Lampiran
LAMPIRAN 14 [4] Lamp. 14 adalah Notis Permohonan Defendan bertarikh 9/9/2025 untuk perintah, antara lainnya, mengenepikan Penghakiman Ingkar bertarikh 27/2/2025 (Lamp. 12) tersebut (selepas ini dirujuk JID), menurut Aturan 13 Kaedah 8 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM2012) atas alasan bahawa Defendan tidak menerima serahan kertas kausa berkaitan tindakan Plaintif di sini dan hanya mengetahui bahawa terdapat penghakiman ke atas dirinya apabila menerima notifikasi emel daripada CTOS mengenai prosiding kebangkrapan terhadapnya melalui no kes WA-29NCC-1363-06/2025. Hasil carian dalam efiling system (EFS) pada 11/8/2025 peguam Defendan telah menulis kepada Plaintif untuk mendapatkan semua dokumen berkaitan yang akhirnya telah diterima pada 27/8/2025. Oleh itu Lamp. 14 difailkan pada 9/9/2025. [5] Lampiran 14 disalinkan semula seperti berikut- “Benarkan semua pihak yang berkenaan hadir di hadapan Hakim Dalam Kamar pada 26 Sep 2025 jam 9.00am untuk mendengarkan suatu permohonan Defendan di bawah Aturan 13 Kaedah 8 dibaca bersama, jika perlu, Aturan 3 Kaedah 2, Aturan 42 Kaedah 13, Aturan 12 Kaedah 5 dan Aturan 92 Kaedah 4, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan di bawah bidang kausa sedia ada Mahkamah ini untuk perintah-perintah seperti berikut:- 1) Bahawa Defendan diberikan kebenaran untuk membuat permohonan ini; 2) Bahawa lanjutan masa diberikan kepada Defendan, jika perlu; 3) Bahawa Perakuan Ketidakhadiran Defendan bertarikh 27/2/2025 (Lamp. 9) adalah diketepikan; 4) Bahawa Penghakiman Ingkar Kehadiran bertarikh 27/2/2025 (Lamp. 12) adalah diketepikan; 5) Bahawa kebenaran diberikan kepada Defendan untuk memasukkan kehadirannya dan untuk memfailkan Pembelaan bagi tindakan di atas dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan ini dibenarkan; 6) Bahawa suatu penggantungan pelaksanaan penghakiman ingkar (stay of execution) di atas dibenarkan sementara pelupusan permohonan ini; 7) Kos permohonan ini adalah suatu kos dalam kausa; dan 8) Relif-relif lain yang Mahkamah Yang Mulia ini fikirkan wajar dan adil untuk diberikan”. [6] Dalam affidavit sokongannya, Defendan menyatakan bahawa serahan guaman plaintif adalah tidak teratur kerana Defendan telah berpindah dari alamat premis rumah No. 17 tersebut sejak tahun 2018 kerana telah menjual kediaman tersebut kepada pihak ketiga. Selain itu, Defendan juga menyatakan tidak menerima serahan JID 27/2/2025 tersebut dan mempunyai pembelaan bermerit terhadap tuntutan Plaintif iaitu- (a) Tuntutan Plaintif adalah melebihi had masa 6 tahun kerana perjanjian lisan telah dimeterai pada Jun 2018 dan tuntutan hanya difailkan pada 26/11/2024; (b) Akuan bersumpah bertarikh 27/8/2018 (Akuan) yang menjadi asas tuntutan hutang oleh Plaintif ke atas Defendan bukanlah suatu kontrak yang mengikat kerana: - Plaintif tidak memberikan apa-apa balasan semasa akuan dibuat. Ini kerana pada masa akuan itu, Defendan bukanlah pemilik premis No. 17 tersebut dan tidak mempunyai apa-apa hak ke atasnya; - Akuan tersebut telah dibuat oleh Defendan atas paksaan Plaintif; - Akuan itu adalah kontrak unilateral yang boleh dibatalkan dengan pilihan Defendan; - Akuan itu adalah berkenaan tuntutan Plaintif semasa masih berkahwin dengan Defendan, oleh itu berada dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah, bukannya Sivil; (c) Selanjutnya, tuntutan Plaintif adalah suatu penyalahgunaan proses mahkamah. KERTAS KAUSA LAMP. [7] Pihak-pihak telah memfailkan affidavit dalam Lamp. 15, 16, 17 dan hujahan-hujahan dalam Lamp. 18 hingga 22 yang mana telah dibaca dan dipertimbangkan. PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG