Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: JA-22M-163-09/2023 ANTARA MAYBANK ISLAMIC BERHAD ….. PLAINTIF (No.Syarikat:767435-M)
JA-22M-163-09/2023
High Court of Malaysia19 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: JA-22M-163-09/2023 ANTARA MAYBANK ISLAMIC BERHAD ….. PLAINTIF (No.Syarikat:767435-M)
1
NG CHEE KAE (No KP: 820708-01-5317)
2
CHYE YIAN SOANG (No KP: 880927-08-6638) .... DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Lampiran 8) (Aturan 14)
1
Ini adalah permohonan Plaintif untuk Penghakiman Terus terhadap Defendan-Defendan di bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk jumlah sebanyak RM3,513,771.69 dikira setakat 31 Julai 2023, caj lewat bayar pada kadar 1.0% setahun dikenakan ke atas jumlah pembiayaan dan keuntungan terakru, sehingga tarikh matang Pembiayaan atau sehingga tarikh Penghakiman, yang mana lebih dahulu dan selanjutnya atas kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam (Islamic Interbank Money Market (IIMM)) sehingga tarikh penyelesaian penuh. Kadar IIMM terkini adalah 3.01% setahun dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa serta kos atas dasar tanggungan penuh.
2
Atas permintaan Travelers Tours Malaysia Sdn Bhd (“Pelanggan”) dan melalui surat tawaran bertarikh 13.1.2020,
13
13.1.2021 dan 12.8.2021, Perjanjian Jualan Aset bertarikh 17.1.2020 serta Perjanjian Kemudahan Induk bertarikh 5.3.2020, Plaintif telah meluluskan dan Pelanggan telah menerima satu kemudahan pembiayaan berasaskan Commodity Murabahah Term Financing-i, Akaun No. 451128- 928320 berjumlah RM1,500,000.00 (“Pembiayaan”).
3
Pembayaran balik pembiayaan tersebut dijamin, antara lainnya, melalui Surat Jaminan bertarikh 6.3.2020 (“Surat Jaminan”) yang telah ditandatangani oleh Defendan-Defendan bagi pihak Plaintif. Dikemukakan sebagai Eksibit “A-2”.
4
Antara terma-terma Surat Penjamin (“Letter of Guarantee”) tersebut adalah Defendan-defendan telah bersetuju bahawa Plaintif berhak untuk mengambil tindakan terhadap mereka tanpa perlu terlebih dahulu menggunakan apa-apa saluran terhadap Pelanggan atau mana-mana pihak pemegang sekuriti, termasuk penjualan harta yang dicagarkan.
5
Antara yang terkandung di dalam Surat Jaminan adalah Klausa-Klausa berikut:
a
Clause 6 of the Letter of Guarantee provides that the guarantee shall be without prejudice to and shall not be affected nor shall I/We or any of us (the Defendants) be released or exonerated by any of the matters following whether with or without my/our consent or notice to me/us :-
i
any securities negotiable or otherwise including other guarantees which you may now or any time hereafter hold in respect of the Customer from me/us or any other person or persons for any moneys whether hereby guaranteed or otherwise; …
b
Under Clause 7 of the Letter of Guarantee, the Defendants have agreed that the Plaintiff shall be at liberty to resort for your own benefit to any other means of payment at any time and in any order as you think fit without in consequence diminishing my/our liability to you hereunder and you may enforce this Guarantee for the payment of the ultimate balance after resorting to other means of payment or for the balance due at any time notwithstanding that other means of payment have not been resorted to and in the latter case, without entitling me/us to any benefit from such other means of payment so long as any money remains due or payable…”
c
Under Clause 7A, of the Letter of Guarantee, the Defendants have further agreed that the Plaintiff “shall be entitled to exercise such remedies concurrently, including pursuing all remedies pursuant to this Guarantee and civil suit against the Customer or other security parties to recover all moneys due and owing to you PROVIDED THAT nothing contained herein shall be construed as imposing any obligation (whether at law or in equity) upon you to exhaust your remedy to enforce any of the securities or against any other security party before commencing any action against us AND we hereby irrevocably and unconditionally agree and consent to you commencing separate proceedings, enforcing other remedies and exercising any other rights which you may have against us, the Customer or any other security party simultaneously or consecutively in any order as you deem fit.” [penekanan ditambah]
6
Plaintif menegaskan bahawa Surat Jaminan tersebut adalah jaminan “on demand”, dan oleh itu Plaintif berhak menuntut bayaran terus daripada Defendan tanpa perlu menuntut terlebih dahulu daripada Pelanggan atau melupuskan hartanah yang dicagarkan.
