Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN NO. BA-22NCVC-471-10/2019 ANTARA MAZLIN BINTI ABDUL KARIM KASIM (SEBAGAI WAKIL HARTA PUSAKA MASRIAH BINTI AHMAD, SI MATI) … PLAINTIF
BA-22NCvC-471-10/2019
High Court of Malaysia19 Jul 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN NO. BA-22NCVC-471-10/2019 ANTARA MAZLIN BINTI ABDUL KARIM KASIM (SEBAGAI WAKIL HARTA PUSAKA MASRIAH BINTI AHMAD, SI MATI) … PLAINTIF
2
PENTADBIR TANAH GOMBAK
3
SELANGOR – UNIT HARTA PUSAKA) KETUA PENGARAH JABATAN TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN [1] Berikut adalah keputusan Mahkamah di akhir perbicaraan penuh yang melibatkan sembilan orang saksi: 2 orang bagi pihak Plaintif, 07/10/2024 11:50:07 BA-22NCvC-471-10/2019 Kand. 113 4 orang bagi pihak Defendan Pertama; dan 3 orang bagi pihak Defendan Kedua dan Defendan Ketiga. [2] Setelah meneliti kertas kausa, keterangan saksi-saksi dan hujah-hujah para peguam, Mahkamah ini telah telah pada 19.07.2024 membenarkan tuntutan Plaintif. [3] Tidak berpuas hati dengan keputusan di atas, Defendan Kedua dan Defendan Ketiga telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 14.08.2024. Berikut adalah alasan penghakiman saya bagi tujuan rayuan tersebut. RINGKASAN FAKTA KES [4] Tindakan ini telah dimulakan oleh Masriah binti Ahmad (si mati Masriah) pada 25.10.2019. Namun, si mati Masriah yang telah meninggal dunia pada 13.11.2019. [5] Justeru, tindakan ini telah diteruskan oleh anak perempuannya, Mazlin binti Abdul Karim selaku wakil si mati Masriah. [6] Ahmad bin Yahya (si mati Ahmad) merupakan pemegang ½ bahagian hartanah di bawah No. HS(M) 6966, PT 9539 Mukim Hulu Kelang, Daerah Gombak, Selangor bersama dua buah rumah setingkat yang beralamat di No. 1 Lorong Enggang 15, Taman Keramat 54200 Kuala Lumpur (hartanah tersebut). Si mati Ahmad telah meninggal dunia pada 08.07.1997 dan meninggalkan hartanah tersebut kepada Masriah dan isterinya, Rasmi binti Ahmad Bahri (si mati Rasmi) serta Baitulmal. [7] Si mati Rasmi merupakan pemegang ½ bahagian hartanah tersebut dan telah meninggal dunia pada 16.06.2015. Si mati Rasmi telah meninggalkan hartanah tersebut kepada si mati Masriah dan Baitulmal. [8] Selain itu, si mati Rasmi juga meninggalkan sejumlah wang RM11,000 di dalam akaun Amanah Saham Berhad (ASB) miliknya. [9] Defendan Kedua merupakan pihak bertanggungjawab memutuskan perbicaraan urusan pembahagian hartanah No. HS(M) 6966, PT 9539 Mukim Hulu Kelang, Daerah Gombak, Selangor. [10] Defendan Ketiga merupakan wakil Pihak Berkuasa Negeri yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab dalam semua perkara-perkara yang melibatkan hartanah yang terletak di Negeri Selangor. [11] Si mati Masriah pada tahun 2015 telah memfailkan borang A bagi permohonan Surat Kuasa Wakil bagi kedua-dua ibu bapanya di bawah Fail JKPTG/PK/10/09/0630/2015 dan JKPTG/PK/10/09/0631/2015 tetapi telah ditolak oleh Defendan Kedua pada 06.09.2016 di atas alasan Plaintif bukan seorang waris/wasi. [12] Defendan Kedua telah memutuskan bahawa Defendan Pertama merupakan wasi yang berhak dan mengarahkan Defendan Pertama untuk mengemukakan permohonan. [13] Melalui cariannya, si mati Masriah mendapati terdapat permohonan Surat Kuasa Wakil di bawah penama Defendan Pertama telah dibuat di bawah Fail JKPTG/PK/10/09/0527/2016 dan JKPTG/PK/10/09/0528/2016. [14] Si mati Masriah mendapati bahawa Defendan Kedua