Lampiran
Lampiran 1 untuk menguatkuasakan haknya sebagai pemegang gadaian terhadap Defendan-Defendan selaku penggadai. Isu-Isu 7. Dalam menentang Lampiran 1, Defendan-Defendan membangkitkan isu-isu berikut:- (a) Plaintif gagal berikan notis tuntutan kepada Defendan-Defendan apabila terdapat keingkaran secara tiga bulan berturut-turut; (b) Notis 16D KTN adalah defektif kerana - (i) jumlah yang dituntut adalah untuk keseluruhan jumlah pinjaman termasuk caj lewat bayar dan keuntungan terakru; S/N PWr8Yi23xkiakXkg6I2ww (ii) gagal menyatakan jumlah bayaran bulanan dari tarikh penyampaian Notis 16D, (c) Afidavit Sokongan tidak menjelaskan bagaimana jumlah RM3,516,990.01 dicapai; (d) Plaintif gagal mengambil tindakan secara menyeluruh terhadap Peminjam sebelum memulakan permohonan perintah perintah jual; (e) Plaintif juga telah membawa tuntutan sivil bagi menuntut baki hutang secara serentak terhadap Defendan-Defendan; dan (f) Plaintif telah gagal untuk mengikuti s.256 KTN dan Arahan Amalan Tahun 2012. Keputusan 8. Undang-undang adalah mantap bahawa di dalam permohonan perintah jual atau halang tebus di bawah s.256 KTN, tugas Mahkamah adalah hanya untuk menentukan sama ada terdapatnya ‘sebab bertentangan’ (cause to the contrary) yang boleh menyebabkan permohonan tersebut ditolak (rujuk: Low Lee Lian v Ban Hin Lee Bank Berhad [1997] 2 CLJ 36, ms 37, perenggan 3). Isu 1 - Notis Tuntutan 9. Dalam kerangka prosiding halang tebus di bawah s.256 KTN atau A.83 KKM sebagai mana tindakan di sini, notis tuntutan hutang kepada peminjam bukan merupakan satu keperluan statutori yang S/N PWr8Yi23xkiakXkg6I2ww wajib dikeluarkan oleh pemegang gadaian kepada penggadai sebagai pra-syarat sebelum tindakan halang tebus boleh dimulakan. 10. Mahkamah bersetuju dengan hujah peguam Plaintif bahawa notis tuntutan hutang yang bersifat in personam adalah tidak relevan dengan prosiding halang tebus yang sifatnya in rem (rujuk: Malayan Banking Berhad v Skycon Development Sdn Bhd [2014] 1 LNS 429). 11. Oleh yang demikian, Mahkamah ini mendapati bahawa isu 1 ini tidak mempunyai apa-apa merit bagi mewujudkan sebab bertentangan. Isu 2 – Notis 16D 12. Peruntukan mengenai Notis 16D, yang sebenarnya merupakan pra-syarat sebelujm tindakan halang tebus dimulakan di Mahkamah, adalah termuat di dalam s.254(1) KTN yang memperuntukkan sepeti berikut:- “254(1) Where, in the case of any charge, any such breach of agreement as is mentioned in sub-section (1) of section 253 has been continued for a period of at least one month or such alternative period as may be specified in the charge which shall not be less than one month, the chargee may serve on the chargor a notice in Form 16D-Form 16D shall : (a) specify the breach in question; S/N PWr8Yi23xkiakXkg6I2ww (b) requiring it to be remedied within one month of the date on which the notice is served, or such alternative period as may be specified in the charge which shall not be less than one month; and (c) warning the chargor that, if the notice is not complied with, he will take proceedings to obtain an order for sale.” 13. Berdasarkan s.254(1) yang dirujuk di atas, Mahkamah ini gagal menemui di mana perlunya untuk Plaintif membutirkan bayaran bulanan Peminjam dalam Notis 16D. Apa yang wajib dinyatakan adalah mengenai kemungkiran yang berlaku, mengarahkan kemungkiran dibetulkan dan memberi notis apa tindakan seterusnya yang akan diambil jika kemungkiran gagal dibetulkan. 14. Dalam hal ini, Mahkamah ini telah membuat rujukan kepada Notis 16D bertarikh 6.10.2023 (Exhibit “A-4”, Afidavit Sokongan Pemohon) dan mendapati ia telah memenuhi ketiga-tiga kehendak yang dinyatakan dalam sub-perenggan (a),(b) dan (c) s.254(1) KTN. Berikutan tunggakan bayaran yang berlaku, Plaintif mempunyai asas untuk menuntut bayaran balik hutang secara keseluruhan kerana perkara tersebut telah termaktub dalam perjanjian Fasiliti Pembiayaan Berpenggal Komoditi Murabahah-i (CMTF-i) yang mengikat sebagai mana diperuntukan di dalam ‘Specific Terms and Conditions (Annexture I)’ di klausa 20 mengenai ‘Events of Default’ (rujuk Eksibit ‘A-1’ dalam Afidavit Sokongan Plaintif). Isu 3 – Pengiraan Terperinci Tidak Dinyatakan Dalam Afidavit Sokongan S/N PWr8Yi23xkiakXkg6I2ww 15. Mengenai pergiraan terperinci yang dicabar oleh Defendan-Defendan, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan peguam Plaintif yang bijaksana bahawa tidak ada ketetapan undang-undang yang mewajibkan pengiraan terperinci dizahirkan oleh Plaintif. 