7
Melalui surat tuntutan bertarikh 4.9.2023 (“Surat Tuntutan”), Plaintif telah menuntut daripada Defendan-defendan sejumlah RM3,513,771.69 setakat 31.7.2023, iaitu jumlah yang dijamin oleh mereka di bawah Surat Jaminan tersebut.
8
Walaupun Surat Tuntutan telah dikeluarkan, Defendan-defendan telah gagal, enggan dan/atau cuai untuk menjelaskan jumlah yang dituntut.
9
Oleh yang demikian, Plaintif membuat tuntutan ini dengan memfailkan Writ Saman dan Penyataan Tuntutan bertarikh 27.9.2023 terhadap Defendan-Defendan untuk menuntut jumlah hutang tertunggak sebanyak RM3,513,771.69 dikira setakat 31.7.2023, caj lewat bayar 1.0% setahun dikenakan ke atas jumlah pembiayaan dan keuntungan terakru sehingga tarikh matang pembiayaan atau sehingga tarikh Penghakiman yang mana lebih dahulu dan selanjutnya atas kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam (Islamic Interbank Money Market (IIMM)) sehingga tarikh penyelesaian penuh. Kadar IMM terkini adalah 3.01% setahun dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa serta kos.
10
Plaintif kemudiannya memfailkan Notis Permohonan di bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 bertarikh 29.10.2024 untuk memasukkan Penghakiman Terus terhadap Defendan-Defendan untuk jumlah keseluruhan terhutang sebanyak RM3,513,771.69 dikira setakat 31.7.2023, caj lewat bayar 1.0% setahun dikenakan ke atas jumlah pembiayaan dan keuntungan terakru sehingga tarikh matang pembiayaan atau sehingga tarikh Penghakiman yang mana lebih dahulu dan selanjutnya atas kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam (Islamic Interbank Money Market (IIMM)) sehingga tarikh penyelesaian penuh. Kadar IMM terkini adalah 3.01% setahun dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa serta kos.
11
Defendan-Defendan di dalam Afidavit Jawapannya menyatakan bahawa Plaintif tidak mempunyai sebarang kausa tindakan terhadap Defendan-Defendan kerana belum menghabiskan kesemua cara (exhausted all its means) untuk menuntut balik dari Pelanggan sebagai Peminjam Utama dan dan tindakan Plaintif adalah pra matang dan sebagai kesimpulannya ada dua isu yang ditimbulkan oleh Defendan-Defendan dalam kes ini iaitu:
a
Bahawa Plaintif mesti terlebih dahulu menggunakan segala cara dan saluran yang ada untuk mendapatkan semula hutang daripada Pelanggan; dan
b
Bahawa Plaintif mesti terlebih dahulu merealisasikan atau melupuskan harta yang digadaikan, sebelum membuat tuntutan terhadap mereka
12
Defendan-Defendan telah menggunakan kes otoriti bagi menyokong hujahan mereka iaitu kes Hong Leong Bank Berhad v Ong Moon Huat [2018] 1 LNS 1612 dimana Mahkamah Rayuan memutuskan:
3
A purposive construction of the section as a whole discloses that the section seeks to introduce protection to the guarantor against whom bankruptcy proceedings are to be brought. The protection comes in the form of ensuring that enforcement has been exhausted in respect of the principal debtor prior to proceeding against guarantor. It is to remedy the mischief of judgment creditors proceeding against the guarantors directly in bankruptcy rather than executing and enforcing against the principal debtor”.
13
Defendan-Defendan juga menggunakan kes Hong Leong Bank Berhad v Khairulrizam Jamaludin [2016] 7 CLJ 335 dimana Mahkamah Persekutuan memutuskan kesimpulan yang sama iaitu berkenaan dengan sama ada Plaintif telah menghabiskan semua cara untuk menuntut balik pembiayaan tersebut dari Pelanggan.
