Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA GUAMAN NO. WA-22M-257-10-2017 ANTARA MAYBANK ISLAMIC BERHAD (NO. SYARIKAT: 787435-M) … PLAINTIF
22M-257-10/2017
High Court of Malaysia28 Sept 2018
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“1979] 1 MLJ 24, [1981] 1 MLJ 54 Chang Min Tat FC held that to constitute a res judicata, the earlier judgment must, in terms of the Privy Council decision in Kok Hoong v. Leong Cheong Kweng Mines Ltd [1964] MLJ 49 ‘necessarily and with precision’ determine the point in issue. Sehubungan itu adalah perlu ditentukan terl”
“aysia telah mengecualikan penggunaan doktrin res judicata dalam beberapa kes dan merujuk 19 kepada kes Seruan Gemilang Sdn Bhd v. Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur [2016] 3 CLJ 1; [2016] 1 LNS 39; [2016] MLJU 12 untuk menyokong hujahnya bahawa doktrin res judicata tidak menghalang Defendan-defendan Berkenaan daripada”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA GUAMAN NO. WA-22M-257-10-2017 ANTARA MAYBANK ISLAMIC BERHAD (NO. SYARIKAT: 787435-M) … PLAINTIF
1
STEADY HECTARES HOLDINGS SDN. BHD.
2
TAN PENG SON (NO. K/P (BARU): 570307-10-5881)
3
CHING SIEW GEOK (NO. K/P (BARU): 661230-10-5974)
4
TAN ENG SOI (NO. K/P (BARU): 580130-10-5315)
5
CHNG KIAM HUAT (NO. K/P (BARU): 650121-10-5875) (NO. K/P (LAMA): A0050512) … DEFENDAN-DEFENDAN DI HADAPAN YA KHADIJAH BINTI IDRIS PESURUHJAYA KEHAKIMAN 2 ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Ini adalah tindakan sivil yang difailkan oleh Plaintif berhubung dengan kemudahan pembiayaan berasaskan prinsip Syariah yang diberikan kepada Defendan Pertama. Atas permohonan Plaintif, mahkamah ini membenarkan permohonan untuk membatalkan Tuntutan Balas Defendan-defendan di bawah Aturan 18 keadeh 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 2012 (KKM 2012) dengan kos. Defendan-defendan yang terkilan dengan keputusan tersebut telah memfailkan Notis Rayuan terhadap keputusan tersebut. Latarbelakang [2] Plaintif adalah sebuah syarikat perbankan Islam. Atas permohonan Defendan Pertama dan melalui Surat Tawaran bertarikh 5 Ogos 2013 (Surat Tawaran) dan 14 Disember 2013 (Surat Tawaran Pembaharuan), Plaintif telah bersetuju memberi dan Defendan Pertama (sebuah syarikat) bersetuju menerima suatu Kemudahan Commodity Murabahah Term-Financing-i (CMTF-i) (Kemudahan CMTF-i) berjumlah RM 20,000,000.00. Melalui Surat Tawaran Pembaharuan had 3 Kemudahan CMTF-i tersebut telah dikurangkan kepada RM 17,788,677.99. Surat Tawaran dan Surat Tawaran Pembaharuan dirujuk secara kolektif sebagai “Surat-surat Tawaran”. [3] Antara terma dan syarat yang terkandung dalam Surat-surat Tawaran tersebut termasuklah –
a
Prinsip Syariah
i
Kemudahan CMTF-i tersebut telah distruktur berdasarkan prinsip Syariah Commodity Murabahah. Defendan Pertama sebagai pelanggan membuat Permintaan Belian dan Akujanji kepada Plaintif untuk membeli komoditi (Underlying Syariah Compliant Commodity) (komoditi tersebut) daripada pedagang komoditi pada harga bersamaan dengan jumlah Kemudahan CMTF-i tersebut sebanyak RM 20,000,000.00 yang diberikan kepada
II
(ii) Plaintif kemudiannya membeli komoditi tersebut dan menjual komoditi tersebut kepada Defendan Pertama pada Harga Jualan Bank yang berjumlah 4 RM 40,571,526.13 yang terdiri daripada Harga Belian Bank bersama-sama dengan margin keuntungannya;
III
(iii) Selaku pemilik komoditi, Defendan Pertama juga melantik Plaintif sebagai agen melalui suatu Perlantikan Agensi untuk menjual komoditi tersebut kepada pedagang komoditi pada harga kos yang bersamaan dengan jumlah Kemudahan CMTF-i tersebut; dan
IV
(iv) Hasil jualan kemudiannya dikreditkan ke akaun Kemudahan Defendan Pertama yang diperuntukkan Kemudahan CMTF-i tersebut dan Defendan Pertama memberi kuasa kepada Plaintif untuk membuat pembayaran bagi Aset tersebut kepada pihak-pihak yang berkaitan tertakluk kepada kesemua syarat Kemudahan CMTF-i tersebut.
b
Harga Jualan Bank
i
Harga Jualan Bank adalah satu jumlah maksima yang dikenakan ke atas Defendan Pertama (tidak termasuk caj-caj lain); 5
II
(ii) Harga Jualan Bank terdiri daripada jumlah Kemudahan CMTF-i tersebut dan jumlah keuntungan yang dikenakan terhadap Defendan Pertama berdasarkan Kadar Keuntungan Siling (Ceiling Profit Rate); dan
III
(iii) Berdasarkan prinsip Murabahah, Plaintif berhak untuk menuntut Harga Jualan Bank secara penuh.