telah mengeluarkan perintah di mana 1/8 bahagian hartanah tersebut telah diserahkan kepada Defendan Pertama serta 3/8 bahagian lagi telah diserahkan kepada Baitulmal. [15] Tidak berpuas hati, Plaintif telah memfailkan Writ dan Pernyataan Tuntutan pada 25.10.2019. [16] Berikut adalah di antara tuntutan Plaintif terhadap Defendan-defendan: a) Suatu deklarasi bahawa Perintah Pembahagian Harta Pusaka dalam pesaka si mati Ahmad dan si mati Rasmi di bawah fail JKPTG/PK/10/09/0527/2016 dan JKPTG/PK/10/06/0528/2016 di Pejabat Pembahagian Pusaka Selangor Utara, Batu Caves adalah tidak sah, tidak terpakai, terbatal, tidak berkesan dan/atau menyalahi undang-undang; b) Suatu deklarasi bahawa Perintah Pusaka si mati Ahmad dan si mati Rasmi tersebut diperolehi atas dasar penipuan/fraud dan/atau salahnyata dan/atau menyalahi undang-undang; c) Suatu deklarasi bahawa Perintah Pembahagian Harta Pusaka si mati Ahmad dan si mati Rasmi adalah diperoleh di atas dasar penipuan/fraud dan/atau salahnyata dan/atau menyalahi undang-undang; d) Suatu perintah bahawa segala transaksi dan/atau urusan pindahmilik/turunmilik dan/atau jenis urusan (dealings) ke atas hartanah-hartanah tersebut yang dibuat berdasarkan Perintah Pusaka si mati Ahmad dan si mati Rasmi tersebut adalah terbatal, tidak sah dan/atau menyalahi undang-undang; e) Suatu perisytiharan/deklarasi bahawa hakmilik hartanah yang dipegang di bawah HS(M) 6966, PT 9539 Mukim Hulu Kelang, Daerah Gombak, Selangor adalah hakmilik boleh disangkal; f) Suatu perintah bahawa hartanah yang dipegang di bawah HS(M) 6966, PT 9539 Mukim Hulu Kelang, Daerah Gombak, Selangor dan wang ASB berjumlah RM11,759-90 dikembalikan dan/atau diletakkan kepada status quo; g) Suatu perintah bahawa fail nombor: i. JKPTG/PK/10/09/0630/2015; dan ii. JKPTG/PK/10/09/0631/2015 dibuka dan dihidupkan semula dan suatu tarikh perbicaraan baru ditetapkan di Unit Pembahagian Pusaka Selangor Utara dalam tempoh tujuh (7) hari daripada perintah ini diberikan; h) Defendan Pertama dikehendaki untuk mengemukakan kepada Plaintif, kesemua dokumen/butir-butir penyewaan lengkap dengan penyewa yang terdahulu dan/atau sedia ada dengan jumlah kutipan wang hasil sewa yang telah diterima daripada penyewa di atas hartanah tersebut dalam tempoh tujuh (7) hari daripada perintah ini diberikan; dan i) Suatu perintah mengenai kerugian yang dialami oleh waris-waris si mati berikutan salah nyataan da/atau penipuan yang dilakukan terhadap hartanah dan wang si mati tersebut untuk ditaksirkan oleh Mahkamah Yang Mulia ini. [17] Rentetan itu, Defendan-defendan telah memfailkan pembelaan kepada Mahkamah dan memohon kepada Mahkamah agar permohonan Plaintif dapat ditolak dengan kos. KES PIHAK PLAINTIF [18] Secara ringkasnya, hujahan Plaintif adalah seperti berikut:
a
Semasa perbicaraan pusaka dijalankan, apabila berlakunya percanggahan fakta, Defendan Kedua telah gagal untuk mempertimbangkan keterangan dokumen iaitu sijil lahir yang diberikan si mati Masriah berbanding keterangan lisan yang diberikan oleh Defendan Pertama;
b
Defendan Kedua tidak mempunyai kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menentukan kesahtarafan dan nasab orang Islam;
c
(c)
Schedule
Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah untuk menentukan isu perwarisan orang Islam di Malaysia; (d) Tindakan Defendan Kedua yang telah memutuskan bahawa si mati Masriah merupakan anak angkat dan telah membatalkan permohonannya serta memutuskan Defendan Pertama adalah wasi yang sah adalah salah di sisi undang-undang dan ultra vires terhadap Perlembagaan Persekutuan; (e) Mahkamah ini tidak mempunyai bidangkuasa untuk menentukan siapakah wasi yang layak berdasarkan undang-undang Islam kerana hal tersebut adalah di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah; dan (f) Isu salah mod pemfailan tidak pernah diplid oleh Defendan Kedua dan (g) Defendan Ketiga. KES PIHAK DEFENDAN [19] Secara keseluruhannya, Defendan-defendan pula menghujahkan bahawa: (a) Tindakan Defendan Kedua untuk membatalkan permohonan si mati Masria adalah teratur dan sah di sisi undang-undang; (b) Keputusan tersebut dibuat selepas Defendan Kedua berpuas hati berdasarkan keterangan diberikan bahawa si mati Masriah adalah anak angkat dan Defendan Pertama yang merupakan saudara lelaki kepada si mati Rasmi adalah waris yang berhak ke atas harta pusaka pasangan si mati; (c) Defendan Kedua tidak melangkaui bidangkuasanya dalam memutuskan untuk membatalkan permohonan si mati Masriah berdasarkan keterangan saksi-saksi yang konsisten menunjukkan bahawa si mati Masriah merupakan anak angkat kepada pasangan si mati; (d) Plaintif telah gagal untuk membuktikan bahawa perintah pusaka pasangan si mati dikeluarkan secara penipuan/fraud dan/atau salahnyata dan/atau menyalahi undang-undang kerana saksi-saksi Defendan tidak mempunyai apa-apa kepentingan terhadap hartanah tersebut; dan (e) Mod pemfailan secara Writ Saman adalah salah kerana Plaintif sebagai pihak yang terkesan dengan keputusan Pentadbir Tanah seharusnya memfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi untuk mengenepikan keputusan pembatalan tersebut sepertimana diperuntukkan dalam seksyen 29 Akta Pusaka Kecil (Pembahagian); ANALISA MAHKAMAH [20] Seperti yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini telah memutuskan kes berpihak kepada pihak Plaintif. [21] Daripada pernyataan tuntutan yang difailkan, Plaintif mempunyai dua (2) kausa tindakan: (i) Bahawa perintah pembahagian harta pusaka dalam pusaka si mati Ahmad dan si mati Rasmi telah diperolehi atas dasar penipuan atau fraud dan/atau salahnyata; dan (ii) Plaintif bermohon satu deklarasi bahawa perintah pembahagian harta pusaka tersebut adalah tidak sah, tidak terpakai, terbatal dan tidak berkesan dan/atau menyalahi undang-undang. [22] Pertamanya, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak Plaintif telah gagal untuk membuktikan kausa tindakan berhubung penipuan, fraud dan/atau salahnyata. [23] Mahkamah ini mendapati butir-butir fraud dan salahnyata tidak diplidkan sepertimana dikehendaki oleh peruntukkan undang-undang. [24] Dari segi perintah deklarasi yang dipohon, adalah satu prinsip undang-undang yang jelas bahawa seseorang plaintif tidak perlu mempunyai kausa tindakan terhadap seorang defendan. Apa yang perlu ada adalah bahawa hak plaintif tersebut diprejudiskan akibat tindakan defendan. [25] Prinsip undang-undang tersebut adalah sepertimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Affin Bank Bhd v Mohd Kasim Ibrahim [2013] 1 CLJ 465 yang mengesahkan keputusan yang diputuskan di dalam kes Caxton (Kelang) Sdn Bhd v Susan Joan Labrooy & Anor [1987] CLJ Rep 504. [26] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa di bawah seksyen 8 Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian), pihak