TERPAKAI [8] Kuasa mahkamah untuk mengenepikan penghakiman ingkar kehadiran (JID) telah diperuntukkan dalam Aturan 13 Kaedah 8 KKM 2012, 8. Setting aside judgment (O. 13, r. 8) The Court may, on such terms as it thinks just, set aside or vary any judgment entered in pursuance of this Order [9] Permohonan untuk mengenepikan JID tersebut hendaklah dibuat dalam masa 30 hari daripada tarikh perintah atau sewajarnya, sepertimana yang dinyatakan oleh Aturan 42 Kaedah 13 KKM2012 yang memperuntukkan apa-apa penghakiman/perintah hanya boleh diubah melalui permohonan yang dibuat dalam masa 30 hari daripada tarikh penghakiman atau perintah tersebut. 13. Setting aside or varying judgment and orders (O. 42, r. 13) Save as otherwise provided in these Rules, where provisions are made in these Rules for the setting aside or varying of any order or judgment, a party intending to set aside or to vary such order or judgment shall make an application to the Court and serve it on the party who has obtained the order or judgment within thirty days after the receipt of the order or judgment by him. [10] Dalam mempertimbangkan permohonan untuk mengenepikan JID, Mahkamah akan melihat sama ada JID tersebut telah dimasukkan secara teratur atau tidak, jika tidak, maka JID boleh diketepikan ex debito justitae. Tetapi jika JID dimasukkan dengan teratur, Mahkamah akan melihat sama ada Defendan telah menunjukkan, secara prima facie, bahawa adanya pembelaan bermerit supaya JID boleh diketepikan dan kes tersebut didengar dalam perbicaraan penuh untuk menentukan isu-isu yang dipertikaikan. Namun jika Defendan hanya mengemukakan pembelaan yang tidak wujud (sham defence) dalam affidavit sokongannya, maka permohonan akan ditolak dan JID akan kekal. [11] Hal ini telah disebut dalam banyak kes terdahulu seperti kes Liu Chee Kong v K & L Farming Industries Sdn Bhd (2015) 1 LNS 307 yang telah merujuk kes Hasil Bumi Perumahan Sdn Bhd v United Malayan Banking Berhad (1994) 1 CLJ 328 yang memutuskan bahawa perkara pertama untuk dipertimbangkan dalam permohonan mengenepikan penghakiman ingkar ialah sama ada penghakiman ingkar tersebut telah dimasukkan secara teratur atau tidak, “The law is clear that I have discretion to set aside the JID and to do so, I have to consider all the circumstances which led to entry of the said JID. The principle on setting aside of the judgement in default is firstly to ascertain whether the JID is regular or irregular. If the JID is irregular then it should be set aside ex debitio justitae. If the JID is regular then this would require the Defendant to show that he has a defence on the merits”. [12] Dalam kes Lai Yoke Ngan & Anor v Chin Teck Kwee & Anor [1997] 3 CLJ 305 at 313 to 314 tentang prinsip tersebut, dinyatakan oleh Mahkamah, bahawa- “The principle of setting aside a default judgment under O. 13 r. has been well established and needs no detailed repetition. What is important to observe is that a default judgment is not a judgment on the merits. Accordingly, when such judgment is obtained irregularly, such irregularity would be a sufficient ground by itself for setting it aside. But where the default judgment has been obtained regularly, in order to succeed the defendant must file an affidavit of merits, i.e. the defendant must disclose by affidavit evidence that prima facie he has a defence on the merits. Put in another way, the affidavit must disclose that he has an arguable or triable issue on the merits….” [13] Manakala dalam kes Yap Ke Huat & Ors v Pembangunan Warisan Murni Sejahtera Sdn Bhd & Anor (2008) 4 CLJ 175, Mahkamah menyatakan- “[15] It is trite that when considering an application to set aside a judgment in default, the first task is to ascertain whether it is a regular or irregular judgment. If it is an irregular judgment, then the default judgment ought to be set aside ex debitio justitae. If it is regularly obtained, then the principle expounded in Evans v. Bartlam [1937] AC 473 applies – see the judgment of the Federal Court in Hasil Bumi Perumahan Sdn Bhd & 5 Ors v. United Malayan Banking Berhad [1994] 1 CLJ 329. This requires the defendant to show that he has a defence on merits...”