c
Bayaran
i
Walau apa pun yang dinyatakan mengenai Harga Jualan Bank dan Kadar Keuntungan Siling tersebut di atas, bayaran keuntungan bulanan adalah tertakluk kepada Kadar Keuntungan Efektif (Effective Profit Rate) seperti yang dinyatakan dalam Surat-surat Tawaran tersebut; dan
II
(ii) Jumlah Kemudahan mestilah dibayar oleh Defendan Pertama mengikut terma bayaran dalam Surat-surat Tawaran sehingga kesemua jumlah di bawah Kemudahan CMTF-i tersebut dibayar dengan sepenuhnya dalam tempoh pembiayaan selama 15 tahun. 6
d
Rebat (Ibra’)
i
Sekiranya Defendan Pertama membuat penyelesaian penuh ke Kemudahan CMTF-i tersebut sebelum tarikh matang, pihak Plaintif akan memberikan suatu rebat (Ibra’) bagi jumlah Kemudahan CMTF-i tersebut tidak terpakai dan keuntungan belum kena bayar (sekiranya ada) yang dikira dari tarikh penyelesaian penuh hingga tarikh matang yang mana dengan pemberian rebat (Ibra’) tersebut, jumlah Harga Jualan Bank tersebut akan berkurangan;
II
(ii) Rebat (Ibra’) turut akan diberikan sekiranya Kadar Keuntungan Efektif adalah lebih Tinggi daripada Kadar Keuntungan Siling; dan
III
(iii) Rebat (Ibra’) hanya akan diberikan setelah Plaintif menerima keseluruhan jumlah penyelesaian / penebusan yang mana jumlahnya adalah ditentukan oleh Plaintif mengikut terma Kemudahan CMTF-i tersebut berdasarkan formula berikut:- Harga Jualan Bank Tertunggak Tolak Jumlah Kemudahan Tertunggak Tolak Jumlah Lain yang Tertunggak 7
e
Caj Lewat Bayar
i
Sekiranya Defendan Pertama mengingkari apa-apa bayaran yang ditetapkan, caj lewat bayar pada kadar 1.00% setahun akan dikenakan ke atas jumlah kemudahan dan keuntungan terakru sehingga tarikh matang Kemudahan CMTF-i tersebut atau sehingga tarikh Penghakiman, yang mana lebih dahulu dan selanjutnya atas kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam (Islamic Interbank Money Market (IIMM) ) setahun sehingga tarikh penyelesaian penuh. [4] Sebagai sekuriti dan jaminan kepada pembayaran balik Kemudahan CMTF-i tersebut, Defendan Pertama telah menyempurnakan satu gadaian ke atas tanah milik Defendan Pertama yang dipegang di bawah Hakmilik PL No. 176194871, Daerah Beaufort, Negeri Sabah yang didaftarkan melalui Perserahan / Memo No: MC1311170054 pada 22 November 2013. [5] Selanjutnya sebagai balasan kepada Kemudahan CMTF-i tersebut, melalui satu Surat Jaminan bertarikh 27 September 2013 8 (Surat Jaminan) Defendan Kedua, Defendan Ketiga, Defendan Keempat dan Defendan Kelima telah bersetuju memberi jaminan kepada Plaintif untuk pembayaran balik semua wang yang kena dibayar dan terhutang kepada Plaintif oleh Defendan Pertama di bawah Kemudahan CMTF-i tersebut. [6] Sebagaimana diperuntukkan dalam Surat-surat Tawaran tersebut, Defendan Pertama kemudiannya menandatangani suatu Master Commodity Murabahah Financing Agreement (Perjanjian Kemudahan CMFT-i) bertarikh 24 Oktober 2013 yang antara lain memperuntukkan terma dan syarat berikut –
a
Kesemua terma dan syarat dalam Surat-surat Tawaran tersebut dan variasi seterusnya adalah dianggap sebagai dimasukkan ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Perjanjian Kemudahan CMFT-i tersebut;
b
Penyata Akaun oleh pegawai Plaintif yang diberikuasa mengenai jumlah wang yang kena bayar oleh Defendan-defendan di bawah Kemudahan CMTF-i tersebut hendaklah menjadi keterangan yang muktamad dan konklusif 9 (conclusive evidence) terhadap Defendan-defendan untuk apa-apa tujuan termasuk untuk prosiding undang-undang;
c
Defendan-defendan harus membayar kesemua fi, caj dan perbelanjaan Plaintif termasuk fi peguamcara Plaintif atas dasar Peguamcara dan Anakguam dalam menguatkuasakan Perjanjian CMTF-i tersebut; dan
d
Defendan Pertama telah menikmati Kemudahan CMTF-i tersebut dan telah gagal menyelenggara Kemudahan CMTF-i tersebut walaupun beberapa peringatan telah diberikan oleh Plaintif kepada Defendan Pertama. [7] Sehubungan itu melalui notis peguamcaranya bertarikh 20 September 2017, Plaintif telah menamatkan Kemudahan CMTF-i tersebut dan menuntut daripada Defendan-defendan keseluruhan jumlah terhutang sebanyak RM 32,098,575.98 setakat 20 September 2017 dan Caj Lewat Bayar pada kadar 1.00% akan dikenakan ke atas jumlah kemudahan dan keuntungan terakru dari 21 September 2017 sehingga tarikh matang Kemudahan CMTF-i tersebut atau sehingga tarikh Penghakiman, yang mana lebih dahulu dan selanjutnya atas kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank Secara 10 Islam (Islamic Interbank Money Market (IIMM) ) setahun sehingga tarikh penyelesaian penuh. [8] Pembelaan Defendan-defendan boleh diringkaskan seperti berikut –
a
Pihak Plaintif gagal melaksanakan obligasinya di bawah terma dan syarat Perjanjian Kemudahan CMFT-i kerana
i
gagal membekalkan kepada Defendan-defendan dokumen sebagai bukti pembelian komoditi bagi pihak Defendan Pertama dan menjual komoditi tersebut kepada Defendan Pertama walaupun telah diminta berbuat demikian oleh Defendan-Defendan.
II
(ii) Plaintif gagal mengemukakan dokumen pelantikan agensi untuk menjual komoditi dan juga bukti penjual komoditi tersebut kepada pedagang komoditi yang identitinya tidak didedahkan oleh Plaintif.
b
Oleh itu tiada sebarang balasan antara Plaintif dan Defendan dan tindakan sivil Plaintif adalah pra-matang kerana Plaintif gagal mematuhi prinsip Syariah Commodity Murabahah. 11
c
Menafikan bahawa Defendan Pertama membuat Permintaan Belian dan Akujanji kepada Plaintif untuk membeli komoditi tersebut.
d
Defendan-defendan tidak mempunyai apa-apa pengetahuan mengenai rebat ibra’ dan tidak pernah dimaklumkan mengenainya dan kesan rebat ibra’. Defendan-defendan selanjutnya mengatakan mereka berhak untuk menikmati rebat ibra’ dalam bentuk keuntungan belum kena bayar (unerned profit) kerana Kemudahan CMFT-i telah ditamatkan sebelum tarikh matang.
e
Defendan-defendan mempertikaikan Perjanjian Kemudahan CMFT-i tersebut kerana sebahagian terma dan syarat dalam Perjanjian tersebut masih belum disempurnakan menjadikan Perjanjian Kemudahan CMFT-i tersebut cacat dan tidak berkuat kuasa.