14
Plaintif berhujah bahawa isu-isu yang dibangkitkan oleh Defendan-defendan telah pun diputuskan oleh banyak kes otoriti dan merupakan isu yang tidak menimbulkan sebarang persoalan untuk dibicarakan (not triable).
15
Plaintif juga berhujah bagi isu (a), adalah tidak relevan sama sekali sama ada Plaintif telah menggunakan segala saluran yang ada terhadap Pelanggan. Ini kerana Surat Jaminan merupakan satu jaminan “atas permintaan” (“on demand guarantee”), dan liabiliti Defendan-defendan timbul sebaik sahaja tuntutan dibuat terhadap mereka. Tanggungan mereka adalah bebas dan tidak bergantung kepada tuntutan Plaintif terhadap penghutang asal/Pelanggan iaitu Travelers Tours. Plaintif memetik kes China Airlines Ltd v Maltron Air Corp Sdn Bhd v Another Appeal (FC) yang memutuskan seperti berikut: “A bank guarantee is a performance bond. There are two types of conditional bond whereby the guarantor becomes liable upon proof of a breach of the terms of the principal contract by the principal and the neneficiary sustaining loss as a result of such breach, the guarantors liablity will therefore arise as a result of the principal’s default. The second type is an unconditional or ón demand’performance bond which is so drafted that the guarantor will become liable merely when demand is made upon him by the beneficiary with no necessity for the beneficiary to prove any default by the principal in performance of the principal contract”. [penekanan ditambah]
16
Bagi isu (b) Defendan-defendan sebagai penjamin tidak mempunyai hak untuk menuntut agar Plaintif terlebih dahulu menuntut daripada Pelanggan iaitu Travelers Tours untuk melunaskan hutang atau melaksanakan pelupusan terhadap harta yang dicagarkan sebelum menuntut pembayaran daripada Defendan-Defendan di bawah Surat Jaminan tersebut. Plaintif memetik kes Bank Bumiputra (M) Bhd v Esah Abdul Ghani [1985] CLJ (Rep) 41 [Supreme Court] memutuskan: “Just because the bank did not proceed with the foreclosure proceedings on the death of one of the owners but by going after the surety, the learned Judge castigated the bank for adopting such method which he considered to amount to an extortion…It must be pointed out that we are not concerned with moral but legal problem…… The guarantor has no special right to demand that the creditor called upon the principal debtor to pay off the debt before asking the guarantor to pay.” Di dalam kes AEH Capital Sdn Bhd v AM-EL Holdings Sdn Bhd [2008] 4 MLJ 487 the Court of Appeal memutuskan : “that guarantors who agree to be principal debtors to a loan are unconditionally liable to repay all amounts due under a loan agreement and may be pursued without the creditor first exhausting legal remedies against the borrower or security.”
17
Setelah mendengar permohonan Plaintif di bawah Aturan 14 dan afidavit-afidavit yang difailkan oleh kedua-dua belah pihak, serta Hujahan Bertulis kedua-dua peguamcara Plaintif dan Defendan-Defendan yang bijaksana, pada 19.9.2025 Mahkamah telah membenarkan permohonan Plaintif dengan kos sebanyak RM8,000.00 tertakluk kepada Alukator.
18
Oleh kerana tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah ini maka Pihak Defendan-Defendan telah memfailkan Notis Rayuan pada 10 Oktober 2025 terhadap keseluruhan keputusan tersebut dan Mahkamah mendapati terdapat Dua (2) Notis Rayuan dimasukkan iaitu di Lampiran 20 difailkan pada 10.10.25 dan Lampiran 21 difailkan pada 13.10.2025 tetapi mempunyai isi kandungan yang sama. Maka Mahkamah akan menyediakan satu (01) sahaja Alasan Penghakiman untuk kedua-dua lampiran Notis Rayuan ini. Mahkamah ingin menegur peguam Perayu/Defendan-Defendan di dalam hal yang sebegini kerana pemfailan dua kali Notis Rayuan yang sama adalah mengelirukan Mahkamah ini dan secara tidak langsung telah menyebabkan jumlah bilangan berganda Rayuan yang difailkan dan untuk Mahkamah ini menyediakan Alasan Penghakiman. Sekiranya ada kesilapan kepada pemfailan Notis tersebut diharapkan pada lain masa perlulah disemak terlebih dahulu (tetapi tiada di dalam pemfailan ini kerana Mahkamah telah menyemak dan membandingkan keduanya). Nama Pesuruhjaya Kehakiman juga adalah salah “Yang Arif Puan Marina binti Nor” dan ada typo error untuk ejaan ‘bai’ pihak Perayu di kedua-dua Notis Rayuan tersebut.