. [14] Juga dalam kes Pathmanathan Subramaniam v Pacific & Orient Insurance Co. Bhd (2023) MLJU 2539, Mahkamah telah memutuskan bahawa apabila Penghakiman Ingkar telah diperoleh secara teratur, ianya tidak boleh diketepikan secara ex debitio justitae, melainkan Defendan dapat menunjukkan alasan yang kukuh serta pembelaan yang bermerit- “[28] Order 12 Rule 4 of the ROC requires that the Defendant entered an appearance within 14 days after the service of the writ and statement of claim. If Defendant does not enter an appearance within the 14 days, Plaintiff can apply to enter a JID against Defendant. [31] I find that the JID was regularly obtained and as the JID was regularly obtained, it should not be set aside as of right.” DAPATAN MAHKAMAH Sama ada JID telah dimasukkan secara teratur dan sama ada permohonan Lamp. 14 telah difailkan dalam masa yang wajar [15] Kedua-dua isu ini adalah berkait rapat kerana jika JID direkodkan secara teratur, maka 30 hari untuk Defendan mengenepikan JID hendaklah bermula daripada tarikh JID direkodkan. Namun jika JID dimasukkan tidak teratur, maka permohonan untuk mengenepikannya akan bermula 30 hari daripada tarikh Defendan mengetahui tentang JID tersebut. [16] Dalam kes ini, Writ dan Penyata Tuntutan (guaman Plaintif) telah cuba diserahkan kepada Defendan melalui AR berdaftar ke alamat yang terakhir diketahui oleh Plaintif bahawa Defendan tinggal di situ, iaitu premis rumah No. 17 yang merupakan kediaman Plaintif dan Defendan semasa mereka masih berkahwin. Penyampaian secara AR berdaftar telah diposkan pada 13/12/2024 tetapi tidak berjaya kerana kad AR dikembalikan/tidak dituntut. Kemudian pada 3/1/2025 jam 10.30am penyampai notis Plaintif telah pergi ke premis rumah No. 17 tersebut untuk menyampaikan secara kediri, tetapi tiada orang di rumah dan pagar berkunci. Ini dijelaskan dalam Lamp. 5 afidavit tanpa serahan bertarikh 27/1/2025 bagi menyokong permohonan Plaintif untuk kebenaran membuat penyampaian ganti. [17] Dalam undang-undang, bagi penyampaian kediri di bawah A.10 k.1 KKM2012, Plaintif tidak diwajibkan untuk membuktikan bahawa pengeposan telah dibuat, cukup dengan hanya menunjukkan alamat Defendan di atas sampul surat dan resit pengeposan sahaja. Plaintif juga tidak perlu membuktikan bahawa pengeposan telah sebenarnya dilakukan secara fizikal dan diterima secara fizikal oleh Defendan sendiri. Dalam kes Ridzuan Ahmad Idrus & Anors v Mohd Yusof Omar (2017) 1 LNS 759, Mahkamah Tinggi telah merujuk kes Mahkamah Persekutuan Amanah Merchant Bank Sdn Bhd v Lim Tow Choon (1994) 1 CLJ 1 yang mengatakan hal ini, “…there is no need for proof of posting and suffice to show that the notice was properly addressed with a prepaid stamped and a receipt of posting by the post office; [31] Base on Order 10 Rule 1 ROC 2012: (1) Subject to the provisions of any written law and these Rules, a writ shall be served personally on each defendant or sent to each defendant by prepaid AR registered post addressed to his last known address and in so far as practicable, the first attempt at service must be made not later than one month from the date of issue