Schedule
Jadual 1, Akta Kehakiman 1964; Dan Dalam Perkara Akta Mahkamah Kehakiman 1994 dan berkenaan Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. ANTARA MB VEST SDN BHD …PEMOHON (No. Syarikat: 957513-U) DAN KETUA PENGARAH HASIL DALAM NEGERI .…RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN 1. Ini adalah permohonan Semakan Kehakiman di bawah Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 oleh Pemohon, MB Vest Sdn Bhd, terhadap keputusan Responden, Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (“KPHDN”), yang telah mengeluarkan satu Notis Taksiran Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2018 bertarikh 28 Disember 2023 berjumlah RM6,565,197.37, termasuk penalti 15%. 2. Pemohon, MB Vest Sdn Bhd, yang memohon antara lain: (i) satu Perintah “Certiorari” untuk membatalkan Keputusan Responden dalam bentuk Notis Taksiran Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2018 yang bertarikh 28/12/2023 yang telah mengarahkan Pemohon untuk membayar Responden sejumlah sebanyak RM6,565,197.37 sebagai cukai pendapatan dikenakan bagi tahun taksiran (TT) 2018 termasuk penalti (Keputusan Responden Tersebut) atas alasan-alasan bahawa Keputusan Responden tersebut adalah “ultra vires”, menyalahi undang-undang, melebihi kuasa, melanggar peraturan keadilan asasi, telah melanggar Perkara 96 Perlembagaan Persekutuan, tidak rasional dan/atau tidak munasabah; (ii) Bahawa pada masa yang sama atau secara alternatifnya, Pemohon diberi kebenaran untuk memohon suatu Perintah “Certirori” untuk membatalkan Keputusan Responden tersebut kerana hasil/keuntungan Pemohon daripada merealisasikan aset modal Syarikat (apartment) seharusnya dikenakan cukai di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (CKHT 1976) dan bukan Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) (iii) Bahawa pada masa sama yang sama atau secara alternatifnya, Pemohon diberi kebenaran untuk memohon suatu deklarasi bahawa Keputusan Responden tersebut adalah terbatal dan tidak sah dimana Responden tidak mempunyai kuasa untuk memberikan penalti kepada Pemohon dan Seskyen 113(2) adalah tidak terpakai dalam kes ini memandangkan Pemohon tidak memberikan “incorrect return” ataupun “incorrect information” kepada Responden. (iv) Sama ada semua prosiding-prosiding selanjutnya termasuk penguatkuasaan dan kesan Keputusan Responden tersebut digantung dan Responden untuk memulangkan kesemua kutipan cukai melalui Keputusan Responden tersebut jika sebahagian atau keseluruhan cukai tersebut telah dikutip ataupun ditolak daripada lebihan cukai yang telah dibayar oleh Pemohon sehingga penentuan muktamad dan penuh permohonan semakan Kehakiman ini: (v) Bahawa Ganti Rugi ditaksirkan oleh Mahkamah; (vi) Bahawa kos permohonan ini mengikut kausa. 3. Secara ringkasnya Pemohon memohon: (i) Perintah “Certiorari” untuk membatalkan taksiran tersebut; (ii) Deklarasi bahawa pelupusan 72 unit apartment tertakluk kepada CKHT 1976; (iii) Deklarasi bahawa penalti s.113(2) ACP 1967 adalah tidak sah; dan (iv) Perintah penggantungan (stay) terhadap taksiran itu. 4. Responden, Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (KPHDN), membantah permohonan ini sepenuhnya dan mengemukakan “Preliminary Objection” (PO) terhadap Afidavit Tambahan Pemohon yang menurut Responden membawa isu baharu yang tidak diplidkan. Pemohon buat pertama kali dalam Afidavit Tambahan mendakwa bahawa taksiran adalah “time-barred” di bawah s.91(1) ACP 1967 dan ini merupakan isu baharu, tidak terdapat dalam: (a) Notis Permohonan JR; (b) Pernyataan Aturan 53; ( c) Afidavit Sokongan; atau (d) Mana-mana pindaan pliding. 