19
DOKUMEN YANG DIRUJUK Dokumen-dokumen yang dirujuk ialah;
i
Writ dan PenyataanTuntutan (Lampiran 1 dan Lampiran 2);
II
(ii) Penyataan Pembelaan Defendan (Lampiran 6 dan 7);
III
(iii) Notis Permohonan Penghakiman Muktamad (Lampiran 8)
III
(iii) Afidavit Sokongan Plaintif (Lampiran 9);
IV
(iv) Afidavit Jawapan Defendan-Defendan (Lampiran 10);
v
Afidavit Balasan Plaintif (Lampiran 11);
VI
(vi) Hujahan bertulis Defendan-Defendan (Lampiran 12);
VII
(vii) Hujahan bertulis Plaintif (Lampiran 14);
VIII
(viii) Hujahan Balas Plaintif (Lampiran 16); dan
x
Hujahan Balas Defendan-Defendan (Lampiran 17). ISU-ISU YANG PERLU DIBICARAKAN YANG DITIMBULKAN
20
OLEH DEFENDAN Daripada Pembelaan dan Afidavit-Afidavit Defendan, Mahkamah berpendapat terdapat beberapa isu yang ditimbulkan oleh Defendan-Defendan dalam menentang permohonan Plaintif untuk dipertimbangkan sama ada isu-isu tersebut perlu dibicarakan ataupun sebaliknya. Isu-Isu tersebut ialah –
1
Sama ada liabiliti Defendan-Defendan di bawah Surat Jaminan bertarikh 6.3.2020 adalah bersifat “on demand”. Dengan kata lain, adakah Plaintif berhak menuntut terus daripada Defendan-Defendan sebaik sahaja tuntutan dibuat tanpa perlu terlebih dahulu menuntut atau mengambil tindakan terhadap Pelanggan/Peminjam Utama (Travelers Tour Malaysia Sdn Bhd)?
2
Sama ada Plaintif wajib terlebih dahulu melupuskan atau menjual harta cagaran sebelum boleh menuntut daripada Defendan-Defendan sebagai penjamin. Ini melibatkan tafsiran terhadap terma Surat Jaminan (“Eksibit A-2”) khususnya Klausa 6(i), Klausa 7 dan Klausa 7A yang memberi kuasa kepada Plaintif untuk menuntut secara serentak terhadap penjamin dan peminjam utama.
3
Sama ada tindakan Plaintif menuntut jumlah RM3,513,771.69 terhadap Defendan adalah sah dan tidak pramatang. Termasuk persoalan sama ada tindakan ini merupakan penyalahgunaan proses kerana prosiding penggulungan terhadap syarikat Pelanggan/Peminjam Utama (Travelers Tour Malaysia Sdn Bhd) masih tergantung selama enam bulan.
21
MAHKAMAH 2012 Adalah menjadi prinsip asas bagi permohonan di bawah Aturan 14 Kaedah 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 di mana sesuatu tindakan hanya akan dibenarkan Penghakiman Terus di dalam ‘plain and obvious cases’. Prinsip ini dapat dilihat di dalam kes Chin Yuan Tai v Teraxis Construction Sdn Bhd & 3 Ors [2014] 1 LNS 259 di mana Mahkamah telah memutuskan; “Summary Judgment can only be granted in a plain and obvious case with no triable issues (see Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail & Ors [1992] 1 MLJ 400);”
22
Prinsip ini juga dapat dilihat dalam kes South East Asia Insurance Bhd v Kerajaan Malaysia [1998] 1 CLJ 1045 di mana Mahkamah telah memutuskan; “It is well settled that if a defendant in an O14 application succeeds in raising even a single triable issue, it will not be a fit and proper case to order summary judgment. It is only in plain and obvious cases where there are no issues to be tried should recourse be had to O14.”
