Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DI DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: JA-12BNCvC-15-07/2022 ANTARA MCTRONIC INDUSTRIES SDN. BHD. (NO. SYARIKAT: 510557-M) ...PERAYU DAN TENAGA NASIONAL BERHAD (NO. SYARIKAT: 200866-W) ...RESPONDEN (DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: JA-B52NCvC-152-11/2019 ANTARA TENAGA NASIONAL BERHAD (No. Syarikat: 200866-W) …PLAINTIF DAN MCTRONIC INDUSTRIES SDN. BHD. (No. Syarikat: 510557-M) …DEFENDAN) 19/09/2023 16:16:45 JA-12BNCvC-15-07/2022 Kand. 38 ALASAN PENGHAKIMAN Latar belakang [1] Ini adalah rayuan Perayu (defendan) terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen yang membenarkan tuntutan Plaintif sebanyak RM489,107.09 dengan faedah 5% setahun sehingga penyelesaian. Jumlah ini adalah terhadap tuntutan Plaintif ke atas Defendan di mana Hakim bicara berpuas hati satu tuntutan terhadap perbezaan jumlah hasil sebenar sebanyak RM488,607.09 yang berlaku atas usikan pada meter di premis Defendan termasuk kos operasi sebanyak RM500.00 layak dibayar oleh Defendan menurut seksyen 38 (3), (4) dan (5) Akta Bekalan Elektrik 1990 (ABE) atas kesalahan di bawah seksyen 37(1), (3) dan (14) Akta yang sama yang telah dibuktikan oleh Plaintif dilakukan oleh Defendan.