Defendan tidak mempunyai bidangkuasa untuk menentukan nasab sama ada si mati Masriah merupakan anak angkat seterusnya tidak berhak menjadi waris kepada harta pusaka pasangan si mati. [27] Merujuk kepada hujahan yang difailkan pihak Defendan, Mahkamah ini bersetuju bahawa sememangnya terdapat keterangan yang menunjukkan si mati Masriah adalah anak angkat kepada pasangan si mati. Namun, keputusan yang dibuat oleh Defendan Kedua adalah di luar bidangkuasa Pejabat Tanah dan Galian. [28] Defendan-defendan seharusnya merujuk perkara berhubung nasab si mati Masriah sebagai anak angkat kepada pihak Mahkamah Syariah terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. [29] Seksyen 61(3)(b)(viii) dan (ix) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 jelas memperuntukkan bahawa pembahagian dan perwarisan harta berwasiat atau tidak berwasiat serta penentuan orang-orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka si mati beragama Islam adalah di bawah bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah. [30] Pengiktirafan bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah berhubung isu ini telah dibincangkan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Latifah bte Mat Zin v Rosmawati bte Sharibun & Anor [2006] 4 MLJ 705 yang memutuskan bahawa perkara berhubung perwarisan dan alang sekiranya melibatkan Muslim adalah di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah. [31] Adalah merupakan dapatan dan pandangan Mahkamah ini bahawa keputusan yang dibuat oleh Defendan Kedua berhubung tuntutan harta pusaka oleh Masriah telah melampaui bidangkuasa perundangan yang ditetapkan di bawah undang-undang. [32] Natijahnya, Mahkamah ini tidak mempunyai pilihan selain daripada memberikan perintah deklarasi yang dipohon pihak Plaintif. Oleh itu, Mahkamah membenarkan perenggan (a), (b), (c), (d), (e) dan (f) daripada Pernyataan Tuntutan yang difailkan Plaintif. [33] Mahkamah ini turut memerintahkan supaya wang berjumlah RM11,759-90 adalah dikembalikan kepada peguamcara Plaintif sebagai pemegang amanah sehingga kes nasab diputuskan oleh Mahkamah Syariah; dan sehingga permohonan harta pusaka didengar semula di Pejabat Tanah dan Galian bersangkut perintah di perenggan (b), (f) dan (g). KOS [34] Berkenaan dengan kos perbicaraan, setelah mendengar hujahan-hujahan pihak-pihak, kos adalah ditetapkan seperti berikut: (a) Tiada perintah kos terhadap Defendan Pertama; (b) Defendan Kedua membayar kos tindakan sebanyak RM10,000; dan (c) Tiada perintah kos terhadap Defendan Ketiga kerana tindakan yang diambil oleh Defendan Ketiga adalah berasaskan perintah yang dibuat oleh Defendan Kedua. Bertarikh: 04 Oktober 2024, ……………………..…………. (MOHD FIRUZ BIN JAFFRIL) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM Peguam Plaintif: Messrs Chambers Su Sidek & Co. (Peguambela dan Peguamcara) No. 21-1B, Tingkat 1, Jln Reko Sentral 1, Kajang 43000 Selangor. Peguam Defendan 1: Messrs Khamshah & Partners (Peguambela & Peguamcara) 2-6-3, Menara KLH (Business Centre) 2, Jalan Kasipillay, Off Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur. Peguam Defendan 2 & 3: Peguam Kanan Persekutuan Unit Guaman, Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, Tingkat 4, Podium Utara, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40512 Shah Alam Selangor.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.