16. Malahan ‘Certificate of Indebtedness’ yang dikemukakan oleh Plaintif merupakan keterangan konklusif mengenai hutang yang dinyatakan merupakan terma-terma Fasiliti Pembiayaan yang dipersetujui sebagai mana termuat di dalam Seksyen 7.18 Annexture Gadaian di Exhibit “A-2”, Afidavit Sokongan Plaintif. 17. Selanjutnya, Mahkamah ini juga mendapati tidak ada alasan kukuh dikemukakan oleh Defendan-Defendan dalam afidavit mereka bagi menunjukkan terdapat kesalahan nyata dalam pengiraan yang telah dilakukan oleh Plaintif dalam ‘Certificate of Indebtedness’ tersebut. 18. Atas sebab ketiadaan alasan atau bukti kukuh tersebut, apa yang Defendan-Defendan dakwa sebagai kesalahan pengiraan tersebut hanyalah dakwaan kosong semata-mata. Kedudukan undang-undang mengenai beban untuk menunjukkan kesalahan nyata sebegini adalah mantap iaitu berada di pihak Defendan-Defendan (rujuk: Cempaka Finance Bhd v Ho Lai Ying & Anor [2006] 2 MLJ 685, ms 691). Isu 4, 5 dan 6 19. Isu 4, 5 dan 6 yang dibangkitkan oleh Defendan-Defendan merupakan isu-isu yang mempunyai perkaitan di antara satu dengan yang lain. S/N PWr8Yi23xkiakXkg6I2ww 20. Adalah merupakan prinsip undang-undang yang mantap bahawa tuntutan hutang secara sivil dan tindakan halang tebus merupakan tindakan yang berbeza sifatnya, di mana satunya adalah in personam (tuntutan sivil) dan satu lagi adalah in rem (tindakan halang tebus). 21. Di dalam kes Low Lee Lian v Ban Hin Lee Bank Berhad [1997] 2 CLJ 36, yang merupakan locus classicus dalam tindakan halang tebus di bawah s.256 KTN, telah diputuskan bahawa:- “Now, it is trite that a chargee/creditor may pursue any or all remedies to recover monies lent by him. He may enforce his statutory charge against the chargor by way of proceedings in rem under s. 256 of the Code. He may sue the principal debtor (who may or may not be the chargor) upon the personal covenant contained in any loan agreement that was entered into between the part ies. He may proceed against the surety who has guaranteed the loan. And he may pursue al l of these courses simul taneously, contemporaneously or successively. See, China and South Sea Bank Ltd. v. Tan [1989] 3 All ER 839, 842.” 22. Berikutan kedudukan undang-undang mantap yang sedemikian, isu sama ada tindakan sivil perlu dihabiskan terhadap Peminjam atau sama ada tindakan serentak boleh diambil terhadap Peminjam dan Defendan-Defendan bagi perkara hutang yang sama atau tidak bukan lagi isu yang boleh dijadikan alasan sebagai sebab bertentangan yang boleh menggagalkan permohonan halang tebus oleh Plaintif terhadap Defendan-Defendan di sini. S/N PWr8Yi23xkiakXkg6I2ww 23. Apa yang penting, peruntukan yang memberi kesan kepada kebebasan Plaintif untuk mengambil tindakan halang tebus tersebut telah dinyatakan secara spesifik di dalam Seksyen 2.05 Annexture Gadaian di Exhibit “A-2”, Afidavit Sokongan Plaintif. Penutup 24. Berdasarkan alasan-alasan yang dinayatakan di atas, Mahkamah ini berpuashati untuk memutuskan bahawa kertas-kertas kausa adalah teratur di pihak Plaintif, manakala Defendan-Defendan pula telah gagal untuk menunjukkan wujudnya ‘cause to the contrary’ yang boleh menggagalkan tindkan Plaintif di sini. 25. Lampiran 1 adalah dengan itu dibenarkan mengikut terma-terma yang dimohon dengan kos RM3,000.00, tertakluk fi alokator. Tarikh: 25.1.2026 ……………………………………… Noor Hisham Bin Ismail Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru S/N PWr8Yi23xkiakXkg6I2ww Peguam Plaintif : Tetuan Sucha Singh & Partners No. 16, Jalan Lambak 86000 Kluang, Johor Peguam Defendan-Defendan: Tetuan Lau Kok Guan, Liana & Kuan No. 119A, Jalan Sutera Satu, Taman Sentosa 80150 Johor Bahru, Johor S/N PWr8Yi23xkiakXkg6I2ww