5. Setelah meneliti kesemua afidavit, rekod audit, notis taksiran, hujahan bertulis Pemohon dan Responden, dan autoriti kes termasuk keputusan terbaharu Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri v Kind Action (M) Sdn Bhd [2025] 4 CLJ 501 (Federal Court), Mahkamah memutuskan bahawa: Permohonan ini ditolak atas dua asas kumulatif: (i) Preliminary Objection diterima; dan (ii) Pada MERIT pun Mahkamah bersetuju sepenuhnya dengan hujahan Responden. RINGKASAN FAKTA 6. Pemohon adalah syarikat yang pada tahun 2011 membeli tanah dengan hasrat membina hotel. Akibat kekangan kewangan, Pemohon memasuki Perjanjian Pembangunan bersama (JV Agreement) dengan SKS Southern pada 2012. Di bawah perjanjian itu, Pemohon memperoleh 72 unit apartment sebagai balasan. 7. Pemohon kemudiannya melupuskan unit-unit tersebut secara berperingkat mulai tahun 2018 hingga 2023, dengan 33 unit dilupuskan pada 2018. 8. Pemohon melaporkan transaksi itu sebagai Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT). Namun setelah audit yang menyeluruh, Responden mengklasifikasikan keuntungan itu sebagai pendapatan perniagaan di bawah seksyen 4(a) ACP 1967 berdasarkan elemen-elemen “badges of trade”. 9. Keputusan audit membawa kepada pembatalan Borang K/KA CKHT melalui Borang KR, dan satu Notis Taksiran Cukai Pendapatan 2018 dikeluarkan pada 28.12.2023. ISU-ISU UNTUK DIPUTUSKAN 10. Mahkamah kini beralih kepada isu MERIT dan mendapati terdapat empat (4) isu utama, yang Mahkamah ini perlu putuskan iaitu seperti berikut: (a) Adakah permohonan semakan kehakiman boleh dibenarkan apabila wujud remedi domestik Special Commissioners of Income Tax (SCIT) yang tersedia dan telah/masih boleh digunakan? (b) Adakah pelupusan 72 unit apartmen Pemohon tertakluk kepada seksyen 4(a) ACP 1967 atau CKHT 1976? (c) Adakah penalti di bawah seksyen 113(2) ACP 1967 adalah betul di sisi undang-undang? (d) Adakah perintah penggantungan (stay) wajar diberikan? LATAR BELAKANG FAKTA 11. Pemohon membeli tanah bagi tujuan pembangunan hotel tetapi berdepan kekangan kewangan, lalu memasuki satu Perjanjian Pembangunan Bersama (JV Agreement) pada tahun 2012 dengan SKS Southern. 12. Melalui perjanjian itu, Pemohon menerima 72 unit Tri Tower Service Apartment (Tower A dan B) sebagai balasan kepada pelupusan sebahagian kepentingan tanah. 13. Pada tahun 2018, Pemohon melupuskan 33 unit apartmen tersebut, dan selebihnya dijual berperingkat-peringkat sehingga 2023. 14. Semua pelupusan itu dilaporkan oleh Pemohon sebagai CKHT, tetapi selepas audit menyeluruh, Responden mengklasifikasikan keuntungan berkenaan sebagai pendapatan perdagangan bawah seksyen 4(a) ACP, lalu mengeluarkan Notis Taksiran. PRELIMINARY OBJECTION RESPONDEN Isu PO : Adakah Afidavit Tambahan membawa isu baharu? 15. Afidavit Tambahan Pemohon memperkenalkan hujahan bahawa taksiran adalah “time-barred” di bawah seksyen 91(1) ACP, iaitu keputusan dikeluarkan selepas 5 tahun. 16. Mahkamah mendapati bahawa isu ini: (i) tidak pernah disebut dalam Pernyataan Aturan 53 kaedah 3(2) KKM 2012, (ii) tiada dalam Afidavit Sokongan, (iii) tiada dalam Notis Permohonan, (iv) tiada permohonan pindaan, (v) hatta bercanggah dengan pendirian Pemohon dalam permohonan asal yang menyatakan bahawa taksiran dibuat dalam tempoh masa. 17. Prinsip undang-undang adalah jelas pihak-pihak adalah terikat dengan pliding masing-masing. Isu yang tidak diplid tidak boleh diputuskan oleh Mahkamah kecuali dengan kebenaran. Dalam kes ini, Mahkamah mendapati bahawa Pemohon hanya cuba memperkenalkan isu “time-barred” di bawah Seksyen 91(3) ACP 1967 melalui Afidavit tambahan. Isu ini tidak pernah disebut dalam Pernyataan di bawah Aturan 53 Kaedah 3(2) KKM 2012 ataupun Afidavit Sokongan. Pemohon juga tidak menafikan perkara ini. 18. Mahkamah merujuk kepada prinsip yang dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Ranjan Paramalingam & Anor v Persatuan Penduduk Taman Bangsar Kuala Lumpur [2023] 1 MLJ 4591 bahawa Mahkamah tidak boleh memutuskan isu yang tidak diplidkan tanpa kebenaran. Oleh itu, Mahkamah menolak isu “time-barred”’ yang dikemukakan oleh Pemohon. 