman teratur yang diperoleh mengikut kaedah dan Muka Surat 24 kontrak boleh diketepikan hanya berdasarkan dakwaan umum dan kelewatan panjang tanpa penjelasan munasabah.
68
Budi bicara Mahkamah di bawah Aturan 13 Kaedah 8 KKM 2012 hendaklah digunakan secara kehakiman. Antara faktor yang relevan ialah keteraturan penghakiman, sebab kegagalan memasukkan kehadiran, kelewatan, bona fides permohonan, merit pembelaan, dan prejudis kepada pihak Plaintif.
69
Dalam kes ini, kesemua faktor utama tidak memihak kepada Defendan. Penghakiman Ingkar Kehadiran adalah teratur. Kelewatan hampir tiga tahun tidak dijelaskan dengan memuaskan. Defendan tidak mengemukakan bukti kukuh bagi menafikan penyampaian kontraktual. Deraf Pembelaan tidak mendedahkan pembelaan bona fide yang mempunyai merit. Plaintif pula telah memperoleh penghakiman sejak 2022 dan telah mengambil langkah lanjut dalam proses pemulihan hutang.
70
Mahkamah ini berpuas hati bahawa membenarkan permohonan ini akan menyebabkan ketidakadilan kepada Plaintif dan melemahkan kepastian prosiding penguatkuasaan perbankan yang telah berjalan berdasarkan penghakiman yang teratur. Muka Surat 25
71
Atas alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini membuat dapatan berikut:
a
Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan telah diserahkan secara teratur menurut mekanisme penyampaian yang dipersetujui dalam dokumen pembiayaan dan Surat Jaminan;
b
Penghakiman Ingkar Kehadiran bertarikh 8.9.2022 adalah suatu penghakiman yang sah dan teratur;
c
Defendan tidak berhak mengetepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran tersebut ex debito justitiae;
d
Permohonan di Kandungan 8 difailkan lewat secara melampau dan Defendan gagal memberikan alasan munasabah serta butiran yang mencukupi bagi kelewatan tersebut;
e
Defendan gagal mendedahkan pembelaan bona fide yang mempunyai merit atau isu yang wajar dibicarakan; dan
f
Tidak wajar bagi Mahkamah menggunakan budi bicara untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran tersebut. Muka Surat 26 72. Oleh yang demikian, permohonan Defendan di Kandungan 8 ditolak. Kos sebanyak RM4,000.00 diperintahkan dibayar oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif. Bertarikh pada 30 Jun 2026. ……… Fatimah ……… HAKIM MAHKAMAH SESYEN SIVIL 11 KUALA LUMPUR PEGUAMCARA Peguamcara bagi pihak Plaintif: Tetuan Yong Dan Rakan-Rakan, Peguamcara bagi pihak Defendan Pertama dan Defendan Ketiga: The Law Offices of Sri Bagia & Associates,
1
SENARAI OTORITI YANG DIRUJUK Amanah Merchant Bank v Lim Tow Choon [1994] 2 CLJ
2
BSN Commercial Bank (Malaysia) Bhd v Mesra Ventures Sdn Bhd [2007]
3
Evans v Bartlam [1937] AC 473
4
Goh Teng Whoo & Anor v Ample Objectives Sdn Bhd [2021] 3 MLJ 159
5
Hasil Bumi Perumahan Sdn Bhd & Ors v United Malayan Banking Corp
6
Lai Yoke Ngan & Anor v Chin Teck Kwee & Anor [1997] 3 CLJ 305; [1997]
7
Malayan Banking Bhd v Sykt Jaya Perkakas (Sabah) Sdn Bhd & Ors [1993] 3 MLJ 503
8
TA Securities Bhd v Ng Yen Ling [2000] 3 MLJ 743
9
Tuan Haji Ahmed Abdul Rahman v Arab-Malaysian Finance Bhd [1996] 1
10
Yap Ke Huat & Ors v Pembangunan Warisan Murni Sejahtera Sdn Bhd &
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.