of the writ…” [34] Following the case of Pengkalan Concrete Sdn Bhd v Chow Mooi (2023) 3 MLJ 67, Suryadi J (as he then was) held that there is nothing under Order 10 rule 1 (1) ROC 2012 that the plaintiff must evidently prove that the named person in the writ must be the very person who had received the summon if it was sent via prepaid AR Registered post. It was held at page 73 that whether the writ had physically arrived or had been received at the last known address was not legislated in the court’s rules and stated that…” [35] In the case of CIMB Bank Bhd v Comsa Layer Farms Sdn Bhd (2011) 2 MLJ 118, the High Court held that the Plaintiff was not contractually bound under the facility agreement to produce the AR Registered cards as contended by the Defendants even if service of the writ was affected by AR Registered post.” [18] Oleh sebab itu, apabila penyampaian kediri ke atas Defendan telah gagal, Mahkamah telah membenarkan penyampaian ganti dibuat pada 28/1/2025 dan mengarahkan supaya Plaintif membuat serahan secara penampalan guaman plaintif di premis rumah No. 17 tersebut, diikuti dengan pengiklanan dalam akhbar tempatan dan penampalan di papan notis Mahkamah Sesyen Selayang. Melalui affidavit di Lamp. 8 bertarikh 26/2/2025, penghantar notis telah pergi ke premis rumah No. 17 pada 12/2/2025 dan membuat penampalan guaman plaintif di premis tersebut. Kemudian, pada hari yang sama, mengiklankan guaman plaintif dalam Harian Metro. Selanjutnya pada 13/2/2025 menampalkan guaman plaintif di papan notis Mahkamah Sesyen Selayang. [19] Mahkamah berpendapat, Plaintif telah melakukan usaha penyampaian yang sewajarnya terhadap Defendan dengan mengemukakan bukti penampalan dan pengiklanan tersebut. Defendan dikehendakki memasukkan kehadiran dalam masa 14 hari daripada tarikh surat makluman Plaintif bertarikh 7/2/2025 yang dilampirkan bersama guaman plaintif, iaitu pada atau sebelum 21/2/2025. Penyampaian ganti pula menjadi sempurna selepas 14 hari daripada tarikh pengiklanan dan penampalan di papan notis Mahkamah. 14 hari daripada 13/2/2025 adalah pada 27/2/2025. Namun, Defendan tidak memasukkan kehadiran sehingga 27/2/2025. Oleh itu Perakuan ketidakhadiran telah difailkan pada 27/2/2025 dan JID direkodkan pada 28/2/2025. [20] Mahkamah berpendapat, jika Defendan benar telah berpindah daripada premis rumah No. 17 atau tidak tinggal di situ, sepatutnya ini dibuktikan dalam affidavit sokongan kepada Lamp. 14 dengan melampirkan keterangan yang relevan seperti carian Jabatan Pendaftaran Negara yang terkini berkenaan nama dan alamatnya yang telah bertukar. Namun, tiada keterangan yang dikemukakan Defendan untuk menyokong alasan bahawa guaman plaintif tidak diterima oleh Defendan kerana Defendan telah berpindah. Plaintif tidak akan tahu lokasi terkini Defendan melainkan alamat yang sedia ada diketahuinya. Undang-undang juga tidak mewajibkan Plaintif untuk mencari alamat terkini Defendan bagi tujuan menyerahkan kertas kausa sehingga berjaya. Serahan adalah teratur jika dibuat ke alamat terakhir diketahui dan bukti dikemukakan untuk menunjukkan usaha yang telah dilakukan. Oleh itu, Mahkamah berpendapat JID telah direkodkan secara teratur. [21] Oleh kerana JID telah direkodkan secara teratur, tempoh masa 30 hari untuk Defendan memfailkan Lamp. 14 telah bermula daripada tarikh JID direkodkan iaitu pada 28/2/2025. Tetapi, permohonan dalam Lamp. 14 ini hanya difailkan 7 bulan selepas itu iaitu pada 9/9/2025 atas alasan Defendan hanya mengetahui tentang JID ini pada bulan Ogos 2025. Mahkamah berpendapat, alasan kelewatan ini tidak wajar. JID yang direkodkan pada 28/2/2025 adalah teratur dan sah, oleh