23
Juga diputuskan dalam kes Antah Schindler Sdn Bhd v Ssangyong Engeneering & Construction Co. Ltd [2008] 3 CLJ 641 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa permohonan untuk Penghakiman Terus boleh diberikan oleh Mahkamah sekiranya Plaintif mempunyai tuntutan yang jelas dan Defendan tidak mempunyai apa-apa pembelaan serta gagal membangkitkan isu-isu yang perlu dibicarakan. Suriyadi Halim Omar JCA (pada ketika itu) dalam penghakimannya menyatakan seperti berikut: [20] The principles applied in summary judgment proceedings is clearly illustrated in the case pf Alloy Automotive Sdn Bhd v Perusahaan Ironfiled Sdn Bhd [1986] 1 CLJ 2; [1986] CLJ (Rep) 45 SC, where Supreme Court had stated: Where all the issues are clear, summary judgment should be given. An appellant ought not to be shout out from defending unless it is very celar that he has no case in the action. A complete defence need not be shown. The defence setup need only show that there is a triable issue or question or that for some reason there ought to be a trial. [penekanan ditambah]
24
Sebagaimana yang diputuskan di dalam kes-kes terdahulu terdapat pra-syarat penting untuk Aturan 14 kaedah 1 dan 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012) untuk membolehkan Penghakiman Terus diberikan terhadap Defendan-Defendan.
i
Pernyataan Tuntutan telah diserahkan kepada
II
(ii) Defendan-Defendan telah memasuki memorandum kehadiran;
III
(iii) Permohonan disokong dengan suatu affidavit yang menentusahkan fakta yang menjadi asas tuntutan permohonan berkaitan itu diasaskan. Deponen melalui affidavit sokongan tersebut hendaklah juga menyatakan bahawa mengikut kepercayaannya
IV
(iv) Defendan-Defendan tidak akan ada pembelaan terhadap tuntutan dalam pernyataan tuntutan Sekiranya pra syarat ini dipenuhi oleh Plaintif maka beban pembuktian akan berpindah kepada Defendan-Defendan untuk memuaskan hati Mahkamah ini (to the satisfaction of this court) bahawa adanya ‘bona fide’ isu untuk dibicarakan maka Penghakiman Terus tidak boleh diberikan kepada Defendan-Defendan. Mahkamah Persekutuan di dalam kes National Company for Foreign Trade v. Kayu Raya Sdn Bhd [1984] 1 CLJ (Rep) 283; [1984] 1 MLRA 190; [1984] 2 MLJ 300 memutuskan ; We think it appropriate to remind ourseves once again that in every application under O. 14 the first considerations are
a
(a)whether the case comes within the order and (b)whether the plaintiff has satisfied the preliminary requirements for proceeding under O.14 for the purposes of application under O.14 the preliminary requirements are:
i
(i)the defendant must have entered and appearance;
II
(ii)the statement of claim must have been served on the defendants; and
III
(iii)the affidavit in support of the application must comply with the requirements of r.3 of the O.14 If the plaintiff fails to satisfy either of those considerations, the summons may be dismissed. If however, this considerations are satisfied, the plaintiff will have established a prime facie case and he comes entitled to judgment. The burden then shifts to the defendant to satisfy the court why judgment should not be given against him [penekanan ditambah]
25
Di dalam kes ini untuk pra syarat (i) dan (ii) pihak-pihak bersetuju dan tidak menjadi isu cuma yang menjadi isu adalah untuk pra syarat ke (iii) dan (iv) iaitu samada Defendan-Defendan mempunyai pembelaan yang bermerit dan berhak untuk dibicarakan.