f
Defendan Kedua hingga Defendan Kelima mengaku mereka telah bersetuju memberi jaminan bayaran balik Kemudahan CMTF-i melalui Surat Jaminan. Namun Plaintif perlu membuktikan kesan Surat Jaminan tersebut. 12
g
Menafikan gagal menyelenggara Kemudahan CMTF-i tersebut. Notis tuntutan yang diterima oleh Defendan Pertama adalah pra-matang. Notis tersebut tidak diserahkan kepada Defendan Kedua hingga Defendan Kelima.
h
Pihak Defendan-defendan masih dalam perbincangan untuk mencapai persetujuan bagi kemudahan tersebut apabila Plaintif secara terburu-buru menamatkan kemudahan tersebut sedangkan Defendan bersedia dan berkemampuan untuk melaksanakan obligasinya di bawah Perjanjian Kemudahan CMFT-i tersebut.
i
Jumlah keberhutangan yang dituntut oleh Plaintif adalah keterlaluan (excessive) dan tidak mencerminkan jumlah terhutang sebenar, jika ada. Tidak ada perkiraan yang jelas yang dikemukakan oleh plaintif bagaimana jumlah terhutang tersebut diperoleh. [9] Dalam Tuntutan Balasnya, Defendan memplidkan antara lain di perenggan 33 bahawa Plaintif gagal melaksanakan obligasi di bawah Perjanjian Kemudahan CMFT-i dalam keadaan seperti berikut – 13
a
Adalah suatu obligasi yang jelas menyatakan pihak Defendan Pertama dikehendaki untuk memajukan dan / atau mengisukan Permohonan Pembelian (Purchase Request) kepada pihak Plaintif;
b
Pihak Plaintif mempunyai obligasi untuk membeli Aset Murabahah tersebut daripada Penjual setelah pihak Plaintif menerima Permohonan Pembelian (Purchase Request) daripada Defendan Pertama;
c
Setelah itu, pihak Plaintif mempunyai obligasi untuk mengisukan dan / atau mengeluarkan Borang Penerimaan pihak Bank dan Tawaran untuk Penjualan (Form Bank’s Acceptance and Offer For Sale) kepada pihak Defendan
d
Seterusnya pihak Defendan Pertama sebagai Pelanggan kepada Plaintif harus menandatangani Borang Penerimaan Pelanggan (Form of Customer’s Acceptance) yang menandakan penerimaan Kemudahan Pembiayaan tersebut; dan 14
e
Sebagai tambahan, pihak Defendan Pertama sebagai pelanggan Plaintif akan melantik Plaintif sebagai agen untuk menjual komoditi tersebut kepada Pedagang Komoditi. [10] Sehubungan itu Defendan menuntut relif berikut –
a
Suatu deklarasi bahawa Plaintif telah gagal melaksanakan tanggungjawab dan obligasi di bawah Perjanjian Kemudahan CMFT-i tersebut;
b
Suatu deklarasi bahawa Plaintif telah gagal mematuhi prinsip Syariah Commodity Murabahah apabila gagal melaksanakan tanggungjawab dan obligasi di bawah Perjanjian Kemudahan CMFT-i tersebut;
c
Suatu Perintah bahawa Plaintif hendaklah menanggung gantirugi, kos dan perbelanjaan yang ditanggung dan / atau dialami oleh Defendan-defendan akibat daripada kegagalan dan / atau kemungkiran dan / atau kecuaian Plaintif tersebut;
d
Faedah pada kadar 5% setahun ke atas gantirugi dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh; dan
e
Kos 15 Permohonan Penghakiman Terus Plaintif [11] Melalui kandungan 15, Plaintif memohon memasukki penghakiman terus terhadap Defendan-Defendan seperti terma berikut –
a
wang sebanyak RM 31,738,689.11 dikira setakat 19 Oktober 2017 untuk Kemudahan CMFT-i tersebut;
b
caj lewat bayar pada kadar 1.00% setahun akan dikenakan ke atas jumlah Kemudahan dan Keuntungan terakru dari 20 Oktober 2017 sehingga tarikh matang Kemudahan CMTF-i tersebut atau sehingga tarikh penghakiman, yang mana lebih dahulu dan selanjutnya atas kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam (Islamic Interbank Money Market (IIMM) ) setahun sehingga tarikh penyelesaian penuh;
c
kos; dan
d
lain-lain relif yang difikirkan wajar dan berpatutan oleh mahkamah ini. [12] Pada 1 Mac 2018, permohonan Plaintif untuk penghakiman terus dibenarkan dan penghakiman dimasukkan terhadap Defendan- 16 Defendan Pertama, Kedua, Ketiga dan Keempat sepertimana terma dalam kandungan 15. Sebelum daripada itu, Plaintif telah menarik balik kes terhadap Defendan Kelima kerana mahkamah dimaklumkan terdapat Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman terhadap Defendan Kelima. Defendan-defendan Pertama, Kedua, Ketiga dan Keempat selepas daripada ini akan dirujuk secara kolektif sebagai “Defendan-defendan Berkenaan”. Permohonan Membatalkan Tuntutan Balas [13] Selepas memperoleh penghakiman terus tersebut, Plaintif memfalikan Notis Permohonan bertarikh 11 April 2018 (kandungan 36) untuk membatalkan Tuntutan Balas Defendan di bawah peruntukan berikut –
a
Aturan 18 kaedah 19 (1) (b) KKM 2012 atas alasan Tuntutan Balas Defendan-defendan Berkenaan mengaibkan, remeh dan menyusahkan; dan
b
Aturan 18 kaedah 19 (1) (d) KKM 2012 atas alasan Tuntutan Balas Defendan-defendan Berkenaan adalah suatu penyalahgunaan proses mahkamah. 17 [14] Dalam afidavit sokongannya, Plaintif berhujah Tuntutan Balas Defendan-defendan Berkenaan telah menjadi akademik kerana isu-isu yang dibangkitkan oleh Defendan-defendan Berkenaan dalam Tuntutan Balas mereka telah diputuskan oleh mahkamah di peringkat permohonan Plaintif untuk penghakiman terus di mana mahkamah ini telah membenarkan Penghakiman Terus dimasukkan terhadap Defendan-defendan Berkenaan. Oleh yang demikian prinsip res judicata terpakai dan Defendan-defendan Berkenaan diestop dari membicarakan isu yang sama. [15] Alasan Defendan-defendan Berkenaan menentang permohonan untuk membatalkan Tuntutan Balasnya boleh diringkaskan seperti berikut –
a
Terdapat isu serius yang masih perlu dibicarakan dan / atau sebab lain yang patut diadakan perbicaraan mengenai tuntutan Plaintif.