itu Defendan sepatutnya memfailkan permohonan Lamp. 14 ini dalam tempoh 30 hari daripada tarikh JID direkodkan. Mahkamah berpendapat sememangnya terdapat kelewatan di pihak Defendan kerana memfailkan Lamp. selepas 7 bulan dengan alasan yang tidak wajar. Ini membolehkan Mahkamah untuk menolak Lamp.14 sekaligus, namun bagi tujuan melengkapkan dapatan, Mahkamah terus mempertimbangkan isu slenjutnya, sama ada Defendan mempunyai pembelaan bermerit. Sama ada Defendan mempunyai pembelaan bermerit [22] Terdapat banyak kes terdahulu yang memutuskan bahawa untuk mengenepikan JID, Defendan hendaklah menunjukkan kepada mahkamah bahawa secara prima facie, pembelaannya bermerit dan wajar dibicarakan. Ini telah disebut dalam kes Lai Yoke Ngan & Anor v Chin Tech Kwee & Anor (supra) di mana Mahkamah telah menyatakan “…But where the default judgment has been obtained regularly, in order to succeed the defendant must file an affidavit of merits, i.e. the defendant must disclose by affidavit evidence that prima facie he has a defence on the merits. Put in another way, the affidavit must disclose that he has an arguable or triable issue on the merits….”. [23] Oleh itu Mahkamah mempertimbangkan apakah isu-isu yang dikemukakan oleh Defendan bagi menentukan sama ada ianya bermerit dan mewajarkan JID diketepikan. Dapatan Mahkamah tentang isu-isu yang dikemukakan Defendan (a) Sama ada tindakan Plaintif melebihi had masa [24] Defendan menyatakan bahawa perjanjian lisan antara Plaintif dan Defendan telah dimasuki pihak-pihak sekitar Jun 2018, namun guaman plaintif hanya difailkan pada 26/11/2024, melebihi tempoh masa 6 tahun sepertimana peruntukan dalam Seksyen 6(1) Akta Had Masa 1953, yang mana sepatutnya had masa telah berakhir pada Mei 2024. [25] Mahkamah dapati melalui affidavit Plaintif, terdapat komunikasi berterusan antara Plaintif dan Defendan berkaitan perkara subjek dalam kes ini. Perbualan ini adalah secara sistem pesanan ringkas (SMS) yang dilampirkan dalam affidavit Plaintif di eksibit MBMJ-1 di mana pada 6/5/2024 dan 28/8/2024 kedua-dua pihak berkomunikasi tentang perkara tersebut yang masih dalah tindakan Defendan dan Defendan berjanji akan memenuhi janjinya. Oleh itu, kemungkiran terhadap perjanjian lisan yang diikuti dengan Akuan Bersumpah bertarikh 27/8/2018 tidak berlaku pada tahun 2018 kerana komunikasi antara pihak-pihak adalah berterusan sehingga ke tahun 2024. Dalam kes yang melibatkan tuntutan bagi pembayaran wang, kausa tindakan bermula apabila berlaku kemungkiran pembayaran. Dalam kes ini, kausa tindakan bermula apabila hutang diakui tetapi tidak dibayar. Ini telah dijelaskan dalam kes Hasbullah Oshak v Nik Rosiah Md Zain & Anor (2016) 1 LNS 1378, di mana Hakim Mahkamah Tinggi menyatakan- “(2) Where any right of action has accrued to recover any debt or other liquidated pecuniary claim, or any claim to the personal estate of a deceased person or to any share or interest therein and the person liable or accountable therefore acknowledges the claim or makes any payment in respect thereof, the right shall be deemed to have accrued on and not before the date of the acknowledgment or the last payment…:” [26] Dalam SMS tersebut Defendan menyatakan masih dalam proses untuk mendapatkan wang RM200,000 tersebut dan akan memberi kemaskini selanjutnya kepada Plaintif. Mahkamah dapati kandungan SMS yang berterusan ini adalah akuan keberhutangan Defendan terhadap Plaintif, oleh itu subseksyen 26 (2) Akta Had Masa 1953 adalah terpakai, yang memperuntukkan- “(1) Every such acknowledgment as referred to in section 26 or in the proviso to section 16 of this Act shall be in writing and signed by the person