26
26.
para
Isu sama ada Defendan-Defendan mempunyai pembelaan yang bermerit dan perlu dibicarakan adalah berkait dengan isu sama ada liabiliti Defendan-Defendan di bawah Surat Jaminan bertarikh 6.3.2020 adalah bersifat “on demand”. Dengan kata lain, adakah Plaintif berhak menuntut terus daripada Defendan sebaik sahaja tuntutan dibuat tanpa perlu terlebih dahulu menuntut atau mengambil tindakan terhadap Pelanggan/ Peminjam Utama (Travelers Tour Malaysia Sdn Bhd)?. Pembelaan ini jugalah yang ditimbulkan oleh Defendan-Defendan.
27
Isu sama ada Plaintif wajib terlebih dahulu melupuskan atau menjual harta cagaran sebelum boleh menuntut daripada Defendan sebagai penjamin juga terangkum dalam isu sama ada ada isu untuk dibicarakan atau tidak. Defendan-Defendan di para 3 Pembelaan mereka memplidkan bahawa Plaitif tidak mempunyai sebarang kausa tindakan terhadap Defendan-Defendan kerana belum menghabiskan kesemua cara untuk menuntut balik Pembiayaan tersebut dari Pelanggan tersebut sebagai Peminjam. Isu Ini melibatkan tafsiran terhadap terma Surat Jaminan, khususnya Klausa 6(i), Klausa 7 dan Klausa 7A yang memberi kuasa kepada Plaintif untuk menuntut secara serentak terhadap penjamin dan peminjam utama seterusnya memberikan kausa tindakan yang sah terhadap Plaintif.
28
Sama ada tindakan Plaintif menuntut jumlah RM3,513,771.69 terhadap Defendan adalah sah dan tidak pramatang. Termasuk persoalan sama ada tindakan ini merupakan penyalahgunaan proses kerana prosiding penggulungan terhadap syarikat Pelanggan/Peminjam Utama (Travelers Tour Malaysia Sdn Bhd) masih tergantung selama enam bulan.
29
Mahkamah merangkumi kesemua isu di atas kerana berpendapat isu-isu tersebut adalah berkaitan di antara satu sama lain dan ia membawa kepada pra syarat dalam membenarkan permohonan Plaintif untuk memasukkan Penghakiman Terus terhadap Defendan-Defendan sekiranya pembelaan mereka adalah tidak bermerit dan tidak perlu dibicarakan dengan pemeriksaan saksi-saksi.
30
Mahkamah bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa, Penjamin/Defendan-Defendan tidak mempunyai hak istimewa untuk menuntut supaya Plaintif terlebih dahulu menuntut Pelanggan/Penghutang Utama membayar hutang sebelum meminta Penjamin/Defendan-Defendan melunaskannya.
31
Mahkamah memperturunkan semula klausa-klausa penting di dalam Surat Jaminan iaitu Klausa 6, Klausa 7 dan Klausa 7A sebagaimana berikut:
a
Clause 6 of the Letter of Guarantee provides that the guarantee shall be without prejudice to and shall not be affected nor shall I/We or any of us (the Defendants) be released or exonerated by any of the matters following whether with or without my/our consent or notice to me/us :-
i
(i)any securities negotiable or otherwise including other guarantees which you may now or any time hereafter hold in respect of the Customer from me/us or any other person or persons for any moneys whether hereby guaranteed or otherwise; …
b
Under Clause 7 of the Letter of Guarantee, the Defendants have agreed that the Plaintiff shall be at liberty to resort for your own benefit to any other means of payment at any time and in any order as you think fit without in consequence diminishing my/our liability to you hereunder and you may enforce this Guarantee for the payment of the ultimate balance after resorting to other means of payment or for the balance due at any time notwithstanding that other means of payment have not been resorted to and in the latter case, without entitling me/us to any benefit from such other means of payment so long as any money remains due or payable…”
c
Under Clause 7A, of the Letter of Guarantee, the Defendants have further agreed that the Plaintiff “shall be entitled to exercise such remedies concurrently, including pursuing all remedies pursuant to this Guarantee and civil suit against the Customer or other security parties to recover all moneys due and owing to you PROVIDED THAT nothing contained herein shall be construed as imposing any obligation (whether at law or in equity) upon you to exhaust your remedy to enforce any of the securities or against any other security party before commencing any action against us AND we hereby irrevocably and unconditionally agree and consent to you commencing separate proceedings, enforcing other remedies and exercising any other rights which you may have against us, the Customer or any other security party simultaneously or consecutively in any order as you deem fit.” [penekanan ditambah] Klausa-klausa ini jelas menunjukkan dan membuktikan bahawa plaintif mempunya kausa Tindakan yang sah yang mana Surat Jaminan tersebut adalah jaminan ‘ on demand’ yang bermaksud memberi kuasa kepada plaintif menuntut bayaran terus dari Defendan-Defendan tanpa perlu menuntut terlebih dahulu daripada Pelanggan/Peminjam Utama atau meluupuskan harta cagaran terlebih dahulu.