19. Mahkamah Persekutuan dalam kes Samuel Naik Siang Ting V Public Bank Bhd [2015] 8 CLJ 944 FC) mengenai isu pliding telah secara terperinci menyatakan: "[29] It is a cardinal rule in civil litigation that parties are bound by their pleadings and are not allowed to adduce facts and issues which they have not pleaded (see: State Government of Perak v. Muniandy [1985] CLJU 117; [1985] 1 LNS 117; [1986] 1 MLJ 490; and Anuar Mat Amin v. Abdullah Mohd Zain [1989] CLJU 74; [1989] 1 LNS 74; [1989] 3 MLJ 313). In Blay v. Pollard & Morris [1930] 1 KB 628, Scrutton LJ ruled that: "Cases must be decided on the issues on the record; and if it is desired to raise other issues there must be pleaded on the record by amendment." [30] The Supreme Court in Lee Ah Chor v. Southern Bank Bhd [1991] 1 CLJ (Rep) 239; [1991] 1 CLJ 667; [1991] 1 MLJ 428, had also emphasised the importance of pleadings and ruled that where a vital issue was not raised in the pleadings it could not be allowed to be argued and to succeed on appeal (see also Ambank (M) Bhd v. Luqman Kamil Mohammed Don [2012] 3 CLJ 551; [2012] MLJU 56 FC). [31] On the same issue, HRH Raja Azlan Shah FJ (as HRH then was) in The Chartered Bank v. Yong Chan [1974] CLJU 178; [1974] 1 LNS 178; [1974] 1 MLJ 157, had also pointed out that "as the trial judge had decided on an issue which was not raised in the pleadings, the judgment must be set aside and new trial ordered" (see also: Haji Mohamed Dorn v. Sakiman [1955] CLJU 26; [1955] 1 LNS 26; [1956] MLJ 45; and Kiaw Aik Hang Co Ltd v. Tan Tien Choy [1963] CLJU 59; [1963] 1 LNS 59; [1964] MLJ 99). [34] For the purpose of the present appeal, we will only consider the pleaded case of the parties before us. To borrow the words of Gopal Sri Ram JCA in Cheong Heng Loong Goldsmiths (KL) Sdn Bhd & Anor v. Capital Insurance Bhd [2004] 1 CLJ 357,"... once a defendant takes that course, he must stand and fall on his pleaded case; we cannot simultaneously put forward an unpleaded case..."." [penekanan ditambah] 20. Justeru berdasarkan otoriti diatas, Mahkamah ini memutuskan bahawa Afidavit Tambahan adalah “afterthought” dan merupakan penyalahgunaan proses Mahkamah. Oleh itu Bantahan Awal oleh pihak Responden diterima sepenuhnya oleh Mahkamah ini. ANALISA MERIT BERDASARKAN EMPAT (4) ISU UTAMA ISU (a) –Adakah permohonan semakan kehakiman boleh dibenarkan apabila wujud remedi domestik “Special Commissioners of Income Tax” (SCIT) yang tersedia dan telah/masih boleh digunakan? 21. Prinsip undang-undang cukai Malaysia menetapkan bahawa isu merit taksiran termasuk penentuan “badges of trade”, klasifikasi pendapatan sebagai “capital vs revenue”, penilaian fakta kompleks audit adalah persoalan fakta khusus di bawah bidang kuasa “Special Commissioners of Income Tax” (SCIT). 22. Pemohon telah pun memfailkan Borang Q pada 22.01.2024 yang memulakan proses rayuan SCIT. Ini membuktikan bahawa remedi domestik tersedia, berkesan dan telah pun digunakan oleh Pemohon sendiri. 23. Mahkamah menerima sepenuhnya hujahan Responden bahawa permohonan ini merupakan “collateral attack” terhadap mekanisme statutori yang jelas. 24. Pemohon Merujuk kepada kes KPHDN v Kind Action (M) Sdn Bhd [2025] 4 CLJ 501 bagi menyokong pendirian bahawa JR boleh dibuat walaupun ada remedi domestik. Mahkamah ingin menjelaskan disini bagaimana Kes Ini DIBEZAKAN daripada kes Kind Action (FC 2025)? (a) Dalam Kind Action: KPHDN mengenakan sekatan perjalanan atau travel ban tanpa peruntukan undang-undang yang jelas dan oleh itu tindakan itu mempunyai “plain illegality”. Mahkamah Persektutuan menegaskan bahawa Mahkamah Tinggi BOLEH campur tangan kerana ia isu “jurisdictional error”,bukan isu merit cukai. (b) Tetapi dalam kes kita ini: KPHDN bertindak dalam kuasa statutori jelas iaitu di bawah s.4(a), s.91 ACP 1967, tiada keputusan dibuat“ultra vires” dan pertikaian adalah isu merit audit (fakta), bukan “jurisdictional error”. KPHDN mempunyai kuasa sah untuk menilai “badges of trade” dan seterusnya mengeluarkan taksiran tambahan. Maka “test” dalam Kind Action tidak membantu Pemohon, dan kes ini dibezakan (distinguished) secara substantif. Oleh itu, Kesimpulannya adalah JR tidak sesuai dan Pemohon wajib melalui SCIT. Tiada “exceptional circumstances” seperti dalam kes Kind Action. 