b
Tuntutan Balas Defendan-defendan Berkenaan adalah berasas dan bermerit kerana terdapat pertikaian terhadap jumlah keberhutangan iaitu tuntutan Plaintif keterlaluan (excessive) memandangkan had Kemudahan CMTF-i 18 tersebut telah dikurangkan dari RM 20,000,000.00 kepada RM 17,788,677.99. Defendan-defendan Berkenaan mendakwa Sijil Keberhutangan jelas menunjukkan jumlah keberhutangan yang dituntut adalah berdasarkan pada Kemudahan CMFT-I berjumlah RM 20,000,000.00 dan bukan RM 17,788,677.99.
c
Defendan-defendan Berkenaan dalam proses membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap perintah Penghakiman Terus atas alasan terdapat isu-isu serius yang perlu dibicarakan.
d
Defendan-defendan Berkenaan tidak sepatutnya diestop dari membangkitkan isu-isu ini kerana Plaintif tidak membantah permohonan Defendan-defendan Berkenaan untuk meminda Penyataan Pembelaan dan Tuntutan Balas. Ini menunjukkan Plaintif mengakui Tuntutan Balas Defendan-defendan Berkenaan mempunyai asas dan merit. [16] Dalam Hujahan Balasan Bertulis, pihak Defendan-defendan Berkenaan mengatakan mahkamah di Malaysia telah mengecualikan penggunaan doktrin res judicata dalam beberapa kes dan merujuk 19 kepada kes Seruan Gemilang Sdn Bhd v. Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur [2016] 3 CLJ 1; [2016] 1 LNS 39; [2016] MLJU 12 untuk menyokong hujahnya bahawa doktrin res judicata tidak menghalang Defendan-defendan Berkenaan daripada memulakan dan / atau menghentikan tindakan dalam kes ini. Undang-undang [17] Prinsip undang-undang yang terpakai dalam permohonan untuk membatalkan pliding di bawah Aturan 18 kaedah 19 (1) KKM 2012 telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Bandar Builder Sdn Bhd v. United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 4 CLJ 7; [1993] 2 AMR 1969; [1993] 3 MLJ 36) seperti berikut – The principles upon which the Court acts in exercising its power under any of the four limbs of O. 18 r. 19(1) Rules of the High Court are well settled. It is only in plain and obvious cases that recourse should be had to the summary process under this rule (per Lindley M.R. in Hubbuck v. Wilkinson [1899] 1 QB 86, p. 91), and this summary procedure can only be adopted when it can be clearly seen that a claim or answer is on the face of it "obviously unsustainable" (Attorney-General of Duchy of Lancaster v. L. & N.W. Ry. Co. [1892] 3 Ch. 274, CA). It cannot be exercised by a minute examination of the documents and facts of the case, in order to see whether the party has a cause of action or a defence (Wenlock v. Moloney [1965] 1 WLR 1238; [1965] 2 All ER 871, CA.). The authorities further show that if there is a point of law which 20 requires serious discussion, an objection should be taken on the pleadings and the point set down for argument under O. 33 r. 3 (which is in pari materia with our O. 33 r. 2 Rules of the High Court) (Hubbuck v. Wilkinson) (supra ). The Court must be satisfied that there is no reasonable cause of action or that the claims are frivolous or vexatious or that the defences raised are not arguable.
para
Sama ada doktrin res judicata terpakai [18] Doktrin res judicata telah dijelaskan oleh Mahkamah Agung dalam kes Asia Commercial Finance (M) Berhad v Kawal Teliti Sdn. Bhd. [1995] 3 CLJ 783; [1995] 3 MLJ 189 seperti berikut – What is res judicata? It simply means a matter adjudged, and its significance lies in its effect of creating an estoppel per rem judicature. When a matter between two parties has been adjudicated by a Court of competent jurisdiction, the parties and their privies are not permitted to litigate once more the res judicata, because the judgment becomes the truth between such parties, or in other words, the parties should accept it as the truth; res judicata pro veritate accipitur. The public policy of the law is that it is in the public interest that there should be finality in litigation – interest rei publicae ut sit finis litium. It is only just that no one ought to be vexed twice for the same cause of action – nemo debet bis vexari pro eadem causa. Both maxims are rationales for the doctrine of res judicata, but the earlier maxim has the further elevated status of a question of public policy. 21 Since a res judicata creates an estoppel per rem judicature, the doctrine of res judicata is really the doctrine of estoppel per rem judicatum, the latter being described sometimes in a rather archaic way is estoppel by record. Since the two doctrines are the same, it is no longer of any practical importance to say that res judicata is a rule of procedure and that no estoppel per rem judicatum is that of evidence. Such dichotomy is apt to give rise to confusion. The cause of action estoppel arises when rights or liabilities involving a particular right to take a particular action in Court for a particular remedy are determined in a final judgment and such right of action ie. the cause of action, merges into the said final judgment; in layman’s language, the cause of action has turned into the said final judgment. The said cause of action may not be re-litigated between the same parties because it is res judicata. In order to prevent multiplicity of actions and also in order to protect the underlying rationales of estoppel per rem judicatum and not to act against them, such estoppel of cause of action has been extended to all other causes of action (based on the same facts or issues) which should have been litigated or asserted in the original earlier action resulting in the final judgment and which were not either deliberately or