making the acknowledgement”. [27] Manakala subseksyen 27 (1) pula memperuntukkan pengakuan hendaklah dalam bentuk bertulis dan jelas, “(1) Every such acknowledgment as referred to in section 26 or in the proviso to section 16 of this Act shall be in writing and signed by the person making the acknowledgment”. [28] Mahkamah berpuas hati bahawa kandungan SMS tersebut adalah komunikasi berpanjangan antara Plaintif dan Defendan tentang wang yang perlu dibayar oleh Defendan kepada Plaintif. Ayat yang digunakan Defendan adalah jelas menunjukkan hutang tersebut wujud dan perlu dibayar. Dalam kes Yee Weng Kai v Yam Kong Seng & Ors (2013) 2 MLRA 253, di mana Mahkamah Rayuan merujuk Agencies Ltd v Bertam Ltd yang memutuskan- “To take a demand out of the statute of limitation on the ground of acknowledgement, the language of the debtor must amount to an unequivocal admission of a subsisting debt that is, subsisting at the time of its acknowledgment”. [29] Mahkamah Persekutuan dalam rayuan bagi kes ini iaitu Yam Kong Seng & Anor v. Yee Weng Kawi (2014) 6 CLJ 285 telah memutuskan antara lainnya, bahawa penulisan dalam bentuk SMS adalah termasuk pengakuan hutang yang jelas dalam bentuk bertulis, “(2) Parliament is not unmindful of the march of time as s.3 of the interpretations Act 1948 and 1967 even legislated that “writing” of “written” includes electronic storage or transmission of any other method of recording information of fixing information in a form capable of being preserved. Further s.8 of the Electronic Commerce Act 2006 (ECE) provides that where any law requires information to be in writing, the requirement of the law is fulfilled if the information is contained in an electronic message that is accessible and intelligible so as to be usable for subsequent reference. An electronic message such as an SMS, with all the attributes of s.8 being present, is as good as in writing. Herein, the intention of the respondent in the SMA was clear in that there was an acknowledgment of a debt which fell within the meaing of s.27 (1) of the Act. The SMS, though short, reflected the intention of the parties clearly and unambiguously (paras 19, 21, 27 & 29) (3) Signature need not be written. Suffice if there be any mark, written or not, which identifies the act of the party, perhaps in the form of mark or by some distinguishing feature peculiar only to that person, then the acknowledgment had been signed. The conventional paper is substituted by the mobile phone, which holds a feature that can be preserved information or transmissions in the like of the SMS, with the telephone number representing the caller or the sender of some message…. (para 38) (4) ….. Under s.5 of the ECE, electronic signature means any letter, character, in an electronic form adopted by a person as a signature. The telephone number of the respondent from which the SMS was sent confirmed that it came from the respondent ie the registered owner of the telephone (para 40 & 41) (5) …. The acknowledgment embedded in the respondent’s SMS, being evidential in nature, though forwarded to the appellants before the operation of thise provisions of the ECE, was admissible in law and therefore applicable in this appeal. The defence of the appellant’s case being time barred was therefore unsustainable (para 44)”. [30] Mahkamah mendapati pengakuan keberhutangan Defendan dalam kes ini dapat dilihat dengan jelas melalui pertukaran SMS di antara pihak- pihak, yang mana, kandungan itu merujuk kepada keadaan terkini perkara sabjek antara Plaintif dan Defendan yang belum selesai dan Plaintif masih menantikan status pembayaran wang yang dituntut. Manakala