25. Maka Mahkamah memutuskan bahawa Semakan kehakiman tidak boleh diteruskan apabila wujud remedi domestik yang sah, berkesan, dan telah pun digunakan oleh Pemohon dan JR tidak boleh menggantikan forum SCIT. Mahkamah bersetuju dengan hujahan Responden bahawa saluran remedi yang betul adalah rayuan kepada “Special Commissioners of Income Tax” (SCIT) di bawah Seksyen 99 ACP 1967. Semakan kehakiman tidak boleh dijadikan pengganti kepada forum rayuan cukai kecuali ada bukti “mala fide”, “ultra vires” atau pelanggaran prosedur yang jelas. Tiada bukti kukuh menunjukkan Responden bertindak di luar kuasa statutori. Oleh itu, permohonan ini adalah melalui jalan singkat dan menggunakan JR adalah salah forum. (Rujuk: Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri v. Alcatel-Lucent Malaysia Sdn Bhd & Anor [2017] 1 MLRA 251; [2017] 2 CLJ 1; [2017] 1 MLJ 563; [Oriental Assembler Sdn Bhd v. Menteri Kewangan & Anor [2018] CLJU 975; [2018] 1 LNS 975; [2018] MLRHU 798; Ta Wu Realty Sdn Bhd v. Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri & Anor [2008] 2 MLRA 151; [2009] 1 ILR 1; [2004] 4 AMR 521; [2008] 6 CLJ 235; [2009] 1 MLJ 555 (Court of Appeal); Robin Tan Peng Heng v. Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja Malaysia & Anor [2010] 1 MELR 61; [2010] 2 MLRA 571; [2010] 9 CLJ 505; [2011] 2 MLJ 457) 26. Pemohon sebaliknya telah ‘memintas’ dan mengambil ‘jalan pintas’ untuk menangani taksiran tambahan yang dikeluarkan oleh KPHDN dengan memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap Responden. Sedangkan Pemohon telah pun memfailkan Borang Q untuk merayu kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT), permohonan semakan kehakiman ini adalah bersifat remeh, menyusahkan dan merupakan satu penyalahgunaan proses Mahkamah. Rujukan dibuat kepada kes Ta Wu Realty Sdn Bhd v Director General of Inland Revenue [2004] 1 MLRH 754; [2004] 6 CLJ 398; [2004] 4 AMR 521; [2004] 6 MLJ 53, Mahkamah telah menolak permohonan kebenaran untuk memfailkan semakan kehakiman dan memutuskan: “[30] Further, I am also of the view that the concurrent filing of the instant application and applicant’s appeal before the Special Commissioners certainly constitute a duplicity of proceedings and is indeed frivolous, vexatious and an abuse of the process of the court”. 27. Di dalam kes di hadapan saya ini fakta adalah sama iaitu Pemohon telahpun memfailkan Borang Q pada 22.1.2024 dan telah pun memulakan proses rayuan SCIT. Maka, remedi domestik bukan sahaja wujud, malah telah digunakan oleh Pemohon. Berpaksikan kepada kes otoriti di atas Mahkamah ini juga berpandangan bahawa semakan kehakiman ini adalah bersifat remeh, menyusahkan dan merupakan satu penyalahgunaan proses Mahkamah. 28. Di dalam kes-kes tersebut Mahkamah memutuskan bahawa walaupun budi bicara masih berada pada Mahkamah untuk bertindak melalui semakan kehakiman dalam kes-kes percukaian, perintah “certiorari” tidak akan dikeluarkan melainkan dibuktikan adanya kekurangan bidang kuasa yang jelas, atau kegagalan ketara untuk melaksanakan sesuatu kewajipan statutori, atau wujudnya pelanggaran serius terhadap prinsip-prinsip keadilan asasi. 29. Oleh itu semakan kehakiman tidak boleh dijadikan alatan bagi memintas kewajipan statutori untuk melalui SCIT terlebih dahulu. Ini adalah satu bentuk “collateral attack” ke atas proses undang-undang yang sah. Dalam kes KPHDN v Kind Action (M) Sdn Bhd [2025] 4 CLJ 501, Federal Court (Tun Tengku Maimun CJ) menjelaskan bahawa: “The High Court may exercise judicial review jurisdiction even where domestic remedies exist ONLY where the impugned decision is infected with jurisdictional error or illegality going to root.” [penekanan ditambah] 30. Sekali lagi Mahkamah ini menegaskan bahawa dalam kes ini ianya berbeza dengan Kind Action yang mana di dalam kes kita ini tiada unsur ketiadaan bidang kuasa, kegagalan wajib statutori, keputusan mala fide, salah tafsir undang-undang secara jelas (“error of law on the face of the record”) dan “irrationality” pada tahap Wednesbury. 