32
Rujuk ms 207, Law & Practice of Banking. Volume 2 by J. Milnes Holden diperenggan 18-19 yang secara jelas menerangkan; “..it has been suggested that, as soon as the guaranteed debt has become due and before the guarantor has been asked to pay it, he has a right to require the creditor to call upon the principal debtor to pay off the debt. However, the existence of this right has been questioned”.
33
Di dalam Halsbury’s Law of England, Volume 20, 4th edition, para 159 di ms 87 menyatakan; “,, it is not necessary for the creditor, before proceeding against the surety, to request the principal debtor to pay, or to sue him, although solvent, unless this is expressly stipulated for, nor is it necessary for the creditor to prosecute the principal debtor to any offence he may have committed unless this is rendered essential by the terms of the guarantee, nor to resort to securities for the guaranteed debt received by the creditor from the principal debtor, although, in certain special circumstances, it may be necessary for the creditor, before having recourse to the surety, to seek indemnity from a third person”.
34
Sekali lagi Halsbury’s Law of England, Volume 20 ini dirujuk tetapi di ms 101 di para 186 dibawah tajuk, “Surety’s right to compel creditor to collect debt” menyatakan: “After the guaranteed debt has become due, and before he has been asked to pay it, the surety may require the creditor to call upon the principal debtor to pay off the debt. In the absence of agreement, the creditor is, however, not bound t sue the principal debtor before suing the surety. Moreover, the surety, even where he deposits the amount of the guaranteed debt, cannot without such agreement compel the creditor to peroceed against the principal debtor unless he undertakes to indemnify the creditor for the risk, delay and expense which he thereby incurs, and, apparently, satisfies him that the principal dector is solvent”.
35
Oleh itu Mahkamah mendapati plaintif telah pun membuktikan kesnya secara ‘prima facie’ dan kini beban pembuktian berpindah kepada Defendan-Defendan untuk membuktikan mereka mempunya pembelaan terhadap kes mereka dan memerlukan kepada perbicaraan penuh.
36
Dalam mempertimbangkan isu yang dirangkum di atas, Mahkamah meneliti Surat Jaminan tersebut isu-isu yang diutarakan oleh pihak Plaintif dan Pihak Defendan-Defendan sebenarnya menyimpang daripada fakta asal kes ini. Apa yang dihujahkan oleh pihak-pihak dan juga kes otoriti yang dikemukakan adalah berkenaan dengan prosedur kebankrapan yang dikawal oleh Akta Insolvensi 1967 khususnya s.5(4) Akta tersebut yang berbunyi; s.5(4) – before granting leave referred to in paragraph 3(b), the court shall satisfy itelf that the petitioning creditors has exhausted all modes of the execution and enforcement to recover the debts owed to him by the debtor.
37
Di dalam kes kita ini ia adalah berkenaan Tuntutan Plaintif terhadap pembayaran balik jumlah pinjaman yang terhutang oleh Pelanggan/Peminjam Utama yang telah pun digulungkan dan oleh kerana Defendan-Defendan adalah penjamin kepada Pelanggan tersebut maka Defendan-Defendan adalah layak untuk di tuntut jumlah pinjaman/pembiayaan tersebut dan jika tiada isu untuk dibicarakan dan kes ini boleh diputuskan tanpa mendengar keterangan saksi-saksi maka Mahkamah ini atas permohonan Plaintif boleh membenarkan Penghakiman Terus dimasukkan terhadap Defendan-Defendan.