due to inadvertence. (penekanan ditambah) [19] Oleh itu, apabila sesuatu perkara atau isu di antara dua pihak telahpun dihakimi dan diputuskan di antara pihak-pihak tersebut oleh sesuatu mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang kompeten maka mereka dan privi mereka adalah tidak dibenarkan untuk membuat litigasi sekali lagi res judicata itu, kerana penghakiman itu menjadi 22 kebenaran di antara pihak tersebut. Sehubungan itu pihak-pihak tersebut terhalang daripada membangkitkan dan mempertikaikan perkara atau isu yang sama. [20] Dalam kes Farlim Properties Sdn Bhd v Goh Keat Poh & Ors (And Other Appeals) [2003] 4 CLJ 505; [2003] 4 MLJ 654 Mahkamah Rayuan menjelaskan pendekatan yang harus digunakan apabila doktrin res judicata dibangkitkan – 6(1) When the plea of res judicata is raised it is necessary to identify with precision the issue that was decided in the earlier proceedings. In Tong Lee Hwa & Anor v. Lee Yoke San [1979] 1 MLJ 24, [1981] 1 MLJ 54 Chang Min Tat FC held that to constitute a res judicata, the earlier judgment must, in terms of the Privy Council decision in Kok Hoong v. Leong Cheong Kweng Mines Ltd [1964] MLJ 49 ‘necessarily and with precision’ determine the point in issue. Sehubungan itu adalah perlu ditentukan terlebih dahulu sama ada isu-isu yang berhubungan dengan Tuntutan Balas Defendan-defendan Berkenaan telah dibincangkan (ventilated) dan diputuskan (adjudicated) oleh mahkamah dalam permohonan Plaintif untuk penghakiman terus. [21] Adalah jelas Tuntutan Balas Defendan-defendan Berkenaan untuk relif pengisytiharan adalah berasaskan kepada dakwaan bahawa Plaintif telah gagal melaksanakan obligasinya di bawah Perjanjian CMFT-i 23 berhubung dengan Kemudahan CMFT-i tersebut. Obligasi yang dimaksudkan telah diplidkan di perenggan 33 (a) hingga (e) Tuntutan Balas di kandungan 33 (Pernyataan Pembelaan dan Tuntutan Balas Terpinda). Defendan-defendan Berkenaan juga menyenaraikan obligasi yang sama di perenggan 7 (a) hingga (e) di Penyataan Pembelaannya dan juga mendakwa Plaintif gagal melaksanakan obligasinya di bawah Perjanjian CMFT-i kerana Plaintif gagal membekalkan dokumen-dokumen yang disebut diperenggan 7 dan 33 Pernyataan Pembelaan dan Tuntutan Balas Terpinda untuk disempurnakan oleh Defendan-Defendan Berkenaan. Oleh itu adalah jelas bahawa asas kepada Pembelaan dan Tuntutan Balas Defendan-defendan Berkenaan adalah berdasarkan fakta dan isu yang sama. [22] Di peringkat permohonan untuk penghakiman terus, dalam afidavit sokongan kandungan 14 di perenggan 11, Plaintif telah menerangkan bahawa Kemdudahan CMTF-i distruktur berdasarkan prinsip Syariah Commodity Murabahah dan proses beli dan jual komoditi yang berkenaan. Proses tersebut melibatkan permintaan yang dibuat oleh Defendan Pertama kepada Plaintif melalui Form of Purchase Request untuk membeli komoditi yang dipersetujui daripada pedagang komoditi pada harga bersamaan dengan jumlah Kemudahan CMTF-i iaitu RM 20,000,000.00. Plaintif kemudiannya menjual komoditi tersebut 24 kepada Defendan Pertama pada Harga Belian Bank iaitu RM 40,572.526.13 yang terdiri dari Harga Belian Bank bersama margin keuntungan dan transkasi ini melibatkan penyempurnaan dokumen Form of Bank’s Acceptance and Offer for Sale. Defendan Pertama kemudiannya melalui dokumen Form of Customer’s Acceptance mengaku terima pembelian Plaintif dan bersetuju dengan terma-terma di bawahnya yang menandakan penerimaan Defendan Pertama akan Kemudahan CMFT-i berjumlah RM 20,000,000.00. Dalam proses ini, Defendan sebagai pemilik komoditi melantik Plaintif, melalui dokumen Form of Agency Letter, sebagai agen untuk menjual komoditi tersebut kepada pedagang komoditi pada harga kos yang bersamaan dengan jumlah Kemudahan CMTF-i iaitu RM 20,000,000.00. [23] Kesemua dokumen-dokumen tersebut yang bertarikh 30 September 2013 yang disempurnakan oleh Plaintif dan Defendan Kedua bagi pihak Defendan Pertama telah dikemukakan dan diekshibitkan oleh Plaintif dalam afidavitnya kandungan 14 bagi menyokong permohonan penghakiman terus. Dokumen-dokumen tersebut sekali lagi diekshibitkan oleh Plaintif dalam afidavit sokongan (kandungan 37) bagi membatalkan Tuntutan Balas Defendan-defendan Berkenaan dan ditanda secara kolektif sebagai Ekshibit WRWI-2. Berdasarkan dokumen-dokumen tersebut adalah hujah Plaintif bahawa mereka 25 telahpun melaksanakan obligasi mereka di bawah Perjanjian Kemudahan CMTF-i tersebut. [24] Defendan-defendan Berkenaan, dalam afidavit balasan (kandungan 41) menentang permohonan membatalkan Tuntutan Balas mengatakan seperti berikut –
a
di perenggan 12 kandungan 41 – Plaintif telah gagal melaksanakan segala langkah-langkah sepertimana yang perlu dilakukan dan / atau dipersetujui kerana Defendan-defendan Berkenaan pada setiap masa yang material berupaya berniat dan bersedia untuk melaksanakan obligasi mereka di bawah Perjanjian Kemudahan CMFT-i yang diberikan di mana tindakan Plaintif secara tergesa-gesa menamatkan Kemudahan CMTF-i tersebut telah mengakibatkan ketidakadilan yang serius terhadap Defendan-defendan Berkenaan;
b
di perenggan 13 kandungan 41 – Plaintif telah gagal untuk mematuhi segala syarat-syarat dan / atau terma-terma yang perlu dipatuhi bagi Kemudahan CMFT-i tersebut di mana syarat-syarat dan / atau terma-terma tersebut perlulah 26 dipatuhi secara penuh (strict) lebih-lebih lagi ianya melibatkan satu jumlah kemudahan yang sangat besar di mana sekiranya tidak dipatuhi secara penuh ianya akan memberikan ketidakadilan yang serius kepada Defendan-Defendan Berkenaan;
c