31. Sekali lagi saya ulangi di dalam kes di hadapan saya, tindakan KPHDN dibuat di bawah seksyen 4(a) ACP 1967, dibuat di bawah seksyen 91 ACP 1967, berdasarkan kuasa audit yang sah, melibatkan penentuan “badges of trade” yang merupakan persoalan fakta. Tidak ada unsur “jurisdictional error”, “plain illegalit’’ atau sebarang tindakan “ultra vires” seperti dalam Kind Action. 32. Oleh itu, prinsip Kind Action tidak membantu Pemohon, dan kes ini berada dalam kategori biasa di mana Mahkamah Tinggi wajib memberikan keutamaan kepada proses SCIT sebagaimana diperuntukkan undang-undang. 33. Dengan itu, Mahkamah membuat dapatan bahawa: Permohonan semakan kehakiman ini tidak boleh diteruskan apabila wujudnya remedi domestik yang mencukupi, berkesan, wajib digunakan, dan telah pun dimulakan oleh Pemohon. Permohonan semakan kehakiman ini TIDAK boleh dibenarkan kerana remedi domestik tersedia dan telah pun digunakan oleh Pemohon, serta tiada keadaan luar biasa yang membolehkan Mahkamah mengenepikan remedi tersebut. ISU (b) – SAMA ADA PELUPUSAN 72 UNIT APARTMEN TERTAKLUK S.4(a) ACP 1967 ATAU CKHT 1976 34. Pemohon berhujah bahawa transaksi tersebut adalah pelupusan modal kerana unit-unit berkenaan diperoleh melalui Perjanjian Pembangunan Bersama (JV Agreement), bukan dibeli untuk tujuan jualan. Pemohon juga berhujah bahawa unit-unit tersebut “pelaburan”, dan bahawa pelupusan adalah kerana tekanan kewangan. 35. Responden pula telah menjawab isu ini secara terperinci, dan Mahkamah bersetuju sepenuhnya dengan hujahan Responden bahawa penentuan sama ada pelupusan itu adalah “modal” atau “perdagangan” memerlukan penilaian “badges of trade” secara mendalam. 36. Mahkamah menerima sepenuhnya prinsip undang-undang bahawa ‘badges of trade” merupakan ujian fakta, melibatkan tujuan asal pemerolehan, tempoh pegangan, kekerapan jualan, kuantiti unit yang dijual, cara dan modus operandi pelupusan, pendanaan transaksi, tujuan sebenar pelupusan. 37. Pemohon berhujah lebih lanjut dengan mengatakan ini bukan pelaburan pasif tetapi sebahagian struktur komersial projek pembangunan. Dalam prinsip cukai, penerimaan aset sebagai “consideration” komersial merupakan petunjuk awal sifat perdagangan. 38. Mahkamah ini berdasarkan dokumen-dokumen yang dibekalkan kepada Mahkamah dan melalui Afidavit-afidavit serta hujahan pihak-pihak melihat kepada ujian “Badges of Trade” ini melalui fakta berikut: (i) Tempoh Pegangan Walaupun unit-unit dipegang beberapa tahun, Mahkamah menerima hujahan KPHDN bahawa tempoh pegangan bukan “determinative”, terutama apabila terdapat disposal besar-besaran dalam satu tahun (33 unit pada 2018). (ii) Kekerapan & Skala Transaksi Ini faktor paling penting. Menjual 33 unit dalam satu tahun dan keseluruhan 72 unit merupakan transaksi berskala komersial yang tiada persamaan dengan transaksipelaburan biasa individu/pemilik tunggal. (iii) Modus Operandi Transaksi Audit menunjukkan pelupusan berlaku secara sistematik, dalam lingkungan operasi perniagaan Pemohon, bertujuan menjana modal kerja dan aliran tunai dan ini menepati faktor perdagangan (for commercial purpose). (iv) Tujuan Jualan Pemohon sendiri mengakui pelupusan dilakukan untuk mendapatkan dana menyelesaikan isu aliran tunai. Menjana dana untuk operasi atau pembiayaan adalah untuk “commercial purpose” “dan ia adalah ciri perdagangan, bukan modal. (v) Pembiayaan & Komersialisasi Jualan dilakukan dalam konteks kelewatan projek, kekangan kewangan, strategi merasionalisasi aset untuk kewangan. Ini adalah alasan komersial, bukan alasan pelaburan. (vi) Corak Keseluruhan Mahkamah menerima hujahan KPHDN bahawa transaksi Pemohon menunjukkan: “a coherent commercial pattern consistent with trading activities.” Keseluruhan tujuan dan Sejarah transaksi (“holistic transaction body”) tersebut menunjukkan sifat perdagangan. 