38
Isu di sini adalah sama ada Plaintif boleh mendapatkan jumlah pinjaman tersebut dari Defendan-Defendan? Isu berkenaan samada Plaintif telah melakukan segala tindakan (has exhausted all modes) untuk mendapatkan jumlah pinjaman terhutang tersebut daripada Pelanggan/Peminjam Utama isu ini akan timbul apabila dan sekiranya Penghakiman Terus dimasukkan terhadap Defendan-Defendan dan Plaintif memohon untuk meneruskan dengan tindakan kebankrapan iaitu tindakan pelaksanaan. Jadi untuk Mahkamah ini memutuskan isu tersebut adalah bukan di peringkat ini. Apa yang Mahkamah perlu lihat dan pertimbangkan adalah sama ada Plaintif mempunyai kausa tindakan atau tidak ke atas Defendan-Defendan berdasarkan Klausa 6(i), 7 dan 7A Perjanjian Penjamin tersebut. Untuk ini jawapan nya adalah YA, Plaintif mempunyai kausa tindakan yang sah terhadap Defendan-Defendan dan adakah Defendan-Defendan mempunyai pembelaan bermerit?
39
Defendan-Defendan di Pembelaan hanya memplidkan dan memfokuskan kepada mempersoalkan kausa tindakan Plaintif kerana belum menghabiskan kesemua cara untuk menuntut balik pembiayaan tersebut dari Pelanggan (para 3 Pembelaan Defendan-Defendan), tuntuan plaintif adalah pra matang dan belum genap masanya kerana hartanah Defedan-Defendan yang dipegang di bawah Geran 356051 Lot 110091, Mukim Pulai, Johor Bahru telah digadaikan kepada Plaintif untuk gadaian tersebut dan masih lagi kepada pembelaan belum menghabiskan kesemua cara untuk menuntut balik pembiayaan; kausa tindakan belum bermula sehingga hartanah gadaian tersebut telah dijual secara lelongan awam dan menyatakan bahawa Plaintif gagal membuktikan Defendan-Defendan adalah berhutang dengan Plaintif.
40
Pembelaan Defendan-Defendan sebanyak tiga (03) muka surat hanya berkisar tentang Plaintif tidak mempunyai kausa tindakan yang sah terhadap Defendan-Defendan kerana belum menghabiskan kesemua cara untuk menuntut balik pembiayaan tersebut daripada Pelanggan.
41
Tetapi Defendan-Defendan tidak pernah pada bila-bila masa menafikan bahawa Defendan-Defendan adalah Penjamin kepada Pelanggan dan Surat Jaminan bertarikh 6.3.2020 adalah mengikat Defendan-Defendan khusnya di klausa 6(i), 7 dan 7A Surat Jaminan tersebut.
42
KESIMPULAN Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah berpendapat ketiga-tiga isu utama yang ditimbulkan oleh Defendan-Deffendan tidak memerlukan kepada satu perbicaraan penuh.
43
Oleh yang demikian, Mahkamah dengan ini membenarkan permohonan Plaintif di Lampiran 8 untuk memasukkan Penghakiman Terus terhadap Defendan-Defendan untuk jumlah:
i
sebanyak RM3,513,771.69 dikira setakat 31 Julai 2023,
II
(ii) caj lewat bayar pada kadar 1.0% setahun dikenakan ke atas jumlah pembiayaan dan keuntungan terakru, sehingga tarikh Penghakiman dan selanjutnya atas kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam (Islamic Interbank Money Market
IIMM
sehingga tarikh penyelesaian penuh. Kadar IIMM terkini adalah 3.01% setahun dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa; dan
II
(ii) Kos sebanyak RM8,000.00 tertakluk kepada Alokatur. BERTARIKH: 17 NOVEMBER 2025 t.t MANIRA BINTI MOHD NOR PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI SIVIL 4 JOHOR BAHRU. Peguam Bagi pihak Plaintif Wong Weng Yew Tetuan Sucha Singh & Partner Kuala Lumpur Peguam Bagi Pihak Defendan Yahya Chua Tetuan Lau Kok Guan Liana & Kuan Johor Bahru
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.