di perenggan 14 kandungan 41 – Defendan-defendan Berkenaan menafikan dakwaan Plaintif bahawa mereka telah membuktikan telah mematuhi obligasi di bawah Kemudahan CMTF-i kerana menurut Defendan-defendan Berkenaan terdapat sebahagian daripada syarat-syarat dan / atau terma-terma yang digunapakai dan / atau diekshibitkan di bawah Perjanjian CMTF-I masih dipertikaikan kesahihannya kerana masih belum disempurnakan oleh pihak-pihak sekaligus mengakibatkan Perjanjian CMFT-i tersebut cacat dan / atau tidak berkuat kuasa dan / atau tidak memberi kesan sepenuhnya;
d
dokumen-dokumen Ekshibit WRWI-2 adalah amat diragui kesahihannya dan / atau ketulenannya kerana Defendan-defendan Berkenaan mengatakan dalam pengetahuan mereka terdapat sebahagian dokumen-dokumen yang 27 dimiliki oleh mereka adalah di dalam versi kosong, tidak bertarikh dan tidak pernah ditandatangani. [25] Berhubung dengan penyataan Defendan-defendan Berkenaan seperti di perenggan 24 (a) – (c), mahkamah ini mendapati penyataan-penyataan tersebut adalah dakwaan kosong semata-mata kerana tidak ada keterangan yang dikemukakan oleh Defendan-defendan Berkenaan untuk menyokong penyataan tersebut. Penyataan yang dibuat adalah bersifat terlalu umum dan tidak menentu. Misalnya, Defendan-defendan Berkenaan gagal mengenal pasti secara spesifik apakah sebahagian daripada syarat-syarat dan / atau terma-terma yang diguna pakai dan / atau diekshibitkan di bawah Perjanjian CMTF-i tersebut yang masih dipertikaikan kesahihannya kerana kononnya masih belum disempurnakan oleh pihak-pihak. Defendan-defendan Berkenaan juga gagal mengenal pasti segala langkah-langkah sepertimana yang perlu dilakukan yang didakwa gagal dilaksanakan oleh Plaintif. Defendan-defendan Berkenaan juga tidak mengenal pasti apakah segala syarat-syarat dan / atau terma-terma bagi Kemudahan CMFT-i tersebut yang perlu dipatuhi dengan sepenuhnya tetapi kononnya telah gagal dipatuhi oleh Plaintif. 28 [26] Mengenai penyataan Defendan-defendan Berkenaan bahawa Dokumen-dokumen Ekshibit WRWI-2 adalah amat diragui kesahihannya dan / atau ketulenannya kerana terdapat versi kosong, tidak bertarikh dan tidak pernah ditandatangani, diperhatikan dakwaan sedemikian telah ditimbulkan oleh Defendan-defendan Berkenaan dalam Hujah Bertulis Defendan-defendan Berkenaan bertarikh 28 Februari 2018 (kandungan 27) menentang permohonan penghakiman terus. Defendan-defendan Berkenaan tidak membangkitkan dan mempertikaikan isu berkenaan kesahihan dan ketulenan dokumen Ekshibit WRW1-2 dalam afidavit (kenyataan berikrar) kerana mereka tidak memfailkan sebarang afidavit untuk menentang permohonan penghakiman terus. [27] Dalam hal ini hakim bijaksana yang membicarakan permohonan Plaintif untuk penghakiman terus dalam Alasan Penghakimannya (tidak dilaporkan) telah merujuk pada kes Ng Hee Thoong & Anor v Public Bank Bhd [1995] 1 MLJ 281; [1995] 1 CLJ 609 dan memutuskan kegagalan Defendan-Defendan untuk memfailkan sebarang afidavit balasan maka penyataan Plaintif dalam afidavit sokongan Plaintif dianggap diterima dan Defendan-defendan dianggap telah bersetuju akan penyataan-penyataan Plaintif tersebut. Selanjutnya di perenggan 29 22 Alasan Penghakimannya Hakim bijaksana memutuskan seperti berikut –
22
Seterusnya, saya berpendapat bahawa Plaintif telah mematuhi terma-terma dan syarat-syarat Kemudahan tersebut di mana borang-borang dan dokumen-dokumen yang dirujuk oleh Defendan-defendan di dalam hujahan mereka telah diserahkan kepada Defendan-defendan melalui Afidavit Sokongan. Malahan permohonan Defendan-defendan untuk memeriksa sesalinan dokumen-dokumen tersebut telah dibenarkan dan wakil Defendan-defendan telah membuat pemeriksaan pada dokumen-dokumen tersebut. [28] Seterusnya mengenai dakwaan Defendan-defendan Berkenaan yang meragui kesahihan Perjanjian Kemudahan CMTF-i tersebut kerana kononnya terdapat sebahagian terma dan syarat dalam perjanjian tersebut yang masih belum disempurnakan oleh pihak-pihak, hakim bijaksana memutuskan seperti berikut –
23
Pihak Defendan-defendan juga telah mengakui terima, memasuki kesemua perjanjian Kemudahan tersebut tanpa paksaan. Oleh itu saya berpendapat bahawa pernyataan Defendan-defendan bahawa mereka tidak pernah dimaklumkan berkaitan butiran harga terjumlah kepada penafian kosong kerana isu ini hanya dibangkitkan selepas tindakan ini dimulakan terhadap mereka. Tambahan pula pernyataan Defendan-defendan tidak pernah disokong sebarang bukti sokongan. 30 Sijil Keberhutangan [29] Di perenggan 5 – 7 afidavit (kandungan 41) menentang permohonan membatalkan Tuntutan Balas, Defendan-defendan Berkenaan mempertikaikan Sijil Keberhutangan kerana mendakwa amaun yang dituntut yang dinyatakan dalam sijil tersebut berlebihan. Isu yang sama telah dibangkitkan oleh Defendan-defendan Berkenaan di perenggan 14 – 18 dalam Hujah Bertulis Defendan-defendan bertarikh 28 Februari 2018 (kandungan 27) menentang permohonan penghakiman terus. Hakim bijaksana dalam menimbangkan hujah Defendan-defendan mempertikaikan Sijil Keberhutangan tersebut telah mengguna pakai prinsip yang diputuskan dalam kes Cempaka Finance Bhd v Ho Lai Ying (trading as KH Trading) & Anor [2006] 2 MLJ 685; [2006] 3 CLJ 544 yang meletakkan beban ke atas Defendan-defendan untuk membuktikan terdapat kesilapan pada amaun yang dituntut dalam Sijil Keberhutangan tersebut. Hakim bijaksana selanjutnya mengatakan seperti berikut –
31
Di dalam tindakan ini, selaras dengan Klausa 18.1 Perjanjian Kemudahan tersebut, Ekshibit WRWI-1 di dalam Afidavit Sokongan Plaintif yang diikrarkan pada 26 hb Disember 2017, jelas memperuntukkan bahawa Sijil Keberhutangan yang disediakan oleh plaintif adalah bukti yang muktamad bagi membuktikan keberhutangan pihak Defendan-defendan 31