39. Dalam kes ini, audit LHDN mendapati : (i) Pemohon melupuskan 72 unit apartmen, suatu jumlah besar yang menunjukkan skala komersial; (ii) Dalam Tahun Taksiran 2018 sahaja, 33unit dilupuskan, menunjukkan jual beli berulang; (iii) Pelupusan dibuat untuk menyelesaikan masalah aliran tunai dan kewangan iaitu motif komersial; (iv) Unit-unit tidak digunakan sebagai pelaburan pasif, tetapi digunakan sebagai aset yang boleh dilupuskan untuk menjana modal kerja; (v) Cara pelupusan menunjukkan corak transaksi komersial dan sistematik. 40. Oleh itu Mahkamah menerima sepenuhnya kesimpulan Responden bahawa transaksi Pemohon adalah “adventure in the nature of trade” dan merupakan pendapatan perdagangan di bawah s.4(a) ACP 1967. 41. Mahkamah menegaskan bahawa persoalan sama ada keuntungan itu modal atau perdagangan adalah persoalan fakta yang berada dalam bidang kuasa teknikal LHDN dan seterusnya SCIT. Mahkamah ini menggunapakai kes yang dikemukakan oleh Responden di dalam kes Sumur Marketing Sdn Bhd v Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri [2019] 1 LNS 1791 memutuskan: “[36] Persoalan niat untuk tidak berdagang atau tidak dan butiran dalam akaun beraudit pemohon adalah perkara fakta yang perlu ditentukan dengan pengesahan saksi-saksi dan memeriksa dokumen-dokumen berkaitan. Ini perlu kerana pencabaran yang dibawa oleh Pemohon adalah mengenai pengenaan hartanah pelaburan sebagai cukai pendapatan dan tidak sebagai Cukai Keuntungan Harta Tanah.” Kes-kes lain yang dirujuk juga :Sumur Heights Sdn Bhd & Sumur Wang Development & Top Capital Sdn BHd v Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri [2019] 1 LNS 1466; Saujana Triangle Sdn Bhd v KPHDN [2018] MLJU 171. 42. Oleh itu Mahkamah memutuskan bahawa pelupusan 72 unit Tri Tower Service Apartment oleh Pemohon adalah transaksi perdagangan dan tertakluk kepada seksyen 4(a) ACP 1967, dan bukannya CKHT 1976 dan tiada elemen `ultra vires’. 43. Mahkamah menerima sepenuhnya hujahan Responden bahawa transaksi Pemohon mempunyai ciri “adventure in the nature of trade”, bukan pelupusan modal dan menolak hujahan Pemohon. ISU (c) Sama ada pengenaan penalti oleh Responden di bawah seksyen 113(2) ACP adalah betul di sisi undang-undang 44. Isu ketiga ialah sama ada penalti sebanyak 15% yang dikenakan di bawah seksyen 113(2) ACP adalah betul dari segi undang-undang. ACP 1967 S.113 Incorrect returns(1) Any person who — (a)makes an incorrect return by omitting or understating any income of which he is required by this Act to make a return on behalf of himself or another person; or (b)gives any incorrect information in relation to any matter affecting his own chargeability to tax or the chargeability to tax of any other person, shall, unless he satisfies the court that the incorrect return or incorrect information was made or given in good faith, be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine of not less than one thousand ringgit and not more than ten thousand ringgit and shall pay a special penalty of double the amount of tax which has been undercharged in consequence of the incorrect return or incorrect information or which would have been undercharged if the return or information had been accepted as correct. (2) Where a person — (a)makes an incorrect return by omitting or understating any income of which he is required by this Act to make a return on behalf of himself or another person; or (b)gives any incorrect information in relation to any matter affecting his own chargeability to tax or the chargeability to tax of any other person, then, if no prosecution under subsection (1) has been instituted in respect of the incorrect return