Defendan juga sedang dalam usaha untuk memenuhi janjinya. Mahkamah berpendapat, kandungan SMS ini adalah pengakuan keberhutangan yang jelas oleh Defendan terhadap Plaintif. [31] Ini kerana, selain kandungan SMS ini, terdapat Laporan Polis Plaintif dan tindakan saman ini yang dimulakan sejurus selepas kegagalan Defendan mematuhi janjinya. Oleh itu Mahkamah berpendapat, kausa tindakan kes ini bermula akibat kegagalan Defendan menunaikan janjinya pada tahun 2024 yang ditunjukkan melalui tindakannya yang tidak memberikan maklumbalas selanjutnya kepada Plaintif. Kausa tindakan tidak berlaku pada masa Akuan diikrarkan pada tahun 2018. Oleh itu, tindakan Plaintif tidak dihalang oleh had masa. (b) Sama ada Akuan Bersumpah tidak membentuk suatu perjanjian yang mengikat. [32] Defendan menyatakan Borang Akuan Bersumpah bertarikh 27/8/2018 bukanlah suatu perjanjian yang sah menurut Akta Kontrak 1950 kerana tidak memenuhi elemen sesuatu kontrak kerana pada masa Akuan dibuat, tiada apa-apa balasan yang diberikan oleh Defendan kepada Plaintif memandangkan Defendan bukanlah pemilik berdaftar premis rumah no. 17 kerana premis tersebut adalah milik ayah Defendan. Mahkamah telah merujuk Eksibit MAH-6 Afidavit Defendan iaitu Akuan Bersumpah 27/8/2018 yang mengandungi 2 muka surat yang mana muka surat pertama mengandungi butir-butir nama dan tandatangan Defendan berserta cop pesuruhjaya sumpah. Eksibit MAH-6 disalinkan di sini. Manakala di muka surat kedua, terdapat butir-butir nama Plaintif dengan tulisan tangan dan sekali lagi tanda tangan Defendan dan butir-butir pesuruhjaya sumpah diikuti dengan tandatangan pesuruhjaya sumpah tersebut. [33] Dokumen ini adalah dokumen Defendan yang dilampirkan dalam affidavit sokongannya. Ini bermakna Defendan menyimpan dokumen ini dan sudah semestinya mengetahui kewujudan dokumen ini. Mahkamah merujuk prinsip non est factum yang disebut dalam kes Polygram Records Sdn Bhd v Hillary Ang & Ors (Collectively known as The Search) & Anor (1994) 3 CLJ 806- “There is no principle of law which states that where a party does not fully understand certain terms of a contract, the contract may be vitiated. The general principle of law of course is that a party who signs a written contract is bound by the terms of the contract, except in the limited cases where fraud, undue influence or misrepresentation may be established. This rule is so strict that even if a party to a contract has not read the contents of a contract, he is held to be bound by its terms. In the leading case of L’Estrange v F. Graucob (1934) 2 KB 394, Scrutton LJ pronounced at page 403, “when a document containing contractual terms is signed, then in the absence of fraud or I may add, misrepresentation, the party signing it, is bound and it is wholly immaterial whether he has read the document or not...”. [34] Daripada otoriti ini Mahkamah membuat kesimpulan bahawa Defendan adalah dianggap mengetahui isi kandungan dan kesan dokumen ini kerana Defendan telah menandatanganinya di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. Oleh itu, kandungan dalam dokumen ini mengikat Defendan, sah di sisi undang-undang dan boleh dilaksanakan. [35] Otoriti dalam kes di atas juga mengesahkan, dengan menandatangani Eksibit MAH-6 ini, Defendan dianggap bersetuju dengan kandungannya dan bersetuju untuk terikat dengan terma-terma yang tertulis didalamnya, sekalipun jika Defendan tidak memahami kandungannya. Jika dokumen ini tiada fungsi, mengapa Defendan bersetuju untuk mengikrarkannya? [36] Dokumen ini hanya akan menjadi tidak sah sekiranya Defendan menunjukkan dirinya telah dipaksa untuk menandatanganinya. Jika Defendan