32
Walau bagaimanapun Defendan-defendan telah gagal untuk membuktikan bahawa jumlah yang dituntut oleh Plaintif tersebut adalah tidak tepat berpandukan kepada prinsip yang dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Cempaka Finance Bhd v Ho Lai Ying (trading as KH Trading) & Anor [2006] 2 MLJ 685. Isu yang dibangkitkan Defendan-defendan berkaitan jumalh pada Sijil Keberhutangan ini tidak disokong oleh sebarang dokumen yang menjadikan ia sebagai suatu penyataan kosong. [30] Oleh yang demikian, isu-isu yang dikatakan oleh Defendan-Defendan Berkenaan sebagai isu yang mempunyai merit dalam Tuntutan Balasnya telah dihujahkan dan dihakimi oleh Hakim bijaksana dalam permohonan penghakiman terus oleh Plaintif. Dalam keadaan yang sedemikian mahkamah ini bersetuju dengan hujah Plaintif bahawa doktrin res judicata terpakai dan Defendan-defendan Berkenaan adalah diestop dari membangkitkan isu-isu tersebut dalam permohonan membatalkan Tuntutan Balas. [31] Jikapun diandaikan doktrin res judicata tidak terpakai, mahkamah ini berpendapat Tuntutan Balas Defendan-defendan Berkenaan adalah tidak bermerit kerana dakwaan bahawa Plaintif telah memungkiri Perjanjian Kemudahan CMTF-i tersebut tidak disokong dengan keterangan afidavit yang kredibel. Sebaliknya Plaintif telah mengemukakan dokumen-dokumen di Ekshibit WRWI-2 kandungan 37 yang jelas menunjukkan dokumen-dokumen yang disempurnakan oleh 32 Plaintif dan Defendan Kedua bagi pihak Defendan Pertama berhubung dengan transaksi berasaskan prinsip Syariah Commodity Murabahah. Dalam hal ini perlu diberi perhatian bahawa Defendan Kedua sendiri tidak pernah menafikan dia telah menandatangani Form of Purchase Request, Form of Customer’s Acceptance dan Form of Agency Letter di Ekshibit WRWI-2 tersebut bagi pihak Defendan Pertama. [32] Selain daripada itu penyataan Defendan-defendan Berkenaan bahawa –
a
mereka dalam proses merayu ke Mahkamah Rayuan terhadap penghakiman terus yang dimasukkan terhadap mereka; dan
b
Plaintif tidak membantah permohonan mereka untuk meminda Tuntutan Balas adalah tidak relevan dalam permohonan membatalkan Tuntutan Balas. Ini adalah kerana tuntutan Plaintif dan Tuntutan Balas Defendan-Defendan Berkenaan adalah 2 kausa tindakan yang berbeza dan boleh diadili dan dihakimi secara berasingan. Seterusnya penyataan bahawa kononnya Plaintif mengakui Tuntutan Balas Defendan-defendan Berkenaan mempunyai merit kerana Plaintif tidak membantah pindaan 33 pada Tuntutan Balas adalah tidak bermerit dan tidak boleh dipertahankan (untenable). Ini adalah kerana pliding adalah penyataan fakta material yang menjadi asas tuntutan yang dibentangkan oleh litigan bagi membolehkan lawannya untuk menyediakan pembelaan atau jawapan sewajarnya. Di bawah KKM 2012, pindaan pada pliding boleh dibuat pada mana-mana peringkat prosiding bagi maksud menentukan persoalan sebenar yang menjadi pertikaian antara pihak-pihak. Malahan terdapat peruntukan dalam Aturan 20 KKM 2012 yang membolehkan pihak-pihak untuk bersetuju ke atas pindaan pada pliding tanpa mendapat kebenaran mahkamah. Persetujuan sedemikian, sepertimana tindakan Plaintif tidak membantah terhadap pindaan pada Tuntutan Balas Defendan-defendan Berkenaan, tidaklah boleh ditafsirkan atau disifatkan sebagai pengakuan kerana pihak-pihak tetap mempunyai beban untuk membuktikan fakta yang diplidkan. [33] Dalam Hujahan Balas Bertulis Defendan-defendan Berkenaan bertarikh 11 Jun 2018 (kandungan 50) dihujahkan bahawa isu estopel berhubung kait dengan prinsip ekuiti di mana objektif utama adalah untuk mencapai keadilan dan untuk mencegah ketidakadilan kepada mana-mana pihak. Defendan-defendan Berkenaan berhujah jika Tuntutan Balas mereka dibatalkan ini akan menyebabkan ketidakadilan dan memprejudiskan mereka. Telah dihujahkan bagi pihak Defendan- 34 defendan Berkenaan selanjutnya bahawa mahkamah di Malaysia telah mengecualikan penggunaan doktrin res judicata dan merujuk kepada kes Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd v Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur [2016] 3 CLJ 1; [2016] 1 LNS 39; [2016] MLJU 12. Nampaknya Defendan-defendan Berkenaan mengatakan berdasarkan kes Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd doktrin res judicata tidak terpakai dalam kes di hadapan mahkamah ini. Setelah meneliti kes Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd tersebut adalah jelas penyataan sedemikian adalah berunsur memperdayakan (misleading). Ini adalah kerana pihak Defendan-defendan Berkenaan tidakpun menjelaskan fakta dalam kes Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd yang dengan mudahnya boleh dibezakan daripada fakta kes di hadapan mahkamah ini. [34] Dalam kes Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd, responden-responden telah memulakan tindakan guaman terhadap perayu untuk mencabar dan mengetepikan penghakiman yang telah diperoleh perayu dalam suatu kes terdahulu atas alasan bahawa penghakiman tersebut dimasukkan akibat frod atau keterangan bersumpah bohong oleh saksi-saksi perayu berdasarkan keterangan baharu yang tidak dapat diperolehi atau dikemukakan semasa perbicaraan kes terdahulu. Perayu kemudiannya memfailkan permohonon membatalkan 35 perenggan-perenggan tertentu dalam pernyataan tuntutan responden-responden yang menyatakan dengan jelas dasar tindakan responden di bawah Aturan 18 kaedah 19 KKM 2012. Dalam menolak permohonan, Mahkamah Tinggi memutuskan, antara lain, seperti berikut –
a