or incorrect information, the Director General may require that person to pay a penalty equal to the amount of tax which has been undercharged in consequence of the incorrect return or incorrect information or which would have been undercharged if the return or information had been accepted as correct; and, if that person pays that penalty (or, where the penalty is abated or remitted under Section 124(3), so much, if any, of the penalty as has not been abated or remitted), he shall not be liable to be charged on the same facts with an offence under subsection (1). [penekanan ditambah] 45. Berdasarkan peruntukan ini Penalti ini dikenakan apabila pembayar cukai memberikan maklumat yang tidak betul (“incorrect return”). Dalam konteks ini, Pemohon melaporkan keuntungan pelupusan sebagai CKHT, sedangkan audit mendapati ia adalah pendapatan perdagangan. 46. Responden menjelaskan bahawa s.113(2) adalah “strict liability penalty”, di mana niat jahat (mens rea) tidak perlu dibuktikan. Apa yang perlu dibuktikan hanyalah terdapat maklumat yang tidak betul dalam borang cukai (“incorrect return”) dan ia membawa kepada kekurangan cukai (“under-assessment”). 47. Mahkamah bersetuju sepenuhnya dengan hujahan Responden bahawa Pemohon telah mengemukakan “incorrect return” apabila melaporkan transaksi pelupusan sebagai CKHT. Penalti 15% adalah kadar yang jauh lebih rendah daripada penalti maksimum 100% yang dibenarkan undang-undang dan Penalti itu adalah sah dan selaras dengan seksyen 113(2). 48. Kes seperti Syarikat Ibraco-Peremba Sdn Bhd v Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri, [2017] 2 MLJ 120 COA. mengesahkan bahawa penalti s.113(2) adalah berasaskan “strict liability” dan ia adalah kuasa budibicara SCIT. Di dalam kes yang dirujuk oleh pihak Responden iaitu di dalam kes KPHDN v Kim Thye & Co [1992] 2 MLJ 808, Mahkamah Supreme memutuskan: “Penalty imposed under s.113(2) of the Act is appealable to the special commissioners as an assessment referred to in s.99 of the Act, especially as there can be no unfettered discretion unless it is expressly enacted in the Act that such penalty under s.113(2) the Act is not appealable to the special commissioners”. [penekanan ditambah] 49. Mahkamah memutuskan bahawa penalti 15% yang dikenakan oleh Responden adalah sah dan betul di sisi undang-undang. Penalti tersebut dikenakan berdasarkan dapatan audit yang menunjukkan Pemohon mengemukakan maklumat taksiran yang tidak betul. Adakah keputusan LHDN tidak rasional? (Wednesbury Unreasonableness) 50. Pemohon gagal memenuhi standard tinggi Wednesbury iaitu Keputusan hanya boleh dibatalkan jika tiada pihak yang waras boleh membuat keputusan sedemikian. Audit menunjukkan asas kukuh. Keputusan KPHDN bukan arbitrari. ISU (d) Sama ada perintah penangguhan (stay order) wajar diberikan dalam permohonan Judicial Review ini 51. Permohonan Pemohon untuk perintah penggantungan (stay) terhadap Notis Taksiran adalah satu relif yang terpisah, tetapi bergantung kepada keadaan luar biasa (“special circumstances”). 52. Prinsip undang-undang menetapkan bahawa perintah stay tidak boleh diberikan secara automatik dalam kes cukai, malah Pembayar cukai mesti membuktikan keadaan luar biasa yang menyebabkan keputusan audit mesti digantung serta-merta. 53. Mahkamah bersetuju sepenuhnya dengan hujahan Responden bahawa Pemohon tidak membuktikan keadaan luar biasa, tidak menunjukkan risiko ketidakadilan yang jelas, sekadar mempersoalkan merit audit (yang patut dibawa ke SCIT), tidak membayar walau satu sen daripada cukai yang dianggarkan, dan gagal menunjukkan sebarang “irreparable injustice”. 54. Dalam banyak kes, termasuk Kosma Palm Oil Mill Sdn Bhd & Ors v Koperasi Serbausaha Makmur Sdn Bhd [2004] 1 MLJ 247(FC), Mahkamah Persekutuan memutuskan: “ Dalam konteks ini, terdapat satu lagi halangan yang perlu diatasi oleh Plaintif. Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri, ketika melaksanakan kuasa-kuasa penguatkuasaan, mesti dibenarkan untuk menjalankan fungsi-fungsi statutori beliau sekiranya syarat-syarat peruntukan undang-undang berkenaan telah dipenuhi. Untuk menghalang KPHDN yang merupakan ejen kepada Kerajaan daripada melaksanakan kewajipan statutori bagi memungut cukai, adalah bertentangan dengan kepentingan awam. Adalah tidak wajar bagi sesuatu pihak berkuasa awam dihalang daripada menguatkuasakan kuasa yang diberikan kepadanya melalui seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan.” 55. Alasan-alasan yang dikemukakan oleh Pemohon untuk menyokong permohonan stay adalah bahawa Pemohon adalah pembayar cukai yang baik, patuh undang-undang dan bertanggungjawab. Merit kes pemohon juga adalah berasas, jumlah cukai yang besar, serta terbuka kepada tindakan undang-undang sivil. Namun, alasan-alasan tersebut tidak memenuhi “threshold” undang-undang bagi memberi justifikasi kepada perintah penggantungan. 56. Mahkamah ini bersetuju dengan Hujahan Responden yang menyatakan sebab-sebab di atas adalah bukan dikategorikan di bawah ‘keadaan khas’ yang membenarkan untuk mendapatkan penggantungan. Responden memetik Keputusan di Mahkamah Rayuan di dalam kes Aeon Credit Services (M) Berhad v KPHDN (Rayuan Sivil No. W-01(IM)- 317-05/2018) yang memutuskan: “47. As for the contention and allegation of the Applicant on merits of the case, a large amount of money involved, pending disposal of Applicant’s appeal to Court of Appeal, special circumstances as alleged by the Applicant, law abiding, responsible and good corporate taxpayer, threat of civil action, abuse of process by the Respondent, failure to exercise its power accordingly are all contentions that lead to facts and are not special circumstances to warrant a stay of proceedings”, 57. Mahkamah ini juga menegaskan bahawa kutipan cukai adalah isu kepentingan awam, dan stay tidak wajar diberi kecuali keadaan benar-benar luar biasa dan alasan-alasan Pemohon seperti yang dinyatakan di atas tadi adalah bukan alasan yang benar-benar luar biasa. Mahkamah berpuas hati bahawa Pemohon diberi notis secukupnya dan mempunyai hak untuk merayu ke SCIT. Justeru, tiada pelanggaran prinsip “audi alteram partem”. 58. Berhubung Perkara 96 Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah mendapati cukai yang dikenakan adalah berdasarkan Akta Bertulis (ACP 1967). Oleh itu, hujahan Pemohon bahawa cukai dikenakan tanpa asas undang-undang adalah tidak berasas dan tidak boleh dijadikan merit dalam alasan Pemohon untuk mendapatkan perintah penggantungan ini. 59. Oleh itu Mahkamah memutuskan bahawa Pemohon tidak memenuhi syarat undang-undang untuk mendapatkan perintah ‘stay’. Tiada keadaan luar biasa dibuktikan, dan kepentingan awam dalam kutipan cukai mengatasi kepentingan Pemohon. KEPUTUSAN 60. Mahkamah memutuskan bahawa: (i) Afidavit Tambahan Pemohon mengandungi isu Baharu dan tidak boleh diterima. (ii) Semakan kehakiman tidak boleh diteruskan kerana wujud remedi domestik (SCIT) yang tersedia, sedang dan telah pun digunakan oleh Pemohon. (iii) Pelupusan 72 unit apartmen adalah transaksi perdagangan tertakluk kepada s.4(a) ACP 1967. (iv) Penalti s.113(2) ACP 1967 adalah sah. (v) Pemohon tidak layak diberikan perintah stay. (vi) Pada merit, tindakan KPHDN adalah sah, rasional dan dalam bidang kuasa undang-undang. (vii) Penalti sah. (viii) Tiada asas untuk “Certiorari” atau penggantungan 61. Oleh itu Permohonan Semakan Kehakiman ditolak dan Afidavit Tambahan juga ditolak. 62. Tiada relif Certiorari / Deklarasi / Penggantungan diberikan. Kos RM3,000 kepada Responden. BERTARIKH: 1 DISEMBER 2025 t.t MANIRA BINTI MOHD NOR PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI SIVIL 4 JOHOR BAHRU Peguam Bagi pihak Pemohon Jackson Daniel with NG Vinod Law Chamber of Vin Sa & Ian Johor Bahru Peguam Bagi Pihak Responden Wan Khairuddin bersama Siti Aisyah Lembaga Hasil Dalam Negeri Putrajaya