telah dipaksa, di manakah laporan polis atau apa-apa dokumen yang menyokong kenyataannya? Jika ada, sepatutnya dokumen sokongan itu telah dilampirkan dalam affidavit sokongan Defendan. Ini kerana Mahkamah dapati Defendan sendiri melampirkan beberapa laporan polis dalam eksibit MAH-8 untuk menghalang sesiapa saja daripada memasuki premis rumah no. 17 tersebut bagi mengelakkan premis dicerobohi sehingga kes di Mahkamah Syariah selesai. Dalam eksibit MAH-9 keputusan daripada pihak polis pula telah mengklasifikasikan laporan-laporan polis tersebut sebagai RLA (Rujuk Lain Agensi). Oleh sebab itu, jika terdapat elemen paksaan kepada Defendan untuk menandatangani Akuan Bersumpah, Defendan sepatutnya boleh mengemukakan apa-apa keterangan yang menyokong kenyataannya. [37] Mahkamah berpendapat, berdasarkan prinsip non est factum, Defendan adalah terikat dengan Akuan bersumpah yang telah ditandatanganinya dan Akuan bersumpah ini adalah sah di sisi undang-undang dan boleh dilaksanakan. (c) Sama ada tindakan ini adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah kerana rumah no. 17 tersebut adalah kediaman Plaintif dan Defendan semasa masih berkahwin. [38] Defendan menyatakan tuntutan dalam Akuan Bersumpah tersebut adalah berkaitan dengan tuntutan Plaintif terhadap Defendan semasa Plaintif dan Defendan masih berkahwin, oleh itu tuntutan Plaintif ini adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Walau bagaimanapun, pliding plaintif menunjukkan tuntutan Plaintif adalah bagi pembayaran wang berjumlah RM200,000 yang dipersetujui akan dibayar oleh Defendan kepada Plaintif berdasarkan perjanjian lisan yang diikuti dengan Akuan Bersumpah yang ditandatangani Defendan pada 27/8/2018. Tidak dinyatakan sama ada perkara ini adalah termasuk dalam tuntutan kes perceraian antara Plaintif dengan Defendan. Jika wang ini adalah berkaitan tuntutan Plaintif dalam kes di Mahkamah Syariah, mengapa Defendan tidak mengeksibitkan kertas kausa Mahkamah Syariah dalam affidavit sokongannya bagi menyokong kenyataan ini. Sekurang-kurangnya Mahkamah boleh melihat sama tuntutan tersebut adalah berkaitan dan isu ini patut dibicarakan bagi menentukan kedudukan bidang kuasa mahkamah ini. [39] Pada akhirnya, Mahkamah dapati bahawa Defendan tidak mempunyai pembelaan yang bermerit untuk menjadi isu-isu untuk perbicaraan. Cadangan Pembelaan yang dikemukakan Defendan dalam eksibit MAH-10 tidak ditunjukkan secara prima facie tetapi hanyalah sham defence semata-mata. Mahkamah mendapati Defendan mengetahui dirinya berhutang dengan Plaintif kerana masih memiliki dokumen Eksibit MAH-6, tetapi memilih untuk mendiamkan diri dan mengabaikan obligasi yang dipersetujuinya. Oleh itu Defendan didapati tidak mempunyai pembelaan yang wajar dibicarakan yang boleh menyebabkan JID diketepikan. KESIMPULAN [40] Kesimpulannya, oleh kerana JID telah direkodkan secara teratur, terdapat kelewatan pemfailan Lamp. 14 dan Defendan tidak mengemukakan prima facie merit dalam pembelaan, maka Lamp. ditolak dengan kos RM5000 kepada Plaintif. JID di Lamp. 12 adalah dikekalkan. Defendan tidak berpuas hati dengan keputusan ini dan memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi pada 3/12/2025. Norazlin binti Othman Hakim Mahkamah Sesyen 2 Selayang Disediakan pada 8/12/2025 Peguam Plaintif : Tetuan Riza Yusoff & Partners No. 43-3A-2, Jalan Metro Perdana Barat 1, Taman Usahawan Kepong, 52000 Kuala Lumpur. Telefon: 03-6259 5601 rizayusoffpartners@yahoo.com Peguam Defendan : Tetuan Asri Musa & Co, B-10-2 Blok B Halan Medan Selayang 1, Medan Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor. Telefon : 03-6184 1271 Zulqarnain.lukman@gmail.com