berdasarkan relif-relif yang dipohon oleh responden-responden, isu-isu res judicata atau functus officio tidak timbul berdasarkan undang-undang matan bahawa permohonan untuk mencabar atau mengetepikan penghakiman atas alasan frod boleh dibuat melalui tindakan baharu dan mahkamah mempunyai bidang kuasa mendengarnya; dan
b
bahawa dakwaan frod harus dibuktikan melalui keterangan yang dikemukakan semasa perbicaraan dan jika dibuktikan dengan memuaskan, penghakiman yang dipersoalkan boleh didakwa atau diketepikan. [35] Keputusan Mahkamah Tinggi telah disahkan oleh Mahkamah Rayuan. Di peringkat Mahkamah Persekutuan, telah diputuskan antara lain, bahawa tindakan responden mendakwa atau mengetepikan penghakiman terdahulu sama ada atas alasan frod atau atas alasan 36 keterangan baharu adalah kausa tindakan yang sah dan diakui undang-undang. Mahkamah Persekutuan juga memutuskan isu frod yang diplidkan bukan remeh, menyusahkan dan suatu salah guna proses mahkamah dan doktrin res judicata tidak boleh diguna pakai dalam tindakan untuk mendakwa atau mengetepikan penghakiman terdahulu yang diperoleh melalui frod. [36] Berikutan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd tersebut, adalah jelas doktrin res judicata tidak boleh diguna pakai dalam tindakan untuk mendakwa atau mengetepikan penghakiman terdahulu yang diperoleh melalui frod. Dalam kes di hadapan mahkamah ini, Tuntutan Balas Defendan-defendan Berkenaan adalah berasaskan kepada Perjanjian Kemudahan CMTF-i yang dimasukki oleh Plaintif dan Defendan-defendan Berkenaan di mana dikatakan bahawa Plaintif telah melanggari terma dan syarat perjanjian tersebut kerana gagal melaksanakan obligasinya di bawah Perjanjian Kemudahan CMFT-i tersebut. Tidak ada frod diplidkan dalam Tuntutan Balas Defendan-defendan Berkenaan. Oleh yang demikian berdasarkan fakta, doktrin res judicata terpakai dalam kes di hadapan mahkamah ini. 37 [37] Mengenai prinsip ekuiti yang dihujahkan oleh Defendan-defendan Berkenaan sebagai terpakai dalam kes ini, Mahkamah ini berpendapat Defendan-defendan Berkenaan “did not come with clean hands“ untuk melayakkannya mendapatkan bantuan ekuiti. Ini adalah kerana Defendan-defendan Berkenaan dengan sengaja menggelak daripada menanggung liabiliti kontraktualnya di bawah Perjanjian Kemudahan CMTF-i tersebut dengan mengada-adakan alasan “afterthought” yang tidak bermerit sedangkan Defendan Pertama mengaku telah menerima Kemudahan CMFT-i tersebut manakala Defendan Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima turut mengaku bahawa mereka telah menandatangani Surat Jaminan untuk menjamin bayaran balik Kemudahan CMFT-i tersebut. [38] Perkara ini dapat dilihat di mana di perenggan 7A dalam Penyataan Pembelaan dan Tuntutan Balas Terpinda (kandungan 33) Defendan-defendan Berkenaan pada mulanya memplidkan bahawa dokumen-dokumen yang digunakan oleh Plaintif untuk menyokong tuntutannya tidak pernah diterima oleh Defendan-defendan Berkenaan untuk disempurnakan. Namun apabila dokumen-dokumen tersebut diekshibitkan oleh Plaintif sebagai Ekshibit WRWI-2 dalam afidavit kandungan 37, Defendan-defendan Berkenaan mengubah pula alasan dengan mengatakan mereka amat meragui kesahihan dan / atau 38 ketulenan Ekshibit WRWI-2 kerana menurut pengetahuan mereka terdapat sebahagian dokumen-dokumen yang dimiliki oleh mereka adalah di dalam versi kosong, tidak bertarikh dan tidak pernah ditandatangani. Sungguhpun demikian tidak ada sebarang dokumen tersebut yang didakwa ada dalam milik mereka dikemukakan kapada mahkamah untuk menyokong dakwaan mereka. Selain daripada itu Defendan Kedua yang merupakan pengarah Defendan Pertama dan penjamin yang menandatangani Surat Jaminan tidak langsung menafikan bahawa dia menandatangani (bagi pihak Defendan Pertama) Form of Purchase Request, Form of Customer’s Acceptance dan Form of Agency Letter di Ekshibit WRWI-2 tersebut. Kesimpulan [39] Berdasarkan di atas, mahkamah ini berpendapat isu-isu yang dibangkitkan oleh Defendan-defendan Berkenaan untuk menentang pembatalan Tuntutan Balas telahpun dihakimi dan diputuskan di peringkat permohonan penghakiman terus. Oleh yang demikian doktrin res judicata terpakai dan Defendan-defendan Berkenaan adalah diestop daripada membangkitkan dan membicarakan sekali lagi isu-isu tersebut. 39 [40] Sekiranya diandaikan doktrin res judicata tidak terpakai, mahkamah ini tetap berpendapat Tuntutan Balas Defendan-defendan Berkenaan adalah remeh dan menyusahkan dan seharusnya dibatalkan. Mahkamah ini ambil maklum bahawa tindakan membatalkan Tuntutan Balas Defendan-defendan Berkenaan adalah sesuatu yang drastik kerana Defendan-defendan Berkenaan tidak dapat meneruskan tuntutannya dalam suatu perbicaraan penuh. Namun setiap suatu kes hendaklah diadili dan dihakimi berdasarkan fakta kes masing-masing. Dalam kes di mana adalah jelas dan nyata tuntutan tidak boleh dipertahankan (obviously unsustainable) seperti dalam kes di hadapan mahkamah ini, maka adalah wajar dan patut tuntutan tersebut dibatalkan kerana ia adalah salah guna proses mahkamah. [41] Oleh yang demikian permohonan Plaintif membatalkan Tuntutan Balas Defendan-defendan Berkenaan di bawah Aturan 18 kaedah 19 (1)
b
dan (d) KKM 2012 dibenarkan dengan kos RM 3,000.00. ( KHADIJAH BINTI IDRIS ) PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI (BAHAGIAN DAGANG) BERTARIKH 28 FEBRUARI 2019 40 Peguam: Plaintif : Syed Fadzil Alhabshi bersama Noraini Yacob dari Tetuan Sidek Teoh Wong & Dennis Defendan : Sim Kok Yew bersama Muhammad Amirul Shafiq Bin Zainal Shah dari Tetuan K.Y. Sim & Co.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.